Sunday, February 24, 2013

YAB Tuan Guru menikmati hidangan makan malam bersama YB Azmin Ali ..

YAB Tuan Guru menikmati hidangan makan malam bersama YB Azmin Ali selepas solat magrib di Himpunan Wanita Kelantan di perantauan ....

PELAJAR SABAH TIDAK DIBERI KEUTAMAAN


Perkara 12 & 153 Dlm Perlembagaan
Ketuanan Melayu (Ruj, buku Zaid Ibrahim m.s 68)

Sebanyak 6,294 calon cemerlang ditawarkan untuk mengikuti lapan kursus kompetitif iaitu PERUBATAN seramai 983 calon (Melayu-581, Cina- 339, India-50 dan kaum-kaum lain-13), PERGIGIAN sebanyak 174 calon (Melayu-91, Cina-77, India-4, kaum-kaum lain-2), FAMASI sebanyak 283 calon (Melayu-151, Cina-125, India-7), KEJURUTERAAN KIMIA sebanyak 919 calon (Melayu-648, Cina-217, India-45, kaum-kaum lain-9). KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK sebanyak 1,163 calon (Melayu-923, Cina- 209, India-18, kaum-kaum lain-13), KEJURUTERAAN MEKANIKALsebanyak 1,601 calon (Melayu-1,251, Cina-311, India-20, kaum-kaum lain-19), UNDANG-UNDANG sebanyak 367 calon (Melayu-221, Cina-105, India-37, kaum-kaum lain- 4) dan PERAKAUNAN sebanyak 804 calon (Melayu-509, Cina-269, India-18, kaum-kaum lain- 8). 

IPTA 2011 : Berita Harian 16 Julai 2011 —

KANTOI..

KANTOI... Pakat Share Ramai-Ramai. Macai Terkelu Lagi. Yang Menanggung Malu Sekarang Ini Adalah PM 1Malaysia. Mungkin Dia Tak Tahu Majalah Ini Diedarkan Semasa Jelajah Janji Ditepatinya Di UTP Tronoh. Setiap Kali Mereka Cipta Isu, Pasti Terpalit Ke Muka Sendiri. . Owhh... Kalau Depa Buat Boleh Pula... Kalau Pakatan, Depa Cakap Hina Rakyat. Apapun Allah Itu Maha ADIL & Maha Mengetahui. UMNO/BN Sudah Lama Mengumpamakan Rakyat Sebagai "Haiwan" Seperti Dalam Komik Ini. Kita Cabar Buletin Utama Siarkan. Kita Cabar DS Najib Ulas Berhubung Komik Ini. Ada Berani?... 

Umno BN akan naikkan cukai jika mereka menang pru-13

Flora Ong Nyaris Mengalami Nasib Yang Sama Seperti Altantuya



Flora Ong, wanita yang didedah Deepak Jaikishan kerana didakwa memiliki hubungan rapat dengan Datuk Seri Najib Razak, dipercayai hampir mengalami nasib sama dengan warga Monggolia, Altantuya Shaariibu.

Deepak mengaku menerima arahan daripada Datin Seri Rosmah Mansor untuk mencari Flora di rumahnya di Ampang bersama beberapa orang lain untuk dibawa menemui isteri Perdana Menteri itu.

“Rosmah marah apabila dapat tahu Flora dianugerah projek dari suaminya. Bagaimanapun, Flora enggan mengikut Deepak untuk bertemu Rosmah kerana bimbang mengalami nasib sama seperti Altantuya,” katanya.

Deepak mendakwa, Rosmah mengarahkannya untuk mencari dan membawa Flora bertemu dengannya selepas mengetahui wanita berkenaan dianugerah dua kontrak secara runding terus oleh Najib Razak berdasarkan hubungan ‘rapat’ mereka.

Katanya, Flora dianugerah projek bernilai RM2 bilion di Sabah dan Sarawak yang dibayar pendahuluan melalui sebuah bank utama Amerika berpangkalan di Singapura manakala satu lagi projek ialah rawatan air di Lembah Pantai.

“Bagaimanapun, hal ini ‘reda’ beberapa hari kemudian selepas Setiausaha Kanan Politik dari Kementerian Kewangan, Datuk Zakiah Ibrahim yang bertanggungjawab
memperkenal Flora kepada Najib, dipecat.

“Saya juga diarah menyampaikan amaran kepada Flora supaya tidak berhubung dengan Najib,” katanya.

Tahukah anda,hanya dengan bantuah RM500 cukop untuk belanja makan minum anda sekeluarga dalam tempoh SETAHUN !!!!

Tahukah anda,hanya dengan bantuah RM500 cukop untuk belanja makan minum anda sekeluarga dalam tempoh SETAHUN !!!!

Undilah BN...puii

Tahukah anda..Perompak dan penyamun harta sebenarnya adalah si Kutty Madey?



Yup.. beliau mengunakan kuasanya bagi menghalang siasatan dan kes skandal perompakan beliau tergantung..

Zaman gawat ekonomi sebenarnya berpunca dari kegilaan Madey bermain judi FOREX sehingga nilai mata wang negara upama menyerah leher untuk di pancung oleh spekulator pada masa itu iaitu G.Soros.

Bankrupnya bank Bumiputra dan lesap wang sebanyak 52 bilion bukan sedikit! kemanakan wang tersebut hilang? hingga hari ini tidak ada jawapan di sebabkan BN memerintah dan mustahil BN akan telus mebongkar skandal ini.

Jika anda ingin mengetahui saiapakah yg bertanggujawab merompak wang rakyat.. pilihlah Pakatan Rakyat.. pasti semua skandal2 umno BN merompak wang rakyat selama 55 yahun akan di siasat!

Lagi fakta di sini :http://kingofgoblok.blogspot.com/2013/02/rm30-hingga-rm100-billion-wang-bank.html

Rakyat diberi RM41.60 sebulan... Semah diberi RM100,000 satu malam hanya untuk tidur... Nyampah aku...

'Saya tidak mahu mati lagi'



kanser mata
Keadaan mata kiri Muhammad Azim ketika berada di rumahnya sebelum dibawa ke Hospital Kuala Krai dan dipindahkan ke HUSM Kubang Kerian.
kanser mata
Gambar terkini keadaan bonjolan pada mata Muhammad Azim ketika menerima rawatan di HUSM Kubang Kerian.
KOTA BHARU - “Ore tok sir mati lagi (Saya tidak mahu mati lagi) ummi.” Itulah luahan Muhammad Azim Nor Hazri kanak-kanak penghidap kanser mata yang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sejak awal bulan ini.

Walaupun Muhammad Azim sudah mengetahui penyakitnya itu amat kritikal namun, kanak-kanak tersebut berusaha melawan kesakitannya, apatah lagi seolah-olah mahu meyakinkan ibu bapanya yang dia masih kuat.
Kata-kata itulah yang memberi kekuatan bagi ibunya, Nik Zuraidah Nik Yali, 39, tatkala melihat anaknya berusia empat tahun itu terbaring dan mata terkebil-kebil kerana terpaksa menanggung penderitaan sejak dua tahun lalu.

Nik Zuraidah berkata, dia sendiri memberitahu anaknya berhubung penyakitnya berada di tahap keempat sebagaimana dinyatakan pihak hospital untuk persediaan awal bagi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

“Sebak hati saya ketika menceritakan tentang kematian bersama Muhammad Azim, namun saya gagahkan jua supaya dia mengerti keadaannya sekarang. Rupanya di sat sebegini pun dia kuat.

“Lebih menyedihkan saya dan juga menjadi pembakar semangat sehingga ke saat ini apabila anak kecil ini merenung kepada saya dan memberitahu dia tidak mahu mati lagi,” katanya.

Nik Zuraidah dari Kampung Keroh, Kuala Krai mengakui dengan kesengsaraan yang ditanggung oleh anak bongsunya itu, dia reda apa jua akan berlaku selepas ini kerana pelbagai usaha dilakukannya termasuk kerap kali dibedah.
“Saya sudah puas menangis, saya reda dengan ketentuan ALLAH uji kehidupan kami sekeluarga, namun selagi umur panjang kami tetap akan menjaga Muhammad Azim dengan baik,” katanya.

Nik Zuraidah yang kini terpaksa bergilir-gilir dengan suaminya, Nor Hazri Ahmad, 40, menjaga Muhammad Azim di HUSM juga memberitahu anaknya sebelum ini petah berkata-kata namun sekarang menjadi semakin pendiam.

“Sepanjang hari Muhammad Azim tidur dan sekali-sekali membuka matanya. Jika dahaga dia akan minta air dengan suara yang perlahan. Dia kurang makan kerana doktor memberikan susu khas membuatkannya kenyang.

“Dia hanya boleh minum menggunakan penyedut minuman kerana bonjol pada matanya menutup sedikit ruang mulutnya dan ini menyukarkannya minum seperti biasa,” katanya.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan penderitaan dilalui Muhammad Azim setelah disahkan menghidap retinoblastoma atau sejenis kanser mata kanak-kanak pada 2011.

Di samping itu, ibu bapanya mengharapkan gaji harian selain bantuan bulanan RM300 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menampung perbelanjaan bagi menyara dua lagi tanggungannya.

Bagi mereka yang ingin membantu bolehlah menyalurkan sumbangan menerusi akaun Maybank Nik Zuraidah sendiri iaitu, 153029208754.

Azhar Idrus pertahan Nik Aziz



Azhar Idrus
Azhar Idrus
SHAH ALAM – Pendakwah terkenal, Azhar Idrus mempertahankan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam isu pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang panas sekarang.

Menurutnya,  Mursyidul Am Pas  bukan mengatakan penerima BR1M itu seperti haiwan tetapi mengatakan pemberi BR1M menjadikan penerimanya seperti haiwan.

“Sebenarnya apa yang kita dengar dalam video klip bukan Tok Guru (Nik Aziz) kata penerima BR1M seperti haiwan, cuma Tok Guru kata orang yang memberikan BR1M itulah cuba menjadikan orang yang menerima seperti haiwan.

“Umpama bagi makan, lepas tu sembelih. Maknanya jahatnya orang nak bagi bantuan bila perlu sahaja, bila jauh dengan pilihan raya tak hulur pun bantuan,” katanya dipetik daripada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian apabila ditanya soalan oleh salah seorang yang hadir dalam kuliahnya mengenai isu tersebut.
Azhar menjawab isu ini hanyalah untuk mencari punca perbalahan, “Ni buah cari baloh (Ini untuk cari perbalahan),” kata beliau dengan menggunakan loghat Terengganu.

Beliau meminta semua pihak berhati-hati dengan sebarang laporan media.

“Jadi lening (sekarang ini) kena hati-hati lah banyak putar belit dan spin berita nak nak musim mengundi ni.

“Yang  tak pernah nampak muka pun dan kerap masuk kampung dah. Tujuan apa? Nak tolong ke untuk kepentingan tertentu?,” katanya.

Fadzilah Kamsah mohon maaf



Pakar Motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah
Pakar Motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah
SHAH ALAM - Pakar Motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah meminta maaf kepada semua pihak terhadap kenyataan beliau berhubung isu doa baru-baru ini.

Dalam laman sosial Facebook miliknya, Fadzilah tampil memberi penjelasan bagi mengelakkan salah faham semua pihak dan membersihkan maruah keluarganya.

“Saya hanya seorang rakyat biasa dan bukan bercakap sebagai orang politik. Saya langsung tidak bermaksud untuk memalukan mana-mana pihak. Amat malang sekali bila komen saya dipolitikkan hingga menyebabkan kemarahan pelbagai pihak,” katanya.
Jelasnya, apabila bercakap tentang kezaliman, beliau memberikan pandangan secara umum dan membandingkan situasi di Malaysia dan situasi dan penderitaan rakyat Palestin.
Katanya, di majlis Bantuan Amal Palestin itu, melalui ucapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan mengenai kezaliman Israel terhadap saudara sesama Islam kita di Palestin.
“Itu sebab saya katakan, berbanding penderitaan rakyat Palestin, kita di Malaysia amat bahagia dan tidak dizalimi. Inilah konteks hujah saya ketika itu.

“Justeru, saya amat sedih bila orang mendoakan kehancuran saudara sesama Islam sama ada di Malaysia atau di mana-mana di dunia ini. Saya juga amat sedih jika tindakan kita itu disalahertikan oleh orang bukan Islam di Malaysia," katanya.
Fadzilah turut menjelaskan, rakaman temuramah tersebut dilakukan dalam suasana sekitar yang agak bising menyebabkan beliau menguatkan suara untuk menenggelamkan kebisingan di persekitaran.

“Saya ditemu ramah lebih 10 kali oleh pelbagai stesen TV, radio, akhbar, majalah & blogger.

“Ini menyebabkan suara saya dianggap kasar bila menjawab soalan yang diajukan. Bila dah menjawab terlalu banyak soalan, maka soalan daripada blogger (penemuramah terakhir) saya jawab dalam keadaan yang tergesa-gesa dan mungkin tidak berfikir dengan mendalam,” katanya.
Beliau juga sedih terhadap tindakan segelintir pihak memuat naik gambar anak-anaknya dan menjelaskan gambar tersebut diambil setelah mereka berkahwin.
“Saya amat sedih apabila gambar anak disebarkan semula. Gambar anak lelaki saya dan isterinya juga disebar, walhal gambar tersebut selepas mereka berkahwin,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak yang bertanggungjawab memuat naik rakaman video dan gambar-gambar tersebut bertindak memadamkannya bagi menjaga maruah keluarganya.

Filipina minta masa usir kumpulan ceroboh Sabah



Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
KLUANG - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan kepada Wisma Putra untuk membuat keputusan berhubung permohonan kerajaan Filipina meminta lanjutan masa bagi pengusiran kumpulan penceroboh warganegara itu di Lahad Datu, Sabah.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jika permohonan itu dipersetujui, ia diharapkan tidak terlalu lama kerana KDN tidak akan berkompromi dengan perkara yang boleh menjejaskan kedaulatan negara.
"Saya baru terima panggilan daripada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman pagi tadi berhubung perkara ini dan saya menyerahkannya (lanjutan tempoh) kepada Wisma Putra untuk membuat keputusan.
"Apa yang pasti isu keselamatan negara terutama maruah Sabah dan rakyatnya tidak akan digadaikan...ada had dan masanya dalam menangani isu ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) Parlimen Sembrong di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan kerajaan Filipina menerusi Menteri Luarnya Albert Del Rasario meminta kerajaan Malaysia melanjutkan tempoh pengusiran kumpulan penceroboh berkenaan.
Polis mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari pekan Lahad Datu sejak 12 Feb lepas sebagai waris berketurunan "Raja Sulu" dari selatan Filipina.
Hishammuddin meminta orang ramai bersikap rasional dan bersama-sama mendoakan kes berkenaan selesai tanpa pertumpahan darah selain dalam masa yang tidak terikut-ikut dengan sesetengah pihak yang mempolitikkan isu berkenaan.
"Saya sudah turun ke Sabah untuk melihat polis, ATM (Angkatan Tentera Malaysia) dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia menangani kes ini. Situasi di sana dalam keadaan terkawal," katanya.
Beliau berharap orang ramai memahami situasi dan perspektif kejadian itu memandangkan ianya berbeza dengan beberapa kejadian sebelum ini seperti Al-Maunah, Abu Sayyaf dan Jemaah Islamiah Malaysia.
Pihak berkuasa negara sedang memujuk kumpulan itu supaya segera meninggalkan Sabah bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku, katanya.
Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata operasi membanteras kegiatan sindiket penjualan bayi dan kanak-kanak di negara ini akan diperhebatkan termasuk bekerjasama rapat dengan negara serantau seperti China.
"Kita tidak boleh berdiam diri dengan apa yang berlaku di Pulau Pinang.
Kalau kita hendak tangani kena dari sumbernya dan kita dalam dunia tiada sempadan ini, kita kena bekerjasama dengan negara lain," katanya. - Bernama

Abu Sayyaf bebaskan tebusan



24 Februari 2013
MANILA - Seorang lelaki yang diculik kumpulan militan berhaluan Al-Qaeda, Abu Sayyaf dibebaskan berdekatan pelabuhan kepulauan Jolo, Filipina, kelmarin.

Ketua polis wilayah Sulu, Antonio Freyra berkata, mangsa yang juga pemilik kedai runcit, Edgar Fabella diculik di selatan Bandar Zamboanga pada bulan lalu.

Sejurus dibebaskan, Fabella memberitahu kumpulan penculik tidak mengasarinya tetapi menggesanya untuk membayar wang pembebasan.

Sementara itu, seramai enam warga asing yang ditahan melibatkan wartawan Jordan, pemerhati burung warga Switzerland dan Holland, seorang rakyat Malaysia, bekas askar Australia dan pencari harta karun Jepun, masih belum dibebaskan.

Awal bulan ini, seramai dua warga Filipina yang bertugas untuk pengamal media Jordan dibebaskan.  - AP

10 cedera dalam dua serangan bom di Selatan Thailand




24 Februari 2013
BANGKOK - Sepuluh orang, termasuk seorang penolong pegawai daerah dan kanak-kanak lelaki tiga tahun, cedera dalam dua serangan bom berasingan di Pattani dan Narathiwat semalam.

Ketua polis daerah Muang, Tuandir Juthanan hari ini berkata enam sukarelawan pertahanan dan seorang penolong pegawai daerah cedera dalam serangan pada 8.50 malam di Kampung Talubuk, Muang, Patani.

Beliau berkata sebelum itu, sebutir bom meledak di bandar Pattani pada 7.30 malam namun tiada kecederaan dilaporkan.

"Tayar juga dibakar di tengah-tengah jalan di 20 lokasi di Muang, Nongchik dan Yaring, kesemuanya di Pattani, malam semalam," katanya.

Beliau percaya motif serangan adalah balas dendam pemberontak terhadap kematian 16 pemberontak di Narathiwat pada 13 Feb dalam percubaan mereka melakukan serang hendap ke atas kem tentera laut di kawasan itu.  

Di Narathiwat, dua sukarelawan pertahanan dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun cedera setelah sebutir bom meledak di depan sebuah kedai serbaneka di Tanjung Emas, Raget, pada 4.20 petang.

Sebutir lagi bom meletup 20 minit kemudian di kawasan itu ketika polis menjalankan siasatan di tempat kejadian, kata seorang jurucakap polis Narathiwat.

Lebih 5,000 orang terbunuh sejak puak disyaki pemisah meneruskan kempen bersenjata mereka untuk mendapatkan kemerdekaan bagi tiga wilayah di selatan iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat sembilan tahun lepas. - Bernama

Krisis Syria: Pembangkang pulau rundingan antarabangsa



DAMSYIK - Kumpulan pembangkang terkemuka, Gabungan Pembangkang Syria (SNC) menarik diri daripada menyertai mesyuarat Rakan Syria, yang bakal diadakan di Rom, Rusia dan Amerika Syarikat tidak lama lagi.

Ini kerana, rundingan itu bakal gagal selepas dunia sendiri tidak dapat menghentikan keganasan di negara itu.

Krisis Syria akan genap dua tahun bulan depan.

Jurucakap SNC berkata, mereka bertindak sedemikian kerana pihak antarabangsa hanya mendiamkan diri selepas puluhan orang awam terbunuh dalam satu serangan mortar di Aleppo.

Ketua SNC, Mouaz al-Khatib berkata, beliau mahu menghantar mesej kepada semua kerajaan dunia termasuk dunia Arab dan bukan Arab dan mahu mereka menyedari bagaimana kejamnya rakyat Syria dibunuh sebelum ini.

“Semua pentadbiran dunia boleh melihat dengan jelas apa yang berlaku ketika ini, kita tidak boleh sewenang-wenangnya melawat mana-mana negara sehingga ada keputusan yang jelas mengenai isu keganasan ini,” katanya.

Presiden Mesir ubah tarikh PRU




24 Februari 2013
KAHERAH - Presiden Mesir, Mohammed Morsi membuat keputusan mengubah tarikh pilihan raya parlimen - lebih awal iaitu 22 April ini secara berperingkat-peringkat, bukan 27 April seperti yang direncanakan sebelum ini.

Jurucakap presiden berkata, keputusan itu dibuat susulan aduan daripada puak Kristian Koptik yang tidak berpuas hati dengan tarikh asal.

Terdahulu, tokoh pembangkang terkemuka turut memboikot pilihan raya yang bakal diadakan di negara itu.

Pilihan raya umum parlimen ini merupakan yang pertama sejak Mohammed dipilih sebagai Presiden Mesir Jun lalu.

Dewan Perundangan pula akan bersidang mula 6 Julai.

Perlembagaan baru yang digubal Disember lalu turut mengundang kontroversi.

SNC boikot mesyuarat



SNC boikot mesyuarat
Serangan peluru berpandu Scud meranapkan bangunan kediaman.
DAMSYIK - Kumpulan pembangkang terkemuka, Gabungan Pembangkang Syria (SNC) mengumumkan menarik diri daripada menyertai mesyuarat Rakan Syria yang bakal diadakan di Rom, Rusia dan Amerika Syarikat tidak lama lagi.

Jurucakap SNC berkata, mereka bertindak sedemikian kerana mendakwa pihak antarabangsa hanya mendiapkan diri selepas puluhan orang awam terbunuh dalam satu serangan mortar di Aleppo.

Lapor kumpulan pemerhati hak asasi kemanusiaan Syria, sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh dalam dua bedilan roket yang turut meranapkan bangunan kediaman di timur Aleppo, kelmarin.

"Ratusan penduduk mati akibat serangan peluru berpandu Scud. Bandar dan tamadun kami, Aleppo dimusnahkan penyerang yang bersistematik.

"Pemimpin Rusia sepatutnya bertanggungjawab terhadap kemusnahan ini kerana mereka yang membekalkan senjata kepada tentera Presiden Bashar al-Assad," katanya.

Pertubuhan Rakan Syria merupakan gabungan puluhan negara dalam mencari jalan penyelesaian bagi krisis di negara itu. - Al-Jazeera

Militan pernah beri amaran awal: Polis India




23 Februari 2013
serangan bom
Seorang penyiasat sedang mengambil gambar di hadapan deretan premis yang musnah akibat serangan bom itu. Foto: AP
HYDERABAD - Polis India, semalam mendedahkan mereka pernah diberi amaran berhubung serangan bom di kawasan membeli-belah sesak di Hyderabad yang turut mengorbankan sekurang-kurangnya 16 orang manakala lebih 100 cedera, kelmarin.

Serangan yang berlaku hampir serentak di luar panggung wayang dan perhentian bas di daerah Dilsukh Nagar adalah insiden pengeboman ganas pertama di negara itu sejak tahun 2011.

Sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab, namun media menuduh ia didalangi oleh sebuah kumpulan militan berdasarkan hasil soal siasat terhadap dua anggota Mujahideen India, Oktober lalu.

Ketua Polis New Delhi, SN Shrivastava berkata, satu daripada lokasi serangan yang turut disebut oleh mereka adalah di Dilsukh Nagar. Bagaimanapun, kami belum menahan mana-mana suspek." katanya.

Hasil siasatan awal mendapati, bom itu dipasang pada dua basikal yang diletakkan kira-kira 150 meter dari lokasi kejadian.

Pihak berkuasa sedang giat menyiasat  sama ada Mujahideen India ialah dalang di sebalik serangan berdarah tersebut. - AP

Puluhan militan Mali terbunuh



Puluhan militan Mali terbunuh
Pertempuran antara tentera Chad dan pengganas tercetus dalam kawasan kubu kuat militan.
N'DJAMENA - Seramai 65 anggota militan berkaitan Al-Qaeda terbunuh dalam satu pertempuran bersenjata melibatkan pasukan tentera Chad di kawasan pergunungan Adrar des Ifoghas dekat utara Mali, kelmarin.

Pegawai ketenteraan Chad memberitahu, pertempuran dianggap berjaya walaupun menyebabkan sekurang-kurangnya 13 askarnya terbunuh.

"Setakat ini, jumlah kematian pihak musuh mencecah 65 orang dan kita telah memusnahkan lima kenderaan yang digunakan kumpulan pengganas itu," katanya.

Seramai 1,800 askar Chad dihantar ke utara bandar Kidal yang dilapor menjadi kubu kuat kumpulan pemberontak, bagi mengawal keselamatan.

Awal bulan lalu, pasukan tentera Perancis dikerah ke Mali bagi menyekat kemaraan kumpulan militan yang menawan kebanyakan bandar di negara itu sejak April lalu.  -  Reuters

Ibu jari putus akibat terbelit tali lembu


BANGKOK - Sepuluh orang, termasuk seorang penolong pegawai daerah dan kanak-kanak lelaki tiga tahun, cedera dalam dua serangan bom berasingan di Pattani dan Narathiwat semalam.

Ketua polis daerah Muang, Tuandir Juthanan hari ini berkata enam sukarelawan pertahanan dan seorang penolong pegawai daerah cedera dalam serangan pada 8.50 malam di Kampung Talubuk, Muang, Patani.

Beliau berkata sebelum itu, sebutir bom meledak di bandar Pattani pada 7.30 malam namun tiada kecederaan dilaporkan.

"Tayar juga dibakar di tengah-tengah jalan di 20 lokasi di Muang, Nongchik dan Yaring, kesemuanya di Pattani, malam semalam," katanya.

Beliau percaya motif serangan adalah balas dendam pemberontak terhadap kematian 16 pemberontak di Narathiwat pada 13 Feb dalam percubaan mereka melakukan serang hendap ke atas kem tentera laut di kawasan itu. 

Di Narathiwat, dua sukarelawan pertahanan dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun cedera setelah sebutir bom meledak di depan sebuah kedai serbaneka di Tanjung Emas, Raget, pada 4.20 petang.

Sebutir lagi bom meletup 20 minit kemudian di kawasan itu ketika polis menjalankan siasatan di tempat kejadian, kata seorang jurucakap polis Narathiwat.

Lebih 5,000 orang terbunuh sejak puak disyaki pemisah meneruskan kempen bersenjata mereka untuk mendapatkan kemerdekaan bagi tiga wilayah di selatan iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat sembilan tahun lepas. - Bernama

53 terbunuh diserang militan Arab



KHARTOUM 24 Feb. - Sekumpulan militan Arab melepaskan tembakan mesingan di daerah Darfur, Sudan semalam yang membunuh lebih 50 orang, keganasan berterusan yang menyaksikan penduduknya berpindah secara besar-besaran setiap tahun.
"Mereka datang dengan menggunakan kenderaan jenis Land Cruisers dan menggunakan mesingan jenis Dushkas serta membakar kira-kira 30 buah rumah yang membunuh 53 orang," kata seorang penduduk bandar El Sireaf yang mempunyai 100,000 penduduk yang berhijrah atau melarikan diri akibat pergaduhan puak.
Menurutnya, penyerang dipercayai merupakan militan dari puak Rezeigat yang telah berjuang menentang masyarakat Arab dari kumpulan Beni Hussein sejak Januari lalu di kawasan perlombongan emas Jebel Amir, negeri Utara Darfur. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130224/lu_10/53-terbunuh-diserang-militan-Arab#ixzz2LltJIZmd
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Guna pangkat ATM mesti dengan izin



KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan memandang berat isu penggunaan pangkat oleh pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bersara tanpa mendapat keizinan Majlis Angkatan Tentera (MAT).
Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata penggunaan pangkat selepas bersara adalah satu kesalahan dan pegawai yang ingkar dengan arahan itu boleh dikenakan tindakan sewajarnya.
"Kementerian memandang serius perkara ini. Mereka tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan semula pangkat (yang digunakan semasa) berkhidmat dengan ATM sedangkan mereka tidak dibenarkan oleh pemerintah tertinggi ATM iaitu Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada pemberita selepas melawat Hari Terbuka Kementerian Pertahanan di The Curve, Damansara di sini semalam.
Unit Komunikasi Korporat kementerian itu kelmarin mengeluarkan kenyataan yang antara lain menyebut proses pemakaian gelaran pangkat terkandung dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) yang menetapkan syarat yang perlu ada pada seseorang pegawai sebelum layak menggunakan gelaran itu.
"Ada yang telah bersara, kalau dia dibenarkan oleh MAT untuk gunakan pangkat berkenaan, mereka boleh gunakan pangkat itu, kalau telah ditamatkan, dan tak dibenarkan guna pangkat tu, seharusnya tak gunakan. Memang ada akta di bawah MAT. Kebanyakan pesara wajib dibenarkan (menggunakan gelaran pangkat)," katanya.
Ismail berkata, pada masa ini terdapat beberapa pegawai bersara yang menggunakan gelaran pangkat itu setelah mendapat keizinan MAT.
"Memang ada yang dibenarkan macam Kolonel bersara, Brig. Jen. bersara, tetapi bukan sewenang-wenangnya sebab ada yang telah dilucutkan. Secara puratanya tidak banyak yang boleh gunakan," katanya. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0224&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2LlqU72Gp 
Hakcipta terpelihara 

Orang kuat Parti Demokratik Indonesia letak jawatan



ANAS Urbaningrum melambaikan tangan ke arah para penyokongnya ketika keluar dari ibu pejabat Parti Demokratik di Jakarta selepas mengumumkan perletakan jawatannya semalam.


JAKARTA - Pengerusi parti pemerintah Indonesia, Anas Urbaningrum, 43, meletak jawatan semalam selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Indonesia menamakannya sebagai suspek dalam satu kes rasuah bernilai jutaan ringgit.
"Saya meletak jawatan sebagai pengerusi Parti Demokratik," kata Urbaningrum kepada pemberita dalam satu sidang akhbar.
Pada Jumaat, Urbaningrum dinamakan sebagai suspek rasuah kerana didakwa menerima suapan atau dijanjikan dengan hadiah dalam satu kes rasuah melibatkan projek pembinaan pusat sukan Hambalang, dekat Jakarta bernilai AS$120.5 juta (RM373.5 juta).
Peletakan jawatan Urbaningrum sudah dijangka kerana dia merupakan antara pegawai Parti Demokratik yang menandatangani 'pakatan integriti'. Mereka perlu meletak jawatan sekiranya dinamakan sebagai suspek kes rasuah.
Dakwaan ke atas Urbaningrum merupakan skandal rasuah terbaharu melibatkan parti pimpinan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono menjelang pilihan raya pada tahun hadapan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0224&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2LlmlRWBH 
Hakcipta terpelihara 

90 terkorban dalam kejadian letupan bom di Damsyik



BEIRUT 23 Feb. - Sekurang-kurangnya 90 orang terkorban semalam dalam kejadian letupan bom di seluruh Damsyik, kata kumpulan pemantauan keganasan, menjadikan semalam hari berdarah di seluruh ibu negara Syria sejak berlaku pemberontakan terhadap Presiden Bashar al-Assad yang berlarutan selama dua tahun.
Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia di Syria memetik jumlah kematian itu yang diperolehi menerusi hospital dan sumber-sumber lain.
Sekurang-kurangnya 60 orang terbunuh dalam letupan bom kereta di daerah Mazraa di tengah bandar Damsyik, yang berdekatan pejabat kedutaan Rusia dan pejabat Assad.
Sementara itu, turut terkorban adalah mangsa tiga pengeboman di daerah timur laut Barzeh, yang mengorbankan 53 orang dan lebih daripada 200 orang cedera. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130223/lu_10/90-terkorban-dalam-kejadian-letupan-bom-di-Damsyik#ixzz2LjvAhUKv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pembangkang kritik tindakan Mursi tangguh pilihan raya



KAHERAH 23 Feb. - Pemimpin pembangkang Mesir semalam mengkritik keputusan Presiden Mohammed Mursi yang mahu menangguhkan pilihan raya Parlimen sehingga April depan, memberi amaran bahawa pemilihan akan menyebabkan perpecahan politik di negara ini.
“Tindakan untuk menangguhkan pilihan raya menunjukkan kelemahan institusi kerajaan negeri
dan keputusan yang tidak bertanggungjawab, sekali gus menambahkan kemarahan rakyat,’’ kata pemimpin pembangkang terkemuka, Mohammed El-Baradei, menerusi laman Twitter.
Mursi semalam mengumumkan pilihan raya Parlimen akan diadakan dalam empat peringkat bermula pada 27 April ini di lima wilayah negara ini termasuk Kaherah. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130223/lu_09/Pembangkang-kritik-tindakan-Mursi-tangguh-pilihan-raya#ixzz2LjxxbNNg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

FSA beri amaran kepada Hezbollah



Satu mayat terbaring di jalanan selepas letupan kereta menggegarkan kawasan berhampiran ibu pejabat Parti Baath dan Kedutaan Rusia di Damsyik, semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut. - AFP
DAMSYIK 21 Feb. - Komander Tentera Pembebasan Syria (FSA) memberi tempoh selama 48 jam kepada pergerakan Hezbollah Lebanon untuk menghentikan bedilan ke atas wilayah yang dikuasai pemberontak atau menerima serangan balas.
Ancaman itu dikeluarkan semalam selepas anggota pemberontak berjaya menembak jatuh jet pejuang tentera kerajaan selepas serangan udara membawa maut yang mengorbankan 20 orang di sebuah bandar di wilayah Damsyik.
Ketua Turus Tentera FSA, Jeneral Selim Idriss memberitahu AFP, Hezbollah telah lama terlibat dalam penentangan di Syria, tetapi mula bertindak melampau selepas membedil perkampungan berhampiran Qusayr, wilayah Homs dari lembah Bekaa di Lebanon.
"Hezbollah mencabul kedaulatan Lebanon dengan membedil wilayah Syria dan kedudukan FSA.
"Dalam tempoh beberapa minggu lalu, Hezbollah telah membedil perkampungan di sekitar Qusayr dari wilayah Lebanon dan tindakan itu tidak boleh diterima," ujar Idriss.
Idriss berkata, pemberontak memberi tempoh selama 48 jam kepada Hezbollah untuk menghentikan bedilan itu atau mereka akan melancarkan serangan balas.
"Pemberontak di kawasan Qusayr akan dibantu dengan anggota FSA dari kawasan lain yang lengkap dengan senjata jarak jauh," katanya.
FSA turut meminta Presiden dan Perdana Menteri Lebanon untuk campur tangan dalam hal itu, tetapi Perdana Menteri, Najib Mikati menolak sebarang hubungan dengan pemberontak Syria.
Sementara itu di Damsyik, seorang pemain bola maut dan empat yang lain cedera selepas dua bedilan mortar menggegarkan sebuah stadium di bandar raya itu, lapor agensi berita SANA yang menuduh 'pengganas' melakukannya.
Sekurang-kurangnya 122 orang maut di seluruh Syria semalam, termasuk 65 orang awam, menurut Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia.
Sementara itu, dalam serangan bom kereta berhampiran ibu pejabat parti pemerintah, Parti Baath dan Kedutaan Rusia di Damsyik, hari ini, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut. - AFP/AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130222/lu_05/FSA-beri-amaran-kepada-Hezbollah#ixzz2LjxT4Q2R
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pelukis Sweden hina Rasulullah



STOCKHOLM 21 Feb. - Pelukis Sweden yang pernah menerima ancaman bunuh selepas menggambarkan Nabi Muhammad SAW sebagai anjing, mendedahkan akan mempamerkan lukisan baharu tentang Nabi Muhammad dalam satu pameran di bandar Malmoe, Julai ini.
"Adalah penting untuk meneruskannya kerana jika anda tunduk kepada ancaman itu dan beralah, anda meninggalkan asas-asas demokrasi," dakwa Lars Vilks (gambar).
Pelukis itu berdepan dengan beberapa ancaman bunuh sejak lukisannya yang memaparkan Nabi Muhammad dengan berbadan anjing disiarkan buat pertama kalinya di akhbar harian Sweden, Nerikes Allehanda pada 2007.
Vilks mendakwa, lukisan baharu itu akan terus menggambarkan Nabi Muhammad dengan berbadan anjing.
Katanya, adalah sukar untuk menilai sama ada pameran yang akan diadakan di galeri bandar ketiga terbesar di Sweden ini akan mencetuskan lebih banyak bantahan atau ancaman.
Dengan satu pertiga daripada penduduk Malmoe lahir di luar Sweden, bandar itu menjadi tumpuan perdebatan tentang imigran.
Pusat Islam di bandar itu menganggarkan terdapat kira-kira 100,000 penduduk yang beragama Islam di kawasan itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130222/lu_01/Pelukis-Sweden-hina-Rasulullah#ixzz2LjxHBgwt
© Utusan Melayu (M) Bhd 

16 terbunuh dalam letupan bom di India



Dua anggota Agensi Penyiasatan Kebangsaan India memerhatikan kesan serangan bom yang meletup di sebuah bangunan membeli belah di Hyderabad, India, kelmarin. - AGENSI
HYDERABAD 22 Feb. - Dua serangan bom yang dilancarkan secara serentak di kawasan membeli-belah yang padat dengan pengunjung di sini semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh.
Serangan tersebut yang berlaku kira-kira pukul 7 malam di luar sebuah panggung wayang dan stesen bas, turut menyebabkan seramai 116 orang cedera, enam daripadanya parah.
Perdana Menteri India, Manmohan Singh menyifatkan serangan itu sebagai perbuatan pengecut kerana menyebabkan ramai orang yang tidak bersalah menjadi mangsa.
Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri, Sushilkumar Shinde berkata, bom terbabit dipasang pada dua buah basikal yang diletakkan secara berasingan dengan jarak 150 meter di daerah Dilsukh Nagar.
Katanya, kawasan itu kebiasaannya dikunjungi ramai orang yang membeli-belah di kawasan berhampiran.
Apabila disoal tentang sebarang suspek yang disyaki oleh kerajaan, Shinde menjawab, pihaknya masih menjalankan siasatan.
Hyderabad didiami kira-kira 10 juta penduduk Islam dan Hindu, dan terletak di negeri Andhra Pradesh serta merupakan bandar industri teknologi maklumat.
Sementara itu, Ketua Menteri Andhra Pradesh, Kiran Kumar Reddy berkata, serangan berkenaan telah mengganggu keamanan masyarakat di negeri ini.
Kejadian semalam merupakan yang pertama berlaku di India sejak serangan bom di luar bangunan Mahkamah Tinggi di New Delhi pada September 2011, yang mengorbankan 13 orang. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130223/lu_03/16-terbunuh-dalam-letupan-bom-di-India#ixzz2Ljvw4Egj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

90 terkorban dalam kejadian letupan bom di Damsyik


BEIRUT 23 Feb. - Sekurang-kurangnya 90 orang terkorban semalam dalam kejadian letupan bom di seluruh Damsyik, kata kumpulan pemantauan keganasan, menjadikan semalam hari berdarah di seluruh ibu negara Syria sejak berlaku pemberontakan terhadap Presiden Bashar al-Assad yang berlarutan selama dua tahun.
Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia di Syria memetik jumlah kematian itu yang diperolehi menerusi hospital dan sumber-sumber lain.
Sekurang-kurangnya 60 orang terbunuh dalam letupan bom kereta di daerah Mazraa di tengah bandar Damsyik, yang berdekatan pejabat kedutaan Rusia dan pejabat Assad.
Sementara itu, turut terkorban adalah mangsa tiga pengeboman di daerah timur laut Barzeh, yang mengorbankan 53 orang dan lebih daripada 200 orang cedera. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130223/lu_10/90-terkorban-dalam-kejadian-letupan-bom-di-Damsyik#ixzz2LjvAhUKv
© Utusan Melayu (M) Bhd