Sunday, October 16, 2011

Pas bantah undi pos 408 isteri tentera

SH: "
KOTA BAHRU - Exco Kerajaan Negeri, Datuk Takiyudin bantah undi pos 408 isteri tentera kem Desa Pahlawan Kok Lanas.
500 penyokong Pas hadir majlis penyerahan surat bantahan kepada pengarah SPR di majlis daerah Ketereh"

'via Blog this'

Pusat hutang RM9.4b: Husam

SH:


KOTA BHARU–Putrajaya perlu men­jelaskan hutang tertunggak RM9.4 bilion kepada Kelantan, mencakupi hasil royalti minyak dan pampasan tanah yang diambil untuk dijadikan kawasan Taman Negara.

Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa berkata, anggaran hutang merangkumi RM7 bilion bagi hasil royalti minyak dan RM2.4 bilion bagi pampasan kawasan Taman Negara.

"Jumlah itu besar dan Kerajaan Pusat sepatutnya bertanggungjawab dengan perkara ini," katanya semasa menjadi berucap di Majlis Forum Rakyat di Balai Islam di sini, yang turut dihadiri Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.

Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, tuntutan di Taman Negara melibatkan kawasan 1,043 kilometer persegi termasuk kawasan hutan.

"Berdasarkan kajian awal tuntutan itu ada asas, berikutan kerajaan kehilangan nilai sewa ekonomi terlepas kerana hutan balak daripada hutan kekal tidak dibenarkan dengan nilai bersih terkini iaitu RM1.2 bilion.

"Asas kedua adalah pulangan terlepas bagi menerokai sektor perladangan kelapa sawit dengan nilai bersih terkini RM585 juta seluruh kawasan.

"Manakala, bagi komoditi getah untuk lateks dan balak pula, kerajaan kehilangan yang dianggarkan bernilai RM353 juta, manakala ladang getah hutan kini bernilai RM242 juta," katanya di hadapan 1,000 penyokong Pakatan Rakyat.
'via Blog this'

Jamal Abdillah disah bebas ketagihan dadah

Berita Harian Online | Jamal Abdillah disah bebas ketagihan dadah:

Jamal Abdillah disah bebas ketagihan dadah


2011/10/16

KUALA LUMPUR: Raja Pop, Jamal Abdillah disahkan bebas sepenuhnya ketagihan dadah tetapi memilih terus tinggal di Rumah Pengasih sehingga bersedia untuk menghadapi kehidupan di luar, kata Presiden Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH), Datuk Yunus Pathi.

Katanya, meskipun Jamal sudah mendapat rawatan pemulihan di Rumah Pengasih selama lima tahun, dia akan tetap dibantu dan dibenarkan untuk terus tinggal di situ.
“Kita akan bantu dia. Mungkin dia takut menjalani kehidupan di luar kerana bimbang terbabit semula dengan dadah. Jamal adalah harta negara, jadi bila dia minta terus tinggal di Rumah PENGASIH, tak akan kita hendak tolak pula walaupun dia sebenarnya layak duduk di luar.
“Apabila ditanya kepadanya, dia hanya memberitahu yang dirinya masih belum bersedia,” katanya selepas Majlis Graduasi PENGASIH keempat, di sini semalam.

Beliau berkata, selepas lulus temuduga dijalankan bagi menilai tahap pemulihan, Jamal juga sepatutnya layak menerima sijil pengiktirafan namun beliau tidak dapat hadir kerana ada undangan menyanyi di Kedah.

'via Blog this'