Monday, October 6, 2014

MH370: Kapal GO Phoenix mulakan pencarian di Lautan Hindi



Kapal GO Phoenix, salah satu daripada tiga kapal akan menjalankan operasi mencari selama setahun bagi mencari bangkai pesawat pada lokasi yang jauh dari pantai barat Australia, dijangka menghabiskan masa 12 hari sebelum kembali berlabuh untuk mengisi minyak.
SYDNEY: Misi mencari pesawat MH370 diteruskan semula hari ini di kawasan terpencil di Lautan Hindi, lebih enam bulan selepas kapal terbang berkenaan hilang.
Kapal GO Phoenix, salah satu daripada tiga kapal akan menjalankan operasi mencari selama setahun bagi mencari bangkai pesawat pada lokasi yang jauh dari pantai barat Australia, dijangka menghabiskan masa 12 hari sebelum kembali berlabuh untuk mengisi minyak.
Anak kapal akan menggunakan sonar, kamera video dan pengesan minyak pesawat ketika misi mencari pesawat Boeing 777 itu di dasar laut yang hilang pada 8 Mac lalu ketika dalam penerbangan
dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 orang.
Misi mencari kapal terbang berkenaan ditangguhkan selama empat bulan bagi membolehkan anak kapal membuat pemetaan di dasar laut dalam zon pencarian, kira-kira 1,800 kilometer barat Australia.
Kawasan mencari membabitkan kira-kira 60,000 kilometer persegi yang turut dikenali sebagai "seventh arc" - jarak lautan di mana penyiasat percaya pesawat itu kehabisan minyak dan terhempas.
Selain itu, dua lagi kapal yang disediakan kontraktor Belanda, Fugro dijangka menyertai kapal GO Phoenix yang diupah Malaysia lewat bulan ini. - AP
BH

Raya diGaza

AS Dakwa China Lancar Perang Siber, Curi Maklumat Rahsia


Diterbitkan: Isnin, 6 Oktober 2014 11:41 AM
James Comey

WASHINGTON: China didakwa melancarkan perang siber secara besar-besaran terhadap Amerika Syarikat (AS) sehingga menyebabkan kerugian berbilion dolar setiap tahun, jelas Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), James Comey.
Ketua FBI itu memberitahu, program  '60 Minit' yang dilancarkan China bertujuan mencuri maklumat rahsia daripada firma-firma utama di AS.
"Terdapat dua jenis syarikat di AS yang menjadi sasaran pengodam China  iaitu syarikat yang sedar maklumat dicuri dan tidak mengetahui bahawa data rahsia telah dirompak.
"Kerugian setiap tahun akibat serangan dari China itu tidak terkira , mungkin cecah bilion," jelasnya.
Ketika ditanya negara manakah lagi yang menggodam data di AS, Comey menjawab, "Saya tidak boleh memberi senarai penuh, tetapi...saya boleh memberitahu bahawa China berada di kedudukan teratas senarai ini.
mstar

Fadhilat dan hikmah korban


NASRUDIN HASSAN | .
Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu. (Riwayat at- Tirmidzi)

Huraian Hadith:

i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

ii) Antara hikmah korban adalah:

a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.

b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.

c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:

a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah (maksudnya): "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w. (maksudnya): "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."

Jemaah haji Malaysia di Mina 'melontar syaitan'


HAFIZAH KAMARUDDIN | .
MAKKAH: Jemaah haji Malaysia kini berada di Mina, kira-kira tujuh kilometer dari sini, untuk mengerjakan ibadah melontar di ketiga-tiga jamrah - Kubra, Wusta dan Sughra, setelah tiba di Mina awal pagi Sabtu selepas bermabit di Muzdalifah.

Mereka yang tiba secara berperingkat dari Muzdalifah, telah memulakan ibadah melontar bermula di Jamrah Kubra pada 10 Zulhijah iaitu pada Sabtu mulai selepas terbit fajar, yang bersamaan dengan hari raya Aidiladha di sini.

Jemaah haji akan terus berada di sini hingga 11, 12 dan 13 Zulhijjah atau dikenali sebagai hari Tasyriq (Ahad, Isnin dan Selasa) untuk melakukan lontaran di ketiga-tiga jamrah.

Waktu melontar di setiap jamrah dengan tujuh biji batu kecil bermula selepas terbit fajar pada 11 Zulhijjah sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah.

Sementara itu, Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata walaupun terdapat kira-kira 2.1 juta jemaah haji berada di Tanah Suci kali ini, pergerakan jemaah haji dari Makkah ke Arafah, dan kemudiannya ke Muzdalifah dan seterusnya ke Mina berjalan dengan lancar.

"Saya amat sukacita kerana pergerakan jemaah haji Malaysia dari Muzdalifah ke Mina telah membuat satu rekod kerana telah berjaya sampai lebih awal daripada jangkaan yang dibuat, " katanya dalam wawacara secara langsung dengan RTM untuk program Salam Baitullah pada Sabtu.

Syed Saleh berkata pihaknya membuat jangkaan kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia tiba di Mina pada 4.15 pagi Sabtu (9.15 pagi waktu Malaysia), tetapi semua jemaah berjaya dibawa ke Mina pada pukul 3.45 pagi (8.45 pagi waktu Malaysia) iaitu setengah jam lebih awal.

"Ini memandangkan tahun ini merupakan Haji Akbar kerana hari Wukuf jatuh pada hari Jumaat. Tahniah kepada kerajaan Arab Saudi yang mendapat mengawal pergerakan kenderaan keluar dan masuk Arafah, Muzdalifah dan Mina dengan baik, serta berjaya mengawal kemasukan jemaah haji yang tidak mempunyai permit bagi memastikan pergerakan jemaah haji yang rasmi lancar," katanya.

Menyentuh ibadah melontar di ketiga-tiga jamrah, Syed Saleh berkata Tabung Haji menggalakkan jemaah haji Malaysia membuat lontaran selepas Isyak kerana cuaca lebih sejuk.

Katanya mereka akan dibawa secara berkumpulan mengikut pergerakan maktab atau KT (nombor pesawat kapalterbang sewa khas Tabung Haji) masing-masing.

Syed Saleh berkata jemaah haji Malaysia akan melontar di Tingkat Tiga yang dikhususkan untuk jemaah haji dari Asia Tenggara termasuk Indonesia, Thailand dan Singapura.

Beliau berkata perjalanan dari khemah jemaah haji Malaysia ke Jamrah yang jaraknya kira-kira tiga kilometer akan memakan masa sejam untuk perjalanan pergi dan balik.

Katanya sementara menunggu waktu untuk pergi melontar, pihak Tabung Haji mengadakan beberapa program bimbingan ibadah, termasuk persiapan untuk tawaf dan saie di Masjidilharam di Makkah, yang akan dilakukan selepas ibadah melontar selesai.

Jambatan jamrah terdiri daripada beberapa tingkat di Mina membabitkan kos SR4.2 bilion yang dibuka pada musim haji tahun lepas, boleh memuatkan sehingga 500,000 jemaah haji setiap jam.

Bagaimanapun, buat masa ini hanya boleh memuatkan 300,000 jemaah haji pada setiap jam, dan telah mempercepatkan proses 'melontar syaitan' itu. - Bernama

Azizul, Shalwati gembira dapat sambut Aidiladha bersama anak



AZIZUL Raheem Awalludin (tiga dari kanan) dan Shalwati (dua dari kanan) bersama empat anak mereka Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7, bermaaf-maafan pada pagi hari raya Aidiladha di kediaman keluarga mereka di Kampung Wakaf Tok Wali di sini hari ini. - Foto Fathil Asri
KOTA BHARU: Tiada lebih bermakna buat Azizul Raheem Awalludin dan isteri, Shalwati Norshal kerana dapat menyambut Aidiladha bersama anak-anak setelah mengalami peristiwa hitam di Sweden sebelum ini.
Azizul Raheem mengumpamakan sambutan Aidiladha kali ini seperti menyambut kelahiran seorang anak apabila terpisah daripada keluarganya selama sembilan bulan 13 hari setelah ditahan di negara itu.
"Tempoh itu seperti seorang ibu mengandungkan anak dan tepatlah Aidiladha ini sungguh bermakna, ibarat menunggu kelahiran anak.
"Aidiladha ini sangat berbeza setelah melalui pengalaman sukar selama tempoh itu sehingga anak-anak dan isteri berpisah dan kini kami bersatu semula," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.
Kali terakhir mereka menyambut Aidiladha bersama di kampung ialah empat tahun lalu sebelum mereka ke Stockholm.
Empat anak mereka iaitu Aisyah, 15, Ammar, 13, Adam, 12, dan Arif, 8, turut gembira dapat menyambut Aidiladha bersama di kampung kali ini.
Menceritakan pengalaman menyambut Aidilfitri bersendirian di Sweden pada Julai lalu, Shalwati berkata beliau hanya bertakbir berseorangan di dalam penjara dan makan sandwic bersama coklat panas sebagai juadah.
"Aidilftri di sana disambut sehari lebih awal dari di Malaysia. Selepas hari raya, saya terus buat puasa enam, 20 jam sehari. Namun hari ini sangat menggembirakan kami sekeluarga kerana dapat bertemu semula," katanya.
Aisyah pula berkata: "Terlalu gembira, rasa semuanya kembali lengkap."
Pada 28 Mac lepas, Mahkamah Daerah Solna di Stockholm menjatuhi hukuman penjara 10 bulan terhadap Azizul Raheem dan 14 bulan ke atas Shalwati atas kesalahan mengasari anak-anak mereka.
Bagaimanapun hukuman itu dikurangkan apabila masing-masing hanya perlu menjalani dua pertiga daripada jumlah hukuman yang dikenakan sebelum itu.
Azizul Raheem dibebaskan pada 9 Julai lalu selepas selesai menjalani hukuman penjara dan sempat menyambut Aidilfitri bersama anak-anaknya di sini.
Shalwati pula dibebaskan pada 29 September dan kembali ke tanah air Rabu lalu.
- BERNAMA

Masjid terbuka ‘Mini Dhaka’


Kuala Lumpur: Walaupun masjid di sekitar ibu negara mampu menampung jumlah jemaah untuk mengadakan solat namun ribuan warga Bangladesh memilih untuk bersolat sunat Aidiladha di atas jalan raya di kawasan Jalan Tun Tan Siew Sin di sini, semalam.
Perkara itu menyebabkan jalan di kawasan itu terpaksa ditutup kepada semua kenderaan bermula jam 7 hingga 10 pagi bagi membolehkan solat sunat Aidiladha itu dilakukan. 
Tinjauan Harian Metro ke kawasan berkenaan mendapati mereka menghamparkan kanvas di Jalan Tun Tan Siew Sin di sini, selain ada juga yang membawa sejadah sendiri.

Difahamkan kawasan itu mempunyai sebuah surau namun ruangnya tidak mampu menampung jumlah jemaah yang terlalu ramai sehingga berlaku limpahan.
Foto
RIBUAN pekerja asing memenuhi ruang jalan sekitar Lebuh Pudu.

Difahamkan pada tahun 2009, kumpulan pekerja warga asing ini pernah mengemukakan permohonan bertulis kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)untuk menjadikan laluan di kawasan itu sebagai lokasi menunaikan solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/06

Ajal ketika berkhutbah


Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 pagi itu arwah dikatakan diserang sakit jantung ketika menyampaikan khutbah dan terduduk di kerusi mimbar menyebabkan jemaah orang membawanya ke ruang tengah surau. 
Jemaah memberikan bantuan kecemasan dan pada masa sama memanggil isterinya di rumah hanya kira-kira 50 meter dari surau itu. 

Sejurus tiba di surau, isterinya memangku Ali sebelum arwah mengucap dua khalimah syahadah lalu menghembuskan nafas terakhirnya.
Foto
SOLAT jenazah ke atas Imam Ali Suang (gambar kecil) diadakan di surau Al-Mutadeen. FOTO Ahmad ismail

Kakitangan perubatan Pusat Kesihatan Kecil Batu Anam yang tiba tidak lama kemudian, mengesahkan Ali meninggal dunia.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Paya Luas Batu Anam. 
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/05

2,100 lembu tumbang


Kuala Lumpur: Sebanyak 2,100 ekor lembu dikorbankan sempena Aidiladha semalam di 70 masjid dan 50 surau di sekitar ibu negara.
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Paimuzi Yahya berkata, jumlah itu membabitkan program sehingga Rabu ini. 
“Pemilihan hari bagi aktiviti penyembelihan lembu bergantung kepada pengurusan masjid. 

“Bagaimanapun setakat ini semuanya berjalan lancar dengan kerjasama kariah masjid dan penduduk setempat,” katanya ketika ditemui di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.
Foto
SUKARELAWAN merebahkan lembu korban di Masjid Wilayah Persekutuan.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha bagi mengagihkan daging korban kepada kira-kira 500 peserta dan orang awam.

Sementara itu di masjid berkenaan, sebanyak 12 ekor lembu dikorbankan bermula jam 9 pagi sehingga 1 petang membabitkan 350 petugas sukarela. 

Penolong Pengarah Pengimarahan Masjid Wilayah Persekutuan Muhammad Asyraf Ibrahim berkata, pihaknya mengadakan kursus insentif penyembelihan secara amali kepada orang awam seminggu sebelum Aidiladha. 

“Usaha ini bagi mendedahkan ilmu dan adab ketika penyembelihan mengikut syarak seterusnya memberi peluang kepada peserta memperoleh pengalaman menyembelih,” katanya. 

Manakala di Masjid Negara pula dijadualkan ibadat korban diadakan pada hari ini membabitkan 60 ekor lembu. 

Pegawai Perhubungan Awam Masjid Negara Khisamudin Ismail berkata, daripada jumlah berkenaan 30 ekor lembu disembelih di masjid manakala baki di ladang ternakan bergantung kepada penderma.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/06

‘Mak rindu Khairil’


Batu Gajah: “Hari raya Aidiladha membuatkan saya semakin rindukan anak, namun mungkin kami tidak akan dapat menyambut hari raya bersama lagi kerana dia dipenjara seumur hidup di Taiwan,” kata Hajijah Abd Rashid, 56, sambil berlinangan air mata mengenangkan nasib anak lelakinya.
Anak lelakinya, Khairil Azuan Abu Hassan, 34, sebelum ini dijatuhi hukuman penjara selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chaing Kai Shek, Taiwan, pada tahun 2006 kerana cuba menyeludup dadah heroin seberat 1.5 kilogram. 
Khairil kemudian dibicara sebelum didapati bersalah dan dijatuhi hukuman pada 2008 di Pusat Tahanan Tao Yuan, Taiwan. 

Hajijah berkata, sambutan hari raya agak hambar berikutan dia terlalu rindukan anaknya itu walaupun harapan Wan untuk kembali ke pangkuan keluarga amat kabur.
Foto
KHAIRIL Azuan kini dipenjara di Taiwan.

“Saya hanya dapat menemuinya di penjara buat kali pertama Oktober tahun lalu selepas dibantu orang ramai dan pihak MCA.

“Selama lapan tahun saya merinduinya dan peluang itu bagaikan mimpi. Walau hanya dapat menemui beberapa minit namun saya tahu anak saya itu masih hidup,” katanya. 

Menurutnya, Wan kini hanya dapat menghubunginya menggunakan telefon bagi memaklumkan perkembangannya. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/06

Kusut fikir nasib anak


Najwa Nazihah Ridzal Shah, 7, dari Kampung Teluk Temelah, Mukim Bongor, di sini, disahkan menghidap penyakit itu sejak lahir dan sudah menjalani pembedahan kali pertama di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada 2008. 
Ibunya, Nor Hapiza Zakaria, 40, berkata, anak keempat daripada lima beradik itu menjalani pembedahan berkenaan ketika berusia 18 bulan selepas doktor mengesahkannya mempunyai jantung terbalik manakala injap jantungnya tidak berfungsi dengan baik. 

“Doktor sudah menjalankan pembedahan pertama ke atas Najwa bagi membetulkan kedudukan jantung dan saluran injap dengan kos pembedahan sebanyak RM45,000.
Foto
NAJWA duduk di atas riba ibunya, Nor Hapiza, bersama kakak sulungnya, Fatin Fasehah (kanan) yang menghidap penyakit Sindrom Down dan abangnya, Muhammad Asyraf yang derita Talasemia.

“Kini, anak saya dijangka menjalani pembedahan kedua di Pusat Rawatan Gleneagles, Pulau Pinang untuk membetulkan saluran injap jantungnya dengan kos RM50,000 pada 20 November depan, namun kami buntu kerana menghadapi kekangan kewangan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Sementara itu, suami Nor Hapiza, Ridzal Shah Abd Rahman, 45, yang bekerja sebagai mekanik berkata, mereka kini terpaksa bekerja keras untuk mencari wang bagi menampung kos pembedahan termasuk perbelanjaan lain. 

Menurutnya, fikirannya juga kusut apabila anaknya itu memerlukan perbelanjaan lebih RM700 sebulan untuk membeli ubat-ubatan, lampin pakai buang, susu dan juga untuk urusan berulang-alik bagi mendapatkan rawatan di hospital. 

“Walaupun Najwa Nazihah mendapat bantuan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, namun kami tetap memerlukan wang untuk perbelanjaan harian lain, tambahan pula anak sulung, Fatin Fasehah, 19, menghidap sindrom down sementara anak kedua, Mohammad Asyraf, 14, menghidap penyakit Talesemia,” katanya. 

Menurutnya, orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghubungi Ridzal Sham di talian 013-4713151.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/06

Tiada penyelesaian


Hong Kong: Pemimpin pelajar di bandaraya ini menyeru penunjuk perasaan prodemokrasi untuk meninggalkan lokasi protes mereka dan bergabung dengan kumpulan penunjuk perasaan lebih besar di lokasi lain.

Gesaan itu dibuat ketika mereka bersiap sedia untuk berdepan dengan kemungkinan bertempur sekali lagi dengan polis.
Puluhan ribu penunjuk perasaan berhimpun di seluruh Hong Kong sejak minggu lalu, mendesak pemimpin pro-Beijing bandaraya itu, Leung Chun-ying meletak jawatan dan menuntut hak untuk mengundi calon pilihan mereka dalam pilihan raya pada 2017 nanti.

Puluhan penunjuk perasaan di Mong Kok dilihat menangis selepas diarah berkemas dan menuju ke daerah Admiralty, bersebelahan dengan daerah perniagaan utama bandaraya itu.


“Kami akan kembali. Berjuang hingga ke akhirnya,” laung kumpulan pelajar berkenaan.


Daerah Mong Kok yang sibuk itu menyaksikan pertempuran terburuk antara kumpulan pro-Beijing dan penunjuk perasaan prodemokrasi sejak beberapa hari lalu.

Ramai penduduk Hong Kong meluahkan rasa marah dan kecewa kerana kegagalan polis menangani tunjuk perasaan itu.

Ada di antaranya mendakwa pasukan keselamatan bersekongkol dengan kumpulan penjenayah, gagal melakukan penahanan dan membantu kumpulan penyerang melarikan diri.- AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/06

Peguam untuk tertuduh


Langkah itu diambil berikutan timbulnya kebimbangan bahawa kedua-dua pekerja asing itu mungkin tidak terbabit dalam pembunuhan itu. 
Aktivis hak asasi pekerja asing di Thailand, Andy Hall berkata, dia menghantar sepasukan peguam untuk menemui kedua-dua warga Myanmar itu. 

“Kami menghantar pasukan peguam untuk menemui tertuduh, memberi nasihat mengenai hak mereka dan menyediakan penterjemah,” katanya.
Foto

Menurut Hall, minat untuk terbabit dalam kes itu didorong oleh laporan mengenai penderaan fizikal yang dialami tertuduh walaupun mengaku dia tidak mempunyai bukti mengenai penderaan itu atau bukti yang menunjukkan hasil ujian DNA oleh polis tidak tepat.

Ketua Polis Thai, Jeneral Somyot Pumpunmuang semalam menegaskan sekali lagi bahawa kedua-dua suspek bukan kambing hitam. 

Polis mempunyai bukti kukuh terhadap rakyat Myanmar berkenaan. 

Somyot berkata, polis mengambil masa lama sebelum menahan suspek kerana terpaksa menunggu keputusan ujian DNA dan meneliti rakaman video lebih 300 kamera keselamatan di sekitar tempat kejadian. 

Dua warga Britain, Hannah Witherridge dan David Miller ditemui mati berhampiran hotel tempat mereka menginap pada 15 September lalu. 

Pekerja Myanmar itu yang dinamakan Win dan Saw didakwa merogol Hannah sebelum membunuhnya dan Somyot Jumaat lalu memberitahu wartawan, DNA mereka sama dengan yang ditemui pada tubuh mangsa. 

Pihak berkuasa juga berkata, rakaman CCTV menyokong kes mereka. 

Telefon bimbit Hannah ditemui di tempat kediaman lelaki berkenaan sementara puntung rokok yang ditemui di tempat kejadian sama dengan yang ditemui pada Saw dan Win, dirakam CCTV membeli rokok jenama itu.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/06

Bakar anak selepas isteri minta cerai


Bandung: Seorang kanak-kanak berusia setahun mati selepas dibakar bapanya yang membantah tindakan ibunya meminta cerai.

Jurucakap polis daerah Padalarang di sini, Rendra Okto berkata, lelaki berkenaan menyimbah dirinya dan anaknya, Raditia dengan minyak tanah sebelum menyalakan api.

“Si suami berang selepas isterinya menuntut cerai.



Pasangan berkenaan sebelum itu bergaduh kerana masalah rumah tangga.

“Lelaki itu kemudian mendukung Radita dan menyimbah minyak tanah pada tubuh mereka untuk menakutkan isterinya.

Tetapi wanita itu masih enggan berbaik semula.

“Berang dengan kedegilan isterinya, lelaki itu menyalakan mancis dan api serta-merta menyambar tubuh dia dan anaknya yang masih kuyup dengan minyak tanah,” kata Rendra.

Menurutnya, wanita itu sempat merampas Radita daripada dakapan suaminya tetapi ketika itu, hampir seluruh tubuhnya sudah melecur.

Radita meninggal dunia di hospital semalam, sementara bapanya yang juga melecur teruk dilapor kritikal.


- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/06

Jokowi korban 20 lembu, 44 kambing


Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan selepas solat hari raya di Jakarta, semalam. 
Menurut bakal presiden itu, haiwan korban itu untuk penduduk Jakarta kecuali seekor lembu yang diserahkan kepada penduduk sebuah kampung di Solo. 

“Saya menyerahkan haiwan itu di kampung di sekitar Jakarta dan seekor di Solo,” kata Jokowi.
Foto
DUA wanita Indonesia sempat berselfie sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha di sebuah masjid di Jakarta, semalam.

Beliau juga berkata, jumlah lembu yang dikorbankan di kampung itu berdasarkan jumlah penduduknya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/06

Padah minta isteri buat panggilan ancaman bom


New York: Seorang guru di bandaraya ini disoal polis selepas dia meminta isterinya membuat panggilan ancaman bom palsu bagi ‘menyelamatkannya’ daripada menghadiri mesyuarat sekolah.

Lelaki yang dikenali sebagai Eric dikatakan menghadiri mesyuarat pagi di Sekolah Menengah Renaissance Charter di timur Harlem apabila dia menghantar SMS meminta pasangannya melakukan perkara berkenaan.

Di dalam SMS berkenaan, dia bergurau dengan meminta isterinya membuat panggilan ancaman bom palsu agar dia tidak perlu meneruskan mesyuarat itu.

Sumber Jabatan Polis New York (NYPD) memberitahu, Eric menghantar SMS berbunyi ‘Buat panggilan ancaman bom’ sebelum menghantar satu lagi SMS berbunyi ‘haha’.

Isterinya tidak membaca mesej kedua yang dihantar dan menghubungi polis, memberitahu terdapat bom di sekolah itu.

Dia hanya melihat mesej kedua suaminya selepas itu dan cuba memberitahu polis bahawa mesej itu hanya gurauan, namun sudah terlambat.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/06

Henti cari mangsa letupan Gunung Ontake


Tokyo: Operasi mencari mangsa yang hilang di kawasan gunung berapi di tengah Jepun dihentikan semalam kerana ancaman taufan yang mungkin membawa hujan lebat.

Operasi terpaksa dihentikan selepas lebih seminggu setelah Gunung Ontake tiba-tiba meletup dan mengorbankan puluhan nyawa.


Sekurang-kurangnya 12 mayat pendaki dipercayai masih berada di sekitar kawasan berkenaan.

Pasukan penyelamat sebelum ini menemui 51 mayat mangsa, menjadikannya letupan gunung berapi Jepun terburuk sejak 90 tahun lalu.


Seorang pegawai pengurusan bencana di wilayah Nagano berkata, “Usaha menyelamat terpaksa dihentikan kerana kemungkinan hujan lebat di kawasan terbabit.”


Hujan lebat dan angin kencang mula melanda Jepun berikutan Taufan Phanfone yang membadai pantai Pasifik, mencetuskan kebimbangan terhadap kemungkinan berlakunya tanah runtuh hari ini.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, Taufan Phanfone dengan kelajuan angin 216 kilometer sejam dikesan sekitar 120 kilometer di tenggara Yakushima, wilayah Kagoshima di selatan negara itu pada tengah hari waktu tempatan.

Gas masih menyelubungi kawasan pergunungan yang kini diseliputi debu tebal, menyukarkan lagi usaha mencari dan menyelamat.

Hampir 1,000 tentera, bomba dan polis terbabit dalam gerakan mencari dan menyelamat itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/06

Polis dituduh upah samseng usir penunjuk perasaan



REUTERS SEORANG lelaki cuba menarik pengadang yang didirikan oleh penunjuk perasaan prodemokrasi di daerah Mongkok, Hong Kong kelmarin.


HONG KONG – Pergaduhan baharu tercetus ketika bantahan prodemokrasi di sini semalam dengan polis pencegah rusuhan menggunakan belantan dan penyembur lada terhadap penunjuk perasaan.
Protes itu yang memasuki hari ketujuh menyaksikan puluhan ribu penduduk pulau ini berhimpun untuk mengadakan bantahan secara aman di pusat bandar berdekatan ibu pejabat kerajaan.
Mereka melaungkan slogan “Keamanan!” dan “Antikeganasan!” serta menyanyikan lagu demokrasi.
Jumlah mereka berkurangan sehingga tinggal beberapa ratus orang yang masih berkampung di pusat bandar raya dekat pejabat kerajaan di sini menjelang tengah hari semalam.
Kerajaan pulau ini memberi amaran akan bertindak keras terhadap penunjuk perasaan untuk memastikan keadaan kembali aman menjelang hari bekerja hari ini.
Namun, terdahulu di daerah Mong Kok, situasi tegang berlaku apabila kumpulan penunjuk perasaan mengepung polis dan menuduh mereka bersubahat dengan kumpulan samseng, menurut beberapa wartawan agensi berita AFP di lokasi kejadian.
Polis bertindak balas dengan menggunakan semburan lada.

AFP GAMBAR menunjukkan sebahagian daripada puluhan ribu orang yang menyertai tunjuk perasaan di pusat bandar Hong Kong malam kelmarin.


Kumpulan penunjuk perasaan prodemokrasi mengadakan protes sejak seminggu lalu kerana menuntut hak untuk mencalonkan individu yang akan bertanding dalam pilihan raya untuk menjadi pemimpin mereka pada 2017.
Beijing bagaimanapun berdegil hanya akan membenarkan calon yang mendapat kelulusan pemerintah bertanding pada pilihan raya tersebut.
Beberapa pemimpin pelajar berkata, mereka bersetuju untuk menemui wakil kerajaan secara bersyarat selepas menolak untuk berunding kelmarin kerana berang dengan tindakan polis dalam pergelutan sebelum ini.
Di Mongkok, penunjuk perasaan mendakwa polis menangkap pengacau antidemokrasi daripada kumpulan-kumpulan penjenayah di pulau ini dan membebaskan mereka semula.
Kumpulan pengacau itu sebelum ini bertindak ganas menyerang penunjuk perasaan yang berhimpun secara aman dan merobohkan khemahkhemah pada Jumaat lepas.
“Polis bersubahat dengan kumpulan gengster,” kata seorang pelajar lelaki berusia 22 tahun, David Chan.
Insiden itu mencetuskan dakwaan bahawa polis gagal melindungi penunjuk perasaan daridap kumpulan pengacau manakala pihak berkuasa turut didakwa mengupah kumpulan samseng untuk mengusir penunjuk perasaan. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1006&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3FJLmN3sN 
Hakcipta terpelihara 

Ebola hantui Aidiladha di Sierra Leone



AFP - ORANG RAMAI berjalan di hadapan kain rentang yang memberi amaran tentang bahaya virus Ebola di ibu negara Sierra Leone, Freetown kelmarin.


FREETOWN – Jangan solat terlalu rapat antara satu sama lain, jaga kebersihan dan apa jua yang anda lakukan, jangan bersalam dengan imam.
Itu antara pesanan kepada beribu-ribu orang Islam di Sierra Leone yang membanjiri masjid, stadium dan padang bola sepak di negara itu untuk menunaikan solat sunat Aidiladha kelmarin.
Rata-rata sambutan hari raya korban di negara itu dihantui ketakutan wabak demam Ebola.
Khutbah hari raya turut menyentuh epidemik itu yang melanda Barat Afrika dan menjangkiti lebh 7,400 orang serta membunuh separuh daripada mereka setakat ini.
Sierra Leone yang mencatat lebih 600 kematian akibat Ebola tahun ini merupakan antara tiga negara paling teruk terjejas akibat virus maut itu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Di Stadium Negara di ibu kota Sierra Leone, di sini, beberapa kumpulan belia memantau orang ramai yang tiba untuk menunaikan solat sunat hari raya korban.
Para jemaah diminta membasuh tangan mereka menggunakan air dicampur klorin yang diisi ke dalam sejumlah baldi.
Dalam khutbahnya, Imam Sheikh al-Hassan berkata, beliau mendoakan Sierra Leone aman dan makmur pada waktu sukar ini. Sheikh al-Hassan turut menasihati jemaah supaya mengelak daripada bersentuhan untuk menghalang jangkitan Ebola.

GAMBAR yang dirakam pada Jumaat lalu menunjukkan seorang wanita yang disyaki menghidap Ebola menangis di luar Hospital Daerah Pelabuhan Loko di bandar Pelabuhan Loko, Sierra Leone.


“Kita mesti melindungi diri kita di samping keluarga kita dan orang lain,” katanya.
“Dengarlah nasihat doktor. Jangan menghadiri upacara pengebumian atau menyentuh mayat, jangan berjabat tangan, jangan mengunjungi tempat yang penuh sesak dan teruslah berdoa untuk negara ini,” tambahnya.
Salah seorang penduduk berkata, mereka diminta untuk tidak bersalam dengan imam kerana ia berisiko menyebarkan jangkitan Ebola.
“Ini tidak bermakna kamu tidak menghormati saya tetapi langkah ini bagi melindungi kita semua,” kata Sheikh al-Hassan.
Sambutan hari raya korban di beberapa kawasan yang dilanda wabak Ebola di utara dan timur negara itu turut hambar. Kawasan tersebut menyaksikan ratusan ribu penduduk dikuarantin untuk mengekang penularan Ebola.
“Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya apabila orang ramai mengadakan jamuan dan perarakan, kali ini semua orang makan di rumah,” kata Alpha Sillah yang menetap di bandar Makeni, utara negara itu.
Di sebuah bandar lain, Kailahun upacara korban turut tidak diadakan bagi mengekang jangkitan virus maut itu.
Situasi itu diburukkan lagi oleh keputusan kerajaan Arab Saudi untuk melarang warga Sierra Leone, Guinea dan Liberia daripada menunaikan ibadat haji di Mekah pada tahun ini.
“Kami sedih dengan keputusan tersebut tetapi kami memahami situasi semasa,” kata Menteri Kebajikan Masyarakat Sierra Leone, Moijueh Kaikai. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1006&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3FJLbKm6a 
Hakcipta terpelihara 

2,000 lembu dan kambing dikorbankan di Kemboja


KUALA LUMPUR 5 Okt. - Sejumlah 2,314 lembu dan kambing dikorban di bawah program Korban Aidiladha dan Aqiqah di Kemboja tahun ini, kata Urusetianya di Malaysia, Norwariza Mohd Hed.
Beliau berkata, ia melibatkan 1,810 ekor lembu dan selebihnya kambing yang disumbang rakyat Malaysia.
"Lebih 8,000 individu dari pelbagai latar belakang mengambil bahagian dalam program ini dengan menyumbang binatang ternakan untuk dikorbankan," katanya kepada Bernama.
Katanya daging korban akan diagih ke seluruh perkampungan masyarakat Islam di Kemboja.
Beliau berkata, urusetia yang terlibat di Kemboja terdiri daripada empat orang rakyat Malaysia manakala selebihnya merupakan petugas Pejabat Mufti Kemboja serta wakil imam masjid tempatan.
Program ini yang diselia Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd memasuki tahun ke-21 penganjurannya untuk manfaat kira-kira 500,000 masyarakat Melayu Champa Kemboja, yang sehingga hari ini, lebih 60,000 peserta menyumbangkan 29,944 ekor binatang ternakan.
Sementara itu satu lagi penganjur, Facewords Eshoppe ABZ IT Solution turut mengadakan korban di Kemboja dengan menyumbang 18 ekor lembu kepada lebih 700 keluarga di kampung Preah Tapov dan Sangkat Takhmao Kandal.
Pengarah programnya, Amir Taufiq Amiruddin berkata ia merupakan program julung kali syarikatnya di Kemboja.- BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141005/lu_14/2000-lembu-dan-kambing-dikorbankan-di-Kemboja#ixzz3FJK6ZN00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ben Affleck pertahan Islam


LOS ANGELES 5 Okt. - Pelakon, Ben Affleck membuat kejutan dalam satu program bual bicara televisyen kelmarin, apabila dia mempertahankan Islam selepas seorang daripada panel program Real Time With Bill Maher bertindak mengkritik penganut agama itu.
Selain mengecam penulis Sam Harris yang diundang sama, Affleck turut membidas Maher kerana hos rancangan itu turut memberi gambaran negatif tentang penganut Islam.
Harris berkata, cara Islam melayan kaum wanita, golongan homoseksual dan mereka yang tiada agama tidak dapat diterima akal.
Afflect pada masa sama tidak menghargai kenyataan Harris yang mendakwa rakyat Amerika Syarikat 'telah dijaja dengan persepsi buruk tentang Islam'.
"Tunggu dulu, adakah anda individu yang secara rasmi memahami agama Islam?"
"Pandangan itu agak melampau, bersifat perkauman dan boleh juga ibarat menyatakan, 'Oh, anda seorang Yahudi penipu'," kata Affleck membalas kenyataan Harris sebagaimana lapor Hollywood Reporter.
Maher sebaliknya memberitahu Afflect bahawa dia sebenarnya tidak memahami tentang Islam.
Harris berkata, Islam buat masa ini merupakan 'penyumbang kepada idea-idea buruk', kenyataan yang turut dipersetujui Maher.
Kenyataan Harris itu membuatkan Affleck bingkas menafikan kenyataan itu dan berkata: "Kenyataan buruk itu tidak perlu anda perkatakan."


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141006/lu_11/Ben-Affleck-pertahan-Islam#ixzz3FJJycxQV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Situasi semasa politik di Hong Kong terus panas


SEBAHAGIAN penunjuk perasaan, cuba mengalihkan besi penghalang yang dibina oleh penunjuk perasaan prodemokrasi di sebatang jalan di daerah Mong Kok, Hong Kong, kelmarin. - REUTERS
HONG KONG 5 Okt. - Situasi semasa politik di bandar raya ini dilihat semakin meruncing selepas penunjuk perasaan prodemokrasi bertempur dengan polis antirusuhan yang menggunakan belantan dan penyembur lada hari ini, ketika pemimpin pelajar berhasrat untuk membuka semula pintu rundingan dengan kerajaan.
Agensi berita Channel News Asia melaporkan, tunjuk perasaan yang memasuki hari ketujuh hari ini menyaksikan berpuluh-puluh ribu penduduk Hong Kong berkumpul secara aman berhampiran pusat pentadbiran kerajaan sambil melaungkan slogan 'Keamanan Anti Keganasan' sambil menyanyikan lagu demokrasi.
Dalam satu lagi bantahan yang diadakan di daerah Mong Kok, penunjuk perasaan bertindak mengepung anggota polis yang ditugaskan ke kawasan berkenaan sambil menuduh mereka berkomplot dengan kumpulan kongsi gelap.
Wartawan AFP melaporkan, tindakan penunjuk perasaan berkenaan menyebabkan polis bertindak melepaskan semburan lada terhadap mereka.
"Polis bekerjasama dengan kumpulan samseng. Kami mempunyai saksi polis membawa samseng tersebut, sebab itu penunjuk perasaan menjadi begitu marah. Kami sudah tidak percaya kepada polis lagi," kata seorang penunjuk perasaan yang dikenali sebagai David Chan, 22.
Terdahulu, pemimpin pelajar berkata, mereka akan mengadakan rundingan dengan pihak kerajaan jika beberapa syarat yang telah ditetapkan dipenuhi.
"Selagi kerajaan memberi tindak balas yang positif berhubung permintaan kami, kumpulan pelajar sedia untuk mengadakan rundingan sekali lagi," kata ketua Persekutuan Pelajar Hong Kong (HFKS) dalam satu kenyataan hari ini.
Kumpulan prodemokrasi bertindak memenuhi jalan-jalan utama di wilayah ini sejak seminggu lalu bagi menuntut hak untuk mencalonkan pemimpin pada pilihan raya 2017 nanti, selepas Beijing menegaskan hanya calon yang dipersetujui oleh mereka boleh mengambil bahagian.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141006/lu_06/Situasi-semasa-politik-di-Hong-Kong-terus-panas#ixzz3FJJGTCNZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

6,000 tentera Filipina dan AS jalani latihan


MANILA 6 Okt. - Kira-kira 6,000 anggota tentera laut Filipina dan Amerika Syarikat (AS) menjalani latihan ketenteraan di sebuah pantai berhampiran kawasan terumbu karang yang menjadi pertikaian antara Filipina dan China.
Tentera AS dan Filipina tiba menggunakan lima pesawat milik AS, kenderaan perisai di kawasan pantai terpencil yang menghadap Laut China Selatan dalam siri latihan pertempuran terbaharu yang bermula 29 September lalu.
"AS sentiasa menjadi rakan kepada Filipina ketika kami memerlukan bantuan mereka, kami akan berada bersamanya dan kami rasakan latihan ini akan menguatkan pasukan kami lagi," kata pegawai tentera AS yang mengendalikan latihan ketenteraan, Leftenan Kolenel Robert Rice. -AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141006/lu_03/6000-tentera-Filipina-dan-AS-jalani-latihan#ixzz3FJJ6y0xP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tidak mengenal usia


SEORANG kanak-kanak duduk di atas bahu bapanya sambil melontar batu di Jamratul Aqabah di Mina, Arab Saudi, kelmarin. - AGENSI
Ketika ini semua jemaah haji berada di Mina selama tiga hari bermula pada 11, 12 hingga 13 Zulhijah untuk melaksanakan wajib haji melontar di tiga jamrah iaitu di Jamratul Ula, Jamratul Wusta dan Jamratul Aqabah.
Ibadah melontar dilaksanakan daripada kisah Nabi Ismail yang membaling tiga biji batu ke arah syaitan kerana cuba menghasut keputusan baginda yang bersedia untuk disembelih oleh bapanya, Nabi Ibrahim selepas mendapat arahan daripada Allah SWT.
Selesai melontar, para jemaah akan kembali ke Mekah untuk melakukan Tawaf Rukun diikuti bersaie di antara Bukit Safa dan Marwah sebelum bertahalul bagi mereka yang membuat Haji Tamatuk.
Bagi yang berhajat melakukan Haji Ifrad, mereka hanya perlu melakukan Tawaf Rukun dan bertahalul sahaja.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141006/lu_09/Tidak-mengenal-usia#ixzz3FJInSk27
© Utusan Melayu (M) Bhd