KABUL - Sepuluh tentera asing, termasuk 7 tentera Amerika Syarikat (AS), terbunuh dalam beberapa serangan puak Taliban di Afghanistan, kelmarin. Siri serangan ganas ini dipercayai dilakukan sebagai tindakan terdesak puak Taliban menjelang operasi tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang dijadualkan menyerang kubu kuat kumpulan pemberontak itu di Kandahar. Lima tentera NATO, kesemuanya tentera AS, terbunuh dalam satu letupan di timur Afghanistan. Dua lagi tentera AS terbunuh dalam dua serangan berasingan di bahagian selatan, manakala seorang tentera Perancis mati akibat serangan roket di wilayah Kapisa. Dalam insiden letupan bom di Uruzgan, dua tentera Australia dilaporkan terkorban. Australia bukan anggota NATO tetapi menghantar 1,500 tentera ke Afghanistan untuk menganggotai unit Tentera Bantuan Keselamatan Antarabangsa. |
Wednesday, June 9, 2010
Sepuluh tentera asing terbunuh di Afghanistan
Wartawan kutuk Israel letak jawatan
WASHINGTON - Wartawan veteran Rumah Putih, Helen Thomas meletak jawatan secara mengejut selepas dikritik kerana mengeluarkan kenyataan kontroversi berhubung Israel.
Helen, yang membuat liputan mengenai setiap Presiden Amerika Syarikat (AS) sejak John F Kennedy, dikritik kerana mengeluarkan kenyataan ‘Israel patut berambus dari Palestin’ dan ‘Israel patut pulang ke Jerman, Poland atau AS.’
Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Robert Gibbs mengutuk kenyataan Thomas itu yang dianggap sebagai ‘menyinggung perasaan dan patut dikeji’.
Helen, 89, membuat permohonan maaf berhubung kenyataan beliau dan menyatakan harapannya supaya keamanan dapat dicapai di rantau Timur Tengah ‘sekiranya semua pihak menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain.’
1,441 rakyat kita dipenjara 59 negara
KUALA LUMPUR - Sehingga kelmarin, terdapat 1,441 orang rakyat Malaysia yang ditahan di penjara luar negara atas pelbagai kesalahan melibatkan 59 negara, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Lee Chee Leong.
“Pecahan mengikut jenis kesalahan atas kesalahan dadah 733 orang, kes dokumen palsu dan kad kredit 243 orang, masalah imigrasi 72 orang, perdagangan manusia 40 orang.
“Jenayah perdagangan 93 orang, mencuri 74 orang, membunuh 17, penipuan 47 orang dan kesalahan-kesalahan lain 122 orang,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Senator Datuk Saripah Aminah Syed M:ohamed yang mahu me- ngetahui jenis-jenis kesalahan yang dituduh terhadap rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara.
Chee Leong berkata, terdapat 98 orang rakyat negara ini yang ditahan di luar negara dan masih menunggu tarikh perbicaraan.
Menurutnya, antara usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi membantu mereka adalah dengan mengadakan lawatan konsular ke pusat tahanan, bagi memastikan mereka mendapat layanan yang baik dan adil.
“Kerajaan juga membuat permohonan kepada pihak berkuasa tempatan agar :mempercepatkan perbicaraan kes mereka,” katanya.
Chee Leong berkata, rakyat Malaysia yang ingin keluar negara adalah sentiasa diingatkan aga:r berkelakuan baik: dan sentiasa berwaspada agar tidak terpedaya serta menjadi mangsa penipuan sindiket tertentu. - Bernam:a
Beri laluan kepada Muslimat
SHAH ALAM – Pas perlu mempertimbangkan tuntutan kuota jawatan N:aib Pres:iden parti diisi oleh pemimpin wanita sebagaimana yang diusulkan oleh Dewan Muslimat Pas Pusat bagi memperkasa parti seiring dengan perkembangan politik tanah air.
:Pen:gerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat Pas, Dr Halimah Ali berkata, sudah tiba masanya Pas memberi laluan kepada kepimpinan wanita menjawat jawatan Naib Presiden parti.
“Kepimpinan wanita kini semakin menyerlah dan diterima di semua peringkat, malah ianya dilihat sudah menjadi trend.
“Oleh itu, saya berpendapat Pas perlu mengambil cadangan usul ini sebagai satu cabaran,” katanya. :
:Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad berkata, jawatan Ketua Dewan Muslimat Pas sedia ada sudah memadai kerana dilihat setaraf jawatan Naib Presiden Pas.
Menurutnya, tuntutan itu membabitkan pindaan perlembagaan parti yang perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Teknikal Pindaan Perlembagaan parti.
Kelmarin, DMPP sekali lagi mengemukakan usul bagi mendapatkan satu kerusi naib presiden untuk kaum wanita dalam Muktamar Dewan Muslimat Pas Pusat ke-50 di Kota Bharu, Kelantan Khamis ini.
Isu lesen judi mengelirukan
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) menyelar kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terlalu lewat memberikan maklum balas berhubung kelulusan lesen judi sukan bola sepak kepada syarikat Ascot Sport Sdn Berhad yang mengendalikan pertaruhan piala dunia. Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, pihaknya menggambarkan terdapat sesuatu yang tidak kena berhubung perkara ini termasuk menimbulkan percanggahan kenyataan melibatkan menteri dan pemilik Berjaya Corporation Bhd (BJ Corp). "Jika kerajaan benar-benar serius dan mahu mendengar suara rakyat sebelum mengambil keputusan mengenainya, kini sudah jelas rakyat menolak perkara itu, namun kerajaan masih belum mengambil sebarang tindakan mengenainya. :"Kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil masa yang begitu panjang untuk membuat kenyataan yang kerajaan masih belum memberikan kelulusan kepada syarikat itu semalam (kelmarin)," katanya ketika dihubungi :Sinar Harian, semalam. Nurul Izzah berkata, negeri PR dan rakyat telah melakukan beberapa demonstrasi bagi menolak cadangan berkenaan kerana tahu sumber yang digunakan akan memberikan kesan kepada kehidupan. "Ini juga dianggap satu taktik kerajaan yang sengaja melambatkan pembatalannya," katanya. Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, satu siasatan rasmi perlu dilakukan kerana pemilik BJ Corp, Tan Sri Vincent Tan telah mengeluarkan kenyataan seolah-olah syarikatnya akan mendapatkan semula lesen berkenaan. "Saya percaya kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini hanyalah bersifat menarik pelabur kepada syarikatnya. "Beliau seolah-olah menggunakan perkara itu bagi menarik pelabur di Bursa Malaysia. Sekiranya ia sengaja digunakan, saya menyeru pihak berkuasa menyiasat penyalahgunaan ini," katanya. Kelmarin, Najib memberitahu kerajaan masih belum lagi mengeluarkan dan meluluskan lesen pertaruhan judi kepada syarikat berkenaan. |
Kelantan lubuk GRO
KOTA BHARU – Kemasukan wanita warga asing ke Negeri Cik Siti Wan Kembang untuk menjadi pelayan pelanggan (GRO) semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.
Keadaan ini membimbangkan kerana Kelantan menjadi tumpuan dan seolah-olah sebagai lubuk rezeki kepada wanita dari negara sempadan termasuk Indonesia dan Myanmar untuk memperdagangkan tubuh badan mereka.
Senario ini diperlihatkan secara jelas menerusi jumlah penangkapan GRO yang semakin meningkat pada setiap masa berdasarkan tangkapan oleh Jabatan Imigresen Kelantan dan sampai bila keadaan ini boleh dihentikan?
Timbalan Penolong Pengarah (Penguat kuasa), Ketua Unit Operasi Imigresen, Amran Abd Aziz berkata, bermula Januari sehingga kini terdapat 76 GRO yang ditahan terdiri daripada pelbagai pendatang.
“Kita bimbang dengan keadaan ini kerana bermula awal Jun sehingga 8 Jun sudah 31 GRO yang ditahan dan ini satu jumlah besar dalam jangka masa pendek.
“Pada bulan sebelumnya hanya 19 sahaja yang ditahan dan hari ini kita melihat ia semakin ramai walaupun jabatan sentiasa menjalankan operasi tanpa mengira masa,” katanya semalam.
Amran berkata, mereka ini juga dipercayai menyediakan khidmat seks kepada pengunjung-pengunjung berdasarkan penemuan kondom di premis ketika serbuan di jalankan dekat beberapa lokasi.
“Hasil siasatan awal kami mendapati ada di antara tauke premis sanggup membayar RM1,500 untuk dijadikan GRO di lokasi mereka masing-masing.
“Kami juga mempercayai kemungkinan terdapat penglibatan sindiket yang menggalakkan kegiatan ini terus berlaku, namun bagaimanapun pihak kami terus melakukan pemantauan dan membuat tangkapan untuk memastikan keadaan ini tidak berterusan,” katanya.
2 tahun terlantar sakit
JASIN: Seorang bekas tukang rumah kini hanya terlantar di katil sejak dua tahun lalu akibat serangan sakit sendi dan disyaki menghidap kanser terpaksa mengharap ihsan saudara-mara bagi menampung keperluan tujuh anaknya yang tinggal bersama di Jalan Hanzah, Sungai Rambai di sini.
Bapa tunggal terbabit, Abu Hasan Shakri Muharam, 52, berkata kesengsaraan hidupnya menjadi lebih parah selepas kematian isteri, Che Na Hamzah pada Disember lalu hingga memaksa urusan harian anaknya diuruskan mereka sendiri.
Menurutnya, mujur anak kedua dan ketiga yang berusia 20-an boleh diharapkan untuk menjaga keperluan harian termasuk makan minum terutama kepada empat adik mereka yang masih bersekolah.
“Kehidupan kami sekeluarga begitu susah sekarang kerana saya kini sudah hilang pekerjaan sejak jatuh sakit dan buntu memikirkan cara untuk mendapatkan wang kerana tidak mampu bekerja disebabkan keadaan kesihatan agak uzur.
“Malah, saya hanya mengharapkan ihsan anak kedua yang bekerja kampung dan seorang lagi anak yang bekerja di pusat beli-belah bagi menampung keperluan sekeluarga dengan pendapatan tidak seberapa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
Dia yang sukar untuk bercakap begitu terharu dan berterima kasih kepada seorang adiknya, Noraizan, 43, kerana sering menjaga keperluan keluarganya.
Sementara itu, Noraizan berkata, walaupun anak sulung kepada abangnya sudah bekerja dan berkeluarga, dia gagal membantu adik-beradiknya berikutan sibuk dengan urusan pekerjaan dan perlu menampung keperluan keluarga sendiri.
“Walaupun abang ada menerima bantuan RM400 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bantuan makanan daripada Majis Agama Islam (Maim) sebanyak RM150 sebulan, ia tidak mencukupi bagi memastikan keperluan sempurna kepada semua anaknya.
“Ia tidak termasuk kos ubatan dan lampin pakai buang serta makanan sesuai untuk abang. Justeru, saya mengharapkan ada pihak sudi menghulurkan sumbangan bagi meringankan bebanan dan derita yang dialami keluarga abang,” katanya.
Noraizan berkata, walaupun sudah banyak rawatan dan keluar masuk hospital, punca penyakit abangnya gagal dikesan menyebabkan dia sering mengalirkan air mata mengenang nasib keluarga itu sambil berharap doktor dapat membantu.
“Memang sukar menggambarkan kepayahan hidup mereka sekeluarga berikutan abang memerlukan perbelanjaan yang besar bagi memastikan aspek pendidikan, makanan berkhasiat dan keperluan persekolahan empat anaknya mencukupi bagi membolehkan mereka tidak merasai tekanan kemiskinan,” katanya.

Keperluan asas disekat
BAITULMAQDIS: Kumpulan hak asasi manusia Israel mendakwa tentera rejim Zionis menghalang barangan keperluan asas seperti cuka, ketumbar dan barangan permainan daripada memasuki Gaza, semalam.
Laporan Pusat Perundangan Gisha untuk Gerakan Pembebasan itu yang diumum sempena sekatan tahun ketiga ke atas Gaza mendakwa Israel hanya membenarkan 97 jenis barangan masuk ke wilayah itu berbanding lebih 4,000 produk sebelum Jun 2007.
Situasi itu berbeza dengan pusat beli-belah Israel yang menjual antara 10,000 hingga 15,000 jenis produk.
Israel mendakwa sekatan ke atas Gaza bermula Jun 2006 dan diperketat selepas Hamas menguasai wilayah itu pada 2007 perlu dilaksana bagi menghalang gerakan kumpulan pejuang Palestin itu. Rejim Zionis turut mendakwa 1.5 juta penduduk Gaza memiliki keperluan secukupnya.
Namun laporan Gisha mendedahkan Israel menyekat barangan yang tidak berkaitan dengan ketenteraan seperti halia, kertas dan peralatan muzik.
“Israel haramkan marjerin untuk kegunaan industri diimport Gaza tapi membenarkan pakej kecil barangan itu yang diguna untuk penduduk.
“Rejim Zionis turut mengharamkan getah, gam dan nailon diguna untuk menghasilkan lampin pakai buang diimport kilang di Gaza tapi membenarkan lampin keluaran syarikat Israel diimport ke wilayah itu,” ulas Gisha.
Hanya 2,300 trak membawa barang dibenar masuk ke Gaza berbanding 10,400 sebelum sekatan dan 30,000 trak masuk ke Manhattan yang memiliki penduduk seramai Gaza setiap bulan.
Gisha turut melaporkan, hanya 259 trak dibenar keluar daripada Gaza sejak Jun 2007 berbanding purata 70 trak setiap hari sebelum sekatan dilaksana.
Jumlah itu jauh berbeza dengan pengeluaran syarikat makanan Israel, Tnuva yang menghantar 400 trak barangan keluarannya setiap hari.
Sekatan itu turut menghalang usaha pembangunan semula kemusnahan yang dilakukan Israel ketika melancarkan serangan 22 hari ke atas Gaza hingga hujung Januari 2009. - AFP

Parlimen bakal berpindah ke Putrajaya
09/06/2010 1:39pm
KUALA LUMPUR 9 Jun - Kabinet telah memutuskan bahawa bangunan Parlimen baru akan dibina di Putrajaya, manakala bangunan sedia ada di Kuala Lumpur akan dijadikan bangunan warisan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Nazri Abdul Aziz dalam jawapan bertulis kepada soalan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) berkata, perkara itu telah diputuskan oleh Kabinet baru-baru ini. - Utusan
Bekas Speaker DUN Perlis meninggal dunia
09/06/2010 1:32pm
KANGAR 9 Jun - Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Datuk Fadzil Mahmood, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Surau, Utan Aji dekat sini hari ini, kira-kira sebulan selepas isteri beliau kembali ke rahmatullah.
Allahyarham yang berusia 73 tahun menghembuskan nafas terakhir di hadapan kesemua empat orang anaknya pada 3.30 pagi selepas dibawa pulang dari Hospital Tuanku Fauziah Kangar pada 6 petang semalam setelah dirawat di situ sejak 2 Jun kerana masalah jantung.
Anak ketiganya, Faisal, 35, berkata kematian ayahnya adalah 33 hari selepas ibunya, Datin Fatimah Ismail, 71, meninggal dunia.
Faisal, yang menyambut ulang tahun kelahirannya hari ini berkata, jenazah ayahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Surau selepas zohor hari ini.
Fadzil menjadi Speaker dari 9 September 1986 hingga 4 Oktober 1990 ketika Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh menjadi Menteri Besar.
Antara yang menziarahi jenazah alahyarham ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu, Speaker DUN, Datuk Yazid Mat dan Exco-exco Kerajaan negeri. - Bernama
GAS keluarkan VCD - mengapa Samy mesti undur | |||
|
Pemimpin Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) hari ini berkata mereka akan menerbitkan sebuah VCD selama 30 minit mengenai mengapa presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu perlu berundur segera. Beliau juga mengumumkan perhimpunan yang dijadualkan pada 13 Jun ini bertempat di Dewan Hamzah di Klang telah dibatalkan atas alasan keselamatan. KP Samy mendakwa beliau mendapat maklumat kononnya, terdapat 'elemen' yang sesetengah pihak akan mencetuskan 'masalah' pada perhimpunan berkenaan. Pada 30 Mei lalu perhimpunan Gerakan Anti Samy (GAS) di Pusat Konvensyen Mines di Serdang, hanya dihadiri 3,500 orang walaupun penganjur menjangka 15,000 akan hadir. Sebaliknya, pihak penganjur menndakwa ada "taktik samseng" digunakan untuk menggagalkannya. |
Pasaraya, kedai di Seremban kehabisan gula
|
Beberapa pasar raya dan kedai runcit di Seremban berhadapan dengan masalah kekurangan gula sejak beberapa minggu lalu. Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam Negeri Datuk Hashim Rushdi berkata antara puncanya ialah pembelian berlebihan oleh pengguna yang khuatir kononnya harga gula akan naik dan sikap peniaga yang menyembunyikan bahan itu. Beliau juga berkata ada kemungkinan pemborong menyembunyikan bekalan gula kerana spekulasi kononnya harganya akan naik bulan ini. Tinjauan di beberapa pasar raya dan kedai runcit di bandar ini mendapati gula tidak dijual. Seorang kakitangan The Store, Mohammad Nur, 26, berkata pasar raya itu sudah tidak mempunyai bekalan gula sejak beberapi hari lepas dan beliau diberitahu oleh majikannya bahawa stok gula mereka sudah habis. Suri rumah A Lakhsmi, 36, dari Kemayan Jaya, berkata beliau sudah tiga minggu mencari gula tetapi tidak dapat. "Saya sekarang guna gula melaka dan susu pekat sebagai pemanis makanan dan minuman," katanya. Zaini Mohd Jailani, pengusaha Restoran Makanan Cina Muslim Sifu Al Ifra di Taman Seri Rahang, berkata, beliau masih boleh mendapatkan bekalan gula dari pemborong di sekitar bandar Seremban tetapi dengan jumlah yang terhad. "Biasanya saya memesan 10 kilogram gula tetapi pemborong hanya akan mengeluarkan empat kilo sahaja. Jadi saya terpaksa pergi ke pasar besar Seremban lain untuk mendapatkan bekalan," katanya. - Bernama |
'Yahudi & Judi': Empat pemimpin PAS ditahan
Polis menahan Ketua Pemuda PAS Selangor Hasbullah Ridzwan dan tiga lagi pemimpin akar umbinya di tapak ceramah Pakatan Rakyat di Batu Caves, Selangor.
Habullah berkata beliau ditahan kerana enggan bersurai apabila polis mengarahkannya supaya berbuat demikian, ketika berkumpul bersama kira-kira 20 orang yang lain di perkarangan Dewan Kompleks Muhibbah di Taman Bolton.
Turut ditahan dalam kejadian pada kira-kira jam 8 malam tadi ialah ketua pemuda PAS bahagian Gombak Syarhan Humaizi Halim, setiausaha Damanhuri Dol dan ketua penerangannya Afyan Mat Rawi.
Ketiga-tiga orang tersebut ditahan kerana menghalang tugas polis, kata Hasbullah lagi ketika dihubungi lewat malam tadi.
Kesemua mereka dibawa ke ibu pejabat polis daerah Gombak dan dibebaskan pada kira-kira jam 11.50 malam dengan jaminan polis.
Hasbullah mendakwa, ceramah bertema kan 'Yahudi dan Judi' anjuran lajnah penerangan PAS itu pada awalnya dijadualkan diadakan di tempat berkenaan terpaksa dipindahkan ke Stadium Selayang, hampir 10 kilometer daripada tempat itu.
"Polis menutup tempat itu jadi kami terpaksa ambil tempat alternatif ke Stadium Selayang.
"(Polis) kata sebab penganjuran ceramah ini tidak ada permit, dan mereka kata (Dewan Kompleks Muhibbah) itu kawasan terbuka.
"Hakikatnya tempat itu berbumbung dan sememangnya berada dalam kawasan berpagar," kata Hasbullah lagi.
Di stadium berkenaan, ceramah oleh pemimpin kanan Pakatan Rakyat, antaranya oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang turut disertai peserta flotila pro-Palestin yang diserang tentera Israel baru-baru ini.
Walaupun berlaku pertukaran tempat di saat-saat akhir, hampir 2,000 orang menyertai ceramah tersebut.
Sementara itu menurut Harakahdaily ceramah malam ini dihalang pihak keselamatan dengan alasan dibuat di tempat terbuka.
Versi internet akhbar organ PAS itu melaporkan majlis itu tidak dapat diteruskan di situ kerana pihak penganjur tidak mendapat kuncinya.
Habullah berkata beliau ditahan kerana enggan bersurai apabila polis mengarahkannya supaya berbuat demikian, ketika berkumpul bersama kira-kira 20 orang yang lain di perkarangan Dewan Kompleks Muhibbah di Taman Bolton.
Turut ditahan dalam kejadian pada kira-kira jam 8 malam tadi ialah ketua pemuda PAS bahagian Gombak Syarhan Humaizi Halim, setiausaha Damanhuri Dol dan ketua penerangannya Afyan Mat Rawi.
Ketiga-tiga orang tersebut ditahan kerana menghalang tugas polis, kata Hasbullah lagi ketika dihubungi lewat malam tadi.
Kesemua mereka dibawa ke ibu pejabat polis daerah Gombak dan dibebaskan pada kira-kira jam 11.50 malam dengan jaminan polis.
"Polis menutup tempat itu jadi kami terpaksa ambil tempat alternatif ke Stadium Selayang.
"(Polis) kata sebab penganjuran ceramah ini tidak ada permit, dan mereka kata (Dewan Kompleks Muhibbah) itu kawasan terbuka.
"Hakikatnya tempat itu berbumbung dan sememangnya berada dalam kawasan berpagar," kata Hasbullah lagi.
Walaupun berlaku pertukaran tempat di saat-saat akhir, hampir 2,000 orang menyertai ceramah tersebut.
Sementara itu menurut Harakahdaily ceramah malam ini dihalang pihak keselamatan dengan alasan dibuat di tempat terbuka.
Versi internet akhbar organ PAS itu melaporkan majlis itu tidak dapat diteruskan di situ kerana pihak penganjur tidak mendapat kuncinya.
4 wakil Hamas sertai Muktamar PAS
KOTA BHARU, 8 Jun: Empat wakil Hamas bakal hadir ke Muktamar Tahunan PAS ke-56 yang bakal berlangsung pada 10 hingga 13 Jun ini di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini.
Juga dijangka akan hadir ialah tetamu jemputan dari Maldives dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) serta beberapa tokoh Islam dari luar negara.
Pengarah Muktamar PAS ke-56, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar), berkata kehadiran tetamu luar amat dialu-alukan terutama dalam isu Palestin yang kini hangat diperkatakan.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan perjalanan muktamar yang bakal berlangsung dua hari lagi.
Pada masa yang sama, beliau memberitahu satu usul tergempar berhubung sokongan PAS terhadap pergerakan Palestin akan dikemukakan.
Menyentuh tentang perjalanan muktamar, katanya ianya akan dimulai oleh muktamar dewan-dewan bermula pada 10 Jun ini.
“Muktamar Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat akan berlangsung di tiga kawasan berasingan, iaitu di Kompleks Madu Machang, Kelantan Trade Centre (KTC) dan Perdana Resort.
“Bagaimanapun, majlis perasmiannya akan bermula serentak pada 9 Jun di Putik iaitu malam esok kira-kira pukul 9.00 malam,” ujarnya.
Jelasnya, perubahan buat julung kali diadakan itu dengan harapan ketiga-tiga dewan terbabit akan mendapat maklumat terus dari pimpinan secara serentak.
Sementara itu, bandar Kota Bharu hari ini mula dikunjungi para pelancong termasuk para pemerhati muktamar menyebabkan jalan-jalan utama mulai sesak.
Takiyuddin ketika mengulas perkara itu, berkata hotel-hotel dan rumah tumpangan yang telah ditempah sejak April dan Mei lalu oleh perwakilan dan pemerhati sudah mula diisi oleh tetamu muktamar itu.
Persiapan muktamar, katanya kini hampir siap 100 peratus termasuk khemah pameran, ekspo, ruang makan, bilik media dan berbagai lagi.
Difahamkan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sekali lagi akan melakukan lawatan ke Putik petang ini untuk meninjau perkembangan persiapan terakhir muktamar.
Semalam juga, rakan-rakan media turut dijemput meninjau bilik khas untuk mereka di samping mendengar taklimat khas dari pengarah muktamar.
Ceramah ‘Yahudi dan Judi’ dipindah ke Stadium Selayang
GOMBAK, 8 Jun: Ceramah ‘Yahudi dan Judi’ yang melibatkan pemimpin utama Pakatan Rakyat di Kompleks Muhibah Taman Bolton, di sini, malam ini dihalang pihak keselamatan dengan alasan dibuat di tempat terbuka.
Majlis yang sepatutnya dibuat di sebuah dewan tidak dapat diadakan kerana pihak penganjur tidak mendapat kuncinya.
Ekoran itu, beberapa orang ditahan iaitu dua anggota Unit Amal, Alfian dan Damanhuri, Ketua Pemuda Selangor, Ustaz Hasbullah dan Ketua Pemuda Gombak, Ustaz Sharhan.
Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di Selayang.
Majlis ceramah yang melibatkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Datuk Mahfuz Omar dipindahkan ke Stadium Selayang.
Turut menyampaikan ceramah ialah sukarelawan misi bantuan kemanusiaan Gaza yang ditahan tentera rejim Israel iaitu Mustafa Mansor (Mapim) dan Jamuliddin Elias (Yayasan Amal) pada majlis yang dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad itu.
Walaupun tempat ceramah terpaksa dipindahkan pada malam ini juga dalam jarak lebih kurang 15 kilometer, namun sekitar 5,000 orang sudah berada di dalam stadium pada kira-kira jam 10.30 malam ini.
Dr M: Israel tak boleh diheret ke mahkamah | ||
|
Kekejaman Israel tidak akan sampai ke muka pengadilan walaupun negara yang menjadi mangsa mempunyai hubungan diplomatik dengan regim Zionis itu, kata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata, selagi kuasa besar dunia melindungi negara tersebut, sebarang hubungan diplomatik tidak akan memberi apa-apa makna, apatah lagi untuk mengheret regim itu ke muka pengadilan. "Ini tidak berkesan. Banyak orang mengadakan hubungan dengan Israel. Mereka (Israel) boleh melakukan jenayah tetapi oleh kerana mereka dilindungi oleh kuasa terbesar di dunia, anda tidak boleh heret mereka ke mahkamah," katanya selepas merasmikan pameran, "The 10th International Exhibition on Laboratory Instrumentation, Equipment, Automation and Services" di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini. Dr Mahathir menjawab pertanyaan pemberita sama ada sudah tiba masanya untuk Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel bagi membolehkannya dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa sekiranya berlaku sebarang kekejaman ke atas warga negara Malaysia. Beliau berkata, kekejaman Israel ketika ini adalah realiti kehidupan dan tidak berkaitan dengan hubungan diplomatik. Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, selagi kuasa dunia Barat tidak diimbangi kuasa Timur, dunia terpaksa menunggu lebih lama lagi untuk melihat ketidakadilan Israel akhirnya ditangani. "Saya fikir kita terpaksa menunggu 50 tahun lagi bila kuasa Barat dapat diimbangi dengan Timur. Ketika itu, barangkali kita akan lihat perhatian diberikan terhadap ketidakadilan yang dilakukan Israel," katanya. Ahad lalu, askar regim Zionis, membunuh sembilan aktivis kemanusiaan dan menahan puluhan sukarelawan termasuk 12 rakyat Malaysia di atas kapal Mavi Marmara di perairan antarabangsa ketika kapal itu melakukan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Mavi Marmara adalah salah satu daripada konvoi beberapa kapal yang membawa kira-kira 700 sukarelawan dari 50 negara dalam misi itu. Jumaat lalu, askar Israel menahan kapal MV Rachel Corrie pula yang ditaja Perdana Global Peace Organisation (PGPO) yang juga sebahagian konvoi itu. Turut berada di atas kapal itu ialah enam sukarelawan Malaysia. Mereka bagaimanapun dibebaskan Sabtu lalu. - Bernama |
Shahrizat minta polis turut dakwa lelaki dalam kes buang bayi
2010/06/08
KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, menyarankan polis meneruskan siasatan dengan menjejaki lelaki yang bertanggungjawab dalam kes pembuangan bayi di Chendering, Kuala Terengganu, dua tahun lalu. Beliau berkata, walaupun ibu kepada bayi malang itu yang juga bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Chendering telah dijatuhkan hukuman, kementerian berpendapat kes ini tidak seharusnya tamat begitu sahaja."Mesej yang perlu disampaikan kepada masyarakat umum ialah kesalahan bagi kes pembuangan bayi tidak seharusnya diletakkan di atas bahu seorang wanita semata-mata.
"Sebaliknya, pihak lelaki juga mesti dipertanggungjawabkan dan perlu menerima hukuman setimpal atas perbuatan mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Shahrizat berkata, sudah tiba masanya pihak berkuasa mensabitkan pihak lelaki bersama-sama dengan pihak wanita dalam kes pembuangan bayi.
"Teknologi yang canggih pada masa kini khususnya penggunaan kaedah DNA boleh dimanfaatkan bagi mengenalpasti bapa bayi berkenaan," katanya.
Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM7,000 ke atas Zarina Sulaiman, 22, selepas mengaku bersalah membuang mayat bayi lelaki yang dilahirkannya, dua tahun lalu. - BERNAMA
Blogger PAS, Pakatan boleh pohon ‘pas pemerhati’ |
Dzulfikar Mashoor |
KUALA LUMPUR, 9 Jun: Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad pagi ini mencadangkan para blogger pro Pakatan Rakyat yang gagal mendapatkan pas media supaya memohon untuk mendapatkan pas pemerhati daripada ad-hoc Muktamar Tahunan PAS ke-56 di Kota Bharu. Cadangan tersebut sebagai respons pada rungutan beberapa blogger pro PAS dan Pakatan Rakyat yang kononnya tidak dilayan oleh ad-hoc muktamar ketika memohon pas media sejak kelmarin. “Opsyen yang ada, blogger-blogger kita ini boleh cuba pohon pas pemerhati,” ujar beliau ketika dihubungi Harakahdaily. Bagi beliau, tidak ada sebab untuk ad-hoc menghalang mana-mana pihak membuat liputan tentang muktamar PAS. Ini kerana, PAS menurut beliau sebenarnya mengamalkan dasar terbuka untuk mana-mana pihak untuk mengakses muktamar PAS. “Setakat yang saya tahu, muktamar kita terbuka,” ujar beliau. Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan ad-hoc muktamar enggan memberi pas media kepada para blogger mungkin disebabkan mereka kurang mengenali para blogger terbabit. Bagaimanapun, beliau berjanji untuk merujuk semula isu terpencil tersebut daripada ad-hoc di Kota Bharu, petang ini. Bagi beliau, tidak ada gunanya PAS menghalang para blogger dari membuat liputan tentang muktamar PAS sebagaimana Umno menghalang media alternatif dan media baru (blog) dari membuat liputan tentang pemilihan agung Umno parti itu sebelum ini. “Yang menghalang media buat liputan tentang pemilihan hanya Umno saja, itu beza kita dengan mereka,” ujarnya lagi. Tindakan tersebut, bagi beliau, akhirnya mencemarkan nama parti itu sendiri. Ditambah dengan perkembangan teknologi maklumat di samping realiti dunia tanpa sempadan sekarang, bagi beliau, sudah tentu membolehkan media-media baru untuk mengakses muktamar PAS walaupun ad-hoc cuba menghalang mereka dari berbuat sedemikian. Isnin lalu, Utusan Malaysia melaporkan bahawa Pengarah Muktamar, Datuk Takiyuddin Hassan membenarkan akhbar pro kerajaan untuk membuat liputan tentang muktamar PAS. Beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan berkata, kematangan yang ditunjukkan oleh PAS sebenarnya demi menghormati profesionalisme media pro kerajaan tersebut. |
Berjaya dedah keburukan Israel
SEPANG: “Mereka (aktivis) amat berjaya kerana bersama rakan lain berjaya mendedahkan pada dunia betapa buruknya orang Israel, yang bukan saja bersedia untuk membunuh musuh tetapi juga rakyat negara yang berbaik dengan mereka pun sanggup di bunuh, dengan cara cukup buruk kerana menembak dari belakang”.
Demikian luahan Pengerusi Perdana Global Peace Organisation (PGPO), Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media malam tadi.
Beliau berkata, secara umumnya ramai berpendapat mereka gagal dalam misi membawa bantuan kepada rakyat Gaza, tetapi hakikatnya mereka berjaya kerana berjaya mendedahkan kepada dunia betapa buruknya orang Israel.
“Tindakan mereka menawan kapal yang datang secara aman menunjukkan Israel pengganas dan kejayaan aktivis kita mendedahkan pada dunia apa yang kita kata mengenai Israel memang benar,” katanya.

Bangga membunuh
SEPANG: “Kami mendapat maklumat, pemerintah Israel akan menyanjung tinggi tenteranya yang berjaya dapat menembak orang lain tanpa apa-apa senjata. Malah rejim Zionis itu juga akan memberi pingat atas ‘kejayaan’ jijik itu,” kata ketua misi Perdana Global Peace Organisation (PGPO), Shamsul Akmar Musa Kamal.
Beliau adalah seorang daripada enam rakyat Malaysia termasuk dua wakil media yang selamat tiba ke tanah air malam tadi selepas kapal MV Rachel Corrie dinaiki dirampas tentera Israel ketika belayar menghantar bantuan kemanusian berhampiran Semenanjung Gaza, Sabtu lalu.
Shamsul Akmar berkata, dia dimaklumkan pihak Zionis juga akan menggelar tentera pengganasnya sebagai hero sekiranya dapat menembak orang yang sedang masak di dapur atau seseorang Islam yang sedang menunaikan solat.
“Ini menunjukkan betapa kejinya tentera Tel Aviv melayani pihak lain yang tidak menyokong rejim mereka. Sifat binatang mereka terserlah apabila sanggup bertindak kejam terhadap mangsa mereka yang sebenarnya langsung tidak berdaya melawan tentera mereka yang bersenjata lengkap.
“Sebab itu apabila segerombolan Pasukan Pertahanan Israel datang kepada kami sebelum merampas kapal MV Rachel Corrie pada Sabtu lalu kira-kira jam 2.45 petang waktu Malaysia memberitahu kononnya mereka tak bunuh orang, saya hanya memandang lekeh,” katanya ketika ditemui di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini semalam.
Enam rakyat Malaysia terbabit ialah sukarelawan mewakili PGPO iaitu Shamsul Akmar, Matthias Chang, dan Ahmad Faizal Azumu; Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria dan wartawan TV3, Halim Mohamed bersama jurukamera, Mohd Jufri Judin.
Keenam-enam aktivis itu tiba di tanah air pada jam 7.15 malam semalam dengan menaiki pesawat Royal Jordanian. Mereka ialah sukarelawan mewakili PGPO iaitu Matthias Chang, Shamsul Akmar Musa Kamal dan Ahmad Faizal Azumu; Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria dan wartawan TV3, Halim Mohamed bersama jurukamera, Mohd Jufri Judin.
Mereka disambut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (Miti) Datuk Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Ahmad Maslan., selain anggota keluarga serta sanak saudara. Menurut Shamsul Akmar, tentera Israel juga membawa sendiri media mereka untuk memutar belit dunia bahawa mereka amat bertimbang rasa sedangkan semua sukarelawan diacu senjata bagai penjenayah.

Liberalkan AP barang kawalan
KUALA LUMPUR - Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) menggesa kerajaan meliberalisasikan sistem permit import (AP) bagi barang kawalan iaitu gula, tepung gandum dan minyak masak berasaskan kelapa sawit.
Pengerusinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, langkah tersebut harus diambil bagi menggalakkan persaingan sihat antara para peniaga yang sekali gus memecahkan monopoli syarikat-syarikat tertentu.
"AP barang-barang makanan khususnya gula, tepung gandum dan minyak masak sepatutnya dikendalikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kerana ia menjaga kepentingan pengguna di negara ini," katanya dalam satu kenyataan semalam.
PM sokong NGO teruskan misi kemanusiaan Gaza
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tetap akan menyokong program dan usaha badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk meneruskan penghantaran misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.
"Saya fikir amat baik sekiranya NGO-NGO ini kalau mereka bersetuju untuk terus membuat program seperti menghantar bantuan kemanusiaan dengan menggunakan bot-bot atau kapal-kapal tertentu atau dengan apa cara sekali pun.
"Ini adalah supaya masalah dan kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat Palestin di Gaza akan sentiasa dalam perhatian masyarakat dunia," katanya kepada pemberita selepas meraikan enam lagi sukarelawan Malaysia yang terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang dibebaskan oleh tentera Israel Sabtu lepas pada jamuan makan tengah hari di kediamannya di Langgak Duta di sini semalam.
Benigno Aquino diisytihar menang
Berikutan proses pengiraan undi yang berlarutan, Kongres akhirnya mengumumkan keputusan lengkap yang menunjukkan anak kepada wira-wira demokrasi Filipina itu memenangi pilihan raya Presiden Filipina pada 10 Mei lalu dengan kelebihan undi yang besar.
Aquino, 50, memperoleh lebih 15.2 juta undi, atau hampir 42 peratus daripada keseluruhan undi, untuk mencatat kemenangan terbesar pada pilihan raya Presiden dalam sejarah politik Filipina moden, menurut keputusan itu.
Bekas Presiden Joseph Estrada jauh ketinggalan di belakang di tempat kedua, walaupun beliau masih mampu memenangi hampir 9.5 juta undi bagi menebus kekecewaan setelah disingkirkan pada separuh penggal perkhidmatannya pada 2001 kerana kesalahan rasuah.
Kongres dijadual mengisytiharkan Aquino secara rasmi sebagai pemenang pilihan raya Presiden esok.
Beliau akan mengambil alih jawatan itu daripada Presiden Gloria Macapagal Arroyo yang akan berundur pada 30 Jun ini sebagai seorang pemimpin paling tidak popular di negara ini selepas hampir sedekad memegang kuasa.
Aquino mencapai kemenangan bersejarah itu dengan berjanji untuk memerangi rasuah dan kemiskinan yang membelenggu negara ini selama berpuluh-puluh tahun.
"Saya mahu memimpin mengikut teladan. Kita bercakap mengenai rasuah. Saya membuat ikrar terbuka bahawa saya tidak akan mencuri," kata Aquino dalam wawancara sehari selepas pilihan raya. - AFP
Turki minta bantuan negara jiran
Israel sudah pun menolak gesaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya siasatan antarabangsa dilancarkan berhubung serangan komando rejim Zionis ke atas kapal Mavi Marmara pada minggu lepas.
Namun Turki yang menonjolkan kekuatan diplomatiknya selaku sebuah kuasa tentera dan ekonomi terbesar di rantau ini enggan berputus asa.
“Apa jua langkah yang perlu diambil akan diambil. Israel mesti menanggung akibat atas pembunuhan yang dilakukan.
“Kami sabar dan akan meneruskan proses ini dengan sabar,” kata Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, semalam.
Sebelum ini Turki mengelak daripada terjerumus ke dalam konflik di sebelah timurnya sementara ia berusaha untuk mencapai matlamat menyertai Kesatuan Eropah (EU), tetapi kecaman lantang Erdogan terhadap Israel menjadikan beliau wira bagi mereka yang menentang sekatan Israel ke atas Gaza.
Forum Persidangan mengenai Interaksi dan Langkah Membina Keyakinan di Asia (CICA) yang kurang diberi perhatian sebelum ini menjadi penting sejak serangan komando Israel ke atas kapal Mavi Marmara ke Gaza pada 31 Mei lalu.
Erdogan dijadual mengadakan pertemuan sambil bersarapan pagi dengan Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin hari ini selepas menemui Presiden-Presiden Afghanistan, Iran dan Syria semalam.
Israel yang turut menganggotai CICA menghantar seorang konsul ke persidangan itu kerana tidak mahu anggota kanan kerajaannya menjadi sasaran kemarahan pemimpin Turki.
Kartunis hina Nabi Muhammad mahu bersara
COPENHAGEN 8 Jun - Kartunis Denmark yang mencetuskan bantahan umat Islam kerana melukis karikatur yang menghina Nabi Muhammad mengumumkan dia akan bersara dengan harapan untuk mengurangkan bahaya ke atas dirinya dan wartawan lain.
Kurt Westergaard semalam berkata, sudah tiba masanya untuk dia menamatkan kerjayanya selama 25 tahun dengan akhbar Jyllands-Posten yang mula menyiarkan karikatur tersebut pada September 2005.
Penyiaran karikatur itu yang mencetuskan protes di seluruh dunia terhadap Denmark dan akhbar tersebut serta ugutan bunuh terhadap Westergaard.
"Saya tidak mahu lagi membahayakan keselamatan akhbar ini serta kakitangannya, dan saya hanya mahu melakukan kerja lain," kata kartunis itu.
Januari lalu, dia menjadi sasaran percubaan bunuh oleh seorang lelaki Somalia di rumahnya dekat pekan Arhus, tengah Denmark.
Westergaard, 75, terselamat dengan menguncikan diri di dalam bilik air yang dipasang pintu kebal, dan mendapat perlindungan polis selepas kejadian itu.
"Saya berharap pemergian saya akan membantu mengurangkan ancaman terhadap Jyllands-Posten," kata Westergaard.
Karikatur Nabi Muhammad itu mencetuskan protes pada Januari dan Februari 2006 dan memuncak dengan insiden pembakaran pejabat diplomatik Denmark di Damsyik dan Beirut dan kematian berpuluh-puluh orang di Nigeria.
Pada 2008, 20 akhbar Denmark menyiarkan semula lukisan kartun itu, mencetuskan protes lanjut di negara Islam seperti Sudan, Mesir, Pakistan dan Indonesia.
Westergaard diberi cuti oleh Jyllands-Posten atas sebab-sebab keselamatan sejak November lalu selepas dua lelaki ditangkap di Chicago atas tuduhan merancang untuk menyerang akhbar itu. - AFP
Subscribe to:
Posts (Atom)