Showing posts with label Nazri Aziz. Show all posts
Showing posts with label Nazri Aziz. Show all posts

Thursday, November 1, 2012

Dicekup Anak Menteri Datuk Seri Nazri Aziz Hidup Mewah Dan Rasuah 3 Juta – Check Out Photo Gallery

Oleh Aedi Asri
KUALA LUMPUR Anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menikmati manfaat terus dari Michael Chia, ahli perniagaan yang terbabit dalam skandal RM40 juta untuk Umno Sabah.
Dedah Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada sidang medianya di Parlimen hari ini, Nedim Nazri menggunakan kenderaan mewah jenis Hummer berwarna hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776 milik Chia.
“Kenderaan itu berharga RM459,000…hak miliknya boleh disahkan melalui carian saman di laman MyEG.
“Saman bernombor 1100105197 bertarikh 1 April 2011 mengesahkan ia milik Michael Chia atau Chia 0tien Woh (670406-12-5261),” jelas Rafizi.
Menurut Rafizi, berdasarkan pemantauan, kereta tersebut kebiasaannya dipandu oleh pemandu peribadi keluarga Nedim di antara kediaman beliau di Clearwater Residence, dan kedai miliknya di Bangsar Shopping Complex.
Rafizi turut menunjukkan beberapa gambar bukti

Beberapa hari lalu Nazri Abdul Aziz telah menafikan menerima RM3 juta daripada ‘kawan’ hartawan kayu tetapi tidak pasti samada kawannya itu meminjamkan keretanya kepada anaknya.
Itu kenyataannya bila mengulas tulisan Raja Petra Kamarudin mendakwa bahawa Nazri dan anaknya Mohamad Nedim masing-masing menerima RM3 juta dan sebuah kereta sport dari Chia.
“Oh tidak, ia tidak benar, ia tidak benar. Chia ialah rakan. Saya tidak tahu jika dia dipinjamkan kereta untuk anak saya. Anda perlu bertanya kepada anak saya, “katanya di pejabatnya.
Jika kita pergi untuk bertanya kepada anak Nazri Aziz sendiri ada dua kemungkinan yang akan kita hadapi. Samada kita akan dibelasah oleh anaknya itu ataupun pertanyaan kita tidak akan dilayannya.
Bagi merungkai jawapan tentang kereta mewah tersebut KEADILAN dengan kerjasama Sarawak Report telah menjalankan siasatan sendiri untuk mengesahkan bahawa kenderaan mewah itu benar-benar digunakan oleh anak Dato’ Seri Nazri Aziz.
Dan penemuannya ialah memang benar sebuah kereta mewah milik Micheal Chia kini digunakan oleh anak Nazri Aziz tetapi yang ditemui ialah Hummer.
Sebagai seorang Menteri kanan yang dipertanggungjawabkan menangani kes-kes rasuah dan pengubahan wang haram yang sensitif seperti kes RM40 juta ini, Nazri Aziz perlulah telus, bersih dan dilihat tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan mana-mana individu yang dipertahankan beliau.
Malangnya, KEADILAN mempunyai bukti bahawa kaum keluarga beliau mendapat manfaat terus (direct benefit) dari sumbangan Michael Chia, iaitu individu utama yang dituduh di dalam skandal RM40 juta.
Anak kepada Dato’ Seri Nazri Aziz iaitu Nedim Nazri Aziz dan keluarganya mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776.
Kenderaan mewah Hummer hitam WNX 9776 ini dianggarkan berharga lebih RM459,000 dan dimiliki oleh Michael Chia. Hakmilik ini boleh disahkan melalui carian saman di laman MyEG.
Saman bernombor 1100105197 bertarikh 1 April 2011 mengesahkan bahawa kenderaan Hummer hitam (gambarnya disertakan sekali di dalam carian saman MyEG seperti dalam Gambar A2) adalah dimiliki oleh Michael Chia atau Chia Tien Foh (670406-12-5261).
Bukti-bukti berikut (diperolehi melalui siasatan mengenai latar belakang anak Dato’ Seri Nazri Aziz dan pemantauan Hummer WNX 9776) mengesahkan bahawa kenderaan tersebut digunakan sepenuhnya oleh anak Dato’ Seri Nazri Aziz:
i) Kenderaan tersebut berada di parkir Clearwater Residence, Damansara Heights
Pemantauan kami menunjukkan bahawa Hummer WNX 9776 dipandu oleh pemandu peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz. Rutin harian kenderaan tersebut banyak berkisar di antara Clearwater Residence (kediaman anak Dato’ Seri Nazri Aziz) dan Bangsar Shopping Complex (kedai anak Dato’ Seri Nazri Aziz).
Gambar-gambar pemantauan di lobi Clearwater Residence yang jelas membuktikan bahawa kenderaan itu berulang-alik dari Clearwater Residence dan dipandu oleh pemandu dan pengawal peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz.



.sumber

Wednesday, February 15, 2012

Apa yang tidak kena dengan Valentine, soal Nazri

KUALA LUMPUR, 14 Feb — Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini berkata, orang Islam seharusnya dibenarkan untuk menyambut Hari kekasih.
"Kenapa tidak boleh disambut? Saya tidak bersetuju ... ia bukannya satu bentuk sembahyang," katanya.
 Bunga mawar merah dijual di sebuah kedai di Bangkok, Thailand 14 Feb, 2012. — Foto Reuters
Menteri berkaitan undang-undang ini turut mengulas kenyataan menteri berkaitan Islam Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang berkata pihak berkuasa agama Islam akan melancarkan kempen besar-besaran seluruh negara bagi mencegah umat Islam menyambut Hari Kekasih hari ini.
"Apa salah Hari Kekasih? Mayarakat hanya menyatakan rasa kasih sayang kepada orang lain.
"Apa beza hari itu dengan hari-haru yang lain, bila kita boleh lakukan perkara yang sama?" soal Nazri.
Malah, beliau turut mengkritik PAS kerana melaksanakan kempen menetang Hari Kekasih, dan menambah usaha seperti itu adalah "mengarut."
Jumaat lalu, Khutbah Jumaat turut melarang umat Islam meyambut sambutan Hari Kekasih kerana Jabatan Kemajuan Islam 9Jakim) menyatakannya bertentangan dengan ajaran Islam.
Berdasarkan teks khutbah berkenaan yang bertajuk "Awas jerat Valentine", umat Islam dinasihatkan agar tidak mempelawa seseorang individu menjadi Valentine mereka kerana ia akan menjadikan seseorang itu syirik.
Pemuda PAS turut menyebarkan kempen anti-Valentine sejak beberapa tahun lalu.
Tahun ini, parti Islam itu mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas mengawal iklan-iklan dan promosi berkaitan sambutan Hari Kekasih bagi mencegah gejala sosial daripada berleluasa.