Showing posts with label jet. Show all posts
Showing posts with label jet. Show all posts

Wednesday, October 3, 2012

Brigadier Janeral Omar

Brigadier Janeral Omar mengumumkan penyertaannya dalam Tentera Pembebasan Syria. Mungkin inilah sebabnya Bashar tidur tidak lena dan mengarahkan tenteranya memburu kanak-kanak Syria :) VIDEO: http://bit.ly/O1VMEl

Wednesday, September 26, 2012

RM96,000 sewa jet eksekutif




INILAH jet eksekutif yang dinaiki Anwar bersama beberapa pemimpin pembangkang yang disiarkan dalam blog http://mediawangsamaju.blogspot.com.


KUALA LUMPUR - Kos menyewa jet eksekutif selama dua hari untuk membawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa pemimpin pakatan pembangkang lain ke Labuan, Sabah pertengahan bulan ini adalah RM96,000.
Menurut sumber, kos tersebut meliputi semua caj termasuk bayaran juruterbang, jurutera dan perkhidmatan lain yang dikenakan Tjets Sdn. Bhd. (Tjets).
Difahamkan, urusan tempahan jet berkenaan dilakukan oleh seorang individu dari Sarawak.
Sementara itu, Pengerusi Tjets, Datuk Mohd. Taufik Omar (gambar kecil) menjelaskan, beliau tiada hubungan persahabatan dengan Anwar sebaliknya perkhidmatan pengurusan penerbangan jet eksekutif yang dinaiki Ketua Pembangkang itu dilakukan secara profesional.
Jelasnya, beliau tidak mengetahui bahawa Anwar akan menjadi penumpang jet eksekutif berkenaan apabila tempahan dibuat.
"Sehinggalah jet mahu berlepas baru saya tahu antara penumpangnya ialah Anwar dan rakan-rakannya.
"Saya orang berniaga dan saya menguruskan tempahan secara profesional. Tidak pula saya memeriksa siapa yang akan menjadi penumpang apabila sesuatu tempahan jet eksekutif dibuat," jelasnya.
Sebelum ini, seorang penulis blog, John F. Seademon mendakwa, Mohd. Taufik yang menyewakan jet tersebut kepada Anwar.
Kisah mengenai jet tersebut tercetus apabila Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua pada laman Twitternya memuat turun gambar jet eksekutif Dassault Falcon pada 15 September lalu yang kemudian dipetik beberapa blog antaranya http://mediawangsamaju.blogspot.com.
Selain Anwar, turut menaiki jet eksekutif berkenaan ialah Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw; Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr. Hatta Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin.
"Apabila saya melihat Anwar menjadi penumpang jet tersebut, apa yang boleh saya buat?
"Tidak mungkin saya meminta Anwar dan rakan-rakannya turun. Saya hanya sekadar boleh beristighfar dan tunggu apa yang akan berlaku selepas ini," katanya lagi.
Menurutnya, tidak banyak syarikat bumiputera terlibat dengan industri pengurusan penyediaan jet eksekutif di negara ini dan oleh itu, adalah tidak adil bagi mana-mana pihak menuduhnya ada kaitan dengan Anwar.
"Saya hanya cari makan dan ini adalah salah satu bidang perniagaan saya. Adakah saya bersalah hanya disebabkan Anwar menjadi salah seorang penumpang dalam jet yang diuruskan oleh syarikat saya?
"Saya amat berharap penjelasan ini menceritakan perkara yang sebenarnya berlaku," katanya.

Tuesday, September 25, 2012

Ahli perniagaan mengaku sewakan jet



KUALA LUMPUR 24 Sept. - Seorang ahli perniagaan, Datuk Mohd. Taufik Omar mengaku menyewakan sebuah jet eksekutif milik syarikatnya kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun enggan mengulas berhubung kos sewaan jet tersebut.
Beliau yang merupakan Pengerusi TJets Sdn. Bhd. juga menolak dakwaan memiliki jet tersebut.
Begitupun, beliau mengesahkan syarikatnya bertanggungjawab menguruskan jet yang digunakan oleh Anwar selama dua hari ke Labuan, Sabah.
"Kami hanya menguruskan jet ini untuk seseorang. Ia adalah sebuah jet peribadi, maka, saya rasa perkara berkaitan jet ini juga peribadi," katanya kepada The Starhari ini.
Diminta menjelaskan sama ada beliau pemilik jet eksekutif tersebut, Mohd. Taufik hanya berkata:
"Adakah saya begitu kaya? Saya hanya seorang Melayu yang cuba cari makan dalam bidang penerbangan.''
Beliau mengulas kenyataan seorang penulis blog John F. Seademon yang mendakwa Mohd. Taufik yang menyewakan jet tersebut kepada Anwar.
Naib Presiden PKR, Tian Chua pada laman Twitternya memuat turun gambar jet eksekutif yang diberi nama Dassault Falcon itu pada 15 September lalu.
Anwar sebelum itu dalam reaksinya ada menyebut seorang ahli perniagaan yang memiliki jet itu, namun tidak menyatakan identitinya.
Mohd. Taufik juga merupakan Presiden Judo Malaysia selain pengerusi LD Sports Sdn. Bhd., Kenangan Nilam Sdn. Bhd., Asiana Inspirasi Sdn. Bhd., KN Capital Sdn. Bhd, dan T Corp Labuan.
Beliau juga merupakan pengarah Health Solutions (SE Asia) Sdn. Bhd., CltlTower Sdn. Bhd., Aliran Modern Sdn. Bhd, dan Vasseti Berhad.