Tuesday, August 9, 2011

Mari mendaftar untuk mengundi, daftar jangan tak daftar!

Khalid Terus Bidas JAIS

PETALING JAYA: Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Samad terus membidas tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung serbuan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama minggu lalu.
Menurut beliau, tindakan menyerbu rumah ibadat agama lain boleh memberikan satu imej buruk kepada Islam sekiranya ia dilakukan atas nama Islam sendiri.
"Soal menyerbu sebuah rumah ibadat bukan Islam merupakan suatu isu yang serius.
"Ini kerana ianya memberikan gambaran bahawa Islam tidak menghormati rumah ibadat orang bukan Islam," katanya yang dipetik menerusi blognya www.khalidsamad.com.
Selain itu Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, serbuah JAIS itu dilihat wajar dilakukan sekiranya ia bertujuan memberi kepentingan politik kepada Barisan Nasional (BN) dan Umno untuk menyerang kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Sambil mengaitkan tindakan jabatan penguatkuasa agama itu dengan BN, Khalid berkata usaha bagi menangani isu mutad di kalangan umat Islam seharusnya dilakukan dengan kaedah yang lebih berhemah.
"Sekira matlamatnya adalah untuk menghasilkan isu yang mana MCA boleh membantai PR Selangor ‘yang ditunggang PAS’ sehingga JAIS menyerbu gereja, maka serbuan itu adalah 'wajar'.
Sekira matlamatnya juga adalah untuk menghasilkan isu agar Umno pula boleh serang Pakatan Rakyat Selangor ‘yang ditunggang DAP’ sehingga adanya kes memurtadkan ummat Islam, maka serbuan itu adalah 'wajar'.
"Begitulah juga sekiranya serbuan itu bertujuan untuk mengalihkan isu piliharaya bersih, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya, maka serbuan tersebut juga adalah 'wajar'," katanya.
Dalam pada itu Khalid juga berkata JAIS sepatutnya menggunakan kebijaksanaan menerusi setiap tindakan pencegahan yang dilakukan jabatan itu berbanding hanya bersandarkan kepada kuasa dan hak yang diperuntukan kepada mereka.
"Apakah matlamat serbuan dan adakah matlamat itu hanya mampu tercapai melalui serbuan? Soal adanya hak dan kuasa satu perkara, tetapi yang lebih penting ialah kebijaksanaan tindakan sedemikian rupa.
"Pengalaman kita dengan serbuan pegawai penguatkuasa JAIS selama ini semuanya kurang manis," katanya.
Mengulas mengenai dakwaan wujudnya usaha memurtadkan 12 orang Islam yang menghadiri majlis makan malam amal di gereja berkenaan, Khalid berkata JAIS seharusnya memantau dan seterusnya mendampingi kumpulan berkenaan dengan baik tanpa perlu menyerbu masuk ke gereja tersebut.
"Sekiranya 12 orang itu hadir secara rela dan sedang dipujuk dengan berbagai ucapan yang menyatakan kelebihan Kristian dan betapa Islam itu keras dan bersifat memaksa, tanpa adanya keprihatinan dan sebagainya, maka tindakan menyerbu mungkin mendatangkan natijah yang sebaliknya.
"Adalah lebih baik dipantau, dapatkan nombor kereta serta maklumat lain dan seterusnya didampingi golongan 12 tersebut selepas dari itu.
"Kalau bukti memadai, mungkin juga boleh dikenakan tindakan undang-undang. Tidak perlu serbu. Matlamat tercapai, nama baik Islam tidak tercemar, yang 12 dapat diuruskan dan dinasihati dan begitu juga pihak Gereja," katanya.mstar

MBPJ Tidak Pernah Lulus Bina Gereja Methodist Damansara Utama

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebelum ini hanya meluluskan pembinaan pusat komuniti bukan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang bangunannya kini tersergam di Seksyen 13 di sini.
Menurut Penolong Pengarah Kawalan Bangunan MBPJ, Nurul’ Ain Abdul Rahman, berlaku salah guna permohonan yang diberikan oleh pihak pentandbiran apabila DUMC membina gereja ditempat yang tidak dibenarkan.
“Kalau ikut permohonan yang mereka (DUMC) minta kita, ialah pembinaan pusat komuniti bukan gereja. Di sini berlaku salah guna permohonan dan boleh dikenakan tindakan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan pembinaan DUMC dibina secara haram dan tidak mendapat kelulusan daripada MBPJ. Fungsi unit kawalan bangunan MBPJ bertindak mengawal semua jenis pembangunan dalam kawasan majlis tersebut, memproses permohonan kelulusan pelan bangunan baru, mengeluarkan sijil kelayakan menduduki (CF) serta boleh mengambil tindakan kawalan ke atas binaan bangunan yang dibuat tanpa kebenaran.
Rabu lalu, penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu DUMC selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan.
Ketika serbuan dilakukan kira-kira pukul 9 malam, kelihatan seseorang sedang berucap diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan cubaan memurtadkan umat Islam
Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.
Isu tersebut menjadi kecoh apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim campur tangan dan menggesa JAIS mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung serbuan yang dilakukan oleh pihak penguat kuasa jabatan agama itu.mstar

Pemuda PAS Sokong JAIS, Hasan

SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS Pusat menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pendirian Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dalam isu serbuan terhadap Gereja Methodis Damansara Utama (DUMC) yang dipercayai cuba memurtadkan umat Islam pada satu majlis makan malam amal minggu lalu.
Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, ketetapan berkenaan dibuatberasaskan kepada prinsip bahawa usaha pencegahan seperti yangdilakukan JAIS agar akidah umat Islam sentiasa terpelihara perludisokong oleh semua pihak.
"Secara prinsipnya tugas pihak berkuasa agama adalah untuk menjagaakidah dan memelihara kesucian agama Islam, jadi kalau itu asas yangdigunakan JAIS dalam isu ini... kita sokong.
"Jadi sebarang bentuk tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa agamauntuk mempertahankan Islam, menjaga kesucian agama Islam, itu adalahtindakan yang wajar disokong oleh semua pihak dan tak perlu timbulsebarang keraguaan di atas tindakan tersebut," katanya di sini,Selasa.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuanselama hampir satu jam dengan Hasan yang juga PengerusiJawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastrukturdan Kemudahan Awam Selangor bagi mendapatkan penjelasan berhubunginsiden berkenaan.
Berpuas hati dengan penjelasan Hasan, Nasrudin berkata semua pihaktidak seharusnya prejudis terhadap tindakan JAIS itu kerana iadilakukan bagi menjaga kepentingan Islam.
"Saya harap semua pihak beri kepercayaan kepada JAIS tanpa sikapprejudis kerana pihak berkuasa agama itu menjalankan tugas mereka demiagama Islam," katanya.
Ahad lalu, Hasan turut hadir memberi taklimat kepada AhliJawatankuasa PAS Pusat (CWC) berhubung insiden berkenaan namun tiadasebarang pendirian dibuat mengenainya.
Menyifatkan penjelasan itu 'tidak cukup', Presiden PAS, DatukSeri Abdul Hadi Awang sebaliknya mahu mendapatkan maklumat langsungdaripada JAIS dan pihak gereja sendiri.
Dalam pada itu mengulas mengenai pertemuan pihaknya dengan Hasan,Nasrudin berkata beliau cukup berpuas hati dengan penjelasan yangdiberikan dan yakin bahawa Exco Selangor itu bertindak berdasarkanbukti kukuh.
"Kami semua sangat berpuas hati, kami juga ada bertanya soalan kepadabeliau... semuanya jelas.
"Malah Dr Hasan sendiri mengakui bahawa beliau mempunyai bukti kukuhmengenai tindakan JAIS itu," katanya.mstar

Kenyataan Media GAPS : Elakkan tragedi Natrah daripada berulang



Kenyataan MP Pas Shah Alam, Khalid Samadyang mencemuh bekas pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hassan Ali menjadikan isu membaptis orang melayu di Gereja Methodist Damansara Utama yang diserbu oleh JAIS menjadi polemik yang sangat hangat dipasaran.

Lebih hebat dari itu rakyat Selangor ditontonkan dengan tendang terajang politik Pas yang bergaduh sesama sendiri dalam menangani isu Murtad yang membelenggu umat Islam khususnya di Selangor. 
MP Pas itu wajar mengerti yang Dr Hassan Ali adalah Exco Hal Ehwal Islam Selangor yang bertanggungjawab penuh sebagai wakil Pas paling Kanan yang sah dalam kerajaan DAP, PKR dan Pas di Selangor.
Amat malang Pas Selangor yang kini dipimpin Khalid Samad sebagai Timbalan Pesuruhjayanya tidak faham prosedur dan undang-undang dengan terus mencela, mendesak dan mengutuk tugas yang dilaksanakan oleh JAIS. Khalid lebih berminat meraih sokongan politik murahan dari menyelesaikan persoalan yang rumit dan sensitif ini. 
Juga bertambah malang Presiden Pas dan barisan kepimpinannya yang selama ini sangat lantang mempertahan kepentingan Islam kini menikus. Mereka seolah-olah menyokong usaha memurtadkan umat Islam.
Tindak tanduk pegawai penguatkuasa JAIS dalam isu ini dipercayai berlandaskan peruntukan undang-undang Enakmen Jenayah Islam Selangor yang terpakai untuk seluruh umat Islam yang berada di bumi Selangor. Rakyat yakin pasukan JAIS telah membuat pelbagai penyelidikan, risikan dan intipan sebelum ini bagi memastikan kes ini sahih.
Menurut sumber, gerakan Katolik membaptis orang melayu & muaalaf di Selangor kini berjalan dengan sangat aktif. Peristiwa yang berlaku digereja methodist itu merupakan 'Tips of Iceberg' yang sangat menyentuh hati dan perasaan umat Islam.
Adalah amat dikesali Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tunduk kepada tekanan barisan Exco DAP dan mengambil pendekatan menyalahkan JAIS dalam isu ini. MB wajar memahami perkara 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan dengan lebih fasih sebelum mengambil pendirian yang sangat berat sebelah menghentam pasukan penguatkuasa JAIS.
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) mengesa agar semua pihak akur kepada kedaulatan undang-undang dinegara ini yang menyebut soal kebebasan beragama seperti yang terkandung dalam perkara 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan. Jika kedua-dua perkara ini di patuhi tidak timbul soal ada usaha mubaligh katolik yang beria-ia mahu memurtadkan umat Islam.
Kes membaptis umat Islam ini amat malang dan menyedihkan kerana ianya berlaku dan ini bertentangan dengan undang-undang di negara ini. Sudah jelas lagi bersuluh kerajaan DAP, PKR dan Pas Selangor telah menguris hati dan perasaan umat Islam di Selangor dalam bulan Ramadhan ini.
GAPS berdoa agar Tragedi Natrah kekal menjadi lipatan sejarah. Hanya kebijaksanaan pemimpin negara yang berjiwa besar sahaja yang mampu merungkai isu agama yang sensitif dan rumit ini.
Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
-SH

Isu murtad, semua pihak bertanggungjawab



Saya tertarik dengan ulasan yang dibuat oleh Ustaz Mohd Fadil Yusuf yang memperincikan secara ilmiah dan berhemah tentang gejala murtad yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.Pemikirannya cukup terpimpin dan diolah serta dibahaskan dalam bahasa yang cukup mudah difahami. Saya perturunkan ulasan beliau tanpa sebarang suntingan untuk kita melihat gejala murtad ini daripada kacamata beliau.
Kini sekali lagi masyarakat Islam negara ini riuh kembali berkenaan isu murtad. Isu murtad bukan perkara baru dalam sejarah umat Islam. Bezanya di zaman ini murtad berlaku secara individu. Di zaman Saiyidina Abu Bakar, golongan yang murtad diperangi habis-habisan.

Kerana golongan murtad pada zaman itu membentuk satu 'movement' dalam usaha untuk mengoyah dan menggugat keyakinan umat. Dalam lain perkataan, mereka, golongan murtad berusaha memurtadkan orang lain.
Wujudnya kumpulan (group) golongan murtad dan penyokong murtad di halaman sosial Facebook, juga membimbangkan kita tentang gejala ini. Hinggalah isu terkini tentang adanya usaha pihak tertentu untuk memurtadkan orang-orang Melayu Islam yang nipis keimanannya.
Riuh rendah masyarakat terhadap isu murtad adalah sesuatu yang boleh dibanggakan. Ini membuktikan sensitiviti umat masih ada. Dan itu merupakan sebagai tanda bahawa iman umat masih belum padam, cuma tidak terlalu bersinar. Andainya iman itu benar-benar memancar tentulah sensitiviti itu tidak bermusim dan akan turut peka terhadap berbagai perkara lain yang tidak kurang pentingnya bagi umat Islam.
Sekiranya hati umat Islam sudah tidak merasai apa-apa kesan terhadap soal murtad umpamanya,dibimbangi akan mengalami dua kali bala. Satu pihak menanggung bala murtad, manakala pihak yang lain pula menanggung bala dayus.
Bertambah besar dayusnya apabila terjadinya murtad itu dari angkara pihak lain yang kita berdiam diri kerana takut dan terlalu hendak menghormati pihak lain. Sedangkan pihak yang memurtadkan umat Islam itu tidak pula pernah mahu menghormati umat Islam. Membiarkan kehormatan diri dan anak isteri dicabuli sudah dianggap dayus, apatah lagi membiarkan aqidah umat dicabuli.
Murtad bukan perkara kecil dan tidak boleh dipandang ringan. Penyelesaiannya menuntut kepada mekanisma yang berkesan. Kalau dalam soal lain seperti masalah ekonomi kita menghadapinya dengan segala pelan tindakan yang teliti, terpeinci, rapi dan sempurna, dalam soal murtad ini tidak boleh secara lebih kurang, atau retorika dan slogan.
Kedapatan pula masyarakat Islam yang memilih jalan mudah iaitu menuding kepada pihak lain yang kononnya bertanggungjawab. Dengan cara itu diri sendiri akan dapat berlepas tangan. Dalam hal ini pihak pemerintah dan agensi yang bertanggungjawab sering menjadi sasaran tudingan.
Ada juga yang menuntut supaya diadakan undang-undang, penguatkuasaan dan hukuman oleh pemerintah. Seolah-olah undang-undang dan hukuman itu akan dengan mudah menyelesaikan masalah murtad.
Pada teorinya memang dengan hukuman nampak berkesan, yang kononnya orang lain akan serik dan takut. Namun perlu diingat, realiti tidak sama dengan teori. Buktinya, cuba lihat dalam kes lain yang memang telah sedia ada undang-undang, penguatkuasaan dan hukuman. Sebut sahaja umpamanya dadah, rasuah, rogol dan termasuk kesalahan lalu lintas.
Ramai yang sudah dihukum mati kerana kesalahan mengedar dadah. Ramai yang sudah dipenjara kerana sabit kesalahan rasuah. Mereka yang diberitakan mati kerana gelojoh di jalan raya juga meningkat. Apakah manusia lain mahu serik dan takut? Penagih dadah lebih merana terseksa kerana kesesakan pusat serenti berbanding kesan penagihan. Pengguna jalan raya lebih takutkan saman berbanding accident dan mati di jalanraya.
Ini membuktikan dalam menangani masalah murtad hukuman bukan jalan penyelesaian terbaik. Undang-undang dan penguatkuasaan bukan jalan keluar berkesan yang menjamin tidak berlakunya murtad. Kalau hendak dilaksanakan ianya sebagai tindakan terakhir setelah lebih dahulu dilakukan pendekatan yang lebih utama dan lebih penting.
Islam adalah wahyu Allah SWT yang sempurna, lengkap dan menyeluruh. Islam sentiasa menyediakan jalan keluar kepada apa jua permasalahan. Perlaksanaan Islam secara syumul akan menyelesaikan masalah, memperlihatkan keindahan ajarannya dan turut terasa keindahan Islam itu pada pengamalnya.
Murtad, atau apa saja masalah kehidupan mestilah melalui pendekatan mencegah, mengubati (pemulihan) dan membendung.
A. Mencegah
Mencegah maksudnya menghindari sesuatu itu sebelum ia berlaku. Ini adalah langkah paling penting. Sayangnya pendekatanlah ini yang amat kurang dititikberatkan. Di samping terabai, kalau adapun kurang berkesan. Keberkesanan pencegahan ini akan menjamin tidak berlakunya murtad.
Pencegahan yang berkesan adalah datangnya dari dalam diri manusia itu sendiri. Di sinilah letaknya betapa pentingnya benteng iman dan taqwa dalam hati manusia.
Firman Allah SWT:
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka." (Surah Ar Ra'd: 11)
Allah SWT menyebut mengenai perubahan apa yang ada di dalam diri manusia itu' ditujukan kepada sesuatu yang memang sifatnya mudah berubah iaitu hati. Murtad itu bukan datangnya dari anggota lain seperti tangan, kaki, telinga, hidung, mulut atau organ lain. Ianya datang dari hati. Dan hati juga menjadi penggerak atau pemerintah kepada seluruh anggota lain.
Maka benteng yang paling kukuh, utuh dan teguh mestilah datangnya dari hati. Keteguhan benteng itu hanyalah dengan iman dan taqwa. Dengan iman yang utuh, taqwa yang tinggi biar apapun pengaruh yang datang seseorang itu tidak akan menggadai maruah dan aqidahnya. Aqidahnya tidak akan dijual dengan harga secebis cinta atau segunung emas hingga nyawa bercerai dari badan.
Pembinaan iman dan taqwa ini mesti dilakukan sekurang-kurangnya dengan dua kaedah iaitu pendidikan (tarbiyah) dan dakwah.
1. Tarbiyah (pendidikan)
Ini adalah proses ubah ansur pembentukan pegangan, pemikiran dan sikap manusia. Mendidik umat mestilah menjurus kepada penyuburan iman dan taqwa. Sehingga hati umat benar-benar merasai keagungan dan kebesaran Allah. Cinta dengan Syurga dan gerun dengan neraka. Meletakkan agama di atas segala-galanya. Kepentingan Allah dan Rasul-Nya mesti didahulukan dari segala kepentingan lain.
Hafal Rukun Iman serta huraian dan memahami ajaran Islam bukan bererti sudah memiliki iman yang mantap. Hafal dan faham itu hanya terletak di akal bukan di hati. Hati yang merasai gementar terhadap Allah SWT itu barulah dikatakan hati yang terisi dengan iman.
Pendidikan berlaku berterusan yang akhirnya dengan kematian. Memasuki alam persekolahan yang berorentasikan peperiksaan bukan tarbiyah. Itu namanya pembelajaran (taklim). Tarbiyah ini berlaku sama ada secara formal atau informal. Tidak kira apa bentuknya, pokok pangkal mesti membentuk hati yang merasai keagungan Allah SWT. Keluarga, alam persekolahan dan masyarakat adalah unsur yang berperanan dalam menjayakan pendidikan.
2. Dakwah
Dakwah juga mestilah ke arah pembentukan jiwa manusia. Seruan yang tidak terpisah dari tabsyir dan tanzir (khabar gembira dan ancaman) akan lebih berkesan mencorakkan pegangan manusia. Dakwah juga tidak boleh bermusim atau sekadar aktiviti masjid dan persatuan. Dakwah mesti dijadikan sebahagian dari tugas berterusan setiap individu muslim.
Dakwah juga jangan pula hanya rancak saja tanpa matlamat yang jelas. Atau tidak dijadikan gelanggang untuk 'mental exercise' tanpa kesimpulan yang boleh dijadikan pegangan. Pendakwah sepenuh masa mestilah ramai jumlahnya dan diiktiraf setaraf dengan jawatan lain. Cuma, pendakwah perlu memiliki berbagai disiplin, kemampuan dan memenuhi ciri-ciri dan syarat yang sewajarnya.
B. Mengubati (Pemulihan)
Ini adalah "follow-up program" andainya kedapatan umat yang jatuh murtad. Sangat merbahaya memberi ruang kepada berlakunya murtad kemudian baru hendak dipulihkan. Umpama membiarkan penyakit menghinggapi seseorang kemudian baru mencari ubat untuk penyembuhan. Tiada jaminan pemulihan atau mengubati ini mendatangkan kesembuhan.
Berlakunya murtad kerana pencegahan tidak berkesan atau terabai. Apa pula jaminan pemulihan akan berjaya sekiranya pencegahan berlaku banyak kelemahan. Walaupun demikian semua pihak termasuk pemerintah perlu membentuk mekanisma yang membolehkan pesalah murtad dipulihkan secara sistematik. Tentulah bahaya murtad lebih memerlukan pemulihan berbanding bertungkus lumus mengendalikan kesalahan lain.
C. Membendung
Andainya setelah pendekatan pertama dan kedua telah diusahakan bersungguh-sungguh, berlaku juga umat terjerumus kepada murtad maka langkah terakhir ini perlu diambil. Membendung ertinya tidak membenarkan berlaku pertambahan jumlah atau merebak. Mesti dijauhi dari berjangkit kepada individu lain.
Seperti juga dengan kesalahan lain seperti zina yang dihukum rejam dan mencuri dipotong tangan, maka murtad menurut pendapat ulama adalah dihukum bunuh, yang perlaksanaannya adalah langkah terakhir. Perlaksanaan hukuman ini setelah terlebih dahulu masyarakat dididik, di dakwah, diajar dan segala ruang kemungkaran telah ditutup.
Keluarganya sempurna, kasih sayang sudah merata, tiada tekanan hidup, pengaruh luar sudah dibanteras, masyarakat juga sudah berlaku adil, andainya masih tidak mahu insaf, barulah hukuman dijalankan. Hukuman itu dilakukan sebagai iktibar kepada yang lain. Ini hanya dalam keadaan masyarakat itu sendiri bersifat mahu mengambil iktibar.
Berlaku di sebuah negara jiran yang penduduknya majoriti umat Islam. Para ulama sering mengadakan dialog dengan pihak kristian. Setiap kali dialog, kemenangan dan kebenaran jelas berpihak kepada para ulama. Di sana Islam juga sering dijadikan sasaran fitnah. Semua fitnah itu dijawab oleh para ulama dengan hujah yang konkrit. Jaguh pidato lantang dan mengasyikkan pendengar. Pidato mereka sangat memukau dan membius masyarakat umum.
Di tengah-tengah kehebatan pidato dan kejituan hujah, bertambah ramai jumlah umat Islam menukar agama kepada Kristian dan lain-lain ajaran. Mengapa terjadi demikian sedangkan Islam itu jelas benarnya melalui hujah dan pidato?
Jawabnya ialah umat Islam memang handal dalam bercakap tetapi kosong pada tindakan. Biarpun mereka tidak menang hujah dan tidak jaguh dalam pidato, namun mereka masuk kampung, panjat bukit, meredah hutan, meranduk paya dan lumpur. Mereka menabur budi dan kebaikan. Mereka berbakti kepada masyarakat. Mereka meratakan kasih sayang. Mereka bukan sekadar mengubati kurap, panau, kudis buta dan tokak anak-anak pedalaman. Tetapi mereka juga mengubati luka dan bengkak hati lantaran tidak dipedulikan dan tiada kasih sayang.
Masyarakat dahagakan bimbingan, pimpinan, kemesraan, kelunakan dan kasih sayang. Apa yang mereka perolehi dari kalangan Islam ialah kutukan, maki hamun, sumpah seranah, tuduhan dan cercaan. Kata-kata seperti jahil, fasik, kafir, bodoh, lembab, lemah akal, kolot sering mereka dengar. Tiada siapa yang mahu mendampingi mereka.
Kalau diundang berceramah, kos, ongkos dan envelope yang diperhitungkan. Sepatutnya yang bergelar pejuang semakin pokai papa kedana. Sebaliknya "08.00am-05.00pm" menjadi asasnya, yang selebihnya adalah tuntutan elaun ditambah lagi dengan envelope masyarakat bawahan. Tidak hairan mengapa kes murtad banyak berlaku sebenarnya. Cuma yang mengisytiharkan murtad saja yang sedikit.
Marilah kita berbuat apa yang kita boleh buat dan jangan menuding kepada pihak lain. Kita tidak tahu hari ini anak orang lain, mungkin suatu hari nanti suku sakat kita pula. Pemerintah ada bahagian dan tanggungjawabnya. Kita juga tidak akan mudah lepas tangan begitu saja. Sama-sama berganding bahu kerana semua kita akan dipersoalkan oleh Allah SWT di Akhirat nanti.



Dipetik daripada blog sanggahtokjanggut
-SH

Suspek mirip pegawai Indonesia yang diburu ditangkap di Colombia

JAKARTA: Seorang lelaki mirip penggubal dasar Indonesia yang diburu polis, Muhammad Nazaruddin, mungkin sudah ditangkap pihak Interpol di Cartagena, Colombia, kelmarin, menurut seorang pegawai Indonesia, semalam.Pihak berkuasa Indonesia bagaimanapun bersikap optimis tetapi berhati-hati terhadap pendedahan itu. Versi dalam talian akhbar Jakarta Globe melaporkan bahawa Menteri Penyelaras Ehwal Politik, Perundangan dan Keselamatan Indonesia, Encik Djoko Suyanto, telah membuat pengumuman itu semalam.Encik Suyanto dipetik oleh akhbar itu sebagai berkata bahawa beliau telah menerima maklumat itu daripada Duta Besar Indonesia ke Colombia, Encik Michael Manufandu.Menurut Encik Suyanto, lelaki berkenaan, yang sangat mirip bekas bendahara umum Parti Demokrat itu, telah ditangkap kerana memiliki pasport palsu semasa cuba meninggalkan negara tersebut. Pasport itu dikeluarkan atas nama M. Syafruddin.Duta Besar berkenaan telah ke Cartagena dan bertemu suspek. Encik Suyanto berkata beliau telah mengesahkan lelaki itu mirip Nazaruddin.Suspek berkenaan dilaporkan telah meminta duta besar itu menyediakan pengawal keselamatan sepenuh masa.Wakil dari Pejabat Imigrasi, Polis Kebangsaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Kementerian Luar Indonesia sedang bersiap ke Colombia malam tadi atau pagi ini bagi mengesahkan identiti suspek itu, kata Encik Suyanto seperti yang ditukil Jakarta Globe, petang semalam.Presiden Susilo Bambang Yudhoyono telah diberitahu, tambah beliau, dan telah mengarahkan supaya keselamatan suspek dikawal rapi dan bahawa dia harus dibawa pulang untuk disoal siasat.Nazaruddin meninggalkan Indonesia sejak 23 Mei lalu, dengan alasan menjalani rawatan di Singapura dan tidak pulang ke Indonesia setelah didakwa terlibat dalam kes rasuah membabitkan Kementerian Pemuda dan Olahraga dan Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia.-cyberita

Menteri Tenaga Elektrik Iraq dipecat



BAGHDAD 8 Ogos - Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki hari ini memecat Menteri Tenaga Elektrik, Raal Shalal yang sedang disoal-siasat kerana dakwaan dia gagal mematuhi garis panduan kerajaan ketika menandatangani perjanjian bernilai AS$1.7 bilion (RM5.1 bilion) dengan dua syarikat luar negara bagi membina stesen janakuasa.
Shalal menandatangani perjanjian dengan Canadian Alliance bagi peralatan penjanaan kuasa dan firma Jerman, Maschinebau Halberstadt.
Timbalan Perdana Menteri, Hussain al-Shahristani berkata, perjanjian tersebut melanggar garis panduan kerajaan kerana kedua-dua syarikat tersebut tidak mempunyai kemampuan kewangan dan teknikal bagi projek sedemikian. - Agensi, utusan

Polis rejim Israel halau jemaah Masjid al-Aqsa



BAITULMAQDIS 8 Ogos - Polis Israel semalam menyerbu bangunan Masjid al-Aqsa dan mengusir jemaah yang sedang mengerjakan ibadat di dalamnya.
Menurut seorang saksi, polis Israel menyerbu kompleks Haram Ash-Sharif selepas sembahyang terawih dan mengusir kira-kira 30 jemaah yang sedang beribadat di dalam masjid itu.
Pada mulanya, kumpulan jemaah tersebut enggan keluar kerana ingin melindungi kompleks tersebut daripada diceroboh pelampau Yahudi.
Pada malam Jumaat lalu, kumpulan sayap kanan Israel memasuki kompleks tersebut dan bertempur dengan kumpulan belia tempatan.
Jurucakap polis Israel tidak dapat dihubungi bagi mengulas berhubung insiden tersebut.
Israel dalam pada itu mengenakan lebih banyak sekatan ke atas penduduk Palestin pada bulan Ramadan apabila mereka mengehadkan kemasukan ke Masjid al-Aqsa pada hari pertama bulan suci ini.
"Hanya ketua keluarga yang mempunyai permit kemasukan ke Israel dan berumur antara 45 hingga 50 tahun sahaja dibenarkan memasuki al-Aqsa," kata jurucakap polis Israel kepadaAFP.
Sekatan kemasukan yang dianggap sebagai langkah berjaga-jaga bagi membendung keganasan oleh Israel turut dikenakan ke atas penduduk Palestin di Tebing Barat yang berumur 35 tahun.
Israel turut mengetatkan kawalan keselamatan di bandar suci Al-Quds dengan menempatkan beratus-ratus anggota polis dan pengawal sempadan. - Agensi, utusan

Arab Saudi, Kuwait panggil pulang duta di Syria sebagai tanda protes



DAMSYIK 8 Ogos - Arab Saudi dan Kuwait memanggil pulang duta mereka di Syria dalam satu tekanan antarabangsa yang semakin memuncak hari ini selepas tentera negara ini membunuh lebih 50 orang semalam dalam satu tindakan keras kerajaan.
Tindakan mengejut oleh Riyadh itu merupakan kritikan paling lantang oleh pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah yang pernah ditujukan kepada mana-mana negara Arab sejak satu gelombang protes tercetus di Asia Barat sehingga menyingkirkan autokrat di Tunisia dan Mesir.
"Arab Saudi memanggil pulang dutanya ke Syria bagi berunding. Negara kami juga tidak menerima situasi terkini di Syria kerana perkembangan terbaru itu tidak patut berlaku," katanya dalam satu kenyataan.
Raja Abdullah dalam kenyataan itu turut menggesa Damsyik menghentikan pembunuhan penduduk awam dan pertumpahan darah sebelum terlambat selain menyeru pembaharuan segera dan menyeluruh dilaksanakan.
Pemerintah negara Arab itu turut melabelkan kekejaman Syria sebagai tidak berakhlak dan bertentangan dengan ajaran Islam.
"Ramai penduduk mati syahid, darah mereka telah tumpah dan ramai yang lain cedera. Ini tidak seiring dengan ajaran serta nilai Islam," katanya.
Beliau turut mengingatkan Syria tentang sokongan yang pernah diberikan Arab Saudi kepada Damsyik, tetapi negara Teluk itu katanya perlu membuat satu keputusan 'yang tidak pernah dilakukan sebelum ini'.
Dalam perkembangan terbaru di Syria hari ini, bedilan meriam dan letupan terus kedengaran di bandar Deir el-Zour, timur laut negara ini selepas lebih 300 penduduk awam maut sejak seminggu lepas dalam tindakan keras kerajaan pimpinan Presiden Bashar Assad.
"Bandar ini dibom menggunakan pelbagai senjata berat. Situasi di sini juga amat teruk selepas sembilan hari dikepung.
"Bekalan makanan, ubat, minyak dan susu bayi berkurangan. Bandar ini lumpuh sepenuhnya," kata seorang aktivis. - AFP
utusan

Ahli Christian Brothers dipenjara



MELBOURNE 8 Ogos - Seorang anggota Christian Brothers yang merupakan pesalah fidofilia dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun kerana melakukan penderaan seksual terhadap 11 orang budak lelaki di sekolah di Australia, hari ini.
Christian Brothers merupakan sebuah pertubuhan agama yang diuruskan Gereja Katolik di seluruh dunia yang bertindak dalam penyebaran agama Kristian dan mendidik kanak-kanak serta remaja.
Robert Charles Best (gambar), 70, yang sebahagian besar perbicaraannya dibiayai oleh Gereja Katolik, mengaku bersalah melakukan 27 penderaan seksual terhadap kanak-kanak yang diajarnya di Victoria dari 1969 hingga 1988.
Mangsa-mangsa perlakuan fidofilia menjerit ke arah Best ketika dia dibawa ke kandang orang bersalah dan mereka turut memanggil bekas guru mereka itu sebagai 'ulat berenga'.
Best yang telah menjalani hukuman penjara empat penggal berbeza atas kesalahan melakukan gangguan seksual kepada pelajar-pelajarnya, dijatuhkan hukuman penjara selama 14 tahun dan sembilan bulan.
Hakim Mahkamah Daerah Victoria, Roy Punshon berkata kesalahannya ialah pecah amanah yang serius kerana peranannya sebagai seorang guru dan pemimpin agama.
"Disebabkan oleh kuasa dan kedudukan kamu, mangsa yang masih muda dan tidak matang biasanya akan merasakan tidak mempunyai kuasa dan tidak boleh mengadu," katanya.
Beberapa orang kanak-kanak yang berusia lapan hingga 11 tahun dicabul ketika mereka sedang sakit atau tercedera.
Peguam yang mewakili mangsa-mangsa, Vivian Waller menyifatkan jenayah tersebut sebagai amat mengejutkan dan mahu Gereja tersebut membayar wang pampasan kepada mangsa.
"Kami akan menuntut pampasan atas kesakitan dan penderitaan serta pembelanjaan rawatan perubatan, dan kerosakan-kerosakan khas yang lain bagi membantu mangsa-mangsa pulih daripada apa yang telah mereka lalui," katanya. - AFP, utusan

Taufan Muifa ancam kilang kimia



BEIJING 8 Ogos - Penduduk sekitar bandar pelabuhan China bimbang ombak besar akan melanda negara ini yang dijangka mengancam sebuah kilang kimia dan tumpahan bahan kimia toksik.
Media tempatan hari ini melaporkan, ombak setinggi 20 meter memecah benteng di Dalian di timur laut wilayah Liaoning dan mengancam loji kimia Fujiahua yang menempatkan bahan-bahan kimia toksik, menurut tentera di tempat kejadian.
Ombak tersebut dicetuskan oleh Taufan Muifa yang diramal oleh Agensi Ramalan Cuaca China melanda petang ini sekitar wilayah Laioning atau barat Korea Utara. - Agensi, utusan

China janji tiada belas ihsan pada militan Uighur



BEIJING 8 Ogos - Pegawai tertinggi China di wilayah Xinjiang mahu tindakan sekeras-kerasnya diambil terhadap 'pengganas dan pelampau agama' berikutan beberapa serangan maut, baru-baru ini.
Ketua Parti Komunis China di Xinjiang, Zhang Chunxian adalah pegawai kanan yang berikrar tiada belas kasihan akan ditunjukkan terhadap pencetus kekacauan di wilayah barat China itu.
Pegawai kerajaan menuduh puak militan Uighur melancarkan dua serangan maut pada akhir bulan lepas, menyebabkan sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan 42 lagi cedera di bandar Kashgar.
"Bagi membendung serangan pengganas baru-baru ini, kita perlu mengenakan tekanan paling hebat ke atas mereka," kata Chunxian ketika berucap kepada anggota parti itu pada Jumaat lalu, menurut laman web kerajaan wilayah.
Beliau turut menggesa sekatan dikenakan terhadap 'kegiatan agama yang menyalahi undang-undang' dan tumpuan diberikan kepada usaha memelihara kestabilan.
Ketua polis China, Meng Jianzhu juga mengeluarkan kenyataan serupa dengan berkata, China tidak akan bertolak ansur terhadap mereka yang menjalankan kegiatan pengganas.
Pada awal bulan ini, pasukan keselamatan dikerahkan ke seluruh kawasan utama di Kashgar, beberapa hari selepas meletus keganasan yang menonjolkan ketegangan etnik di wilayah yang diduduki penduduk Uighur beragama Islam itu.
Dalam serangan itu, penyerang etnik Uighur menggempur sebuah restoran, membunuh pemiliknya dan seorang pelayan, sebelum menetak empat orang sampai mati di sebatang jalan berdekatan. - Reuters. utusan

Bekas bendahari Parti Demokrat diberkas







JAKARTA 8 Ogos - Lelaki yang paling dikehendaki kerajaan Indonesia, Muhammad Nazaruddin (gambar) kerana didakwa terlibat dalam pelbagai kes rasuah dipercayai sudah ditangkap.
Nazaruddin yang juga bekas Bendahari Parti Demokrat, pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, ditahan oleh polis antarabangsa di Cartagena, Colombia, semalam.
Menteri Koordinator Bidang Politik, Undang-undang dan Keselamatan Indonesia, Djoko Suyanto ketika mengumumkan berita itu berkata, Nazaruddin ditangkap dengan kerjasama polis Indonesia.
Duta Besar Indonesia ke Colombia, kata Djoko, sedang mengenal pasti identiti suspek berikutan ketika ditahan beliau dipercayai menggunakan identiti palsu.
“Ketika ditahan di Cartagena, Colombia, Nazaruddin dipercayai menggunakan foto dan identiti palsu pada pasport dengan nama M. Syahruddin. Ketika ini suspek sudah dibawa ke Bogota, Colombia untuk siasatan lanjut,” kata Djoko pada sidang media, di sini hari ini.
Pada masa sama, Djoko memberitahu wartawan, wakil daripada jabatan Imigresen, polis dan Kementerian Luar Indonesia sudah pergi ke Colombia untuk membantu melancarkan siasatan terhadap Nazaruddin.
Presiden Susilo yang sudah dimaklumkan mengenai berita penangkapan itu, kata Djoko, berpesan agar keselamatan ke atas Nazaruddin dipertingkatkan.
“Kami sudah laporkan kepada Presiden pagi tadi dan beliau sampaikan pesanan agar keselamatan bersangkutan (Nazaruddin) ditingkatkan. Kedua, yang didakwa dibawa ke tanah air untuk diadili,” ujar Djoko.
Nazaruddin yang meninggalkan Indonesia pada 23 Mei lalu dikehendaki oleh Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah negara ini untuk disiasat atas tuduhan rasuah berhubung pembinaan perkampungan atlet di Palembang bagi kegunaan Sukan SEA pada November ini.
Ketika itu, Nazaruddin mendakwa dia ke Singapura untuk menjalani rawatan di salah sebuah hospital di sana. Bagaimanapun, sehingga saat itu, dia tidak kembali ke Indonesia.
Berita penangkapan Nazaruddin dijangka mengakhiri penantian berbulan-bulan lamanya oleh agensi pembanterasan rasuah Indonesia yang sudah beberapa kali memanggil beliau untuk disiasat.
Nazaruddin turut mencetus kontroversi apabila mengaitkan beberapa tokoh politik Indonesia dalam kes rasuah. – Utusan

Polis tahan lebih 160 orang di Tottenham



ANGGOTA bomba terus memadamkan saki-baki api pada bangunan yang musnah dibakar oleh perusuh di Tottenham, utara London, kelmarin. - REUTERS


LONDON 8 Ogos - Polis London melancarkan siasatan rapi dan menangkap lebih 160 orang berhubung rusuhan terburuk di ibu negara Britain ini dalam tempoh lebih 25 tahun.
Sementara itu, keganasan berpunca daripada kematian seorang lelaki tempatan dalam kejadian berbalas-balas tembakan dengan polis terus merebak awal hari ini.
Beribu-ribu penduduk mencuri barangan dari sebuah gedung barangan elektrik di kawasan Brixton, selatan London pada awal pagi ini, menakala gerombolan pemuda membaling objek ke arah polis, lapor wartawan AFP.
Menurut Scotland Yard, kejadian mencuri merebak ke beberapa kawasan di utara, timur dan selatan bandar raya ini, sementara sekumpulan kira-kira 50 pemuda merosakkan harta benda di kawasan tumpuan pelancong di Oxford Circus.
Perusuh merosakkan sebuah kereta polis dan memecahkan tingkap di Enfield, pinggir utara London kira-kira lima kilometer dari Tottenham, medan kekacauan pada malam sebelumnya.
Pasukan polis tambahan dikerahkan di kawasan-kawasan kediaman bergolak selepas tiga anggota polis dimasukkan ke hospital akibat dirempuh kereta.
"Kami menghadapi situasi mencabar kerana keganasan, kejadian mencuri dan kekacauan meletus di sana sini di beberapa kawasan," kata Komander Scotland Yard, Christine Jones.
Dalam kejadian malam semalam, rumah-rumah, dua kereta polis dan sebuah bas dua tingkat dibakar dan kedai-kedai dipecah masuk di Tottenham.
Keganasan itu mengingatkan penduduk terhadap rusuhan di kawasan sama pada 1985 dan menimbulkan suasana suram di bandar raya ini, yang bakal menganjurkan Sukan Olimpik dalam tempoh setahun.
Polis metropolitan berkata, para pegawai yang terlibat dalam siasatan Operasi Withern akan menyoal saksi dan meneliti rakaman televisyen litar tertutup untuk mengenal pasti perusuh.
Keganasan itu menyusuli protes berhubung kematian Mark Duggan, 29, pada Khamis lalu, dipercayai dalam kejadian berbalas-balas tembakan dengan polis.
Komander polis, Adrian Hanstock menyifatkan kematian Duggan itu sebagai 'sangat dikesali' dan siasatan mengenai insiden itu sedang dijalankan. - AFP, utusan

Penduduk trauma pulang ke rumah



CAMERON HIGHLANDS 8 Ogos - Beberapa penduduk di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di sini mengakui, mereka kini takut untuk kembali dan tinggal di kawasan penempatan sedia ada.
Menurut penduduk yang rata-ratanya Suku Semai, tragedi tanah runtuh yang meragut tujuh nyawa penduduk semalam menimbulkan kebimbangan buat mereka.
Abu Balad, 31, berkata, kejadian pukul 5.45 petang semalam menyebabkan dia kehilangan adik dan anak saudara.
"Saya bimbang untuk pulang ke kampung kerana kejadian sama mungkin berulang," katanya yang kini tinggal sementara di Dewan Serbaguna Brinchang.
Menurut Abu, kejadian semalam memang mengejutkan mereka malah tidak pernah difikir oleh penduduk di perkampungan itu.
Ketua Kampung Sungai Ruil, Tok Batin Kadir Asan, 32, berharap kerajaan akan mencari penempatan baru bagi menempatkan penduduk kampung berkenaan.
Kadir turut menolak tragedi semalam berpunca daripada aktiviti penerokaan tanah di atas bukit berkenaan.
"Tidak ada aktiviti manusia. Hanya hutan dan semak-samun," katanya.
Pada masa ini seramai 594 penduduk perkampungan Orang Asli Sungai Ruil masing-masing 309 dewasa dan 282 kanak-kanak ditempatkan sementara di Dewan Serbaguna Brinchang.
Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil yang terletak kira-kira dua kilometer dari Jalan Brinchang-Tanah Rata mempunyai 145 buah rumah didiami kira-kira 1,300 penghuni dan merupakan antara perkampungan Orang Asli paling awal wujud di daerah ini.
Ia juga terkenal sebagai destinasi pelancongan dengan menawarkan program inap desa.-utusan

Saksi nampak objek hitam berpusing



Jenazah tiga beranak yang maut dalam tragedi tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli di Sungai Ruil, dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Taman Sedia, Cameron Highlands, semalam.


CAMERON HIGHLANDS 8 Ogos – Seorang saksi memberitahu, dia nampak satu objek hitam (tanah) berpusing-pusing di atas bukit sebelum ia tiba-tiba meletup dan mengeluarkan bunyi yang sangat kuat.
Serentak itu, kata saksi tersebut, tanah di puncak bukit mula merekah dan perlahan-lahan bergerak menghempap serta menghanyutkan beberapa rumah penduduk di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata di sini semalam.
Faridah Anjang Bah Besar, 18, berkata, objek hitam itu jelas kelihatan walaupun ketika itu hujan lebat.
“Ketika itu, saya sudah berada di rumah datuk yang terletak di kawasan lebih tinggi selepas diarahkan oleh ibu supaya mengumpul dokumen dan berpindah ke tempat lebih selamat kerana khuatir akan berlaku banjir.
“Apabila melihat tanah mula bergerak, kami menjerit meminta ibu segera keluar dari rumah, manakala ayah yang berada di ruang tamu ditimbus tanah,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh hari ini.
Kejadian itu bukan sahaja menyebabkan bahagian depan rumah yang didirikan menerusi program bantuan kerajaan musnah, tetapi hampir mengorbankan bapanya yang tertimbus di dalam tanah sebelum diselamatkan penduduk.
Ditanya sama ada keluarga itu sudah menghidu sesuatu yang buruk akan berlaku apabila sempat berpindah ke rumah datuknya, Faridah memberitahu, persiapan dilakukan kerana keadaan hujan pada petang itu sangat ‘pelik’.
Sementara itu, Aida Uda, 29, berkata, dia nampak air besar bergulung-gulung dari atas bukit membawa batang pokok menyambar rumah-rumah yang berada di sepanjang lereng itu.
“Saya sedang tidur bersama dua anak sebelum terdengar satu letupan kuat sehingga menyebabkan rumah mereka bergegar.
“Kami terus bertempiaran lari menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di pusat penempatan sementara di Dewan Serbaguna Brinchang dekat sini.
Minah Bahu, 50, pula berkata, ketika kejadian dia bersama 11 lagi ahli keluarga berada dalam rumah.
“Bunyi letupan itu sangat kuat dan masing-masing menjerit meminta keluarga berlari menyelamatkan diri ke luar.
“Kami cuba membantu mangsa yang tertimbus namun hanya menjumpai tiga sahaja manakala yang lain gagal ditemui,” katanya.
Seorang penduduk, Temoh Bacai, 41, pula memberitahu, hujan lebat antara pukul 5 hingga 6 petang itu menyebabkan laluan untuk keluar ke jalan utama turut dinaiki air.
Keadaan ini, katanya, menyukarkan pasukan penyelamat memberikan bantuan.
“Kami terpaksa bergilir-gilir mengusung mangsa meredah banjir untuk menaiki ambulans yang terkandas akibat jalan dinaiki air.
“Salah seorang mangsa iaitu Normadiah Lasik masih hidup ketika ditemui namun dia meninggal dunia sebelum sempat dibawa ke hospital,” katanya.-utusan

'Dada saya seperti ditekan-tekan 10 orang dewasa'



IPOH 8 Ogos - "Dada saya seperti ditekan-tekan oleh 10 orang dewasa, tangan kanan tidak boleh bergerak. Saya hanya bergantung kepada tangan kiri mengorek lubang sepantas yang boleh bagi mendapatkan udara."
Demikian cerita Bah Anjang Besar Alang, 39, ketika ditanya saat dia tertimbus dalam tanah selepas kejadian tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Tanah Rata, Cameron Highlands, semalam.
Bah Anjang merupakan salah seorang daripada dua mangsa selamat dalam kejadian yang mengorbankan tujuh orang, kebanyakannya mempunyai talian persaudaraan.
Menurutnya, kejadian berlaku sangat pantas dan tolakan tanah tersebut bukan sahaja membuatkan dia terpelanting keluar dari rumah tetapi pitam seketika.
"Saya sedang menonton televisyen di ruang tamu rumah manakala isteri bersama lima anak dan seorang cucu berada di bahagian dapur.
"Sebelum terpelanting, saya ada terdengar bunyi pelik dan apabila sedar, keadaan sungguh gelap. Saya hanya mampu membuka mata kiri kerana mata kanan dimasuki tanah," katanya yang kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini..
Bah Anjang berkata, dia kemudian dikeluarkan oleh penduduk selepas tertimbus lebih 10 minit dan dihantar ke HRPB.
Kejadian tersebut menyebabkan Bah Anjang mengalami patah tulang bahu dan pinggul, selain luka di muka dan badan.
Isteri bersama lima anak dan seorang cucu tidak cedera kerana berada di bahagian dapur dan sebahagiannya telah berpindah ke rumah datuk mereka yang terletak tidak jauh dari situ.-utusan

KENALI Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang MENGHINA Islam


Blog MakCik Hajjah Sitt Al-Wuzara. Kata-kata serta gambar-gambar dalam blog makcik jahanam tu sangat menyentuh sensitiviti umat Islam. Ketika itu, pasti ramai yang sangat berharap ingin melihat wajah dan identiti sebenar pemilik blog jahanam tersebut. Kini, wajah dan identiti 'makcik' tersebut sudah terbongkar









Nama sebenar MakCik Hajjah Sitt Al-Wuzara tersebut adalah Nor Arlene Tan Binti Khalid. Seorang perempuan berumur 26 tahun. Dia berdarah kacukan Cina dan Melayu. Jadi, apa agama sebenar dia? Jika dia Islam, ini bermakna dia sudah jatuh murtad. Maka wajib untuk kita semua menasihatinya agar bertaubat dan kembali kepada Islam dengan mengucap 2 kalimah syahadah. Jika dia enggan bertaubat, maka halallah darahnya untuk dibunuh.

salah satu tweet beliau yang menghina Nabi Muhammad SAW
Group Hacker GaySec mendedahkan individu ini terlibat dalam:

• A MEMBER OF MALAYSIAN APOSTATE FB GROUP
• A MEMBER OF UNSCIENTIFIC MALAYSIA (A GRUP/FANPAGE THAT’S DEDICATED TO SUPPORTING APOSTATE, ATHEIST MOVEMENT)
• A MEMBER OF MALAYSIAN ATHEIST, FREETHINKER, AGNOSTIC AND THEIR FRIENDS
• A MEMBER OF FRIENDLYATHEIST.COM

Murtad leader movement
Hackers group has been tracking her for a month

Ic nya: 850626-14-6572
No. Tel: 012-9103626
Nama Penuh: Nor Arlene Tan Binti Khalid
Belajar di : UUM






* dipetik dari saidinhasnam.blogspot dan bloglistpolitik.blodspot, facebook, gaysec serta pelbagai sumber

Jumlah pengemis di Tanah Suci meningkat

MAKKAH: Perbuatan mengemis kini menjadi profesyen bagi mereka yang gagal mencari pekerjaan.
Ia juga menjadi perniagaan yang menguntungkan bagi mereka yang tidak jujur, yang mengeksploitasi golongan yang bersifat simpati dan suka membuat kebajikan.

Sesetengah mereka bertindak lebih jauh dengan berpura-pura sakit atau cacat hanya kerana hendak meraih simpati.

Mereka menggunakan bulan Ramadan sebagai peluang keemasan untuk memperoleh sejumlah besar wang, khususnya dengan mensasarkan jemaah umrah dan pegunjung Masjidil Haram.

Ketika ini, jumlah pengemis di bandar suci Makkah meningkat mendadak.

Pihak berkuasa tempatan berjaya mengusir pengemis dari kawasan tengah tanah suci.
Kesannya, mereka kini tertumpu di kawasan sekitar, termasuk Misfalah, Ajyad, Shubaika dan Hafayer.

Penduduk tempatan, Hosni Ziyada berkata, sejumlah besar pengemis dari pelbagai negara dilihat di jalan utama dan laluan menuju ke kawasan tanah suci serta daerah tempat tinggal jemaah umrah. - Agensi

Pengemis ‘sewa’ bayi diburu

JAKARTA: Polis bandar raya ini berkata mereka akan menangkap pengemis bersama bayi yang bukan anak mereka di jalanan dengan dakwaan mengeksploitasi kanak-kanak.
“Pengemis terbabit akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya terbukti bayi berkenaan bukan milik mereka,” kata jurucakap Polis Jakarta, Komisoner Kanan Baharudin Jafar, semalam.

Pihak berkuasa kini memburu pengemis jalanan dan individu lain yang disyaki menghadapi masalah kebajikan sosial. Penduduk dari luar Jakarta biasanya membanjiri bandar raya itu sebagai pengemis ketika Ramadan apabila mereka yang lebih bernasib baik bermurah hati menghulurkan sedekah kepada orang miskin. Pengemis biasanya ‘menyewa’ bayi bagi mendapatkan simpati orang ramai.

Menurutnya, menggunakan bayi orang lain untuk mengemis adalah satu bentuk eksploitasi kanak-kanak yang melanggar undang-undang perlindungan kanak-kanak 2002. “Hukuman melanggar undang-undang berkenaan adalah penjara 10 tahun dan denda sebanyak 200 juta rupiah (RM70,800),” katanya.-hmetro

Suspek rasuah kena tahan

JAKARTA: Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan, Djoko Suyanto menyatakan suspek kes rasuah projek wisma atlet, M Nazaruddin ditahan di Cartagena, Colombia, kelmarin.
Bekas ahli politik Parti Demokrat itu berada di Colombia menggunakan pasport bernama M Syahruddin.

Ketika ditahan, Nazaruddin didakwa ingin meninggalkan negara berkenaan. Maklumat mengenainya diterima Menteri Luar Negeri, Marty Natalegawa daripada Kementerian Luar Colombia, semalam. Penahanan suspek adalah hasil kerjasama Interpol, Polis Indonesia, Suruhanjaya Pembanteras Rasuah (KPK), imigresen, Kementerian Hukum serta Hak Asasi Manusia dan Kementerian Luar,” katanya kepada wartawan di pejabat presiden. Menurutnya, Duta Besar Indonesia di Colombia, sudah memastikan individu yang ditahan adalah Nazaruddin.

“Berdasarkan fizikalnya yang dirujuk kepada foto, individu itu menepati identiti Nazaruddin,” katanya lagi.
hmetro

Pemilik hotel Makkah tamak

MAKKAH: “Kadar sewa hotel yang mahal memusnahkan harapan saya untuk menghayati Ramadan dalam suasana penuh spiritual di sekitar Masjidil Haram,” kata Muhammad Hussain, jemaah tempatan.
Tidak banyak kamar hotel di Makkah yang kosong sejak Ramadan bermula minggu lalu meskipun kadar sewa yang tinggi dikenakan.

Keluarga berpendapatan rendah tidak mampu menetap di hotel berhampiran Masjidil Haram kerana sewanya mencecah sehingga SR7,000 (RM5,600) sehari.

Jemaah dari golongan pertengahan biasanya akan mengakhiri ibadah umrah mereka secepat mungkin dan berlepas menuju ke Taif atau Jeddah, yang kadar sewa hotelnya lebih murah, lapor akhbar Al-Riyadh.

Ramai yang mendesak kerajaan mengambil langkah mengekang sikap tamak pemilik hotel.

Kadar sewa hotel pada Ramadan meningkat dua kali ganda dengan purata sewa bilik di hotel satu bintang mencecah SR4,000 (RM3,200) pada 10 hari pertama Ramadan dan dijangka meningkat sehingga penghujung bulan ini. Kadar sewa berbeza, bergantung kepada kategori dan jarak antara hotel dengan Masjidil Haram. Kadar sewa melampau di Makkah berpunca daripada tenaga pasaran, seperti jumlah bilik yang tidak mencukupi.

Lebih 3,000 hartanah, kebanyakannya hotel dan apartmen untuk menempatkan jemaah dimusnahkan ketika kerja meluaskan perkarangan Masjidil Haram.
Walaupun terdapat lebih 700 hotel di lokasi tidak jauh dari zon tengah, alasan utama kadar sewa meningkat mendadak ialah kerana cuti sekolah dan Ramadan bermula serentak tahun ini.

“Sudah menjadi kebiasaan bagi keluarga Saudi menghabiskan cuti mereka di satu daripada dua tanah suci.

Ini menyumbang kepada kenaikan kadar sewa,” kata pengusaha hotel, Saeed Al- Saleh.

Beliau berharap penyempurnaan projek kediaman seperti Jabal Omar, Abdul Lathif Jameel dan Pembangunan Shamiah Development akan menyediakan lebih banyak kamar hotel dan menurunkan kadar sewa pada tahun akan datang. - Agensi

45 NGO sokong

SHAH ALAM: Sebanyak 45 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negeri ini, semalam menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyokong isu pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Seksyen 13, Damansara Utama oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), 3 Ogos lalu.
Gabungan NGO berkenaan menyerahkan memorandum itu yang disampaikan wakil mereka, Dr Dzulkhaini Hussain kepada Setiausaha Sulit baginda, Datuk Muhamad Munir Bani di Istana Bukit Kayangan di sini, sebelum sidang akhbar dibuat di masjid negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Dr Dzulkhaini berkata, gabungan NGO Islam Selangor menyatakan sokongan padu terhadap tindakan penguat kuasa Jais yang bertujuan melaksanakan kemuliaan undang-undang bagi melindungi umat Islam di Selangor.

Mereka turut meluahkan kesal di atas sikap ditunjukkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu itu dan menyifatkan apa yang berlaku mengecewakan umat Islam terutama pada bulan Ramadan. Dr Dzulkhaini berkata, memorandum yang disampaikan itu adalah representasi pendirian NGO Islam di negeri ini selepas mendapati isu berkenaan turut dimanipulasi beberapa akhbar dan portal berita sehingga menggambarkan tindakan Jais seolah-olah salah, keterlaluan dan rakus.

Beliau merayu rakan beragama Kristian turut menghargai dan menghormati rakan Islam dengan tidak melakukan perkara yang jelas bertentangan dengan enakmen agama di Selangor, termasuk cuba memurtadkan orang Islam.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Iman, badan penaung NGO Islam Selangor, Prof Dr Ahmad Zaki Abdul Latiff, pula menegaskan, kegagalan pihak gereja memahami enakmen yang melarang mereka mempengaruhi umat Islam murtad, misalnya menjadikan masalah itu semakin rumit. Secara terbuka beliau mengakui agenda mengkristiankan dunia adalah antara misi yang mesti diketahui semua pihak dan ini tidak mustahil menjadi antara elemen kes umat Islam ditahan berada di gereja Methodist itu.

“Sekitar 1980-an kami pernah mengadakan seminar tertutup membincangkan perkara ini, tetapi hal keagamaan sebegini merupakan isu sensitif“ katanya. Dr Ahmad Zaki berpendapat masalah umat Islam berkunjung ke gereja menagih simpati, tetapi kemudian diperdaya dengan dakyah Kristian boleh dikurangkan jika semua pihak menjalankan tanggungjawab lebih kemas.-hmetro

Hasut bekas penagih

SEREMBAN: Cubaan rumah perlindungan Kristian di negeri ini menghasut bekas penagih dadah supaya mengikuti ajaran yang disebarkan mereka dikekang Jabatan Mufti negeri ini, awal tahun ini.
Perkara itu didedahkan Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, apabila pihaknya menerima maklumat rumah perlindungan itu menawarkan bantuan rawatan pemulihan dadah kepada penagih beragama Islam sambil menyebarkan agama mereka perlahan-lahan.

Mohd Yusof berkata, pihaknya berjaya menyelamatkan akidah seorang bekas penagih serta keluarganya yang menetap di penempatan itu dua tahun.

“Lelaki berusia 30-an terbabit tinggal di rumah itu percuma dua tahun dan diberikan penginapan dan wang tunai tanpa perlu berkerja.

“Apa yang dia perlu lakukan hanyalah mengikuti ceramah mereka dan membaca buku serta kitab mengenai Kristian,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Mendedahkan bagaimana keluarga lelaki terbabit yang berasal dari Perak memasuki rumah perlindungan berkenaan, Mohd Yusof berkata, pada permulaannya isteri lelaki itu ditawarkan majikannya ke rumah itu dengan membawa suami dan empat anak.
“Malah, apabila mengetahui keluarga itu mengalami masalah kewangan selepas suaminya dibebaskan dari penjara dan sukar mendapat pekerjaan, kumpulan berkenaan memberi jaminan menyokong sara hidup mereka sekeluarga, dengan syarat hanya perlu mendengar ceramah dan membaca kitab agama mereka,” katanya.

Beliau berkata, perkara terbabit disedari Jabatan Mufti selepas menerima maklumat daripada penjara yang memantau perkembangannya dan menghantar beberapa pegawai berbincang dengannya serta pengurusan rumah perlindungan itu. Katanya, hasil perbincangan aman, lelaki terbabit secara suka rela mahu keluar dari rumah perlindungan itu membawa isteri serta anaknya yang berusia satu hingga 13 tahun dan menerima tawaran memulakan hidup baru dengan dibantu Jabatan Mufti, Yayasan Kasih Sayang dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains).

“Selepas itu pihak kami cuba membantu semula akidah mereka sekeluarga dengan memberi bimbingan kelas agama dan hingga kini lelaki terbabit yang sudah bekerja sentiasa dipantau oleh kami bagi memastikan pegangan agamanya kukuh. “Daripada pemerhatian saya mendapati dia gembira dengan kehidupan kini yang sederhana walaupun tidak mewah seperti di rumah perlindungan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, ketika lelaki itu baru keluar dari rumah perlindungan berkenaan, dia menyerahkan sejumlah besar bahan bacaan Kristian di dalam tiga beg yang diberikan kepadanya oleh pengurusan rumah perlindungan itu untuk dibaca.

“Dia juga memberitahu ramai orang termasuk beragama Islam mendapatkan rawatan dan sokongan pemulihan dadah di rumah perlindungan itu,” katanya.-hmetro

Hamba ayah gian

Hamba ayah gian
JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak diperlakukan seperti hamba oleh bapa kandung apabila ditugaskan menyuntik dadah ke tubuh orang tuanya itu ketika gian dan jika gagal berbuat demikian, kanak-kanak berkenaan bukan saja dimaki-hamun, malah dipukul lelaki terbabit. Selain kerap dipukul jika enggan mematuhi arahan, kanak-kanak tujuh tahun itu tidak bersekolah sebaliknya menjaga lelaki berusia 40-an terbabit termasuk memasukkan dadah ke badan untuk melepaskan gian. Kanak-kanak lelaki itu dikatakan mahir menggunakan jarum dan dikhuatiri mengikut jejak bapanya yang menjadi penagih dadah tegar. Perkara itu dibongkar pengurus pusat perlindungan golongan kurang bernasib baik, Rumah Sinar Sofia, Ari Rahayu Rahmat, 41, yang menyifatkan kelakuan penagih terbabit amat melampau dan membawa pengaruh buruk kepada anaknya. Menurut Rahayu, tindakan lelaki terbabit memberi tekanan mental kepada kanak-kanak itu yang juga anak sulung penagih dadah terbabit bersama pasangannya.-hmetro

Sultan Selangor tegah berpolitik di kampus

Sultan Sharafuddin Idris Shah
Sultan Sharafuddin Idris Shah



UNISEL patut perkasa pelajar bangunkan negeri
KUALA SELANGOR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam menitahkan profesor dan pensyarah di Universiti Selangor (UNISEL) tidak berpolitik dalam kampus sebaliknya menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap tugas mengajar. Baginda berharap politik kepartian tidak dicampuradukkan dalam pengajaran kerana ia akan merugikan masa yang sangat berharga kepada pelajar untuk kejayaan masa depan.< “Amatlah merugikan jika seseorang pelajar membuang masa berpolitik dan tidak menumpukan sepenuh perhatian terhadap akademik. Sesungguhnya masa itu emas.
“Beta tidak berkenan orang politik atau orang luar yang tidak ada kena mengena dengan universiti ini dijemput memberi ceramah politik atau syarahan politik dalam kawasan UNISEL,” titah baginda ketika merasmikan Masjid UNISEL di Kampus Bestari Jaya di sini. Hadir sama, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Pemangku Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Marzuki Hussin. Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah UNISEL adalah tempat untuk belajar, berbincang dan mengembangkan idea mengenai ilmu serta membuat uji kaji, penyelidikan dan eksperimen mengenai sesuatu projek atau penemuan yang boleh menaikkan taraf industri di Selangor. Titahnya, usaha itu harus dilakukan demi kemajuan negeri ini pada masa akan datang agar dapat bersaing dengan negeri maju lain di dunia ini.
“Apabila politik dicampuradukkan dengan pelajaran akademik, kemungkinan besar ada ibu bapa yang tidak gemar perkara itu dan tidak akan menghantar anak mereka ke universiti ini untuk melanjutkan pelajaran. “Sekiranya ini berlaku, ia akan merugikan universiti ini dan kawasan Bestari Jaya kerana industri sokongan tidak dapat berkembang dan dikhuatiri universiti ini menjadi gajah putih,” titahnya. Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, baginda sudah menerima aduan daripada ibu bapa yang prihatin mengenai isu berpolitik di kampus UNISEL itu dan tidak mahu ia berterusan kerana jika UNISEL gagal, ia akan merugikan kewangan kerajaan negeri. Baginda bertitah, semua pihak pengurusan tertinggi UNISEL, ahli lembaga pengarah, dekan fakulti dan pensyarah UNISEL mesti bekerjasama dalam usaha menaikkan taraf UNISEL sebagai sebuah universiti terbaik dari segi teknologi, operasi dan pengurusan kewangan. bharian

Lelaki tuntut RM1.1 juta gadis batal pernikahan

PEGUAM kepada Mohd Masran,  Latifah   dan Murtadza   menunjukkan sijil kursus praperkahwinan dan kad jemputan perkahwinan anak guamnya   yang memfailkan saman malu   terhadap bekas tunang.
PEGUAM kepada Mohd Masran, Latifah dan Murtadza menunjukkan sijil kursus praperkahwinan dan kad jemputan perkahwinan anak guamnya yang memfailkan saman malu terhadap bekas tunang.

Bekas tunang tukar keputusan 6 jam sebelum majlis 
KOTA BHARU: Berang dengan tindakan bekas tunangnya membatalkan pernikahan tanpa alasan munasabah kira-kira enam jam sebelum majlis akad nikah berlangsung pada 4 Jun lalu, seorang penjawat awam memfailkan saman ganti rugi RM1.1 juta terhadap wanita itu dan bapanya, di Mahkamah Tinggi di sini semalam. Mohd Masran Ab Rahman, 32, dari Tanah Merah, memfailkan saman itu terhadap Nor Zulyana Mat Hasan @ Mat Husin, 28, yang bekerja sebagai juruteknik makmal perubatan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur dan bapanya, Mat Hasan @ Mat Husin Ibrahim, 60, dinamakan sebagai defendan kedua Beliau melalui peguamnya Latifah Ariffin dan Murtadza Mokhtar memfailkan saman berkenaan di Pejabat Pendaftar Mahkamah di sini, pagi semalam.
Latifah berkata, anak guamnya mengambil tindakan saman kerana tertekan dengan tindakan Nor Zulyana dan Mat Hassan yang membatalkan pernikahan pada saat akhir sedangkan segala persiapan majlis termasuk perkahwinan sudah dilakukan. Berikutan keadaan itu, katanya, Mohd Masran terpaksa menjadikan majlis perkahwinan di sebelah lelaki yang sepatutnya berlangsung pada 6 Jun lalu diganti dengan majlis kesyukuran. Berdasarkan pernyataan tuntutan, plaintif dan keluarga sudah mengadakan persiapan antaranya membeli barang hantaran, menjemput saudara mara yang berada di Kelantan dan negeri lain, menempah pelamin dan peralatan perkahwinan, membeli cincin perkahwinan, dan tempahan makanan untuk 1,200 tetamu. Bagaimanapun, plaintif mendakwa pada tarikh akad nikah yang sepatutnya berlangsung pada 4 Jun lalu, defendan dengan sengaja enggan meneruskan majlis akad nikah tanpa alasan munasabah. Plaintif juga mendakwa mengalami kerugian teruk selain mengalami tekanan perasaan, malu kepada saudara-mara, rakan, jiran, tetamu dan orang kenamaan. Berikutan itu, plaintif menuntut defendan membayar antaranya ganti rugi am iaitu sebanyak RM100,000, ganti rugi khas, ganti rugi teruk (RM500,000 atau ditaksirkan), ganti rugi malu (RM500,000 atau ditaksirkan), faedah lapan peratus setahun ke atas jumlah keseluruhan jumlah dari tarikh pemfailan writ saman sehingga tarikh penghakiman, dan faedah ke atas semua jumlah penghakiman pada kadar lapan peratus setahun daripada tarikh penghakiman hingga tarikh penyelesaian penuh. bharian

Kes pembunuhan Sosilawati Lawiya: Tertuduh dakwa kena seksa


Pegawai penyiasat paksa mengaku bunuh jutawan kosmetik, tiga rakan

SHAH ALAM: Tertuduh kedua dalam perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, mendakwa dia dipukul dan diseksa termasuk pistol dimasukkan ke dalam mulutnya serta kemaluannya dicubit berkali-kali ketika disoal siasat, September tahun lalu. 

T Thilaiyagan, 20, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam, dia ‘bagaikan menjadi gila’ apabila didera dan diseksa, termasuk dipanggil anjing dan babi.
Katanya, seksaan itu dilakukan Cif Inspektor N Govindan dan anggota pasukannya ketika menyoal siasatnya pada 11 September tahun lalu. Thilaiyagan berkata, dia dibawa ke sebuah bilik yang diketahuinya sebagai ‘D7’, dan disuruh duduk di atas lantai.

“Dalam bilik itu, ada enam pegawai polis, termasuk Govindan dan ‘Tuan Thiaga’ dan pada mulanya Govindan bertanya nama, pekerjaan, umur dan sama ada saya sudah berkahwin sebelum pegawai polis itu keluar dan masuk kembali membawa akhbar. 

“Dalam akhbar itu ada empat gambar, tiga lelaki dan seorang wanita dan Govindan bertanya sama ada saya mengenali mereka,” katanya. 

Menjawab soalan peguam bela Gurbachan Singh dalam prosiding bicara dalam bicara (TWT) semalam, tertuduh berkata dalam sesi temu bual itu dia dipukul Govindan dan Thiaga. 
"Selepas dipukul, Govindan masukkan pistol ke dalam mulut saya. Govindan arah saya beritahu... saya kena jawab. Saya kena beritahu apa yang dia mahu saya beritahu polis. 

"Saya diarahkan mengaku bunuh keempat-empat orang itu. Saya tidak mengaku," katanya di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir di sini, semalam. 

Prosiding TWT kedua itu untuk menentukan sama ada keterangan diperoleh daripada Thilaiyagan dan tertuduh ketiga, R Matan, 21, secara sukarela. 

Thilayagan juga mendakwa kemaluannya ditendang sekali, selain dadanya ditendang banyak kali ketika disoal siasat. 

Katanya, selepas disoal siasat kira-kira empat jam setengah dan Govindan membawanya ke satu bilik lain di mana ada beberapa pegawai polis dan R Khatavarayan (tertuduh keempat) dan di situ pistol dimasukkan ke dalam mulutnya, lehernya dipegang selain dia dipukul. 

Thilaiyagan yang ditahan bersama-sama Matan, Khatavarayan dan saksi pendakwaan ke-29, U Suresh, pada 9 September tahun lalu berkata, dia dibawa ke Banting tengah malam 12 September tahun lalu. 

Katanya, dia dipaksa ke sungai dan diugut ditembak oleh Govindan jika tidak mahu mengikut. 

"Suresh dan Khatavarayan turut dibawa ke sungai. Leher saya dipegang, saya diarahkan tuding jari untuk ambil gambar,” katanya. 

Sementara itu, ketika diminta mengecam pegawai dan anggota polis yang menderanya, Thilaiyagan mengecam Govindan dan Sarjan N Thiagaraja. 

Thilaiyagan juga mengakui turut dipanggil anjing dan babi dan ketika berada di Ladang Gadong, Banting dan diberikan cili api apabila meminta makanan. 

“Saya nampak Matan dan Khatavarayan dipukul sehingga mulut dan bibir mereka berdarah, menyebabkan saya takut,” katanya. 

Thilaiyagan tidak setuju dengan Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin apabila dicadangkan ayat dalam dua laporan polis dibuatnya pada 6 April dan 6 Julai lalu bukan ayatnya sendiri, berikutan bahasa digunakan adalah bahasa Melayu yang tinggi sedangkan dia tidak fasih berbahasa Melayu. 

Dia juga tidak bersetuju dengan cadangan Saiful Edris bahawa laporan polis kedua dibuatnya itu atas nasihat peguamnya. 

Thilaiyagan mengubah keterangannya mengenai isu kemaluannya dicederakan dengan mengatakan dia dicubit berkali-kali dan lama, tetapi tidak bersetuju dengan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yaakob bahawa jika dicubit berkali-kali dia boleh dimasukkan ke hospital serta menafikan ia rekaan semata-mata. 

Perbicaraan bersambung hari ini. bharian