Thursday, February 2, 2012

Jati: Hasan Ali perlu ikhlas, bukan jadi budak suruhan


RUZY ADILA IDRIS
1 Februari 2012
RIDUAN MOHD NOR

SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas meminta bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berperanan sebagai ‘kuasa ketiga’ dan tidak mewakili sentimen mana-mana pihak yang berkepentingan jika beliau benar-benar mahu menegakkan "amar ma’ruf nahi mungkar."

Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, jika benar beliau mahu memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja-raja dengan menubuhkan Jati, Hasan mestilah ikhlas tanpa mengira latar belakang sasaran.

Beliau berkata, jika tidak Hasan hanya dilihat sebagai ‘budak suruhan’ kepada pihak tertentu terutama kepada parti pemerintah, apabila hanya menjadikan Pakatan Rakyat (PR) dan pemimpinnya sebagai sasaran kecaman beliau.

“Apa yang menghairankan, beliau hanya menyerang pemimpin Pas dan Pakatan Rakyat sedangkan kemungkaran lebih besar ada pada kuasa pemimpin utama di negara ini.

“Kami kecewa kerana beliau hanya melihat kesalahan yang ada dalam Pas dan menuduh segelintir pemimpin Pas sebagai ‘parasit’ sedangkan beliau tidak boleh ‘bias’ kepada mana-mana pihak jika ikhlas dan jujur dalam memperjuangkan Islam serta bangsa Melayu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Tambah Riduan, Dewan Pemuda Pas berpendapat Jati harus berdiri tegak atas platformnya sendiri dengan menjadi sebuah badan bukan kerajaan yang bebas dari kongkongan mana-mana parti politik tertentu.

Katanya, Hasan sebagai pengemudinya harus bertindak rasional dalam memperjuangkan Islam di negara ini dan tidak boleh memanjang sentimen isu pemecatannya kerana ia boleh dilihat sebagai agenda peribadi, bukan agenda umat Islam di negara ini.

“Jika betul beliau mahu memperjuangkan akidah umat Islam, seharusnya Umno terlebih dahulu dan patut diserang kerana ditangan pemimpin merekalah akidah umat tergoncang. Umno pemilik kuasa di negara ini telah memerintah berpuluh tahun dan mereka mempunyai kuasa dalam meluluskan akta, undang-undang, dan penguatkuasaan di negara ini," katanya.Jati: Hasan Ali perlu ikhlas, bukan jadi budak suruhan - Politik - Sinar Harian:

'via Blog this'

Jati tidak jejaskan Pas

Datuk Tuan Ibrahim Tuan ManKUANTAN - Penubuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jati oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali disifatkan Pas tidak menjejaskan parti itu kerana ia hanya NGO dan bukan parti politik.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebagai sebuah negara demokrasi, pihaknya tiada halangan malah terbuka menerima sebarang situasi.

Tambahan pula, Datuk Dr Hassan Mohamad Ali bukan lagi ahli Pas dan tidak terikat dengan peraturan parti.

“Saya melihat perkara tersebut sebagai usaha mewujudkan platform baru kepada perkembangan NGO di negara ini dan tiada kaitan dengan Pas.

“Malah saya tidak menganggap ia satu ancaman kepada Pas malah yakin ahli Pas sendiri tidak mudah terpengaruh dengan isu yang dibawakan beliau,” katanya kepada Sinar Harian.

Tuan Ibrahim berkata, melalui tinjauan yang dijalankan dalam kalangan ahli parti, penubuhan Jati dan pelbagai isu yang dibawakan Hassan tidak menjejaskan pendirian dan kesetiaan ahli terhadap parti.

Kata beliau, ahli Pas di Pahang khususnya sudah sedia maklum mengenai isu berbangkit yang ditimbulkan tokoh agama namun tidak mudah tergugat dengan kenyataan yang dibuat.

“Kita kini fokus kepada Pilihan Raya Ke-13 (PRU13) malah jentera parti tidak pernah merasa kehilangannya. “Buat masa ini, kita tidak mahu melayan dan rasa terganggu dengan ‘kemuncup’ yang ada,” katanya.Jati tidak jejaskan Pas - Politik - Sinar Harian:

'via Blog this'

Hasan Ali: 'Tsunami baru' boleh tumbang PR, bebaskan Pas


RISWANDI RAZAK
2 Februari 2012

SHAH ALAM - Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendakwa Islam, Melayu dan Raja (IMR) adalah menifestasi yang amat ditunggu-tunggu masyarakat khusus bagi mengembalikan semula tiga elemen yang didakwa telah pudar di negara ini, dan yakin 'tsunami' beliau boleh menumbangkan Pakatan Rakyat (PR) selain membebaskan Pas daripada parasit.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor ini berkata, orang ramai selama ini menanti ada pihak yang memulakan perjuangan ini.

Menurutnya, beliau yakin IMR akan mendapat sambutan hangat secara berterusan, berdasarkan jumlah hadirin dalam siri jelajah beliau dalam minggu ini.

"IMR satu manifestasi, banyak SMS saya terima yang menggambarkan betapa rakyat Malaysia menunggu kedatangan IMR ini.

"Ini kerana cabaran getir yang dihadapi masyarakat, masalahnya pupusnya agama," katanya dalam ceramah "Bersatulah Ummat" di Padang Reformasi, Jalan Kebun, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, keadaan masyarakat pada masa kini membuktikan bahawa agama Islam semakin dipinggirkan.

"Buktinya, berdasarkan pemerhatian saya setiap keluarga hanya segelintir sahaja anaknya sembahyang cukup lima waktu.

"Masjid tidak ramai jemaah pada waktu subuh, ustaz-ustaz tidak digunakan, perkara ini bukan main-main, ia terjadi dalam masyarakat kita sekarang ini," katanya.

Menurutnya, masyarakat kini khuatir bahawa generasi akan datang tidak mampu untuk menyebut elemen dalam IMR.

Bagaimanapun, beliau berkata, masih terdapat halangan dan cabaran yang perlu ditempuhi termasuk bantahan dalam ahli politik tertentu.

Hasan berkata, pemecatan beliau juga berpunca dari usaha menegakkan IMR yang ditentang oleh pemimpin PR.

Menurutnya, berdasarkan sambutan amat menggalakkan jelajah kali ketiga ini, beliau berharap ia akan menumbangkan pemimpin PR dan membebaskan Pas dari kawalan parasit.

"Kita berharap tsunami ini akan meragut pemimpin DAP, PKR dan parasit-parasit dalam Pas," katanya.

Difahamkan, Hasan akan melancarkan Islam, Melayu dan Raja (IMR) dan penubuhan Pertubuhan Bukan Kerajaan, Jati pada 21 Februari ini bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC).Hasan Ali: 'Tsunami baru' boleh tumbang PR, bebaskan Pas - Nasional - Sinar Harian:

'via Blog this'