Tuesday, November 13, 2012

Aduhai tunangku!


SUDAH SIAP...Noor menunjukkan cincin yang sepatutnya disarungkan bakal suami.
SUDAH SIAP...Noor menunjukkan cincin yang sepatutnya disarungkan bakal suami.
BATU PAHAT: Pening memikirkan wang hantaran tidak cukup, seorang lelaki melakukan tindakan bodoh untuk menyelesaikan masalahnya apabila membuat laporan polis palsu kononnya dia disamun ketika mengeluarkan wang untuk dijadikan hantaran kahwin di bank, sebelum menghilangkan diri.
Lakonan lelaki berusia 24 tahun itu menyebabkan tunangnya serta keluarga menanggung malu apabila majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung Jumaat lalu, dibatalkan dan ditukar ditukar kepada majlis doa selamat.
Tunang lelaki terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Noor, 23, berkata, bakal suaminya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) empat hari sebelum hari persandingan pada 29 Oktober lalu dan memaklumkan dia menjadi mangsa samun.

“Dalam SMS itu dia memberitahu disamun ketika mengeluarkan wang daripada bank di Sungai Dulang sebanyak RM18,000 untuk perbelanjaan majlis perkahwinan kami termasuk wang hantaran RM12,000.

“Curiga dengan mesej yang diberikan, saya membuat pemeriksaan di bank berkenaan dan diberitahu tunang saya tidak mempunyai akaun di bank itu,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Empat terkorban kereta api bertembung


Empat terkorban kereta api bertembung
Orang ramai dan penumpang yang terselamat membantu mencari mangsa yang tersepit di dalam kereta api berkenaan.
KAHERAH - Seramai empat penumpang maut dan 30 lagi cedera dalam nahas melibatkan rempuhan dua buah kereta api di selatan ibu negara Mesir, kelmarin.

Menurut pegawai, perlanggaran kereta api yang dalam perjalanan dari Kaherah dan satu lagi daripada wilayah selatan itu berlaku disebabkan kesilapan pengendalian suis.

Menteri Pengangkutan, Mohammed El-Meteeni selepas lawatannya ke lokasi kejadian berkata, seramai 12 mangsa cedera dalam kemalangan itu masih dirawat di hospital terdekat dan 18 lagi telah dibenarkan pulang.

Menurut rekod, sistem keselamatan landasan kereta api negara timur tengah masih di tahap rendah yang mana memiliki kemudahan penyelenggaraan teruk selain pengurusan yang lemah.

Nahas kereta api paling buruk yang pernah berlaku di Mesir melibatkan insiden kebakaran gerabak di selatan negara sehingga membunuh 363 penumpang pada Februari 2002 lalu. - AP

Azizah: 'Serangan ke atas keluarga saya tidak henti'


Wan Azizah Wan Ismail
Wan Azizah Wan Ismail
KUALA LUMPUR - Sekali pun wanita berjiwa kental ini tidak pernah kesal atas ketentuan yang ditetapkan untuk dirinya walaupun harga pengorbanannya adalah sebuah maruah yang tiada galang gantinya.

Namun, pemilik nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ini percaya, pahit maung yang dilaluinya bergelar isteri, ibu kepada ahli politik malah dirinya sendiri sebagai seorang presiden parti politik berkata, beliau dan keluarga sudah lali dengan tuduhan dan serangan yang bertali arus.

"... kerana inilah jalan yang saya dan keluarga pilih. Segalanya ada hikmah, jadi saya tidak pernah menyesal jalan yang saya pilih ini. Setiap kali saya sembahyang, saya minta supaya jangan ada sifat kesal dalam diri ini.

"Serangan ke atas keluarga saya tidak berhenti, sejak dari dulu lagi sehinggalah sekarang. Pelbagai tuduhan dibuat ke atas kami terutamanya ke atas Anwar. Kami cuma boleh minta bantuan ALLAH dan minta kami boleh atasinya," kata Presiden PKR ini dalam wawancara khas bersama Sinar Harian.

Nyata wanita lembut ini keras di dalam.

Dr Wan Azizah berkahwin dengan Ketua Pembangkang, yang suatu ketika dahulu pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, pada tahun 1980.

Hasil perkongsian hidup lebih 30 tahun itu, mereka dikurniakan lima puteri dan seorang putera.

Anak sulungnya, Nurul Izzah Anwar mengikut jejak langkah beliau dan suamianya apabila kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen bagi kawasan Lembah Pantai.

Belum habis satu penggal bergelar ahli Parlimen, perjalanan politik Nurul Izzah teruji apabila beliau dikatakan menggalakkan murtad di kalangan masyarakat Melayu.

Nurul Izzah mendakwa kenyataannya itu di salah tafsir.

Ekorannya kenyataanya itu Nurul Izzah terus dihentam pelbagai pihak sehingga memaksa beliau mengambil tindakan perundangan.

Nama Anwar bukan calang-calang dalam arena politik Malaysia mahupun dunia.

Ketua Umum PKR itu merupakan satu-satunya warga Malaysia yang pernah tersenarai di dalam 100 orang yang dikatakan paling berpengaruh di dunia oleh majalah Time iaitu pada 2008.

Namun perjalanan karier politik Anwar penuh ranjau.

Beliau pernah dipenjarakan selama enam tahun kerana didapati menyalahguna kuasa.

Bahkan Anwar turut dikaitkan dalam isu moral apabila didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Tidak cukup dengan itu, Anwar dilabel dengan pelbagai gelaran seperti agen Yahudi, agen Israel dan macam-macam lagi.

Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah berkata, walau apa pun dugaan yang melanda keluarganya, beliau tetap bersyukur "kerana segalanya adalah ujian daripada-Nya untuk tingkatkan lagi keimanan kita. Selain itu kesabaran juga amat penting," katanya.

Hidup bagai pelarian


Rosmini bergambar bersama anak di hadapan rumah usangnya.
Rosmini bergambar bersama anak di hadapan rumah usangnya.
GUA MUSANG - Hidup bagai pelarian. Sebuah keluarga di sini, terpaksa tinggal di rumah usang berdinding buluh dan berlantai tanah di Kampung Tanah Puteh, sejak lebih tujuh tahun lalu.

Rosmini Maliki, 26, berkata, dia sudah beberapa kali memohon mendapatkan rumah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), namun kecewa apabila belum menerima berita gembira.

Menurutnya, kerana tidak mahu bersesak dengan 10 beradik lain menumpang di rumah bapanya, Maliki Senik, 50, seorang penerima bantuan PPRT, dia dan suami serta empat anak memilih tinggal di halaman.

“Saya mendapat keizinan daripada bapa untuk membina rumah sementara di halaman depan rumahnya kerana tidak mempunyai tanah lain untuk berbuat demikian.

“Walaupun rumah dibina sementara itu berdinding buluh dan berlantaikan tanah, tetapi sudah lebih tujuh tahun kami sekeluarga tinggal di situ,” katanya.

Katanya, mereka sekeluarga bergantung pada pendapatan suami, Mohd Hassan Mat Zain, 38, yang kerja kampung sahaja, jadi sangat berharap menerima rumah PPRT berkenaan.

"Penduduk miskin lain yang baru memohon sudah dapat menduduki rumah berkenaan. Saya kecewa dengan nasib menimpa keluarga," katanya.

Menurutnya, sebelum ini dia sekeluarga menumpang di rumah ibu bapa, namun terpaksa mengalah untuk berpindah.

“Perpindahan saya sekeluarga pun tidak jauh, hanya berjiran dengan ibu bapa berikutan tidak mampu membina rumah yang lebih selesa, selain tidak mempunyai tapak kekal,” katanya.
Dia merayu kepada pihak berkenaan supaya prihatin dengan nasib keluarganya yang serba kekurangan.

Ibu, bayi baru lahir antara maut letupan bom

KABUL – Seorang ibu dan bayi yang baru lahir maut apabila bom di tepi jalan meletup di Khost, timur Afganistan, semalam.

Bom meletup ketika sekumpulan orang awam pulang dari hospital melalui wilayah Khost di sempadan Pakistan.

Taliban sering menggunakan bom tepi jalan dan menyasarkan pasukan keselamatan di Afganistan.

Dua lagi wanita dan dua orang anak lelakinya turut terbunuh dalam kejadian yang sama.

“Wanita itu telah diambil oleh keluarganya dari hospital malam tadi (Sabtu), kira-kira jam 10 malam dan mereka dalam perjalanan pulang ke rumah pagi Ahad  bersama bayi yang baru lahir,” kata gabenor daerah Khost Sabari, Zarmaeed Mokhlis.

Seorang jurucakap Taliban berkata mereka menyedari kejadian malang itu tetapi menurut laporan agensi berita, tiada sebarang pengesahan dapat dilakukan lagi.

Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), kira-kira 1,145 orang awam terbunuh di Afganistan sejak enam bulan pertama tahun ini.

E-mel aib penulis biografi dedah skandal Pengarah CIA


E-mel aib penulis biografi dedah skandal Pengarah CIA
Paula Broadwell bersama bukunya berjudul All In: The Education of General David Petraeus. - Foto ihsan
WASHINGTON - Skandal yang memaksa David Petraeus meletakkan jawatan minggu lalu terdedah apabila penulis biografinya, Paula Broadwell menghantar beberapa e-mel mengaibkan seorang wanita yang rapat dengan bekas Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Amerika Syarikat itu.

Laporan CNN menyebut bahawa ketika siasatan dikendalikan hubungan-hubungan dalam bentuk lain membabitkan kedua-dua mereka turut terdedah.

Kedua-dua Petraeus dan Broadwell sudah pun mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun, sumber rasmi itu tidak dapat mengenal pasti wanita yang membuat aduan awal dan tidak tahu hubungan beliau dengan Petraeus.

Semasa FBI menjalankan siasatan ke atas Petraeus, pegawai menegaskan bekas pengarah CIA itu tidak pernah menjadi sasaran siasatan dan tidak berkompromi dengan kandungan e-mel.

Sumber rasmi turut mendakwa yang siasatan masih lagi dijalankan.

CNN berkata pihaknya gagal untuk menghubungi Broadwell.

Siasatan kini bertumpu sama ada hubungan itu mendatangkan risiko ke atas keselamatan negara.

Petraeus mengambil keputusan letak jawatan sehari sebelum beliau dijadualkan memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Perisikan Senat berhubung serangan 11 September lalu ke atas pejabat konsul Amerika Syarikat (AS) di Benghazi, Libya, yang menyebabkan empat orang terbunuh termasuk dutanya.

Kini timbul persoalan mengapa Kongres tidak menjalankan siasatan segera.

Broadwell telah menghabiskan masa selama setahun bersama Petraeus di Afganistan bagi menemu ramah beliau untuk menyiapkan buku bertajuk All In: The Education of General David Petraeus.

Petraeus, 60 dan isterinya, Holly menetap di Virginia dan mereka mempunyai dua orang cahaya mata yang sudah dewasa.

13 maut gempa kuat di Myanmar


13 maut gempa kuat di Myanmar
Seorang penduduk tempatan memerhati arca di biara runtuh selepas gegaran kuat.
YANGON - Sekurang-kurangnya 13 penduduk awam terbunuh dan 40 lagi cedera dalam satu gempa bumi kuat berukuran 6.8 pada Skala Richter di utara Mandalay, Myanmar, semalam.

Pusat Pemantau Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gegaran berlaku kira-kira 116 kilometer (km) pada kedalaman 10km di pusat bumi dan disusuli pula gegaran kedua yang berukuran 5.0 pada Skala Richter.

"Semua orang bimbang jika gempa susulan akan berlaku terutama sekali pengusaha yang menjalankan perniagaan di dalam bangunan tinggi. Kami tidak tahu apa yang harus dilakukan jika ianya berulang," kata penduduk tempatan, San Yu Kyaw.

Pihak berkuasa, bagaimanapun belum mengeluarkan sebarang laporan sah mengenai kemalangan jiwa tetapi mengakui tahap piawaian bangunan di negara itu masih rendah.

Penduduk turut diberi amaran kuning oleh pihak USGS yang mendedahkan beberapa kerosakan dan kemalangan mungkin berlaku jika mereka tidak mengambil langkah berjaga-jaga.

Sementara itu, gegaran turut dirasai di Bangladesh dan Thailand tetapi tidak mencetuskan kemalangan.

Myanmar merupakan salah sebuah negara timur yang sering dilanda bencana gempa yang mana lebih 70 nyawa melayang sebaik sahaja gempa bumi berukur 6.8 pada Skala Richter melanda kawasan sempadan negara yang berhampiran Thailand dan Laos pada Mac 2011. - AFP

Pembangkang Syria setuju tubuh badan baru


Pembangkang Syria setuju tubuh badan baru
Rakyat Syria berharap gabungan pembangkang dapat meredakan konflik berdarah.
DOHA - Kumpulan pembangkang Syria bersedia meneruskan perbincangan bagi membentuk sebuah pertubuhan baru untuk menentang Presiden Bashar al-Assad.

Perwakilan berkata, perkara utama itu telah dipersetujui dan mencapai kata sepakat secara bersama.

Pembangkang mula berada di bawah tekanan dari Amerika Syarikat (AS) dan penyokong lain di rantau ini untuk merangkul perjanjian.

Bagaimanapun, Majlis Kebangsaan Syria yang berpangkalan di luar negara menjelaskan, ia boleh diketepikan oleh badan pembangkang yang baru.

Antara cadangan gabungan, tentatif yang dikenali sebagai Gabungan Kebangsaan Syria, bertujuan untuk menggabungkan kumpulan ketenteraan dan badan politik berbeza membentuk alternatif yang boleh dipercayai oleh kerajaan pimpinan Bashar.

Rundingan di Doha, Qatar bermula awal pagi semalam, waktu tempatan.

“Kami bersetuju pada perkara utama pembentukan pakatan ini atau pasukan pembangkang dan revolusi,” kata ahli pembangkang, Suhair Attasi.

Aktivis menganggarkan lebih 36,000 orang terbunuh dalam kebangkitan menentang kerajaan Bashar.

Setakat ini, beribu-ribu rakyat Syria juga terpaksa melarikan diri ke negara berhampiran akibat rusuhan dan konflik semakin meruncing bermula tahun lalu. - Al-Jazeera

Israel lancar serangan balas terhadap Gaza


Israel lancar serangan balas terhadap Gaza
Penduduk Semenanjung Gaza membantu mangsa yang terkena bedilan peluru tentera rejim.
GAZA - Tentera Israel sekali lagi melancarkan serangan balas ke arah penduduk Palestin di Semenanjung Gaza, sehingga meragut enam nyawa dan mencederakan 30 yang lain, selepas rejim mendakwa kumpulan militan meletupkan kenderaan mereka, semalam.

Menurut pegawai, jumlah korban keganasan kelmarin, merupakan yang paling tertinggi melibatkan satu insiden di Gaza.

"Sekurang-kurangnya lima orang parah dan sebahagiannya adalah kanak-kanak yang kritikal.

"Penyerang menyasarkan orang awam yang nyata sekali tidak berdosa," kata aktivis perubatan.

Sumber memaklumkan, susulan serangan dari puak rejim itu, kumpulan militan Palestin bertindak melancarkan serangan roket sebagai pembalasan ke dalam Israel.

Susulan itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengancam akan menyerang balas jika kumpulan militan tidak menghentikan tembakan roket mereka.

"Dunia perlu sedar bahawa Israel tidak akan berdiam diri dengan segala cubaan menyerang kami. Kami kini sedang bersedia untuk bertindak," katanya dalam mesyuarat mingguan kabinet. - Al-

Datuk Bandar Perancis lancar mogok lapar


Stephane Gatignon
Stephane Gatignon
PARIS - Datuk Bandar di sebuah bandar termiskin di Perancis melancarkan mogok lapar di Parlimen bagi meraih perhatian kerajaan ekoran terhimpit dengan masalah kewangan dalam pentadbirannya.

Tindakan Stephane Gatignon itu mendapat sokongan Ahli Parlimen lain apabila beliau menyuarakan hasrat memerlukan peruntukan 5 juta euro (RM19.juta) bagi membayar bil
perbandaran tertunggak.

“Ia adalah kewajipan saya sebagai datuk bandar,” katanya menerusi laman Twitter ketika memulakan mogok.

Beliau berkata, tindakan mogok itu akan dilakukan hingga Selasa sehingga dewan perhimpunan nasional menyalurkan bajet untuk pembiayaan perbandaran.

“Tanpa wang kami tidak boleh membayar gaji atau membantu masyarakat terutama penganggur,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Marylise Lebranchu berkata, kerajaan telah menyediakan bajet untuk bandar itu, namun tiada peruntukan tambahan seperti diminta oleh datuk bandar itu.

“Presiden Francois Hollande berjanji untuk melakukan penjimatan 20 bilion euro (RM77.8 bilion) melalui pendapatan cukai dan pemotongan sehingga 10 bilion euro (RM39 bilion) dalam  perbelanjaan kerajaan bagi tahun depan.

Perancis kini sedang bergelut dengan krisis kewangan sejak tiga tahun lalu di mana negara zon Eropah sedang berusaha mengurangkan defisit sektor awam dari 4.5 kepada tiga peratus daripada keluaran kasar dalam negara tahun depan. - Reuters

Polis Indonesia tahan suspek pengganas

Polis Indonesia tahan suspek pengganas - Global - Sinar Harian: "JAKARTA - Polis Indonesia menahan dua suspek pengganas di Nunukan, Kalimantan Timur yang didakwa terlibat dalam pengeboman hotel JW Marriott dan hotel Ritz-Carlton di Jakarta pada 2009 lalu.

Setiausaha Agensi Anti Pengganas Kebangsaan Chairul Akbar berkata, kedua-dua suspek itu menggunakan nama samaran dan sering memberikan kenyataan tidak konsisten.

“Identiti mereka akan dikenal pasti melalui ujian DNA minggu ini,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek itu dibawa ke Jakarta untuk siasatan lanjut.

Polis Indonesia kini giat melakukan pemburuan saki baki kumpulan militan Jemaah Islamiyah yang kebanyakan daripada mereka mempunyai kepakaran membuat bom. -"

'via Blog this'

5 pelajar maut di Pakistan


5 pelajar maut di Pakistan
Mayat pelajar dihantar ke hospital untuk dibedah siasat.
KARACHI - Seramai lima pelajar terbunuh dan enam yang lain cedera dalam kejadian tembakan di gerai minum tepi jalan di Karachi, Pakistan semalam.

Pegawai polis tempatan, Shahid Hayat berkata, serangan berlaku berhampiran sekolah latihan mazhab Deobandi Sunni di kawasan kejiranan Gulshan-e-Iqbal, ketika pelajar berumur antara 18 hingga 22 tahun itu berkumpul untuk membeli minuman.

“Seorang lelaki bermotosikal melepaskan tembakan lalu melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendedahkan pembunuhan itu adalah sebahagian daripada gelombang berterusan pembunuhan di bandar itu.

Keganasan mazhab di Karachi berkaitan politik dan etnik mengorbankan sekurang-kurangnya 1,100 orang pada tahun itu. - AFP

Kanak-kanak Afghan: Askar AS tembak bapa di leher, dada

WASHINGTON – Seorang kanak-kanak Afghanistan yang baru berusia tujuh tahun tampil ke mahkamah memberikan keterangan sebagai saksi tentang bagaimana bapanya ditembak oleh seorang tentera Amerika Syarikat (AS), semalam.
 
Kanak-kanak yang dikenali sebagai Robina berkata, ketika kejadian, dia sedang bersembunyi di belakang bapanya hingga menyebabkan bapanya ditembak mati ketika serangan tembakan di selatan Afganistan.
 
Kes didengar oleh Mahkamah Lewis-McChord berhampiran Tacoma melalui satelit.
 
Keterangan kanak-kanak itu dibuat bagi menentukan jika terdapat bukti mencukupi untuk menjatuhkan hukuman terhadap Staff Sarjan, Robert Bales.
 
Bales dikenakan 16 tuduhan - pembunuhan terancang dan enam lagi tuduhan cubaan membunuh pada 11 Mac lalu di dua kampung daerah Panjwai,  selatan Afganistan.
 
Hasil pendengaran akan menentukan sama ada Bales, 39, didapati bersalah ataupun tidak.
 
Jika didapati bersalah Bales boleh dijatuhi hukuman mati.
 
Bales bagaimanapun tidak dibenarkan membuat sebarang rayuan walaupun peguamnya berkata dia mengalami tekanan pasca traumatik dan mengalami kecederaan otak sebelum ke Iraq.
 
Sementara itu, peguam Bales mendakwa, Robina dan kanak-kanak lain yang memberikan keterangan terhadap Bales memperlihatkan percanggahan dalam testimoni mereka.
 
Menurut Robina, ketika kejadian, bapanya ditembak di kaki kemudian ditembak di tekak dan dada.
 
Malah kata Robina, salah satu tembakan itu turut mengenai kakinya.

Ulama Syria ketuai pembangkang

Sheikh Moaz al-Khatib kini mengetuai pembangkang Syria. – Foto ihsan Reuters
Sheikh Moaz al-Khatib kini mengetuai pembangkang Syria. – Foto ihsan Reuters
DOHA - Seorang ulama terkemuka, yang Julai lalu meninggalkan Syria, dipilih untuk mengetuai gabungan baru pembangkang yang menentang kerajaan Presiden Bashar al-Assaddan mahu mengakhiri krisis berusia lebih 20 bulan.
Sheikh Moaz al-Khatib, 52,yang merupakan bekas imam masjid Umayyah di Damsyik, dilihat sebagai seorang individu yang berpendirian sederhana.
Pembangkang Syria telah bersetuju untuk mengadakan perjanjian bagi membawa bersama-sama puak masing-masing bersatu dalam gabungan terbaru.
Sebelum ini, pihak pembangkang berang apabila berada di bawah tekanan dari Amerika Syarikat (AS) dan penyokong lain di rantau ini untuk membuat perjanjian itu.

Sheikh Moaz meninggalkan Syria Julai lalu selepas berada dalam tahanan pihak berkuasa Syria.
Beliau berhijrah ke Kaherah.
Sheikh Moaz  sebelum ini telah menandatangani draf perjanjian di antara pakatan pembangkang dengan Majlis Kebangsaan Syria yang diketuai oleh George Sabra.
Bulan lalu, beliau sekali lagi dipanggil untuk menyelesaikan konflik politik dan menyelamatkan Syria dari kemusnahan.

"Saya mahu rakyat Syria untuk kekal sebagai salah satu tangan,"kata beliau kepada Reuters sebelum ini.
Lebih 36,000 orang telah terbunuh dalam kebangkitan menentang kerajaan pimpinan Bashar.

Layari Facebook lebih 3 jam jejas mental



Kuching: Pelajar yang menggunakan cuti sekolah untuk melayari laman sosial Facebook selama tiga hingga tujuh jam sehari dibimbangi mengidap kemurungan pada masa depan.

Risiko kemurungan membabitkan kesihatan mental berlaku kerana kurang pergaulan sosial, justeru, apabila tiba masa berdikari, golongan terbabit berdepan masalah menyerap tekanan ketika bekerja akibat kelemahan menguasai keadaan sekeliling, iaitu ‘copy skills’.
Pengarah Hospital Sentosa, Dr Lau Kim Kah, berkata bagi mengelak keadaan itu, ibu bapa perlu menggalakkan anak mereka keluar bersosial secara sihat khususnya ketika musim sekolah, supaya kemahiran menguasai tekanan dapat dipelajari.

Kemahiran murid

“Apa yang dimaksudkan dengan copy skills adalah kemahiran murid meniru atau belajar daripada persekitarannya dalam memahami masalah dan menyerap tekanan.

“Kegagalan mempelajari kemahiran dalam situasi bukan formal akan menyebabkan golongan terbabit berdepan risiko mengidap kemurungan, sekali gus mengalami masalah mental,” katanya ketika ditemui BH sempena majlis perasmian hari terbuka dan jualan amal Hospital Sentosa, di sini, semalam.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan hampir 340,000 penduduk negara ini atau 1.8 peratus menghadapi kemurungan, manakala penyakit keresahan adalah 1.7 peratus.
Tahap kemurungan didapati lebih tinggi membabitkan 2.5 peratus dalam kalangan usia 16 hingga 24 tahun dan kedua tertinggi membabitkan penduduk berumur 65 tahun ke atas.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Chin Zin Hing, berkata pihaknya menghadapi cabaran besar meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap tanggapan menyamakan maksud kesihatan mental dan penyakit mental.

“Kesihatan mental adalah membabitkan semua ahli masyarakat berbeza manakala penyakit mental cuma membabitkan individu tertentu saja,” katanya.

INFO: Risiko kemurungan
Pelajar melayari laman sosial facebook selama tiga hingga tujuh jam sehari dibimbangi mengidap kemurungan pada masa depan.
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan hampir 340,000 penduduk negara ini atau 1.8 peratus menghadapi kemurungan.

Kahwin di pusat pemindahan banjir


Azlan Shah  dan Norhafizan bersama keluarga meredah  banjir  untuk pulang ke rumah ibu bapa pengantin perempuan selepas selesai majlis persandingan, semalam. - Foto Abu Bakar SidekAzlan Shah dan Norhafizan bersama keluarga meredah banjir untuk pulang ke rumah ibu bapa pengantin perempuan selepas selesai majlis persandingan, semalam. - Foto Abu Bakar Sidek
Parit Sulong: Sepasang pengantin dari Parit Yusof di sini semalam, terpaksa melangsungkan majlis perkahwinan di pusat pemindahan banjir kerana rumah pengantin perempuan masih dinaiki air semalam.

Kenduri itu diadakan secara bergotong royong oleh mangsa banjir yang berlindung di Balai Raya Parit Yusof, selepas pasangan Rafidah Radzali, 27, selamat dinikahkan dengan pasangannya, Salehuddin Ismail, 31, di masjid kampung itu.
Rafidah yang juga Pembantu Tadbir di Kementerian Pertahanan berkata, keluarga serta penduduk kampung sepakat meminta majlis pernikahannya diteruskan walaupun awalnya dibatalkan berikutan banjir melanda.

Bagi saya, detik perkahwinan ini peristiwa yang sukar dilupakan sepanjang hayat," Azlan Shah Mohamed, Pengantin

“Masyarakat di sini menasihatkan supaya majlis ini diteruskan. Apatah lagi suami dan keluarga mentua dari Kota Tinggi, sudah bercuti dan mendapatkan pelepasan semata-mata mahu menghadiri pernikahan dan persandingan kami.

“Walaupun majlis ini serba ringkas dengan jamuan diadakan di pusat pemindahan banjir, ia tetap menjadi kenangan terindah dalam hidup saya dan suami,” katanya kepada BH ketika ditemui di sini, semalam.

Rafidah seorang daripada 100 mangsa banjir membabitkan 24 keluarga sekitar Parit Yusof yang sebelum ini dipindahkan ke balai raya kampung itu sejak minggu lalu.

Reda ketentuan Ilahi
Bapa pengantin perempuan, Razali Mat, 58, berkata walaupun hasrat mengadakan acara perkahwinan yang meriah di rumahnya tidak kesampaian, beliau sekeluarga reda dengan ketentuan ilahi.

“Alhamdulillah, pernikahan anak saya dapat diteruskan juga. Yang penting urusan wajibnya diselesaikan. Saya berterima kasih kerana penduduk yang menjadi mangsa banjir sudi bergading bahu dan bergotong-royong menyiapkan juadah termasuk ayam masak kicap, kari terung dan rojak untuk dinikmati bersama," katanya.

Sementara itu, di Teluk Intan, kakitangan TV3, Norhafizan Khalil dan pasangannya, Azlan Shah Mohamed terpaksa meranduk air pada hari perkahwinan mereka.

Mereka yang masing-masing berusia 26 tahun terpaksa meredah air untuk bermalam di rumah ibu bapa Norhafizan di Batu 7 Changkat Jong, dekat sini, yang masih dilanda banjir selepas selesai majlis kenduri mereka.

Norhafizan yang bertugas sebagai Penolong Penerbit di Primeworks Studios berkata, banjir menyebabkan majlis kenduri itu yang sepatutnya diadakan di rumah ibu bapanya dipindahkan ke rumah neneknya, Bariah Baharom, 70, di Kampung Batu 7½ Changkat Jong.

"Bagi saya, detik perkahwinan ini peristiwa yang sukar dilupakan sepanjang hayat,” katanya.

Bekas dekan kena bayar Sri Wani RM12,000






KUALA LUMPUR – Nasib bekas dekan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Dr. Bahrom Sanugi ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila terpaksa membayar RM12,000 kepada isterinya, Sri Wani Choo Abdullah serta-merta berikutan permohonan untuk menggantung perintah kos tersebut ditolak Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.
Hakim Syarie Mohd. Amran Mat Zain ketika memutuskan perkara itu berkata, mahkamah tidak berpuas hati dengan alasan-alasan yang dikemukakan Bahrom, 61, menerusi afidavit yang difailkan pada 28 September lalu.
Terdahulu, Bahrom mengemukakan permohonan berkenaan selepas Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan pada 30 September lalu membatalkan empat permohonan termasuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap Sri Wani, 37, bagi mengesahkan jantinanya, malah diarah membayar kos RM12,000 kepada Sri Wani dalam tempoh sebulan dari tarikh itu.
Sementara itu, Mohd. Amran dalam penghakimannya semalam menyifatkan alasan pemohon yang mendakwa dirinya di luar kemampuan untuk membayar jumlah berkenaan kerana tidak berpendapatan tetap adalah tidak munasabah.
“Dalam hal ini, mahkamah memerlukan butiran seperti dokumen atau bentuk keterangan oleh pemohon bagi meyakinkan setiap fakta, sebaliknya pemohon gagal berbuat demikian,” katanya.
Selain itu, beliau turut mempersoalkan tempoh masa pemfailan kes itu yang dibuat dua hari sebelum tempoh pembayaran akhir pada 30 September 2012, iaitu hampir sebulan selepas perintah itu dikeluarkan.
“Ini menunjukkan pemohon tidak berdepan masalah kewangan parah sehingga perlu menggantung perintah. Saya melihat dalam kes ini, pemohon tidak bersungguh-sungguh dan cuba menyalahgunakan proses mahkamah,” katanya.
Sehubungan itu, Abdul Walid memutuskan menolak permohonan untuk menggantung perintah dengan kos yang ditaksir kemudian.
Sri Wani yang hadir bersama peguam syarie Boestamam Ahmad melahirkan rasa gembira kerana sekali lagi kemenangan berpihak kepadanya selepas hidupnya terganggu disebabkan kes tersebut.
Empat permohonan Bahrom yang dibatalkan sebelum ini ialah perintah supaya Sri Wani menjalani ujian DNA, permohonan perintah tegahan daripada memberi kenyataan kepada media, pengesahan nikah untuk memfaraqkan (membubarkan) perkahwinan dan perintah komital untuk memenjarakan dirinya.
Bahrom sebelum ini memfailkan permohonan untuk membubarkan pernikahannya dengan Sri Wani kerana mendakwa pengusaha butik kecantikan itu seorang lelaki selepas setahun mereka berkahwin di Songkhla, Thailand pada 19 Ogos 2009.

Bekas PM Libya mula dibicarakan



AL-BAGHDADI duduk di dalam kurungan di sebuah penjara di Tripoli semalam.



TRIPOLI - Bekas perdana menteri terakhir rejim pemerintah Libya, Muammar Gaddafi, Al-Baghdadi al-Mahmudi dibicarakan dalam satu perbicaraan di sebuah mahkamah jenayah semalam.
Sebaliknya jurucakap Peguam Negara Libya, Taha Baara menyatakan Al-Baghdadi dituduh terlibat dalam aktiviti yang mengancam keselamatan negara dan jenayah kewangan.
Perbicaraan itu hanya berlangsung selama sepuluh minit, sebelum perbicaraan disambung semula pada 10 Disember depan.
Al-Baghdadi melarikan diri ke Tunisia pada September tahun lalu selepas kumpulan pemberontak menguasai Tripoli sekali gus menamatkan pemerintahan kuku besi Gaddafi yang terbunuh pada 20 Oktober 2011.
Selain perdana menteri, beliau pernah memegang jawatan menteri kesihatan, menteri sumber manusia dan menteri infrastruktur. - Agensi