Monday, January 20, 2014

‘Baby Hatch’ keempat dibuka di utara


Kuala Lumpur: Yayasan Orphancare akan membuka satu lagi rumah perlindungan bayi di utara tanah air sebagai inisiatifnya membantu bayi terbuang mendapat keluarga baru.

Pengerusinya, Tan Sri Faizah Mohd Tahir berkata, sejak pembukaan tiga Pusat Pelindung Bayi Tidak Diingini atau ‘Baby Hatch’ di Petaling Jaya, Johor Bahru dan Kota Bharu, mereka berjaya menyelamatkan 91 bayi dan mengatur pengambilan 12 anak angkat, terdiri daripada kanak-kanak.


“Kami sentiasa percaya institusi tidak akan dapat menggantikan peranan sebuah keluarga dalam membersarkan anak.



“Malah, kajian menunjukkan, kanak-kanak yang dibesarkan dalam persekitaran kurang memberangsangkan, berdepan risiko pengabaian emosi dan fizikal.


“Sebab itu kita meneruskan usaha, mendapatkan keluarga penyayang untuk golongan ini,” katanya kepada pemberita ketika jamuan minum petang keluarga dan anak angkat Orphancare di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya di sini, semalam.


Faizah berkata, pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan berhubung lokasi sebenar ‘Baby Hatch’ di utara nanti.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/20

Hidup tak keruan lepas iklan cari isteri


Berlin: Seorang petani Jerman mengakui hidupnya menjadi tidak keruan sejak menaikkan papan iklan mencari isteri di depan rumahnya di Freiburg.

Menurut Roland Geiger, dia dihujani panggilan daripada wanita yang menawarkan diri menjadi pasangannya. Sebelum itu, Geiger menaikkan papan tanda bertulis: “Petani tanpa haiwan peliharaan sedang mencari isteri” tidak menarik perhatian ramai. Namun, sejak berita “pencarian” Geiger dimuatkan dalam akhbar tempatan, jumlah wanita yang berminat tiba-tiba meningkat.


Disebabkan keadaan itu, Geiger kini dilaporkan hanya berminat memilih wanita muda sebagai bakal isteri. Geiger memiliki 20 hektar tanah, beberapa traktor dan sebuah rumah tetapi masih gagal menemui cinta sejati. - Agensi



Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/20

KISAH KYAI NU MENINGGALKAN SYIRIK DAN BID'AH



(Inilah kisah selengkapnya, ditulis oleh seorang Ustadz)

Alhamdulillah (Lagi) Kyai Sufi/Tasawuf (NU) Bertaubat, Mengikuti Jalan Salaf, Meninggalkan Syirik dan Bid’ah
Beliau adalah Kiai Syamsuddin rahimahullah, pimpinan sebuah Pondok Pesantren NU di Salopa Tasikmalaya dan sekaligus anggota Syuriah NU Kecamatan Salopa Tasikmalaya. Alhamdulillah dengan hidayah-Nya beliau telah meninggalkan ajaran-ajaran SYIRIK dan BID’AH kepada TAUHID dan SUNNAH. Bagaimana ceritanya?

Berawal dari kepergian anaknya ke Arab Saudi untuk menjadi TKI sambil menuntut ilmu di Masjidil Haram Makkah. Dari situlah sang anak mengenal ajaran Islam yang sebenarnya dan manhaj Ahlus Sunnah wal Jama’ah yang hakiki dari para ulama Salafi. Sang anak sangat menginginkan agar bapaknya juga mendapatkan hidayah, sehingga dari Makkah beliau mengirim kitab-kitab Ahlus Sunnah wal Jama’ah kepada bapaknya di Tasik. Kitab-kitab yang dikirim diantaranya karya-karya Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab, Syarah Al-Bukhari, Syarah Muslim rahimahumullah dan lain-lain.

Alhamdulillah, setelah menelaah satu demi satu kitab-kitab tersebut Kiai Syamsuddin rahimahullah menemukan kebenaran, yaitu ajaran yang berlandaskan Al-Qur’an dan As-Sunnah sesuai pemahaman generasi Salaf. Kiai Syamsuddin rahimahullah juga tidak tinggal diam setelah mengetahui ajaran yang benar, beliau segera membacakan kitab-kitab tersebut kepada para murid dan masyarakat sekitar. Walaupun mendapat penentangan dari sebagian orang namun alhamdulillah banyak santri dan masyarakat yang mengikuti dakwah beliau rahimahullah.

Kini beliau rahimahullah telah meninggal dunia, kepemimpinan Pondok Pesantrennya dilanjutkan oleh anaknya. Dalam kesempatan kajian bulanan pada hari Kamis kemarin, salah seorang Ustadz dari Ma’had An-Nur Al-Atsari mendapat kesempatan untuk ikut mengisi bersama Pak Kiai. Dan dalam kesempatan tersebut Pak Kiai mengajarkan kitab MADARIJUS SALIKIN karya Al-Imam Ibnul Qoyyim rahimahullah, dan menjelaskan makna SYAHADAT MUHAMMAD RASULULLAH dari kitab TSALATSATUL USHUL karya Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah dari HAPALAN beliau:

ومعنى شهادة أن محمدا رسول الله طاعته فيما أمر وتصديقه فيما أخبر واجتناب ما عنه نهى وزجر وأن لا يعبد الله إلا بما شرع
“Dan makna syahadat Muhammad Rasulullah adalah mentaati perintah beliau, membenarkan apa yang beliau kabarkan, menjauhi apa yang beliau larang dan beliau peringatkan darinya, dan tidak boleh beribadah kepada Allah ta’ala kecuali dengan petunjuk beliau.”

Bagian akhir, “Dan tidak boleh beribadah kepada Allah ta’ala kecuali dengan petunjuk beliau (Nabi shallallahu’alaihi wa sallam)” adalah perkara yang paling sulit bagi orang-orang Sufi / Tarekat / Tasawuf / NU. Sebab mereka berpendapat bolehnya berbuat BID’AH dalam agama dengan SYARAT: Bid’ah tersebut dalam PANDANGAN mereka adalah BID’AH HASANAH (kebaikan).

Sehingga tidak berlaku bagi mereka sabda Nabi shallallahu’alaihi wa sallam, “SEMUA BID’AH ITU SESAT.” Maka ketika kesesatan telah dianggap sebagai kebaikan, sulit sekali mereka bertaubat dan meninggalkan bid’ah tersebut. Akan tetapi dengan HIDAYAH Allah jalla wa ‘ala hal itu mudah bagi Pak Kiai Syamsuddin rahimahullah. Dan hal itu beliau dapatkan setelah berusaha menelaah satu demi satu kitab-kitab para ulama Ahlus Sunnah wal Jama’ah yang dipenuhi dengan argumentasi ilmiah dari Al-Qur’an dan As-Sunnah sesuai pemahaman Salaf.

Demikianlah, berdakwah melalui sebuah buku, dengan menghadiahkan buku tersebut kepada orang-orang yang kita cintai, bisa jadi termasuk sebab mereka mendapatkan hidayah. Terlebih lagi jika didukung dengan akhlak yang baik maka insya Allah semakin mudah mereka menerima kebenaran.

Semoga dapat menjadi pelajaran. Baarokallahu fiykum.

Oleh: Ustadz Sofyan Chalid Ruray

http://faisalchoir.blogspot.com/2012/02/alhamdulillah-lagi-kyai-sufi-tasawuf-nu.html

(nahimunkar.com)

See more at: http://www.nahimunkar.com/kisah-kyai-nu-meninggalkan-syirik-dan-bidah/#sthash.p5GeUzML.dpuf

Allahuakbar

Bangkok berdarah lagi


BEBERAPA penunjuk perasaan melihat cebisan baju yang berlumuran darah selepas beberapa penyerang tidak dikenali membaling dua butir bom ke arah mereka.


BANGKOK - Satu serangan terhadap kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan di pusat bandar raya ini semalam menyebabkan 28 orang cedera sekali gus meningkatkan kebimbangan Thailand akan dilanda keganasan.
Serangan kedua dalam tempoh dua hari itu berlaku apabila beberapa penyerang tidak dikenali membaling dua butir bom sebelum melepaskan satu das tembakan terhadap sejumlah penunjuk perasaan yang berhimpun di sebuah persimpangan di sini.
Seorang ketua penunjuk perasaan, Thavorn Senniem berkata, bom itu dibaling ke arah orang ramai yang berkumpul berhampiran sebuah khemah di belakang pentas di mana beliau berada.
"Beberapa penunjuk perasaan kemudian mengejar salah seorang suspek itu tetapi mereka membaling satu lagi bom sebelum melepaskan satu das tembakan," kata Thavorn.
"Kedua-dua penyerang itu kemudiannya melarikan diri dengan menaiki dua buah motosikal," tambahnya.
Beberapa saksi memberitahu bahawa mereka melihat beberapa cebisan baju berlumuran darah dan sejumlah serpihan logam dipercayai bom tersebut di lokasi kejadian.
Seorang pegawai kesihatan pula berkata, seramai 28 orang penunjuk perasaan cedera dalam kejadian itu dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Ketika kejadian, penunjuk perasaan antikerajaan berkenaan berhimpun untuk menawan bandar raya ini bagi memaksa Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dan kerajaannya meletak jawatan.
Penunjuk perasaan tersebut dan pembangkang utama Thailand, Parti Demokrat mahu pentadbiran negara diserahkan kepada Majlis Rakyat yang dilantik.
Mereka yang disokong golongan promonarki telah menguasai beberapa persimpangan utama di sini sejak Isnin lalu.
Yingluck sebelum ini mengumumkan pilihan raya umum akan diadakan lebih awal pada 2 Februari depan sebagai usaha untuk mengurangkan ketegangan dalam negara ini.
Namun, inisiatif beliau ditolak oleh pembangkang.
Penunjuk perasaan antikerajaan itu yang diketuai oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Suthep Thaugsuban menuduh Yingluck menjadi boneka kepada abangnya iaitu bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra.
Thaksin digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera pada tahun 2006 dan kini hidup dalam buangan di luar negara. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0120&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2qsiDKd8O 
Hakcipta terpelihara