Monday, May 2, 2011

Wanita pulang dari Lombok


KUALA TERENGGANU: Seorang wanita Terengganu yang ditinggalkan oleh suaminya di Lombok, Indonesia, semasa mengandung dua bulan, akhirnya pulang ke kampungnya di sini, semalam.
Harlizan Ibrahim, 36, yang mengikut pemuda Indonesia ke Lombok lebih dua tahun lalu, tiba bersama anak bongsunya Zulfaqar Abdullah Asbi, 13 bulan, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 5 pagi semalam.

"Saya sungguh bersyukur kerana dapat pulang setelah dua tahun empat bulan meninggalkan kampung halaman. Setelah tiga bulan saya ke sana, ayah meninggal dunia...ini menguatkan lagi keinginan saya untuk pulang menemui ibu saya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Turut menemani Harlizan ialah kakaknya Hartini, 40 dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu Badrol Hisham Zaki.

Harlizan berkata pemergiannya ke Lombok bermula satelah mengikut pemuda Indonesia itu yang berjanji akan mengahwininya di sana.

Sebelum itu, beliau telah berumah tangga dengan dikurniakan tiga orang anak lelaki berumur antara enam dan 17 tahun namun telah bercerai dengan suaminya. Semua anaknya tinggal bersama bekas suami itu. - Bernama

Anak bongsu dan tiga cucu Gaddafi dilapor terbunuh dalam serangan Nato


AKIBAT SERANGAN: Rumah anak lelaki Encik Muammar Gaddafi, Encik Saif al-Arab, rosak teruk akibat serangan Nato semalam, menurut pemerintah Libya. -- Foto REUTERS


TRIPOLI: Anak bongsu pemimpin Libya, Encik Muammar Gaddafi, dan tiga cucunya dilaporkan terbunuh dalam serangan udara tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), awal pagi semalam.
Rumah Encik Saif Al-Arab Gaddafi, 29 tahun, dilaporkan diserang oleh peluru berpandu Nato, kata jurucakap pemerintah Libya, Encik Mussa Ibrahim.Encik Gaddafi dan isterinya turut berada dalam rumah berkenaan ketika serangan udara itu dilancarkian tetapi disahkan tidak cedera.Ketiga-tiga cucu pemimpin Libya yang terkorban itu dilaporkan berumur bawah 12 tahun.Encik Saif merupakan anak keenam Encik Gaddafi dan beliau pernah menuntut di sebuah universiti Jerman tetapi tidak menghabiskan pengajiannya.Ibu Encik Saif adalah Cik Safiya Farkash iaitu isteri kedua Encik Gaddafi.Semalam, pegawai-pegawai Libya telah membawa wartawan ke sebuah rumah satu tingkat di kawasan kediaman elit.Sebahagian ruang atap rumah itu kelihatan musnah.'Apa yang kita lihat sekarang ialah undang-undang rimba. Kami berpendapat sudah jelas kepada semua orang sekarang bahawa apa yang berlaku di Libya tidak ada kena mengena dengan usaha melindungi orang awam,' kata Encik Ibrahim.'Ini operasi langsung untuk membunuh pemimpin negara ini. Pemimpin kami (Encik Gaddafi) berada dalam keadaan sihat. Beliau tidak cedera. Isterinya juga berada dalam keadaan sihat,' tambah beliau.Menurut Encik Ibrahim, Encik Saif sedang 'berbual dengan bapa dan ibunya serta anak-anak saudaranya apabila beliau diserang bagi kesalahan yang beliau tidak lakukan.'Sementara itu, Nato telah menafikan pihaknya menyasarkan ahli keluarga Encik Gaddafi dalam serangan udara awal pagi semalam itu.'Nato akan terus melakukan serangan udara terhadap rejim ketenteraan di Tripoli, termasuk mengebom pusat perintah dan bangunan di kawasan Bab al-Azizya pada awal pagi ini (semalam),' katanya.Selasa lalu, Setiausaha Pertahanan Britain, Encik Liam Fox, dan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat, Encik Robert Gates, memberitahu pemberita di Pentagon bahawa pesawat-pesawat Nato tidak menyasarkan Encik Gaddafi secara khusus tetapi akan terus menyerang pusat-pusat perintah tindakan ketenteraan.Serangan semalam dilancarkan beberapa jam selepas Encik Gaddafi meminta agar rundingan diadakan dengan negara-negara anggota Nato bagi mengakhiri serangan ke atas Libya yang sudah berlarutan hampir dua bulan.Puak pemberontak dan Nato telah menolak tawaran rundingan itu. -- AP, AFP, Reuters.

Patut didakwa

KUALA LUMPUR: “Jika ada bukti, lelaki itu patut dibawa ke muka pengadilan kerana kesalahan berkahwin lebih daripada empat isteri,” kata Ketua Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, Dr Niekmah Adam.
Beliau mengulas mengenai seorang lelaki dipercayai mempunyai isteri di setiap negeri berjumlah 15 orang, sama ada dinikahi secara sah atau sebaliknya yang disiarkan Metro Ahad, semalam.

Tembelang lelaki itu terbongkar apabila isteri kelimanya yang berusia 34 tahun menyiasat status suaminya kerana sering didera fizikal dan mental hingga keguguran ketika kandungan berusia dua bulan. Lelaki berkenaan didakwa turut memiliki barang pelik seperti batu nisan mangsa maut kemalangan, buluh perindu, patung kayu serta bahan pelik lain dipercayai menjadi senjata untuk memikat wanita. Niekmah berkata, lelaki itu bukan saja menganiayai wanita, menipu, tidak menunaikan kewajipan kepada keluarga, memukul dan menghina, bergaul dengan mereka secara patut malah melakukan dosa besar menggunakan ilmu sihir dan mencuri.

“Justeru, wanita yang teraniaya perlu berani tampil menegakkan keadilan. Jika tidak dia seperti bersubahat dengan perbuatan lelaki berkenaan dan mungkin lebih ramai lagi wanita yang tertipu sama ada terkena sihir atau tidak.

“Selain itu saya ingin tegaskan mengenai bahaya bercinta melalui Internet kerana lebih mudah terdedah kepada penipuan seperti yang berlaku kepada salah seorang mangsa,” katanya.


Beliau berkata, lelaki berkenaan yang pasti sudah banyak melakukan maksiat, tidak takut kepada Allah serta membuat kejahatan demi kejahatan perlu ditangkap dan disiasat pihak berkuasa, malah jika sabit kesalahan dia sepatutnya dihukum supaya tidak menipu lebih ramai wanita.

“Lelaki terbabit perlu ingat, jika dia terlepas di dunia, tapi yang pasti tidak akan terlepas dari hukuman di akhirat.

“Perbuatan menipu, amalan ilmu hitam, mendera isteri, tidak bertanggungjawab serta mencuri harta isteri melanggar hukum yang lelaki diharuskan berkahwin maksimum empat isteri, itu pun dengan syarat yang ketat,” katanya.
myMetro

Obama jadikan Trump bahan sendaan di depan wartawan

myMetro WASHINGTON: Presiden Barack Obama mencetuskan ketawa apabila dia mempersenda bilionair hartanah, Donald Trump, ketika menghadiri majlis makan malam Persatuan Koresponden Rumah Putih, semalam.
Kata Obama, Trump semakin lantang sejak akhir-akhir ini.

“Dia sangat gembira kerana akhirnya dapat memberi fokus kembali kepada isu yang penting, seperti adakah kita memalsukan pendaratan di bulan satu ketika dulu? Apakah yang sebenarnya berlaku di Roswell?” katanya, disambut tepukan gemuruh dan ketawa hadirin.

Trump turut berada di majlis makan malam itu.

Roswell - kawasan terpencil di New Mexico - didakwa sesetengah pihak menjadi tempat pesawat makhluk asing terhempas pada 1947.


Minggu lalu, Trump mengkritik Obama dan menimbulkan isu asal-usul Presiden AS.

Kenyataan itu dibuat ketika dia cuba melihat reaksi orang ramai terhadap hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya presiden tahun depan.

Katanya, Obama tidak layak menjadi presiden kerana bukan dilahirkan di AS.

Menurut Obama, Trump biasanya membuat keputusan penting seperti dibuktikan dalam program realiti televisyen The Apprentice.

“Keputusan dibuatnya itulah yang mendorong saya berjaga malam. Sangat bagus, tuan.


“Saya rasa kita semua tahu pengalaman luas serta kewibawaan Trump. Katalah apa saja kepadanya dan dia akan membawa perubahan di Rumah Putih,” kata Obama. - Reuters

Megawati gesa pertahan Pancasila


JAKARTA 1 Mei – Bekas Presiden Indonesia, Megawati Soekarnoputri menggesa pemerintah negara ini bertindak tegas terhadap sebarang ideologi yang menolak prinsip Pancasila seperti mewujudkan Negara Islam Indonesia (NII).

Menurut beliau, selagi pemerintah Indonesia tidak mengambil tindakan konsisten melaksanakan ideologi Pancasila, ia akan membuka ruang bagi kehadiran fahaman lain.
“Kita seharusnya tegas mengenai hal ideologi. Yang kita tahu ideologi kita Pancasila dan itu sebagai konstitusi bangsa dan negara,” kata Megawati.
Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan itu turut menegaskan, bahawa rakyat Indonesia tidak ada pilihan lain, selain memastikan falsafah Pancasila menjadi benteng kemakmuran negara.
Justeru, di bahu pemerintah terpikul amanah ini bagi mempertahankan Perlembagaan negara, tegasnya berulang kali.
Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono sebelum ini memberi amaran negara ini menghadapi gelombang fahaman radikal yang semakin meningkat.
Kebangkitan itu berlaku berikutan beberapa serangan bom dan jenayah yang didorong oleh prejudis terhadap golongan tertentu.
Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla pula menegaskan, gelombang fahaman radikal tercetus akibat kelemahan pemerintah menangani isu-isu seperti kemiskinan dan ketidakadilan dalam sistem kehidupan rakyat. – Utusan

'Mimpi ngeri' ke Bukit Bendera




ORANG ramai bersesak-sesak untuk membeli tiket kereta api Bukit Bendera, semalam.


PULAU PINANG 1 Mei - Hari ini merupakan hari pertama Bukit Bendera di sini dibuka semula kepada orang ramai selepas setahun ditutup berikutan kerja-kerja menaik taraf perkhidmatan kereta api ke puncak bukit tersebut.
Sepatutnya ia memberikan kegembiraan kepada pengunjung ke kawasan yang menjadi salah satu ikon pelancongan bagi negeri ini.
Namun, ramai yang pulang dengan hampa kerana apa yang disajikan seolah-olah tidak berbaloi dengan wang ringgit dan keringat mereka.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati pengunjung terpaksa berbaris panjang sejauh 100 meter dan menunggu kira-kira dua jam untuk membeli tiket serta menaiki kereta api.
Malah, untuk sampai ke pusat pelancongan itu dari pusat bandar, penulis terperangkap hampir dua jam dalam kesesakan lalu-lintas berikutan tempat letak kereta tidak mencukupi.
Seorang pengunjung dari Perak, Amirjit Singh berkata, pada mulanya dia begitu teruja untuk datang ke situ untuk menikmati udara nyaman di samping mencuba kereta api baru.
"Malangnya semua itu hanya imaginasi manis sahaja kerana saya terpaksa beratur berjam-jam bagi mendapatkan tiket.
"Bila sampai di atas pula, tiada apa yang baru. Yang baru cuma kereta api," ujarnya kepadaUtusan Malaysia.
Perbadanan Bukit Bendera (PHC) hari ini membuka semula kawasan pelancongan tersebut kepada orang ramai selepas Kementerian Pelancongan menyerahkan projek naik taraf Bukit Bendera kepada anak syarikat kerajaan DAP Pulau Pinang itu pada 19 Mac lalu.
PHC mengenakan tambang baru sekali ganda iaitu RM8 bagi dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak.
Sebelum ini, tambang yang dikenakan adalah RM4 bagi dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.
Pelancong asing pula dikenakan tambang RM30 bagi dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak.
Menurut Amirjit lagi, pihak pengurusan Bukit Bendera sepatutnya mengambil serius perkara ini dan bukan hanya mengutamakan hasil pendapatan semata-mata.
"Pengunjung mahu menjadikan lawatan ke sini sebagai nostalgia, tapi satu kenangan manis pun saya tak dapat," jelasnya.
Kakitangan awam, Saiful Lizan Ibrahim, 38, pula berkata, dia kecewa kerana banyak kemudahan awam yang sepatutnya disediakan oleh PHC belum disiapkan.
Sebagai contoh, menurutnya, kedai cenderahati juga belum disiapkan dan ia sudah tentu mengecewakan pelancong khususnya dari luar negara yang mahu mengabdikan kenangan mereka ke situ.
"Sepatutnya mereka perlu tunggu kesemuanya siap dengan lengkap, kemudian barulah buka kepada orang ramai.
"Tempat letak kereta pun tak cukup hinggakan saya sekeluarga terpaksa tunggu dua jam untuk mendapatkan tiket," katanya dalam nada kecewa.
Sementara itu, pelancong dari India yang hanya mahu dikenali sebagai Himanshu pula memberitahu, dia terkejut dengan kadar tambang baru berkenaan.
"Saya pernah ke sini beberapa tahun dulu, dulu tiketnya tidak semahal ini malah kereta api juga bergerak perlahan dan saya dapat menyaksikan keindahan alam sekitar dari kaki bukit hingga ke puncak bukit," katanya.
"Tapi kereta api baru ini terlalu laju sehingga saya tidak dapat menikmati apa yang saya pernah nikmati dulu," ujarnya.
Pelancong dari Amerika Syarikat, Gautam Kanwar pula menjelaskan, hasrat untuk membawa rakannya mungkin terpaksa dipendamkan kerana tiketnya yang mahal selain tiada daya tarikan di situ.
"Saya sendiri rasa malu untuk membawa rakan saya ke sini.
"Sepatutnya kawasan ini menjadi tempat paling menarik untuk dikunjungi," jelasnya.-bharian

4 negeri tiada lagi pilihan raya kecil DUN



KUALA LUMPUR – Pilihan raya kecil tidak perlu diadakan lagi di empat negeri sekiranya berlaku kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ekoran penggal DUN negeri berkenaan telah genap tiga tahun.
Empat negeri itu adalah Sabah selepas tempoh tiga tahun DUN tamat pada 29 April, Negeri Sembilan (25 April), Selangor (22 April) dan Melaka (21 April).
Kedudukan DUN di negeri berkenaan berdasarkan Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun sebelum tamat sesi Parlimen dan DUN seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Sementara itu, tiga negeri akan cukup tempoh tiga tahun DUN pada bulan ini adalah Terengganu (6 Mei), Kedah (20 Mei) dan Pahang (21 Mei) manakala DUN yang cukup tempoh tiga tahun bulan hadapan adalah Perlis dan Perak (24 Jun) serta Johor (19 Jun).
Tempoh tiga tahun bagi DUN Kelantan adalah pada 7 Julai manakala Pulau Pinang pula pada 21 Julai.-kosmo