Showing posts with label ampun. Show all posts
Showing posts with label ampun. Show all posts

Sunday, August 28, 2011

3,700 banduan Turkmenistan dapat pengampunan dibebas

ASHGABAT (Turkmenistan): Turkmenistan memberi pengampunan kepada lebih 3,700 banduan termasuk 30 tahanan warga asing yang dibebaskan dari penjara awal pagi semalam selepas diarahkan Presidennya, Kurbanguly Berdymukhamedov.
Kurbanguly yang menjadi pemimpin kepada negara yang dihuni 5.4 juta penduduk dan majoritinya beragama Islam itu, meneruskan amalan membebaskan banduan secara beramai-ramai yang dimulakan presiden terdahulu, Saparmurat Niyazov sempena tarikh istimewa.

“Di Turkmenistan, kami memberi pengampunan secara sistematik kepada rakyat dan warga asing yang mengakui kesalahan mereka dan bertaubat dengan ikhlas,” kata Kurbanguly dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen kerajaan. Pembebasan terbaru itu dibuat sejurus sebelum Ramadan berakhir sempena hari raya Aidilfitri . - Reuters

Monday, August 1, 2011

Wanita Iran rela ampunkan



WANITA malang tetapi berhati mulia, Ameneh Bahrami menunjukkan gambar wajahnya sebelum rosak setelah disimbah asid oleh seorang lelaki yang menggilainya di Iran. – AFP


TEHERAN 31 Julai - Seorang lelaki Iran terlepas hukuman dibutakan matanya hari ini kerana menyimbah asid ke muka seorang pelajar perempuan, selepas diampunkan mangsanya pada saat-saat akhir sebelum hukuman dilaksanakan.
Laman web televisyen negeri, ISNA berkata, mangsa yang buta akibat serangan asid, Ameneh Bahrami, 24, membuat keputusan untuk melepaskan haknya menuntut pembalasan dan meminta supaya penyerangnya, Majid Movahedi yang dijatuhkan hukuman qisas iaitu dibutakan matanya, dimaafkan.
Majid dijatuhkan hukuman itu pada 2009 selepas didapati bersalah menyimbah asid ke muka rakan sekelasnya selepas wanita itu berulang kali menolak lamaran untuk berkahwin dengannya, namun hukuman tersebut ditangguhkan oleh pegawai tanpa menyatakan sebarang sebab.
Menurut Ameneh, dia memaafkan penyerangnya itu kerana Tuhan ada mengatakan pelaksanaan hukum qisas dalam kitab Al-Quran namun turut dinyatakan bahawa kemaafan lebih baik daripada qisas.
“Saya berjuang selama tujuh tahun untuk membuat keputusan bagi membuktikan kepada semua orang bahawa individu yang menyimbah asid perlu dijatuhkan hukuman qisas, namun hari ini saya memaafkan dia kerana ia adalah hak saya. Malah saya lakukan untuk negara ini, kerana dunia melihat apa yang kita mampu lakukan,” katanya.
Pendakwa raya Tehran, Abbas Jafari Dolatabadi memuji keputusan Ameneh itu dan menyatakan pihak mahkamah mungkin meneruskan hukuman tersebut namun wanita tersebut menuntut wang pampasan sebagai ganti terhadap kecederaan serius yang dialaminya. – AFP
http://www.utusan.com.my

Wednesday, June 23, 2010

14 banduan dapat pengampunan



KUALA LUMPUR - Bagi tempoh 2000 hingga 2009, seramai 14 banduan yang dijatuhi hukuman mati telah diberi pengampunan, termasuk dua yang dibebaskan. 

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tujuh daripada mereka kini menjalani hukuman penjara seumur hayat, manakala empat diringankan kepada penjara 20 tahun. 

Dua yang dibebaskan oleh Jemaah Pengampunan Negeri adalah termasuk seorang yang sebelum ini telah diringankan hukumannya kepada penjara seumur hayat, katanya menjawab soalan bertulis Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) di Dewan Rakyat, di sini, semalam.        

“Berdasarkan Peraturan 114, Peraturan-peraturan Penjara 2000, banduan akhir boleh mengemukakan petisyen atau ray:uan kepada Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau Yang Dipertua Negeri bagi negeri di mana kesalahan itu dilakukan. 

:“Bagi banduan hukuman mati yang ingin mengemukakan petisyen, mereka akan dibantu oleh Jabatan Penjara dalam menyediakan petisyen berkenaan,” kata Hishammuddin. 

:Sementara itu ketika menjawab soalan berlainan, Timbalan Menteri berkenaan Datuk Abu Seman Yusop berkata Jabatan Perkhidmatan Awam sedang menimbang permohonan dasar kenaikan pangkat pegawai penjara. 

:Beliau berkata ianya melibatkan skim perkhidmatan Wadar gred KX17 sehingga Sub-Inspektor gred KX26, skim perkhidmatan Penolong Penguasa gred KX27 sehingga gred KX38 dan skim perkhidmatan Penguasa Penjara gred KX41 hingga KX54. 

“Pada 21 Mei lepas, Jabatan Penjara telah mengemukakan permohonan bagi memperkemas dasar kenaikan laluan kerjaya pegawai penjara. Ia juga dasar kenaikan pangkat bagi skim perkhidmatan penjara di setiap satu gred yang diselaraskan setiap lima tahun atau tertakluk kepada kekosongan jawatan, yang mana lebih awal,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang ingin tahu sama ada kerajaan mempertimbangkan kenaikan gaji pegawai penjara memandangkan tugas mereka yang berisiko tinggi. 

Abu Seman berkata Jabatan Penjara sebelum ini telah mengemukakan permohonan kenaikan gaji bagi anggotanya di peringkat Wadar gred KX17 sehingga Timbalan Komisioner gred KX54 namun tidak diluluskan. - Bernama