Sunday, September 8, 2013
5 Peristiwa Terhebat Semasa Ramadhan
# No 2 Perang Mekah (Pembukaan Kota Mekah)
No 5 Perang Guadalete, No 4 pula adalah Perang Hattin, no 3 Perang Ain Jalut dan sekarang peristiwa terhebat semasa bulan Ramadhan dikedudukan no 2 jatuh kepada Perang Mekah.
Admin tidak berniat menyentuh secara terperinci tentang apa yang berlaku ketika Perang atau pembukaan Kota Mekah. Sebab terlalu banyak watak-watak utama yang terlibat dan kisah demi kisah dan mukjizat baginda yang membawa kepada perang Mekah ini. Terlalu panjang.. taktik dan strategi yang baginda Rasulullah lakukan ketika merancang 'Perang' ini.
Rasulullah seorang yang terlalu bijak. Rancangan untuk membebaskan Mekah dari kekufuran telah pun wujud sebelum baginda berhijrah ke Madinah lagi. Semasa baginda menjadi pemimpin di Madinah pun, matanya tetap menghala ke arah Mekah. Sekarang bagaimana baginda ingin menakluk Mekah dengan cara paling hebat sekali. Sekarang bagaimana Rasulullah mahu mengakhiri kisah sejarah yang terhebat paling indah sepanjang zaman dengan kisah penamat yang paling hebat. 'great story' 'great opening' mestilah diakhiri dengan 'great ending'.
Adakah dengan mengumpulkan bala tentera kemudian menyerang Mekah? Hahaha!! Rasulullah bukan manusia biasa. Jika kita yang menjadi pemimpin Madinah, kita hanya perlu kumpulkan bala tentera dan serang sahaja Kota Mekah. Semuda itu sahaja. Bahkan jika ada mana-mana General Tentera juga akan melakukan perkara yang sama. Rasulullah lebih hebat dari itu.
Kerana tidak mahukan pertumpahan darah, Adakah kita akan mengepung Kota Mekah? Kepung kota sehingga penduduk di dalam kota kelaparan dan merasa lemah kemudian berharap mereka akan menyerah kalah? Jika kita yang menjadi general tentera mungkin kita akan lakukan perkara yang sama tetapi Rasulullah lebih hebat dan bijak dari kita semua. Rasulullah ada strategi yang lebih hebat dari itu semua tanpa perang tanpa kepung.
Semua strategi baginda bermula 2 tahun sebelum itu iaitu pada tahun 6 Hijrah. jeng jeng jeng!!!
1) Baginda Rasulullah kenal sangat dengan perangai kafir Quraish, oleh itu baginda mahukan satu perjanjian dengan Quraish. Baginda tahu 100% bahawa perjanjian ini tidak akan ditepati oleh Quraish. Baginda tahu sooner or later Quraish akan melanggar perjanjian berkenaan. Dan ternyata benar Quraish tidak menepati perjanjian berkenaan dan ini lah peluang baginda bersama pengikutnya dan menjadikan ini sebagai salah satu sebab dan alasan untuk membuka Kota Mekkah. Baginda adalah master strategy dalam peperangan dan strategi baginda ini ditiru oleh ribuan General dan negara. Contohnya digunakan oleh Amerika pada zaman sekarang. Menyerang bangunan mereka sendiri iaitu WTC di New York dan menjadikan alasan ini untuk menyerang Iraq.. sebulan kemudian mereka menyerang Iraq. Oleh kerana Amerika juga mahukan Afghanistan, maka mereka mengatakan juruterbang yang mengebom WTC adalah anggota al-Qaeda, dan oleh kerana Osama Laden adalah pemimpin al-Qaeda dan berada di Afghanistan dan mendapat perlindungan dari Taliban, maka Afghanistan juga perlu diserang. Setahun kemudian Afganistan diserang. Taktik ini juga ditiru oleh Hitler. Hitler semasa itu telah memegang jawatan Perdana Menteri (Chancellor) telah membakar bangunan Parlimen German (Reichstag). Gila apa bakar bangunan parlimen. Hitler menuduh komunis mempunyai plot untuk menjatuhkan kerajaan German. Hitler tahu seluruh German akan marah dan bangun menentang Komunis bahkan yang tidak menyokong Hitler juga bersama-sama bersatu menentang Komunis. Hitler mengenakan tekanan kepada Presiden German agar mengeluarkan perintah darurat. Tidak lama kemudian sedar tak sedar Hitler telah menjadi Fuhrer. Pemimpin agung Germany.
2. Sekarang bagaimana kita mahu merangka satu perjanjian (Perjanjian Hudaybiah) tetapi dalam masa yang sama kita mahukan perjanjian berkenaan kelihatan seperti Quraish yang benar-benar yang mahukan perjanjian itu dan juga kita mahukan perjanjian berkenaan kelihatan seperti kemenangan kepada Quraish dan Muslim yang kalah? Memang benar Perjanjian Hudaybiah kelihatan berat sebelah dan membawa kemenangan kepada Quraish. Quraish gembira dengan perjanjian berkenaan. Para sahabat juga tidak berpuas hati dengan perjanjian ini. On the surface atau sekali lihat memang berat sebelah. Quraish menang. Islam kalah. Tapi nanti dulu. Kita sedang berurusan dengan bukan calang-calang manusia, Kita sedang berurusan dengan manusia agung. Kekasih Allah. Rasulullah memikirkan strategi berikutnya.
3. Untuk mewujudkan Perjanjian Hudaybiah , Baginda telah mewujudkan satu situasi yang dinamakan Bai'ah Ridhwan. Tanpa Bai'ah Ridhwan, maka tidak akan wujud lah Perjanjian Hudaybiah, tanpa Perjanjian Hudaybiah maka tidak adalah pelanggaran janji seperti yang dilakukan Quraish. (Jika tidak pernah berjanji sudah tentu kita tidak akan dituduh melanggari janji betul tak.) Tanpa ini semua maka tidak akan wujud Pembukaan Kota Mekah. Bai'ah Ridhuan ialah situasi di mana kesemua sahabat berikrar dan berazam untuk menuntut bela di atas kematian Uthman bin Affan. Hutang darah dibalas darah. Quraish sudah tentu goyang ketika mengetahui perkara ini. Mereka yang tidak takut akan mejadi takut. Yang takut akan menjadi semakin takut. Ketakutan inilah yang menyebabkan Quraish menemui Rasulullah dan membawa kepada Perjanjian Hudaybiah.
4. Untuk mewujudkan Bai'ah Ridhwan, baginda telah menghantar Uthman ibn Affan ke Mekkah. Kenapa Rasulullah pilih Uthman? kenapa tidak sahabat yang lain? Ini kerana Uthman datang dari keturunan Bani Umayyah. Kabilah yang hebat dan ternama. Rasululah bijak. memang ternyata bijak. Rasulullah tahu Quraish tidak berani mengapa-apakan Uthman apatah lagi membunuh Uthman apatah lagi Uthman datang ke Mekah dengan aman. Quraish tahu jika mereka membunuh Uthman, jangankan muslimin diluar Mekah akan menuntut bela di atas kematian Uthman, suku kaum dari Bani Umayyah yang masih kafir yang berada di Mekah juga akan bangun menuntut bela di atas kematian Uthman. Setelah Uthman dihantar ke Kota Mekah, telah tersebar berita mengatakan Uthman telah dibunuh oleh musyrik di Mekah. Para sahabat telah berikrar dan bersumpah akan menuntut bela di atas kematian Uthman. Sekarang kita nampak bagaimana baginda merangka strategi demi strategi. Jika baginda tidak menghantar Uthman maka sudah tentu tidak akan wujudnya berita kematian Uthman, tanpa berita kematian Uthman maka sudah tentulah Bai'ah Ridhuan tidak akan berlaku. Rasulullah memikirkan strategi berikutnya atau strategi sebelum melakukan strategi berikutnya
5. Bagaimana mahu menghantar Uthman jika baginda dan sahabat masih berada di Madinah. Jika kesemua mereka masih berada di Madinah, dan hanya menghantar Uthman sahaja, Situasi ini tidak menggerunkan Quraish. Jadi pada tahun ke-6 Hijrah Rasulullah bersama 1400 para sahabatnya telah berangkat menuju ke Mekah. Kenapa baginda hanya membawa 1400 orang sahaja? Kenapa baginda tidak membawa 10000 orang? Inilah kehebatan baginda Rasulullah. Bijak sungguh pemimpin kita. Bijak sungguh kekasih Allah ini. Rasulullah memberitahu para sahabat bahawa rombongan ini adalah untuk ke Mekah dan menunaikan haji. Rasulullah tidak mahu membawa jumlah yang ramai, kerana jumlah yang ramai akan menimbulkan ketakutan dan kelihatan terlalu dominan. situasi ini akan menyebabkan quraish menjadi taat kepada permintaan muslimin. Rasulullah tidak mahu perkara ini berlaku. Sebab itu baginda sengaja membawa angka kecil kerana tahu dengan angka kecil ini Quraish tidak akan menjadi terlalu takut. Matlamat baginda bukan pada tahun itu, matlamat baginda adalah 2-5 tahun akan datang. Ketika berita Rasulullah bersama 1400 sahabatnya menuju ke Mekkah tersebar, Quraish tertanya-tanya apakah tujuan baginda ke Mekkah? Quraish tahu jumlah Muslimin adalah tidak ramai. Ketika Uthman dihantar untuk menerangkan tujuan mereka ke Mekah adalah untuk menunaikan haji, mereka berani menyuruh rombongan pulang semula ke Madinah. Baginda tahu bahawa Quraish akan memerintahkan mereka pulang kerana baginda mahu memberikan kemenangan kosong kepada Quraish. Baginda sengaja mahukan Quraish merasa gembira. Perasaan gembira Quraish ini lah yang membawa kepada kerangka Perjanjian Hudaibiyah dan Perjanjian Hudaybiah ini lah yang membawa Pembukaan Kota Mekah 2 tahun berikutnya.
Buku-buku sejarah hanya menceritakan secara linear kisah perjalanan manusia agung ini. Rasulullah bersama 1400 sahabatnya ingin ke menunaikan haji di Mekah pada 6 hijrah, kemudian peristiwa Bai'ah Ridhwan, kemudian Perjanjian Hudaybiah, kemudian Quraish melanggar perjanjian Hudaybiah, kemudian Rasulullah pada 8 Hijrah menuju ke Mekah dan berlaku lah peristiwa Pembukaan Kota Mekah. Adakah begini mudah kisah manusia agung ini?
Sebaliknya Revolusi Islam membawa pembaca melihat sejarah manusia agung ini dari aspek yang berlainan. Sejarah tidak hanya harus di baca dari A to Z,dari kiri ke kanan, kadang-kadang sejarah perlu dibaca dari Z to A, dari atas ke bawah, dari pelbagai sudut apatah lagi jika kita membicarakan sejarah manusia paling agung dalam tamadun manusia.
Tidak keterlaluan juga, admin berpendapat bahawa baginda Rasulullah pada 6 hijrah sengaja mengajak para sahabat menunaikan haji bukan kerana baginda inginkan haji dilakukan pada tahun itu tetapi kerana baginda sememangnya menjangka dan menginginkan Bai'ah Ridhuan berlaku, kemudian dengan Bai'ah Ridhwan ia akan membawa kepada Perjanjian Hudaybiah. Baginda tahu Quraish tidak akan menepati janji dan baginda menggunakan alasan ini untuk membuka Mekkah. Jika Quraish merasa takut dan merasa bersalah bagaimana mereka bisa mengangkat senjata menentang Rasulullah. Siapakah yang menanamkan rasa takut dan rasa bersalah kepada puak Quraish jika bukan baginda sendiri yang mahukan mereka merasakan demikian.
Kisah manusia agung bersama sahabat-sahabatnya yang hebat yang sanggup berjuang bersama-sama baginda, mempertahankan akidah, menggadaikan nyawa dan harta, (malangnya syiah laknatullah mengkafirkan mereka ini) mereka disiksa dan dizalimi (keadaan mereka hampir sama seperti Muslim di Syria) mereka dihalau dari kampung halaman mereka sendiri, 10 tahun kemudian mereka datang semula ke kampung mereka sebagai conqueror sebagai pemimpin. Ini adalah turning point sejarah Islam. Seluruh tanah Arab memeluk Islam selepas itu, ribuan kabilah atau suku kaum memberi bai'ah kepada baginda dan hasilnya walaupun selepas ribuan tahun, walaupun kita tidak pernah melihat wajah baginda dan para sahabatnya, baginda Rasulullah tetap mempunyai ribuan juta pengikut yang kasih dan cintakan beliau sehingga kini.
Nota : Sebenarnya banyak lagi taktik dan Strategi Rasulullah yang admin nak ceritakan. Contohnya semasa perjanjian dilakukan, Rasulullah sengaja menjemput Bani Khuzaah dan Bani Kananah berada bersama selain wakil Quraish iaitu Suhail bin Amir. Kalau nak cerita panjang lagi ni..
Sekarang 4 peristiwa terhebat semasa Ramadhan admin dah cerita.. Tinggal lagi satu.. hehehehhe.. Salam Aidilfitri kepada pengunjung semua..
Dua letupan ragut 18 nyawa di Somalia
MOGADISHU 8 Sept. - Dua letupan kuat memusnahkan sebuah restoran di sini, menyebabkan sekurang-kurangnya 18 orang maut, semalam.
Menurut polis, letupan itu berpunca daripada sebuah bom kereta dan seorang pengebom berani mati.
Kumpulan rangkaian al-Qaeda, Shebab, mengaku bertanggungjawab melakukan serangan tersebut. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130908/lu_03/Dua-letupan-ragut-18-nyawa-di-Somalia#ixzz2eGYeeZg5
© Utusan Melayu (M) Bhd
Pakistan bebaskan tujuh anggota kanan Taliban
Islamabad: Pakistan semalam mengumumkan pembebasan tujuh anggota kanan Taliban bagi membantu proses damai dicapai di Afghanistan.
Kenyataan Kementerian Luar Pakistan berkata, tujuh tahanan itu ialah Mansoor Dadullah, Said Wali, Abdul Manan, Karim Agha, Sher Afzal, Gul Muhammad dan Muhammad Zai.
“Pembebasan ini adalah kesinambungan kepada tindakan sama yang diberikan kepada 26 tahanan lain tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan media. Presiden Afghanistan Hamid Karzai berada di Pakistan selama dua hari pada minggu lau dan bertemu Perdana Menteri Nawaz untuk kali pertama sejak pelantikannya ke jawatan itu pada Mei lalu.
Hamid meminta Pakistan membantu membuka ruang dialog dengan pemberontak Taliban tetapi penganalisis meragui Islamabad mempunyai pengaruh bagi merealisasikannya. Taliban pula secara terbuka enggan membuat sebarang hubungan dengan kerajaan Hamid dan menganggapnya boneka AS. Hamid berkata, Afghanistan berharap Pakistan menyediakan “peluang atau landasan untuk rundingan di antara kerajaan dan Taliban. - AFP
200 bahasa lenyap di India
2013/09/08
New Delhi: Lebih 200 bahasa lenyap di India sejak 50 tahun lalu, kata satu kajian baru, yang turut menyalahkan perpindahan ke bandar dan ketakutan di kalangan puak nomad untuk bercakap bahasa ibunda mereka.
Kajian dijalankan di seluruh negara sejak empat tahun lalu dan dikeluarkan minggu ini, mendapati 230 bahasa ‘lenyap’ sementara tambahan 870 terselamat dalam ujian masa di negara kaya dengan kepelbagaian dan kepesatan moden, menempatkan sejumlah besar penduduk asli dan puak.
Ganesh Devy, yang mengetuai tinjauan itu, berkata 480 bahasa puak antara yang masih dipertuturkan di India, manakala bahasa Hindi dan Inggeris mengukuhkan cengkaman dalam dunia mudah alih dan saling berhubungan.
“Saya bimbang dan cemas bahawa sejumlah besar bahasa berkurangan secara mendadak di India,” kata Devy, penulis dan pengasas Bhasha Trust tanpa kepentingan, yang berjuang memulihara bahasa, kepada AFP.
Pasukan Devy terdiri daripada 3,000 sukarelawan di seluruh India, melawat masyarakat di kebanyakan bahagian terpencil negara dengan 1.2 bilion penduduk itu, untuk mengkaji dan mendokumen bahasa yang masih dipertuturkan dan ditulis pada hari ini.
Pasukan itu meneliti bukti kewujudan bahasa seperti penggunaan lagu rakyat dan kisah dalam bahasa asal mereka selain istilah digunakan untuk persekitaran geografi.
Pasukan itu membandingkan penemuan mereka dengan keputusan satu bancian kerajaan dijalankan pada 1961 yang menyatakan kira-kira 1,100 bahasa wujud di seluruh negara.
Lima kajian pertama daripada kira-kira 50 kajian terperinci Tinjauan Bahasa Rakyat India akan didedahkan di sini hari ini.
AFP
Dunia mesti elak perang
Seorang belia menunjukkan poster Obama yang bermaksud ‘Menentang perang untuk penjajahan. Keamanan untuk Syria, ketika menyertai bantahan di Brasilia, Brazil, kelmarin. - Foto AP
Vatican: Pope Francis mengutus surat kepada Presiden Vladimir Putin yang menjadi tuan rumah sidang kemuncak G20 menggesa pemimpin dunia menentang campur tangan tentera di Syria.
Laporan dari sidang menyatakan, 11 negara G20 memberi sokongan kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menyerang Syria kerana menggunakan senjata kimia terhadap rakyatnya.
Putin pula menegaskan Russia akan membantu Syria jika serangan dilancarkan terhadap negara itu.
“Kepada semua pemimpin yang hadir, saya merayu mereka mencari jalan mengatasi perbezaan pendapat dan mengetepikan usaha sia-sia menggunakan cara ketenteraan,” katanya.
Isnin lalu, beliau menyiarkan tweet berbunyi: “Jangan lagi berperang. Berapa ramai akan menderita, sejauh mana kemusnahan dan masalah jika senjata digunakan.”
Mahu keamanan
Pada Selasa, beliau sekali lagi menyiarkan tweet berbunyi: “Kita mahu keamanan untuk semua ketika masyarakat berpecah belah dan dilanda konflik. Saya kutuk sekeras-kerasnya penggunaan senjata kimia.”
Tweet terbaru beliau menyatakan: “Saya mendesak semua pihak yang terbabit dalam konflik tidak hanya memikirkan kepentingan sendiri. #prayforpeace.”
Perpecahan dan perbezaan pendirian itu dilihat dalam sidang G20 dengan 11 negara menandatangani perisytiharan mengenai Syria iaitu Amerika, Perancis, Arab Saudi, Korea Selatan, Itali, Sepanyol, Turki, Jepun, Britain, Kanada dan Itali.
Putin pula mengetuai blok menolak perisytiharan menyalahkan Syria dan menyokong serangan.
Menyertai Russia, negara lain ialah Argentina, Brazil, China, Kesatuan Eropah (EU), Jerman, India, Indonesia, Mexico dan Afrika Selatan.
Ketika berucap menamatkan sidang itu semalam, Putin berkata masyarakat antarabangsa menentang blok yang mahu campur tangan di Syria.
“Adakah kami membantu Syria? Kami akan membantu. Kami sudah membantu dengan menghantar senjata,” katanya.
Lancar tindakan ketenteraan
Obama kini akan meminta sokongan anggota Kongres untuk melancarkan tindakan ketenteraan ke atas Syria dan undian akan dilakukan selepas ahli dewan kembali bersidang esok.
Beliau juga akan berucap kepada penduduk Amerika menerusi televisyen mengenai Syria pada hari Selasa.
Obama yang turut meminta sokongan EU tentu gembira selepas jurucakap dasar luar pertubuhan itu, Catherine Ashton, bersetuju bahawa maklumat yang ada menunjukkan kerajaan Syria yang melakukan serangan kimia ke atas rakyatnya, Ogos lalu.
AGENSI
Vatican: Pope Francis mengutus surat kepada Presiden Vladimir Putin yang menjadi tuan rumah sidang kemuncak G20 menggesa pemimpin dunia menentang campur tangan tentera di Syria.
Laporan dari sidang menyatakan, 11 negara G20 memberi sokongan kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menyerang Syria kerana menggunakan senjata kimia terhadap rakyatnya.
“Kepada semua pemimpin yang hadir, saya merayu mereka mencari jalan mengatasi perbezaan pendapat dan mengetepikan usaha sia-sia menggunakan cara ketenteraan,” katanya.
Isnin lalu, beliau menyiarkan tweet berbunyi: “Jangan lagi berperang. Berapa ramai akan menderita, sejauh mana kemusnahan dan masalah jika senjata digunakan.”
Mahu keamanan
Pada Selasa, beliau sekali lagi menyiarkan tweet berbunyi: “Kita mahu keamanan untuk semua ketika masyarakat berpecah belah dan dilanda konflik. Saya kutuk sekeras-kerasnya penggunaan senjata kimia.”
Tweet terbaru beliau menyatakan: “Saya mendesak semua pihak yang terbabit dalam konflik tidak hanya memikirkan kepentingan sendiri. #prayforpeace.”
Perpecahan dan perbezaan pendirian itu dilihat dalam sidang G20 dengan 11 negara menandatangani perisytiharan mengenai Syria iaitu Amerika, Perancis, Arab Saudi, Korea Selatan, Itali, Sepanyol, Turki, Jepun, Britain, Kanada dan Itali.
Putin pula mengetuai blok menolak perisytiharan menyalahkan Syria dan menyokong serangan.
Menyertai Russia, negara lain ialah Argentina, Brazil, China, Kesatuan Eropah (EU), Jerman, India, Indonesia, Mexico dan Afrika Selatan.
Ketika berucap menamatkan sidang itu semalam, Putin berkata masyarakat antarabangsa menentang blok yang mahu campur tangan di Syria.
“Adakah kami membantu Syria? Kami akan membantu. Kami sudah membantu dengan menghantar senjata,” katanya.
Lancar tindakan ketenteraan
Obama kini akan meminta sokongan anggota Kongres untuk melancarkan tindakan ketenteraan ke atas Syria dan undian akan dilakukan selepas ahli dewan kembali bersidang esok.
Beliau juga akan berucap kepada penduduk Amerika menerusi televisyen mengenai Syria pada hari Selasa.
Obama yang turut meminta sokongan EU tentu gembira selepas jurucakap dasar luar pertubuhan itu, Catherine Ashton, bersetuju bahawa maklumat yang ada menunjukkan kerajaan Syria yang melakukan serangan kimia ke atas rakyatnya, Ogos lalu.
AGENSI
Portal jual bawang 45 sen sekilogram
NEW DELHI - Sebuah portal beli-belah utama mendapat sambutan hangat di India kerana menawarkan bawang pada harga jauh lebih murah berbanding harga pasaran.
Portal berkenaan, Groupon menawarkan barangan itu pada harga runtuh iaitu hanya 14 sen (45 sen) sekilogram (kg), Khamis lalu.
Tawaran tersebut dibuat ketika harga sayuran dan bawang meningkat dengan mendadak di India.
Setakat kelmarin, seramai 8,057 pelanggan telah membeli bawang tersebut secara dalam talian. Bawang merupakan antara ramuan paling penting dalam masakan di India.
Pihak Groupon juga telah menjual sebanyak 5,000 kg bawang di laman webnya sejak tawaran tersebut disiarkan.
"Pada hari pertama ia ditawarkan, sebanyak 5,000 kg telah dijual. Hari ini (kelmarin) laman web kami tergendala selama 10 minit kerana terlalu banyak permintaan yang diterima," kata Ketua Eksekutif Groupon India, Ankur Warikoo.
"Sambutan yang kami terima benar-benar hebat," tambahnya.
Menurut Ankur, ini kali pertama portal beli-belah berkenaan menjual bawang di internet pada harga runtuh.
Firma internet antarabangsa tersebut beribu pejabat di Amerika Syarikat. - AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0908&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2eGFccMcI
Hakcipta terpelihara
Subscribe to:
Posts (Atom)