Showing posts with label rampas. Show all posts
Showing posts with label rampas. Show all posts

Monday, August 29, 2011

Polis Indonesia tahan tiga lelaki rampas kereta api

JAKARTA 28 Ogos - Polis Indonesia menggagalkan cubaan tiga suspek untuk merampas kereta api eksekutif Gajayana ketika ia melintasi stesen Cikampek di Jawa barat, semalam.
Polis menangkap dua daripada suspek manakala seorang lagi dipercayai melarikan diri.
Seorang daripada suspek yang ditangkap itu dikenal pasti sebagai anggota Tentera Laut Indonesia.
Jurucakapnya, Laksamana Pertama Untung Surapati berkata, identiti suspek dikenali sebagai Sarjan Pertama Darso.
"Darso yang berkhidmat di Pangkalan Utama Tentera Laut (Luntamal) dipercayai mengetuai cubaan rampasan tersebut.
"Ketika kejadian, dia (Darso) dan dua lagi suspek mengarahkan pemandu kereta api menukar laluan menuju ke stesen Senan daripada laluan asal ke stesen Gambir di Jakarta," katanya yang dipetik Jakarta Globe.
Berikutan itu, suspek bakal berhadapan dengan hukuman berat.
Dalam kejadian semalam, drama rampasan tersebut berakhir di stesen Senen apabila perampas itu berbalas tembakan dengan polis.
Polis dimaklumkan mengenai cubaan rampasan tersebut oleh pemandu kereta api yang menghidupkan sistem penggera selepas ia dirampas.
Sementara itu, jurucakap Polis Metropolitan Jakarta, Brigadier Jeneral Suhardi Alius berkata, kumpulan perampas turut membawa senjata api ketika kejadian. - AGENSI/AFP, utusan

Friday, January 7, 2011

PAS dakwa BN cuba rampas S'gor cara tak tamadun

Pencabulan konsep federalisma berhubung pelantikan jawatan setiausaha kerajaan negeri Selangor (SUK) sekarang akan mengakibatkan kebangkitan luar biasa rakyat di peringkat nasional, kata presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kerajaan Umno-BN ini berusaha untuk merampas kerajaan Selangor dengan menggunakan peruntukan pentadbiran bagi mewujudkan suasana keresahan dalam pentadbiran kerajaan, semuanya dengan cara yang tidak bertamadun dan di luar batas demokrasi.

NONE“Rampasan ini jugalah yang mereka telah lakukan di negeri Perak dengan menjadikan rakyat sebagai pertaruhannya. Apapun, kita percaya bahawa rakyat akan memberi respons di seluruh negara dalam pilihanraya yang akan datang dengan menukar kerajaan yang ada kepada Pakatan Rakyat,” kata Abdul Hadi (kiri sekali) dalam satu kenyataan hari ini.
Tidak hormati pilihan rakyat

Katanya, bahawa langkah apa sekalipun yang digunakan untuk menongkat kelemahan, tidak akan menjamin BN akan terus kekal sebagai pemerintah kerana dunia telah membuktikan tidak ada kerajaan yang kekal selamanya termasuk Umno-BN.

Sehubungan itu, menurut Abdul Hadi, krisis pelantikan jawatan setiausaha kerajaan negeri Selangor (SUK) yang sedang berlaku adalah akibat sikap kerajaan pusat yang tidak menghormati pilihan rakyat yang memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri tersebut.

NONE"Dalam pilihan raya yang lalu rakyat sudah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan yang sah di Selangor.

"Di atas asas yang sama, agensi yang membuat pelantikan perkhidmatan awam di peringkat persekutuan memahami hasrat rakyat tersebut," katanya.

Abdul Hadi berkata sikap BN melawan kehendak pentadbiran kerajaan Selangor ini dilihat suatu tekanan dan berlaku akibat dari fahaman salah konsep federalisma.
Politik sempit BN

“Kita semua menyedari bahawa Umno-BN tidak pernah menghormati undang-undang yang mereka sendiri gubal, sehingga mereka sanggup melanggarnya demi kepentingan politik sempit mereka,” katanya lagi.

NONEIsu timbul berikutan pelantikan pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Muhd Khusrin Munawi sebagai SUK berkuatkuasa 1 Januari ini.

Sebelum ini, perlantikan Khusrin dilingkari beberapa 'kontroversi' dan ia dilihat pelbagai pihak sebagai tindakan yang seolah-olah ingin sabotaj kerajaan Pakatan Rakyat.

Antaranya, Khusrin pernah melobi program Umno dijalankan di sebuah masjid di Taman Medan Ramadan lalu serta engkar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan. Beliau juga didakwa menimbulkan kontroversi lawatan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching ke Surau al-Huda, Kajang.

Khusrin juga 'menempa nama' dengan kes penangkapan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalm majlis yang turut dihadiri wakil rakyat Pakatan.

Dari seri rekod pula, Khusrin sekadar dalam gred Jusa C sebelum melangkah ke Jusa B untuk menjawat jawatan SUK yang bergred Jusa A.

Wednesday, June 23, 2010

Israel terus rampas tanah Arab




KANAK-KANAK Palestin bermain berdekatan runtuhan bangunan di timur Baitulmaqdis, semalam. - AP
KANAK-KANAK Palestin bermain berdekatan runtuhan bangunan di timur Baitulmaqdis, semalam. – AP
Roboh 20 lagi kediaman Palestin di timur Baitulmaqdis bina rumah Yahudi
BAITULMAQDIS: Israel berhasrat meneruskan pelaksanaan sebuah projek perumahan lengkap dengan taman dan kompleks awam di kawasan yang kini menempatkan 20 rumah rakyat Palestin di timur Baitulmaqdis.
Pemimpin Palestin terbabit mengecam projek berkenaan yang digelar Israel sebagai Kings Garden, sebagai satu usaha negara Zionis itu untuk memperluaskan kawasan didudukinya, walaupun ada bantahan pihak antarabangsa supaya ia menghentikan kegiatan berkenaan.
Jawatankuasa perancangan majlis perbandaran Baitulmaqdis mengadakan mesyuarat bagi membincang cadangan bagi mengubah wajah kawasan terbabit semalam, sehari selepas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu akur dengan tekanan antarabangsa agar Israel meredakan sekatan di Gaza berikutan serangan maut ke atas konvoi kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza 31 Mei lalu.
Jurucakap bandar raya, Stephen Miller, berkata jawatankuasa itu dijangka meluluskan kajian semula pembahagian zon bagi membolehkan pembinaan 1,000 rumah dilaksanakan, meliputi 22 hektar di sebuah kawasan perumahan di timur Baitulmaqdis.
Dalam pelan perancangan itu, kira-kira 20 rumah rakyat Palestin yang dibina tanpa permit akan dirobohkan, manakala 60 rumah lagi yang dibina secara haram diberikan lesen.
Namun, bagi rakyat Palestin kelulusan permit bangunan adalah sesuatu yang sukar diperoleh dari Israel.
Pemimpin Palestin menyifatkan projek itu sebagai satu lagi cubaan Israel untuk memperkuatkan kawalan di seluruh Baitulmaqdis, dengan sektornya di sebelah timur ditawan dalam peperangan 1967 dan dijadikan sebahagian daripada kawasannya, langkah yang tidak diiktiraf pada peringkat antarabangsa.
Langkah ini adalah penjajahan oleh pihak perbandaran, tegas Gabenor Baitulmaqdis yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Palestin, Adnan al-Husseini.
Mereka tidak boleh mendakwa yang mereka akan membina taman perumahan, tetapi pada masa sama menafikan orang lain terus menetap di situ.
Mac lalu, Israel menimbulkan kemarahan Amerika Syarikat apabila ia mengumumkan ketika lawatan Naib Presiden, Joe Biden bahawa ia akan membina 1,600 rumah bagi penduduk Yahudi di kawasan yang didudukinya di Tebing Barat yang dianggapnya sebagai sebahagian Baitulmaqdis.
Miller mendakwa, projek Kings Garden itu bertujuan mempertingkatkan mutu kehidupan di Silwan dan sebuah taman dan kompleks awam akan dibina di kawasan berkenaan, yang boleh digunakan secara bersama oleh Arab dan Yahudi. Reuters
Sumber : Bharian.com.my