Berapa kos perubatan Hj Hadi sewaktu
rawatan di Turkey dan siapakah yang
membiayai? Tentu terhutang budikan?
|
Umno/BN bukan hanya baru-baru ini melakukan kezaliman keatas kita semua.Bukan sejak krisis 1MDB. Bukan sejak berlakunya transaksi kontraversi antara 1MDB dan Tabung Haji. Bukan sejak penguatkuasaan cukai GST. Sejak lama dulu-dulu lagi Umno/BN menzalimi kita!
Rakyat telah cukup lama bersabar dengan salah laku PM Najib. Skendal pembelian kapal selam Scorpene yang dikatakan kosnya telalu tinggi dan dikaitkan pula dengan kes pembunuhan al-Tantuya.
Perihal isterinya yang boros berbelanja serba serbi mewah. Pembelian jet peribadi yang kontraversi sebagaimana yang didedahkan oleh Rafizi Ramli di sini.
Sambutan perkahwinan anak Najib yang luarbiasa meriahnya, hingga Mahathir menganggapnya sebagai "perkahwinan abad ini". Yang mana semua ini dilakukan ketika rakyat sedang menderita akibat dihimpit oleh kesempitan hidup sambil mendengar nasihat Najib suruh rakyat berjimat berbelanja!
Rakyat kini marah dan mahukan PM Najib berundur kerana sudah tak tertahan lagi. Orang PAS marah, orang Umno pun ramai yang marah.Namun dicelah-celah kemarahan rakyat ini, muncul pula suara sumbang yang mempertahankan Najib! Bukan suara dari manusia seperti Rani Kulup, tapi dari Presiden PAS, Hj Hadi!
Orang-orang Umno sendiri terkejut! Mereka memuji sikap Hj Hadi. Betapa lagi orang-orang PAS sendiri!Ramai yang terpinga-pinga. Something has gone horribly wrong somewhere with Hj Hadi....
Hj Hadi berpendapat semua pihak termasuk rakyat perlu memberikan Najib peluang untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang melanda negara dan pertahankan kedudukannya sebagai Perdana Menteri sehingga tamat tempohnya.
Hj Hadi yang ada sekarang ini memang bukan Hj Hadi yang pernah kita kenali dahulu. Dialah yang selalu duk sebut melalui ceramah-ceramahnya bahawa Umno itu zalim!
Orang-orang PAS seperti aku, sering dihadzamkan dengan ayat 113 surat al-Hud, iaitu mengenai orang yang cenderung kepada orang yang zalim berhak mendapatkan azab karena ia menjadi sekutu orang zalim itu.
وَلا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لا تُنْصَرُونَ
Terjemah : Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang zalim* yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, sedangkan kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, sehingga kamu tidak akan diberi pertolongan.
*Cenderung kepada orang yang zalim maksudnya bergaul dengan mereka serta meridhai perbuatannya dan mengadakan pendekatan atau bahkan sepakat dengan kezaliman mereka. Akan tetapi jika bergaul dengan mereka tanpa meridhai perbuatannya dengan maksud agar mereka kembali kepada kebenaran atau memelihara diri (dari gangguan mereka), maka diperbolehkan.
Apa sudah jadi dengan Hj Hadi? Kenapa begini? Ada pula yang bersetuju dengan pembelaan Hj Hadi. Mereka kata "Dibawah Najib, Umno banyak masalah, mudah kita lawan Umno bila PRU nanti!"
Itulah alasan mereka, nak tunggu Umno lemah; sedangkan Pakatan Rakyat sendiri dalam keadaan yang tidak bermuafakat.Hj Hadi tidak memberikan komitmen sepenuhnya terhadap tahaluf dengan rakan-rakan lain dalam PR.
Mereka kata lagi, Hj Hadi sokong Najib adalah ibarat sokong membawa rebah! Tolonglah jangan melalut. Apa alasannya apabila Hj Hadi menunjukan sokongannya kepada Umno dalam isu persempadanan semula?
Bagaimana pula dengan isu pilihanraya kerajaan tempatan yang Hj Hadi kata , kalau diadakan akan mengacam keselamatan negara dengan dikaitkan kononnya tragedi 13 Mei akan berulang!
Suruh Najib berundur bukan bermakna kita sokong Mahathir. Samalah sepertimana dulu ketika Mahathir menjadi 'orang buangan' di era almarhum Tengku Abdul Rahman, Mahathir menggunakan flatform PAS untuk menyerang Tengku, bukan bermakna dia sokong perjuangan PAS. Mahathir memusuhi PAS siang malam bila dia naik jadi PM.
Sebab itu dia lebih mesra dikenali sebagai Mahafir'aun dan Mahazalim sudah cukup menggambarkan betapa zalimnya Umno/BN ketika itu.
Berlaku pembunuhan kejam di Kampung Memali pada tahun 1985.Mahathir yang sedang melawat negara komunis China ketika itu telah mengeluarkan arahan untuk menyerang Allahyarham Ibrahim Mahmood @ Ibrahim Libya dan penyokong-penyokongya atas alasan mereka enggan menyerah diri.
Semasa kes tuduhan rasuah Dato’ Harun Idris pada tahun 1970an, sekumpulan anggota Pergerakan Pemuda UMNO telah mengepung kediaman bekas Menteri Besar Selangor itu dan menghalang pihak polis dari menangkap Dato’ Harun. Mereka ini sanggup menggadai nyawa semata-mata mahu mempertahankan pemimpin Dato' Harun.
Allahyarham Tun Abdul Razak telah menghantar satu delegasi untuk berunding dengan Dato’ Harun. Hasil dari tindakan Tun Razak yang penuh hikmah itu maka Dato’ Harun bersetuju menyerah diri. Peristiwa itu berakhir dengan aman tanpa sebarang pertumpahan darah.
Mahathir mesti menanggung dosa terhadap pembunuhan di Memali dan menjawab kepada balu dan anak-anak mereka yang terkorban. Sikap "Keras kepala" Mahathirlah yang menyebabkan banyak nyawa yang terkorban. Umat Islam terutama ahli-ahli PAS tidak akan melupakan jenayah Mahathir ini.
Tidak kira siapa yang memimpin Umno, Mahathir atau Najib atau siapa sahaja, Umno tetap musuh kepada PAS. Walaupun Hj Hadi pernah kata, Umno sudah berubah dan mahu berbaik-baik dengan PAS apabila Umno mula menunjukan menyokong hudud, percayalah.....mohong semuanya tu wahai Hj Hadi!
" Barangsiapa dikalangan kamu melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan (kekuatan), jika ia tidak mampu maka cegahlah dengan lisan (lidah) dan jika tidak mampu juga maka cegahlah dengan hatinya (membencinya). Ketahuilah bahawa ia adalah selemah-lemah iman ". (Sohih Muslim:hadis 78)
http://alhusseyn51.blogspot.com/2015/05/umno-tetap-zalim-dan-musuh-kepada-pas.html