Thursday, December 26, 2013

Bangkok edar 80 juta kondom secara percuma


2013/12/25
Bangkok: Sebanyak 80 juta kondom akan diedarkan kepada remaja Thailand secara percuma sebagai antara inisiatif kerajaan untuk mengurangkan kes kehamilan di kalangan belia yang belum bersedia menjadi suami isteri.

Keputusan itu diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Awam (MOPH) di sini, semalam.


Menteri Kesihatan, Pradit Sintawanarong berkata agensinya akan membentuk satu jawatankuasa untuk menentukan sejauh mana ia akan diedarkan kepada belia di seluruh negara. Pradit berkata, kementerian berkenaan juga merancang untuk memberi pil perlindungan jangka panjang kepada wanita muda di klinik kesihatan khususnya yang sudah ada anak.


“Kementerian juga sudah memberi jalan kepada Jabatan Kesihatan untuk merangka draf yang akan ditandatangani kementerian, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keselamatan untuk membantu menyekat peningkatan penyakit berpunca daripada jangkitan ketika mengadakan hubungan seks.

Perangkaan menunjukkan 801,737 wanita melahirkan anak pada 2012, 63,475 berusia antara 10 hingga 17 tahun dan terbabit dalam hubungan seks atau 7.9% daripada jumlah keseluruhan. - AGENSI

Thailand buru 300 penunjuk perasaan


2013/12/25
Bangkok: Dua pasukan penyiasat sedang mengumpul bukti bagi menahan 300 penunjuk perasaan antikerajaan kerana bertindak keterlaluan ketika menyertai protes.
Penyiasat kanan juga diminta membantu dalam proses menyediakan kes terhadap mereka.



Winai Thongsong, penolong ketua polis negara, Adul Saengsingkaew, dilantik untuk mengepalai satu pasukan diberi tugas menyasarkan ‘pengacau’ di kalangan penunjuk perasaan. Waran tangkap


Seramai 300 daripada mereka kini dicari. Anggota satu pasukan mengumpul bukti bertujuan mengemukakan saman ke atas mereka dan mendapatkan waran tangkap di mahkamah.

Apabila waran itu dikeluarkan, tidak sukar untuk mencari suspek berkenaan.

Beberapa dakwaan termasuk mencetuskan kacau-bilau hingga mengganggu keamanan, mempunyai had tempoh pendakwaan lima hingga 20 tahun.
Winai adalah suami anak saudara bekas isteri Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Khunying Potjaman.

Pembantu utama Winai ialah Superintenden Thitawat Suriyachai, penasihat rapat bekas ketua polis Priewpan Damapong yang juga abang ipar Thaksin.

Winai tidak bimbang mengenai tuduhan memihak kepada Thaksin sambil menekankan beliau hanya membuat pendakwaan ke atas mereka yang melanggar undang-undang.
Winai berkata, sekurang-kurangnya 19 orang diperhatikan satu lagi pasukan keselamatan.

Kumpulan berkenaan pernah dikenakan waran tangkap atas jenayah lalu.

Mereka dikehendaki kerana memainkan peranan dalam protes petani yang melakukan sekatan di lebuh raya hingga tidak dapat dilalui di daerah Cha-uat, wilayah Nakhon Si Thammarat, Ogos lalu.


Kepung stadium

Kelmarin, penunjuk perasaan yang cuba menjatuhkan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra mengepung sebuah stadium tetapi gagal menyekat parti politik daripada mengemukakan calon untuk bertanding dalam pilihan raya Februari depan.

Yingluck yang popular di kalangan penduduk pedalaman tetapi dibenci kelas pertengahan dan elit, mengumumkan pilihan raya akan diadakan pada 2 Februari untuk menamatkan ketegangan be-rikutan bantahan di ibu negara terhadapnya. - AGENSI

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARANG NAIK 2014

Aduyaiii... Boleh pecah perut aku dgn macai UMNO nihh

Rosmah Mansor ada Haid lagi ka..?? 
Wakaka.. Bebal nak mampos macai UMNO..
Rosmah tu dah jadi Nenek Kebayanlah bongok...

Aduyaiii... Boleh pecah perut aku dgn macai UMNO nihh

Puihhh...!!!

Teuku Zacharyah Iskandar.
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO.

Syarikat milik bekas pemimpin UMNO punca berlaku longgokan sampah di MRR2 – Ong Kian Ming

BERITA

Posted on December 24, 2013 by admin

KUALA LUMPUR, 24 DISEMBER: Tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menganugerahkan kontrak pengurusan Pusat Pemindahan Sampah Taman Beringin, di Kepong kepada syarikat kroni tidak berpengalaman menyebabkan berlaku longgokan sampah di Lebuhraya Lingkaran Tengah Dua (MRR2), minggu lalu.

Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr Ong Kian Ming berkata, kontrak menguruskan pusat itu diberi kepada syarikat Umpan Jaya Sdn Bhd, milik bekas Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan dan keluarga.

melayu dibawah apa tau drama umno .melayu hanya tunggu brim saja..paria betoi pengikut umno.

DAKU BUKAN PEJUANG BANGSA


Ketuanan Melayu adalah Duplikasi / Salinan daripada Ketuanan Yahudi - Zionist

Bani Israel ( Yahudi ) mempunyai suatu sejarah yang terlalu panjang..
Dari kalangan Bani Israel lahirnya tertalu ramai para Nabi dan Rasul2 Allah..

Suatu karunian Allah yang tidak terdapat pada mana-mana bangsa pun di dalam dunia ini..Justeru itu bangsa Yahudi menjadi angkuh dgn mendakwa bahawa mereka adalah golongan umat pilihan dan menganggap manusia lainnya adalah Haiwan ternakan ( Goyim ) yang halal diperlakukan semahunya.

Ramai dari kalangan masyarakat yang menyamakan istilah Zionis dengan bangsa Yahudi dan negara Israel, namun hakikatnya ia berbeza walaupun masih mempunyai kaitan secara langsung. Istilah Zionis sebenarnya merujuk kepada satu Gerakan Perkauman yang mendukung idelogi penubuhan sebuah negara untuk bangsa Yahudi di negara Palestin.

Istilah Zionis tidak merujuk bangsa Yahudi secara keseluruhannya kerana bersandarkan fakta yang mana tidak semua orang Yahudi mendukung fahaman Zionis ini. Istilah Zionis sebenarnya berasal dari perkataan zion yang mana merujuk kepada sebuah gunung di Jerussalem ( Darussalam ) yang mana akhirnya membawa kepada makna " Land of Israel ".

Yahudi yang menganuti fahaman Ketuanan Yahudi atau Zionist ini bermati-matian mendakwa bahawa tanah-tanah di Palastine adalah tanah warisan keturunan mereka kerana di bumi Palastine lahirnya ramai para Rasul dari kalangan bani Israel serta di bawah tapak masjidil Aqsar terdapatnya Binaan Rumah Ibadat yg dibina oleh Nabi Allah Sulaiman a.s ( Haikal Sulaiman ).

Yahudi mengapi-apikan semangat ketuanan Yahudi dgn membentuk suatu fahaman Ketuanan Yahudi dengan mengambil sempena nama gunung Zion di Jerussalem ( Darussalam ). dengan mendakwa bangsa arab Palastine tiada apa-apa hak di bumi Palastine..- Yahudi mendakwa dgn memegang tanah-tanah Palastine mereka akan menjadi Bangsa yang Agung sambil menunggu kelahiran Messiah yang baharu seperti mana yg dijanjikan di dalam kitab Tauroh ( Taurat ) bagi memusnahkan seluruh umat manusia dan yang tinggal adalah bangsa pilihan Allah iaitu bangsa Yahudi sebelum dunia dihancurkan oleh Allah ( Qiamat )

Begitu juga halnya dengan fahaman Ketuanan Melayu ( UMNOist ) yang mengambil nama sempena nama " Gugusan Kepulauan Melayu ".. dan mereka mendakwa bahawa Kepulauan Melayu ini adalah hak milik mutlak bangsa melayu serta menganggap bangsa selain dari melayu tiada apa-apa hak pun di kepulauan melayu ini..

Terdapat pelbagai-bagai teori yang mereka kemukakan bagi menguatkan hujah sesat mereka ataranya :

- Bangsa Melayu adalah dari keturunan Nabi Allah Ibrahim a.s dengan Isterinya Siti Qoturah.. bermakna bangsa melayu juga mempunyai sedikit sebanyak darah Yahudi kerana dari Nabi Ibrahim, seperti Mana bangsa Yahudi dari jurai keturunan Nabi Ishak ( Isaac ) Arab dari keturunan Ismai ( Ishmael ) Mana kala Malayu dari Jurai keturunan Siti Qoturah.

“Wahai ahli-ahli Kitab! Mengapa kamu berani bertengkar mengenai agama Ibrahim, pada hal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada zaman Ibrahim; patutkah kamu berdegil sehingga kamu tidak mahu menggunakan akal?Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi dan bukanlah juga baginda seorang Kristian”. (Ali Imran: 65 – 68)

( Di dalam Al-Quran tidak dinyatakan tentang Qothurah hanya di dalam Kitab Perjajian Lama sahaja yg menyatakan tentang isteri ketiga Nabi Allah Ibrahim dari kalangan hamba Siti Sarah tanpa menyebut namanya ).

- Hujah kedua pula Bangsa Melayu dari keturunan Bani Hashim yakni keturunan Rasulullah s.a.w - agak pelik bagaimana kekeliruan ini berlaku kerana pada asalnya mereka mendakwa bangsa melayu dari jurai keturunan Siti Qothurah tetapi dalam masa yang sama mereka mengatakan bawa bangsa melayu berketurunan Bani Hashim pula sedangkan Bani Hashim dari jurai keturunan Nabi Ismeil a.s bukannya dari jalur keturunan Siti Qothurah..

- Juga terdapat Hujah yang mengatakan bahawa Raja-raja Melayu dari keturunan Rasulullah s.a.w ( Ahlul Bait )..

Di akhir zaman nanti akan bangkit Imam Mahadi dari keturunan Nabi Muhamad s.a.w yg akan membebaskan Baitul Maqdis dari tangan2 Yahudi Laknatullah.. Kalangan Melayu ( UMNO ) mendakwa Imam Mahadi yg dimaksudkan itu adalah dari kalangan Raja-raja Melayu.. dan yang akan bersama-sama meminpin perjuangan Imam Mahadi nanti adalah Pemimpin dari Malaysia seorang yang berbangsa Melayu..

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Al-Mahdi berasal dari umatku, dari keturunan anak cucuku.” (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, dan al-Hakim)

Justeru itu bangsa melayu ( UMNOist ) wajib memelihara Kesultanan Melayu dan mengekalkan UMNOist sebagai peneraju negara Malaysia.

Bagi mengekalkan kekuasaan bangsa melayu ( UMNOist ) di Malaysia maka mereka didoktrin agar mencontohi Ketuanan Yahudi ( Zionist ) dalam mempertahankan bumi Palastine..

Justeru itu UMNO mengambil acuan Yahudi dalam membentuk Ketuanan Melayu di kepulauan Melayu ini..

Yahudi memutar belitkan Fakta sejarah
UMNOist juga memutar belitkan fakta sejarah.
Semuanya adalah untuk kepentingan mereka..

Ketuanan Yahudi Zionist
Ketuanan Melayu UMNOist

Note :

SABDA RASULULLAH S.A.W قال الرسول(ص): لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ ولَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ على عَصَبِيَّةٍ و لَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ على عَصَبِيَّةٍ

" Bukan dari kalanganku orang yang menyeru ke arah Assobiyah ( Kebangsaan ), Bukan dari kalanganku oarng yang berperang di atas Dasar Kebangsaan dan bukan dari kalanganku oarng yang mati di atas dasar Perjuangan Bangsanya.

Rasulullah s.a.w tidak mengaku umat serta menglaknat sesiapa yang berjuang di atas Dasar Bangsa..

Teuku Zacharyah Iskandar.
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO

Benarkah bangsa Yahudi pandai membaca Al-Quran dan faham isi kandungan Al-Quran..??



Suatu persoalan yg sentiasa bermain-main dibenak kita umat islam..

Mari kita telusuri sistem pendidikan di Israel :
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever).

Di dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sejak awal lagi mereka dilatih untuk bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. -
Bermakna bangsa Yahudi memang memahami bahasa arab sejak kecil lagi dan mereka digalakkan mengkaji Al-Quran bukannya untuk beriman dgn Allah tetapi untuk menentang Allah..

Bagai mana ini boleh berlaku sedangkan kebenaran Al-Quran itu jelas terpampang di hadapan mata mereka..?? Jawapannya mudah sahaja.. sejak kecil mereka telah didoktrin tentang semangat Kebangsaan dan Ketuanan Yahudi.

Justeru itu Allah dan Rasulnya menglaknat golongan yang berjuang atas dasar Assobiyah ( Kebangsaan )

" Jika kamu meletakkan bangsa dan keturunan di hadapan kamu, maka kamu tidak akan dapat melihat segala kebenaran sedangkan Allah menjadi saksi di atas kebenaran tersebut " - TZI.. 13 / 6 / 2013

Note :

Jika kita pandai mengaji Quran dan memahami isi kandungannya tetapi terus-terusan menentang hukum Allah maka apa bezanya kita dgn Yahudi..?? 

Apakah Lafaz Syahadah kita itu hanya suatu lafaz yang palsu..??

Jika itulah hakikat Lafaz Syahadah kita maka jelaslah kita tergolong dalam golongan Islam Munafiq seperti mana yang diperkatakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w 1500 tahun yang lalu..

Teuku Zacharyah Iskandar.
Admin FB : Anak Muda Bangkit hancurkan UMNO.

Pada tahun 1000 M, Sepanyol mempunyai seramai 5 juta umat islam, dan pada tahun 1614 M, mereka telah pupus.



Mereka (gambar) antara individu yang bertanggungjawab menghapuskan Islam dibumi Sepanyol. Pada tahun 1502, Raja Ferdinand dan Permaisuri Isabella secara rasminya mengharamkan Islam di seluruh Sepanyol.

Dan kemuncaknya pada tahun 1614 M, umat Islam diberi pilihan akhir, sama ada untuk mati, murtad atau berpindah dari Sepanyol.

Wallahu A'lam
 

Peringati tragedi tsunami, nelayan di Aceh tidak turun ke laut


Gambar fail bertarikh 2 Januari 2005, menunjukkan sekumpulan anggota penyelamat mendekati mayat-mayat mangsa tsunami di sebatang sungai di Banda Aceh, Sumatera. - REUTERS
BANDA ACEH 25 Dis. - Nelayan-nelayan di wilayah ini sepakat untuk tidak turun ke laut selama dua hari sebagai memperingati ulang tahun kesembilan tragedi tsunami esok.
Ratusan nelayan di wilayah ini sebaliknya, akan menyibukkan diri dengan melakukan kerja-kerja menjahit atau memperbaiki jala.
Di Krueng Aceh, pelabuhan Lampulo, daerah Kuta Alam, Banda Aceh, terdapat 400 nelayan yang sebelum ini keluar mencari rezeki di laut sudah kembali ke daratan.
Menurut Panglima Laut Lhok Krueng Aceh, Tabrani, adat untuk tidak turun ke laut di Aceh selama sehari pada 26 Disember iaitu hari berlaku tragedi tsunami pada 2004 itu dicapai berdasarkan persetujuan dengan semua nelayan.
Bagaimanapun, seluruh nelayan di wilayah itu juga membuat keputusan untuk tidak turun ke laut pada hari berikutnya 27 Disember kerana hari Jumaat bertepatan dengan hari pantang melaut bagi nelayan Aceh.
Menurut Tabrani, mana-mana nelayan yang enggan mengikut adat dan berkeras untuk turun ke laut akan dikenakan hukuman berdasarkan ketetapan adat iaitu mereka tidak dibenarkan mencari rezeki di laut selama tujuh hari.
Nelayan yang terlambat kembali ke daratan juga akan dikenakan hukuman tidak dibenarkan mendekati Sungai Krueng Aceh.
"Semua bot nelayan akan diminta untuk terus berada di muara sungai sehingga selesai majlis doa selamat diadakan," jelas Tabrani lagi.
Pantang melaut kepada nelayan-nelayan Aceh akan mula berkuat kuasa pada pukul 6 pagi esok dan berakhir pada pukul 4 petang hari Jumaat.
"Sehingga hari ini, belum ada nelayan yang melanggar adat itu," katanya.
Pada 2004, tragedi tsunami yang dicetuskan gempa bumi kuat mengorbankan kira-kira 286,000 orang di 14 buah negara termasuk di Aceh yang mencatatkan lebih 170,000 kematian. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131226/lu_02/Peringati-tragedi-tsunami-nelayan-di-Aceh-tidak-turun-ke-laut#ixzz2ocbqep00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ikan 'serah diri' bukan petanda tsunami



RIBUAN ikan tamban memenuhi pantai Kampung Tambisan, Lahad Datu, Sabah pagi kelmarin.


KUALA LUMPUR - Kejadian beratus ribu tamban melompat dan terdampar di pantai Kampung Tambisan, Lahad Datu, Sabah kelmarin bukan petanda tsunami akan berlaku.
Ketua Kluster Sumber Asli dan Alam Sekitar Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Komoo berkata, insiden itu tidak mempunyai kaitan dengan tsunami kerana tiada sebarang gegaran atau gempa bumi dikesan.
"Tidak mungkin akan berlaku tsunami kerana tiada sebarang gempa walaupun pada skala kecil direkodkan di kawasan sekitar," kata Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu itu semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1226&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2oWjHwuW5 
Hakcipta terpelihara 

Sudan Selatan diambang perang


GAMBAR yang disiarkan oleh misi pengaman UNMISS menunjukkan orang awam mencari perlindungan di luar pangkalan UNMISS di Bor pada 18 Disember lalu.


JUBA - Beribu-ribu orang terbunuh dalam keganasan selama lebih seminggu di Sudan Selatan ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat laporan berhubung sejumlah mayat yang ditemui di dalam beberapa buah kubur besar.
Sebahagian besar kawasan di Sudan Selatan berada di luar kawalan kerajaan dengan negara baharu itu dibimbangi akan terjerumus ke dalam kancah perang saudara.
Kelmarin, pihak kerajaan menyatakan tenteranya telah menawan semula bandar strategik Bor daripada pemberontak.
"Tidak dapat dinafikan, kita berdepan dengan angka kematian beribu-ribu orang," kata ketua misi kemanusiaan PBB di Sudan Selatan, Tony Lanzer.
Kenyataan beliau dilihat sebagai petanda jelas bahawa konflik di negara Afrika itu semakin merebak.
Terdahulu, ketua hak asasi manusia PBB, Navi Pillay pula memberitahu, sebuah kubur besar ditemui di bandar Bentiu yang dikuasai pemberontak di samping sekurang-kurangnya dua lagi kubur serupa di sini.
Penemuan mengerikan itu menyusul ketika pertempuran antara tentera yang setia kepada Presiden Salva Kiir dan penyokong bekas Naib Presiden Riek Machar bertambah sengit.
Machar dipecat pada Julai lalu. Setakat ini, angka rasmi kematian di Sudan Selatan kekal 500 orang tetapi beberapa pekerja bantuan berkata, bilangan kematian sebenar adalah jauh lebih besar.
Dalam pada itu, beberapa saksi memberitahu, pelbagai kekejaman termasuk pembunuhan beramai-ramai dan jenayah rogol berlaku di negara baharu tersebut.
"Kini terdapat kumpulan yang menyerang orang lain semata-mata kerana perbezaan puak. Ia akan menyebabkan situasi bertambah buruk dan menjadikan negara ini huru-hara," kata Kiir.
Beliau merujuk kepada perbalahan antara etnik Dinka yang menyokongnya dan puak Nuer yang memihak kepada Machar.
Pada minggu lalu, sekumpulan militia bersenjata menyerbu sebuah pangkalan PBB di Akobo dan membunuh dua askar India serta kira-kira 20 etnik Dinka yang berlindung di pos berkenaan.
Pertempuran di Sudan Selatan kini merebak ke separuh daripada 10 buah negerinya dengan beratus-ratus ribu penduduk melarikan diri ke pedalaman manakala sebahagian lagi berlindung di beberapa pangkalan PBB.
Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap Pillay memberitahu agensi berita AFP bahawa seorang pegawai PBB telah melawat sebuah lokasi pembunuhan beramai-ramai di ibu negeri Unity yang kaya dengan minyak, Bentiu.
"Beliau memberitahu bahawa terdapat sekurang-kurangnya 34 mayat di dalam kubur berkenaan," katanya.
Pejuang-pejuang pemberontak juga dilapor melakukan kekejaman di kawasan yang dikuasai mereka.
Lewat kelmarin, Majlis Keselamatan memutuskan untuk menghantar hampir 6,000 askar dan polis tambahan ke Sudan Selatan sekali gus meningkatkan bilangan tentera Misi PBB di Sudan Selatan (UNMISS) kepada sekali ganda iaitu 12,500 askar dan 1,323 anggota polis.
Sudan Selatan yang memperoleh kemerdekaan daripada Sudan pada Julai 2011 kekal negara paling baharu di dunia. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1226&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2oWiSk0X0 
Hakcipta terpelihara