Wednesday, September 4, 2013

Pelakon fail notis terhadap bapa

Wan Nor Azlin
Wan Nor Azlin

SHAH ALAM - Pelakon terkenal, Wan Nor Azlin Wan Mohd Hussin memfailkan notis tunjuk sebab terhadap bapanya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini, supaya memberi alasan mengapa tidak boleh dipenjarakan berhubung isu penjualan rumah di Taman Keramat.

Dalam prosiding di hadapan Hakim Mohamed Fouzi Mokhtar, peguam, Mahyuddin Md Zahari yang mewakili Wan Nor Azlin, 45, memaklumkan pihaknya telah menyerahkan notis kepada defendan, Wan Mohd Hussin Wan Ibrahim pada Ahad lalu.

Peguam Roshdan Sujak Rafie yang mewakili Wan Mohd Hussin, 76, kemudian mengesahkan kata-kata Mahyuddin.

Beliau bagaimanapun memohon satu tempoh masa untuk meneliti kes tersebut kerana baru dilantik.

Sehubungan itu, Mohamed Fouzi berkata, bagi melancarkan perjalanan kes, beliau mengarahkan defendan untuk membuat afidavit pembelaan sebelum kes disebut semula pada 11 September depan.

Wan Nor Azlin ketika ditemui media sejurus prosiding enggan melayani pertanyaan lanjut berhubung notis yang difailkan.

Sementara itu Roshdan pula berkata, perintah komital yang difailkan plaintif adalah berhubung isu penjualan rumah milik defendan di Taman Keramat.

Pada 31 Mei lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan permohonan Wan Nor Azlin untuk mengetepikan saman bapanya yang mahu mendapatkan perintah supaya pelakon itu keluar dari rumah berkenaan.

Wan Mohd Hussin dalam writ saman yang difailkan pada 5 Februari lalu mendakwa, dia ingin menjual rumah yang mereka duduki bersama di Taman Keramat dan mahu defendan keluar dari rumah.

Namun defendan enggan berbuat demikian kerana ada kepentingan selepas memasang kabinet dapur dan almari pakaian walaupun ia dibuat atas kehendak defendan sendiri.

Harga petrol RON97 naik 15 sen seliter

Harga minyakSHAH ALAM - Selang beberapa hari harga petrol RON 95 dan diesel diumumkan, esok bermula kenaikan secara menyeluruh untuk harga bahan api apabila RON97 turut dinaikan sebanyak 15 sen seliter.

Perkara itu disahkan oleh Presiden Persatuan Pengusaha Petroleum Perak, Lee Chee Seng yang dihubungi satu portal berita hari ini.

Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara naik 15 sen seliter kepada RM2.85 seliter berbanding RM2.70 seliter berkuat kuasa malam ini.

Kenaikan itu lebih rendah berbanding peningkatan 20 sen untuk harga diesel dan petrol RON95 yang diumumkan kerajaan semalam.

Harga pasaran RON97 pada kebiasaannya ditentukan secara 'apungan terurus' yang melibatkan perubahan mengikut faktor pasaran dan tidak melibatkan subsidi kerajaan.

Kerajaan menetapkan subsidi sebanyak 63 sen seliter untuk RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Ini merupakan peningkatan harga pertama untuk petrol RON97 selepas harga runcitnya meningkat 20 sen pada Mac lalu.

Harga runcit berkenaan turun 20 sen selepas pilihan raya 5 Mei.

Harga RON97 mencatat paras tertinggi RM3 seliter pada September 2012.

Sementara itu, Pengarah Penguatkuasa Bahagian Penguatkuasa KPDNKK, Mohd Roslan Mahayudin mengesahkan kenaikan harga bahan api itu ketika dihubungi wartawan Sinar Harian.

Harga minyak naik demi kepentingan kewangan negara: Taib


KUCHING: Keputusan kerajaan menaikkan harga minyak petrol dan diesel dibuat demi kepentingan kedudukan kewangan negara, kata Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata, keputusan yang dibuat Perdana Menteri itu juga adalah keutamaan tepat untuk mengelakkan masalah kepada kedudukan kewangan negara.
"Kerajaan tidak mempunyai pilihan, daripada kita menghadapi masalah kedudukan kewangan lebih besar, lebih elok kita turunkan subsidi sikit.

"Ini mungkin akan jadi bebanan sikit kepada rakyat, tetapi kalau kedudukan kewangan (negara) keseluruhan terjejas, ia akan merosakkan seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak di bangunan lama Dewan Undangan Negeri (DUN), Petra Jaya, hari ini.

Abdul Taib berkata demikian ketika diminta mengulas langkah kerajaan menaikkan harga minyak RON 95 and diesel naik 20 sen mulai 3 September.

- BERNAMA

Saman kekasih RM600,000

Foto
SAAT bahagia Ervin bersama teman wanita dan anak.
Kuala Lumpur: Berasa diri dipergunakan teman wanita yang didakwa hanya mahu mendapatkan sperma berkualiti tinggi daripadanya, seorang lelaki Bosnia memfailkan saman ganti rugi RM600,000 terhadap kekasihnya itu.
Menerusi saman yang difailkan di Mahkamah Sesyen di sini, Jumaat lalu, plaintif, Ervin Ahbabovic, 41, turut mendakwa dia berasa tertekan selepas dihalau keluar dari rumah oleh teman wanitanya itu. 
Dalam penyata tuntutannya, Ervin mendakwa dia dipergunakan defendan bagi memperoleh cahaya mata lebih baik berbanding sperma warga tempatan atas persepsi genetik orang Eropah mempunyai kualiti tiada tandingan, juga dipandang hebat.

Ervin yang bekerja sebagai pengarah komersial di syarikat tempatan memfailkan saman itu dengan menamakan teman wanita yang berusia 29 tahun itu sebagai defendan menerusi Tetuan The Law Chambers of Mohamad Fauzi.


Ervin yang memegang status penduduk tetap menjalinkan hubungan dengan wanita warga tempatan itu pada 2008 dan hasil hubungan itu mereka mempunyai seorang anak.

Plaintif mendakwa dia tinggal bersama defendan dan hasil perhubungan itu mereka mempunyai seorang anak berusia empat tahun serta berhasrat mahu mengahwini wanita berbangsa Cina itu.

Bagaimanapun Ervin mendakwa, selepas teman wanitanya melahirkan anak, mereka kerap bergaduh selain mula menyedari wanita itu mempunyai keinginan seksual tinggi serta melakukan hubungan kelamin enam kali sehari dengan durasi setiap sesi selama satu jam.

Ervin mendakwa, perilaku defendan juga berubah di mana wanita itu bersifat cemburu buta, kegelisahan, menjadi ganas sehingga mencederakan dengan menikam lengan kirinya, selain mengugut untuk membunuh diri jika keperluan seksnya tidak dipenuhi.

Oleh kerana tidak berpuas hati dengan keadaan yang dilaluinya, Ervin bertindak menyuarakan bantahan kepada defendan. Bagaimanapun dia mendakwa akibat tindakan itu dia dihina, dicerca, diherdik selain dipukul dan dihalau serta-merta dari rumah yang diduduki mereka.

Menurut plaintif, dia mendapat ihsan dan bantuan sementara daripada rakannya selepas semua wang simpanannya disimpan defendan dan ketika tinggal bersama, dia mendakwa tidak pernah gagal memberi wang perbelanjaan bulanan sebanyak RM5,000.

Bebas dengan jaminan


KUALA LUMPUR: Datuk A Samad Said, Hishamuddin Rais dan Adam Adli Abdul Halim dibebas dengan jaminan polis selepas mereka ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden mengibar bendera alternatif pada malam ambang hari kemerdekaan, Jumaat lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata ketiga-tiga mereka
dibebaskan beberapa jam selepas keterangan mereka diambil.


"Mereka disiasat mengikut Seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen
505(b) Kanun Keseksaan kerana membabitkan kenyataan yang mendatangkan

khianat awam," katanya selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Pengurusan Kuala Lumpur.

A Samad ditahan kira-kira 12.25 pagi tadi manakala Hishamuddin dan
Adam Adli, Isnin lalu.

Harga RON97 naik 15sen seliter mulai tengah malam ini


KUALA LUMPUR: Harga RON97 dinaikkan 15 sen kepada RM2.85 seliter mulai tengah malam ini.

Presiden Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia (PDAM) Datuk Hashim Othman mengesahkan kenaikan harga itu dalam temu bual hari ini.
Beliau berkata harga RON97 perlu diselaraskan berikutan kenaikan harga minyak dunia, selain ringgit yang susut nilai berbanding dolar Amerika Syarikat (US).

RON97 tidak disubsidi oleh kerajaan dan harga ditentukan oleh apungan terurus berdasarkan kuasa pasaran.


Harga minyak dunia meningkat dengan minyak mentah Brent meningkat kepada US115.56 setong berikutan kebimbangan terhadap ancaman oleh Amerika Syarikat untuk menyerang Syria yang akan menjejaskan bekalan minyak Timur Tengah. - BERNAMA

Nyatakan sokongan anda dengan sama-sama menjayakan Konsert Pray 4,

Prihatin Mesir | Sebarkan 

Saudara seakidah kita semakin ditindas oleh mereka yang tiada hati dan perasaan.Hak mereka dicabuli, kehidupan mereka direntap rakus, mana mungkin kita hanya mampu berpeluk tubuh berdiam diri.

Nyatakan sokongan anda dengan sama-sama menjayakan Konsert Pray 4, pada 

7 September 2013 | 1 Zulkaedah 1434h
Sabtu | 6.00 PM - 12.00 AM
Kompleks Sukan Seksyen 15 Bandar Baru Bangi

Pelbagai pengisian daripada selebriti dakwah tanah air ditampilkan..

Jangan lepaskan peluang untuk membukti kebersamaan kita bersama saudara seagama kita yang terus ditindas dan dizalimi..

Tentatif :
6.00 Pm : Persembahan Rabbani
7.00 Pm : Zikir Munajat Imam Muda & Artis
7.30 Pm : Solat Hajat
7.45 Pm : Mini Forum
Ustaz Zamri Mantop
Ustaz Syed Abdul Kadir
Amin Idris (Moderator)
8.45 Pm : Sketsa.
Konsert
Slot Ikimfm,
Tayangan Video
11.30 Pm : Doa Qunut Nazilah & Doa Wehdah

Rabbani | Hijjaz | UNIC | Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre | Ustaz Nazmi Karim | Ustaz Zamri Mantop | Imam-Imam Muda | Akhil Hayy | Hafiz Hamidun | Saujana | Mestica | Fareast | Fine | Saffone | Mu’adz | Hufaz | Seedrain | R-If | Akhdan |Ammar Hamdan | Nizam Laksamana | Alfarabi Band | Perimeter Breach | Yatt Hamzah | Heliza Helmi | Salima Habibi | Diana Amir | Abon | Ali Mamak |Amin Idris | Yassin Senario | Aris Ariwatan | Sham Kamikaze | Mel Wings | Dj-Dj Ikim dan ramai lagi selebriti tanah air..

Sila bawa Sejadah dan sumbangan untuk Prihatin Mesir

Dibawakan Oleh Ikimfm Sebagai Penyiar Rasmi

FB : Prihatin Mesir

Jangan lupa datang beramai-ramai Konsert Pray 4,

Prihatin Mesir I Sebarkan bersama

Umat Islam terus dizalimi dan ditindas tanpa sekelumit ihsan. Jangan hanya menjadi pemerhati namun bertindak atas kemauan diri. Zahirkan prihatin kita terhadap apa yang berlaku kepada saudara kita. 

Jangan lupa datang beramai-ramai Konsert Pray 4, Sabtu ini dengan pelbagai pengisian dan persembahan bagi mengumpul sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Bertempat di Kompleks Sukan Seksyen 15, Bandar Baru Bangi..

Masjid dituduh pusat pengganas

Masjid dituduh pusat pengganasBuku ‘Enemies Within: Inside the NYPD’s Secret Spying Unit and Bin Laden’s Final Plot Against America’ oleh Matt Apuzzo and Adam Goldman. New York: Jabatan Polis New York (NYPD) melabel semua masjid sebagai pusat pengganas, dedah sebuah buku baru bertajuk Enemies Within: Inside the NYPD's Secret Spying Unit and bin Laden's Final Plot Against America.

Buku itu hasil nukilan wartawan AP, Matt Apuzzo dan Adam Goldman berdasarkan beratus-ratus fail polis yang tidak didedahkan kepada umum.
Mereka juga merujuk kepada selain wawancara dengan pegawai dan bekas pegawai NYPD, Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan pegawai Biro Siasatan Persekutuan (FBI).


Keputusan melabel masjid itu juga membenarkan polis menggunakan pemberi maklumat untuk merekodkan khutbah dan mengintip imam meskipun tahu tiada bukti.

Oleh kerana itu sesiapa yang masuk ke masjid berkenaan akan segera menjadi suspek.

Sejak 9/11, NYPD membuka sekurang-kurangnya sedozen siasatan ke atas masjid, menurut wawancara dan dokuman rahsia polis.

Siasatan itu biasanya mengambil masa bertahun-tahun bagi membolehkan pengawasan berjalan meskipun NYPD tidak pernah mendakwa mana-mana jawatankuasa masjid atau pertubuhan Islam sebagai menggerakkan aktiviti keganasan.
Strategi diguna

Antara strategi digunakan ialah menghantar pegawai menyamar ke masjid dan cubaan meletakkan pemberi maklumat dalam jawatankuasa masjid dan satu kumpulan Arab-Amerika di Brooklyn kerana seorang pengarah eksekutif pernah bekerjasama dengan pegawai dan Bill Blasio, calon pilihan ke jawatan Datuk Bandar New York.

Rabu lalu, Blasio berkata di Twitter bahawa beliau gusar kerana NYPD melabel semua masjid dan kumpulan pengganas atau militan. - AGENSI

Mata pena lebih tajam dari pedang.

Bekas Ketua Tentera dibicara dakwaan guling kerajaan


Sekumpulan wanita yang menggelarkan diri mereka sebagai 'mangsa rampasan kuasa selepas zaman moden' mengadakan bantahan di luar mahkamah ketika lebih 100 suspek didakwa kerana terlibat dengan rampasan kuasa 1997 di Ankara, Turki, kelmarin. - AFP
ANKARA 3 Sept. - Bekas Ketua Tentera Turki dan lebih 100 suspek dibicarakan hari ini atas dakwaan melancarkan rampasan kuasa pada 1997, yang menumbangkan Perdana Menteri berhaluan Islam pertama negara ini.
Jeneral Ismail Hakki Karadayi bersama 102 defenden lain yang juga rakan subahatnya, berdepan tuduhan 'menggulingkan kerajaan menggunakan tentera'.
Pendakwa raya, sebelum ini menuntut supaya hukuman mati dikenakan terhadap Karadayi, 81, yang tidak menghadiri sebutan kes itu, hari ini di mahkamah Ankara ekoran sakit.
Tunjuk perasaan daripada kumpulan yang menyokong dan menentang bekas pemimpin tentera itu turut diadakan di luar mahkamah.
Perbicaraan berprofil tinggi itu tertumpu kepada penggulingan bekas Perdana Menteri Turki, Necmettin Erbakan, yang juga mentor politik kepada Perdana Menteri ketika ini, Recep Tayyip Erdogan.
Namun, Karadayi menafikan tentera pimpinannya melancarkan rampasan kuasa, lapor akhbar harian Milliyet.
Pasukan tentera itu, yang menyifatkan diri mereka sebagai pelindung prinsip sekular Turki, telah menggulingkan tiga kerajaan sebelum ini iaitu pada 1960, 1971 dan 1980.
Perbicaraan kes tersebut akan berlanjutan sehingga 6 September ini dan keputusan dijangka diumumkan dalam tempoh beberapa bulan lagi. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130904/lu_05/Bekas-Ketua-Tentera-dibicara-dakwaan-guling-kerajaan#ixzz2dtqKpihH
© Utusan Melayu (M) Bhd