PASIR PUTEH: Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Kelantan berjaya merampas bungkusan mengandungi pil kuda bernilai RM280,000 di dalam sebuah bas ekspres ketika mengadakan sekatan jalan raya di Bukit Yong di sini, hari ini.
Komander UPP Kelantan, Mazlan Che Hamid, berkata seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan kerana disyaki memiliki pil berkenaan dalam operasi bermula jam 8.30 malam hingga 2 pagi, membabitkan seorang pegawai dan 16 anggota.
"Pil-pil itu disimpan di dalam sebuah beg pakaian yang diletakkan di ruang simpanan barang di atas tempat duduk sebuah bas ekspres dalam perjalanan dari Kota Baharu ke Kuantan," katanya ketika ditemui pemberita.
Dalam operasi sama, UPP juga berjaya merampas pelbagai barangan seperti mercun, bunga api dan pakaian berjenama tiruan bernilai kira-kira RM21,000.
Beliau berkata, operasi mencegah penyeludupan akan ditingkatkan menjelang sambutan Aidilfitri hujung bulan ini. - BERNAMA -bharian
Wednesday, August 10, 2011
Polis ambil keterangan Tony Pua berhubung semburan gas pemedih mata
KUALA LUMPUR: Polis hari ini mengambil keterangan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berhubung kejadian semburan gas pemedih mata dan meriam air di Hospital Tung Shin di sini pada perhimpunan haram 9 Julai lalu.
Pua yang tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kira-kira jam 10.45 pagi tadi berkata, beliau memberi keterangan mengenai apa yang dilihatnya pada hari kejadian.
"Saya beri keterangan di mana ketika kejadian, saya berada di Chinese Maternity Hospital bersebelahan dengan Hospital Tung Shin," katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan.
Dalam keterangannya, beliau mendakwa polis secara sengaja menyembur gas pemedih mata dan air ke arah orang ramai yang berkumpul di kawasan Hospital Tung Shin. Anggota Parlimen itu berkata, tiga individu lain yang berada bersamanya ketika kejadian juga akan diambil keterangan oleh polis. - BERNAMA -bharian

Sembilan yang dituduh beri keterangan palsu kes rasuah Norza dibebaskan
TEMERLOH: Sembilan saksi yang dituduh memberikan keterangan palsu membabitkan kes dakwaan rasuah bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohamad Norza Zakaria, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Masjitret Siti Hajar Mustaffa semasa membacakan keputusannya berkata beliau mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kesemua tertuduh.
Mereka yang dibebaskan ialah Datuk Khadri Musa, 48, Muhammad Anuar Mohd Yunus, 44, Nasaruddin Abdullah, 48, Mohd Sabri Aziz, 46, Yusof Jamaluddin, 54, Jalaluddin Johan, 48, Mohd Taupik Hussin, 41, Nor Azhar Abdul Latip, 49, dan Saiful Azman Mokhtar Affendi, 46.
Mereka didakwa memberi keterangan yang bercanggah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Temerloh Azuar Che Yusof semasa perbicaraan terhadap Mohamad Norza yang bermula dari 10 Februari 2009 hingga 13 Mei tahun lalu. Keterangan itu didakwa bercanggah dengan keterangan yang diberikan mereka kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara 20 Januari 2009 dan 23 April 2009 di pejabat SPRM Temerloh. Dakwaan terhadap kesemua tertuduh dikemukakan mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun, denda atau kedua-duanya. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM Putrajaya, Mohd Josiendra Abu Senin manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Jahaberdeen Mohamed Yunoos dan Francis Tan. Pada 17 Jun 2010, Mohamad Norza dan ejennya, Halimi Kamaruzaman dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan rasuah setelah pihak pendakwaan tidak berhasrat mengemukakan keterangan lanjut selepas saksi-saksi yang memberi keterangan sebelum itu berpaling tadah. Mohamad Norza, 43, didakwa memberi suapan RM1,500 kepada Khadri Musa menerusi Halimi untuk diagihkan kepada perwakilan sebagai dorongan supaya mengundinya memenangi jawatan Majlis Tertinggi pada Perhimpunan Agung UMNO. Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan pada jam 6.30 petang 20 Januari 2008 di No. 38, Pinggiran Tasik, Taman Bandar Temerloh, di sini. - BERNAMA -bharian

Polis anti rusuhan bertembung dengan penunjuk perasaan di Chile
SANTIAGO: Polis anti rusuhan Chile melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan meriam air untuk meleraikan penunjuk perasaan ketika demonstrasi aman membabitkan pelajar di ibu negara, Santiago.Berpuluh ribu guru, pelajar, ibu bapa dan aktivis buruh berarak di pusat bandar Santiago buat kali kelima dalam tempoh dua bulan untuk menuntut pembaharuan daripada kerajaan konservatif diketuai Presiden Sebastian Pinera.
Tunjuk perasaan secara aman dibuat apabila sekumpulan remaja mula melempar kayu dan batu ke arah polis anti rusuhan berhampiran istana Presiden La Moneda.
Sebahagian daripada belia terbabit bertindak memecahkan lampu isyarat dan tingkap serta membakar kereta.Polis berkata, kira-kira 60,000 orang berarak dalam kejadian berkenaan namun penganjur menganggarkan jumlah sebenar ialah kira-kira 150,000.- AFP ,bharian

Pengedar dadah guna gambar Winehouse untuk laris jualan dadah
RIO DE JANEIRO: Kumpulan pengedar dadah memasukkan gambar penyanyi Britain, Amy Winehouse di dalam beg berisi kokain untuk melariskan jualan.
Polis Brazil hari ini, berkata beg plastik jernih berisi kertas dan gambar penyanyi bermasalah berusia 27 tahun itu yang meninggal dunia di rumahnya di utara London pada 23 Julai lalu.<
Mendiang dikenali sebagai "Amy House."
Leftenan Kolonel Glaucio Moreira yang mengetuai serbuan di bandar Manginhos berkata, beg kokain yang berisi gambar Winehouse dijual pada harga antara 10 dan 25 real (RM18 - RM48). Sejak maklumat tersebar begitu meluas di media bahawa dia seorang pengguna dadah, pengedar dadah mengambil kesempatan untuk menjual kokain mereka," kata Moreira kepada media tempatan. - AFP bharian

Polis Brazil keluar waran tangkap terhadap pegawai pelancongan
BRASILIA: Polis Persekutuan Brazil mengeluarkan 38 waran tangkap terhadap pegawai Kementerian Pelancongan dan ketua syarikat yang disyaki menyalahgunakan dana awam.
Penyiasatan dibuat sebulan selepas penyelewengan yang sama dibongkar dalam Kementerian Pengangkutan.
"Penyiasatan polis mendapati bukti kukuh penyalahgunaan dana awam yang digunakan untuk latihan vokasional," kata polis dalam kenyataan. - AFP-bharian
UPP rampas mercun dan bunga api di pinggir Pantai Kurong Tengar, Kuala Perlis
Komander UPP Perlis, DSP Zakaria Abdul Rahman, berkata rampasan dilakukan oleh pasukan UPP kawasan Kuala Perlis jam 3.35 pagi setelah membuat intipan selama satu jam di kawasan belukar pinggir pantai itu.
Zakaria berkata, hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 13 jenis mercun dan bunga api yang dipercayai di seludup dari negara jiran melalui jalan laut untuk dijual di pasaran tempatan bersempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.
Nilai rampasan dianggarkan RM4,000 dan hasil rampasan itu akan diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Katanya, rampasan mercun dan bunga api itu adalah yang keempat dilakukan UPP sepanjang bulan Ramadan membabitkan nilai keseluruhan rampasan kira-kira RM6,000. - BERNAMA -bharian
Penjara Pengkalan Chepa siasat dakwaan pencabulan hak asasi banduan
2011/08/10
KOTA BHARU: Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, Husin Johari, berkata siasatan sedang dijalankan mengenai dakwaan kononnya berlaku pencabulan hak asasi membabitkan banduan di blok kuarantin penjara itu. Beliau berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu pejabat Jabatan Penjara mengenai dakwaan seorang bekas banduan yang ditahan di blok itu.
Semalam, bekas banduan, Ahmad Syauqey Abdul Ghani, 36, dari Wakaf Aik, Bachok, mendakwa berlaku beberapa pencabulan hak asasi terhadap beliau dan banduan lain di blok kuarantin penjara itu, antaranya keadaan di situ menghadapi kesesakan melampau.
Ahmad Syauqey, yang merupakan aktivis sosial, ditahan akibat kegagalan membayar wang jaminan setelah melakukan kesalahan menghalang tugas penjawat awam dan berkelakuan tidak senonoh di hadapan Balai Polis Bachok.
Dia ditahan di Penjara Pengkalan Chepa pada 23 Jun dan dibebaskan 5 Julai lalu setelah wang jaminan dibayar di Mahkamah Majistret Bachok.
Husin berkata, Jabatan Penjara memandang serius dakwaan Ahmad Syauqey itu kerana ia mencalar imej jabatan.
Ahmad Syauqey ketika dihubungi berkata, beliau membuat laporan itu mewakili 113 rakan banduan lain di blok kuarantin penjara itu yang tidak tahan diperlakukan sedemikian. - BERNAMA -bharian
Kanak-kanak 4 tahun hilang jari hantu akibat mercun
KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, hilang satu jari hantu tangan kirinya dan melecur di tangan apabila mercun bola yang dicucuhnya meletup di dalam tangan dalam kejadian di Kampung Telaga Mas, Rantau Panjang, semalam.
Syahir Saifullah Jefri merupakan mangsa keenam yang cedera akibat mercun bola di negeri ini bulan ini.
Ibu mangsa, Wati Ismail, 31, berkata kejadian berlaku kira-kira 1.30 tengah hari semalam ketika mangsa, anak bongsu daripada empat beradik itu sedang bermain bunga api bersama salah seorang abangnya.
Beberapa minit selepas Boy bermain bunga api, dia masuk ke rumah dan mengambil mercun bola yang disimpan abang sulungnya, Syahmi Faiq, 10, di dalam laci di ruang tamu dan membawanya keluar.
Anwar cuba menegah adiknya supaya tidak mencucuh bunga api itu tetapi Boy tidak mengendahkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, hari ini.
Beliau berkata, mangsa kemudian meletakkan bunga api yang masih menyala di atas meja lalu mengambil mercun bola dan mencucuhnya dengan bunga api, menyebabkan mercun itu meletup sebelum sempat dilemparkan.
Saya yang terdengar letupan dan jeritan Boy segera keluar sebelum melihat Boy menangis sambil memegang tangan kirinya yang dipenuhi darah lalu membawa dia ke Klinik Desa Rantau Panjang," katanya.
Wati berkata, anaknya yang hilang satu jari serta melecur di kedua-dua tangan kanan dan kiri itu kemudian dihantar ke Hospital Lati, Pasir Mas untuk rawatan lanjut sebelum dipindahkan ke HRPZ II berikutan kecederaan serius.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam HRPZ II, Zaid Ahmad berkata Syahir Saifullah merupakan mangsa keenam akibat mercun bola di negeri ini dengan kes pertama berlaku pada 1 Ogos lalu membabitkan seorang remaja berusia 20 tahun, namun dalam kes itu remaja berkenaan hanya cedera ringan. - BERNAMA -bharian
Kanak-kanak mati dikerat baru berusia 20 bulan
KUALA LUMPUR: Kanak-kanak lelaki yang ditemui mati bersama keratan mayat wanita di sebuah pangsapuri di Ampang baru-baru ini, disahkan baru berusia 20 bulan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata hasil siasatan mendapati mangsa bukan berusia antara lima hingga enam tahun seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Beliau bagaimanapun berkata, polis masih menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti identiti sebenar dan menentukan sama ada kedua-dua mangsa mempunyai pertalian darah.
"Polis juga masih dalam proses menyoal siasat lapan lelaki Bangladesh yang ditahan berhubung kes itu," katanya ketika dihubungi. Beliau berkata, polis hingga kini belum memperoleh sebarang dokumen perkahwinan dari lelaki Sabah yang mendakwa dirinya suami kepada wanita itu dan bapa kepada anak tersebut. Kita belum boleh memastikan pertalian lelaki tersebut bersama wanita itu kerana kita belum lagi melihat apa-apa dokumen tentang perkahwinan mereka," katanya. Pada 3 Ogos lalu, polis menemui keratan tubuh dan organ manusia termasuk usus dalam beberapa beg plastik serta dalam mangkuk tandas di sebuah unit di tingkat lima Pangsapuri Astaria, Taman Kosas, Ampang. Selepas siasatan awal, polis mengesahkan kesemua beg plastik itu mengandungi keratan mayat seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki yang pada mulanya dianggarkan berusia antara lima dan enam tahun. Tiga hari kemudian, lapan lelaki asing berumur antara 26 dan 38 tahun ditahan di Ampang bersama satu alat yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu. - BERNAMA -bharian

DAP pecat tiga anggota langgar disiplin parti
KUALA LUMPUR: DAP memecat tiga anggotanya kerana melanggar disiplin parti, kata pengerusi jawatankuasa disiplin, Tan Kok Wai.
Mereka ialah Puah Ju Kian (cawangan Teluk Gadong), Yap Kon Min (cawangan Serdang Baru) dan Tan Chew Wah (cawangan Kampung Baru Balakong).
"Jawatankuasa disiplin mengadakan pendengaran bagi ketiga-tiga mereka pada 5 Ogos di Ibu pejabat parti dan berpuas hati bahawa penjelasan yang diberikan tidak dapat mewajarkan tindakan mereka yang menjejaskan kepentingan parti dan semangat setiakawan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Puah dipecat kerana salah tadbir hal ehwal cawangan, Yap pula kerana berterusan dan secara terbuka membuat tuduhan fitnah terhadap pemimpin parti dan Chew Wah kerana secara berterusan dan terbuka menyerang secara peribadi pemimpin parti. Bagimanapun, mereka dibenarkan untuk merayu dalam tempoh 14 hari terhadap keputusan jawatankuasa disiplin kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti menurut klausa VII perenggan 3 Perlembagaan parti," kata Tan. - BERNAMA -bharian

Lelaki Myanmar mangsa culik ditemui mati
GEORGE TOWN: Lelaki Myanmar yang dilaporkan hilang dipercayai diculik sejak dua hari lalu, ditemui mati di kawasan berbukit, Bukit Tengah, Seberang Perai awal pagi tadi.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu yang ditemui dengan kesan kelar di leher kira-kira jam 3 pagi, adalah susulan penangkapan tiga suspek semalam.
Mangsa yang bekerja sebagai juruteknik elektrik dilaporkan hilang selepas keluar rumah untuk urusan kerja pada Isnin selepas menerima panggilan telefon kira-kira jam 2 pagi.
"Isteri mangsa sudah membuat laporan polis apabila suaminya tidak pulang ke rumah susulan panggilan telefon daripada penculik meminta wang tebusan RM30,000 yang kemudian dikurangkan kepada RM10,000," katanya kepada pemberita, di sini. Hasil maklumat awam, polis menahan tiga suspek yang membawa kepada penemuan mayat mangsa, selain lapan lagi lelaki warga Myanmar dan rakyat tempatan di sekitar Bukit Mertajam dan George Town bagi membantu siasatan, katanya. Ayob berkata kejadian dipercayai bermotifkan dendam dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA -bharian

Suresh didakwa beri keterangan palsu perbicaraan kes Sosilawati
SHAH ALAM: U Suresh, saksi pendakwaan dalam kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memberi keterangan palsu dalam prosiding perbicaraan kes itu pada Julai lalu.
Tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam Bahasa Tamil oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohamed Mokhzani Mokhtar.
Suresh, 27, pekerja ladang, didakwa memberi keterangan palsu dalam prosiding perbicaraan kes Pendakwa Raya lawan N.Pathmanabhan, T.Thilaiyalagan, R.Matan dan R.Khatavarayan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir sedangkan keterangan yang dia berikan kepada pegawai perakam, ASP Ong Seng Keong pada 26 Okt 2010 di Penjara Sungai Udang, Melaka, adalah berbeza.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 9.30 pagi hingga 12 tengah hari pada 25 dan 27 Julai lalu di Mahkamah Tinggi 8, di sini. Suresh didakwa mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azimul Azami Mohamad Nor yang mengendalikan pendakwaan berkata, isu jaminan tidak timbul memandangkan tertuduh sedang menjalani hukuman penjara 20 tahun kerana melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan itu. Peguam Avtar Singh Dhaliwal yang mewakili Suresh bagaimanapun berkata Seksyen 193 Kanun Keseksaan ialah kesalahan yang boleh dijamin dan justeru anak guamnya berhak untuk diikat jamin. Beliau berkata tambahan pula, Mahkamah Rayuan menetapkan 24 Ogos ini untuk mendengar permohonan Suresh bagi kebenaran untuk merayu terhadap penambahan tempoh hukuman penjara yang sedang dijalaninya. Dia juga kini seorang saksi dalam kes pembunuhan Sosilawati dan perbicaraan itu sedang berjalan, oleh itu jaminan perlu diberikan," katanya. Nur Azimul berkata, walaupun Seksyen 193 adalah kesalahan yang boleh dijamin tetapi tertuduh didakwa sebelum ini bagi kesalahan melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan itu. Tetapi jika tertuduh dibenar diikat jamin, pohon jaminan yang tinggi iaitu RM100,000 kerana kesalahan tertuduh mendapati 22 percanggahan dalam keterangannya di mahkamah," katanya. Itu tidak ada kaitan dengan permohonan jaminan ini. Kalau permohonan anak guam saya di Mahkamah Rayuan dibenarkan, dia akan dihadapkan semula di Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting, untuk diambil pengakuan baru dan kami berpendapat jaminan RM5,000 ke RM10,000 adalah wajar," kata Dhaliwal yang turut dibantu peguam Devinder Kaur Dhaliwal. Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd. Ghani yang turut mewakili pendakwaan menjelaskan bahawa permohonan Suresh di Mahkamah Rayuan hanya untuk kebenaran merayu terhadap hukuman dan bukan pendengaran untuk peringanan hukuman. Nur Azimul pula menambah, tertuduh memberi keterangan pada perbicaraan kes pembunuhan keempat-empat mangsa dan keterangannya boleh memberi kesan besar pada kes itu.Setelah mendengar hujahan dari kedua-dua pihak, Mohamed Mokhzani membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM20,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 3 November depan untuk sebutan semula kes. - BERNAMA -bharian

Syabu: 5 rakyat Malaysia ditahan di Australia
KUALA LUMPUR: Lima warga Malaysia, termasuk seorang daripadanya dipercayai ketua sindiket pengedaran dadah antarabangsa, ditahan di Sydney dan Melbourne selepas disyaki cuba mewujudkan rangkaian pengedaran syabu di Australia.Menurut sumber Polis Persekutuan Australia (AFP), turut dirampas syabu bernilai kira-kira RM12 juta bersama mereka, dipercayai diseludup dari Malaysia.-bharian
LIM GUAN ENG BENCI CIKGU KAFA?
بسم الله الرحمن الرحيم
LIM GUAN ENG buat hal lagi.. Perkasa cepat buat DEMO!!!!
Bonus minimum RM600 bagi k'tangan awam P Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pemberian bonus minimum RM600 untuk kakitangan awan negeri itu.
Kira-kira 7,800 kakitangan awam daripada badan berkanun, majlis tempatan dan jabatan kerajaan di Pulau Pinang, akan menerima bonus tersebut.
Lim berkata guru Kafa (al-Quran dan Fardhu Ain) pula akan dibayar minimum RM300 duit raya.
Menurutnya, jumlah tersebut adalah bersamaan dengan setengah bulan bonus bagi mereka yang berpendapatan kira-kira RM1,000 sebulan. (Mereka yang bergaji lebih, akan mendapatkan bonus yang lebih tinggi.)
Kerajaan negeri itu akan membelanjakan kira-kira RM3 juta untuk bayaran bonus, kata Lim, yang juga setiausaha agung DAP.
Ini berikutan pengumuman kerajaan persekutuan dua hari lalu bahawa kakitangan awam akan mendapat minimum RM500 'duit raya'.
"Kita bagi tambahan RM100," kata Lim dalam sidang akhbar hari ini.
"Ini sebagai penghargaan kerajaan negeri kepada kakitangan awam dan guru Kafa," katanya.MK
Note: Kah kah kah kah.. Macam ni punya perihatin seorang ketua menteri cina kepada kakitangan kerajaan yang majoritinya adalah melayu dan beragama islam.. kih kih kih kih.. Siap tambah lagi rm300 untuk guru-guru KAFA.. apa kata lim guan eng si ketua menteri cina ni? "Ini sebagai penghargaan kerajaan negeri kepada kakitangan awam dan guru Kafa,"
Note: Kah kah kah kah.. Lim Guan Eng kata ini adalah sebagai penghargaan kepada guru yang mengajar anak orang islam.. Ali rustam bagi apa pada kakitangan kerajaan di Melaka? Ali rustam beri apa pada guru-guru KAFA ? kah kah kah kah.. antara ali rustam dan lim guan eng siapa yg sebenarnya kafir? kih kih kih..
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.http://rubbertapperz.blogspot.com/

Pemuda PAS dakwa SPR sudah hilang kewibawaan
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Parti Islam Semalaysia (PAS) pusat menyifatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia sudah hilang kewibawaan dan tidak layak mengendalikan sistem pilihan raya di negara itu kerana terlalu banyak kepincangan.Ketuanya, Encik Nasrudin Hassan, dalam kenyataannya semalam berkata kepincangan dan kelemahan yang berlaku dalam sistem pengurusan pilihan raya telah menjejas nilai ketelusan dalam sesebuah negara demokrasi termasuk Malaysia.Menurutnya, pendedahan Pakatan Rakyat (PR) berhubung status penduduk tetap yang bertukar menjadi warga negara dalam tempoh yang singkat, selain turut diberikan hak mengundi, adalah satu lagi bukti kepincangan itu.'Bermula dengan pendedahan pegawai tentera yang mengaku memangkah atau mengundi bagi pihak undi pos, status pengundi yang pantas berubah daripda MyPR (pemastautin tetap) di waktu pagi kepada MyKad (warga negara) di sebelah petang pada hari yang sama.'Selain itu, senarai nama pemilih yang banyak bertindih, berdaftar pula pada satu alamat dengan puluhan atau ratusan pemilih, senarai pemilih yang tiada dalam data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tetapi ada dalam daftar pemilih SPR.Ada juga senarai pemilih yang telah meninggal dunia sejak bertahun lamanya masih tersenarai dan yang terbaru, sebuah kampung bernama Kampung Baru disenaraikan sebagai pemilih dan banyak lagi,' katanya memberi contoh. -- Agensi.cyberita
Penuntut Malaysia dibelasah, samun
IPOH 9 Ogos - Seorang penuntut Malaysia cedera dibelasah dan disamun sekumpulan remaja dalam kejadian rusuhan yang berlaku di London dan beberapa bandar di Britain.
Dalam kejadian yang berlaku di Barking, Timur London itu, Muhammad Asyraf Haziq Rossli, 20, yang patah tulang rahang dan gigi terpaksa dimasukkan ke Hospital Royal London.
Difahamkan ketika kejadian, penuntut bidang perakaunan berasal dari Ampang itu keluar bersama rakan-rakannya untuk membeli juadah berbuka puasa.
Visual Asyraf yang duduk sambil mengusap mulutnya yang berdarah dan dikelilingi lebih 10 remaja itu dimuat naik ke laman perkongsian video, YouTube hari ini di bawah tajuk 'Heartless robbery in London riots!!!!
Video itu juga sempat merakamkan aksi seorang pemuda berkulit putih yang dengan selamba membuka beg galas Asyraf dan menyamunnya lalu berlalu tanpa sesiapa pun yang menegahnya.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Kelab-Kelab UMNO United Kingdom, Dzuhair Hanafiah berkata, Asyraf kini menjalani pembedahan membetulkan tulang rahang.
Menurut Dzuhair, Barking adalah salah satu kawasan tegang dan panas dalam beberapa siri rusuhan serta kekacauan sejak tiga hari lalu di London.
Katanya, Jabatan Pelajar Malaysia (MSD) dan Kelab UMNO London kini berusaha memindahkan penuntut ke kawasan selamat.
Penuntut serta rakyat Malaysia yang terjejas dinasihatkan menghubungi MSD di UK atau Kelab UMNO UK di info@umnolondon.com atau talian +447435644040.
Selamba beli makan tengah hari
Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my
kota@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 9 Ogos – Setiap kali bulan Ramadan menjelma hinggalah bulan mulia yang penuh keberkatan itu melabuhkan tirainya, cerita tentang kaki ponteng puasa pasti kedengaran.
Pelbagai alasan diberikan oleh kaki ponteng terbabit untuk mewajarkan perbuatan mereka itu dan mereka juga sering dilihat membeli makanan secara bungkus tanpa rasa bersalah.
Tinjauan Utusan Malaysia berjaya mengesan sebuah gerai di Jalan AU3/29, Keramat di sini yang dilihat menjadi ‘lokasi terbaik’ untuk kaki ponteng puasa melayan selera.
Golongan tersebut dilihat semakin berani, tanpa segan-silu dan secara terang-terangan mengunjungi gerai nasi berlauk yang dibuka sejak pagi setiap hari itu.
Sepanjang pemerhatian selama satu jam bermula pukul 10.30 pagi semalam, gerai tersebut didatangi lebih daripada 10 lelaki yang dipercayai beragama Islam untuk membeli pelbagai makanan di situ.
Kesemua lelaki berusia awal 20 hinggalah warga emas itu dilihat membungkus makanan sebelum dibawa ke tempat yang lebih selamat seperti rumah masing-masing untuk menikmatinya.
Penulis yang kemudiannya mengunjungi gerai itu dan berpura-pura ingin membeli makanan mendapati terdapat lebih 10 jenis lauk terhidang secara terbuka di gerai tersebut.
Lebih memeranjatkan, minuman teh 0 panas yang sudah siap dibungkus turut disediakan bagi memudahkan kaki ponteng membelinya dan membawa pulang.
Salah seorang pekerja di gerai itu mendakwa gerai tersebut beroperasi pada sebelah malam pada hari biasa dan dibuka pada waktu tengah hari pada bulan Ramadan.
Ditanya tidakkah dia rasa bersalah kerana menggalakkan orang ramai ponteng puasa, pekerja berusia akhir 30-an itu mendakwa dia hanya bekerja di situ dan tidak tahu perkara-perkara lain.
Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Din berkata, sejak hari pertama berpuasa, gerai itu menjadi tumpuan kaki ponteng puasa dan keadaan itu benar-benar memalukan.
Sehubungan itu, dia meminta supaya tindakan bukan sahaja diambil kepada kaki ponteng puasa tetapi juga kepada peniaga yang membuka perniagaan dan menjual makanan sebelum waktu yang dibenarkan.-utusan
Pemuda Pas akan pertahankan akidah umat Islam - Nasrudin
Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, itulah yang telah dilakukan oleh Pemuda Pas sejak dahulu lagi malah ada di antara mereka terpaksa meringkuk di dalam penjara kerana memperjuangkan akidah umat dan menentang sebarang usaha yang cuba merosakkannya.
Justeru, beliau meminta semua umat Islam bersatu di bawah satu payung akidah bagi memastikan tiada ruang retak dan bocor yang akhirnya membolehkan musuh Islam menyelinap masuk meruntuhkan struktur kekuatan umat Islam dari dalam.
"Harga akidah umat Islam tidak boleh dibayar dengan nilai sebuah atau lebih kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN), juga tidak boleh ditebus dengan nilai jawatan bertaraf menteri atau wakil rakyat sebaliknya nilai akidah, taruhannya ialah darah dan nyawa,'' katanya di dalam blognya http://www.eperjuangan.com/.
Sementara itu di Shah Alam hari ini, Nasrudin berkata, Pemuda Pas menyatakan pendirian menyokong penuh pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya, minggu lalu.
Beliau berkata, sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab ke atas pemeliharaan akidah umat Islam, tindakan JAIS wajar dilakukan selaras dengan tugas pihak berkuasa agama tersebut memelihara kesucian Islam dan para penganutnya di negeri itu.
"Kita menegaskan bahawa tugas dan peranan JAIS dalam menjaga kesucian dan kedudukan agama Islam dan akidah umatnya adalah satu tindakan murni dan wajar disokong.
"Atas dasar itu juga maka kita harus memberi kepercayaan tanpa prejudis dalam usaha menjaga kepentingan agama Islam," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali di pejabatnya di sini.
Menurut Nasrudin, pertemuan itu diadakan bagi mendapatkan penjelasan sebenar daripada Hasan mengenai pemeriksaan JAIS ke atas satu penganjuran majlis makan malam muhibah yang turut dihadiri 12 penganut Islam di Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya pada malam 3 Ogos lalu.
Mengulas pertemuannya dengan Hasan, Nasruddin menyatakan pihaknya amat berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Exco kerajaan negeri itu mengenai isu berkenaan.
"Dalam pertemuan itu, beliau (Hasan) memberikan penjelasan mengenai beberapa perkara mengenai kes itu. Beliau juga cakap ada bukti (pesong akidah umat Islam), tetapi dalam siasatan.
"Secara keseluruhannya, kami sangat berpuas hati dengan penerangan dan penjelasan daripada beliau," ujarnya.
-utusan
MCA: Tubuh suruhanjaya bebas
Pengerusinya, Datuk Theng Book berkata, penubuhan suruhanjaya itu amat penting kerana ia melibatkan soal keagamaan dan isu sensitif di negara ini.
"Suruhanjaya itu perlu ditubuhkan dengan bebas tanpa penglibatan ahli politik sebagai anggota panel. Ini kerana kami tidak percaya dengan siasatan dan laporan yang dilakukan sendiri oleh pihak kerajaan negeri," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Turut hadir, Penasihat BPA Selangor, Datuk Lim Choon Kin; bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku, Khoo Ooi Seng dan Pegawai Penyelaras DUN Kampung Tunku, Kelvin Chong.
Theng Book berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seharusnya memberikan penjelasan dan mencari jalan penyelesaian terbaik dan bukannya berdolak-dalik.
Beliau turut mencabar pemimpin DAP Selangor supaya meletak jawatan sekiranya gagal menyelesaikan masalah itu dalam masa terdekat.-utusan
Pendakwa bantah kehadiran Anwar sewaktu temu bual
Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden ketika dihubungi media menyatakan, bantahan tersebut dibuat atas alasan kehadiran tertuduh adalah tidak relevan selain Anwar turut diwakili peguam bela.
Kira-kira pukul 12.53 tengah hari ini, peguam bela, Sankara Nair memaklumkan kepada pihak media melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah akan mendengar bantahan tersebut di kamar beliau esok pagi dengan kehadiran kedua-dua pihak.
Terdahulu, sewaktu ditemui media pada pukul 10.48 pagi, peguam tersebut memberitahu, sewaktu sedang membuat persiapan untuk menemu bual saksi-saksi terbabit, pegawai penyiasat kes tersebut, Supritendan Judy Blacious Pereira memasuki bilik temu bual dan memaklumkan mengenai perkara tersebut termasuk keengganan saksi-saksi untuk ditemu bual sekiranya Anwar berada di bilik yang sama.
Pihaknya kemudian menelefon Mohd. Yusof bagi mendapatkan kepastian dan pada ketika itu mereka turut diberitahu bahawa pihak pendakwaan akan membawa isu tersebut kepada hakim yang mendengar perbicaraan kes liwat membabitkan Anwar dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Pada ketika itu, dua orang saksi iaitu bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof telah berada di tingkat B2 kompleks mahkamah terbabit.
Sementara itu, peguam bela utama, Karpal Singh yang ternyata tidak berpuas hati dengan bantahan tersebut menyatakan, Anwar mempunyai hak untuk berada di sesi temu bual tersebut.
''Kami memerlukan beliau (Anwar) untuk berada bersama bagi membantu kami sekiranya perlukan kepastian. Sekiranya sewaktu temu bual, Anwar menyatakan bahawa saksi tersebut tidak diperlukan, maka kami boleh menghentikannya serta merta,'' kata Karpal yang turut mendakwa kehadiran tertuduh sewaktu menemu bual saksi adalah perkara biasa bagi pihaknya.
Beliau turut menegaskan kehadiran anak guamnya itu adalah diperlukan bagi setiap sesi temu bual dan sebarang temu ramah dengan saksi-saksi lain tidak boleh diteruskan selagi isu ini tidak diselesaikan.
Pada sesi yang tidak menjadi hari ini, pihak pembelaan dimaklumkan oleh Judy bahawa terdapat enam orang saksi yang telah menyatakan kesediaan untuk hadir ke mahkamah esok tetapi pegawai penyiasat terbabit tidak dimaklumkan secara terperinci siapa saksi berkenaan.
Semalam, Hakim Mohamad Zabidin membenarkan permohonan Anwar untuk menemubual saksi-saksi termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Temu bual tersebut bagaimana pun adalah tertakluk kepada persetujuan saksi-saksi sama hendak memberikan keterangan atau sebaliknya.
Anwar memohon temu bual tersebut diadakan bagi menentukan saksi mana yang akan dipanggil pada prosiding perbicaraan di peringkat bela diri yang dijadualkan berlangsung pada 15 Ogos ini.
LPK keluar surat sebelum Kabinet
Oleh NORAZLITA MOHD. SIES
pengarang@utusan.com.my
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 9 Ogos – Surat perjanjian jual beli tanah seluas 404.6 hektar di Pulau Indah, Klang antara pemilik tanah Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) dengan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) telah ditandatangani dua minggu sebelum surat rasmi Jemaah Menteri berhubung perkara itu dikeluarkan.
Bekas Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Perancangan di Kementerian Pengangkutan, Datuk Abdul Rahman Mohd. Noor, 63, berkata, Jemaah Menteri membuat keputusan berhubung pembelian tanah itu pada 6 November 2002 dan surat rasmi bertarikh 20 November 2002 dikeluarkan selepas 14 hari keputusan mesyuarat itu dikekalkan iaitu pada 2 Oktober 2002 untuk membeli tanah tersebut.
Sungguhpun begitu, menurutnya, bekas Pengurus Besar LPK, O.C. Phang telah menandatangani dokumen jual beli antara LPK dengan KDSB pada tarikh yang sama, 6 November 2002 dan ia sama dengan keputusan yang diberikan oleh Jemaah Menteri sebelum ia dibalas kembali pada keesokan harinya, 7 November tahun yang sama.
Dalam mesyuarat Kabinet pada 6 November 2002, Jemaah Menteri memutuskan pembelian tanah berdasarkan terma dan perjanjian antara LPK dengan KDSB berdasarkan harga RM25 sekaki persegi.
Abdul Rahman yang disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Tun Abd. Majid Tun Hamzah sama ada perjanjian itu dibentangkan dalam mesyuarat untuk mendapatkan kelulusan terlebih dahulu, Abdul Rahman berkata, seingat beliau, ia tidak dilakukan.
Walhal kata saksi pendakwa keempat itu yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, pembelian tanah membabitkan RM1.08 bilion itu sepatutnya mendapat kelulusan ahli Lembaga Pengarah terlebih dahulu.
Sementara itu dalam pemeriksaan balas oleh peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Liong Sik, Abdul Rahman berkata, tertuduh tidak terlibat dalam penyediaan dua dokumen iaitu nota daripada Menteri Pengangkutan berhubung pengambilan balik Tanah Pulau Indah dan nota lengkap beserta lampiran daripada menteri berkenaan.
Katanya, Liong Sik juga tidak meminda ataupun mengambil bahagian untuk menyediakan dua dokumen tersebut.
‘‘Selaku TKSU ketika itu, sekiranya berlaku sebarang kesilapan, saya bertanggungjawab untuk memberitahunya kepada Liong Sik,’’ kata Abdul Rahman.
Menurut saksi itu, sehingga bersara beliau tidak pernah menghantar memo ataupun nota kepada Liong Sik bahawa terdapat sebarang kesilapan dan menyifatkan keputusan yang dibuat oleh Jemaah Menteri tidak bertentangan dengan kedua-dua dokumen tersebut.
Abdul Rahman selain itu bersetuju dengan cadangan Kian Kheong bahawa bagi projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) memang tiada kertas Kabinet kecuali ringkasan nota daripada Menteri Pengangkutan berhubung pengambilan balik tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Hub Distribution oleh LPK.
Liong Sik dibicarakan atas satu tuduhan utama pindaan dan dua tuduhan pilihan pindaan iaitu menipu Kerajaan Malaysia dengan tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta-fakta berkaitan pembelian tanah membabitkan RM1.08 bilion.
Bekas Presiden MCA itu didakwa melakukan perbuatan tersebut antara 25 September dan 6 November 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi yang masuk hari ketujuh hari ini bersambung esok.-utusan
Mangsa tanah runtuh mahu pindah ke penempatan baru
Menurut mereka, walaupun kampung itu adalah kediaman keluarga mereka sejak turun-temurun, tempat itu sudah tidak selamat dan berbahaya untuk dihuni.
Seorang penduduk, Wahab Din, 43, yang kehilangan abang iparnya dalam tragedi itu berkata, jika boleh dia sekeluarga mahu dipindahkan ke kawasan tanah rata yang selamat diduduki.
"Saya hendak pindah sebab tanah di Sungai Ruil ada banyak cerun dan anak sungai. Selepas kejadian kelmarin, semakin banyak tanah yang rebak.
"Paling menakutkan setiap kali hujan, air akan keluar dari cerun bukit seperti ada laluan air di dalamnya," katanya ketika ditemui di Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Brinchang di sini, hari ini.
Dalam kejadian tanah runtuh di kampung itu petang kelmarin, tujuh termasuk empat wanita dan tiga lelaki maut tertimbus manakala dua cedera parah.
Ekoran itu, semua 602 penduduk daripada 129 keluarga dari perkampungan itu dipindahkan sementara ke Dewan Serbaguna SJKC Brinchang.
Seorang lagi penduduk, Talib Bah Alek, 30, memberitahu, dia kini takut untuk pulang semula ke Sungai Ruil kerana bimbang kejadian sama berulang.
"Saya masih trauma dan tidak sanggup untuk kembali tinggal di kampung itu. Kalau boleh saya hendak pindah ke kawasan berdekatan yang lebih selamat," katanya.
Ady Huzari Babukin, 21, pula berharap kerajaan dapat membantu menyediakan kawasan penempatan baru untuk penduduk di situ.
"Saya takut untuk pulang kerana hujan lebat setiap hari, takut nanti tanah runtuh lagi," katanya.
Bagi Rosnah Bah Yong, 31, pula, dia menyerahkan kepada kerajaan dan tok batin untuk membuat keputusan sama ada memindahkan atau mengekalkan mereka di kampung itu.
Sementara itu, Samsudin Bah Angah, 39, berkata, jika boleh dia mahu terus tinggal di kampung tempat lahirnya itu.
"Tempat ini bagus. Suasananya nyaman, tenang dan tiada gangguan. Saya suka tinggal di sini," katanya.
Penduduk dipindah jika ia langkah terbaik
CAMERON HIGHLANDS 9 Ogos - Kesemua penduduk Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata di sini yang berjumlah lebih 600 orang akan dipindahkan jika ia merupakan langkah yang terbaik untuk mereka.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bagaimanapun berkata, ia bergantung kepada laporan kajian struktur dan kontur tanah oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Mineral dan Geosains Pahang yang dijangka siap kira-kira dua minggu lagi.
"Kita ada dua pilihan iaitu mengekalkan penduduk di kampung tersebut jika kawasan itu didapati selamat. Namun, perlu ada pemulihan struktur tanah termasuk laluan air di cerun bukit.
"Pilihan kedua ialah memindahkan mereka ke kawasan berdekatan jika kampung mereka sudah tidak selamat untuk diduduki. Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Pahang akan mencari penyelesaian terbaik," katanya kepada pemberita semasa melawat mangsa tragedi tanah runtuh yang kini ditempatkan sementara di Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Brinchang, di sini.
Terdahulu, beliau membuat tinjauan bersama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli, Datuk Mohd. Sani Mistam ke kawasan kejadian.
Menurut Mohd. Shafie, berdasarkan pemerhatian beliau, kawasan perkampungan Sungai Ruil sudah tidak selamat untuk diduduki.
"Saya lihat tanah di situ lembut kerana tidak ada batu dan tidak banyak pokok. Kalau ada pun, cuma pokok-pokok kecil," katanya.
Mohd. Shafie memberitahu, ekoran kejadian itu, perlu ada kajian memastikan keselamatan penempatan Orang Asli di kawasan bukit di seluruh negara termasuk Pahang dan Perak.
"Namun, setakat ini, saya belum terima laporan ada kawasan penempatan Orang Asli yang kritikal (terdedah kepada bahaya)," katanya.
Mengulas cadangan Mohd. Sani supaya kerajaan menukarkan jenis kediaman sedia ada kepada pangsapuri atas faktor keselamatan, beliau memberitahu, ia antara yang sedang dibincangkan oleh kerajaan.-utusan

‘Belajar rajin-rajin, jaga adik’
Oleh ASLIZA MUSA
pengarang@utusan.com.my
pengarang@utusan.com.my
IPOH 9 Ogos – “Mak pesan belajar rajin-rajin, jaga adik baik-baik. Saya tidak sangka itu pesanan terakhirnya,” ujar Serry Priska Saari.
Serry, 15, salah seorang daripada dua penduduk yang terselamat dalam tragedi tanah runtuh di perkampungan Orang Asli, Sungai Ruil Brinchang, berkata, pesanan itu disampaikan ibunya, Sara Gunung, 37, beberapa hari sebelum kejadian yang meragut tujuh nyawa penduduk kampung termasuk ibunya.
Dalam kejadian yang turut mengorbankan neneknya, Normadiah Lasik, 69, dan ibu saudara, Norma Gunung, 51, Serry yang patah kaki kanan dan terseliuh tangan kiri itu berjaya dikeluarkan daripada tanah runtuhan bersama seorang lagi mangsa, Bah Anjang Besar Alang, 39.
Menurutnya, semasa kejadian dia sedang mandi manakala ibu dan neneknya berada di ruang tamu dan bilik tidur.
“Saya tidak sedar apa yang berlaku. Apa yang saya ingat semasa sedang mandi saya terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat dan suara menjerit meminta tolong.
“Saya cuba untuk lari tapi pandangan tiba-tiba gelap dan apabila sedar saya sudah berada di hospital,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, hari ini.
Ketika ditanya tentang kelainan sikap ibunya sebelum hari kejadian, Serry berkata, wanita itu berkeadaan seperti biasa namun sering marah-marah walaupun atas kesalahan kecil.
“Dia selalu marah-marah tetapi masih sempat berpesan untuk belajar rajin-rajin. Saya pelik tetapi hanya menganggap itu pesanan biasa dan tidak sangka ia merupakan nasihat terakhirnya untuk saya,” katanya.
Ditanya sama ada dia masih mahu pulang ke perkampungan tersebut, dengan pantas Serry menggeleng dan mengatakan tidak mahu lagi pulang ke sana.
“Saya takut dan saya tidak mahu lagi tinggal di sana. Melihat tempat itu pun saya tidak mahu.
“Mak, makcik dan nenek semua maut dalam kejadian itu dan saya masih tidak percaya mereka tiada. Saya sangat sayangkan mereka,” katanya.-utusan
Penulis blog kempen halang tutup pejabat pos AS
Steve Hutkins bukan pekerja pos tetapi mengajar kesusasteraan di Universiti New York dan tinggal di pekan kecil bernama Rhinecliff di Lembah Hudson, utara Manhattan.
Tiada penghantaran surat dilakukan ke rumah di Rhinecliff yang memiliki penduduk 685 orang, sebaliknya penduduk mengambil surat di pejabat pos setempat.
Hutkins naik berang pada April lalu apabila mengetahui pejabat pos di Rhinecliff mungkin termasuk dalam senarai untuk ditutup, di bawah rancangan yang ditujukan terhadap pejabat pos di luar bandar yang tidak mendatangkan keuntungan.
Walaupun kedudukan pejabat pos Rhinecliff masih selamat buat masa ini, Hutkins tetap melancarkan kempen untuk menyelamatkan pejabat pos di seluruh negara.
Blog Save the Post Office melaporkan penutupan, penggabungan dan penggantungan pejabat pos selain memaparkan analisis dan pandangan.
"Saya tinggal di sebuah pekan yang sangat kecil dilengkapi sebuah pejabat pos yang sangat kecil, dan matlamat saya untuk menyelamatkan semua pejabat pos seperti itu," katanya.
Beliau begitu obses dengan perjuangan untuk menyekat strategi pengecilan saiz Perkhidmatan Pos sehingga sanggup meminta cuti daripada mengajar untuk memberi fokus terhadap blognya.- Agensi, utusan
Naib Presiden AS bunuh Kennedy?
LONDON 9 Ogos - Bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS), Jacqueline Kennedy-Onassis percaya Naib Presiden AS, Lyndon B. Johnson bertanggungjawab di atas pembunuhan suaminya, menurut pita yang dirakam oleh wanita itu beberapa bulan selepas kematian Presiden John F. Kennedy, lapor akhbar Daily Mail.
Dalam pita rakaman yang bakal diterbitkan ABC News itu, Jacqueline mendedahkan beliau percaya Johnson bersama ahli-ahli perniagaan dari selatan AS telah merancang pembunuhan suaminya di Dallas, Texas pada 22 November 1963.
Bagaimanapun, laporan Daily Mail mengenai kandungan pita tersebut dinafikan oleh ABC News yang menyifatkannya 'sama sekali silap'.
"ABC News tidak akan mendedahkan sebarang kandungan pita berkenaan sehingga pertengahan September ini, yang juga amat bercanggah dengan laporan akhbar tabloid itu," jelas jurucakap ABC News dalam satu kenyataan kepada FoxNews.com.
Stesen berita itu menyatakan, pita rakaman itu bakal memperlihatkan sisi unik dan penting seorang Wanita Pertama paling berpengaruh dalam sejarah AS.
Menurut Daily Mail, Jacqueline percaya bahawa penembak suaminya, Lee Harvey Oswald yang selama ini disangka pembunuh tunggal, merupakan sebahagian daripada konspirasi melibatkan Johnson.
Kata Daily Mail, pita itu yang dirakam bersama pakar sejarah Arthur Schlesinger Jr., turut mendedahkan hubungan sulit bekas Wanita Pertama tersebut dengan aktor William Holden selepas laporan menyatakan Kennedy curang disiarkan.
Pita tersebut yang kini disimpan rapi di dalam peti besi di Perpustakaan Kennedy di Boston sepatutnya didedahkan 50 tahun selepas kematian Jacqueline pada 1994.
Bagaimanapun anak perempuannya, Caroline Kennedy dilapor bersetuju mendedahkannya lebih awal sebagai pertukaran kepada langkah ABC menggugurkan drama siri televisyen tentang keluarga mereka.
Sehingga kini, masih belum jelas bilakah pita itu akan didedahkan. - Agensi, utusan
Suspek rasuah tinggalkan anak-anak di Kuala Lumpur
Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my
saharudin.musthafa@utusan.com.my
JAKARTA 9 Ogos - Bekas bendahari Parti Demokrat, Muhammad Nazaruddin yang ditahan pihak berkuasa di Colombia, kelmarin atas dakwaan rasuah, dipercayai meninggalkan anak- anaknya di Kuala Lumpur, Malaysia.
Menurut Ketua Jabatan Perhubungan Awam Polis Indonesia, Jeneral Anton Bachrul Alam, pihak berkuasa, bagaimanapun belum dapat mengesahkan berapa ramai anak Nazaruddin yang ditinggalkannya di negara jiran itu dan siapa yang menjaga kebajikan mereka.
Isteri suspek yang turut didakwa terlibat dalam skandal rasuah berprofil tinggi itu, Neneng Sri Wahyuni pula dipercayai sering mendampingi Nazaruddin sepanjang pelariannya.
“Anak-anak Nazaruddin berada di Kuala Lumpur. Belum tahu dengan siapa dan berapa orang anaknya yang berada di sana (Kuala Lumpur). Selama melarikan diri, Nazaruddin sering didampingi isterinya,” kata Anton pada sidang media di ibu pejabat polis Indonesia, di sini hari ini.
Anton juga memberitahu bahawa Neneng tidak menggunakan pasport palsu selama menemani suaminya berpindah dari sebuah negara ke negara lain.
Berdasarkan siasatan polis, Nazaruddin dipercayai melarikan diri dari Singapura sebelum terbang ke Vietnam dan Kemboja.
Sebelum tiba Bogota, Colombia, Nazaruddin terlebih dahulu transit di Madrid, Sepanyol. - Utusan
Pekerja hotel saman Strauss-Kahn
NEW YORK 9 Ogos - Pekerja hotel yang menuduh ahli politik Perancis Dominique Strauss-Kahn cuba merogolnya, memfailkan saman sivil terhadap bekas Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) itu semalam di New York, mendakwa 'diperlakukan dengan sadis' dan menuntut bayaran ganti rugi.
Saman itu difailkan ketika pendakwa raya berbincang tentang sama ada untuk menggugurkan dakwaan serangan seksual ke atas Strauss-Kahn atau mengheret calon Presiden Perancis itu ke muka pengadilan.
Dalam dokumen mahkamah sebanyak 17 muka surat itu, Nafissatou Diallo menyatakan dia mengalami serangan seksual 'yang sadis dan ganas' ketika mengemas suit mewah ahli politik berpengaruh itu di Hotel Manhattan Sofitel pada 14 Mei lalu.
Bagaimanapun, jumlah ganti rugi yang dituntut Diallo tidak dinyatakan secara terperinci sebaliknya hanya disebut sebagai 'pembayaran ganti rugi yang akan ditetapkan semasa perbicaraan termasuk kepentingan pengadilan awal' serta lain-lain ganti rugi yang tidak disebut dengan jelas.
Saman itu mendakwa berlaku 'serangan seksual, pergelutan fizikal, hukuman penjara palsu dan sengaja mengakibatkan tekanan emosi ke atas Diallo, yang diserang secara seksual semasa cuba melakukan tugasnya sebagai pekerja hotel'.
Dokumen saman itu mendakwa Strauss-Kahn 'secara sengaja, tanpa belas kasihan dan ganas telah menyerang pekerja hotel itu dan telah mencabul, menjejaskan serta menjatuhkan maruahnya sebagai wanita'.
Menurut dokumen mahkamah itu, kejadian tersebut telah mengakibatkan tekanan emosi dan mental yang tidak mungkin pulih.
Tuntutan saman itu juga menyaksikan Diallo memohon untuk mengadakan perbicaraan di Bronx, New York.
Peguam Strauss-Kahn, William Taylor dan Benjamin Brafman dalam reaksi mereka kepada tuntutan saman itu berkata, Diallo hanya mahukan wang ahli politik Perancis tersebut.
Mereka juga akan mencabar tuntutan saman itu. - AFP, utusan

Rusuhan merebak di Britain
LONDON 9 Ogos – Kota London yang selama ini dikenali sebagai bandar raya yang aman dan selamat untuk dikunjungi kini bertukar menjadi medan rusuhan, segala-galanya berpunca daripada insiden kecil seorang lelaki maut dalam kejadian berbalas-balas tembakan dengan polis.
Gelombang keganasan dan kejadian mencuri yang sudah masuk hari ketiga di seluruh kota ini kini merebak pula ke tiga bandar raya utama lain di Britain, semalam.
Campur tangan pihak berkuasa masih gagal membendung kekacauan terburuk di negara ini sejak rusuhan kaum menyebabkan London terbakar pada 1980-an.
Sementara itu, seorang lelaki yang cedera akibat terkena tembakan semasa memandu ketika rusuhan di kota ini meninggal dunia di hospital semalam, menjadi korban pertama keganasan di London.
Lelaki berusia 26 tahun itu ditemui cedera dengan kesan tembakan lewat Isnin lalu di Croydon, di selatan London di mana perusuh bertindak membakar banyak bangunan di bandar itu, kata pegawai polis Metropolitan London.
Polis sedang melancarkan siasatan berhubung pembunuhan itu.
Di London, gerombolan pemuda mengganas masuk malam ketiga berturut-turut semalam dengan bertindak membakar bangunan, kenderaan dan tong sampah, mencuri barangan kedai dan membaling botol serta mercun ke arah anggota polis.
Polis meminta bantuan tambahan ratusan anggota dan mengambil keputusan luar biasa untuk mengerahkan kereta perisai di beberapa daerah yang paling teruk dilanda keganasan.
Namun, mereka masih mengalami kesulitan untuk membendung huru-hara yang merebak di kawasan-kawasan panas di seluruh London, di bandar-bandar raya Birmingham, Bristol dan Liverpool.
Pihak berkuasa mengakui insiden-insiden baru keganasan di kawasan utama menyebabkan mereka tidak ‘menang tangan’.
“Keganasan yang kita saksikan tidak boleh dimaafkan sama sekali kerana kehidupan orang ramai menjadi kacau-bilau disebabkan perbuatan samseng,” kata komander polis, Christine Jones.
Perkhidmatan Ambulans London merawat 16 mangsa rusuhan, 15 daripadanya terpaksa dimasukkan ke hospital, manakala polis menangkap 334 orang dan mendakwa 69 lagi atas pelbagai kesalahan.
Tidak ada satu faktor yang dilihat menyatukan perusuh, walaupun sesetengahnya mendakwa mereka menentang potongan perbelanjaan kerajaan yang akan mengurangkan bayaran faedah kebajikan dan menghapuskan puluhan ribu jawatan sektor awam sehingga akhir 2015.
Sebahagian lagi dipercayai mengambil kesempatan untuk melakukan keganasan.
Kekacauan yang merebak itu menjadi amaran bagi penganjur Sukan Olimpik 2012 tentang kemungkinan berlakunya keganasan semasa temasya tersebut yang bakal berlangsung kurang setahun dari sekarang. – Agensi, utusan
Umat Islam di Sweden berpuasa lebih 18 jam
KAHERAH 9 Ogos - Umat Islam di Sweden mengerjakan ibadat puasa bulan Ramadan lebih sukar pada tahun ini ekoran terpaksa berlapar lebih lama, menjangkau 18 jam sehari kerana musim panas di utara Eropah.
Presiden Liga Islam Sweden, Omar Mustafa berkata, ekoran isu itu, beberapa imam dan pertubuhan Islam berbeza pendapat tentang bagaimana penganut Islam di utara Eropah perlu berpuasa.
Belum ada sebarang keputusan berhubung perkara itu dicapai setakat ini, katanya.
"Ia terpulang kepada setiap individu untuk memutuskannya, tetapi itu tidak bermakna anda perlu berpuasa sepanjang hari.
"Islam memberikan umatnya banyak pilihan," kata Omar kepada akhbar Sweden, The Local.
Bermula 1 Ogos lalu, umat Islam di Eropah mula berpuasa bulan Ramadan yang jatuh pada musim panas di mana waktu siangnya lebih panjang daripada biasa.
Sebagai contoh, pada Isnin lalu di bandar Umea di utara Sweden, terbit fajar bermula pada pukul 3.47 pagi waktu tempatan dan matahari terbenam pada pukul 9.41 malam, iaitu hampir 18 jam.
Isu itu kini masih dibincangkan oleh Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (ECFR) yang melibatkan imam-imam di seluruh Eropah.
"Isu ini sebenarnya telah lama dibincangkan dan tahun ini kita mengikut pergerakan matahari, tetapi perbincangan masih dijalankan," kata Omar.
Bagaimanapun cabaran itu sedikitpun tidak menjejaskan umat Islam di negara ini untuk menjalani ibadat berpuasa, malah menurut rangkaian pasar raya Coop, jualan mereka meningkat terutamanya barangan keperluan sepanjang Ramadan ini.
"Kami mendapati jualan buah- buahan, sayur-sayuran, daging halal dan kurma meningkat," kata pegawai media Coop, Louise Stephan.
Menurut anggaran agensi separa kerajaan, terdapat kira-kira 200,000 penduduk Islam di Sweden daripada sembilan juta penduduk negara itu. - AGENSI, utusan

Salahkan projek mewah
CAMERON HIGHLANDS: Projek pembinaan rumah mewah kira-kira 100 meter dari lokasi tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli Ruil, di sini, dipercayai faktor penyumbang kepada tragedi berkenaan, Ahad lalu.
Rata-rata penduduk kampung ditemui menyalahkan projek itu yang didakwa mengancam struktur bukit di kawasan berkenaan berikutan berlaku kerja mengorek dan meratakan tebing.
Difahamkan, projek perumahan itu yang bermula tahun lalu menyebabkan kawasan kampung berkenaan kerap dilanda banjir lumpur selain laluan masuk ke kampung dikotori selut tanah merah dari tapak projek.
Masalah penduduk yang berlarutan sekian lama berakhir tragedi jam 5.45 petang Ahad lalu apabila tanah runtuh terbabit menimbus tiga rumah selain meragut nyawa tujuh penduduk.
Tok Batin Sungai Ruil, Kadir a/l Asan, 32, berkata, projek perumahan itu menyebabkan laluan masuk ke kampung dipenuhi selut lumpur selain bertukar sungai setiap kali hujan lebat.
Menurutnya, keadaan laluan yang dipenuhi banjir lumpur itu mengakibatkan kenderaan ambulans yang dipanggil untuk membawa dua mangsa yang cedera dalam kejadian tanah runtuh itu gagal sampai ke kampungnya. “Ambulans sampai ke tempat kejadian jam 5.50 petang Ahad lalu, namun penduduk terpaksa membawa mangsa menggunakan alat pengusung untuk dibawa ke ambulans,” katanya.lumpur.-hmetro

Pos buku guna kurier
KANGAR: Pengikut tegar Syiah di negara ini difahamkan mula menukar taktik menyebarkan fahaman berkenaan dengan mengeluarkan buku sebelum diposkan secara percuma kepada orang ramai, terutama kepada golongan kenamaan dan ahli politik.
Setakat ini, lima buku fahaman Syiah dikesan disebar secara meluas kepada golongan kenamaan majoriti ahli politik dan tokoh agama seluruh negara, termasuk di Perlis.
Semua buku berkenaan dikatakan dipos menggunakan khidmat kurier dari satu destinasi menggunakan nama Markas Syiah Johor, sekali gus membuktikan fahaman terbabit yang diwartakan sebagai ajaran sesat di beberapa negeri sekitar negara ini masih wujud.
Sumber Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs), berkata buku berkenaan yang cenderung menyokong fahaman Syiah sudah lama disebarkan secara meluas melalui pos ke serata destinasi di seluruh negara.
Bagaimanapun, katanya sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil menanganinya walaupun alamat pengirim buku terbabit jelas tertera pada sampul surat digunakan.
Sumber itu berkata, selain golongan pemimpin politik termasuk Menteri Besar, buku terbabit juga diedar kepada mufti dan imam, dipercayai bertujuan memperluaskan lagi pengaruh fahaman Syiah di negara ini. “Antara judul buku terbabit termasuk ‘Benarkah Salafi Wahab Pemusnah Islam & Pembunuh Umatnya?, Meniti Titian Kebenaran, Dialog Sunnah Syiah dan Inilah...Al-Khulafa Ar-Rasyidin Rasul!! yang isi kandungannya jelas menunjukkan kecenderungan kepada fahaman terbabit,” katanya.
Kelmarin Pengerusi Biro Agama Arau, Dr Ammar Hassan, melahirkan kebimbangan terhadap penyebaran buku fahaman Syiah terbabit kepada umat Islam di Perlis.-hmetro

Perkasa mahu polis buat siasatan
PETALING JAYA: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu polis membuat siasatan terhadap sebuah gereja di Petaling Jaya, di sini yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 3 Ogos lalu, kerana percaya terdapat unsur-unsur cubaan memurtadkan golongan Islam yang dijemput pada majlis makan malam berkenaan.
Yang di-Pertua Perkasa Negeri Selangor, Abdullah Mansor yang tampil membuat laporan polis bersama lebih 20 anggota Perkasa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini semalam mendakwa, program berkenaan mempunyai agenda halus untuk mengembangkan agama Kristian.
Menurutnya, tindakan gereja berkenaan membekalkan kitab Injil (Bible) dalam Bahasa Melayu kepada tetamu Islam yang hadir amat bercanggah dengan perlembagaan negara.
“Walaupun kebebasan beragama adalah amalan negara ini, namun percubaan halus memurtadkan orang Islam mesti dihalang kerana ia salah di sisi undang-undang. “Perkasa negeri Selangor menggesa pihak polis dan pihak yang bertanggungjawab supaya menyiasat perkara ini dengan terperinci kerana ia amat sensitif dan boleh mengancam ketenteraman awam,” katanya.
Menurut Abdullah, Jais berhak untuk menggeledah atau menyerbu mana-mana tempat apabila mendapat maklumat sah berlaku perkara-perkara yang tidak selaras dengan Enakmen Jenayah Syariah Selangor.
“Laporan polis ini dibuat supaya siasatan dan tindakan undang-undang dapat diambil terhadap golongan bukan Islam yang menganjurkan majlis berkenaan mengikut Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam 1988). “Selain itu, kami juga menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat berkenaan kemasukan Kitab Injil Bahasa Melayu ke Semenanjung Malaysia sedangkan kitab berkenaan hanya untuk pengedaran di negeri Sarawak,” katanya-hmetro

Anti-Tsu Koon makin memuncak
Prestasi kurang memuaskan punca ditolak
BUTTERWORTH: Presiden GERAKAN, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, dianggap sebagai liabiliti kepada Barisan Nasional (BN) untuk merampas semula Pulau Pinang berikutan sentimen tidak berpuas hati terhadapnya semakin memuncak di kalangan rakyat negeri ini.
Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng, berkata sentimen ‘anti’ terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dilihat semakin menebal di kalangan rakyat ketika kini yang menyebabkan mereka tidak mempunyai alternatif, selain memilih pakatan pembangkang untuk terus memerintah negeri ini.
Bekas Naib Ketua Pemuda GERAKAN itu yang keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) tahun lalu, berkata rakyat negeri ini tidak menolak BN, tetapi terpaksa mengundi pakatan pembangkang seperti pada Pilihan Raya Umum 2008 hanya kerana tidak sukakan Tsu Koon sebagai tanda protes.
“Malah, wakil rakyat BN yang lebih bagus prestasinya jika dibandingkan dengan wakil rakyat pakatan pembangkang, terutama daripada DAP turut ‘terkorban’ pada pilihan raya itu hanya kerana sentimen ‘anti-Tsu Koon’...cukup sayang mereka ini yang tidak lagi boleh memberi khidmat secara berkesan.
“BN seolah-olah tidak pernah belajar daripada kesilapannya apabila melantik Tsu Koon sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan terus mengetuai BN Pulau Pinang tanpa asas kukuh menyebabkan rakyat terutama pengundi semakin marah,” kata Tee Beng yang menjadi wakil rakyat tunggal Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) di Parlimen, ketika dihubungi.
Ahad lalu, seorang kolumnis akhbar berbahasa Inggeris menulis wujud gelombang ‘anti-Tsu Koon’ di Pulau Pinang dan turut memetik kenyataan Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang, Tan Sri Tan Kok Pin, bahawa bekas Ketua Menteri itu kini takut kembali ke negeri ini walaupun memegang jawatan itu selama 18 tahun.
Kok Pin turut melahirkan rasa kecewa dengan prestasi kurang memuaskan Tsu Koon selama menjadi Ketua Menteri.
Pada pilihan raya umum lalu, BN Pulau Pinang diketuai Tsu Koon hanya memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menerusi UMNO berbanding pakatan pembangkang dengan 29 kerusi.
Sementara itu, bekas Naib Presiden GERAKAN, Huan Cheng Guan, turut bersependapat dengan Tee Beng bahawa Tsu Koon sepatutnya berundur kerana jelas beliau tidak disukai dan bukannya terdiri dalam kategori ‘calon boleh menang’ seperti sering dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. -bharian
BUTTERWORTH: Presiden GERAKAN, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, dianggap sebagai liabiliti kepada Barisan Nasional (BN) untuk merampas semula Pulau Pinang berikutan sentimen tidak berpuas hati terhadapnya semakin memuncak di kalangan rakyat negeri ini.
Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng, berkata sentimen ‘anti’ terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dilihat semakin menebal di kalangan rakyat ketika kini yang menyebabkan mereka tidak mempunyai alternatif, selain memilih pakatan pembangkang untuk terus memerintah negeri ini.
“Malah, wakil rakyat BN yang lebih bagus prestasinya jika dibandingkan dengan wakil rakyat pakatan pembangkang, terutama daripada DAP turut ‘terkorban’ pada pilihan raya itu hanya kerana sentimen ‘anti-Tsu Koon’...cukup sayang mereka ini yang tidak lagi boleh memberi khidmat secara berkesan.
“BN seolah-olah tidak pernah belajar daripada kesilapannya apabila melantik Tsu Koon sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan terus mengetuai BN Pulau Pinang tanpa asas kukuh menyebabkan rakyat terutama pengundi semakin marah,” kata Tee Beng yang menjadi wakil rakyat tunggal Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) di Parlimen, ketika dihubungi.
Ahad lalu, seorang kolumnis akhbar berbahasa Inggeris menulis wujud gelombang ‘anti-Tsu Koon’ di Pulau Pinang dan turut memetik kenyataan Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang, Tan Sri Tan Kok Pin, bahawa bekas Ketua Menteri itu kini takut kembali ke negeri ini walaupun memegang jawatan itu selama 18 tahun.
Kok Pin turut melahirkan rasa kecewa dengan prestasi kurang memuaskan Tsu Koon selama menjadi Ketua Menteri.
Pada pilihan raya umum lalu, BN Pulau Pinang diketuai Tsu Koon hanya memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menerusi UMNO berbanding pakatan pembangkang dengan 29 kerusi.
Sementara itu, bekas Naib Presiden GERAKAN, Huan Cheng Guan, turut bersependapat dengan Tee Beng bahawa Tsu Koon sepatutnya berundur kerana jelas beliau tidak disukai dan bukannya terdiri dalam kategori ‘calon boleh menang’ seperti sering dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. -bharian
JAIS mohon waran tangkap 12
Gagal hadir bantu siasatan dakwaan gereja sebar agama terhadap orang Islam
SHAH ALAM: Seramai 12 individu beragama Islam yang hadir pada satu majlis di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya, yang sepatutnya memberi keterangan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini, semalam gagal berbuat demikian walaupun pihak berkuasa agama itu sudah menyerahkan surat dan menelefon mereka untuk memberi kerjasama.Sehubungan itu, Penolong Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JAIS, Sharom Maarof, berkata pihaknya akan mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka dalam tempoh terdekat ini. Beliau berkata, tindakan itu diambil selepas mereka enggan memberikan kerjasama walaupun pihaknya sudah menyerahkan surat termasuk menelefon untuk hadir.
“JAIS akan memohon waran tangkap dalam tempoh 24 jam daripada Mahkamah Syariah selepas surat dikeluarkan hari ini (semalam). Sepatutnya mereka hadir membantu siasatan, tetapi seorang pun tiada.Kita tetap beri masa kepada mereka dan mereka boleh hubungi JAIS pada bila-bila masa untuk hadir, tetapi tidak berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.Baru-baru ini, JAIS menyerbu DUMC di Petaling Jaya selepas mendapat maklumat orang Islam menghadiri majlis di gereja berkenaan.Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 9 malam, seseorang sedang mengadakan pengucapan awam yang diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut Islam.Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal-Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, berkata anggota penguat kuasa JAIS bersama polis menjalankan pemeriksaan di premis itu dihalang penganjur.Mengulas lanjut, Sharom berkata, pihaknya difahamkan semua mereka dinasihatkan oleh peguam masing-masing untuk tidak hadir membantu siasatan JAIS berhubung perkara terbabit.Sementara itu, Pengarah JAIS, Marzuki Hussin melalui satu SMS yang dihantar kepada pemberita meminta semua pihak bertenang mengenai isu terbabit.JAIS meminta semua pihak bertenang berhubung dengan pemeriksaan ke atas DUMC sehingga kertas siasatan selesai. Buat masa ini pihak JAIS masih dalam siasatan berhubung kes itu,” katanya.Di KOTA BHARU, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar, berkata parti itu tidak harus dikaitkan dengan tindakan JAIS memeriksa DUMC, kerana tindakan itu mengikut peruntukan undang-undang.Katanya, sekiranya JAIS tidak mengikut undang-undang, pihak gereja terbabit sudah tentu boleh mengambil tindakan dengan menyaman agensi berkenaan.Bagi pandangan saya, JAIS sudah tentu bertindak mengikut undang-undang, kalau tidak sudah tentu boleh disaman kerana menceroboh dan semua pihak perlu faham agensi terbabit cuba menyelesaikan masalah,” katanya selepas menyampaikan Bantuan Wang Ihsan Banjir 2010 kepada Petani Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu, di sini semalam.Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan mengingatkan semua pihak supaya menghormati Islam sebagai agama rasmi dan tidak menjalankan aktiviti yang boleh menggugat akidah umat Islam.Beliau berkata, pihaknya juga berpuas hati dengan penjelasan diberikan oleh Hasan berhubung tindakan JAIS.Beliau (Hasan) cakap ada bukti kukuh tapi saya tidak tengok bukti itu sebab ia masih dalam siasatan,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Hasan berhubung serbuan gereja itu, di sini. -bharian

Kes pembunuhan Sosilawati Lawiya: Lawat lokasi penemuan bukti
TILAIYALAGAN (kanan) dan Matan diiringi anggota polis ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam. |
Hakim benar permohonan untuk ke kawasan belum dikunjungi
SHAH ALAM: Hakim Datuk Akhtar Tahir, pasukan pendakwaan, pembelaan dan semua tertuduh akan melawat lokasi penemuan bukti dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya di Banting dan Subang Jaya, hari ini.
Akhtar membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusof untuk mengadakan lawatan kedua ke kawasan yang sebelum ini tidak dilawati di Banting ketika lawatan pertama pada 13 Julai lalu.
Mereka juga akan melawat dua lokasi di Subang Jaya iaitu tempat dua kereta BMW milik Sosilawati dan peguamnya, Ahmad Kamil Abd Karim, ditemui.
Terdahulu, sebelum perbicaraan bermula, peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili tertuduh pertama, N Pathmanabhan memohon supaya prosiding bicara dalam bicara (TWT) yang sepatutnya bersambung semalam, ditangguhkan kerana anak guamnya dan tertuduh keempat, R Khatavarayan tidak dapat hadir kerana tidak sihat.
Gurbachan Singh yang mewakili tertuduh kedua, T Thilaiyalagan juga memohon supaya TWT ditangguhkan ke Khamis ini kerana pembelaan mahu mengeluarkan sapina terhadap beberapa saksi.
Akhtar kemudian membenarkan permohonan itu dan mengarahkan saksi pendakwaan dalam perbicaraan utama dipanggil memberi keterangan.
Dua saksi yang memberi keterangan semalam ialah anggota forensik, Lans Koperal Salmi Putit dan Sarjan Mohamed Dahlan Rasee.
Mohamed yang memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan ke-36, memberitahu mahkamah beliau membuat lakaran kasar di parit Jalan Gelanggang Buaya di Kampung Kelanang pada petang 14 September 2010.
Katanya, beliau dan pegawainya, Pegawai Turus D10 Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Deputi Superintendan (DSP) Sheikh Zainal Abidin Sheikh Omar serta anggota lain tiba di lokasi itu kira-kira jam 5.45 petang.
“Apabila sampai, saya nampak ada tiga penyelam daripada Pasukan Gerakan Marin di dalam parit, manakala Sheikh Zainal Abidin menemui pegawai penyiasat, Cif Inspektor N Govindan.
“Selepas berjumpa Govindan, DSP Sheikh datang kepada kami dan arahkan saya lukis gambarajah kasar,” katanya menjawab Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin.
Ditanya peguam bela, Amer Hamzah Arshad, Mohamed bersetuju tindakan penyelam dan Govindan yang memulakan pencarian dalam parit itu adalah bertentangan dengan prosedur siasatan tempat kejadian.
Beliau yang sudah 32 tahun bertugas sebagai anggota polis, bersetuju cadangan Amer Hamzah bahawa anggota polis dari pasukan lain perlu menunggu sehingga pasukan forensik tiba di lokasi tempat kejadian.
Mohamed juga memberitahu mahkamah beliau tidak terbabit dalam proses membalut kepingan zink yang dijumpai di situ.
Ketika disoal semula, Mohamed berkata, ketika sampai, beliau melukis gambarajah kasar kawasan itu dan ketika sedang melukis, beliau nampak anggota penyelam mengeluarkan kepingan zink dari parit dan beliau terus melukis gambar zink dalam lakarannya.
Salmi, 35, pula memberitahu mahkamah beliau melukis gambarajah kasar tempat letak kereta di Jalan SS12/1B, Subang Jaya, berhadapan dengan Hotel Grand Dorsett, tempat kereta BMW bernombor pendaftaran AAJ5 milik Ahmad Kamil ditemui.
Perbicaraan bersambung hari ini.
Penduduk masih guna perigi
Penghuni empat kampung kesal AKSB tidak layan permohonan
RANTAU PANJANG: Biarpun negara bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-54 penghujung bulan ini, namun empat kampung di Mukim Baroh Pial, di sini, masih tidak mempunyai bekalan air bersih.Penduduk di Kampung Atas Tandak, Kampung Baru (Kubur), Kampung Bendang Ikan dan Kampung Baroh Pial masih tidak menikmati bekalan air bersih dan masih mengharapkan air perigi. Adakalanya air perigi di kawasan itu keruh, berkelodak dan warnanya seperti ‘teh o’ dan hitam pekat.
Sesiapa yang melihatnya pasti tidak tergamak untuk meminumnya, tetapi itulah nasib terpaksa ditanggung kira-kira 312 keluarga membabitkan 1,520 penduduk di sini sejak sekian lama.Tinjauan Berita Harian di Kampung Baroh Pial mendapati sebahagian penduduk kampung terpaksa menggunakan alat penapis air berharga sekitar RM1,800 seunit bagi menjernihkan air untuk kegunaan harian.Penduduk, Siti Mariam Ismail, 42, berkata mereka tiada pilihan selain mengeluarkan perbelanjaan tinggi bagi menampung kos mendapatkan air lebih bersih untuk memasak, membasuh pakaian dan sebagainya.Saya membeli penapis air secara ansuran dan bukan itu saja, penapis berkenaan perlu dicuci setiap tiga hari bagi mengelakkan air menjadi hitam,” katanya yang bekerja sebagai penoreh getah.Sementara itu, Mat Hussin Kechik, 61, dari Kampung Atas Tandak pula menyifatkan masalah air di kawasan mereka sudah terlalu lama dan seperti tiada penghujungnya.Setiap rumah masih ada perigi, jika musim kemarau pandai-pandai sendirilah untuk cari sumber air,” katanya.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Baroh Pial, Maidin Dollah pula berkata, beliau sudah membuat bayaran deposit secara berkelompok kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) pada 27 Mei tahun lalu dan sehingga kini masih belum mendapat bekalan air bersih.Saya menghantar 28 permohonan dengan bayaran deposit sebanyak RM52 setiap seorang tetapi penduduk masih lagi menggunakan air perigi sehingga kini,” katanya.Sementara itu, Eksekutif Hal Ehwal Pelanggan AKSB, Hazwan Hassan ketika dihubungi memaklumkan pihaknya akan menyiasat perkara berkenaan. -bharian

Subscribe to:
Posts (Atom)