Showing posts with label nikah. Show all posts
Showing posts with label nikah. Show all posts

Sunday, September 25, 2011

Norman, Memey sebak disatukan




NORMAN menyarung cincin pada jari Memey sambil diapit oleh Mohamed Danish dan Marissa Dania di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi semalam.


KOTA TINGGI - Pasangan pelakon, Mohammad Norhakim Zaidon, 35, yang lebih dikenali sebagai Norman Hakim dan Suhaiza Suhaimi, 23, atau Memey masing-masing sebak dan menangis pada majlis akad nikah mereka yang berlangsung di rumah keluarga pengantin perempuan di Felda Tenggaroh Selatan 1 di sini semalam.
Pasangan pengantin itu mulai sebak sebaik Jurunikah Mukim Kamdau, Zulkipli Tarmizi membacakan khutbah nikah.
Sebelum itu, dengan sekali lafaz, Norman sah menjadi suami Memey yang menerima mas kahwin RM22.50 berserta wang hantaran RM24,000.
Pasangan itu mengenakan pakaian berwarna coklat hasil sentuhan dan sumbangan Ezuan Ismail.
Dua anak Norman ketika bersama bekas isterinya, Abby Abadi, iaitu Mohamed Danish Hakim, 8, dan Marissa Dania Hakim, 6, turut berada di sebelah Norman ketika majlis akad nikah yang bermula kira-kira pukul 5 petang manakala anak bongsunya, Maria Danisha Hakim, 3, tidak hadir.
Rombongan lelaki membawa lima dulang hantaran dengan dibalas tujuh dulang oleh pihak pengantin perempuan.
Dalam sidang akhbar selepas selesai diijabkabulkan, Norman berkata, perasaan sebak tersebut datang selepas dia terasa kehidupan masa lalunya yang tidak sempurna.

Tuesday, August 23, 2011

Nikah di Siam sebab dia artis

SHAH ALAM: Seorang wanita memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini, pernikahannya dengan pelakon dan penyanyi era 80-an, Raisuddin Hamzah dijalankan di Songkhla, Thailand pada awal 2007, berikutan status lelaki itu sebagai seorang artis.
Siti Fatimah Suberi, 24, berkata, pemilihan lokasi itu dibuat untuk menyembunyikan sementara waktu perkara itu dari pengetahuan ramai termasuk bapanya.

“Pada mulanya kami bercadang berkahwin di Perak, tetapi disebabkan dia seorang artis, kami tak nak orang tahu buat sementara waktu,” katanya menjawab soalan Peguam Syarie, Roshdan Sujak Rafie yang mewakili bapanya, Suberi Abdullah, 51, yang memohon untuk memfaraqkan (membubarkan) pernikahan anaknya dengan Raisuddin, semalam.

Raisuddin, 55, menikahi Siti Fatimah sebagai isteri keduanya di negara jiran pada malam sambutan tahun baru 2007.

Suberi memfailkan permohonan faraq nikah pasangan itu mengikut Seksyen 62(2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 pada 26 Oktober 2007.

Dia membuat permohonan itu atas alasan Siti Fatimah bermastautin di Selangor dan dia sebagai wali mujbir langsung tidak dimaklumkan mengenai pernikahan itu.


Kes itu didengar serentak bersama permohonan pengesahan nikah pasangan berkenaan.

Suberi bagaimanapun tidak hadir pada prosiding perbicaraan semalam selepas dimaklumkan mengalami cirit-birit.

Bekas pelajar institusi pengajian tinggi swasta itu turut mengakui tidak meminta kebenaran plaintif (Suberi) untuk bernikah dengan Raisuddin kerana yakin bapanya itu tidak akan membenarkannya berbuat demikian.

Terdahulu, dia bersetuju pernikahannya dengan Raisuddin sah mengikut hukum syarak berdasarkan dokumen yang diperoleh dari Islamic Community of Songkhla, Thailand, Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla dan Pejabat Agama Islam, Gombak Timur.

Katanya, pernikahan itu dijalankan secara sah atas dasar suka sama suka dan mereka bahagia sebagai pasangan sejak mula berkahwin.

Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Zainor Rashid Hassin bersambung 20 Disember depan.hmetro

Monday, May 30, 2011

Lelaki Malaysia ke Sambas untuk nikah lagi


JADI TUMPUAN: Petempatan di daerah Sekura, Kalimantan, yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia mendapatkan isteri kedua. -- Foto BMM


'Nikah siri' hanya perlukan wang hantaran serendah RM18
KUCHING: Serendah RM18 ($7.36).
Dengan hantaran itu, lelaki dari Malaysia boleh berkahwin dengan gadis negara jiran yang tinggal di kawasan Sambas, Kalimantan Barat, melalui kegiatan dikenali sebagai 'nikah siri'.Kegiatan ini kebanyakannya dicari oleh lelaki yang mahu berkahwin dua, tiga atau empat, dengan menggunakan orang tengah bagi melicinkan kemasukan mereka bagi urusan pernikahan di kampung terpencil itu.Tinjauan mendapati daerah Paloh, yang terletak sekitar 80 kilometer dari Sambas, menjadi tumpuan lelaki Sarawak mencari isteri baru kerana kedudukannya berhampiran sempadan.Mereka hanya perlu membayar sekitar RM1,000 bagi orang tengah menguruskan persiapan, termasuk mencari gadis Sambas, yang sanggup menjadi isteri dengan hantaran serendah 50,000 Rupiah ($7.36).Dianggarkan lebih 10 rumah di Kampung Sekura, Paloh, terletak paling hampir dengan sempadan Semantan (Malaysia) dan Paloh (Indonesia), dibina suami dari Malaysia, yang hanya pulang menemui isteri dan anak di seberang pada cuti hujung minggu.Kegiatan yang dikenali penduduk jiran sebagai 'nikah siri' atau 'nikah buah tangan' ini popular di kalangan keluarga gadis yang tidak segan silu membenarkan anak mereka berkahwin walaupun sebagai isteri kedua, ketiga atau keempat.Ketua Kantor Urusan Agama Sambas, Encik Karlan Hanafi, berkata 'nikah siri' bermula dikesan berlaku di kalangan masyarakat Islam di situ sejak 1990-an selepas Bahagian Urusan Agama Indonesia memperketatkan urusan perkahwinan.Beliau berkata pihaknya percaya wujud sindiket menawarkan lelaki Malaysia berkahwin dengan gadis Indonesia tanpa perlu melalui proses ketat antara pihak berkuasa agama kedua-dua negara.'Nikah siri ini mudah kerana upacara akad nikah boleh diadakan di mana saja. Malah, boleh di kampung berdekatan sempadan Indonesia-Malaysia tanpa pengetahuan kami.'Cuma perlu persetujuan keluarga dengan dinikahkan ketua atau imam kampung, selain bapa gadis juga boleh melakukannya tanpa melalui pejabat urusan agama,' katanya.Sementara itu, seorang bekas kakitangan awam di Kuching, yang mahu dikenali sebagai Abang Bakar, 59 tahun, berkata beliau mempunyai isteri kedua di Paloh dan isteri ketiga di Kartiasa, selain isteri pertama di Kuching.Menurut beliau, taraf kehidupan rendah, selain kecantikan gadis desa menarik perhatian ramai lelaki Malaysia berkahwin secara diam-diam.'Wanita Indonesia ini berasal dari kampung. Layanan yang diberikan mereka memang baik. Malah, kehidupan desa menyebabkan mereka berdikari, taat kepada suami serta boleh dipercayai.'Setiap bulan, saya memperuntukkan antara RM1,200 hingga RM1,500 untuk dihantar kepada keluarga di sana dan ia lebih daripada mencukupi kerana taraf kehidupan di Sambas sangat rendah,' jelasnya.Namun, bagi Cik Nursheila Bujang, 48 tahun, pengalaman bernikah siri dengan suami berasal dari Serian, Kuching, hanya membawa penderitaan.Beliau diceraikan suaminya apabila tidak mengizinkannya berkahwin buat kali ketiga bersama seorang lagi wanita Indonesia.'Ketika berkahwin, saya tidak mengetahui akan menjadi isteri kedua,' katanya. -- BMM.Cyberita Online Luar Negara

Thursday, April 14, 2011

Pelajar pintar nikah di Thailand



BALING 13 April - Pelajar pintar yang pernah menghilangkan diri, Halimaton Abdul Rashid, 16, dikatakan telah bernikah dengan teman lelakinya, Adam di selatan Thailand, minggu lalu.
Perkembangan terbaru itu cukup merunsingkan keluarga terutama ibunya, Normah Abdul Mutalib, 45, yang terkejut dengan tindakan anak gadisnya.
"Dia telah bernikah dengan pemuda tersebut di selatan Thailand minggu lalu dan kini tinggal bersama di Langkawi," kata Normah ketika ditemui di sini hari ini.
Menurutnya, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh pelajar tingkatan empat tersebut ketika menghubungi keluarganya dua hari lalu selepas dia menghilangkan diri buat kali kedua baru-baru ini.
Pada 22 Mac tahun lalu, Halimaton yang memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 2007, menyebabkan kegemparan apabila didapati hilang dari rumah kakaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani sebelum ditemui tinggal bersama teman lelakinya di Langkawi.
Selepas dipujuk, Halimaton berjaya dibawa pulang ke pangkuan keluarga dan diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Utusan Malaysia difahamkan keluarga Halimaton telah menemui anak dan 'menantunya' hasil kerjasama UMNO Bahagian Baling yang diketuai Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kuah, Ir. Nawawi Ahmad semalam, bagi menyelesaikan masalah yang berlaku antara mereka.

Tuesday, March 22, 2011

Tidak salah nikah di masjid - Jamil Khir



ALOR SETAR - Majlis akad nikah sah dilakukan di mana-mana sahaja termasuk masjid selagi ia tidak mencemarkan kesucian institusi itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memberitahu, pemilihan masjid sebagai lokasi upacara akad nikah mampu menjimatkan wang dan masa apabila diadakan setempat.
Menurutnya, ia juga memudahkan tugas imam yang menjalankan upacara akad nikah lebih daripada sekali pada hari yang sama.
“Perkara ini perlu dilihat secara keseluruhan untuk memberikan kemudahan dan kesenangan kepada masyarakat dalam keadaan negara yang semakin kompleks dan meningkat maju,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Lembaga Tabung Haji 2010 kepada Jawatankuasa Zakat Kedah di Istana Anak Bukit di sini semalam.

Friday, January 14, 2011

Noraniza bakal bernikah dengan peniaga Singapura

KUALA LUMPUR: Selepas dua kali gagal dalam melayari bahtera rumah tangga, penyanyi irama etnik, Noraniza Idris, bakal bernikah lagi Jun ini setelah lima tahun hidup sebagai ibu tunggal.
Lelaki yang berjaya mencuri hatinya ialah seorang ahli perniagaan dari Singapura, Encik Jeffri Iman, 51 tahun, yang merupakan bapa tunggal empat orang anak.Noraniza, 42 tahun, yang kini lebih banyak menumpukan perhatian kepada Akademi Tatihseni yang berpusat di Johor Bahru, Johor, memberitahu setelah perkahwinan keduanya gagal, beliau seolah-olah tertutup hati untuk berkahwin.Ibu dua anak berusia 22 tahun dan 17 tahun itu berkata: 'Setelah dua rumah tangga yang saya bina musnah, terutama yang kedua hanya bertahan 12 hari, saya berjanji pada diri ini tidak mahu kahwin lagi.'Namun, sebagai manusia kita hanya merancang dan saya tidak pernah menduga kunjungan saya ke sebuah masjid di Johor Bahru dengan niat untuk memberi sumbangan telah mengubah segala-galanya.'Saya tidak sangka niat ikhlas saya memberi sumbangan pada bulan Ramadan hasil jualan barangan daripada akademi milik saya menjadi titik tolak kepada pertemuan kami.'Menurutnya, dalam pertemuan yang tidak disangka itu, Encik Jeffri, yang menjadi bilal bebas di Singapura, sekadar menerima kad namanya untuk urusan sumbangan akademi kepada masjid itu.'Pada pertemuan pertama itu, kami memang tidak bercakap. Tetapi apabila urusan sumbangan akademi akan dihantar barulah kami berhubungan,' katanya yang ditukil Utusan Malaysia semalam.Sejak itu Noraniza dan Encik Jeffri sering berhubungan dan berbicara melalui Internet.Mereka bertemu buat kali pertama pada 25 September lalu sempena hari lahir Encik Jeffri.Encik Jeffri, yang memiliki syarikat menguruskan jemaah umrah di Singapura di bawah nama Absolut U International Private Limited, kini turut bekerjasama dan membantu Akademi Tatihseni dalam memberi motivasi bersandarkan nilai-nilai Islam kepada para pelajarnya.Beliau, yang sudah 11 tahun hidup sebagai bapa tunggal, juga tidak pernah menyangka akan berkenalan dengan Noraniza.'Saya tahu Ani seorang penyanyi tetapi saya tidak mengikuti sangat perkembangannya. Walaupun sebelum ini saya pernah berazam untuk tidak berkahwin lagi, Allah swt amat menyayangi saya.'Selepas kedatangan Ani di masjid dan kemudian kami sering berbincang tentang ajaran Islam dalam kelas yang saya kendalikan di akademi, ia secara tidak langsung telah merapatkan hati kami berdua,' akui Encik Jeffri.

Sunday, December 26, 2010

101 pasangan nikah serentak



KOTA BHARU - Seramai 101 pasangan pengantin dinikahkan secara serentak semalam, sempena Kahwin Perdana Peringkat Negeri Kelantan 2010 yang diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan, semalam.

Lebih menggembirakan bagi peserta ke 101 dalam program itu ialah, Mohd Wais Wong Abdullah dan isterinya, Siti Muliyana Mohd Nor apabila Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri yang menyempurnakan sendiri majlis akad nikahnya.

Pasangan mualaf tersebut sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz yang disaksikan kira-kira 3,000 hadirin itu turut menerima hadiah sagu hati daripada Tok Guru.

Nik Abdul Aziz berkata, program berkahwin secara beramai-ramai ini dilaksanakan adalah untuk memudahkan urusan perkahwinan bagi mengelak berlakunya gejala tidak sihat.

“Berkahwin adalah wajib bagi umatnya yang mampu dan sekiranya tidak mampu digalakkan berpuasa bagi mengawal nafsu dan menghindari keburukan.

“Bagi saya perkahwinan seperti ini dapat dijadikan contoh kepada semua kerana dengan hanya kadar mas kahwin yang murah dan ini tidak akan membebankan kaum lelaki serta mengelak daripada tidak berkahwin kerana dianggap mas kahwin sebagai beban,” katanya, semalam.

Sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran beliau akan meraikan semula 17 pasangan pengantin baru Orang Asli yang dinikahkan serentak, semalam.

Nik Aziz berkata, perbelanjaan menguruskan majlis keraian itu adalah menggunakan wang beliau sendiri dan tarikh sesuai akan ditentukan oleh pihak Urus setia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri (UPWKK).

“Saya sangat gembira kerana hari ini (semalam) seramai 101 pasangan pengantin dapat dinikahkan secara beramai-ramai dan ini dapat mengelak daripada berlakunya zina seperti yang dibimbangkan sekarang.

“Jadi dalam program ini kumpulan Orang Asli juga tidak dilupakan dan mereka dipanggil bersama-sama untuk diraikan,” katanya.

“Idea ini adalah sejak sebelum pilihan raya lagi dan saya berhajat untuk melakukannya di setiap daerah.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas menolak budaya meletakkan mas kahwin yang tinggi dan baginya perkahwinan bukan satu perniagaan.

Pasangan terbabit dinikahkan secara serentak dan pengantin perempuan menerima mas kahwin sekeping dinar mas dan RM500 termasuk senaskhah al-Quran yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri.

Program anjuran bersama UPWKK, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan itu juga membabitkan pasangan golongan remaja dan belia dari seluruh Kelantan

Sebagai hadiah berbulan madu ada di antara mereka yang ditawarkan untuk ke China dan juga melancong dalam negara dengan tajaan Kerajaan Negeri dan individu tertentu.

Hadir sama pada program tersebut, isteri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar; Pengerusi Bersama Program, Datuk Mohd Amar Abdullah, Timbalan Pengerusi, Rohani Ibrahim bersama Exco yang lain.

Monday, June 28, 2010

Nenek nikah di sempadan

15/7

SONGKHLA (Selatan Thailand): Pepatah cinta tidak mengenal usia mendorong seorang nenek berusia 60 tahun berkahwin dengan pasangannya berusia 40 tahun di Majlis Agama Islam Wilayah Songkla (Mais) kerana tidak mendapat restu keluarga masing-masing.
Urusan pernikahan tidak terlalu rumit kerana pasangan tidak perlu membawa wali, sijil keizinan berkahwin daripada Jabatan Agama Islam, sijil kursus kahwin, sijil mengenai status kesihatan sama ada bebas daripada HIV atau Aids dan juga wang hantaran, pasangan dari Malaysia bebas berkahwin di negara jiran dengan bayaran serendah RM450 untuk urusan lengkap.
Berikutan terlalu mudah berkahwin di negara jiran terutama di Selatan Thailand, ramai pasangan termasuk selebriti dan berstatus elit yang ingin berkahwin lagi membuat keputusan berkahwin di situ.
Yang Dipertua Mais merangkap Kadi Syarie Wilayah Songkhla, Zakaria Saleh, berkata dianggarkan kira-kira 100 pasangan Malaysia bernikah setiap bulan di selatan Thailand, iaitu paling tinggi berbanding pasangan negara jiran lain.
Ada satu kes seorang wanita berusia 60 tahun bernikah dengan pasangannya berusia 40 tahun kerana lebih mudah dan tidak diketahui umum dan ada juga pasangan bernikah seawal usia 20-an kerana cinta terhalang akibat hubungan tidak direstui keluarga, katanya.
Zakaria berkata, pihaknya tiada halangan menikahkan pasangan yang berhasrat mendirikan rumah tangga, tetapi perlu memenuhi syarat ditetapkan, mempunyai dokumen diperlukan serta tidak menggunakan ejen sindiket nikah palsu yang dilaporkan banyak berlaku kebelakangan ini.

Beliau berkata, pihaknya tidak sewenang-wenangnya menikahkan setiap pasangan kerana mahu melihat dokumen pasangan masing-masing kerana sijil nikah dikeluarkan perlu diserah kepada pejabat konsulat Malaysia di Songkhla untuk pengesahan.
Pasangan terbabit perlu membawa surat nikah Thailand, surat pengesahan Majlis Agama Islam wilayah berkenaan dan salinan kad pengenalan pasangan suami isteri bagi mendapatkan surat pengesahan konsulat.
Surat pengesahan nikah daripada pejabat konsulat itu diperlukan bagi setiap pasangan untuk mendaftar perkahwinan di Pejabat Agama Islam di daerah masing-masing, katanya.
Sementara itu, Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan, berkata sepanjang tempoh Januari hingga Mei lalu, pihaknya menerima 1,321 permohonan rakyat Malaysia yang berkahwin di situ.
Daripada jumlah itu, pasangan Malaysia yang berkahwin sesama negara ialah 999 permohonan, pasangan Malaysia-Thailand (186), Malaysia-Indonesia (19), Malaysia-Pakistan (18), Malaysia-Bangladesh (dua permohonan).
Statistik perkahwinan membabitkan rakyat Malaysia sejak tahun lalu ialah 2,172 permohonan; 2008 (2,342); 2007 (1,944); 2006 (845); 2005 (314); 2004 (55); 2003 (98); 2002 (67) dan 2001, 73 permohonan pengesahan pernikahan, katanya.
Menurutnya, surat pengesahan nikah daripada pejabat konsulat itu diperlukan bagi setiap pasangan terbabit untuk mendaftar perkahwinan di Pejabat Agama Islam di daerah masing-masing.
Pendaftaran ini perlu bagi memastikan setiap pihak terbabit mendapat hak seperti diperuntukkan dalam Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia, katanya.
Sumber : Harian Metro