Monday, January 7, 2013

Felda larang kibar bendera parti di tanah rancangan



WARTAWAN SINAR HARIAN
7 Januari 2013
Sapie Embong
Sapie Embong
JENGKA - Mana-mana parti politik tidak dibenarkan mengibarkan bendera masing-masing dalam tanah rancangan sebelum Parlimen dibubarkan.

Penolong Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka Komuniti, Sapie Embong berkata, belum masanya lagi untuk kibarkan bendera parti buat masa sekarang.

“Tunggulah sehingga Parlimen dibubarkan dan ketika itu, barulah kita benarkan mana-mana bendera parti dikibarkan di seluruh tanah rancangan ini,” katanya.

Menurutnya, kini juga bukanlah masa yang sesuai untuk berkempen, melakukan kembara atau konvoi politik dalam tanah rancangan.

“Pihak tertentu janji selesaikan masalah peneroka dan hal ini dipolitikkan. Sekiranya ada masalah, berhubung terus kepada pejabat pengurusan Felda yang terdapat di setiap tanah rancangan,” katanya.

Katanya, warga Felda dibenarkan berpolitik tetapi jangan sesekali menafikan hak mereka sebagai peneroka.

“Felda sudah sediakan pelbagai kemudahan kepada peneroka. Saya rasa tidak ada masalah yang perlu dibangkitkan.

“Saya minta peneroka dan generasi kedua imbau kembali kesusahan masa lalu sehingga mereka menikmati kesenangan tinggal Felda di masa sekarang,” katanya.

Felda saman Presiden Anak, 6 lain




7 Januari 2013
Mazlan Aliman
Mazlan Aliman
KUALA LUMPUR - Felda hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan lima lagi berhubung kenyataan penjualan minyak sawit mentah ke Israel.
  
Felda memfailkan writ saman itu menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
  
Felda (plaintif) menamakan Mazlan dan Mustafa sebagai defendan pertama dan kedua manakala Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, Pengarang Harakah Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan, pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd serta Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, masing-masing sebagai defendan ketiga hingga kelima.
  
Menerusi pernyataan tuntutan, Felda mendakwa bahawa Mazlan telah memuat naik kata-kata fitnah di laman sosial facebook miliknya pada 19 November tahun lepas dan empat hari selepas itu (23 November), Mazlan mengeluarkan kata-kata fitnah dalam satu perhimpunan yang dilakukan di hadapan pejabat Felda.
 
Dakwanya, kenyataan fitnah yang dikeluarkan Mazlan telah diterbitkan semula oleh defendan kedua hingga keenam menerusi beberapa artikel di akhbar Harakah pada 26 hingga 29 November tahun lepas.
  
Felda mendakwa kenyataan fitnah itu telah menjejaskan reputasi Felda dan mendakwa kesemua defendan sengaja berbuat demikian untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat demi meneruskan agenda tersendiri dan kepentingan peribadi.
  
Felda menuntut gantirugi am, khas, teruk, teladan, faedah dan kos ke atas semua defendan.
  
Felda juga menuntut satu arahan injunksi untuk menahan Mazlan dan ejen-ejennya berbicara atau menerbitkan kata-kata fitnah tersebut di internet atau media cetak.
  
Selain itu Felda turut menuntut supaya Mazlan menerbitkan permohonan maaf secara bertulis di akhbar dan majalah.
  
Sementara itu peguam Wan Azmir Wan Majib yang mewakili Felda memberitahu pemberita bahawa pihaknya akan menghantar writ saman kepada defendan-defendan dalam minggu ini. - Bernama

Presiden arah guna 'Negara Palestin' secara rasmi




7 Januari 2013
Mahmoud Abbas
Mahmoud Abbas
RAMALLAH - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengarahkan Pihak Berkuasa Palestin secara rasmi diubah namanya -  "Negara Palestin" - susulan keputusan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang memberikannya status pemerhati bukan negara anggota tahun lalu.

Justeru, beliau mahu nama itu digunakan dalam semua dokumen awam mulai sekarang.

Ketika memberi arahan itu di Tebing Barat semalam, Mahmoud mahu pasport, kad pengenalan, lesen memandu dan dokumen lain masih lagi  dicap dengan "Negara Palestin".

November lalu, Mahmoud mengetuai kempen di PBB bagi menaik taraf Palestin sebagai sebuah negara pemerhati.

Mahmoud menegaskan tindakan itu bakal memperkasakan usaha pembinaan negara Palestin dan institusi selain melindungi kedaulatan tanah Palestin sendiri.

Minggu lalu, Mahmoud mengarahkan kementerian dan kedutaan asing menggunakan 'Negara Palestin" dalam semua urusan rasmi.

Israel bagaimanapun menentang status Palestin sebagai negara pemerhati dan sebagai tindak balas, mereka menghentikan pemindahan hasil cukai kepada Pihak Berkuasa Palestin.

Insiden rogol gemparkan dunia




7 Januari 2013
Rogol gempar dunia
Pelbagai mesej diluahkan melalui puluhan poster dipaparkan di tepi jalan sebagai tanda protes terhadap kerajaan yang sebelum ini mengabaikan hak golongan wanita di New Delhi.
SELURUH rakyat India khasnya golongan wanita mengadakan demonstrasi di seluruh negara sejak bulan lalu.

Mereka menggesa badan perundangan negara itu menjatuhkan hukuman mandatori terhadap enam pesalah yang didakwa merogol pelajar perubatan wanita berusia 23 tahun di dalam sebuah bas di New Delhi, India pada bulan lalu.

Kesemua tertuduh termasuk seorang lelaki bawah 18 tahun akan dihadapkan ke mahkamah selepas ditahan pihak berkuasa selang beberapa hari kejadian yang turut mencederakan teman lelaki mangsa.

Rentetan dari itu, kumpulan aktivis di negara tersebut turut menuntut hak membanteras keganasan wanita yang sebelum ini tidak dihiraukan kerajaan.

Mangsa yang mengalami kecederaan teruk pada organ dalaman dan bengkak otak meninggal dunia selepas tiga hari dirawat di Hospital Mount Elizabeth Singapura, 29 Disember lalu.

Pertempuran diteruskan sebelum Assad berucap




7 Januari 2013
Syria - Damsyik
Seorang budak berlindung di sebalik kain sewaktu menaiki trak di sebatang jalan dalam Aleppo.
BEIRUT - Pertempuran antara kumpulan pemberontak dengan tentera kerajaan menular ke seluruh negara sejam sebelum Presiden Bashar Al-Assad dijadual berucap buat kali pertama dalam tempoh dua bulan ini, semalam.

Menurut pemerhati hak asasi kemanusiaan Syria berpangkalan di Britain, pertempuran tercetus di selatan wilayah Daraa yang menjadi lokasi bermulanya kebangkitan rakyat menentang kerajaan Assad pada Mac 2011 lalu.

Keganasan berdarah itu turut membadai kawasan kubu kuat pembangkang di pinggir bandar Damsyik yang mana digunakan oleh pemberontak sebagai pangkalan menyerang tentera kerajaan di ibu negara.

Menurut rekod, kali terakhir Assad mengadakan ucapan umum pada November lalu yang mana beliau berjanji tidak sesekali akan meletakkan jawatan walaupun berhadapan sekatan antarabangsa yang mahu meruntuhkan rejimnya.

Assad turut menyingkir beberapa cadangan yang menggesanya meninggalkan Syria serta kuasanya dengan berkata, 'hidup dan mati saya di Syria'.

Sehingga kini, usaha diplomatik untuk menamatkan krisis 21 bulan di negara itu masih gagal walaupun pihak antarabangsa menggesa satu penyelesaian damai. - AP

Askar India serang pangkalan tentera Pakistan




7 Januari 2013
KASHMIR - Sepasukan askar India dilaporkan telah menyerang pangkalan tentera Pakistan menyebabkan seorang terbunuh dan cedera, semalam.

Serangan mengejut itu dipercayai turut mengeruhkan lagi hubungan dingin antara India dan Pakistan mengenai kuasa nuklear.

Jurucakap ketenteraan berkata, serangan bermula di pos kawalan Sawan Patra sebelum kedua-dua pihak berbalas tembakan di sepanjang Garisan Kawalan di sempadan Kashmir.

Kolonel Brijesh Pandey berkata, pihak ketenteraan India mendakwa askar Pakistan yang memulakan tembakan dan melancarkan mortar serta senjata automatik ke pos kawalan India awal pagi semalam.

Dakwanya, serangan daripada askar Pakistan telah memusnahkan kediaman penduduk tempatan di sebelah India.

"Kami hanya membalas serangan dengan senjata kecil. Kami percaya ia adalah percubaan mereka yang berkaitan dengan pejuang militan," kata Pandey. - Al-Jazeera

Letupan bom berani mati ragut 3 nyawa




7 Januari 2013
KANDAHAR - Dua pengebom berani mati bertindak meletupkan badan mereka sebaik tiba di kawasan bangunan kerajaan menyebabkan seramai tiga orang terbunuh dan 15 yang lain cedera di selatan Afghanistan, semalam.

Ketua daerah Spin Boldak, Mohammad Hashim memberitahu, dua penyerang itu menyasarkan satu perjumpaan rasmi di bangunan kerajaan yang juga berdekatan sempadan Pakistan.

"Mereka tiba dengan sebuah kereta dan membunuh pengawal keselamatan kemudian memasuki kawasan senjata sebelum meletupkan diri mereka bersama kereta itu," katanya.

Kandahar merupakan salah sebuah wilayah paling bergolak di Afghanistan melibatkan daerah Spin Boldak yang menjadi laluan utama pejuang Taliban dari Pakistan serta penyeludupan senjata haram. - AP

Hamas, Fatah akan bersatu




7 Januari 2013
Fatah - Hamas
Penyokong Fatah berhimpun sambil mengibarkan bendera dan melaungkan slogan di Genting Gaza pada Jumaat lalu. Foto: AP
BANDAR GAZA - Puluhan ribu penyokong gerakan Fatah berhimpun untuk pertama kali di Genting Gaza sejak perpecahan pada tahun 2007 sempena ulang tahun ke-48 penubuhannya, pada Jumaat lalu.

Perhimpunan yang turut dihadiri pemimpin kanan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) itu menandakan satu percubaan baru antara Hamas dan Fatah untuk bersatu susulan daripada kejayaan Gerakan Pertahanan Islam tersebut menangkis serangan rejim Zionis semasa Perang Israel-Palestin, November lalu.

Perdana Menteri Ismail Haniyeh turut menyatakan hasrat beliau agar kedua-dua gerakan itu menamatkan pertelingkahan dan bekerjasama untuk mewakili suara penduduk Palestin.

Dalam satu kenyataan lain, jurucakap kerajaan Hamas. Ihab al-Ghussian memaklumkan mesyuarat pertama untuk membincangkan perkara tersebut dijadualkan akan diadakan di Kaherah pada minggu depan.

Usaha untuk mendamaikan Fatah dan Hamas dilihat semakin hampir walaupun beberapa rundingan damai untuk mencari jalan bagi berkongsi kuasa gagal akibat perbezaan pendapat sejak beberapa tahun lalu. - AP

Mesir sokong Presiden Syria dibicara kesalahan jenayah perang



WARTAWAN SINAR HARIAN
7 Januari 2013
 Mohammed Morsi
Mohammed Morsi
KAHERAH - Presiden Mesir, Mohamed Morsi menyokong desakan rakyat Syria supaya Presiden Bashar al-Assad, yang berhadapan dengan kebangkitan rakyat sejak 22 bulan lalu, dibicarakan kerana jenayah perang.

“Rakyat Syria sudah melalui revolusi dan apabila pertumpahan darah berhenti, mereka mempunyai parlimen dan bebas memilih kerajaan sendiri.

“Biar rakyat juga yang menentukan apa yang patut dilakukan kepada orang-orang yang melakukan jenayah jenayah terhadap mereka, biar rakyat Syria sendiri yang tentukan,” kata beliau dipetik CNN semalam.

Bashar berusaha menghancurkan protes antikerajaan, yang tercetus pada tahun 2011.

Dalam ucapannya semalam, Bashar menegaskan tidak akan membenarkan unsur-unsur keganasan dan menggariskan empat langkah untuk menyelesaikan krisis Syria.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan sekurang-kurangnya 60,000 telah terbunuh.

Presiden Mesir turut mengulangi desakan supaya Bashar meletak jawatan.

Revolusi Mesir telah menumbangkan bekas Presiden, Hosni Mubarak pada awal tahun 2011.

Mohamed berkata, Mesir akan cuba mendapatkan sokongan dunia Arab dan antarabngsa untuk menggantikan Bashar.

“Fasa ini adalah fasa rakyat dan seperti yang rakyat Mesir mahu, itu jugalah yang rakyat Syria mahukan.

“Kita juga sentiasa menyokong rakyat Syria dan mereka mempunyai semangat untuk menang,” ujarnya.

Kebangkitan parti Islam



WARTAWAN SINAR HARIAN
7 Januari 2013
Ben Ali, Saleh, Gaddafi dan Mubarak
Gambar kecil: Kebangkitan rakyat di rantau Arab telah menggulingkan pemerintahan keempat-empat pemimpin ini. (dari kiri: Ben Ali, Saleh, Gaddafi dan Mubarak). Foto: AP
REVOLUSI di rantau Arab turut memberi kesan positif kepada beberapa negara yang masih berusaha melakukan perubahan dalam sistem pentadbiran mereka seperti yang dituntut rakyat.

Selain itu, ia juga menjadi pencetus kebangkitan parti Islam seperti parti Ennahda di Tunisia dan Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Keputusan pilihan raya pertama di Tunisia pada Oktober 2011 juga menyaksikan kemenangan parti Islam Ennahda yang diharamkan selama beberapa dekad di negara itu.

Mereka memenangi 90 daripada 127 kerusi dewan perhimpunan yang dipertandingkan.

Sebulan selepas itu, Kongres bagi Parti Republik (CPR), Parti Ettakatol dan Parti Ennahda mengumumkan perjanjian perkongsian kuasa secara rasmi yang dilihat sebagai saat bersejarah untuk kebebasan Tunisia.

Sehingga kini, negara kecil di Afrika Utara tersebut masih berusaha untuk memulihkan ekonomi mereka dengan bantuan dari Bank Dunia.

Dua bulan lalu, Menteri Kewangan sementara, Salim Besbes mengumumkan kerajaan akan menerbitkan bon Islam bernilai AS$646.25 juta (RM2 bilion) untuk pertama kali sebagai bantuan kewangan bagi projek infrastruktur seperti pembinaan jalan raya dan hospital.

Kerajaan menjangkakan defisit belanjawan akan berkurangan kepada enam peratus pada keluaran dalam negara kasar (KDNK) untuk tahun ini berbanding anggaran 6.6 peratus pada tahun lalu.

November lalu, negara itu sekali lagi dicemari protes ganas disertai penduduk yang menuntut lebih banyak peluang pekerjaan berikutan kadar pengangguran mencecah sehingga 17 peratus.

Susulan daripada insiden itu, Menteri Pelancongan, Elyess Fakhfakh dilantik sebagai Menteri Kewangan baru oleh Presiden Moncef Marzouki bagi menggantikan Hussein Dimassi yang meletak jawatan pada Julai tahun lalu.

Pelantikan bekas ahli perniagaan itu diharap dapat memperbaiki hala tuju ekonomi negara itu.

Di Mesir pula, pergerakan Ikhwanul Muslimin yang menjadi parti pembangkang sebelum ini berjaya memperoleh sokongan majoriti selepas memperoleh dua pertiga atau 332 kerusi dalam pilihan raya pertama di negara tersebut.

Rentetan daripada kejayaan itu, Mohammed Mursi yang mewakili parti Islam tersebut turut dilantik menjadi presiden selepas menewaskan bekas Perdana Menteri, Ahmed Shafiq dalam Pilihan Raya Presiden pusingan kedua pada tahun lalu dengan memperoleh 51.73 undi.

Mursi yang cuba untuk memuaskan hati semua pihak dengan melaksanakan perubahan berpaksikan ajaran Islam turut berhadapan cabaran selepas beliau mengumumkan dekri presiden pada November tahun lalu.

Majlis Tertinggi Kehakiman mengkritik dekri presiden itu yang didakwa memberi peluang kepada beliau untuk memonopoli kuasa.

Mereka juga menyifatkannya sebagai satu serangan tidak pernah berlaku ke atas badan kehakiman di negara tersebut.

Awal bulan lalu, Mursi membuat keputusan untuk membatalkan dekri itu selepas berlaku pertempuran antara penyokong dan penentang beliau.

Menjelang pungutan suara draf Perlembagaan pada 15 Disember lalu yang dirangka sepenuhnya oleh parti Islam, Mesir sekali lagi dicemari protes ganas.

Di sebalik kekacauan dan protes itu, sebanyak 64 peratus penduduk Mesir menyokong draf Perlembagaan tersebut. Antara kandungan draf Perlembagaan itu menjadikan undang-undang Syariah kekal sebagai sumber utama perundangan manakala penganut lain seperti Kristian dan Yahudi akan menggunakan agama masing- masing sebagai sumber perundangan mereka serta tempoh jawatan presiden dihadkan kepada dua penggal selama lapan tahun.

Keputusan tersebut membuktikan sekali lagi kemenangan Ikhwanul Muslimin selepas Mursi meluluskan Perlembagaan baru itu pada 26 Disember lalu.

Mursi kini berhadapan cabaran untuk mendapatkan persetujuan bagi melaksanakan langkah penjimatan.

Beliau juga akan memperkenalkan insentif yang akan menarik semula minat pelabur untuk menjalankan urus niaga di negara itu.

Dalam perkembangan lain, presiden tersebut akan mengadakan pertemuan dengan wakil dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk mengadakan perbincangan berhubung pinjaman berjumlah AS$4.8 bilion (RM15 bilion) untuk mengurangkan belanjawan defisit dan kemerosotan ekonomi akibat pergolakan yang tercetus semasa kebangkitan rakyat pada Februari 2011.

2013 yang baru membuka tirai pada minggu lalu diharap akan membawa sinar baru kepada penduduk di rantau Arab terutamanya di Syria yang masih berada dalam kancah peperangan.

Parti Ennahda
Parti Pembaharuan Ennahda atau ‘Nahda’ yang ditubuhkan pada 1981 ini adalah sebuah parti yang diharamkan di Tunisia.

Mulanya dikenali sebagai ‘Tindakan Islam’ sebelum ditukar kepada ‘Pergerakan Kecenderungan Islam’, dan ‘Hizb al-Nahda’ pada 1989. Parti itu dianggap sebagai sealiran dengan Revolusi Iran dan cenderung kepada Ikhwan Muslimin di Mesir.

Parti Ennahda dilarang bertanding dalam pilihan raya pada 1989 namun, ahlinya bertanding sebagai calon bebas dan memperoleh antara 10 dan 17 peratus undi.

Pada 1991, Presiden Ben Ali menentang parti itu dan menahan 25,000 aktivis.

Pergerakan Ikhwanul Muslimin

Diasaskan pada 1928 oleh Sheikh Hassan al-Banna dan menjadi kumpulan pembangkang tertua serta terbesar di Mesir.

Dikenali sebagai parti pembangkang berpengaruh di kebanyakan negara Arab terutamanya Mesir.

Gerakan ini menolak sebarang cara keganasan untuk mencapai matlamat.

Pada awal penubuhannya, matlamat gerakan ini adalah untuk memberi tumpuan kepada isu agama, pendidikan dan khidmat sosial.

Bergerak secara senyap pada 1950-an dan kembali aktif pada 1980-an. Serangan tentera Amerika Syarikat ke atas Iraq telah menyebabkan jumlah anggota mereka bertambah secara mendadak.

Ia juga bergerak secara aktif di Afrika Timur dan Utara termasuk Sudan, Syria dan Arab Saudi.

Remaja ditangkap tentera Israel



WARTAWAN SINAR HARIAN
7 Januari 2013
logo tabung gaza
Tabung Kemanusiaan Gaza.
SHAH ALAM - Ramai remaja Palestin ditangkap tentera penyamar Israel ketika melalui baldah Silwan sebelah selatan Masjid Al-Aqsha di kota Al-Quds.

Sumber tempatan memberitahu, seorang saksi melihat empat remaja berusia bawah 17 tahun ditangkap tentera Zionis ketika berada di wilayah Ain Silwan.

Pusat Informasi memaklumkan jumlah korban lebih dari itu, namun pasukan penjajah melarang penduduk memasuki jalan Ain. Bukan hanya ditangkap, remaja berkenaan turut dikasari tentera Zionis.

Penduduk Yahudi di Bet Mayohes turut membuat provokasi kepada pasukan penyamar agar memukul dan membunuh warga Palestin.

Susulan keadaan itu, berlaku rusuhan membaling kaca dan mercun sehingga sebuah jeep militan Zionis terbakar.

Warga Silwan mengatakan, peristiwa ini terjadi setelah kunjungan komandan pasukan penjajah ke baldah Silwan.

Kekejaman tentera Zionis terhadap kanak-kanak, remaja dan golongan wanita sentiasa menghantui rakyat Palestin.

Sehubungan itu, sokongan dan bantuan diperlukan bagi meringankan beban serta kesengsaraan penduduk Palestin.

Terkini, jumlah dana dikumpulkan menerusi Tabung Kemanusiaan Gaza-Sinar Harian yang diilhamkan tahun lalu berjaya memperoleh RM161,055.88.

Kepada yang ingin membantu, boleh salur ke nombor akaun tertera atau hubungi Sekretariat Sinar Harian, Wan Norhasfiza Megat Hussain 03-51013888 atau layari www.sinarharian.com.

Penumpang pesawat diikat




7 Januari 2013
NEW YORK - Kerana memukul dan melemparkan kata-kata kesat kepada penumpang lain, seorang lelaki terpaksa diikat serta mulutnya ditampal pita pelekat oleh pembantu pesawat sistem penerbangan Icelandair Khamis lalu.

Insiden itu mendapat perhatian media selepas gambar lelaki tersebut yang menunjukkan seolah-olah dia teraniaya tersebar di internet.

Jurucakap Icelandair, Gudjon Arngrimsson berkata, mereka mengambil tindakan itu selepas mendapati tingkah lakunya mengancam penumpang lain.- AP

Budak korban letupan misteri di Gaza




7 Januari 2013
Kereta kebal - Khan Younis
Israel turut menempatkan kereta kebal berhampiran pagar sempadan di Khan Younis di Genting Gaza. Foto: AP
BANDAR GAZA - Seorang kanak-kanak berumur enam tahun di Gaza terkorban manakala tiga lagi cedera dalam insiden letupan di Khan Yunis, menurut jurucakap hospital, kelmarin.

Pihak berkuasa memaklumkan, mereka tidak dapat memastikan punca letupan misteri yang menyebabkan Moussa Kawaree terkorban.

Dalam kejadian lain pada Jumaat lalu, seorang petani dilaporkan cedera selepas terkena tembakan askar Israel berhampiran pagar keselamatan di timur Beit Hanoun di utara Genting Gaza.

Menurut saksi, insiden itu berlaku selepas kira-kira 20 lelaki dilihat berkumpul hampir dengan pagar sempadan.

Mangsa, Abdallah Zaaneen, 32, kini dirawat di hospital. - AFP

NFC: Salleh mahu kes pecah amanah digugur



7 Januari 2013
Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail
Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail
KUALA LUMPUR - Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, yang menghadapi dua tuduhan pecah amanah berjumlah RM49.7 juta, hari ini memfailkan permohonan untuk menggugurkan pertuduhan tersebut.
Permohonan itu difailkan melalui peguamnya Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen S.M Komathy Suppiah di dalam kamar.
Mahkamah menetapkan 8 Februari ini untuk sebutan kes.
Ketika ditemui pemberita, Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud memaklumkan pihak pembelaan telah memfailkan permohonan untuk menggugurkan dua pertuduhan pecah amanah yang dihadapi Mohamad Salleh.
Awang Armadajaya memberitahu pihaknya diberi tempoh tiga minggu untuk mengemukakan afidavit jawapan berhubung permohonan tersebut (pengguguran pertuduhan).
Kes itu dijadual dibicarakan pada 21 Januari ini, ditangguhkan sehingga kes permohonan tersebut didengar.
Pada 12 Mac tahun lepas, Mohamad Salleh, 64, selaku pengarah syarikat NFCorp, didakwa melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang RM9,758,140 melalui empat keping cek untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium 'One Menerung' di Parcel  BI-1 dan B1-2, Blok B di atas geran nombor 65152, lot no.56454 di Mukim Kuala Lumpur.
Kesalahan itu dilakukan antara 1 dan 4 Disember 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail.
Bagi pertuduhan kedua, di alamat dan bank sama, antara 6 Mei dan 16 Nov 2009, beliau didakwa melakukan kesalahan sama dengan memindahkan wang RM40 juta melalui satu cek ke dalam akaun syarikat National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd bagi kegunaan syarikat tersebut di mana beliau dan salah seorang anaknya adalah pemilik syarikat berkenaan.
Kedua-dua kesalahan didakwa mengikut Seksyen 409, Kanun Keseksaan dan jika disabitkan boleh dipenjara sekurang-kurangnya dua tahun dan maksimum 20 tahun dan sebat serta boleh didenda.
Sementara itu, Mohamad Salleh iaitu selaku Pengarah NFCorp didakwa tanpa kebenaran mesyuarat agung telah menggunakan harta syarikat untuk membiayai sebahagian daripada pembelian dua unit kondominium tersebut, mengikut Seksyen 132(2)(a) Akta Syarikat 1965 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda RM30,000. - Bernama

hanya di Syria


SADIS.


Perkara ini hanya di Syria. Kecewa kerana masih ada yang diam membisu dan menyokong rejim Basyar.

Laknat Allah ke atas rejim Basyar di atas kezaliman yang mereka lakukan.

Suu Kyi enggan bantu etnik Kachin



Seorang wanita pelarian Kachin mengendong seorang bayi dan memimpin seorang lagi anaknya di luar khemah pelarian di Hpun Lum Yang IDP dekat Laiza yang merupakan ibu pejabat Tentera Pembebasan Kachin, di utara pada Jumaat lalu. - AGENSI
YANGON 6 Jan. - Ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, hari ini berkata, beliau tidak akan membantu usaha menamatkan konflik berdarah antara tentera dan etnik Kachin tanpa kebenaran kerajaan.
Menurut pemimpin pembangkang Myanmar itu, kes itu kini dikendalikan oleh kerajaan dan terpulang kepada kerajaan, sama ada mahu beliau membantu dalam menyelesaikan konflik tersebut.
Beliau berkata demikian selepas ditanya sama ada beliau bersedia untuk terlibat dalam usaha menyelesaikan krisis berdarah di utara negara ini, ekoran tindakan tentera melancarkan serangan udara ke atas etnik tersebut, yang mencetuskan kebimbangan global.
Suu Kyi berkata, beliau memerlukan jemputan rasmi untuk menyertai rundingan damai bagi menamatkan perang saudara yang menyuramkan proses pembaharuan politik di Myanmar.
Berpuluh-puluh ribu orang kehilangan tempat tinggal akibat konflik tersebut sejak Jun lalu apabila gencatan senjata selama 17 tahun antara kerajaan dan Tentera Kemerdekaan Kachin (KIA) terlerai.
Seorang ahli perniagaan tempatan yang menjadi orang tengah dalam rundingan damai antara pemberontak Kachin dan kerajaan Myanmar, Yup Zaw Hkaung, semalam menggesa Suu Kyi terlibat dalam usaha menamatkan pertempuran di Kachin yang semakin memburuk sejak beberapa minggu lalu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130107/lu_04/Suu-Kyi-enggan-bantu-etnik-Kachin#ixzz2HGl7hDDL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

India serang pos kawalan Pakistan dekat Kashmir




ISLAMABAD 6 Jan. - Seorang askar Pakistan terbunuh, manakala seorang lagi cedera apabila sekumpulan tentera India menyerang sebuah pos kawalan terletak di sempadan kedua-dua negara terbabit di Kashmir, hari ini.

Tentera Pakistan dalam satu kenyataan berkata, kejadian berbalas-balas tembakan itu berlaku selepas askar India melakukan serangan mengejut ke atas pos kawalan itu, yang terletak di Garisan Kawalan (LOC) di kawasan Haji Pir, 80 kilometer ke utara Islamabad.

Kenyataan tersebut berkata, tentera India telah melintasi garisan tersebut dan menyerang pos Sawan Patra.

"Tentera Pakistan bertindak-balas terhadap serangan tersebut dan seorang askar negara ini terbunuh dalam serangan itu, manakala seorang lagi cedera parah.

"Askar India kemudiannya berundur dan meninggalkan sepucuk pistol serta sebilah pisau," jelas kenyataan berkenaan.

Wilayah Kashmir yang dikuasai majoriti penduduk Islam terletak di Himalaya, menjadi rebutan antara India dan Pakistan sejak sekian lama serta mencetuskan perang sebanyak dua kali antara kedua-dua itu sejak 1947.

India sebelum ini turut menggantung proses perjanjian damai dengan Islamabad selepas siri serangan militan yang berpangkalan di Pakistan ke atas Mumbai pada 2008.

Namun, perbincangan rundingan damai itu hanya di sambung semula pada Februari tahun lalu.

Isu perebutan wilayah Kashmir masih menemui jalan buntu tetapi beberapa tanda positif mula dapat dilihat apabila kedua-dua negara mula menjalin hubungan dagangan.

Satu perjanjian gencatan senjata di Kashmir antara New Delhi dan Islamabad telah dipersetujui sejak November 2003, namun kedua-dua negara berkenaan dilapor sering terlibat dalam pertempuran kecil dan saling tuduh-menuduh antara satu sama lain. - AFP



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130107/lu_05/India-serang-pos-kawalan-Pakistan-dekat-Kashmir#ixzz2HGkPsUaL
© Utusan Melayu (M) Bhd

Bashar mahu akhiri konflik di Syria



DAMSYIK 7 Jan. - Presiden Syria, Bashar al-Assad melahirkan hasrat untuk mengadakan satu dialog kebangsaan sebagai usaha mengakhiri pergolakan di negara ini.
Namun, pemimpin itu menegaskan beliau enggan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang menentang pentadbirannya.
"Pihak antarabangsa dan serantau perlu berhenti menyokong pemberontak bagi mengelakkan konflik semakin buruk.
"Kerajaan Syria akan mengadakan dialog dengan pihak yang inginkan semua ini berakhir, namun bukan dengan mereka yang menjadi 'hamba Barat' (pemberontak)," katanya dalam satu ucapan di sini, semalam. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130107/lu_07/Bashar-mahu-akhiri-konflik-di-Syria#ixzz2HGjzGVji
© Utusan Melayu (M) Bhd 

12 Taliban maut dalam serangan drone AS



ISLAMABAD 7 Jan. - Sekurang-kurangnya 12 anggota Taliban maut selepas drone Amerika Syarikat melancarkan serangan di beberapa tempat persembunyian kumpulan militan itu di wilayah barat laut negara ini, semalam.
Serangan pada awal pagi itu berlaku di perkampungan Babad Ghar di Selatan Waziristan.
Menurut pegawi perisikan, drone tersebut melancarkan 10 serangan peluru berpandu ke arah tiga tempat persembunyian Taliban.
Laporan awal sebelum ini menyatakan angka korban adalah sebanyak sembilan orang. - dpa/AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130107/lu_08/12-Taliban-maut-dalam-serangan-drone-AS#ixzz2HGizpnG9
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Satu tangan jaga anak



London: Andy, 36, bimbang dia tidak akan memperoleh anak kerana kecederaan teruk yang dialami selepas terpijak jerangkap samar dipasang Taliban di Afghanistan.

Tetapi, dia kini berbahagia menjadi bapa yang penyayang kepada William Alexander, menukar lampin, memberi makan dan menyarungkan pakaian kepada bayi itu hanya menggunakan satu tangan.


Andy yang dianugerah pingat Sun Millies pada 2010, berkata: “Saya sungguh bahagia melakukan tugas bapa. Ia sungguh menakjubkan. “Menjadi bapa adalah proses pembelajaran dan bukan mudah. Namun, saya sudah dapat menyesuaikan diri. William tidak meragam selagi dia kenyang! ” Isterinya, Claire, 31, dari St Helens, Merseyside berkata: “Mereka sudah menjalinkan ikatan yang amat baik. Andy adalah bapa semula jadi. Dia tahu apa yang perlu dilakukan.

“Saya tidak terkejut. Apa saja masalah yang dihadapinya, dia akan mencari jalan untuk menanganinya.”

Argentina edar 82 juta kondom



 
Buenos Aires: Argentina merancang mengedarkan kira-kira 82 juta kondom secara percuma di seluruh negara sepanjang 2013, dalam kempen menentang penyakit jangkitan seksual termasuk HIV, kata kementerian kesihatan.

Kondom berkenaan akan diserahkan kepada pusat kesihatan, sekolah, penjara, bar dan kelab malam, selain rangkaian 3,000 pusat khas di agensi perkhidmatan awam.
“Pemberian kondom bersama 17 juta gel pelincir, bertujuan memastikan kaedah yang digunakan dapat mencegah penyakit jangkitan seksual,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Pelincir membantu mencegah kondom koyak dan mengelak pengguna daripada melecet, yang boleh mengakibatkan darah tercemar menjangkiti pasangan.

5,500 pesakit baru hidap HIV

Di Argentina, 5,500 pesakit baru yang menghidap HIV dilaporkan setiap tahun dengan 90 peratus daripada jangkitan berpunca daripada mereka yang melakukan hubungan seks tanpa perlindungan.

“Bagaimanapun, kami mendapati jumlah pesakit baru berkurangan kepada 30 peratus sejak 2004, manakala kadar jangkitan pada 2010, ialah 11.7 kes bagi setiap 100,000 orang berbanding 17.3 sebelumnya,” katanya. Argentina mempunyai 40 juta penduduk dengan 30 juta daripada mereka berusia lebih 15 tahun. - Agensi

Aktivis Nepal pula tunjuk perasaan



 Aktivis Nepal melakonkan drama jalanan   bagi menuntut keadilan dalam kes-kes keganasan terhadap wanita yang semakin meningkat di negara itu berhampiran kediaman Perdana Menteri di Kathmandu, semalam. - Foto AFP
Aktivis Nepal melakonkan drama jalanan bagi menuntut keadilan dalam kes-kes keganasan terhadap wanita yang semakin meningkat di negara itu berhampiran kediaman Perdana Menteri di Kathmandu, semalam. - Foto AFP
Dhankuta: Sekumpulan aktivis wanita mengadakan protes menuntut pihak berkuasa Nepal mengenakan hukuman berat terhadap perogol, menyusuli bantahan besar yang berterusan di India dalam isu sama.

Mereka menuntut pihak berkuasa menyiasat kematian seorang gadis di sebuah daerah di sini pada Oktober lalu dan mendedahkan identiti perogol seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di bazar Sindhuwa, sebulan lalu.
Seorang aktivis, Hima Chemjong berkata mereka melancarkan protes itu kerana tiada tindakan diambil bagi menghapuskan keganasan terhadap wanita di seluruh Nepal. Penunjuk perasaan itu menyerahkan memorandum tuntutan berkenaan kepada Perdana Menteri, Baburam Bhattarai menerusi Pejabat Pentadbiran Daerah di sini.


Persatuan Wanita Nepal juga menyerahkan memorandum kepada pejabat berkenaan bagi menuntut kerajaan menghukum perogol dan memastikan keselamatan wanita di seluruh Nepal, lapor akhbar Himalayan Times. - Agensi

Pakistan, India bergaduh



GAMBAR yang dirakam pada 3 Jun, 1999, askar India mengambil bahagian dalam latihan ketinggian untuk menyediakan mereka berjuang di paras tinggi di Genting Zojilla di Srinagar - Leh, lebuh raya Kashmir, India. Seorang askar Pakistan terbunuh dan seorang lagi cedera, apabila tentera India menyerbu sebuah pos tentera di sempadan kedua-dua negara di Kashmir, tentera berkata. Ia berkata pertukaran kebakaran itu berterusan selepas serangan India di penanda sempadan di sektor Haji Pir, 80 kilometer utara Islamabad. - Foto AFP
   

GAMBAR yang dirakam pada 3 Jun, 1999, askar India mengambil bahagian dalam latihan ketinggian untuk menyediakan mereka berjuang di paras tinggi di Genting Zojilla di Srinagar - Leh, lebuh raya Kashmir, India. Seorang askar Pakistan terbunuh dan seorang lagi cedera, apabila tentera India menyerbu sebuah pos tentera di sempadan kedua-dua negara di Kashmir, tentera berkata. Ia berkata pertukaran kebakaran itu berterusan selepas serangan India di penanda sempadan di sektor Haji Pir, 80 kilometer utara Islamabad. - Foto AFP
Askar bertempur di sempadan Kashmir, seorang maut

Islamabad: Tentera Pakistan dan India semalam saling melepaskan tembakan ke arah kedudukan lawan dekat sempadan Kashmir menyebabkan seorang askar maut.
Pakistan menuduh askar India menyeberangi garisan sempadan sementara dipanggil ‘Garisan Kawalan’ sebelum menyerbu sebuah pos kawalan mereka, tuduhan yang ditolak tentera jirannya.
Askar India masuk ke sempadan daerah Haji Pir, 80 kilometer ke utara Islamabad sebelum menyerbu pos kawalan Sawan Patra” - Kenyataan tentera Pakistan

Kenyataan tentera Pakistan memberitahu, askar India masuk ke sempadan daerah Haji Pir, 80 kilometer ke utara Islamabad sebelum menyerbu pos kawalan Sawan Patra.

“Tentera Pakistan bertindak balas sewajarnya. Seorang askar Pakistan syahid manakala seorang lagi parah,” menurut kenyataan itu.

Ia juga mendakwa, askar India berundur hingga tertinggal selaras senjata dan pisau.

Tentera India nafi
Jurucakap tentera India di Srinagar, menafikan askarnya melintasi masuk ke seberang sempadan.

Kolonel Brijesh Pandey menuduh tentera Pakistan melancarkan serangan mortar ke sebuah kampung dalam kawalannya di daerah Uri bertentangan dengan Haji Pir.

“Pada 3.15 pagi kelmarin, askar Pakistan melancarkan serangan mortar menyasarkan perkampungan Uri,” katanya.

Kashmir yang didiami Muslim terletak di Himalaya dan menjadi dua punca peperangan di antara jiran itu yang merdek pada 1947.

Kedua-dua negara juga mencapai persetujuan untuk melakukan gencatan senjata sejak November 2003.

Bagaimanapun, itu tidak menghalang mereka daripada bergaduh dari masa ke masa atau saling membuat tuduhan pihak lawan mencabul gencatan senjata itu.

Seorang lelaki maut

Bulan lalu, pegawai di Kashmir berkata, tembakan askar India menyebabkan seorang lelaki maut dan tiga lagi cedera di dua kampung.

India juga sering menuduh Pakistan menghantar militan ke wilayah Kashmir kawalannya ketika kekacauan meletus seperti sekarang. - AFP

subhanallah