Tuesday, February 7, 2012

Syabas Aziz Bari sertai politik

Subky Latif,07 Feb 2012
SYABAS! Dan dialu-alukan jika benar Prof. Aziz Bari mahu menyertai politik yang aktif setelah dibersarakan oleh UIAM.

Prof. Aziz sebenarnya sudah pun berpolitik secara bebas sebagai seorang akadamis cuma tidak terjun ke dalam arena parti politik yang aktif.

Dia tidak teragak-agak menyatakan pandangan menegur perkembangan baik terhadap pembangkang, apa lagilah terhadap kerajaan dan pemimpinnya.

Banyaknya teguran itu adalah terhadap kerajaan dan UMNO kerana pihak itu memang banyak salah silapnya.

Ada juga beberapa kerat orang akadamik berpolitik sepertinya tetapi kebanyakan mengkritik pembangkang. Mereka membisu terhadap UMNO dan kerajaan tetapi tidak kikir untuk membidas pembangkang. Politik mereka boleh dikira mengampu.

Tetapi Aziz tidak mengampu walau pun dia rapat dengan PAS. Semua masih ingat Aziz pernah membuat beberapa teguran kepada Presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi Awang.

Dia memilih untuk menjadi pemerhati dan pengkritik. Oleh kerana alam kampus tidak diberi pilihan untuk mengkritik kerajaan, maka politik pasif Aziz itu pun diberi tindakan bersara dari jawatannya.

Aziz dikenakan musibah. Diberhentikan. Musibah itu adalah atas izin Allah juga. Tidak berlaku kalau tidak diizin Allah. Allah mengujinya melalui peraturan zalim universitinya. Ia adalah takdir. Setiap takdir terhadap orang beriman mesti dihadapi dengan bersabar.

Kalau Aziz Bari dapat menerima musibah itu dengan berkata Alhamulillah dan Inna lilah waina ilaihi rojiun, nescaya sebuah banglo disediakan Allah di syurga.

Ujian musibah itu bergantung tahap iman Prof. Aziz. Jika tebal iman, teruk ujiannya. Jika nifis, ujiannya ringan atau tidak diuji langsung.

Tidak pilihan buat Aziz melainkan bersyukur atas ujian itu. Bersabar. Menyertai politik itu adalah dalam rangka reaksi sabar itu. Bukan bersabar berdiam diri, menyesali atas kerja baiknya selama ini dan merayu atau minta ampun atas kesalahan yang tidak dilakukan.

Mana parti politik yang akan disertai Aziz? Ketika ulasan ini dibuat, dia belum membuat pilih antara parti Pakatan Rakyat yang dikatakannya melamarnya.

Jika saya ditanya, saya akan kata pilihlah politik yang ada jihad sesuai dengan ujian yang Allah takdirkan terhadapnya.

Itulah pandangan yang saya tidak sempat beri kepada Anwar Ibrahim ketika dia mula dilanda musibah politik dan kemanusiaan paling perit sejak berbelas tahun lalu. Saya hendak beritahu dia, sertai PASlah kerana dalam PAS itu ada jihadnya.

Semua orang beriman yang diuji Allah mestilah menerimanya dengan mendekatkan diri kepada Allah. Antara politik yang dekat kepada Allah ialah PAS. Kerana disamping matlamat politik Islamiyahnya, ia ada matlamat dakwah.

Inilah baru saya tulis hal ini. Saya sekeluarga ada ke rumah Anwar untuk menyampaikan pandangan ini, tetapi tiada ruang dan peluang.

Kalau Aziz rasa sudah terpanggil untuk terjun dalam politik yang aktif sebagai tanda syukur dan bersabarnya, maka dia mesti terjun dalam politik yang membuat banyak kerja untuk Islam.

Itulah yang Almarhum Necmattin Erbakan, pemimpin ulung parti Islam Turki bagitahu kepada Abdullah Gul yang bekerja dalam syarikat kewangan di Saudi masa itu. Baliklah ke Turki bekerja untuk Islam. Abdullah Gul pun balik berjihad politik bersamanya, dan sekarang Abdullah Gul ada Presiden Turki.

Dalam politik dan jihad tiada janji indah. Bahkan akan banyak ujian lagi. Mungkin buat Aziz Bari yang terjun ke situ akan menemui ujian lebih berat dari yang dihadapinya di UIAM. Itulah yang dihadapi oleh semua yang menyertai PAS. Ramai yang berjaya tetapi ada juga yang tercicir.

Kedatangan Aziz dalam politik menjelang PRU 13 penuh cabaran ini adalah suatu yang dirasakan untung buat Pakatan. Tetapi percayalah politik paling manis bagi orang Islam ialah politik Islam. Pada Islam politik itu manis. Yang menjadikannya pahit ialah manusia. Dalam politik Islam saja manusia tidak mati katak.

Apa pun Aziz Bari tetap diberi sambutan dalam politik melalui mana-mana parti pilihannya.

Syabas Aziz Bari sertai politik:

'via Blog this'

PR terus 'diserang' Hasan, dakwa fokus Pas hanya Putrajaya



M FEISAL NORAWI
6 Februari 2012
HASAN ALI
TEMERLOH - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor,  Datuk Dr. Hasan Ali menempelak pucuk pimpinan parti itu atas alasan lebih mengejar singgahsana Putrajaya sehingga sanggup mengetepikan dasar perjuangan Islam.
Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu menambah, Pas yang sebelum ini menjadikan Islam agenda utamanya penubuhan sejak 50 tahun lalu, kini lebih berminat untuk menduduki menguasai kerajaan daripada berjuang menegakkan hukum Islam.
“Pas lebih sanggup bekerjasama dengan PKR dan DAP yang secara jelas menentang penubuhan negara Islam.
“Saya terpaksa berjuang dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan menubuhkan Jati bagi mempertahankan akidah umat Islam negara ini apabila Pas langsung tidak mahu memperjuangkan isu tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap Majlis Bicara Ummah yang berlangsung di Dewan Tun Razak yang dihadiri 3,000 penduduk Temerloh, semalam.
Sehubungan itu, Hasan menyeru umat Islam negara ini menyokong perjuangan JATI yang akan ditubuhkan pada 21 Februari ini tanpa mengira fahaman politik.
"Saya mengalu-alukan mereka yang ingin menyertai Jati walaupun mereka ahli Umno, Pas, PKR mahupun orang Islam yang berada dalam DAP.
"Saranan saya ini berdasarkan perjuangan Jati yang bukan berasaskan perjuangan politik tetapi berjuang semata-mata atas Islam," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, cita-cita Pakatan Rakyat (PR) untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik dan menghapuskan kuasa Raja Raja Melayu jika menang pada Pilihan Raya Umum ke-13  tidak akan menjadi kenyataan.
Beliau berkata, niat mereka untuk mengubah perlembagaan negara tidak semudah disangka kerana mereka terlebih dahulu perlu mendapat persetujuan Raja-raja Melayu untuk menghapuskan kuasa Raja dan keistimewaan Orang Melayu.
“Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu jelas termaktub hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Raja-raja tidak boleh diusik.
"Perkara tersebut merupakan kuasa mutlak hak Raja-raja dan orang Melayu yang tidak boleh dipertikai sama sekali," katanya.
Menurutnya, impian PR itu adalah untuk menjadikan negara ini sebuah republik oleh kerana tidak ingin melihat orang Melayu berkuasa dan dilindungi Raja-raja Melayu.
Sehubungan itu, Hasan meminta orang Melayu dan umat Islam di negara ini bersatu bagi mempertahankan hak mereka.
Beliau berkata, PR kini bercita-cita dan berusaha untuk menawan  Putrajaya dengan apa cara sekalipun pada pilihan raya umum nanti, malah Pas yang bersengkongkol dengan  DAP dan PKR tidak berbuat apa demi kuasa politik.

Adun: Pas Pusat serah kepada Hasan Ali


NOOR AZURA SAHRIL
6 Februari 2012
Hasan Ali

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyerahkan kepada Datuk Dr Hasan Ali sama ada mahu kekal menyandang jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia atau sebaliknya.

Justeru Mohamad yang mesra dikenali sebagai "Mat Sabu" memberitahu, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu seorang yang bijak dan oleh itu, orang lain tidak perlu mendesaknya berbuat demikian.

"Beliau seorang yang bijak. Tidak perlu mendesak beliau, terserah kepadanya," katanya kepada Sinar Harian mengulas gesaan Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahukan Hasan meletakkan jawatan ekoran kemenangannya itu atas tiket Pas.

Dalam kenyataan semalam, Tuan Ibrahim berkata, parti akan terus mendesak Hasan supaya melepaskan jawatannya serta-merta sekiranya beliau sudah membuat keputusan muktamad tidak mahu merayu dan berhajat untuk ‘angkat kaki’ daripada menjadi ahli parti itu.

Menurutnya, adalah lebih baik bagi Hasan berdiam diri dan tutup mulut daripada memburukkan orang lain serta melabelkan pemimpin tertentu sebagai parasit.

Mengulas lanjut berhubung tindakan Hasan yang enggan merayu pemecatannya, Mohamad berkata, itu adalah hak beliau dan terserah kepadanya.

"Itu terserah kepadanya. Beliau mempunyai kebebasan untuk merayu atau tidak,” katanya ketika ditemui pada majlis perkahwinan anaknya di sini, hari ini.

Kelmarin, Hasan mengumumkan tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan pemecatannya daripada Pas atas alasan ia dilakukan secara autokratik dan tidak de­mokratik.

Malah Hasan turut menggariskan sembilan sebab mendorongnya membuat keputusan itu.Adun: Pas Pusat serah kepada Hasan Ali - Politik - Sinar Harian:

'via Blog this'

Batal ceramah kerana diugut


SYAMILAH ZULKIFLI
7 Februari 2012
ceramah-ganggu

SEREMBAN – Keadilan Cabang Rembau mendakwa mereka diugut sekumpulan kira-kira 30 lelaki ketika sedang membuat persiapan ceramah yang diadakan di pekan Kuala Sawah, Rantau, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, beberapa ahlinya yang sedang membuat persiapan majlis didatangi kumpulan terbabit yang ada di antaranya bersenjatakan pisau.

Penyelaras Dewan Unda­ngan Negeri (Dun) Rantau Keadilan Rembau, S.Karupaya berkata, ketika itu, dia bersama lima lagi rakannya sedang membuat persiapan akhir untuk majlis ceramah yang dijadualkan jam 9 malam di Taman Jed Indah, Rantau.

“Tiba-tiba sekumpulan kira-kira 30 lelaki menaiki kereta dan motosikal datang menghampiri kami sambil mengeluarkan kata-kata ugu­-tan yang mendesak agar kami membatalkan ceramah pada malam itu.

“Saya nampak tiga daripada mereka membawa pisau. Lantas, kami buat keputusan tidak memberi sebarang reaksi kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini,” katanya pada pemberita di sini semalam.

Turut serta, Pesuruhjaya Pas Negeri, Mohamad Taufek Abd Ghani dan Timbalan Penyelaras Dun Rantau Keadilan Rembau, Daud Idris.

Sementara itu Setiausaha Keadilan Cabang Rembau, Norazizi A.Aziz berkata, pihaknya kesal dengan insiden itu dan mengesyaki ada campur tangan daripada pihak tertentu.

“Kami tidak mahu bergaduh dengan sesiapa pun, kami hanya mahu mengadakan ceramah menyampaikan maklumat kepada rakyat.

“Jadi, kami ambil keputu­-san batalkan ceramah yang sepatutnya diadakan walaupun sudah membuat persediaan dan mendapat permit daripada polis pada 3 Februari lalu,” katanya yang turut membuat laporan polis di Balai Polis Rantau akibat kejadian berkenaan.Batal ceramah kerana diugut - Melaka & NS - Sinar Harian:

'via Blog this'

Sultan Kelantan ziarah keluarga mangsa lemas



SULTAN MUHAMMAD V (tengah) berbual dengan Ruslan (dua dari kiri) semasa melawat keluarga mangsa lemas itu di Kampung Tualang Salak, Bachok, kelmarin.


BACHOK – Keluarga dua beradik mangsa lemas di Kampung Tualang Salak dekat sini terharu atas keprihatinan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang mencemar duli menziarah mereka petang kelmarin.

Baginda yang tiba di kediaman nenek mangsa, Saudah Mat Yaakob, 63, disambut Ketua Jajahan Bachok, Zulkifli Abdul Rahman; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Ilias Husain dan beberapa pegawai kerajaan lain.

Bapa mangsa, Ruslan Ab. Ghani, 46, berkata, dia amat berbesar hati apabila diberitahu bahawa Sultan Kelantan akan mencemar duli ke rumahnya dua hari lalu.

“Kami menjunjung kasih di atas kunjungan baginda serta menghulurkan sumbangan untuk keluarga kami. Baginda sememangnya prihatin dengan nasib rakyat,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Masih ada peluang tuntut wang sagu hati RM3,000



KERATAN Kosmo! 8 Januari 2012.


KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih membuka permohonan kepada bekas polis pada zaman darurat untuk mendapatkan wang sagu hati khas sekali bayar sebanyak RM3,000 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2012 Oktober tahun lalu.

Ketua Setiausahanya, Tan Sri Mahmood Adam berkata, sehingga tahun lalu, sebanyak 72,000 orang bekas polis zaman darurat telah dikenal pasti dan layak menerima wang sagu hati berkenaan.

Menurut beliau, permohonan yang masih dalam proses penerimaan dan penapisan itu terdiri daripada golongan yang tidak dapat dikenal pasti akibat kekurangan bukti perkhidmatan.

"Apa yang menjadi masalah ialah pihak polis tidak memiliki rekod mereka dan caranya bagi mengemukakan bukti ialah dengan menunjukkan dokumen seperti kad perkhidmatan sewaktu menghantar borang.

"Harus diingatkan juga, hanya balu atau suami kepada anggota keselamatan berkenaan yang layak membuat permohonan dan bukan anak atau saudara mereka," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Seramai 72,000 bekas polis darurat yang bertugas di antara 1948 dan 1962 di Semenanjung dan 1962 hingga 1974 di Sabah dan Sarawak telah mula menerima sagu hati itu yang dibayar sejak bulan lalu.Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'