Monday, January 26, 2015

EU cadang mesyuarat tergempar


Sebuah trak musnah akibat bedilan roket kumpulan pemisah pro-Rusia di bandar pelabuhan Mariupol, selatan Ukraine, kelmarin.
Sebuah trak musnah akibat bedilan roket kumpulan pemisah pro-Rusia di bandar pelabuhan Mariupol, selatan Ukraine, kelmarin.
BRUSSELS - BELGIUM . Kesatuan Eropah (EU) mempertimbangkan untuk mengadakan mesyuarat tergempar bagi mencari jalan penyelesaian untuk menamatkan krisis antara Rusia dan Ukraine selepas insiden keganasan terbaharu yang meragut kira-kira 30 nyawa di pelabuhan Maruipol, kelmarin.

Menteri Luar Latvia, Edgars Rinkevics menerusi akaun Twitter beliau menggesa Majlis Hal Ehwal Luar EU supaya mengadakan satu mesyuarat luar biasa, minggu ini.

Dalam satu kenyataan lain, Menteri Luar Latvia mendakwa situasi yang semakin meruncing itu jelas menunjukkan Rusia tidak berminat untuk menghentikan konflik terbabit secara aman.

Susulan daripada itu, EU dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) menggesa Moscow menamatkan sokongan terhadap kumpulan pemisah di Ukraine. - AFP

SUBHANALLAH! Doktor Rawat Tuan Guru Nik Aziz Terkejut Tak Pernah Terjadi Kepada Pesakit Lain




Diceritakan dlm tazkirah oleh AlFadhil Ustaz Ahmad Dasuki bin Abdul Rani (anak sedara TGNA), bhw doktor telah bagi taklimat PD ahli2 keluarga trdekat dn telah memaklumkan yg TGNA telah diserang oleh kuman ke paru2 dan dah sampai ke otaknya juga menyebabkan otaknya bengkak. 
Doktor minta ahli keluarga brsiap mnghadapi sebarang kemungkinan. Beliau telah diberikan suntikan ubat pembunuh kuman (ubat yg paling kuat) oleh doktor yg merawatnya. 

Menurut doktor yg merawatnya ubat ini tidak boleh diberikan ketika seseorang tu sedar, utk menyuntik ubat tersebut perlu dibiuskan dulu kerana ia akan menyakitkan pesakit. Setelah pengsan barulah ubat boleh disuntik.
Sesuatu yg ajaibnya, walaupun setelah TGNA pengsan dan ubat dimasukkan (dah dua mlm beliau dipengsankan) TGNA apabila tepat jam 4 pg akan bangun bertahajjud (amalan yg tak pernah beliau tinggalkan sejak baligh) dan pengsan semula. 

Begitu juga apabila tiba waktu solat fardhu...الله أكبر. Lihatlah bagaimana Allah s.w.t menyayangi hambaNya. 
Dlm keadaan sakit yg sangat kritikal, tp masih membangunkan hambanya yg dikasihi utk mendengar zikirnya, rintihannya, rayuannya, doanya. Ya ALlah..Terpukul aku dengar ni. Kite yg sihat wal afiat ni apecite bro..
Menurut doktor yg merawatnya, kuman dan bengkak didalam otaknya telah hilang. Ini tak pernah berlaku kepada pesakit lain sebelum drp ini...

‘Hubungi saya’

Oleh Nazarali Saeril

nazarali@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: "Zamani boleh hubungi atau berjumpa saya pada bila-bila masa, saya akan kenalkan dia dengan tempat tertentu yang agak tertutup daripada pengetahuan ramai untuk pemulihan (ketagihan dadah)," kata Datuk Jamal Abdillah, di sini, semalam.
Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali mengulas kenyataan dibuat Zamani, 43, yang juga vokalis kumpulan Slam untuk mendapatkan rawatan akibat ketagihan dadah.
Zamani sebelum ini ditahan polis dalam serbuan di kediamannya di Taman Keramat, Ampang di sini, tengah malam Rabu lalu di atas kesalahan memiliki dadah sebelum direman.
Zamani kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis jam 10 pagi, kelmarin.
Menurut Jamal, Zamani dikenali ramai dan mungkin dia tidak selesa jika beritanya mendapatkan rawatan di pusat pemulihan tertentu sentiasa mendapat perhatian.
"Saya ada kenal beberapa pihak yang menawarkan rawatan ketagihan dadah dan ia semuanya dibuat di lokasi agak tertutup dan saya sanggup bantu Zamani.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 January 2015 @ 5:09 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/26308#sthash.AAwrhn6d.dpuf

Pemberontak Ukraine umum serangan besar-besaran



Anggota perkhidmatan Ukraine membuat rondaan di sekitar sebuah bangunan yang rosak selepas serangan di bandar pelabuhan Ukraine selatan Mariupol, hari ini. Menurut pejabat Datuk Bandar, sekurang-kurangnya 30 orang meninggal dunia dalam serangan roket ke atas pelabuhan strategik kerajaan Ukraine selepas pemberontak menolak rundingan damai. - Foto AFP
MARIUPOL (Ukraine): Pemberontak pro-Kremlin di timur Ukraine hari ini mengumumkan satu serangan besar-besaran dilakukan selepas bedilan roket yang mengorbankan sekurang-kurangnya 30 orang di bandar pelabuhan Mariupol semalam.
Susulan serangan roket itu, masyarakat antarabangsa mendesak agar Moscow segera menamatkan sebarang sokongan dan bantuan terhadap puak pemisah Ukraine itu.
Pegawai Datuk Bandar Mariupol berkata, dalam serangan itu 97 orang dilaporkan cedera apabila berpuluh roket jarak jauh dilancarkan ke bandar strategik itu.
Serangan pada awal subuh itu di daerah yang padat penduduk itu kemudian diulangi pada sebelah petang.
"Keadaan sekarang semua penduduk di bandar ini amat takut," kata seorang penduduk Mariupol.
Seorang lagi penduduk dikenali sebagai Pavlo memberitahu, berpuluh penduduk yang terselamat segera memberi bantuan kepada mereka yang cedera dari runtuhan dinding konkrit sebuah pangsapuri era Soviet.
"Hari ini kita melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas Mariupol," demikian menurut akhbar Russia, RIA Novosti memetik ketua pemberontak Republik Donetsk, Alexander Zakharchenko.
"Namun kita akan menambah serangan ini beberapa jam lagi kerana pasukan kami serang mengumpulkan kekuatan untuk melakukan operasi lebih aktif di Mariupol," kata Zakharchenko dipetik sebagai berkata.
Namun, timbalan Zakharchenko menafikan bertanggungjawab atas kematian orang awam dan memberitahu kenyataan Zakharchenko itu tidak merujuk kepada serangan roket berkenaan. - AFP

Ukraine bincang tindak balas


BEBERAPA buah kereta hangus selepas serangan roket mengenai sebuah kawasan penempatan di bandar Mariupol, Ukraine kelmarin. - AGENSI


KIEV – Presiden Petro Poroshenko mempengerusikan satu mesyuarat keselamatan tergempar semalam berhubung serangan terbaharu oleh pemberontak pro-Rusia selepas bedilan roket di sebuah bandar pelabuhan utama di Ukraine meragut 30 nyawa.
Polis Ukraine menyatakan, seramai 95 orang turut cedera apabila berpuluh-puluh roket jarak jauh mengenai sebuah kawasan penduduk dan pasar di bandar pelabuhan Mariupol kelmarin. Bandar berkenaan dikuasai oleh tentera Ukraine.
Serangan itu meningkatkan tekanan dunia terhadap Rusia untuk mengekang pemberontakan di Ukraine dan menamatkan konflik selama sembilan bulan yang sehingga kini menyebabkan 5,000 orang terbunuh.
“Presiden Rusia, Vladimir Putin secara langsung bertanggungjawab terhadap kematian, darah dan kesengsaraan rakyat Ukraine,” kata ketua Majlis Keselamatan Dan Pertahanan Negara, Oleksandr Turchynov kelmarin.
Pemerintah Ukraine mengisytiharkan satu hari berkabung untuk mangsa serangan itu dengan bendera negara di semua wilayah yang dikuasai kerajaan dikibarkan separuh tiang manakala perkhidmatan tren di sini dihentikan selama seminit semalam.
“Situasi di Mariupol kini amat berbahaya,” kata seorang penduduk bandar berkenaan, Yulia Simina.
Menurut wanita berusia 27 tahun itu, dia berpindah ke Mariupol untuk mengelak daripada menjadi mangsa pertum­pahan darah di kawasan Donetsk, timur Ukraine yang dikuasai pemberontak pro-Rusia.
Dalam perkembangan berkaitan, ketua pemberontak, Ale­xander Zakharchenko mendakwa kelmarin bahawa pihaknya telah melancarkan serangan ke atas bandar Mariupol.
Serangan ke atas Mariupol yang merupakan bandar terakhir dikawal tentera kerajaan di timur Ukraine itu menerima kecaman Barat. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0126&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3PsldeV4J 
Hakcipta terpelihara 

Ritual Keagamaan Paling Ngeri di Dunia ,Berpuasa Sehingga Mati.

 Berpuasa merupakan salah satu ibadah keagamaan umum di beberapa agama di seluruh dunia. Namun, ada beberapa budaya mempunyai ritual puasa yang ekstrem. Bahkan orang yang berpuasa tersebut sehingga mati.

Seperti disiarkan dari odditycentral.com, ritual 'Santhara' ini merupakan sebahagian daripada Jainisme, salah satu agama tertua di dunia. Para peserta dikehendaki untuk membuat sumpah untuk berhenti makan sampai mereka benar-benar meninggal.


Menurut kepercayaan ini, cara tersebut untuk membersihkan diri daripada karma buruk dan mencapai 'Moksha' yakni, pembebasan dari kitaran duniawi kematian dan kelahiran semula. Setiap tahun, ratusan Jainisme di India mengambil sumpah kejam ini. Menariknya, lebih dari 60 peratus daripada peserta adalah perempuan. Kaum perempuan diyakini lebih keras kepala daripada lelaki.


 Dalam agama Jainisme, ritual ini lebih banyak dilakukan oleh orang yang sakit teruk, tetapi orang yang sihat juga boleh mengambil bahagian. Ketika peserta merasa bahawa dia telah memasuki tahap akhir dari hidupnya, ia boleh meminta izin dari rakan-rakan, keluarga dan guru untuk melakukan Santhara. Setelah diluluskan, peserta berpuasa dari makan dan minum secara beransur-ansur. Selama masa itu dia perlu belajar untuk melepas hasrat duniawi. Jika dia tidak mampu, bererti dia telah mengagalkan sumpahnya dan harus segera berhenti berpuasa.


Hingga saat ini, satu-satunya orang yang berjaya menjalani Santhara hingga rekod 87 hari iaitu sami berusia 60 tahun bernama Sadhvi Charan pada tahun 2009. Maklumat ini diterbitkan di akhbar tempatan dan dianggap peristiwa penting bagi para Jain. Amalan Santhara diikuti oleh puluhan ribu orang di seluruh dunia, kira-kira 20 ribu orang mengikuti proses kematian Sadhvi Charan.


Cuba kita bayangkan, berpuasa hingga mati adalah perkara yang sangat susah dilakukan, harus menahan segalanya dari kehidupan duniawi. Perkara ini banyak menjadi pertentangan kerana berbeza dengan apa yang kita percayai, namun begitulah kehidupan ritual di India.
zamrispoon

30 maut serangan 
roket di Ukraine


Seorang lelaki menunggu bantuan untuk memindahkan seorang mangsa
Seorang lelaki menunggu bantuan untuk memindahkan seorang mangsa yang terbunuh dalam serangan roket di Mariupol, Ukraine kelmarin. – AFP
KIEV 25 Jan. – Sekurang-kurangnya 30 orang maut apabila beberapa siri serangan roket dilancarkan di bandar pelabuhan Mariupol yang masih dikawal kerajaan Ukraine.
Ukraine menyatakan, serangan itu dilancarkan pemberontak pro-Rusia, namun dinafikan kumpulan tersebut yang mendakwa tentera Kiev sendiri yang melakukannya.
Pejabat Datuk Bandar Mariupol berkata, sebanyak 97 orang turut cedera dalam serangan roket jarak jauh itu yang mengenai kawasan perumahan, pada awal pagi dan tengah hari semalam.
“Semua orang di bandar ini sangat takut,” kata seorang penduduk bernama Eduard kepada AFP.
Seorang lagi penduduk, Pavlo menyatakan, mereka yang terselamat membantu mangsa cedera yang terperangkap dalam runtuhan pangsapuri.
Agensi berita Rusia, RIA Novosti melaporkan, pemimpin Republik Rakyat Donestk, Alexander Zakharchenko berkata, pihaknya melancarkan serangan terhadap Mariupol.
Bagaimanapun, beberapa jam kemudian, beliau menafikan bertanggungjawab terhadap kematian penduduk awam tersebut dan menyatakan kenyataannya tidak merujuk kepada serangan roket itu.
Perdana Menteri Ukraine, Arseniy Yatsenyuk segera meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan sekatan terhadap Rusia berikutan kemaraan kumpulan pemisah itu ke bandar yang menyokong Kiev.
Presiden Ukraine, Petro Poroshenko pula mengadakan pertemuan khas Majlis Pertahanan dan Keselamatan Nasional semalam ekoran serangan tersebut.
“Kami menyokong keamanan, namun tidak akan berdiam diri. Kami akan mempertahankan negara sehingga mencapai kejayaan,” katanya dalam satu kenyataan. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/30-maut-serangan-8232-roket-di-ukraine-1.52426#sthash.254ChmVn.dpuf