Showing posts with label saiful. Show all posts
Showing posts with label saiful. Show all posts

Friday, May 11, 2012

Saiful tuntut RM200,000

KUALA LUMPUR: Pelawak terkenal, Saiful Apek, 43, melancarkan ‘perang’ terhadap produser, David Teo dengan mendakwa penerbit filem terkemuka terbabit gagal melunaskan pulangan pelaburan RM200,000 filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali kepadanya selepas dia yang membintangi kedua-dua filem berkenaan melaburkan wang hasil lakonannya RM100,000 sejak 2005.
Foto
Saiful Apek
Katanya, selain isu berkenaan perkara lain dibangkitkan adalah kegagalan David menyiapkan album nyanyiannya sedangkan kontrak dimeterai setahun ditandatangani pada tahun yang sama.
Foto
David Teo
Menurutnya, berikutan tidak berpuas hati dan tidak mempunyai saluran memperjuangkan haknya, dia tampil membuat kenyataan di laman sosial facebook dan twitter sehinggalah menyedari menerima kritikan hebat pengguna rangkaian sosial berkenaan.

Saiful berkata, Ahad ini jam 2 petang, dia dan lebih 50 selebriti yang mahu menuntut hak masing-masing terhadap David dengan mengadakan sidang media bersama bukti dan dokumen yang pernah ditandatangani bagi menerangkan keadaan sebenar.


Katanya, pada 2005, dia ditawarkan membintangi filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali dengan bayaran RM100,000 sebelum wang itu dilaburkan semula dalam kedua-dua filem berkenaan.

Friday, October 29, 2010

Pemeriksaan ke atas Saiful tidak guna jari



KUALA LUMPUR 28 Okt. - Seorang doktor pakar bedah am Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau menggunakan proktoskop dan bukannya jari semasa pemeriksaan dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan untuk mengelakkan pencemaran dan kecederaan di bahagian tersebut.
Dr. Mohd. Razali Ibrahim, 37, memberitahu, sebelum prosedur pemeriksaan tersebut dilakukan, beliau telah bertanya kepada pengadu terlebih dahulu sama ada ia boleh dijalankan kerana kemasukan bahan itu boleh menyebabkan kesakitan.
''Sebelum saya memulakan pemeriksaan, saya menjelaskan kepada pesakit saya akan memasukkan sesuatu ke dalam bahagian duburnya dan jika rasa sakit, saya pasti tidak akan meneruskannya,'' katanya ketika disoal balas oleh peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair.
Ketua Pembangkang itu dibicarakan kerana didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Mohd. Razali sebelum itu disoal oleh Nair mengapa beliau tidak bertanya kepada Mohd. Saiful Bukhari sama ada dia masih merasa sakit sedangkan beliau mengetahui pemuda itu pernah mengadu sakit dubur ketika pemeriksaan awal di Hospital Pusrawi.
Menurut saksi pendakwa kedua tersebut, beliau tidak bertanya secara langsung kepada pengadu mengenai perkara tersebut tetapi telah memberitahu kepadanya prosedur yang dijalankan.
''Saya jelaskan kepadanya, prosedur tersebut akan menyebabkan ketidakselesaan dan sakit, dan pesakit itu menyatakan dia okay,'' katanya.
Mengenai cara pemeriksaan yang dijalankan, beliau yang diberi tanggungjawab memeriksa dubur pengadu berkata, bahagian tersebut diperiksa dengan cara pemuda itu diletakkan secara lateral pada sebelah kirinya di atas katil hospital.
Jelas beliau, kedua-dua lutut pemuda itu diletakkan berdekatan dadanya supaya bahagian dubur terdedah untuk memudahkan pemeriksaan.
Menurutnya, tiada garis panduan bagaimana posisi seorang pesakit diletakkan semasa pemeriksaan itu tetapi posisi tersebut adalah amalan biasa yang dilakukan di hospital.
Beliau pada mulanya memeriksa bahagian perianal pengadu bagi mengambil beberapa calitan putik kapas sebelum memasukkan proktoskop ke dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari.
Ujar saksi tersebut lagi, beliau mengambil dua sampel spesimen daripada bahagian atas dan bawah rektum pengadu serta diserahkan segera kepada pakar patologi forensik, Dr. Siew Sheue Feng.
Ditanya mengenai keadaan rektum pengadu, katanya, keadaannya ketika itu adalah kosong kerana jika ia mengandungi najis, kandungan tersebut akan terkeluar.
Katanya, memandangkan tiada najis, beliau mempunyai peluang untuk mengambil spesimen tanpa ada gangguan.
Berhubung pemeriksaan awal Mohd. Saiful Bukhari di Hospital Pusrawi, menurut Mohd. Razali, pengadu tersebut memberitahu bahawa ada peralatan digunakan tetapi tidak tahu apakah peralatan berkenaan.
"Dia (Mohd. Saiful Bukhari) tidak menyatakan dimasukkan tetapi terdapat alat digunakan dalam pemeriksaan tersebut,'' katanya.
Terdahulu, perbicaraan kes tersebut tidak berjalan lancar pada awalnya apabila prosiding tertangguh sebanyak tiga kali dengan kedua-dua pihak terpaksa dipanggil berbincang secara tertutup di kamar Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.
Ia bermula apabila peguam bela utama Anwar, Karpal Singh pada awal prosiding menyatakan, beliau ingin mengemukakan hujahan bagi mendapatkan nota klinikal doktor pakar terbabit kerana mendakwa terdapat kekeliruan dalam keputusan hakim itu semalam berhubung dokumen sebenar yang diingini oleh pihaknya.
Hakim Mohamad Zabidin bagaimanapun menegaskan keputusannya semalam adalah jelas bahawa hanya laporan perubatan bertarikh 10 Julai 2008 yang boleh dibekalkan dan bukannya nota klinikal.
Perbicaraan bersambung esok dengan hujahan berhubung permohonan pasukan pembelaan untuk mendapatkan nota klinikal.

Tuesday, June 8, 2010

RM1 JUTA TIDAK CUKUP BUAT SAIFUL:BERAPA JUTA LAGI DIA DAPAT DARISITU?

       
     



Artikel di bawah dipetik dari email pembaca yang hanya mahu dikenali sebagai Dr.Hiadayah Jr. Semua dijemput membaca dan menilai tulisan tersebut. Saya minta sesiapa untuk cetak dan berikan artikel ini pada Saiful untuk bertanyakan kebenarannya.

Azlan Mohd Lazim
(gambar kanan), bapa Saiful berasal dari Janda Baik, Pahang pernah bertugas sebagai General Manager di hotel Merlin Inn di Johor Baharu. Kemudian berhenti kerja kerana dia adalah seorang yang kuat berjudi.
Ibu Saiful, Halina Alif terpaksa melakukan berbagai kerja untuk membantu keluarga, termasuk menjadi pelakon tambahan dalam bebarapa buah filem Melayu dan drama.
Halina memohon cerai daripada Azlan, apabila Azlan cuba memaksa beliau menjual tubuh dan menjadi pelacur. Perceraian berlaku ketika Saiful berumur empat tahun. Azlan kemudiannya menghilangkan diri.
Selepas bercerai, Halina melakukan berbagai kerja dan akhirnya melalui hubungan kerja dengan Pengerusi MCA Terengganu, Datuk Lau, ekonomi Halina kembali stabil dan beliau membeli polisi insuran AIA untuk anak-anak beliau, Saiful dan adiknya Tati. Halina kemudiannya berkahwin dengan seorang duda bernama Haris.
Halina meninggal beberapa tahun lalu di Hospital Pantai, Kuala Lumpur akibat barah payudara. Ketika itu Saiful menuntut di Uniten.
Kos rawatan perubatan Halina dibiayai melalui polisi insurannya, begitu juga rumah mereka di yang beralamat di No 78, Jalan 7/6, Bandar Utama, Damansara, PJ. Hasil insuran ibunya juga, Saiful dan Tati mendapat RM2000 setiap orang setiap bulan. Saiful dan Tati bakal mendapat RM 1 juta setiap orang hasil insuran tersebut.
Tati, pada umur 19 tahun berkahwin dengan anak Tan Sri Sulaiman Sujak, bekas Panglima Tentera Udara. Mereka ada chalet di Terengganu, tetapi akhirnya bercerai.
Pada 17 Mei 2008, Saiful bertunang dengan Janna Shariza, anak kepada Mumtaz Jaafar, bekas pelari pecut tahun 70'an. Ketika itu, Saiful beliau bertugas di pejabat Anwar. Mumtaz adalah setiausaha peribadi kepada Rosmah. Apabila mengetahui Saiful bekerja dengan Anwar, maka konspirasi pun dirancang melibatkan puluhan juta ringgit. Dan ketika ini, Azlan yang sudah lama menghilangkan diri muncul kembali.
Ingat, di awal rencana dinyatakan Azlan sanggup melakukan apa saja untuk mendapat wang, walau pun cuba memaksa isteri jadi pelacur. Menggunakan anak untuk memfitnah Anwar adalah peluang pendapatan lumayan bagi Azlan. Ketika inilah berlaku pertemuan di Putrajaya dalam bilik bacaan melibatkan Najib, Rosmah, Mumtaz, Saiful dan seorang lagi yang tidak dikenali.
Antara tugas upahan Saiful yang diberi oleh Najib ialah:
  • Mendapat maklumat dan fail mengenai MP Umno/BN yang ingin menyertai PR. (Dan dia berkaya menyeludup sekurang-kurangnya 5 fail kepada Najib).
  • Mengaku diliwat untuk menghalang Anwar dari bertanding dalam PRk Permatang Pauh
  • Mengaku diliwat bagi menghalang Anwar menjadi PM
  • Mengaku diliwat memastikan Anwar terpenjara.

Tidak lama selepas itu, iaitu pada 28 Jun, Saiful pun membuat laporan polis kononnya beliau diliwat. Dan pada ketika ini Azlan muncul di khalayak ramai, iaitu dalam masjid Wilayah dan berlagak sebagai 'Bapa Mithali'.
(Anehnya, pertunangan Saiful dengan Janna masih kekal walau pun Saiful mengaku diliwat).
Berapakah wang yang diperolehi oleh Saiful dan Azlan untuk melakukan kerja kotor ini? Allah Maha Kaya. Dengan petunjuknya, akan didedahkan kemudian                                                       http://chegubard.blogspot.com/2010/05/bapa-saiful-kaki-judi-pernah-cuba.html#comment-form









            Kode Iklan anda yang ingin ada di sebelah kiri disini

          




          Kode Iklan anda yang ingin ada di sebelah kanan disini

          



Artikel ini ditulis oleh pemilik dari BRIGED MP SEGAMBUT. Artikel ini boleh dipublikasikan ulang di blog manapun selama mencantumkan nama penulis dan link sumber artikel dan hanya digunakan untuk keperluan non-komersil. Serta tidak merubah separuh atau seluruh bagian dari isi.


Monday, May 10, 2010

Tak Mandi, Tak Sembahyang dan Tak berak!!! Kah! Kah ! Kah! Tak Kentut !!!

Saiful mengaku tidak solat selepas diliwat

KUALA LUMPUR: Saiful Bukhari Azlan yang disoal balas peguambela Karpal Singh pada perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengaku tidak solat langsung selepas diliwat bekas majikannya itu pada 26 Jun 2008.

Menjawab soalan Karpal bahawa beliau bukan seorang Islam yang baik kerana tidak menunaikan solat lima waktu yang diwajibkan, Saiful berkata beliau tidak dapat solat kerana beliau diliwat dan belum mandi wajib.


"Saya dalam keadaan darurat ketika itu," katanya.
Saiful juga mengakui beliau tidak mandi junub pada 27 dan 28 Jun sebelum ke Pusrawi dan Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun untuk membuat pemeriksaan.