Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Saturday, April 13, 2013

Pengasas Facebook lancar laman politik

Zuckerberg
Mark Zuckerberg ketika bercakap pada persidangan TechCrunch Disrupt di San Fransisco, semalam. - Foto ihsan abcnews
NEW YORK - Ketua pegawai eksekutif laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg bekerjasama dengan pemimpin di Silikon Valley, California melancarkan kumpulan politik di dalam laman sosial itu bertujuan menyusun semula dasar imigresen, meningkatkan taraf pendidikan dan menggalakkan pelaburan dalam penyelidikan saintifik.

Dipetik AP, Zuckerberg berkata, Amerika Syarikat memerlukan pendekatan baru kepada isu-isu ini sekiranya mahu mempunyai ekonomi mampan dan jitu.

“Pembangunan ekonomi dapat dicapai melalui penawaran tenaga mahir kepada pendatang dari mana-mana kewarganegaraan,” katanya.

Menurutnya, dasar dan rang undang-undang imigresen yang ada kini perlu diubah supaya lebih komprehensif.

Sunday, October 7, 2012

Jaket untuk pengguna Facebook berpeluk



Jaket khas yang akan mengembung seperti sedang berpeluk apabila pemakai menekan butang Like dalam laman sosial Facebook.
SAN FRANCISCO 6 Okt. - Institut Teknologi Massachusetts (MIT) berjaya menghasilkan jaket khas yang membolehkan pengguna laman sosial Facebook berpelukan antara satu sama lain tidak kira berapa jauh jarak mereka.
Gambar jaket yang diberi nama Like-A-Hug itu disiarkan semalam di dalam laman web perekanya, Melissa Kit Chow, berfungsi dengan cara mengembung seolah-olah berpeluk apabila pemakainya menekan butang Like pada setiap komen atau ulasan di dalam laman sosial itu.
Menurut laman web itu lagi, Chow bekerjasama dengan Andy Payne dan Phil Seaton di Makmal Media MIT bagi menghasilkan jaket hitam berkenaan.
"Like-A-Hug membolehkan pelukan dibuat melalui Facebook, membuatkan kita merasa dekat walaupun sebenarnya jauh," kata Chow yang mengulas rekaannya itu.
Sekiranya penghantar pesanan dan penerima memakai Like-A-Hug, mereka boleh saling berpelukan antara satu sama lain.
Chow yang berkelulusan dari Sekolah Rekaan Harvard menggambarkan dirinya seorang yang peka dengan interaksi sekeliling setiap hari bagi membangkitkan pengalaman sentuhan semula jadi. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121007/lu_03/Jaket-untuk-pengguna-Facebook-berpeluk#ixzz28bdLbyH1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, September 9, 2011

Facebook untung RM4.78 bilion enam bulan pertama 2011

SAN FRANCISCO: Keuntungan Facebook naik sekali ganda kepada AS$1.6 bilion (RM4.78 bilion) pada separuh tahun pertama 2011 walaupun berdepan dengan kesukaran mendapatkan iklan dan terpaksa bersaing dengan Google Inc.
Keuntungan bersih yang dicatat pada pertengahan tahun 2011 pula hampir mencapai AS$500 juta (RM1.496 bilion) kata pegawai yang mahu namanya dirahsiakan kerana Facebook tidak pernah mendedahkan kedudukan kewangan mereka.
Kewangan Facebook menjadi kukuh apabila pelabur menaikkan nilai hingga US$80billion dalam pasaran persendirian. Pemerhati industri menjangka laman sosial nombor satu dunia itu akan masuk ke papan bursa saham pada 2012. - Agensi 

Friday, June 3, 2011

1 bilion guna Facebook tahun depan


NEW YORK: Hampir 700 juta orang menggunakan laman Facebook di seluruh dunia, dengan angka itu dijangka mencecah satu bilion pada musim bunga tahun depan.
Berdasarkan laman statistik Social Bakers, perkembangan terpantas dicatat di Brazil apabila Facebook mencatat 1.9 juta pengguna bulan lalu di negara terbesar Amerika Selatan itu. Negara lain yang mempunyai pengguna rangkaian sosial yang semakin meningkat adalah Indonesia, Filipina, Mexico dan Argentina.

Pertambahan itu menyaksikan laman diasaskan Mark Zuckerberg mempunyai 20 juta pengguna baru secara purata setiap bulan. Laman rangkaian sosial itu mencatat peningkatan sejak September 2009. Pada Julai lalu ketika Facebook mencapai 500 juta pengguna, Zuckerberg berkata tidak mustahil ia akan mencapai satu bilion pengguna.

“Saya jamin ia akan berlaku,” katanya pada Festival Pengiklanan Antarabangsa Cannes Lions. “Pasti menarik untuk menyaksikan bagaimana ia terjadi,” tambahnya. - Agensi
myMetro | 1 bilion guna Facebook tahun depan

Sunday, April 24, 2011

Usah layan lelaki Afrika di Facebook



PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia terutama wanita dinasihatkan supaya menolak permintaan daripada mana-mana lelaki Afrika yang mahu berkenalan menerusi laman sosial Facebook bagi mengelak diperdaya menjadi 'keldai dadah'.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot berkata, daripada 1,880 rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara setakat 31 Mac lepas, seramai 833 orang adalah bersabit kes dadah.
"Mereka terdiri daripada 675 lelaki dan 158 wanita yang ada antaranya terpedaya menjadi keldai dadah selepas berkenalan dengan lelaki warga asing khususnya warga Afrika menerusi laman sosial itu.
"Facebook itu tidak ada masalah. Tetapi jika disalahgunakan boleh jadi musuh ketat. Saya minta kalau ada lelaki Afrika ingin berkenalan dalam Facebook, block (halang) sahaja," katanya selepas merasmikan sambutan Hari Keluarga Wisma Putra di sini semalam.

Monday, April 18, 2011

Luah masalah di facebook punca perceraian



KUALA TERENGGANU – Konflik rumah tangga antara suami isteri sudah tidak menjadi rahsia antara pasangan apabila perkara itu dibincangkan secara umum melalui laman sosial ‘facebook’.

Perunding Motivasi dan Kaunselor berdaftar, Hushim Salleh mengakui, pendedahan secara terbuka itu membimbangkan walaupun ia sepatutnya menjadi kerahsiaan dan tidak patut diketahui orang lain.

Menurutnya, keadaan itu bertambah parah apabila krisis yang sepatutnya boleh dileraikan dengan cara baik akan mendorong kedua-duanya bertindak menamatkan hubungan masing-masing dengan perceraian.

“Sepanjang Januari hingga awal April lalu, kira-kira 15 hingga 20 peratus suami atau isteri yang berjumpa dengan saya kerana masalah perkahwinan telah menggunakan ‘facebook’ untuk meluahkan perasaan masing-masing.

“Penggunaan facebook bagi tu-juan itu bertambah mendadak berbanding tahun lalu,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi selepas Seminar Keunggulan Keluarga (Pengurusan Stress dan Konflik dalam Rumahtangga) di Dewan Auditorium di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di Kompleks Seri Iman, semalam.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama JHEAT, Rozali Salleh turut hadir merasmikan seminar tersebut selain Ketua Penolong Pesuruhjaya (Undang-Undang Keluarga), Ismail Abdul Ghani. Kata Husim, perkara itu berlaku disebabkan pasangan tersebut tidak mempunyai kesedaran untuk menjaga kerahsiaan rumahtangga.

Katanya, kerahsiaan itu perlu dipelihara dan jauh sekali membincangkan secara terbuka di facebook.

“Penyelesaian terbaik adalah menggunakan kaedah bersemuka dengan pasangan masing-masing dengan mengkaji punca wujudnya konflik,” katanya.

Beliau menjelaskan, kaedah tersebut lebih berkesan kerana ia merangkumi komunikasi dan pandangan antara dua pihak, pandangan mata, luahan dari hati dan belaian kasih sayang.
Sebaliknya, keadaan itu amat berbeza dengan kaedah facebook yang boleh mengeruhkan lagi hubungan antara pasangan terlibat.

“Apabila mereka tulis melalui facebook, mungkin rakan akan mengulas sesuatu yang boleh mendatangkan kemarahan pada pasangan dan ini akan memberi kemudaratan kepada hubungan itu.

“Menggunakan facebook umpama meminta nasihat daripada mesin, ada perasaankah mesin itu, ada kerohaniankah, ada emosikah? Jadi, suami isteri perlu elak facebook dan jangan orang tahu kerahsiaan suami isteri,” katanya.

Tuesday, March 29, 2011

Sindrom kemurungan Facebook landa remaja



NEW YORK - Satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Stony Brook di sini mendapati golongan remaja berasa lebih bimbang jika tidak menghabiskan masa di laman rangkaian sosial, Facebook berbanding melakukan kerja sekolah, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut para penyelidik dalam isu terbaru jurnal Pediatrics, keadaan itu digelar kemurungan Facebook.
Ia berpunca selepas remaja menghabiskan banyak masa di laman maya walaupun diberi kerja rumah oleh guru di sekolah.
Penyelidikan itu mendapati, Facebook tidak memaparkan realiti sebenar kerana orang ramai pada kebiasaan akan menghantar status atau gambar tentang diri dengan menunjukkan kehebatan diri masing-masing. Seorang remaja berusia 16 tahun, Abby Abolt bersetuju dengan keputusan hasil kajian tersebut.
"Jika kamu tidak memiliki ramai kawan dan kurang melakukan aktiviti dalam kehidupan seharian sebaliknya melihat status pengguna lain dikemas kini, saya dapat memahami kenapa mereka (pengguna Facebook) berasa sedih.
"Facebook umpama pertandingan popular tentang siapa yang mendapat permintaan kawan paling ramai," jelasnya kepada agensi berita Associated Press.
Kajian itu yang diketuai oleh Dr. Joanne Davila dari Universiti Stony Brook mendapati, penghantaran mesej, e-mel dan waktu yang banyak dihabiskan di Facebook boleh menyebabkan emosi remaja terganggu. - Agensi

Wednesday, March 16, 2011

Facebook kemas kini status bencana di Jepun

Kosmo! Online - Dunia: "

FACEBOOK sentiasa mengemaskini status tentang gempa bumi dan tsunami di Jepun.

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Laman jaringan sosial Facebook menggunakan fungsi kemas kini status untuk menunjukkan bagaimana berita tentang tsunami yang melanda Jepun tersebar ke seluruh dunia beberapa jam selepas bencana itu berlaku sekali gus melakar peta yang pertama seumpamanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelum ini, fungsi kemas kini status sering digunakan oleh pemilik akaun Facebook untuk berkongsi berita dengan rakan-rakan Facebook mereka.

Menurut seorang jurucakap Facebook, laman jaringan sosial itu kini digunakan untuk berkongsi maklumat mengenai malapetaka yang menimpa Jepun. Di samping dijadikan alat untuk mereka yang terjejas menghubungi keluarga dan rakan masing-masing.

Menurutnya, sebahagian besar aktiviti kemas kini itu tertumpu di sekitar pantai timur dan barat Amerika Syarikat, utara Eropah dan Asia Tenggara sekali gus menunjukkan pengguna Facebook di rantau-rantau berkenaan paling berminat dengan perkembangan yang berlaku.

'Peta ini menunjukkan buat pertama kalinya penyebaran perbualan di Facebook. Orang ramai menggunakan Facebook sebagai media untuk mengetahui apa yang berlaku di sekeliling mereka, selain menghubungi keluarga dan rakan-rakan,' kata jurucakap berkenaan. - Agensi"

Friday, March 11, 2011

Tonton filem dalam Facebook

Utusan Malaysia


SAN FRANCISCO 10 Mac - Warner Bros kini menawarkan filem-filem terbitannya di Facebook, membuka sumber pendapatan baru untuk jaringan sosial Internet dan menandakan satu persaingan baru untuk syarikat hiburan menerusi dalam talian.
Menurut Warner Bros, sebahagian daripada unit Time Warner Inc. semalam. pengguna boleh membayar untuk menonton filem itu menggunakan Facebook Credits, mata wang maya yang setakat ini digunakan pengguna untuk permainan sosial di laman web itu.
Facebook yang mengaut keuntungan daripada iklan dalam talian, mengambil 30 peratus daripada hasil jualan oleh pihak ketiga di laman web itu menggunakan Credits tersebut.
''Perkhidmatan ini pada mulanya akan ditawarkan di Amerika Syarikat,'' kata syarikat itu.
Penawaran filem penuh Hollywood di Facebook membentuk satu peranan baru untuk jaringan sosial itu yang berkembang menjadi satu pemain utama laman web dengan menjadikannya mudah untuk berkongsi gambar, video dan kandungan lain dengan rakan-rakan.
Dalam satu kenyataan kepada pelabur semalam, penganalisis Goldman Sachs, Ingrid Chung berkata, pengaruh rakan mungkin menjadi pencetus lebih besar jumlah penonton filem berbanding pengaruh orang ramai,'' kata Chung.
Filem pertama yang ditawarkan pada akaun Warner Bros Entertainment di Facebook adalah filem The Dark Knight.
Filem lain akan ditawarkan untuk disewa atau dibeli pada bulan depan. - Reuters

Wednesday, March 2, 2011

Saudi pantau Facebook untuk elak bantahan

JEDDAH: Aktivis demokrasi di Arab Saudi berkata kerajaan negara itu sedang memantau media sosial dari dekat bagi menghentikan sebarang bantahan seperti yang berlaku di negara Arab lain sebelum ia berlaku.
Para aktivis telah membuka laman Facebook dan menyeru diadakan bantahan pada 11 dan 20 Mac, yang kesemuanya mendapat sokongan 17,000 orang, tetapi polis telah berjaya menghalang dua bantahan di Jeddah bulan lepas, menunjukkan betapa sukarnya usaha sebegitu dalam kerajaan konservatif itu.Dalam satu kes pasukan keselamatan mengerumuni sebuah lokasi yang diumumkan di Facebook, hingga membuat penunjuk perasaan beredar.Arab Saudi, pengeluar minyak terbesar dunia, melarang bantahan awam dan parti politik.Pada 2004, pasukan keselamatan Saudi telah menghalang bantahan-bantahan di Riyadh dan Jeddah anjuran satu kumpulan penentang Saudi di London.Minggu lalu, Raja Abdullah - sekutu kuat Amerika Syarikat - telah memerintahkan kenaikan gaji dan beberapa faedah lain bagi rakyat Saudi.Pemberian AS$37 bilion ($47.1 bilion) itu kelihatan sebagai satu usaha melindungi kerajaan Saudi daripada gelombang pemberontakan. Namun, para aktivis mahukan lebih daripada wang.Para aktivis berkata penyusunan semula kabinet mungkin boleh meredakan aktivisme di Internet jika ia berupaya menonjolkan muka baru.Dalam satu surat terbuka Ahad lalu, kira-kira 100 cendekiawan, aktivis dan ahli akademik menyeru Raja Abdullah membuat pembaharuan penting politik dan memberi rakyat lebih hak bersuara. -- Reuters.Cyberita Online Luar Negara

Friday, November 12, 2010

Penggunaan Facebook, YouTube dalam tugasan media masih rendah


12/11/2010 3:41pm

PETALING JAYA 12 Nov. - Penggunaan Facebook dan YouTube dalam tugas pengamal media masih rendah walaupun populariti laman sosial itu di kalangan masyarakat kian melonjak, demikian menurut kajian yang dijalankan sebuah syarikat perhubungan awam dan universiti tempatan.
Ketua Pegawai Eksekutif Intelectasia, Manminder Kaur Dhillon berkata, hasil kaji selidik bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu mendapati blog menjadi pilihan popular pengamal media sebagai alternatif bagi memperoleh pandangan berbeza mengenai sesuatu isu.
Beliau berkata, penggunaan blog terserlah apabila 68 peratus daripada 442 wartawan dan editor daripada 27 agensi berita yang ditemubual menyatakan mereka membaca lebih tiga kali atau secara kerap berita-berita dalam laman blog bagi mendapatkan pandangan alternatif mengenai sesuatu isu yang dilaporkan.
“Biarpun laman sosial seperti YouTube dan Facebook meningkat penggunaannya namun pengaplikasiannya dalam tugasan profesional di kalangan pengamal media (wartawan dan editor) di Malaysia masih rendah.
“Hanya 37.8 peratus daripada 442 wartawan dan editor yang menyertai kaji selidik menyatakan mereka menggunakan laman sosial Facebook untuk tujuan profesional manakala separuh daripada responden iaitu 50.4 peratus memberitahu mereka tidak kerap menggunakan YouTube,” katanya ketika membentangkan hasil kajiannya bertajuk ”Kaji Selidik Amalan Perhubungan Media 2010 di sini, hari ini. - Bernama

Tuesday, November 9, 2010

Lagi penyamaran Facebook



JOHOR BAHRU – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tebrau membuat laporan polis berhubung tindakan individu atau pihak tertentu melakukan penyamaran dalam laman sosial Facebook di Balai Polis Taman Pelangi Indah, di sini, semalam. 

Ketuanya, Syahrin Md Jamaluddin berkata, laporan polis dibuat selepas mendapati pihak terbabit telah mengeluarkan kenyataan fitnah dengan niat untuk mem- burukkan kepimpinan ahli dan pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tebrau dengan meng- gunakan nama samaran ‘Pemuda Tebrau’ dan mempunyai lebih 400 teman itu melampaui batas dan maruah. 

“Tindakan terbaru ‘Pemuda Tebrau’ pada 7 November lalu sekitar jam 4.57 pagi dengan mengeluarkan kenyataan bahawa Pemuda UMNO Bahagian Tebrau kini sedang ber- siap bagi menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Pekan, Pahang. 

“Kenyataan ini sengaja di- keluarkan pihak terbabit selepas mengetahui tahap kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang tidak memberangsangkan pada ketika itu, sedangkan kami tidak pernah se- sekali mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Jelasnya, ia adalah fitnah dan cubaan nyata dibuat dengan niat untuk memburukkan kepimpinan dan ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tebrau,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar sejurus membuat laporan polis. 

Syahrin berkata, penyamaran ‘Pemuda Tebrau’ sudah banyak mencemarkan reputasi organisasi Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tebrau menerusi pe- nulisan komen yang dikeluarkan selama ini dalam akaun Facebook. 

“Tindakan pihak tidak bertanggungjawab ini amat biadab kerana ada antara komen atau kenyataan dikeluarkan turut menyentuh sensitiviti parti UMNO, parti lain, mengenakan individu tertentu selain menyentuh pelbagai isu semasa. 

“Justeru, kami memohon kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahupun agensi terbabit supaya menyiasat latar belakang pihak terbabit yang sudah melakukan penyamaran seterusnya mendakwa ke muka pengadilan,” katanya. 

Selain itu, Syahrin turut mencabar pihak terbabit untuk tampil berani menggunakan nama sebenar sekiranya mahu mengeluarkan sebarang komen atau kenyataan daripada terus menyamar dan berselindung di sebalik nama ‘Pemuda Tebrau’. 

Katanya, tujuan laporan polis dibuat adalah untuk membersihkan nama baik pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tebrau yang sudah tercemar di serata tanah air angkara pihak tidak ber- tanggungjawab itu. 

“Sebaik sahaja menyedari wujudnya akaun ini, pada mulanya kami sangkakan dalang penyamaran dilakukan oleh ahli sendiri sehingga beberapa langkah untuk mengenal pasti dilakukan. 

“Saya ada mengeluarkan arahan kepada semua ahli supaya menutup sementara akaun Facebook masing-masing sejak beberapa bulan lalu untuk menangkap ‘Pemuda Tebrau’. 

“Apabila siasatan dilakukan secara sendiri, kami mendapati pihak terbabit bukanlah ahli pergerakan Pemuda UMNO Bahagian ini apabila status akaun berkenaan terus aktif dengan mengeluarkan kenyataan provokasi terhadap pemimpin parti, kerajaan dan institusi diraja,” katanya.

Thursday, March 25, 2010

Racun Politik Yahudi Lenyapkan Hamas Dari Dunia Maya




PDF
PALESTIN (SuaraMedia News) – Situs jejaring sosial popular Facebook menyekat sebuah halaman fans (penggemar) milik perdana menteri terusir Palestin, Ismail Haniyah. Seluruh halaman yang mengandung nama dari pemimpin pejuang Hamas tersebut langsung dihapus.
Anehnya, pihak Facebook sama sekali tidak memberikan alasan apapun untuk mendukung dan membenarkan tindakannya, demikian kata pengelola halaman khusus bagi para penggemar Haniyah.
Pihak pengelola melontarkan peringatan bahwa Facebook mungkin saja melakukan tindakan serupa dan menyekat halaman penggemar milik para petinggi Hamas lainnya, seperti misalnya kepala biro politik Khaled Meshaal, yang halamannya sudah memiiliki lebih dari 17.000 orang penggemar.
Sementara halaman Haniyah tercatat memiliki lebih dari 10.000 orang penggemar.
Para aktivis meluncurkan sebuah kempen melalui halaman Facebook untuk menuntut dikembalikannya halaman milik Haniyah. Para aktivis tersebut juga mendesak agar pengelola situs jejaring sosial tersebut berhenti mengacak-acak halaman manapun yang berkaitan dengan para pemimpin perjuangan rakyat Palestin, demikian dilaporkan harian al-Hayat yang berpusat di London.
Dalam laporannya, harian tersebut menuliskan, “Ada kemungkinan kuat bahwa situs jejaring sosial terkemuka Facebook telah menerima tekanan dari pihak Israel, Amerika Syarikat, dan kelompok lobi Yahudi yang memang selalu menentang rakyat Palestin dan segala bentuk perjuangan perlawanan milik rakyat Palestin, dimana salah satu diantaranya adalah kelompok pejuang Hamas.”
Sejak halaman Haniyah dihilangkan, para pengelola Facebook telah menerima banyak sekali email yang menuntut agar halaman tersebut segera dikembalikan seperti sediakala, hal tersebut demi menghormati kebebasan berpendapat, demikian tulis surat kabar tersebut.
Mendengar kabar tersebut, kelompok Barat mengeluarkan pernyataan tandingan versi mereka:
“Ada banyak kelompok radikal Islam yang mempergunakan situs jejaring sosial seperti Facebook. Situs-situs tersebut dipegunakan untuk merekrut, menyebarkan propaganda, dan menggalang dana,” demikian kata Steve Emerson, pendiri dari kelompok penelitian nirlaba, The Investigate Project on Terror.
“Perang melawan para penebar teror adalah peperangan yang berlangsung dengan dua cara, salah satunya adalah peperangan langsung di lapangan, dan cara yang lainnya adalah perang propaganda, dan di sanalah situs jejaring sosial dipergunakan,” tambah Emerson.
Menurut Emerson, situs-situs jejaring sosial dipergunakan oleh kelompok-kelompok Islam untuk menggalang dukungan terhadap diri mereka dan perjuangan yang mereka lakukan. Situs jejaring sosial juga berperan penting sebagai alat komunikasi dalam kelompok.
“Ada pertempuran hati dan pikiran dari dunia Barat, dan mempergunakan situs jejaring sosial dapat meningkatkan jumlah pemerhati mereka, hal tersebut ditujukan untuk meraih apa yang mereka inginkan,” kata Emerson.
Di dunia Barat, The Investigate Project on Terror dikenal sebagai salah satu pusat yang paling komprehensif yang menyediakan informasi mengenai kelompok-kelompok pejuang Islam dan turut dipergunakan oleh sejumlah agen rahasia pemerintahan sebagai sebuah sumber untuk mendapatkan “bukti-bukti” di masa lalu, demikian dituliskan dalam situs resmi dari lembaga tersebut. (dn/aby/jp) Dikutip oleh www.SuaraMedia.Com