Friday, November 28, 2014

Arak MAS: Hebat pemimpin Islam Malaysia!


NORMAN SHAHID | .
TERKINI, umat Islam di Malaysia dikejutkan dengan maklumat bahawa setiap harga tiket MAS yang dibayar termasuk di dalamnya caj untuk arak.

Selepas puluhan tahun, syarikat penerbangan milik Malaysia itu beroperasi isu arak masih belum selesai malah terbongkar pula suatu maklumat baru.

Rupa-rupanya, dalam tidak sedar sebahagian penumpang beragama Islam turut mempunyai saham dalam arak MAS. Cuma dari segi hukum agama, penumpang ini terlepas kerana tidak tahu kedudukan sebenar.

Pendedahan yang berlaku baru-baru ini merupakan sesuatu yang besar malah saya mencadangkan kepada mana-mana penumpang yang mahu menggunakan perkhidmatan kapal terbang berhak menuntut supaya caj arak dalam harga tiket mereka dihapuskan – atau penumpang berhak memilih syarikat penerbangan lain jika ada.

Begitulah, selepas 57 tahun merdeka, pemerintah Malaysia yang beragama Islam yang diketuai Umno tidak berupaya menyelesaikan masalah sekecil itu. Tidak malukah mereka yang mendabik dada di peringkat dunia dengan mengatakan bahawa Malaysia ialah negara Islam contoh!

Patutlah apabila ada pihak yang mahu melaksanakan undang-undang jenayah syariah, pemerintah Malaysia yang juga beragama Islam memberikan pelbagai alasan dan dalih untuk menghalangnya – isu arak dalam MAS pun gagal diselesaikan.

Hatta, ada syarikat yang bukan dari negara Islam menjadikan arak sebagai salah satu item yang dilarang dalam pesawat terbangnya!

Pemimpin Malaysia pula sejak dulu memberikan pelbagai alasan untuk terus membenarkan arak ada dalam pesawat MAS. Hebat pemimpin Islam Malaysia! – HARAKAHDAILY 21/11/2014

Subsidi hapus, lepas ini apa pula?


HAMBALI AKRAM | .
SELEPAS puas berpencak silat, akhirnya subsidi petrol dihapuskan dan bermula 1 Disember 2014. Harga bahan bakar ini akan mengikut harga semasa dunia. Begitulah khabarnya kepada kami rakyat Malaysia yang tidak berapa faham sangat tentang permainan harga minyak ini.

Bagi rakyat seperti saya, yang lebih penting ialah harga bahan bakar ini mestilah tidak membebankan kehidupan rakyat secara keseluruhannya, tidak kira ada subsidi atau tidak. Bahkan selama berpuluh-puluh tahun, rakyat diulit ceritera tentang keperluan harga minyak dinaikkan – dengan alasan itu dan ini. Daripada alasan yang cerdik kepada alasan yang paling bangang.

Sebagai rakyat, yang kami maklum bahawa setiap kenaikan harga minyak atau yang cuba dilunakkan dengan ungkapan pengurangan subsidi – ialah akan berlaku rantaian kenaikan harga barangan lain. Maklumlah, semuanya ada kaitan dengan harga bahan mentah ini. Daripada sekecil-kecil mancis hingga sebuah banglo.

Selepas subsidi yang dikatakan berjumlah bilion ringgit ini dihapuskan, saya ingin tahu ke manakah duit itu akan diagihkan selepas tidak lagi digunakan untuk rakyat. Adakah akan diagihkan sesama pak menteri? Adakah dikembalikan kepada rakyat seperti rumah untuk rakyat miskin? Atau bagaimana?

Yang membimbangkan saya ialah, subsidi tiada dan duit itu juga lesap entah ke mana. Masihkah rakyat ingat ketika Pak Lah menjadi perdana menteri dan menaikkan harga minyak dengan alasan untuk digunakan meningkatkan taraf perkhidmatan pengangkutan awam. Sehingga sekarang sistem pengangkutan awam tidak banyak berubah dan duit itu juga hilang dibawa angin!

Kini, tidak mustahil perkara yang sama berlaku pada zaman Pak Lah akan berulang pada zaman Pak jib.

Selepas penghapusan subsidi petrol dan diesel ditarik balik, rakyat akan berhadapan pula dengan pelaksanaan penuh Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada tahun depan.

Khabarnya, semua yang dilaksanakan itu demi kebaikan rakyat terbanyak. Selepas ini, apa pula yang ditarik daripada rakyat? Sama-sama kita tunggu dan lihat. – HARAKAHDAILY 24/11/2014

Cameron Highlands: Amanah rakyat yang dinodai


ARMAN SIDDIQI | .
TRAGEDI yang berlaku di Cameron Highlands pada 5 November lalu harus dikecam oleh semua ahli masyarakat. Kejadian banjir lumpur yang telah mengakibatkan kehilangan banyak nyawa ini tidak harus berlaku, khususnya apabila Lembah Bertam dan Ringlet telah dilanda bencana serupa setahun lalu. Tanda-tanda peristiwa ini akan berulang telah diketahui oleh semua pihak yang sepatutnya melakukan sesuatu .

Sudah tentu apabila Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan mencemar duli ke kawasan yang terjejas, baginda sewajarnya murka dengan semua pihak yang bertanggungjawab untuk kawasan Lembah Bertam dan Ringlet.

Ahli Parlimen G Palanivel telah dikritik oleh Istana Pahang kerana jarang turun ke kawasan dan menyempurnakan tugasnya sebagai wakil rakyat. Sukar untuk presiden MIC Palanivel mengelak serangan bertubi-tubi semua pihak kerana beliau juga merupakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Alangkah malangnya apabila tragedi yang sama berulang dalam masa 13 bulan dan ahli parlimennya bukan berasal dari kawasan tersebut. Beliau hanya berhijrah ke Cameron Highlands semasa pilihan raya Umum 2013. Malang bagi Palanivel yang dalam masa 18 bulan sudah berhadapan dengan dua insiden banjir lumpur yang mengakibatkan kehilangan banyak nyawa.

Namun, tragedi yang berlaku di Lembah Bertam adalah disebabkan oleh pembangunan tidak terancang dan tanpa pemantauan awal mahupun berperingkat untuk mengelakkan banjir lumpur kali kedua.

Terdapat beberapa pihak yang berkaitan dan bertanggungjawab untuk segala perkembangan di Cameron sehingga menyebabkan tragedi menimpa kawasan Lembah Bertam.

Antaranya ialah Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pertanian, Kementerian Alam Sekitar, Jabatan perangkaan, pihak berkuasa tempatan, RELA, Polis DiRaja Malaysia dan imigresen. Persoalannya, kenapa kelihatannya seperti mereka kurang peka kepada perkembangan di Lembah Bertam dan Ringlet?

Contohnya, Ketua Pengarah Imigresen yang baharu, Datuk Mustafa Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan bahawa kemasukan PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) ke kawasan Cameron Highlands adalah tidak terkawal dan dilaporkan hampir 500 kebun sayur-sayuran dikawal selia oleh PATI. Malah dilaporkan oleh Utusan Malaysia bahawa seorang pemilik kebun warga Bangladesh di Lembah Bertam sudah bergelar jutawan hanya dengan menjalankan aktiviti pertanian mengusahakan sayur-sayuran.

Sekiranya pembaca menyoal bagaimana PATI boleh menguasai tanah, jawapannya mudah. Mereka menyewa daripada penduduk tempatan. Desas-desusnya, PATI sanggup membayar  RM1,500 sebulan iaitu hampir dua kali ganda harga sewa yang sanggup dibayar oleh pengusaha-pengusaha tempatan.

Yang lebih menarik bukanlah bumi kita yang penuh dengan kekayaan ataupun mereka yang lahir di Dhaka dapat menyesuaikan diri dengan industri mengusahakan sayur-sayuran, tetapi mereka boleh meneruskan kegiatan mereka tanpa merasa takut disekat atau dihalang oleh undang-undang negara mahupun agensi-agensi kerajaan.

Ironinya, bagaimana setiap agensi kerajaan tidak berjaya menumpukan kegiatan masyarakat ini? Hal ini menimbulkan tanda tanya berkenaan ketulusan dan keberkesanan agensi kerajaan ini.

Mungkin silapnya bukan dibawah, tetapi di atas? Sekiranya isu pemantauan hanya boleh dijayakan melalui kerjasama pelbagai pihak dalam struktur kerajaan, maka Ketua Setiausaha Utama Kementerian seperti Dato' Sri Zoal Azha bin Yusof di kementerian sumber asli dan alam sekitar perlu disarankan untuk memainkan peranan strategik dalam isu ini.

Hal ini kerana, menteri yang bertanggungjawab untuk kementeriannya terlibat dengan perkembangan ini.

Situasi di Cameron menunjukkan yang banyak perkara negatif di Malaysia tidak terhad kepada penglibatan ahli-ahli politik. Mereka yang bertanggungjawab dengan perlaksanaan kerajaan telus adalah mereka yang menganggotai perkhidmatan awam, yang berjumlah hampir dua juta orang.

Perlaksanaan dan pemantauan sebenar adalah di tangan mereka. Apabila didapati yang tragedi Lembah Bertam dan Ringlet boleh berulang dalam masa setahun, bukan sahaja Palanivel harus memberi jawapan dan menerima tanggungjawab ini sepenuhnya. Malahan, Zoal Azha dan pegawai-pegawai tertingginya perlu turut serta memberi jawapan mereka.

Sekiranya tidak, lebih banyak soalan akan muncul. Yang lebih buruk, tidak mustahil tragedi Lembah Bertam dan Ringlet akan berulang. –HARAKAHDAILY 25/11/2014

Zikir sambil pukul gendang, alat muzik dalam masjid


http://www.e-fatwa.gov.my | .
Kedudukan Perbuatan Zikir Sambil Memukul Gendang Atau Peralatan Muzik Lain Dalam Masjid
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 - 22 Oktober 2014 telah membincangkan Kedudukan Perbuatan Zikir Sambil Memukul Gendang Atau Peralatan Muzik Lain Dalam Masjid Atau Surau. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

1. Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan Muzakarah menegaskan bahawa amalan berzikir adalah suatu tuntutan yang dianjur oleh Islam dan dianggap sebagai ibadah sunat bagi mengingati Allah dengan menyebut nama-Nya.
2. Muzakarah juga berpandangan bahawa amalan berzikir pada masa kini yang telah ditambah dengan cara memukul alat muzik seperti rebana, tabla (gendang) dan sebagainya di dalam masjid atau surau oleh sesetengah pihak, boleh mengganggu urusan ibadah orang lain yang datang untuk menunaikan solat, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya. Perbuatan sebegini adalah ditegah oleh Nabi SAW berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Malik:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ عَلَى النَّاسِ وَهُمْ يُصَلُّونَ وَقَدْ عَلَتْ أَصْوَاتُهُمْ بِالْقِرَاءَةِ فَقَالَ إِنَّ الْمُصَلِّيَ يُنَاجِي رَبَّهُ فَلْيَنْظُرْ بِمَا يُنَاجِيهِ بِهِ وَلاَ يَجْهَرْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ بِالْقُرْآن

Maksudnya: Baginda mendapati para sahabatnya sedang sembahyang dan mereka menguatkan (menyaringkan) bacaannya, lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya orang yang sembahyang itu bermunajat kepada tuhan-Nya, maka hendaklah engkau memerhatikan apa yang dia munajatkan itu dan janganlah menyaringkan suara sebahagian dari kamu atas sebahagian (mengatasi) yang lain dengan bacaan-bacaan al-Quran”.
3. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa melagukan zikir adalah harus jika ianya dilakukan dengan penuh adab dan boleh membawa kepada tercapainya matlamat berzikir. Tetapi jika majlis atau amalan berzikir tersebut dilakukan dengan penggunaan alat-alat muzik yang dilarang sehingga melalaikan dan menghilangkan tujuan sebenar berzikir atau dilakukan di tempat ibadah seperti surau atau masjid sehingga mengganggu urusan ibadah orang lain atau majlis yang bercampur antara lelaki dan wanita yang bukan mahram, maka perbuatan zikir sedemikian adalah dilarang oleh Islam.

Pengekalan Akta Hasutan demi untuk Najib selamatkan diri


http://shahbudindotcom.blogspot.com/ | .
Secara umumnya hampir tiada yang menarik dalam ucapan perasmian Najib Razak di Perhimpunan Agung UMNO tahun ini. Isi dan isu yang ditimbulkan kelihatan lesu dan tiada yang baru.
Berbanding ucapan Muhyiddin Yassin ketika merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri sehari sebelumnya, ia jauh mengandungi isi yang menyedar dan menyegarkan seluruh ahli-ahli UMNO agar segera bangkit meneruskan perjuangan yang kian mencabar ini.
Malah ucapan Muhyiddin turut mendapat pujian banyak pihak yang menyifatkannya sebagai peringatan penuh bertanggungjawab untuk memulih dan mengembalikan kekuatan semula UMNO.
Satu-satu isu yang terus diperkatakan oleh ahli UMNO dan juga orangramai dalam intipati ucapan Najib tahun ini ialah tindakannya mengekalkan Akta Hasutan yang pernah dijanji untuk dihapuskannya sebelum ini. Pujian yang kedengaran juga mengenai ucapan Najib hanyalah mengenai tindakannya mengekalkan Akta Hasutan saja. Tidak terdengar ada pujian lain selain itu.
Walaupun kumpulan kanan dalam UMNO dan masyarakat memberi pujian dan sanjungan kepadanya berikutan pengekalan Akta Hasutan itu, tetapi adalah jelas Najib dilabel sebagai pemimpin yang mungkir dengan janjinya sendiri.
Meskipun tidak dinafikan pihak yang berbelah bagi selama ini kembali menyokongnya, tetapi Najib akan terus kehilangan sokongan rakyat biasa yang berpegang kepada janjinya sebelum ini. Kumpulan ini yang kebanyakannya daripada golongan bukan Melayu dan mereka yang tinggal di bandar, dipercayai akan terus menjauhi Najib berikutan tindakan mungkir janjinya itu.
Bahkan mungkin juga mereka tidak mempercayai lagi apa juga janji-janjinya selepas ini.
Dengan ini, Najib sekurang-kurangnya belajar satu perkara iaitu jangan mudah berjanji sesuka hati. Berjanji sesuka hati sebenarnya bukan saja merbahaya ketika memadu kasih atau sedang dilamun asmara tetapi juga dalam dunia politik. Ketika mengemukakan janji dahulu, Najib jelas terbuai dengan keinginan menjadi pemimpin yang liberal dan terbuka tetapi akhirnya terkulai kerana tekanan daripada dalam UMNO sendiri.
Jika dahulu beliau lebih berhati-hati sebelum melontarkan janji, tentulah keadaan tidak menjadi kalut seperti sekarang ini. Barangkali Najib kena menghayati lagu nyanyian Saloma "Apa Guna Berjanji" sebelum melontarkan janji-janjinya di lain kali.
Tetapi sesuatu yang tidak dapat dinafikan daripada tindakan Najib mengekalkan Akta Hasutan ini setelah berjanji untuk memansuhkannya sejak 2012 lagi ialah semata-mata untuk memastikan masa depannya terus kukuh dalam UMNO.
Oleh kerana rata-rata mereka dalam UMNO mahukan akta itu dikekalkan, ditambah dengan sokongan rakyat kepada UMNO yang tidak berubah serta penarikan balik sokongan oleh Mahathir Mohamad terhadapnya, jika Najib terus mahu memansuhkannya, ia tentu akan menyebabkan kedudukannya lebih mudah digoyang lagi.
Oleh kerana ingin terus mempertahankan kedudukannya, Najib terpaksa mengalah dengan keadaan yang tidak memihak kepadanya itu. Lebih-lebih lagi timbalannya, Muhyiddin Yassin turut lantang mahukan akta itu dikekalkan.
Kiranya gelombang penolakan ini tidak sekuat sekarang, sudah barang tentu Najib akan terus berpegang kepada janjinya untuk menghapuskan akta tersebut.
Ini juga tidak dapat ditolak ada kaitan dengan kemungkinan UMNO akan mengadakan pemilihannya pada 2016 iaitu sebelum berlangsungnya PRU14 dan tidak lagi menangguhkannya seperti biasa. Kalau pun pemilihan UMNO diadakan selepas pilihanraya umum, Najib tidak mahu sokongan terhadapnya lebih longgar lagi.
Ketika ini, gambarannya ialah Najib lebih rela kehilangan sokongan rakyat biasa yang menganggapnya sebagai seorang yang mungkir janji terlebih dahulu berbanding kehilangan terus sokongan dalam UMNO dan kumpulan kanan dalam masyarakat.
Mungkin selepas meraih semula sokongan dan kekuatan kumpulan kanan dalam UMNO dan masyarakat itu, beliau akan memikir cara lain pula untuk mengambil hati golongan yang kecewa dengan janji palsunya itu.
Tetapi, walaupun sudah membuat keputusan mengekalkan Akta Hasutan, Najib juga bakal terus ditekan lagi selepas ini agar mengembalikan semula ISA dan Ordinan Darurat yang sudah dimansuhkannya sebelum ini.
Dengan kejayaan kumpulan kanan mendesak sehingga Najib mengalah dan terus mengekalkan Aka Hasutan, adalah dipercayai gerakan agar dikembalikan ISA dan Ordinan Darurat akan lebih rancak lagi selepas ini. Mereka tidak akan berhenti setakat Akta Hasutan saja.
Adalah dipercayai selepas ini, demi mempertahankan kedudukannya, Najib akan terus berlembut dengan kumpulan kanan yang berada dalam UMNO dan juga dalam masyarakat. Semuanya demi memastikan kedudukannya dalam UMNO dapat diselamatkan terlebih dahulu. (SH 27/11/2014)

Rayuan bantuan bekas tahanan ISA


ARIF ATAN | .
KUALA LUMPUR: Walaupun telah dibebaskan dari tahanan ISA di Kem Tahanan Kamunting sejak lima tahun lalu, Abdul Jamal Azhari memerlukan sokongan kewangan bagi menyelesaikan proses mahkamah yang masih berlangsung di Manila, Filipina.
Beliau yang pada masa ini tinggal di Batu 19, Sandakan mempunyai lapan anak tetapi bergantung pada anak ketiga yang bekerja di pusat sembelihan ayam yang gajinya sekitar RM400 sebulan.
Isteri beliau, Norhatta Isnani pula dalam keadaan uzur sekaligus memerlukan bantuan dana daripada orang ramai yang prihatin bagi menampung kos rawatan serta keperluan hidup mereka sekeluarga.
Pada tahun 2008 lalu, Jamal yang ketika itu ditahan di Filipina dapat diziarahi anak-anaknya melalui sumbangan daripada orang ramai yang diusahakan oleh Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman.
Jamal termasuk dalam kumpulan 13 bekas tahanan ISA yang dibebaskan Najib Abdul Razak apabila dilantik sebagai Perdana Menteri.
Beliau ditahan tanpa bicara pada 2006 atas dakwaan menganggotai Darul Islam juga dikaitkan dengan perjuangan umat Islam Selatan Filipina.
Sumbangan orang ramai kepada keluarga Abdul Jamal Azhari boleh disalurkan terus ke dalam akaun HARAKAHDAILY DOT COM, Maybank 564070000336.
"Saya menyeru kepada orang ramai, bantulah keluarga malang ini. Mereka memang amat memerlukan sokongan dan bantuan anda," ujar Lutfi mewakili keluarga Jamal.
Sumbangan orang ramai sebelum ini dapat menyekolahkan anak-anak Abdul Jamal yang tidak pernah mendapat pendidikan formal di Madrasah Nurul Ihsan serta membaiki rumah usang didiami lapan beranak itu dengan lantai hampir reput dan pintu yang mudah ditolak begitu sahaja. - HARAKAHDAILY 28/11/2014

Terimalah peruntukan RM200,000 demi rakyat - MB


SELANGOR KINI | .
SHAH ALAM: Keheningan sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) petang semalam bertukar warna apabila Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berbalas usikan dengan Adun BN termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Shamsudin Lias.
Berucap pada sesi penggulungan, Mohamed Azmin antara lain meminta agar kesemua 12 wakil rakyat Umno sudi menerima peruntukan RM200,000 yang ditolak sebelum ini.
“Sekalipun ditolak kita kekalkan juga RM200,000 itu. Saya merayu terimalah demi rakyat,” seloroh Mohamed Azmin sambil tersenyum.
Shamsudin kemudian mencelah mohon agar peruntukan penuh RM700,000 diberikan kepada Adun Umno sebagaimana diterima Adun pihak kerajaan.
Bagaimanapun, Mohamed Azmin memberitahu kawasan dimenangi pembangkang hanya akan menerima RM200,000 sementara baki RM500,000 diuruskan penyelaras.
“Namun jumlah tetap sama RM700,000. Setiap yang bermula mesti ada langkah pertama, sekarang RM200,000, langkah seterusnya kalau tahun depan Yang Berhormat masuk Pakatan dapatlah RM700,000,” kata Mohamed Azmin disambut riuh Adun lain.
Gurauan santai itu dicelah pula Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) yang mula bertanyakan nasib Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang kini ditempatkan di sebelahnya.
“Tadi disebut 12 Adun BN, bagaimana pula sahabat saya di sebelah yang tidak hadir ini tak disebut,” katanya berseloroh.
Tidak mengalah, Mohamed Azmin kembali mengenakan Sulaiman namun sempat membalas bahawa mantan Menteri Besar itu akan diberikan jumlah peruntukan sama.
“Sejak bila Permatang prihatin dengan Pelabuhan Klang. Tidak pernah sebelum ini. Baru hari ini. Dia juga akan dapat RM200,000. Itu prinsip,” jelasnya lagi.

Apakah Mashitah ingin lihat artis-artis kita terus hanyut?


AHMAD DANIAL | .
MELAKA: Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka mengecam kenyataan Ketua Wanita Umno Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang mempersoalkan tindakan artis-artis Malaysia yang ramai berhijrah mendekatkan diri kepada Allah.
Ketua Penerangannya, Mahani Othman Basir berkata kenyataan Mashitah tersebut sebenarnya mengguris hati dan perasan artis-artis yang berhijrah. (Foto: Aishah dan Abby Abadi dalam satu program di My Harakah Bazaar.)
Ini, ujarnya kerana seolah-olah Umno dan Mashitah tidak setuju dengan tindakan mereka yang memakai tudung, memakai kopiah dan menyampaikan tazkirah dan ceramah dalam program-program yang melibatkan orang ramai.
"Kita sepatutnya menyokong dan memberi galakan kepada mereka kerana tindakan mereka berhijrah adalah sangat baik dan dialu-alukan. Dulunya mereka tidak menutup aurat, lalai, memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan, bila berubah kita pula tidak suka kepada mereka.
"Artis-artis kita yang berhijrah bukannya setakat berubah dari segi pakaian dan tingkah laku tetapi mereka juga menghadiri kelas-kelas agama, usrah dan program-program pendidikan agama bagi mendalami Islam," ujar Mahani.
Mahani berkata apa salahnya mereka menyampaikan tazkirah dan ucapan dalam program ceramah dan forum asalkan tidak mengelirukan orang ramai.
Menurutnya, mereka bukannya menjatuh hukum atau memberi fatwa sebaliknya hanya berkongsi pengalaman dan pandangan dalam ruang lingkup ilmu dan pandangan mereka khususnya berkaitan dunia hiburan.
"Tindakan berhijrah sepatutnya dialu-alukan. Apakah Mashitah ingin terus melihat artis-artis kita terus hanyut dengan dunia lalai dan hedonisme mereka yang tidak terkawal?" soal Mahani.
Beliau berkata Mashitah mesti memohon maaf kepada semua artis-artis yang berhijrah dan mesti memberikan sokongan kepada semua artis yang telah dan akan berhijrah menjadi hamba Allah yang lebih baik.
Menurutnya, tindakan Mashitah mengecam artis-artis yang berhijrah itu sebenarnya didorong oleh sentimen politik.
Ini, katanya kerana ramai artis yang berhijrah menyatakan sokongan terbuka kepada PAS dan PR malah ramai yang membantu pada Pilihanraya Umum ke-13 lalu. - HARAKAHDAILY 28/11/2014

Isu Banggol Donas: Kezaliman yang wajar dihentikan


HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengharapkan pengambilan tanah Kampung Banggol Donas diambil perhatian besar dan segera oleh Perdana Menteri demi menegakkan keadilan bagi rakyat sebagaimana dituntut oleh Islam kepada para pemerintah.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus membuat gesaan itu dalam surat terbuka kepada Datuk Seri Najib Razak berhubung isu tanah di kawasan Dun Teluk Pasu, Parlimen Kuala Nerus itu.
Kandungan surat terbuka sebagaimana di bawah.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.
Dato’ Sri,
Per: ISU PENGAMBILAN TANAH BANGGOL DONAS SATU KEZALIMAN YANG WAJAR DIHENTIKAN
Perkara di atas dengan segala hormatnya dirujuk untuk perhatian segera dan tindakan YAB Dato’ Sri selaku Perdana Menteri.
Untuk makluman Dato’ Sri, isu pengambilan tanah Banggol Donas sudah berpanjangan untuk tempoh yang panjang iaitu hampir 7 tahun sejak 2008. Kampung Banggol Donas terletak di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Teluk Pasu, Parlimen Kuala Nerus, Negeri Terengganu.
Pengambilan tanah mereka dilakukan secara tidak berperaturan dan menzalimi hak milik rakyat dan kehormatan mereka yang ditegaskan oleh Islam melibatkan tanah.
Pihak pemerintah muslim perlu merenung kes pengambilan tanah yang pernah berlaku di zaman Umar bin al-Khattab menjadi Khalifah sebagaimana diriwayatkan dalam Musannaf Abdul Razzak daripada Sa'iid bin Musayyab.
Umar radiyallahu anhu berhasrat mengambil tanah milik bapa saudara Nabi saw iaitu Abbas bin Abdul Mutalib radiyallahu anhu untuk pembesaran Masjid Nabawi dengan memberi pilihan sama ada dibayar atas nama jual beli atau dengan dihadiahkan oleh Abbas namun Abbas radiyallahu tidak bersetuju.
Pertikaian ini dipersetujui untuk dibawa ke perbicaraan dengan Ubai bin Ka'ab radiyallahu anhu menjadi Hakim. Akhirnya keputusan dibuat dengan merujuk kepada hadis Nabi saw menceritakan kes Nabi Dawud alaihissalam yang ingin membesarkan Masjid Aqsa. Keputusannya ialah Abbas tidak boleh dikeluarkan daripada tanah miliknya melainkan dengan keredhaannya.
Setelah memenangi kes, Abbas secara sukarela mewakafkan tanahnya untuk pembinaan masjid.
Kisah ini perlu direnung supaya kes-kes pengambilan tanah rakyat adalah sebenar-benar bertujuan pembangunan yang mendesak tanpa alternative dan menurut peraturan serta tidak menzalimi hak rakyat serta meraikan kerelaan para pemiliknya sebagaimana dibahas oleh para Fuqaha Islam.
Fakta kes kezaliman Banggol Donas adalah seperti berikut:
PROJEK PEMBINAAN JALAN SUSUR LEBUHRAYA PANTAI TIMUR
1. Kerajaan Negeri Terengganu ingin membina jalan susur Lebuhraya Pantai Timur 2 dari Gemuruh ke Kuala Terengganu dengan pembinaan jalan susur Kg Jeram ke Kg Bukit Guntong sepanjang 7.6 KM, termasuk 2 kilometer naik taraf Jalan Persekutuan FT03. Fasa 1 dari Kg.Banggol Binjai ke Jeram Tokkong sejauh 2 kilometer. Fasa 2 dari Kg. Jeram ke Kg. Banggol Tuan Muda sejauh 3.6 kilometer. Kedua-dua fasa dihubungkan dengan sebuah jambatan Sungai Nerus sepanjang 200 meter.
2. Kos projek sebagaimana laporan akhbar Sinar bertarikh 25hb. Jan 2010 bernilai RM226 juta. Ia bermakna 1KM bernilai RM30 juta, mungkin menjadikannya sebuah projek jalan antara yang termahal dibina di negeri Terengganu, lebih mahal dari LPT2 bagi satu kilometre.
3. Projek ini dibina secara runding terus menggunakan DANA KHAS negeri Terengganu oleh MZ Hakujaya Sdn Bhd.
4. Tempoh pembinaannya selama 3 tahun bermula Jan 2010-Dis 2012.
MANGSA KEZALIMAN PROJEK
1. Projek ini memangsakan tanah rumah penduduk di Kg Banggol Donas seramai 22 keluarga yang diambil secara paksa dan tidak berperaturan beralaskan Kanun Tanah Negara.
2. Penduduk mempunyai geran tanah namun akhirnya dimaklumkan mereka menduduki tanah kerajaan. ‘Borang K’ dikeluarkan menyatakan tanah mereka telah menjadi milik kerajaan sedangkan pampasan belum dibayar.
3. Penduduk semenjak 2008 telah mencadangkan pembinaannya mengambil tanah sekitar yang tidak berpenghuni, namun pandangan itu diabaikan dan tidak dihiraukan oleh pihak kerajaan negeri.
4. Ada laluan alternatif yang boleh dibina tanpa menyentuh kampung ini dan melenyapkan hak milik penduduknya namun pihak kerajaan negeri Terengganu seperti tidak mahu mengubahnya.
KENAPA PROJEK INI DIBANTAH?
1. Kerajaan Mempunyai Alternatif Untuk Tidak mengambil Tanah Penduduk Banggol Donas. Motif Pengambilan Tanah dipertikai.
Pembinaan Fasa 2 dari Kg. Jeram ke Kg. Banggol Tuan Muda melibatkan pengambilam tanah 24 buah rumah kediaman di kg. Banggol Donas boleh dielak sekiranya jajaran dari kg. Banggol Tuan Muda diluruskan melalui tanah lapang milik sebuah syarikat korporat di tepi kampung. Kenapa jajaran dari kg. Banggol Tuan Muda bila tiba dihadapan kg. Banggol Donas dilencong ke kiri mengakibatkan lenyapnya 22 buah rumah kediaman dan melencong pula ke kanan menuju ke kg. Jeram setelah melepasi kampung Banggol Donas. Keadaan ini menimbulkan persoalan besar.
2. Tidak Mematuhi Akta Pengambilan Tanah 1960 (akta 486) Penduduk dinafikan hak untuk diberitahu. Motifnya juga dipertikai.
a. Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, pengambilan tanah bagi projek pembinaan jalan dan jambatan dari Jeram Tok Kong ke Bukit Guntong (Fasa I) dan dari Kampung Jeram ke Kampung Banggol Tuan Muda, Mukim Manir (Fasa II) yang melibatkan 76 lot tanah bagi fasa 1 dan 184 lot tanah bagi fasa 11 TIDAK DIWARTAKAN di bawah seksyen 4, Akta Pengambilan Tanah (APT ) 1960 terlebih dahulu.
b. Pemilik tanah tidak pernah diberitahu bahawa tanah mereka akan di ambil oleh kerajaan. Seksyen 4(1) APT 1960 menyatakan.” ....Apabila Pihak Berkuasa Negeri berpuashati bahawa mana-mana tanah yang diperlukan bagi apa-apa maksud yang disebut dalam seksyen 3 maka suatu pemberitahuan dalam Borang A hendaklah disiarkan dalam warta.”
Apabila notis dalam Borang A tidak disampaikan kepada pemilik tanah seperti yang dikehendaki oleh Seksyen 4(1), ianya tidak ada ketelusan dan menggambarkan ada perkara yang hendak disembunyikan daripada diketahui pemilik tanah dengan niat yang tidak baik.
c. Pembinaan jalan susur ini dimulakan sebelum tanah milik diwartakan di bawah seksyen 8 APT 1960. Pencerobohan ini seolah-olah direstui apabila EXCO JKR membuat lawatan tapak pembinaan pada 3hb. Ogos 2010 sebelum tanah tersebut diwartakan pada 28hb. Oktober 2010.
d. Pejabat Tanah bertindak melanggar seksyen 16 APT 1960 “yang menghendaki menyediakan dan menyampaikan suatu notis dalam Borang H kepada setiap orang yang berkepentingan pada tanah itu “. Pejabat tanah tidak menghantar Borang H tetapi hanya mengeluarkan notis yang tertulis SALURAN 2 meminta menghadiri satu majlis penyampaian cek pampasan. Pejabat Tanah juga bertindak melanggar peraturan apabila menghantar notis (bukan borang H) kepada pemilik tanah untuk hadir mengambil cek pampasan di pejabat tanpa menyatakan nilai pampasan . Sepatutnya cek bayaran disediakan setelah pemilik tanah bersetuju dengan award dalam Borang H atau pun setelah keputusan perbicaraan mahkamah sekiranya pemilik tanah memilih untuk membantah amaun yang ditawarkan dalam Borang H.
Hal ini adalah satu pencerobohan dan pemerkosaan serta kezaliman terhadap hak pemilik membantah amaun pampasan. Juga hak pemilik tanah yang dijamin di bawah Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 13(ii) ....Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi”.
Tindakan Penduduk
Jawatankuasa Bertindak yang dibentuk oleh penduduk kampung telah mengambil tindakan berikut:
1. Pada 31hb. Jan. 2008; menghantar surat bantahan pertama kepada Pengarah JKR Negeri dan salinan kepada Menteri Besar Terengganu. Susulan itu suatu perjumpaan diadakan dengan Pengarah JKR pada 11hb. Feb 2008 yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus ketika itu.
2. Surat-surat bantahan juga telah dihantar kepada Menteri Besar, Perdana Menteri, Pihak Berkuasa Negeri, Ketua Pengarah JKR, Menteri Kerja Raya, Pejabat Tanah Kuala Terengganu dan konsultan seawal tahun-tahun 2008, 2009 dan 2010. Kesemua surat tersebut tidak mendapat respons kecuali surat kepada Perdana Menteri dan surat kepada Ketua Pengarah JKR.
3. Pada 8hb Oktober 2010; menghantar Memorandum kepada SUHAKAM. Susulan itu pada 11hb. Okt 2010 SUHAKAM menulis surat kepada kerajaan Negeri meminta supaya kerja-kerja pembinaan diberhentikan buat sementara, berunding dengan pemilik tanah berhubung dengan bantahan jajaran dan meminta Pihak Berkuasa mematuhi procedur Akta Pengambilan Tanah 1960. Namun, permintaan SUHAKAM tidak dipedulikan. Dialog dan perundingan tidak diadakan seolah-olah penduduk kampung menduduki tanah haram.
4. Pada 11hb. Mei 2011, menghantar MEMORANDUM kepada Menteri Besar Terengganu meminta jajaran diubah. Respon beliau ialah jalan tidak boleh di ubah kerana jalan sudah buat.
5. Pada 12hb. Jun 2011, membuat lapuran ke SPRM Kuala Terengganu. Penduduk sehingga hari ini masih menunggu hasil daripada lapuran salah guna kuasa dan tidak mematuhi procedure dalam pelaksanaan projek.
Cadangan Penyelesaian oleh Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kampung
1. Jajaran di kawasan penempatan di Kampung Banggol Donas dikaji semula, diubah dan “re-align”untuk menyelamatkan kawasan penempatan Melayu.
2. Memberhentikan kerja-kerja pembinaan dalam kawasan penempatan sehinggalah kajian semula jajaran selesai.
3. Pihak Berkuasa Negeri mengadakan dialog terbuka dengan penduduk kampung Banggol Donas.
4. Pelaksanaan projek ini hendaklah mematuhi kesemua Procedure Akta Pangambilan Tanah 1960 untuk melindungi kepentingan pemilik tanah berdasarkan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.
Saya mengharapkan isu ini diambil perhatian besar dan segera oleh YAB Dato Sri demi menegakkan keadilan bagi rakyat sebagaimana dituntut oleh Islam kepada para pemerintah.

Anti-keganasan: Patuhi hak asasi manusia antarabangsa


HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyokong inisiatif yang diambil dan berikrar sokongan berterusan kepada kerajaan dalam usaha untuk memerangi keganasan dan ekstremisme, termasuk ancaman yang ditimbulkan oleh Negara Islam.
Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata, Suhakam mengambil perhatian bahawa Parlimen telah meluluskan Kertas Putih untuk menangani ancaman Negara Islam yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, termasuklah cadangan undang-undang anti-keganasan dan pindaan kepada undang-undang sedia ada dalam memerangi keganasan.
Katanya, Suhakam berpandangan bahawa pindaan itu hendaklah bertujuan untuk mencegah tindakan radikal, mengukuhkan langkah-langkah pencegahan keganasan dan penyiasatan yang sedia ada dan untuk menyediakan kawalan terhadap segala bentuk gangguan aktiviti pengganas.
Suhakam juga, ujarnya ambil maklum bahawa undang-undang dan pindaan tersebut hendaklah berdasarkan sumber yang benar, terutamanya setelah pihak berkuasa Malaysia mengenal pasti 39 militan Malaysia di Syria sehingga kini.
Suhakam juga, kata beliau menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan sebarang pindaan atau undang-undang baharu pada keadaan yang amat penting ketika ini dengan rundingan bermakna dengan pihak berkepentingan yang berkenaan termasuklah pasukan polis dan pihak keselamatan.
Menurut beliau, memandangkan kepentingan yang amat mendesak dan tempoh masa yang singkat, Suhakam mengulangi pendiriannya bahawa sebarang langkah baharu hendaklah disertakan dengan perlindungan yang sesuai terhadap hak asasi manusia.
Tambahnya, Suhakam menyokong kelulusan rang undang-undang anti-keganasan yang dicadangkan, tertakluk kepada cadangan-cadangan yang boleh menangani kebimbangan mengenai kesan rang undang-undang tersebut terhadap hak asasi manusia.
Menurut beliau lagi, walaupun Suhakam mengakui keperluan yang mendesak dalam memastikan agensi-agensi keselamatan negara kita mempunyai kuasa-kuasa tertentu untuk melindungi keselamatan negara, sebarang batasan terhadap hak asasi manusia mestilah diminimakan, jelas, sah dan seimbang.
Beliau menambah, Suhakam juga ingin menyatakan bahawa undang-undang anti-keganasan hanya boleh digunakan atas tujuan tersebut, kerana ia akan memberi kesan bertentangan jika kuasa digunakan dengan tidak betul atau disalahgunakan oleh pihak berkuasa.
"Di samping itu, cadangan peruntukan undang-undang anti-keganasan mestilah ditakrifkan dengan jelas dalam undang-undang Malaysia, dan digubal dalam pematuhan kepada standard hak asasi manusia antarabangsa agar lebih berkesan," ujarnya dalam satu kenyataan.
Justeru, tambah beliau Suhakam berhak untuk memberi pandangan lanjut mengenai cadangan terhadap komponen pindaan atau Rang Undang-undang. - HARAKAHDAILY 28/11/2014

Keuntungan pracukai 9 bulan Petronas naik kepada RM78 bilion


STESEN minyak Petronas. - GAMBAR HIASAN
STESEN minyak Petronas. - GAMBAR HIASAN
KUALA LUMPUR 28 Nov. - Keuntungan pracukai Petronas bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2014 meningkat sedikit kepada RM78 bilion berbanding RM76.7 bilion untuk tempoh sama tahun lepas.
Pendapatan syarikat petroleum negara itu tumbuh kepada RM249.78 bilion bagi tempoh dalam semakan daripada RM232.51 bilion sebelum ini.
Naib Presiden Eksekutif/ Ketua Pegawai Kewangan kumpulan, Datuk George Ratilal berkata, prestasi lebih baik itu disebabkan peningkatan jumlah pengeluaran, kenaikan jumlah jualan gas asli cecair dan kadar tukaran asing yang memihak kepada mereka.
Bagaimanapun, untuk suku ketiga ini keuntungan pracukai Petronas jatuh 12 peratus kepada RM22.8 bilion bersandarkan penurunan pendapatan pada RM80.37 bilion.
"Prestasi lemah terutama disebabkan oleh harga minyak mentah yang rendah," katanya dalam sidang media mengenai prestasi suku ketiga kumpulan, di sini hari ini. - BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/keuntungan-pracukai-9-bulan-petronas-naik-kepada-rm78-bilion-1.30228#sthash.GJEIB8SC.dpuf

Cari bapa kandung jadi wali


Norizan
Norizan
KANGAR - Seorang pembantu kedai makan di Kuala Perlis di sini, mencari bapa kandungnya untuk menjadi wali pada hari pernikahannya yang dijadualkan berlangsung pada 19 Disember ini.

Norizan Abdullah, 18, berkata, dia tidak pernah mengenali bapanya kerana diserahkan kepada keluarga angkat selepas dilahirkan.

“Saya dimaklumkan bapa saya bernama Abdullah Abdul Mutalib dan dipercayai berasal dari Thailand. Usianya kini dianggarkan lebih 40 tahun, saya tidak pernah mempunyai maklumat lain kerana tidak pernah berjumpa dengannya.

“Saya kini tinggal bersama ibu bapa angkat, Mariam Daud dan Ismail Kassim di Kampung Perak, Kuala Perlis. Ibu bapa angkat saya juga tidak mengenali bapa saya menyebabkan saya buntu untuk mencarinya,” katanya.

Norizan berkata, selain dia memerlukan bapanya sebagai wali nikah, dia juga mahu bapa kandungnya itu hadir pada hari bersejarah dalam hidupnya.

Justeru, dia berharap orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan bapanya boleh menghubunginya di talian 019-5470071.

Mahkamah Ada Bidang Kuasa Putuskan Pertikaian Rumah Tangga Jutawan


Diterbitkan: Jumaat, 28 November 2014 12:33 PM

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Jumaat memutuskan mahkamah di negara ini mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan kes pertikaian rumah tangga bekas ratu cantik Malaysia, Pauline Chai Siew Phin dan suaminya, Pengerusi jenama antarabangsa Laura Ashley, Tan Sri Khoo Kay Peng.
Hakim Datuk Yeoh Wee Siam yang membuat keputusan itu, dalam penghakimannya berkata, sehubungan itu kes berkenaan tidak perlu dirujuk kepada jawatankuasa atau badan pendamai.

Mahkamah mendapati, terdapat pengecualian berdasarkan keadaan tertentu dan keterangan yang telah dikemukakan semasa perbicaraan terhadap pasangan itu.

Dakwah Artis: Aishah Kecewa Sikap Golongan Berilmu Agama

KUALA LUMPUR: "Kami bukan cerita bidang hukum hakam, kami cerita pengalaman kami untuk dijadikan iktibar," demikian luah bekas penyanyi 'Janji Manismu' Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah.
Beliau yang kini sebagai Pengerusi Lajnah Kesenian, Kebudayaan & Rekreasi Muslimat PAS Pusat mengakui malu untuk menceritakan kejahilan di masa lepas namun sekiranya perjalanan hidup itu menjadi insipirasi menuju kepada kebesaran Allah ia harus disampaikan.
Tambahnya, artis mempunyai peminatnya tersendiri dan mungkin ada sesetengah mereka tidak mempeduli kata-kata dan nasihat ustazah.
"Jangan kecam niat baik kami, sama-samalah didik kami. Dakwah tanggungjawab kita bersama," katanya sebagaimana dipetik di laman Facebooknya.
Bagaimanapun beliau melahirkan rasa kecewa apabila ada mereka yang berilmu agama tinggi pula menyelar kegiatan dakwah artis-artis yang berhijrah ini.
Semalam, perwakilan Wanita Umno Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dengan lantang mempertikaikan kewujudan artis yang berhijrah menjadi ustaz dan ustazah ekspres terutama yang berada dalam PAS.
"Seperti penyanyi dan rokers menjadi ustaz, artis pakai tudung dipanggil ustazah. Kewujudan ramai ustaz ekspres dan ustazah jadian yang asal pelakon penyanyi dan rokers masuk PAS, celaru keadaan," kata Mashitah ketika berucap pada persidangan Wanita Umno.

Anak derhaka?

Hubungan Mesut Ozil dengan bapanya hancur, gara-gara perbicaraan membabitkan kedua-dua mereka di mahkamah.
Mustafa Ozil membawa Mesut Ozil Marketing Company ke mahkamah dan meminta ganti rugi £495,000 (RM2.59 juta) kerana kehilangan pendapatan menerusi kontrak penajaan.
Mesut pula membalas pendakwaan itu dengan menuntut bapanya memulangkan £800,000 (RM4.2 juta) yang dipinjamnya.
Kes itu bagaimanapun diselesaikan di luar mahkamah bulan lalu, tetapi mahkamah negeri Dusseldorf minggu ini baru saja mengesahkan kes itu sudah selesai.
Abangnya, Mutlu menguruskan hal ehwal pemain itu sejak setahun lalu.
Namun sebelum itu, Mustafa adalah ejen anaknya, selain menjadi eksekutif 'Mesut Ozil Marketing Company'.
Pada musim panas 2013, Mustafa bukan saja mengendalikan perbincangan untuk anaknya berpindah dari Real Madrid ke Arsenal, tetapi juga mengaut kontrak tajaan berjuta pound dengan Adidas.
Hubungan antara ayah dan anak bertukar keruh tidak lama selepas itu, apabila Mesut dikatakan kecewa dengan perceraian ibu bapanya.
Pemain Jerman itu segera memecat bapanya dan melantik abangnya, Mutlu sebagai ejen barunya.
Mustafa juga menjadi tumpuan ketika anaknya meninggalkan Real dalam suasana kurang menyenangkan, apabila bertelagah dengan presiden Florentino Perez pada September 2013.
Real menuduh Ozil dan bapanya tamak, manakala Mustafa menegaskan Perez bukan orang yang wajar dihormati. Ada yang membuat spekulasi kacau bilau dalam kes Mesut menjadi punca kemerosotan prestasinya menjelang hujung tahun itu.
Mustafa, bagaimanapun mempunyai alasan baru untuk membela dirinya. Dalam satu wawancara dengan akhbar Cologne, 'Express' minggu ini, dia mendakwa bahawa teman wanita Mesut, Mandy Capristo, menghancurkan hubungan antara bapa dan anak.
"Teman wanitanya ketika itu menjadi pemisah antara bapa dan anak. Dia buat Mesut jadi gila," katanya.
Apa pun puncanya, hubungan di antara Mesut dan bapanya begitu dingin tahun lalu dan menjadi semakin buruk.
"Hubungan kurang baik antara Mesut dan bapanya bukan perkara baru," kata Pengurus Besar skuad Jerman, Oliver Bierhoff kepada Express.
"Bagaimanapun, Mesut sentiasa merahsiakan soal peribadinya. Dia tidak pernah menceritakan kepada kami mengenai perkara itu."
Ozil Marketing ketika dihubungi enggan memberi sebarang komen.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 November 2014 @ 5:02 AM

Majlis kahwin unik


Pasangan ini berkongsi minat yang sama terhadap Batman hingga melangsungkan perkahwinan bertemakan buku komik.

Ali Butrym dan Ryan Jeziorski yang berasal dari Fort Worth, Texas melangsungkan perkahwinan dengan masing-masing memakai seperti watak Harley Quinn dan Joker serta bergembira sepenuhnya pada hari itu dengan kostum mereka.

Tetamu yang hadir turut memeriahkan majlis dengan memakai kostum, antaranya bapa Ali, Anthony yang mengiringi anak perempuannya ke altar dengan memakai helmet Iron Man.

Bagi menyempurnakan majlis, perkahwinan itu dirasmikan oleh Batman sendiri-atau rakan mereka, Jarod yang memakai kostum Batman.

Majlis penuh warna-warni itu dirakam oleh Irish Eyes Photography termasuk detik gadis bunga yang berpakaian seperti Poison Ivy berjalan dengan pembawa cincin Power Ranger.

Bagi mengabadikan watak adiwira yang menjadi kegemarannya, Ali menunjukkan tatu badannya dalam gambar-logo Batman di bahu dan kelawar terbang di kakinya.

Suami Ali yang bekerja sebagai penganalisis operasi IT turut mempunyai tatu Batman yang dicacah sebelum mereka berkenalan. Mungkin ia sebagai lambang kasih sayang yang akan berkekalan.

"Syukur kerana mempunyai keluarga yang memahami dan sanggup menyertai apa kami lakukan," tulis Ali dalam Reddit, tempat dia menyiarkan gambar perkahwinannya.

"Apabila kami menjadi peminat tegar Batman, mereka tidak terkejut. Malah semua tetamu datang dengan berkostum! Ia menyedarkan saya betapa hebatnya keluarga dan rakan-rakan yang ada," katanya.

Bapa pengantin yang memakai helmet Iron Man bergaya dengan tuksedo merah. Di luar baju hitam yang dipakai, dilekatkan replika magnetik seperti yang dipakai adiwira itu.

Mungkin majlis itu tidak sama seperti siri buku komik sebetulnya, tetapi gabungan Wonder Woman dan Bane menarik perhatian tetamu lain.

Turut memeranjatkan hadirin ialah kemunculan pasangan aneh Wolverine dari filem X-Men, lengkap berkuku panjang berjalan seiringan dengan Bat Woman.

Bukan saja kostum tetamu diilhamkan dari watak buku komik, tetapi ada antara mereka memilih watak permainan video-seorang lelaki yang hadir dengan 'baju overall,' topi merah dan misai seperti Mario Brothers.

Tema unik itu turut digunakan dalam hiasan. Jambangan bunga yang dipegang oleh pengiring pengantin juga dibuat daripada bunga yang digunting dari buku komik.

ALI dan Jeziorski dari Fort Worth, Texas berkongsi minat sama terhadap Batman dan tiada apa lebih sesuai daripada melangsungkan perkahwinan bertemakan buku komik. 
Kek cawan berwarna biru, merah dan kuning juga menghiasi majlis dengan perkataan tertera 'Bam,' 'Boom,' atau 'Zap!'
MEMECAHKAN tradisi dengan pembawa bunga berpakaian seperti mini Poison Ivy dan berjalan dengan pembawa cincin Power Ranger. 
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 November 2014 @ 5:12 AM


“USAHA berkumpulan ini berjaya apabila semua yang hadir memakai kostum, ia menyedarkan saya betapa hebatnya keluarga dan rakan-rakan yang ada,” kata Ali.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11280#sthash.NNfzPAt2.dpuf

Rumah hantu paling menakutkan


Sanggupkah anda merasai pengalaman di rumah hantu paling menakutkan di dunia? Percaya atau tidak, McKamey Manor, San Diego, California mempunyai 24,000 dalam senarai menunggu yang rata-rata tidak gerun memasuki rumah hantu itu.

Mungkin juga mereka tercabar mahu menjadi yang pertama mampu menghabiskan keseluruhan pengembaraan disediakan di dalam McKamey Manor. Sejak dibuka 14 tahun lalu, belum ada seorangpun pengunjung berjaya sampai ke garisan penamat.

Lihat saja gambar-gambar ini-amat menggerunkan! Jika memasuki rumah ini, bersedialah untuk diikat, disumbat dalam sangkar ular dan disimbah darah palsu.

Tidak hairanlah jika orang yang paling gagah sekalipun-termasuk anggota tentera marin-ada yang menangis ketakutan 'dikerjakan' hantu-hantu di McKamey Manor.

Kalau sekadar ingin menjenguk, anda boleh melihat pengembaraan menakutkan yang mengambil masa antara empat hingga lapan jam untuk dihabiskan secara online.

Pengasasnya Russ McKamey, 55, dan teman wanitanya Carol Schultz kreatif memastikan pengunjung merasai pengalaman berbeza setiap kali ke McKamey Manor.

"Ini penting kerana acara kami berunsur sinematik. Jadi kami mengubah temanya setiap tahun namun apa yang penting, pengunjung akan rasa diikat anggota badan atau mulut, dimasukkan dalam kandang ular atau dipaksa makan telur busuk," katanya.

Syaratnya hanya dua pengunjung boleh memasuki rumah itu pada satu-satu masa dan latar belakang mereka juga diperiksa sebelum dibenarkan masuk.

Tidak ada bayaran dikenakan untuk masuk ke rumah hantu itu namun pengunjung mesti berusia 21 tahun ke atas dan sihat mental serta fizikal selain menandatangani dokumen penepian terlebih dulu.

McKamey berkata dia menghasilkan projek itu kerana begitu meminati kisah seram seperti Psycho, Texas Chainsaw Massacre dan The House on Haunted Hill dan sanggup menghabiskan lebih AS$500,000 (RM1.6 juta) untuk menjadikan McKamey Manor pengalaman paling menakutkan di dunia.
Pengunjung disiram darah palsu.

Lelaki dewasa juga pernah menangis ketakutan akibat pengalaman di McKamey Manor. 
"Pengalaman yang kami tawarkan adalah interaktif malah saya turut berbincang dengan peminat selain membuat kajian mendalam. Percayalah, apa yang dialami di sini amat unik-tidak ubah seperti merasai filem seram anda sendiri," katanya.
McKamey Manor menjanjikan pengalaman interaktif dan unik. 
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 November 2014 @ 5:01 AM


Tema di rumah hantu itu berubah setiap tahun.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11439#sthash.a6xVmJUW.dpuf

Singapura haramkan shisha

Singapura melarang perbuatan menghisap shisha di negara itu berkuatkuasa
Singapura melarang perbuatan menghisap shisha di negara itu berkuatkuasa hari ini. – GAMBAR HIASAN
SINGAPURA 27 Nov. – Singapura akan mengharamkan perbuatan menghisap shisha di negara ini berkuatkuasa esok.
Kementerian Kesihatan Si­ngapura dalam satu kenyataan hari ini berkata, pengharaman itu dibuat mengikut Peraturan Larang­an Produk Tembakau yang dibuat di bawah Seksyen 15 Akta Tembakau (Kawalan Iklan dan Jualan).
Katanya, sebagai satu langkah peralihan, pengimport tembakau berlesen sedia ada dan peruncit yang mengimport atau menjual tembakau shisha akan dibenarkan untuk terus mengimport dan menjual tembakau shisha sehingga 31 Julai 2016.
Menurutnya, langkah peralihan itu memberikan kesemua pihak terlibat masa yang cukup bagi mengurangkan stok dan menstruktur perniagaan mereka berasaskan shisha.
Individu yang melanggar la­rangan itu dan disabitkan kesalah­an, boleh didenda tidak lebih S$10,000 (RM25,743) atau penjara bagi satu tempoh tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Jika individu itu disabitkan dengan kesalahan sama buat kali kedua, mereka boleh didenda tidak lebih daripada S$20,000 (RM51,486) atau penjara bagi tempoh tidak lebih 12 bulan atau ke­dua-duanya sekali. – BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/singapura-haramkan-shisha-1.29989#sthash.1uzKtUIb.dpuf

Yatsenyuk kekal PM Ukraine


KIEV 28 Nov. - Parlimen Ukraine semalam mengesahkan pemimpin negara itu yang pro-Barat, Arseniy Yatsenyuk mengekalkan jawtaannya sebagai perdana menteri bagi mengetuai kerajaan campuran baharu Ukraine.
Yatsenyuk mendapat sokongan 341 daripada 390 anggota Parlimen Verkhovna Rada yang bersidang buat pertama kali sejak parti-parti pro-Eropah menang besar pilihan raya pada bulan lalu.
Beliau yang menjawat jawatan itu sejak Februari mengakui bahawa kerajaan baharu itu berdepan tugas sukar bagi memulihkan negara itu yang berdepan ambang kejatuhan. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/yatsenyuk-kekal-pm-ukraine-1.30043#sthash.PMiGYEeV.dpuf

Kambing biri-biri `banjiri’ menara Eiffel Tower


PARIS 28 Nov. - Petani Perancis membanjiri menara Eiffel Tower semalam dengan membawa kambing biri-biri bagi menyatakan rasa kecewa mereka terhadap peningkatan serangan serigala yang dakwa mereka `terlebih dilindungi’ oleh kerajaan.
``Hari ini petani, esok menganggur,’’ tulis satu kain rentang yang dibawa penunjuk perasaan dengan seorang daripada peserta turut berpakaian seperti seekor serigala membawa seekor kambing.
Bagaimanapun, petani tidak sendirian kerana aktivis hak asasi haiwan yang meminta serigala itu dilindungi turut hadir di bangunan tersebut. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kambing-biri-biri-banjiri-8217-menara-eiffel-tower-1.30044#sthash.ozjigkor.dpuf