Showing posts with label thailand. Show all posts
Showing posts with label thailand. Show all posts

Friday, February 15, 2013

Thailand buru pemisah



Narathiwat: Pasukan keselamatan Thailand melancarkan usaha operasi besar-besaran memburu pemisah bersenjata yang melarikan diri selepas gagal menyerang pangkalan tentera di daerah Bacho, Narathiwat.

Enam belas daripada 50 penyerang bersenjata raifal AK-47 dan M-16 memakai seragam tentera disahkan terbunuh ketika cuba menyerbu kem itu pada jam 1 pagi waktu tempatan kelmarin selepas ditembak askar.
Pasukan keselamatan merampas 18 senjata, beberapa bom tangan, dua motosikal dan sebuah trak pikap selepas pertempuran, yang berlanjutan selama sejam.

Serangan itu memaksa kawalan keselamatan dipertingkatkan di wilayah berkenaan untuk menghalang sebarang serangan balas.

30 melarikan diri

Kira-kira 30 daripada mereka dipercayai melarikan diri, sebahagiannya dipercayai cedera, dengan kira-kira 500 anggota pelbagai agensi keselamatan terbabit.

Penduduk diminta tidak keluar rumah di empat daerah iaitu Bareh Tai, Bareh Nua, Balukasamoh dan Kayohmati di Bacho serta dua daerah lagi di Sai Thong dan Don Sai di Mae Kaen, Pattani ketika operasi berlangsung.
Panglima Ke-4 Tentera, Udomchai Thammasarotrat selaku ketua Pemerintah Operasi Keselamatan Dalam Negeri, berkata perintah berkurung tidak rasmi 24 jam yang berakhir jam 6 pagi semalam bertujuan melindungi penduduk.

Penduduk awam dikhuatiri cedera ketika pasukan keselamatan memburu saki baki militan yang mungkin menanam bom dan besi tajam ketika melarikan diri, katanya.
Lima sekolah ditutup selepas militan cuba membakar Sekolah Ban Bur Reh ketika melarikan diri.

Jurucakap tentera, Kolonel Pramote Prommin, berkata serangan ke atas pangkalan marin bertujuan membalas dendam penangkapan pemimpin pemisah dan pembunuhan Suhaidee Tahe, 31, baru-baru ini yang disyaki menembak dan membunuh seorang guru di Narathiwat, Chonlathee Charoenchol.

AGENSI

Thursday, February 14, 2013

Pemisah selatan Thai masuk perangkap

Anggota keselamatan mengumpul bukti dekat beberapa mayat pemisah yang menyerang markas tentera di Narathiwat. - Foto REUTERS
Anggota keselamatan mengumpul bukti dekat beberapa mayat pemisah yang menyerang markas tentera di Narathiwat. - Foto REUTERS Narathiwat: Askar Thailand membunuh 16 pemisah yang cuba melakukan serangan terhadap sebuah kem di selatan negara itu, semalam.

Seramai 50 pemisah berpakaian tentera menyerang markas di daerah Bacho, di sini, sejurus selepas tengah malam, kata Ketua Petugas Khas Tentera Wilayah, Kapten Somkiat Ponprayun.
Menurut Somkiat, tembak-menembak berakhir dengan 16 daripada penyerang terbunuh dan rakan mereka melarikan diri.


Mengikut kenyataan jurucakap tentera wilayah, Kolonel Pramote Promin, awalnya angka kematian pemisah dilaporkan 19 orang.

Penduduk beri maklumat

Somkiat berkata, tiada askar yang maut dalam kejadian itu. Beliau berkata, pihaknya mendapat maklumat daripada penduduk tempatan yang memberi amaran mengenai serangan itu.

Ia kematian tertinggi dialami pemisah Islam sejak 100 maut ketika pertempuran dalam masa sehari, hampir satu dekad lalu.
Pertempuran di tiga wilayah selatan Thailand berlaku hampir setiap hari sejak pemberontakan meletus semula pada 2004 dan lebih 5,000 terbunuh. Anggota keselamatan, selain guru, menjadi sasaran kerana dilihat sebagai wakil kerajaan.

Penduduk Islam di selatan, wilayah diduduki majoriti penduduk beragama Islam di negara Buddha itu, sudah lama mengadu mengenai diskriminasi ke atas mereka oleh Kerajaan Pusat di Bangkok dengan pemisah dianggap berjuang untuk mendapatkan autonomi.

Tetapi mereka tidak pernah membuat pengumuman mengenai matlamat mereka.

Angka kematian itu yang tertinggi sejak serangan dilancarkan serentak ke atas stesen polis dan pusat pemeriksaan di tiga wilayah pada April 2004, mencetuskan pertempuran yang mengorbankan lebih 100 militan, 32 di masjid Kreu-Sae di Pattani yang menjadi tempat berkubu.

Sedia hadapi serangan

Pengendali kem berkenaan, Komander Thammanoon Wanna, berkata tentera sudah bersedia menghadapi serangan selepas pihak berkuasa menemui lakaran yang menunjukkan pelan itu pada pemisah yang ditembak mati baru-baru ini.
AP

Wednesday, February 13, 2013

17 militan terbunuh dalam serangan di pangkalan tentera Thailand


BANGKOK: Sekurang-kurangnya 17 militan maut selepas sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu sebuah pangkalan tentera di kawasan bergolak di selatan Thailand, kata seorang jurucakap tentara hari ini.

"Kira-kira 100 militan bersenjata menyerbu pangkalan, di mana terletaknya 60 anggota tentera marin," kata jurucakap tentera selatan, Kolonel Pramote Promin.
Beliau berkata, serangan yang paling dasyat dalam beberapa tahun keganasan di selatan Thailand itu, menyebabkan sekurang-kurangnya 17 penyerang terbunuh.

Bagaimanapun, tiada anggota tentera dilaporkan cedera dalam serangan awal pagi tadi di daerah Bacho wilayah Narathiwat, satu daripada tiga wilayah yang didominasi penduduk Islam.

"Kami mendengar terlebih dahulu serangan daripada kumpulan militan berkenaan,” kata Pramote sambil menambah pemimpin utama pejuang tempatan itu juga terkorban dalam pertempuran itu. - AFP

Tuesday, December 25, 2012

Menteri Pendidikan, anggota Kabinet Thailand paling kaya

BANGKOK: Menteri Pendidikan, Pongthep Thepkanchana dan isterinya, mengisytiharkan aset berjumlah 2.92 bilion baht (RM292 juta), menjadikan dia menteri Kabinet terkaya dalam barisan Kabinet ketiga Yingluck, lapor Suruhanjaya AntiRasuah Kebangsaan (NACC), semalam.

NACC mendedahkan aset and liabiliti anggota kabinet di bawah pengurusan Yingluck, selepas 23 menteri baru dilantik sejak 1 November lalu.
Menteri kedua terkaya adalah Menteri Dalam Negara, Leftenan Jeneral Chat Kuldilok, dengan aset berjumlah 1.14 bilion baht (RM114 juta). - Bangkok Post

Saturday, December 22, 2012

Tentera didapati bersalah bunuh remaja




         
BANGKOK: Mahkamah Jenayah Thai semalam memutuskan bahawa remaja lelaki berusia 14 tahun yang tidak menyokong mana-mana parti politik dibunuh oleh tentera pada 15 Mei, 2010.

Inkues itu memutuskan, Kunakorn Srisuwan ditembak mati oleh anggota tentera yang menjalankan operasi di bawah perintah Darurat.
Remaja itu ditembak di belakang dan peluru menembusi perutnya ketika tunjuk perasaan antikerajaan memuncak. - BP

Friday, December 21, 2012

Guru ‘baka baru’ mula bertugas di sekolah Pattani





         
PATTANI: Kumpulan guru “baka baru” mula menjalankan tugas di Pattani bagi menggantikan kelompok terdahulu yang meminta dipindahkan keluar dari selatan Thailand yang dilanda konflik.

Gabenor Pattani, Pramuk Lamul, berkata kumpulan terbaru guru itu adalah hasil daripada projek Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan yang ditugaskan untuk meningkatkan taraf pendidikan lima wilayah di selatan Thailand. Kata Pramuk, keadaan di Pattani semakin baik hasil pelbagai langkah keselamatan yang diperketatkan. Ekoran beberapa serangan baru-baru ini, kira-kira 1,300 sekolah di Pattani, Narathiwat dan Yala menggantung pembelajaran atas faktor keselamatan. Bulan lalu, seorang guru besar ditembak mati di Nong Chik, Pattani, menyebabkan tiga guru di situ berpindah ke sekolah lain. Di Narathiwat, 118 guru memohon berpindah ke sekolah lebih selamat di wilayah berkenaan, manakala 80 lagi meminta ditukarkan ke wilayah lain.


Di sesetengah sekolah, tugas mengajar diambil alih anggota tentera setempat. - The Nation

Wednesday, November 28, 2012

Sekolah sasaran militan di selatan Thailand




28 November 2012
Skuad pemusnah bom memeriksa lokasi letupan di pekarangan sebuah sekolah di daerah Narathiwat.
Skuad pemusnah bom memeriksa lokasi letupan di pekarangan sebuah sekolah di daerah Narathiwat.
BANGKOK - Ketegangan di selatan Thailand semakin memuncak apabila sekolah menjadi sasaran tembakan askar militan selepas seorang guru terbunuh dalam serangan minggu lalu di Narathiwat.

Pengerusi persatuan guru tempatan, Boonsom Thongsriply berkata, keselamatan guru dan murid kini tidak terjamin.

“Kami menutup 321 sekolah bagi memberi tekanan kepada kerajaan untuk segera memberhentikan serangan,” katanya.

Menurutnya, keputusan membuka semula sekolah masih belum diputuskan oleh persatuan guru tempatan. - AFP

Monday, November 5, 2012

4 maut siri serangan di selatan Thailand



NARATHIWAT 4 Nov. - Sekurang-kurangnya empat maut, manakala sembilan lagi cedera dalam beberapa siri serangan di selatan Thailand, semalam, sehari selepas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra membuat keputusan untuk mengambil alih operasi keselamatan di wilayah bergolak itu.
Dalam serangan pertama yang berlaku di daerah Rueso, di sini, sekurang-kurangnya lapan mangsa cedera berikutan letupan bom motosikal yang menggegarkan sekolah Ban Yaba Uppakara Witthaya, malam tadi.
Selepas serangan itu berlaku, satu lagi letupan melibatkan sebuah kereta berlaku di hadapan sebuah kediaman berdekatan balai polis Rueso, menyebabkan tiga terbunuh dan merosakkan 10 buah kediaman berhampiran.
Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Abdullormae Jeloh, Sa-ngiam Muen-kota dan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun, Sasithorn Suleng.
Di Pattani, sebuah pusat kawalan sukarela di daerah Saiburi turut diserang, bagaimanapun tidak dipastikan sama ada berlaku kerosakan mahu pun kecederaan dalam serangan tersebut.
Sementara itu, di Songkhla, seorang anggota pemisah terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan tentera di daerah Sabayoi, awal pagi ini.
Pertempuran itu berlaku apabila polis mengepung sebuah kediaman di Kampung Chumpho, selepas mendapat maklumat mengenai beberapa anggota pemisah yang bersembunyi di situ.
Dalam kejadian berasingan, seorang guru sekolah cedera akibat ditembak dua penyerang bermotosikal ketika menunggu sebuah bas di daerah Yarang, Pattani, pukul 1 tengah hari ini.
Chula Woma, 33, guru sekolah Ban Kaen Thao ditembak sebanyak empat kali di bahagian kaki dan lengan dan kini dirawat di hospital.
Beberapa siri serangan itu memberi tamparan kepada kepemimpinan Yingluck, yang mengumumkan untuk mengambil alih hal berkaitan keselamatan yang sebelum ini dipegang oleh Timbalan Perdana Menteri, Yutthasak Sasiprapha, kelmarin.
Walau bagaimanapun, pemimpin Islam dan anggota pembangkang melahirkan rasa tidak yakin dengan keputusan tersebut memandangkan Perdana Menteri wanita pertama Thailand itu tidak mempunyai pengalaman berkaitan isu keselamatan, tambahan lagi melibatkan isu pergolakan di wilayah selatan. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121105/lu_02/4-maut-siri-serangan-di-selatan-Thailand#ixzz2BIwJmCYn
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, October 25, 2012

Bekas jeneral tentera mahu guling kerajaan


       
BANGKOK: Seorang bekas jeneral tentera Thai semalam merancang menggulingkan kerajaan yang diketuai Parti Pheu Thai menerusi tunjuk perasaan.

Jeneral (Bersara) Boonlert Kaewprasit, penganjur bersama tunjuk perasaan yang akan diadakan Ahad ini berkata, dia mungkin melakukan rampasan kuasa untuk menggulingkan kerajaan Thai yang ada sekarang jika berada di kedudukan yang membolehkannya berbuat demikian.

“Saya gembira sekiranya ada rampasan kuasa kerana kerajaan sekarang mencuri hasil negara.
“Beberapa sektor dalam masyarakat sudah tidak dapat menerima kerajaan ini lagi.
“Sekiranya saya ada kuasa, rampasan kuasa mungkin telah dilakukan sekarang,” katanya.

Menurutnya, dia kecewa kerana tiada tanda menunjukkan tentera akan menggulingkan kerajaan pimpinan Yingluck Shinawatra. - BP

Thursday, October 4, 2012

Ketua kampung ditembak mati di kedai makan




         
BANGKOK: Seorang ketua kampung ditembak mati dalam kedai makannya di daerah Rueso, Narathiwat semalam, lapor akhbar.

Polis di balai polis Rueso menerima laporan mengenai serangan itu pada jam 7 pagi. Ketua Polis Rueso, Kolonel Dulayaman Yaena mengetuai pasukannya bergegas ke tempat kejadian.


Mereka menemui mayat Anand Ahamae, 46, Ketua Kampung Ban Tapoh di tambon Suwaree. Mangsa ditembak enam kali di tubuh dan mukanya.

Isteri mangsa Siteeteemoh, 43, memberitahu polis, suaminya menjual makanan di kedai mereka ketika dua lelaki tiba dengan motosikal berpura-pura sebagai pelanggan. Seorang daripadanya mengeluarkan pistol 9mm. Anand yang menyedari hal itu lalu berlari ke dalam bilik tidur untuk mengambil senapang patahnya.


Lelaki itu mengekorinya dan menembak mangsa enam kali pada jarak dekat. Mangsa mati di tempat kejadian. - Bangkok Post

Monday, October 1, 2012

Serangan meningkat di selatan Thailand



Bangkok: Enam orang terbunuh dan 44 lagi cedera di selatan Thailand akibat letupan bom dan tembakan selepas keganasan meningkat semula di rantau bergolak itu sejak kelmarin.

Dalam keganasan terbaru semalam, seramai 17 orang, seorang daripada mereka anggota polis, cedera apabila dua bom tangan M79 dibaling ke sebuah pesta tempatan di daerah Bacho, Narathiwat. Polis berkata, bom tangan itu dilontar ke arah sekumpulan pekedai yang menjual barangan tempatan di kawasan bertentangan balai polis Bacho pada 7.20 malam.
Kelmarin, lima orang ditembak mati dalam keganasan di tiga wilayah majoriti penduduk Islam di selatan negara itu yang dilanda konflik selama lapan tahun meragut beribu-ribu nyawa.

Di Pattani, penyerang tidak dikenali menembak mati anggota polis Islam, warga tua Buddha berusia 74 tahun dan seorang sukarelawan keselamatan dalam serangan berasingan.

Kejadian tembakan di Yala menyasarkan pasangan suami isteri Buddha dalam perjalanan ke pasar, menyebabkan wanita itu meninggal dunia dan suaminya cedera.

Baling bom tangan
Kejadian sama di Narathiwat menyaksikan seorang lelaki dan isterinya - kedua-duanya sukarelawan keselamatan yang dalam perjalanan ke sesi latihan menembak - ditembak, menyebabkan wanita itu terbunuh manakala suaminya cedera.

Selain itu, suspek militan membaling dua bom tangan ke arah pasar sibuk, menyebabkan kecederaan kepada 23 pengunjung yang cedera ringan.

Di Yala, seorang remaja lelaki Islam berusia 18 tahun ditembak mati di Yala, manakala seorang wanita dan anak perempuannya juga diserang dan dicederakan oleh kumpulan bersenjata dalam kejadian berasingan.

Perjuangan menuntut kuasa autonomi lebih besar menggegarkan selatan Thailand sejak 2004 meragut lebih 5,300 nyawa penduduk Buddha dan Islam disebabkan serangan bom dan tembakan.

Pemisah tembak kedai

Dalam reaksi kepada peningkatan keganasan terbaru, pihak berkuasa Thai berkata mereka memperbaharui rundingan damai dengan pemimpin pemisah.

Serangan terbaru berlaku lebih seminggu selepas sekurang-kurangnya enam maut dan lebih 40 cedera apabila bom kereta meletup di kawasan beli belah sibuk di bandar Sai Buri, Pattani.
AFP

Saturday, September 29, 2012

Dua penoreh getah warga emas ditembak mati

YALA: Dua penoreh getah ditembak mati di sebuah ladang getah di daerah Raman di sini, semalam.

Mereka dikenali sebagai Mudor Malee, 60, dan isterinya, Sama Sohsu, 61, penduduk tambon Balor di daerah Raman.
Saksi memberitahu polis, mereka mendengar bunyi tembakan di dalam kebun getah dekat kampung awal pagi semalam tetapi tiada siapa yang berani pergi untuk melihat apa yang berlaku.

Polis percaya pasangan itu sedang menoreh getah apabila penyerang menembak mereka menggunakan pistol 9mm dan .22 kaliber. Penyerang itu kemudian melarikan diri.



Mereka menuduh ia dilakukan oleh militan pemisah Islam.


Sejak pemberontakan yang bermula pada Januari 2004, terdapat kira-kira 11,000 kejadian keganasan oleh puak pemisah di wilayah berpenduduk majoriti Islam paling selatan, Yala, Pattani, Narathiwat di mana hampir 5,000 orang terbunuh dan 8,000 cedera. - BP

Wednesday, September 26, 2012

Baju Merah, Kuning tegang

BANGKOK: Penyokong kumpulan Baju Merah dan Baju Kuning saling mengutuk antara satu sama lain di luar pejabat Bahagian Pencegahan Jenayah, semalam.

Kedua-dua kumpulan terbabit berkumpul di situ selepas polis memanggil seorang wanita bekas guru yang membuat tuduhan terbuka terhadap penyokong kuat Baju Merah, Darunee Kritbunyalai.


Bekas guru itu mendakwa Darunee memfitnah institusi raja Thailand bulan lalu.

Saksi berkata, hampir 200 orang penyokong Baju Merah dan 50 dari Baju Kuning berkumpul di depan bangunan berkenaan.


“Kebanyakan mereka berusia lebih daripada 40 tahun,” katanya. Menurut saksi, ketika kumpulan Baju Merah mengibarkan bendera, menunjuk isyarat lucah dan melaungkan kecaman, kumpulan Baju Kuning kelihatan gementar dan gelisah. Pada ketika tertentu, penyokong Baju Merah cuba melintas jalan menuju ke arah kumpulan bertentangan tetapi membatalkan niat mereka sejurus kemudian. Tiada sebarang senjata digunakan kedua-dua pihak, sebaliknya membaling botol minuman plastik ke arah pihak lawan. - BP

Tuesday, September 4, 2012

5 Cedera dalam serangan bom di Narathiwat




3 September 2012
BANGKOK- Lima anggota tentera cedera dalam satu serangan bom di Takbai, Narathiwat hari ini.
  
Jurucakap polis Narathiwat berkata dalam insiden itu, sebutir bom buatan sendiri seberat 15 kilogram meletup ketika kenderaan pikap tentera menghampiri Jambatan Kampung Padado di Ban Nak, Takbai pada 12.20 tengah hari.
  
Dalam perkembangan lain, dua butir bom buatan sendiri ditemui di Sungai Padi, Narathiwat hari ini.
  
Ketua Polis Sungai Padi Kolonel Pirapol Na Phattalung berkata bom itu ditemui di Kampung Chok Wa berhampiran Stesen Keretapi Kampung Tokdeng.
  
"Kami percaya sasaran mereka ialah anggota keselamatan yang bertugas di jalan raya dan jalan kereta api di kawasan itu," katanya. - Bernama

Thursday, August 2, 2012

thailand



Kemerdekaan itu bukan untuk di tunggu, tetapi kemerdekaan ada untuk di kejar .... tunjukkanlah kehebatan perjuangan Fathoni Darussalam"Fisabilillah".

Tayland'da güvenlik güçlerine karşı saldırı düzenlendi, 4 polis hayatını kaybetti, 2'si yaralandı.

Yetkililer Pattani'de meydana gelen olayın sorumlusunu bağımsızlıklarını isteyen Müslüman aktivistler olarak açıkladı.

Yala'da ise Çarşamba günü gerçekleşen bombalı saldırıda 5 polis yaşamını yitirmişti.

Pattani, Yala ve Narathiwat Budist egemen ülkede müslümanların çoğunluğu oluşturduğu üç kent.

Tuesday, July 31, 2012

Peristiwa berdarah Tak Bai

Today in history / Hari ini Dalam sejarah ..10 Ramadan, 
(English and Bahasa Melayu )


Peristiwa berdarah Tak Bai

Peristiwa berdarah Tak Bai yang berlaku pada 24 Oktober 2004 merupakan peristiwa di mana 78 orang penduduk Islam kehilangan nyawa semasa dalam tahanan tentera Thailand, dalam bulan Ramadan. Bagaimanapun kerajaan Thailand kemudiannya memutuskan bahawa tidak terdapat sesiapapun yang bersalah dalam kejadian tersebut.
__________________________________________________
Tak Bai Incident

The Tak Bai incident is an event that occurred on October 25, 2004 in Tak Bai, Thailand, which resulted in at least 85 deaths.
Six local men were arrested. A demonstration was organized to demand their release and the police called in army reinforcements. After some demonstrators threw rocks and attempted to storm the police station, security forces used tear gas and gunfire in response.

Hundreds of local people, mostly young men, were arrested. They had their shirts taken off, bound with their hands tied behind their backs, and made to lie face down on the ground. Video footage shows soldiers kicking and beating those already bound and helplessly lying on the ground.

Later that afternoon, those arrested were thrown by soldiers into trucks to be taken to an army camp in the next province of Pattani. The prisoners were stacked five or six deep in the trucks, and by the time the trucks reached their destination three hours later, many had suffocated to death.

Sunday, July 29, 2012

Suara Anak Kecil di Bumi PATANI



Ibuku yang kehilangan tempat bergantung, bapaku yang pergi entah kemana, kakakku yg tergadai maruahnya, dan abangku yg terkorban di medan JIHAD, sekarang hanya ada kami, kami anak Patani dan kami sangat bangga jadi anak Patani.

Restuilah langkah kami.Wahai Ibu Pertiwi, tidak lama lagi kamu akan berhenti menangis karena kami sudah lihat kemerdekaan itu ada tepat didepan kami, kami dapat merasainya, dan kami telah mencium baunya yaitu bau yang seperti darah yang terbakar oleh tembakan peluru dan bom. Menurut apa yang kami tahu, darah lah harga sebuah kemerdekaan.

Wahai Ibu Pertiwi, walaupun sekarang langkah kami belum cukup kukuh memijak bumi, tapi kami tidak gentar dan kami tidak pernah kenal arti ketakutan. Yakin lah dengan langkah kami karena kami tidak akan diam dan kami akan sentiasa bergerak.Ibu Pertiwi, walau kami masih kecil, tapi kami punya cita-cita yang besar, kami punya kebolehan, dan yang paling penting kami punya keyakinan.

Walau suatu hari kami gugur, Ibu tidak perlu bimbang, karena kami akan tumbuh sebelum patah, dan kami akan berganti sebelum hilang.Ini janji kami, ini janji kami, dan hanya ini janji kami.
 

Alasan mengapa muslim Pattani bangkit melawan Siam (Thailand)




Jihad di Pattani meningkat dalam beberapa tahun terakhir. Kaum muslimin, terkhusus mujahidin bangkit berdiri melawan pemerintah musyrik Thailand. Berikut adalah beberapa alasan Mengapa Muslim Pattani bangkit melawan Siam (Thailand)? yang dipublikasikan oleh theunjustmedia. Berikut terjemahannya:

1. Mengapa orang-orang (muslim) di Pattani bangkit melawan Siam (Kerajaan Thailand)? Itu karena tuntutan naluri manusia untuk melakukannya, karena kedatangan Siam ke Pattani adalah Haram (ilegal).

Karena negara Siam didasarkan pada EKSPANSI Daerah, atau "cinta ekspansi daerah", karena itu pada tahun 1786, Siam membawa tindakan penyusupan terhadap wilayah Pattani. Dan kemudiam Pattani jatuh ke tangan Siam, sejak kekalahan itu Pattani telah dijajah, ditindas, dirampas hak asasinya, orang-orang dianiaya, perbudakan, dibakar hidup-hidup, ditenggelamkan ke dalam air, dikubur hidup-hidup, ditangkap sebagai tawanan perang, menjadi tenaga kerja paksa, dipenjara dan dibuang.

2. Dasar-dasar Gerakan Kemerdekaan Pattani

A: Pattani Darul Harbi: Karena telah dijajah oleh Kafir Siam, perang di negara Darul Harbi adalah Fardhu 'ain, ini telah disepakati oleh seluruh Ulama Islam, 4 Madzhbab mengatakan bahwa: "Jihad untuk kemerdekaan adalah Fardhu 'ain untuk seluruh laki-laki dan perempuan di negara tersebut yang dikacaukan, dijajah, ditindas dan daniaya".

B: Piagam PBB telah menetapkan bahwa untuk setiap bangsa terjajah, memiliki hak untuk menentukan nasib sendiri, serta meningkatkan pengakuan atas hak asasi manusia dan dasar kebebasan bagi semua orang, sehingga gerakan kemerdekaan nasional lahir di seluruh dunia, di Asia, di Afrika dan Amerika Latin.

C: Berdasarkan subyek di atas, kaum Muslimin di Pattani bangkit untuk melakukan kewajiban membebaskan tanah air mereka yang dijajah dan masyarakat muslim tertindas dari penjajah terkutuk, maka gerakan kemerdekaan Pattani adalah gerakan yang dibuat fardhu (diwajibkan) untuk semua Muslim Melayu Pattani.

D: Jika ada orang dari kalangan orang Melayu Muslim Pattani yang bersekongkol dan mendukung bangsa penjajah Siam, serta memberikan pengakuan kepada raja dan ratu Siam sebagai "ayah dan ibu" dan "dengan ikhlas mengklaim bahwa ia adalah orang Thailand, keturunan Thailand dan berkebangsaan Thailand", maka orang ini adalah RADDAH (murtad), memberontak agama, bangsa dan tanah air.

3. Hukum Jihad menurut Syari'at Islam

Dalam perang antara Negara Darul Islam dan Negara Darul Harbi, sehingga semua surat wasiat Abu Bakar as-Siddiq radiallahu 'anhu untuk Komandan Usamah radiallahu 'anhu dan pasukannya berlaku, yaitu perintah untuk tidak membunuh anak-anak, orang tua, perempuan, para bhikkhu (yang tidak bersekongkol dengan pemerintah), untuk tidak menebang pohon tanaman, rumah terbakar, membunuh ternak, penyiksaan tawanan perang dan merusak/memutilasi mayat-mayat.

4. Perspektif Dunia Pada Gerakan Kemerdekaan Pattani

A: Rakyat Muslim Siam dikacaukan, dijajah, ditindas, dibunuh, dibakar hidup-hidup dan dikubur hidup-hidup, juga ditenggelamkan hidup-hidup. Rakyat Pattani, mereka dibuang jauh ke luar negeri seperti binatang (semua ini dilakukan oleh Pukong Sharot terhadap rakyat di kabupaten Bacok dan Yingo, juga oleh Pukong Sampech terhadap rakyat di kabupaten Saiburi). Di sisi lain, jika rakyat Pattani melakukan hal yang sama terhadap para penyusup dari Siam, mereka akan selalu digembar-gemborkan sebagai teroris, brutal dan kejam, oleh wartawan dan media sekuler pada umumnya.

B: Siam menggelar pasukan dan peralatan perang yang cukup ke negeri Pattani, yang bertujuan untuk memerangi rakyat Muslim Pattani, membunuh, menyiksa, menangkap dan memenjarakan mereka, dan mereka (para musyrikin) dianggap sebagai benar dan adil. Tetapi ketika rakyat Muslim Pattani melakukan reaksi dan serangan di tanah Siam, mereka dianggap sebagai penjahat dan teroris.

C: Pasukan Musyrik Siam telah membunuh banyak Ulama Muslim di Pattani dan memenjarakan mereka tanpa kejahatan yang mereka lakukan, dan semua itu dianggap sebagai benar dan adil?! Tapi mengapa ketika rakyat Muslim Pattani membalas dengan cara yang hampir sama karena kekejaman yang mereka (musuh) lakukan, selalu dianggap sebagai biadab, jahat dan kejam.

"Mengapa kamu tidak mau berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita maupun anak-anak yang semuanya berdoa: "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau!". (Al Qur'an 4:75)

"Dan mereka tidak menyiksa orang-orang mukmin itu melainkan karena orang-orang mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji." (Al Qur'an 85:8)
 —

gambar rumah sekeluarga yang dibunuh oleh askar penjajah thailand

gambar rumah sekeluarga yang dibunuh oleh askar penjajah thailand,yang dibunuh kesemua 9 orang termasuk anak kecil berumur 8 bulan.... this picture shows one big family killed by Thailand imperial army. All 9 person died including 8 months baby.

Saturday, July 28, 2012

selatan thai.

wahai anak bangsaku bangunlahkita kalian
dengan bangun kita dapat mununtut keridhaan
dengan kebangkitan anak bangsa dapat kita menuntut kebenaran
dengan kesedaran ini lah dapat kita jujung perintah tuhan
""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""
"darah nanah lebeh lazat drpd susu yg di perah oleh penjajah"