Sunday, December 5, 2010

Kesal pintu pagar kubur dicuri





KAMPUNG DUSUN - Tidak bertanggungjawab! Itulah dapat disimpulkan apabila pintu pagar besi di Tanah Perkuburan Kampung Dusun yang dibina bagi menghalang haiwan memasuki kawasan itu hilang dipercayai dicuri, malam kelmarin. 

Kehilangan pagar besi tersebut hanya disedari penduduk yang kebetulan melalui kawasan itu dan memaklumkannya kepada barisan kepimpinan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Dusun sebelum laporan polis dibuat di Balai Polis Kuala Berang. 

Difahamkan, terdahulu kira-kira jam 8.30 malam kejadian, seorang penduduk dari kampung bersebelahan terlihat kelibat sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki sambil membawa besi lalu menghubungi kenalannya di kampung ini bagi memberitahu perkara itu, namun masing-masing tidak mengesyaki apa-apa. 

Setiausaha JKKK Dusun, Tengku Sulung Tengku Daud ketika diminta mengulas mengenai kejadian menyifatkan ia perbuatan tidak bertanggungjawab dan tidak sepatutnya berlaku apatah membabitkan kawasan tanah perkuburan. 

“Saya tiada di kampung kerana mengikuti kursus ketika hari kejadian dan hanya mengetahuinya selepas dimaklumkan mengenainya. 

“Malah, pagi tadi (semalam), saya sempat meninjau ke kawasan tanah perkuburan dan saya dapati pagar besi di situ hilang,” katanya. 

Tengku Sulung berkata, kecurian pintu pagar besi di tanah perkuburan itu kejadian pertama berlaku di kampung ini sejak pagar dibina lebih lima tahun lalu bagi tujuan menghalang haiwan memasuki kawasan itu. 

“Berikutan perbuatan individu tidak bermoral, pintu pagar tanah perkuburan menjadi mangsa dan berharap kejadian berkenaan tidak akan berulang lagi selepas ini. 

“Kita harus menghormati dan menjaga harta benda serta kemudahan infrastruktur yang ada di tanah perkuburan, bukannya mencuri,” katanya semalam.

Disangka ingin tangkap penjenayah





PAKA – Kehadiran rombongan polis dengan seorang pegawai beruniform membuatkan sepasang warga emas yang mendiami sebuah pondok usang dekat sini kecut perut. 

Pada awalnya, pasangan terbabit Wan Mohd Zain dan isteri, Jaharah Ali beranggapan kedatangan polis ke pondok usang mereka untuk menangkap penjenayah yang mungkin bersembunyi di sekitar kawasan itu. 

Namun, sangkaan mereka ternyata meleset apabila pasangan malang itu dimaklumkan bahawa kunjungan berkenaan adalah aktiviti ziarah polis ke atas anggota masyarakat yang kurang bernasib baik melalui program ‘community policing’. 

Wan Mohd Zain yang cacat penglihatan dan mengalami masalah pendengaran bagaimanapun tidak dapat menyembunyikan perasaan terharunya apabila diberitahu Ketua Polis Balai Paka, Cif Inspektor Mahadi Hussin yang mengetuai kunjungan tersebut bertanya khabar keadaannya yang dilaporkan uzur.

“Berpuluh tahun lamanya pak cik tinggal di pondok buruk ini, inilah kali pertama pak cik dikunjungi pegawai polis. 

“Pak cik rasa terharu apabila Tuan Mahadi bersama rombongannya turut membawa buah tangan,” katanya. 

Wan Mohd Zain berkata, walaupun buah tangan berupa bekalan beras yang dibawa tidak seberapa namun dapat digunakan untuk menghadapi musim tengkujuh ini. 

Sementara itu, Mahadi yang ditemui berkata, sebaik sahaja membaca akhbar Sinar Harian keluaran 23 November yang melaporkan kisah pasangan warga emas itu, pihaknya bersama Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Balai Polis Paka menyusun program untuk mengunjungi mereka. 

“Selain menjaga keselamatan dan menguatkuasakan undang-undang, program sebegini juga dilihat dapat merapatkan hubungan pihak polis dan masyarakat. 

“Paling penting ia menunjukkan keprihatinan pihak polis terhadap golongan yang kurang bernasib baik,” katanya.

Suami gilakan pondan




KUALA LUMPUR: Seorang wanita mendakwa suami yang dikahwini sejak hampir 15 tahun lalu, bersikap dingin terhadapnya kerana mempunyai hubungan sulit dengan seorang mak nyah popular berasal dari Indonesia yang terkenal dengan julukan 'bencong'.
'Saya tak kisah dan sanggup bermadu jika dia (suami) ada hubungan gelap dengan wanita lain, tapi bukan dengan manusia dua alam atau mak nyah. Sebagai wanita tulen, saya rasa terhina seolah-olah tidak berupaya melayan suami,' kata wanita yang mahu dikenali sebagai Lin itu.Hubungan terlarang itu terbongkar selepas beliau menemui ratusan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) mengandungi madah cinta dihantar 'bencong' itu kepada suaminya sejak lebih tiga bulan lalu.Menurutnya, pendedahan itu bukan bertujuan memalukan suaminya, sebaliknya beliau mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mak nyah warga asing yang mengambil kesempatan menggoda lelaki warga tempatan.Lin berkata, suaminya mula berkelakuan pelik sejak tiga bulan lalu apabila kerap keluar malam dengan alasan mahu berjumpa rakan atau menguruskan perniagaan.Menurut ibu tiga anak berusia antara lima dengan 12 tahun itu, persoalan itu terjawab apabila adiknya mengintip pertemuan sulit suaminya dengan si pondan di Lorong Haji Taib 2, di sini.'Hasil maklumat mendapati lelaki lembut berusia 20-an itu warga Indonesia yang menjaja tubuh di kawasan itu hampir setiap malam.'Saya diberitahu, suami saya menghabiskan masa dengan minum dan berhibur dengan pondan berkenaan di pusat dangdut berhampiran sebelum berasmara di bilik sewa pondan itu,' kata Lin.Menurutnya lagi, beliau menjejaki pondan itu dan akhirnya mendapat maklumat lelaki lembut berkenaan menjaja tubuh di kaki lima kawasan tersebut dengan bayaran RM50 ($20) sekali perkhidmatan.'Jika ikutkan hati, mahu saja saya mengupah orang memukul si pondan itu. Namun, saya bimbang ia akan lebih mengeruhkan lagi rumah tangga kami. Apa yang saya tahu, pondan warga asing hanya berminat pada wang dan bukan cinta,' kata Lin. -- Harian Metro.

Akhirnya Zaibo naik pelamin

SUDAH JODOH: Zaibo dan pasangannya, Cik Siti Hawa, sudah berkenalan sejak 10 tahun lalu. - Foto HARIAN METRO





BATU PAHAT: Pelakon Zaibo kelmarin selamat diijabkabulkan dengan kenalan lamanya.
'Saya amat bersyukur kepada Allah walaupun dalam usia yang sudah lewat tetapi Dia memberi rezeki yang begitu bermakna. Saya reda dengan ketentuan-Nya terhadap perjalanan hidup ini kerana saya percaya, banyak hikmah di sebalik pernikahan ini,' kata Zaibo, atau nama sebenarnya, Zainal Ariffin Abdul Hamid.Pasangannya, Siti Hawa Syawal, 45 tahun, seorang ibu tunggal dengan sembilan anak, menerima mas kahwin RM22.50 ($9.35).Majlis diadakan secara tertutup untuk keluarga rapat pengantin.Menurut Zaibo, 54 tahun, beliau dan isteri sepakat mengadakan majlis ringkas sahaja.'Mulanya kami hanya nak bernikah di pejabat kadi dan mengadakan kenduri doa selamat. Bagaimanapun, perancangan itu bertukar apabila ramai pula ahli keluarga sebelah perempuan yang hadir. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana mereka datang meraikan kami,' kata Zaibo, yang akan mengadakan majlis resepsi Januari nanti.Pelakon teater terkenal itu mengenali Cik Siti Hawa 10 tahun lalu dan kembali rapat sejak tiga tahun kebelakangan ini.Namun, mereka tidak pernah membincangkan soal hubungan yang serius, sebaliknya sekadar bersahabat.Kebetulan, Cik Siti Hawa adik kepada kenalan Zaibo.Hati Zaibo terbuka untuk lebih serius ketika Ramadan lalu dan ini dinyatakan kepada Cik Siti Hawa.Bagaimanapun, kesibukannya sebagai pelakon menenggelamkan hasratnya sehinggalah dua minggu lalu.'Benar, saya mengambil keputusan cepat. Malah, kenalan dan keluarga pun, saya hanya beritahu dua hari sebelum majlis pernikahan diadakan. 'Saya percaya dengan ketetapan Ilahi terhadap perjalanan saya dan isteri. Doakanlah kebahagiaan kami,' pintanya. -- Harian Metro.

Gadis papar profil ghairah

GEMAR... dedah identiti di laman facebook.

GEMAR... dedah identiti di laman facebook.

KUALA LUMPUR: ‘Sweet’, ‘Less’, ‘Lessy’ dan ‘Noty’ antara tanda nama popular digunakan gadis yang mendakwa mereka gemar menjalin hubungan dengan golongan sejenis dalam laman sosial terkenal, Facebook.
Pengenalan identiti mereka dalam laman sosial terbabit mendedahkan diri secara terang-terangan sebagai gadis lesbian.

Kelompok gadis yang dipercayai menjalin hubungan songsang itu kini dilihat ‘galak’ mengguna laman sosial berkenaan sebagai saluran mencari teman hingga ada yang tanpa segan silu mengajak mengadakan hubungan di ranjang.

Pemerhatian wartawan Metro Ahad terhadap beberapa pemilik akaun di laman sosial berkenaan mendapati, beberapa pihak sengaja menggunakan gambar profil mereka yang dalam keadaan mengghairahkan atau separuh bogel, termasuk hanya memakai coli dan berseluar dalam, berbaju sendat hingga hampir menampakkan payu dara, berkemban serta bercium bersama pasangannya.

Selain itu, kebanyakan profil mereka menunjukkan gadis berkenaan dari universiti terkenal tempatan dan ada juga yang bekerja tetapi mempunyai jawatan bertaraf eksekutif di beberapa syarikat besar dalam negara ini.

Malah, ada gadis bertudung juga tanpa segan mengaku turut menggemari golongan sejenis dan sanggup mencari teman istimewa daripada kelompok itu.

Hasil pemerhatian itu juga mendapati, kelompok gadis yang mendakwa lesbian turut mewujudkan satu laman web digelar Lesbian Malaysia untuk keahlian terbuka kepada gadis yang cenderung kepada hubungan songsang dan menjadikannya sebagai forum kepada mereka untuk berhubung dan mencurahkan perasaan kepada pasangan masing-masing.

Mereka juga dilihat menggunakan populariti rangkaian Facebook untuk mengumpul kelompok rakan ‘sealiran’ serta menjadikannya umpama kelab mereka dalam menyatakan pendirian hingga ada yang dengan lantang mahukan hubungan sejenis dibenarkan di sisi undang-undang Malaysia.

Populariti gadis lesbian di Malaysia turut mendapat perhatian gadis yang gemar golongan sejenis dari negara jiran, terutama Singapura dan Indonesia.

Ini berikutan beberapa pemilik akaun turut mempunyai rakan dari kedua-dua negara berkenaan.

Siasat pelajar IPT melacur tampung pengajian


KOTA KINABALU 4 Dis. - Kementerian Pengajian Tinggi diminta segera menjalankan siasatan yang menyeluruh mengenai dakwaan terdapat pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang terpaksa 'menjadi pelacur' bagi membiayai kos pengajian mereka.
Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat berkata, masalah itu perlu diberi perhatian serius oleh kementerian kerana bukan sahaja menjejaskan nama baik IPT tetapi juga bagi menyelamatkan masa depan golongan yang terlibat.
"Kita amat berharap ada maklum balas segera daripada pihak kementerian kerana isu ini telah lama diperkatakan dan kini dibangkitkan sekali lagi.
"Isu pelajar IPT 'terpaksa' melacur ini ibarat barah yang jika tidak diubati dan diambil langkah-langkah pencegahan boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Hamisa berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Ketua Pergerakan Wanita Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (Upko), Dr. Jaina Sintian pada simposium parti itu Khamis lepas bahawa ada pelajar IPT yang terpaksa menjadi pelacur bagi membiayai kos pengajian mereka.
Jaina dipetik sebagai berkata, kebanyakan mereka yang terlibat datang daripada keluarga yang bermasalah seperti berlaku perceraian ibu bapa mereka menyebabkan mereka tidak mempunyai tempat bergantung bagi menanggung kos pengajian.
Hamisa yang juga Ketua Wanita UMNO Kalabakan berkata, masalah itu mungkin akan menambah rantaian gejala sosial lain termasuk kes buang bayi, jangkitan HIV dan AIDS dan penagihan dadah.
"Dalam keadaan ini, semua pihak perlu berfikiran terbuka dan tidak terburu-buru membuat penafian bagi menjaga imej dan kedudukan masing-masing kerana kita tahu bahawa cabaran kehidupan sebagai seorang pelajar IPT hari ini cukup hebat.
"Mereka bukan sahaja berdepan dengan tekanan untuk menamatkan pengajian tetapi kos pengajian itu sendiri yang semakin meningkat tidak termasuk kos makan minum, tempat tinggal, pengangkutan, buku-buku, komputer dan bil Internet," katanya. - BERNAMA

Kembalikan kekebalan raja-raja Melayu - MPM


KUALA LUMPUR 4 Dis. - Mesyuarat tergempar Majlis Perundingan Melayu (MPM) hari ini menggesa kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan kekebalan raja-raja Melayu dikembalikan semula.
Ini juga bagi menjamin institusi terbabit terus dihormati oleh segenap lapisan masyarakat di negara ini.
Turut disentuh dalam mesyuarat yang berlangsung lebih dua jam itu ialah mengenai konsep ketuanan Melayu yang harus dipertahankan dan difahami semua supaya tidak diperkotak-katik pihak tidak bertanggungjawab.
Selain itu, kalangan badan bukan kerajaan (NGO) terbabit yang menganggotai MPM juga mengecam kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang mahu ketuanan Melayu dibubarkan.
Salah seorang ahli jawatankuasa pengasas MPM, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, martabat dan kedaulatan raja-raja Melayu perlu diperkukuhkan dengan mengembalikan imuniti atau kekebalan raja-raja Melayu.
Menurut beliau, raja-raja Melayu adalah 'payung' kestabilan dan keharmonian negara kerana baginda adalah ketua bagi negara ini.
''Sewajarnya, kuasa diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu untuk memastikan kestabilan rakyat.
''Untuk itu, MPM akan berbincang dengan pakar-pakar perundangan untuk mengkaji Perlembagaan supaya kekebalan raja-raja Melayu dapat dikembalikan semula,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Mingguan Malaysia selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar itu yang dihadiri hampir keseluruhan pengerusi dan presiden 136 NGO Melayu yang bergabung dengan MPM.
Antara yang hadir, Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail dan Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan, Bahrim Abdul Razak.
Mengulas lanjut, Kamarudin berkata, konsep ketuanan Melayu bukanlah bererti Melayu itu menjadi 'tuan' di negara ini dan masyarakat bukan Melayu diingatkan supaya tidak tertipu dengan helah mereka yang menyalahtafsir konsep tersebut.
''Apabila Presiden PKR mengungkit tentang konsep ketuanan Melayu dan membangkitkan slogan ketuanan rakyat, ia tidak lebih sekadar satu muslihat untuk mendapatkan sokongan orang bukan Melayu semata-mata.
''MPM ingatkan kepada semua supaya jangan termasuk dalam perangkap dan terpedaya akan kenyataan beliau (Wan Azizah).
''Ini semua hanyalah untuk memancing undi dan sebagai provokasi orang Melayu hingga terlalai,'' tegasnya.
Atas dasar itu, jelasnya, MPM akan bergerak menerangkan mengenai penakrifan sebenar konsep ketuanan Melayu kepada semua pihak termasuk orang bukan Melayu khususnya golongan muda

Kerajaan Terengganu tanggung kos bedah mangsa simbah asid


KUALA TERENGGANU - Harapan Nurul Dahyatul Fazlinda, 8, untuk pulih semakin cerah apabila kerajaan negeri Terengganu bersetuju membiayai kos pembedahan ke atasnya dan meminta supaya rawatan tersebut dijalankan segera.
Bagaimanapun, pembedahan hanya boleh dilakukan selepas laporan rawatan perubatan dikeluarkan pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah yang merawat kanak-kanak itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman memberitahu, kerajaan negeri bersedia menampung semua kos rawatan dan berharap pembedahan memulihkan wajah kanak-kanak itu dapat dilakukan segera.
"Kanak-kanak ini masih menjalani rawatan tetapi pihak hospital belum ada tarikh khusus bila pembedahan boleh dilakukan," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Nurul Dahyatul Fazlinda cedera di bahagian muka dan badan selepas terkena asid dalam kejadian di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu kira-kira pukul 1.45 pagi 15 Ogos lalu.