Wednesday, February 27, 2013

Perkhidmatan pos bakal lenyap?



Perkhidmatan pos bakal lenyap?
Setem pasti menjadi koleksi berharga jika kiriman surat tidak wujud lagi pada masa hadapan.
Perkhidmatan pos bakal lenyap?
Lahmert masih menghantar kiriman surat dan bungkusan ke Otaki walaupun perkhidmatan itu semakin kurang mendapat sambutan. Foto: AP
Perkhidmatan pos bakal lenyap?
Generasi muda kini lebih suka menggunakan teknologi di hujung jari untuk menyampaikan maklumat atau mesej.
OTAKI - Sandra Vidulich, seorang penduduk luar bandar di New Zealand sangat teruja menerima bungkusan kasut but kulit yang dihantar menerusi kiriman pos walaupun perkhidmatan itu hanya menjadi menjadi pilihan utama segelintir masyarakat pada masa ini berikutan kewujudan teknologi di hujung jari seperti emel yang boleh menghantar mesej lebih cepat berbanding surat.

Tanpa kita sedari amalan membeli-belah secara dalam talian sebenarnya telah menjadi penyumbang utama membantu perkhidmatan itu untuk kekal beroperasi di seluruh negara maju hingga kini.

Kiriman surat dilaporkan turun secara mendadak dan penghantaran bungkusan tidak mampu untuk menyelamatkan perkhidmatan pos tersebut.

Perkhidmatan Royal Mail di Britain yang telah beroperasi sejak pemerintahan Raja Henry VIII, kira-kira 500 tahun lalu bakal gulung tikar berikutan kiriman pos tidak lagi mendapat sambutan di negara tersebut.

Selain itu, Perkhidmatan Pos di Amerika Syarikat (USPS) turut membuat pengumuman tergempar berhubung rancangan mereka untuk menghentikan penghantaran surat pada setiap hari Sabtu.

New Zealand juga mengambil langkah serupa yang lebih drastik iaitu hanya membuat penghantaran untuk tiga hari berbanding enam hari dalam seminggu.

Laporan tahunan USPS menunjukkan, hasil pendapatan syarikat itu pada tahun lalu merosot kepada AS$65 juta (RM202 juta) dan kerugian mencecah AS$15.9 juta (RM49.3 juta).

Tahun lalu, mereka hanya menghantar 160 bilion surat berbanding 212 bilion kiriman pada tahun 2007.

Akibat daripada situasi itu, USPS juga terpaksa mengurangkan tenaga kerja mereka kepada 156,000 orang(23 peratus).

Kebanyakan negara lain di Eropah juga menerima nasib sama, sebagai contoh perkhidmatan La Poste di Perancis turut meramalkan mereka hanya akan membuat 30 peratus penghantaran surat menjelang 2015 berbanding  jumlah yang dikendalikan pada tahun 2008.

Negara di Asia seperti Jepun pula melaporkan berlaku pengurangan ketara sebanyak 13 peratus melibatkan kiriman surat berbanding empat tahun lalu.

Menurut laporan Kesatuan Pos Sedunia (UPU) yang dikemukakan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) jumlah kiriman surat di seluruh dunia telah menurun hampir empat peratus dan sebanyak lima peratus pejabat pos di negara maju terpaksa ditutup pada tahun 2011.

Difahamkan, walaupun amalan membeli-belah di Internet dianggap 'penyelamat', perkhidmatan kiriman pos pula terpaksa bersaing dengan syarikat penghantaran bungkusan syarikat swasta seperti FedEx.

Ketua Pos Besar USPS, Patrick Donahoe, beliau menegaskan ia sememangnya satu perkara mustahil untuk memulihkan perkhidmatan penghantaran surat yang kurang mendapat sambutan dengan kiriman bungkusan.

Keputusan USPS untuk mengehadkan penghantaran kepada enam hari dalam tempoh seminggu itu juga didakwa dapat menjimatkan kos berjumlah AS$2 bilion (RM6.2 bilion) setahun.

"Perkhidmatan kiriman pos ini tidak akan lenyap ditelan perkembangan zaman walaupun pelbagai teknologi dicipta pada masa ini," katanya.

Sementara itu, John Lahmert, 72, seorang posmen di New Zealand yang ditugaskan untuk menghantar surat di Otaki, North Island selama 18 tahun menganggap kerjayanya itu lebih mendekatkan beliau dengan masyarakat.

"Saya berasa seronok kerana dapat menyapa mereka tetapi dunia kini telah berubah kerana hanya segelintir orang yang masih bergantung kepada perkhidmatan pos," menurutnya.

Walaupun di kebanyakan negara, kiriman pos tidak lagi menjadi pilihan, namun di negara membangun seperti China, penghantaran surat dilaporkan meningkat sehingga 56 peratus sejak 2007.

Jika dilihat keadaan pada masa ini, bagaimanakah nasib perkhidmatan pos di seluruh dunia menjelang 2020? Adakah ia akan lenyap atau sebaliknya? - AP

Pembangkang Syria batal boikot



Pembangkang Syria batal boikot
Keadaan bangunan kediaman di Aleppo yang hancur dibedil peluru berpandu tentera Syria. (Kecil) Khatib. Foto:EPA
DAMSYIK - Gabungan Pembangkang Syria (SNC), semalam, membatalkan keputusan memboikot persidangan di Rome dengan alasan memberi laluan kepada usaha meningkatkan kewangan dan sokongan politik kepada kumpulan mereka.

Jurucakap SNC, Walid al-Bunni berkata, tindakan itu dilakukan selepas pemimpin SNC, Moaz al-Khatib mengadakan perbincangan menerusi panggilan telefon bersama Setiausaha Amerika Syarikat, John Kerry.

"Sewaktu bercakap dengan Khatib, Kerry berkata beliau mahu SNC mengetahui bahawa persidangan yang bakal berlaku di Rome bukan perkara yang mudah dan ia adalah untuk mendapat keputusan bagi langkah perdamaian," kata al-Bunni.

Sementara itu, dalam laman sosial Facebook milik Khatib, SNC mengumumkan bakal mengadakan pertemuan bersama Kerry dan Menteri Luar Britain, William Hague yang sebelum ini telah berjanji membekalkan bantuan khas.

Kata al-Bunni, keputusan itu dibuat berdasarkan jaminan yang diberikan kepada al-Khatib oleh barisan diplomat Barat bahawa persidangan berkenaan berbeza daripada yang sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, lebih 140 orang termasuk 70 kanak-kanak dilaporkan terbunuh sepanjang minggu lalu, empat peluru berpandu milik tentera Syria membedil kawasan kejiranan dekat utara Aleppo.

Setakat ini, bandar Aleppo adalah kawasan paling teruk diserang tentera Presiden Bashar al-Assad sejak tercetusnya konflik berdarah dua tahun lalu. - Al-Jazeera

ALI TINJU, KETUA PENARI PUNGGUNG AJAR RAKYAT CARA MENGHORMATI ISTERI NAJIB RAZAK, ROSMAH MANSOR ?????

ALI TINJU, KETUA PENARI PUNGGUNG AJAR RAKYAT CARA MENGHORMATI ISTERI NAJIB RAZAK, ROSMAH MANSOR ?????

Ketua Penari -penari tua punggung, Prebet Bersara Ali Tinju telah menunjukkan kepada semua penyokong tegar UMNO yang menyokong dasar 1M'sia yang dibawa oleh Najib Razak cara-cara yang betul apabila bersalam dengan isterinya, Rosmah Mansor.

Beginilah caranya kalau sesiapa teringin nak ambil hati Rosmah Mansor.

Layan dirinya sebagai dewa. Ampu bodek beliau sebagai individu teragung di dunia walaupun ianya tidak syariah compliance.

Semoga Prebet (B) Ali Tinju akan tercapai hajatnya setelah berjaya menambat hati Rosmah Mansor.

SURAT WANITA UMNO BAHAGIAN BUKIT KATIL,MELAKA. MEMFITNAH DAP TERSEBAR LUAS DI INTERNET..

SURAT WANITA UMNO BAHAGIAN BUKIT KATIL,MELAKA. MEMFITNAH DAP TERSEBAR LUAS DI INTERNET....NAMPAK SANGAT JAHIL DAN KERING KONTANG IDEA UNTUK BERDEPAN DENGAN PAKATAN RAKYAT!!!!!

Inilah sekeping surat yang dicetak dan diedarkan oleh Wanita UMNO Bahagian Bukit Katil, Melaka dimana Ketua Bahagiannya adalah Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka sendiri.

Begitu jahil dan terdesak UMNO Melaka pimpinan Ali Rustam untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat.

Langsung tidak ada class UMNO dibawah pimpinan Ali Rustam berpolitik.

Masih terperangkap dengan politik zaman 70an dan awal 80an tanpa menyedari kini kita sedang menghirup oksijen dizaman alaf barau yang sudah pun 13 tahun berlalu.

Dia ingat rakyat ni bodoh macam ahli-ahli, penyokong dan pendokong UMNO.

Dia ingat rakyat tidak boleh boleh nak berfikir dan menilai setiap maklumat yang dihidangkan.

Kalau beginilah cara UMNO/BN menggunakan taktik dan cara nak berdepan dengan Pakatan Rakyat.. Ikhlas lagi jujur Omakkau cakap.. Insya- Allah.. UMNO akan tumbang.

INI KALI LAH TUKAR... JOM UBAH... TOLAK POLITIK FITNAH....SELAMATKAN MALAYSIA.

Aidil: 'Saya tak sayang Rita lagi'


NUR SHARIEZA ISMAIL
26 Februari 2013

Rita ketika ditemu bual di luar Mahkamah Rendah Syariah Seremban


SEREMBAN - Pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, gagal dalam sebutan permohonan cerai isterinya yang juga pelakon, Rita Rudaini Mokhtar di Mahkamah Rendah Syariah Seremban dekat sini, semalam.

Hakim Syarie Hamizan Mohd Nor memerintahkan jawatankuasa khas pendamai ditubuhkan yang diwakili seorang keluarga terdekat kedua-dua pihak dilantik dan menetapkan 8 Mac depan sebagai tarikh baru sebutan kes yang turut dihadiri pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri (JHEAINS).

Mohd Aidil 26, dan Rita 37, hadir di mahkamah untuk mendengar sebutan permohonan cerai yang dikemukakan Aidil selaku plaintif.

Hamizan dalam penghakimannya berkata, memandangkan seorang bersetuju dan seorang lagi tidak bersetuju, maka jawatankuasa khas pendamai perlu ditubuhkan.

“Ini mungkin boleh mewujudkan rasa sayang semula. Sekiranya jawatankuasa khas pendamai tersebut gagal menemui jalan penyelesaian juga, barulah proses cerai dilakukan,” katanya.

Terdahulu, dalam prosiding, Rita diwakili peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Md Zain, menuntut jawatankuasa khas pendamai ditubuh mengikut Seksyen 47 kerana tidak bersetuju dengan permohonan cerai kali kedua difailkan Aidil pada 31 Januari lalu.

“Ini kerana tiada perbincangan pernah dilakukan sebelum ini dan beranggapan dengan perbincangan secara formal menerusi jawatankuasa khas pendamai ditubuhkan akan membolehkan perbincangan dibuat secara menyeluruh.

Bagaimanapun, peguam syarie, Noor Ariff Delia Ramli yang mewakili Aidil memberitahu mahkamah bahawa penubuhan jawatankuasa khas mahkamah tidak perlu kerana kes ini sudah lama berlarutan.

“Daripada perbincangan dengan anak guam saya, tiada jalan penyelesaian didapati dan memohon penceraian secara baik dapat dilakukan di sini,” katanya.

Hamizan kemudiannya bertanya kepada Rita dan Aidil, sama ada kedua-dua mereka masih mempunyai rasa sayang di antara satu sama lain.

Hakim syarie: Sayang lagi tak kat isteri?

Aidil: Tak (merujuk kepada Rita). Saya dah tak sayangkan dia lagi dan saya dah tak inginkan dia.

Hakim syarie: Sayang tak kat suami?

Rita: Saya sayang keluarga saya. Selagi bergelar suami, saya sayang.

Hakim syarie : Nak cerai dah?

Aidil: Ya (angguk)

Dalam pada itu, Rita turut mahu mengetahui apakah kesalahannya sehinggakan plaintif mahu menceraikannya.

“Apa salah saya. Tiada perbincangan dibuat. Tiada alasan dia (Aidil) keluar dari rumah dan tinggalkan anak macam itu sahaja. Sebagai seorang isteri saya mempunyai hak untuk mengetahui sebab saya diceraikan,” katanya.

Sementara itu, Aidil berkata, sekiranya dia (Rita) masih sayangkan keluarga, maruah suami perlu dijaga.

“Saya anggap kes ini berlarutan. Sudah dua kali dia minta diceraikan, tetapi masa itu saya masih boleh bersabar. Ada tak dia pernah menjaga maruah saya sebagai suami selama ini,” katanya.

Rita berkata, dia tidak terkejut dengan permohonan cerai kali kedua yang difailkan Aidil.

“Kalau boleh, siapa nak cerai. Buat perbincangan dulu, ikut 'step' sekiranya tidak boleh barulah cerai. Nanti menyesal tidak guna. Kena fikir panjang, jangan fikir pendek,” katanya.

Rita juga menafikan dakwaan beliau dua kali meminta cerai.

Pemimpin BN Kena Senarai Hitam!




Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengeluarkan tujuh notis kompaun – masing-masing berjumlah RM250 – ke atas Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang kerana memasang bendera 1Malaysia di Georgetown tanpa kebenaran.

Jumlah berkenaan melibatkan bayaran upah dan kos pengangkutan lori bagi membuang sejumlah besar bendera yang muncul sempena kunjungan Perdana Menteri, Najib Altantuya semasa sambutan Tahun Baru Cina.

Ahli majlis MPPP, Ong Ah Teong berkata BN diberikan notis berkenaan pada 20 Februari untuk mengutip 9,500 bendera yang dirampas pekerja majlis perbandaran kerana dipasang secara "haram dan membahayakan kenderaan di jalan raya".

"BN akan disaman RM10 untuk setiap bendera apabila ia dikutip. Jika mereka tidak pungut bendera, kita akan munsahkannya dalam masa 14 hari sejak tarikh notis," katanya.

Katanya, MPPP juga menyenarai hitam Ng Say Kheng – naib ketua pemuda Gerakan yang memohon permit bendera tersebut.

Jelasnya undang-undang kecil pengiklanan MPPP memperuntukkan bahawa individu yang tidak mematuhi peraturan akan disenarai hitam.

KETUA PEMUDA MCA, DATUK WEE KA SIONG, SUDAH HILANG KEPERCAYAAN KEPADA STATISTIK JENAYAH YANG DIKELUARKAN KERAJAAN UMNO 1M'SIA PIMPINAN NAJIB RAZAK!!!!!!

BERITA PANAS MENDIDIH!!!!!... KETUA PEMUDA MCA, DATUK WEE KA SIONG, SUDAH HILANG KEPERCAYAAN KEPADA STATISTIK JENAYAH YANG DIKELUARKAN KERAJAAN UMNO 1M'SIA PIMPINAN NAJIB RAZAK!!!!!!


KISAH GEMPAR TAPI BENAR!!!!!!

"Putrajaya tidak perlu mengamalkan "sindrom penafian" atau menyalahkan media kerana takut kadar jenayah semakin meningkat , Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong berkata, menunjukkan bahawa orang ramai tidak mempercayai statistik jenayah kerajaan.

"Rakyat tidak berminat dalam kadar jenayah dan statistik yang diumumkan oleh kerajaan.

"Nombor-nombor ini tidak membantu menyelesaikan masalah, dan pada hakikatnya, rakyat tidak mempercayai nombor; apa yang mereka perlukan adalah untuk berasa selamat di rumah mereka, apabila mereka berjalan ke kereta mereka atau di jalanan," katanya

Beliau berkata kerajaan sebaliknya harus memahami mengapa orang awam hari ini "hidup dalam ketakutan", sambil menambah bahawa ia hanya boleh dikurangkan rasa takut melalui "tindakan sebenar".

PERGH!!!!!!.. KALAU DAH RAKAN SEKUTU PALING AKRAB UMNO SEMENJAK SEBELUM MERDEKA PUN DAH TAK PERCAYAKAN STATISTIK KELUARAN KERAJAAN, APA JAMINAN RAKYAT BIASA NAK YAKIN DAN PERCAYA KEPADA KERAJAAN UMNO 1M'SIA YANG SEDIA ADA.


MESTI ADA YANG TAK KENA....STATISTIK KATA MENURUN TETAPI PERASAAN TAKUT RAKYAT PULA MENINGKAT!!!!!


PETANDA SOKONGAN RAKYAT KEPADA UMNO MENURUN DAN KEPADA PAKATAN RAKYAT MENINGKAT!!!!

Cara Muhammad Ali Menasihati Anak-anak Perempuannya Agar Berhijab :



Satu insiden yang berlaku apabila anak perempuan Muhammad Ali tiba di rumahnya memakai pakaian yang agak mendedahkan.

Berikut adalah cerita seperti yang diberitahu oleh salah seorang daripada anak-anak perempuannya:

Apabila kita tiba dirumah, seorang pemandu diiringi adik perempuan saya, Laila, dan saya sehingga ke dalam rumah.

Seperti biasa, ayah telah bersembunyi di sebalik pintu menunggu untuk menakut-nakutkan kami. Kami disapa dengan pelukan dan ciuman oleh ayah.

Ayah saya melihat saya dan beliau berkata sesuatu yang saya tidak akan lupa sampai bila-bila iaitu.

"Hana, segala-galanya yang dicpta Allah SWT berharga di dunia dilindungi dan sukar untuk kita dapat.

Di manakah kita boleh dapat berlian? Jauh ke dalam tanah, ditutup dan dilindungi.

Di manakah kita boleh dapat mutiara? Jauh di bawah lautan, ditutup dan dilindungi dengan cangerang yang indah.

Di manakah kita boleh dapat emas? Jauh ke dalam lombong, ditutup dengan lapisan dan lapisan batu. Kita perlu bekerja keras untuk mendapatkannya. "

Dia memandang saya dengan mata yang serius.

"Tubuhmu suci wahai anakku. Kau jauh lebih berharga daripada berlian dan mutiara, dan harus ditutupi dan dilindungi juga. "

~ Dipetik dari Suami Isteri Bahagia
 

Aikk guane gitu? Hehe... :)

Minyak masak... :)

Pierre Andre dan Ustaz Azhar Idrus

Only in Kapit Sarawak... :)

KISAH ADAM CORRIE LEE BIN ABDULLAH MEMELUK ISLAM... :)



Assalamualaikum sahabat-sahabat.
Saya ada banyak menerima msg dari sahabat-sahabat di FB yang ingin tahu bagaimana saya boleh memeluk Islam.

Saya ringkaskan di sini untuk sahabat-sahabat budiman

Secara rasmi saya telah kembali pada fitrah.
Berasal dari keluarga cina yang menganuti agama Budha.

Saya giat belajar mengenal Islam sebelum memeluk Islam lagi. Belajar bagaimana solat, serba sedikit mengenai fardu ain.

Saya telah mengucap 2 kali syahadah sebagai Adam Corrie Lee bin Abdullah. alhamdulillah dengan hidayah yang diberi di ketika usia 39 tahun. Impian pertama sebagai Muslim ialah ingin menjadi tetamu-Nya.

Bagaimana boleh peluk Islam?

1. Kaabah. - sy suka tgk kaabah. Ia membuatkan saya tenang dan rasa ingin ke sana.

2. Bersahabat baik saya anak ustaz ketika kanak-kanak, selalu bawa saya ke masjid. suka akan akhlak dan cara hidup mereka.

3. Mencari pedoman dan kebenaran dalam hidup. Telah banyak agama sy kaji sebelum membuat keputusan balik pada fitrah.

Mendapat hidayah ketika di dalam mimpi setelah berdoa pada Allah sebelum tidur;

"Ya Allah! sekiranya Islam adalah agama yang benar untuk aku pegang sepanjang hayat hayatku, Kau berikan lah pertunjuk pada aku Ya Allah."

Ketika tidur saya telah bermimpi seperti berada di syurga, lalu didatangi seorang yang bercahaya putih, mukanya bersih tersenyum.

Ia memberi satu ketenangan yang amat ketika itu. Insan tersebut seperti memberitahu Islam adalah peganganmu.

Alhamdulillah impian pertama selepas memeluk Islam, perkara pertama ingin saya lakukan selepas pandai solat 5 waktu ialah menjadi Tetamu Allah.

Alhamdulillah dalam masa 10 bulan menjadi saudara baru, Allah telah menjemput saya menjadi TetamuNya :)

Janet Jackson kahwini bilionair



Los Angeles: Penyanyi, Janet Jackson semalam mengaku sudah berkahwin dengan ahli perniagaan Qatar tahun lalu, sekali gus menafikan khabar angin kononnya perkahwinan itu akan berlangsung tahun ini.

Janet, 46, adik mendiang Michael Jackson, bertunang dengan bilionair Wissam Al Mana, 37, tahun lalu tetapi merahsiakan perkahwinannya.


“Khabar angin majlis perkahwinan besar-besaran tidak benar sama sekali. Kami berkahwin dalam majlis ringkas dan tertutup tahun lalu,” kata Janet dan Wissam, dalam kenyataan kepada Entertainment Tonight. “Perkahwinan kami merupakan satu sumbangan kepada tabung kebajikan kanak-kanak kegemaran kami,” sambung kenyataan itu.

Janet memang terkenal kerana merahsiakan kehidupan peribadinya daripada media. Dia jarang bercakap mengenai bekas suaminya.


Dia berkahwin dengan penyanyi soul, James DeBarge pada 1984 dan bercerai setahun kemudian. Perkahwinannya pada 1991 dengan pengarah video muzik, Rene Elizondo juga berakhir dengan perceraian pada 2000. - Reuters

Aquino beri Sultan Sulu amaran



Manila: Presiden Filipina Benigno Aquino, semalam memberi amaran kepada Sultan Sulu dia mungkin berdepan ‘tindakan undang-undang maksimum’ kecuali pengikutnya diundurkan dari Malaysia.

Dalam ucapan disiarkan televisyen negara itu, Aquino berkata, jika Sultan Sulu memilih tidak bekerjasama, segala tindakan yang dibenarkan undang-undang digunakan bagi ‘mencapai keadilan untuk semua pihak’ yang terbabit.


“Situasi ini tidak boleh dibiarkan berterusan. Jika anda benar-benar pemimpin kepada rakyat, anda sepatutnya bersama kami mengarahkan pengikut anda kembali secara aman,” katanya. Berpuluh-puluh pengikut Sultan Sulu kini berdepan dengan pasukan keselamatan Malaysia selama dua minggu selepas berlayar dari selatan Filipina ke Sabah bagi menuntut hak ke atas kawasan itu. Diapit dua menteri, Aquino memberi amaran, Sultan Sulu itu mungkin melanggar undang-undang Filipina, termasuk menghasut perang.

Kesalahan itu boleh menyebabkan dia dipenjara sehingga 12 tahun. Bagaimanapun, Sultan Jamalul Kiram III, 74, tidak menunjukkan petanda berundur, sebaliknya bertegas pengikutnya tetap berada di Sabah sehingga tuntutan mereka dipenuhi. “Setakat yang kami tahu, kami tidak melakukan sebarang jenayah,” katanya.


Menurut Jamalul Kiram, pengikutnya dikepung di perkampungan nelayan dan tidak memulakan sebarang keganasan. - AFP

141 orang maut di Aleppo




SEJUMLAH penduduk semalam mencari mangsa-mangsa yang terselamat dalam runtuhan bangunan akibat serangan peluru berpandu tentera Syria di Aleppo, Syria pada minggu lalu.


BEIRUT - Sekurang-kurang 141 orang terkorban termasuk 71 orang kanak-kanak selepas tentera rejim Presiden Bashar al-Assad melancarkan empat serangan peluru berpandu ke atas Aleppo pada minggu lepas, kata pertubuhan hak asasi Human Right Watch semalam.
Pertubuhan tersebut mengesahkan angka korban tersebut selepas beberapa penyelidik melawat kawasan serangan di utara Syria itu.
Badan hak asasi manusia antarabangsa itu berkata, kesemua serangan mengenai kawasan penempatan penduduk.
Bandar Aleppo yang merupakan bandar terbesar Syria menjadi medan pertempuran utama bagi menggulingkan pemerintahan Bashar.
Menurut pertubuhan itu, serangan itu tidak mengikut undang-undang terhadap penduduk awam.
Hasil lawatan sekumpulan penyelidik badan pemerhati itu, mendapati sekurang-kurangnya 20 buah bangunan musnah akibat terkena bedilan peluru berpandu.
Konflik di Syria meletus pada Mac 2011 selepas para penentang melancarkan tentangan ke atas rejim Bashar kerana tidak berpuas hati dengan pemerintahannya.
Mereka menuduh Bashar gagal untuk melakukan pembaharuan dalam pentadbiran dan hak kebebasan bersuara. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0227&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2M39EhqkJ 
Hakcipta terpelihara