Friday, July 15, 2011
Anak hilang
Kepada Rakan2 semua,
Anak kepada rakan saya telah hilang tengahari semalam dihadapan Sek. Keb Subang Bestari. Usaha mencari adik Najmi telah dilakukan sehingga lewat pagi tadi tetapi masih gagal.
Lapuran polis telah dilakukan dan dia disyaki diculik. Butir2 terakhir adik Najmi adalah seperti berikut:
Nama : Najmi Haqiemi bin Ahmad Salleh (10tahun)
Tinggi : lebih kurang 110cm
Pakaian: Memakai t-shirt sukan berwarna merah berlengan hitam dgn cetakan 'S.K Subang Bestari, Tuah' dibelakang, berseluar sukan berwarna biru gelap berbelang putih dan berjaket berwarna coklat.
Lain2: Membawa beg sekolah berwarna biru dan hitam, berambut pendek dan mempunyai tanda parut disebelah kanan kepala.
MOHON DIDOAKAN SEMOGA KANAK-KANAK INI DIJUMPAI DAN MINTA SAMA-SAMA KITA SOLAT HAJAT SEMOGA ORANG YANG MEMBAWANYA TERBUKA HATI UNTUK MENGHANTAR KEMBALI KANAK-KANAK INI KEPADA KELUARGANYA.
Sekiranya rakan2 mempunyai maklumat atau ternampak kanak2 ini, boleh hubungi ibunya di no: 012 2485649 (Zetty) atau bapanya di no: 0196387252 (Salleh).
Mohon disebarkan.
Beli sendiri guna duit menabung dari kecil-Rosmah
Pisang berbuah dua kali
Khalijah berkata, dia tidak menyangka akan melihat sendiri peristiwa aneh itu kerana baginya adalah tidak mungkin pohon pisang yang ditebang dan sudah hampir mati berbuah semula.
“Saya dan suami pelik serta sepakat bersama jiran untuk tidak menebang pokok itu bagi melihat sejauh mana ia boleh mengeluarkan hasil kepada kami sekeluarga,” katanya.
Menurutnya, dia sudah 30 tahun menetap di Felda berkenaan, namun kejadian itu adalah kali pertama pernah dilihatnya sepanjang menetap di lokasi berkenaan.
“Bagaimanapun, saya harap tiada apa-apa pelik berlaku susulan peristiwa ini,” katanya.
SPR anggap desakan Bersih sebagai ugutan
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata apabila Bersih mahu mengemukakan memorandum mengandungi lapan tuntutan kepada Yang di-Pertuan Agong, adalah wajar semua pihak menunggu reaksi atau kenyataan beliau dan tidak mengambil tindakan, termasuk mendesak atau mengugut kerajaan.
'Jika Bersih beriya-iya mahu mengemukakan lapan tuntutan kepada Yang di-Pertuan Agong, tunggu dulu jangan buat sebarang desakan yang boleh dilihat sebagai ugutan. Tindakan itu tidak wajar kerana Tuanku belum melihat memorandum.
'Mereka seolah-olah tidak menghormati istana, sebarang desakan atau yang berbaur ugutan tidak menyelesaikan masalah, itu bukan budaya kita,' kata Tan Sri Abdul Aziz.
SPR turut mempertikaikan campur tangan pemimpin pembangkang, termasuk Parti Islam Semalaysia (PAS), sekali gus mempertikaikan ketelusan Bersih dalam mengendalikan tuntutan yang sebelum ini mendakwa tidak dipengaruhi mana-mana parti politik.
'Pengerusi Bersih (Datuk S. Ambiga) memberitahu saya mereka tidak dipengaruhi parti politik, sebaliknya mereka bergerak bebas dan tidak menyebelahi mana-mana pihak, tetapi saya hairan kenapa Timbalan Presiden PAS (Encik Mohamad Sabu) boleh memberi kata dua kepada kerajaan sedangkan Bersih yang berurusan dengan SPR,' katanya kelmarin.
Selasa lalu, PAS memberi kata dua kepada kerajaan bahawa parti itu akan mendesak Bersih menganjurkan demonstrasi jalanan sekali lagi jika SPR gagal memenuhi tuntutan apa yang didakwa sebagai penambahbaikan proses pilihan raya.
Bersih pula mendesak Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi meneliti secara keseluruhan sistem pilihan raya di negara ini.
Mengulas lanjut, Tan Sri Abdul Aziz berkata SPR sentiasa membuat perubahan bagi kebaikan dan manfaat semua pihak, selain bersikap terbuka menerima pandangan, cadangan dan kritikan membina, termasuk di kalangan pemimpin lebih 30 parti politik di negara ini.
Malah, daripada 17 tuntutan dikemukakan Bersih, hanya lapan masih pada peringkat perbincangan.
Daripada jumlah itu, hanya empat yang ada kaitan dengan SPR iaitu menuntut senarai daftar pemilih dibersihkan, menggunakan dakwat kekal, menghapuskan undi pos dan memanjangkan tempoh kempen pilihan raya. -- BHM.
Cyberita Online Luar NegaraBunuh penunjuk perasaan: 700 pegawai polis Mesir dibuang kerja
Menteri Dalam Negeri, Encik Mansour Essawy, berkata seramai 505 jeneral dan 164 pegawai biasa akan ditamatkan perkhidmatan mereka mulai 1 Ogos ini.
Tindakan itu diambil ekoran protes berterusan di Dataran Tahrir di sini, yang menggesa kerajaan mempercepatkan tindakan ke atas anggota polis dan pegawai-pegawai Encik Mubarak yang rasuah.
'Ini merupakan rombakan pentadbiran yang besar... bagi membawa masuk muka baru (dalam pasukan polis),' kata Encik Essawy.
Beliau turut berjanji pegawai polis yang melanggar undang-undang akan dipertanggungjawabkan.
Sementara itu, pihak tentera juga mengesahkan bahawa pilihan raya September ini akan ditangguhkan.
'Diputuskan bahawa (pilihan raya Parlimen) akan diadakan Oktober atau November,' kata seorang pegawai majlis tentera yang dipetik laporan BBC.
Laporan stesen televisyen Mesir pula berkata seramai 37 pegawai yang dipecat turut berhadapan dengan tuduhan membunuh penunjuk perasaan.
Lebih 800 penunjuk perasaan terbunuh ketika kebangkitan rakyat selama 18 hari yang membawa kepada peletakan jawatan Encik Mubarak pada 11 Februari lalu.
Di sebalik pengumuman semalam, para penunjuk perasaan bagaimanapun masih tidak berpuas hati.
'Tindakan ini hanya pelali. Kami tidak akan ditipu,' kata Encik Walid Saoud, 34 tahun, yang berhimpun di Dataran Tahrir.
Menurut beliau, para penunjuk perasaan akan teruskan bantahan sehingga pasukan polis negara itu melalui rombakan menyeluruh.
Ramai di antara penunjuk perasaan pula menuntut agar anggota Kabinet sekarang meletak jawatan. -- AP.
Cyberita Online Luar NegaraDoktor: Polis tembak air berasid dan gas pemedih mata ke hospital
Dalam satu kenyataan dikeluarkan malam kelmarin, seramai 11 doktor yang berkata berada di lokasi ketika kejadian menegaskan, mereka kecewa dengan tindakan polis itu tanpa mempedulikan keselamatan pesakit dan doktor.
'Kami, doktor yang menurunkan tandatangan di bawah, tidak mahu menyertai polemik perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 tetapi mahu menjelaskan tentang keadaan tidak selesa yang wujud (hari itu),' kata para doktor itu.
'Adalah mengecewakan pihak berkuasa yang diamanahkan tanggungjawab menjaga negara dan melindungi mereka yang lemah, tanpa rasa malu menafikan perbuatan mereka secara umum, di sebalik kejadian itu disokong banyak gambar, video dan pengakuan saksi termasuk pemerhati berkecuali,' kata mereka dalam kenyataan itu.
Kenyataan itu bercanggah dengan respons Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang menafikan polis melepaskan air berasid dan gas pemedih ke atas kawasan hospital.
Sebaliknya, Datuk Seri Liow berkata air berasid dan gas pemedih mata yang dilepaskan hanya mengenai kawasan tembok hospital itu.
Kelmarin, Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA), Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang juga mantan menteri kesihatan, berkata pihak polis terpaksa bertindak demikian bagi melindungi pesakit-pesakit daripada peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang cuba berselindung di kawasan itu.
Sementara itu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) semalam berkata ia akan mengadakan siasatan (inkuiri) awam berhubung dakwaan tindakan keras polis ketika perhimpunan itu.
Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee, berkata orang ramai dan pihak berkuasa akan dipanggil memberi keterangan masing-masing ketika inkuiri yang dijangka diadakan bulan depan.
Salah seorang peserta perhimpunan, Encik Liew Seng Tat, berkata beliau nampak anggota polis menendang dan memijak beberapa orang yang cuba mendapatkan perlindungan di Hospital Tung Shin. -- Agensi.
Cyberita Online Luar NegaraHidangan sup anjing untuk sejukkan badan
Mereka yang berusaha melindungi tubuh daripada panas memakan makanan tradisional seperti sup ayam ginseng, belut dan ‘bo- shin-tang’ yang mengandungi daging anjing yang direbus dengan sayur serta rempah-ratus.
Anjing dipelihara di Korea Selatan untuk dimakan dan peminat berkata, ‘bo-shin- tang amat baik untuk kesihatan.
Sebahagian orang menganggapnya makanan istimewa.
“Saya makan sup anjing kerana ia meningkatkan tenaga saya, meskipun ketika saya keletihan,” kata Shin Gwan-sup, 56, di sebuah restoran anjing. - Reuters
32 anggota polis cedera, 54 penunjuk perasaan ditahan dalam demonstrasi di Chile
Polis anti rusuhan menggunakan meriam air dan melepaskan gas pemedih mata untuk meleraikan ribuan penunjuk perasaan yang bertindak membaling batu, kayu dan botol plastik berisi cat.
Jurucakap polis berkata, 54 penunjuk perasaan ditahan. - FP
'Lelaki kucing' disyaki kembali
KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur sedang menyiasat sama ada seorang lelaki yang didakwa melarikan pelajar perempuan berusia 10 tahun dari rumahnya di sebuah flat di Taman Datuk Senu, Sentul, petang kelmarin adalah 'lelaki kucing' yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan kes kehilangan Nurin Jazlin Jazimin pada Ogos 2007 dan Sharlinie Mohd Nashar pada 9 Januari 2008 di Taman Medan, Petaling Jaya.Dalam kejadian sekitar jam 1.30 petang itu, mangsa, Dania Syazwana Azahar Ahmad, diculik hampir tiga jam oleh seorang lelaki yang datang di depan rumahnya di tingkat 6 dan cuba menariknya selepas mendapati kanak-kanak itu gagal memasuki rumahnya ketika baru pulang dari sekolah ekoran ketiadaan ibu bapanya.
Lelaki berkenaan dilaporkan menekup muka kanak-kanak itu sebelum mendukung dan membawa mangsa ke kawasan permainan berhampiran kediamannya sebelum lelaki itu memberi isyarat kepada dua rakannya untuk mengikat tangan dan menutup mulut mangsa dengan pelekat.
Mangsa kemudiannya didukung suspek ke satu tempat persembunyian kumpulan mereka yang dipercayai terletak di kawasan perumahan setinggan di Kampung Puah Seberang, kira-kira satu kilometer dari rumah mangsa.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisoner Khairy Ahrasa berkata, seorang lelaki berusia 50-an yang secara kebetulan melalui lokasi persembunyian suspek melihat kejadian itu sebelum mencapai sebatang kayu dan menghampiri kumpulan suspek berkenaan.
“Berlaku pergelutan sebelum semua suspek melarikan diri dalam keadaan mabuk. Mangsa kemudian dihantar pulang oleh lelaki itu ke rumahnya serta menceritakan kejadian kepada ibu mangsa,” katanya.
“Sehingga kini, polis masih menyiasat kes berkenaan,” katanya.
Siasatan dan pemeriksaan doktor juga mendapati kanak-kanak terbabit berada dalam keadaan selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan luaran dan dalaman.
Beliau berkata, pihaknya enggan mengulas lanjut sama ada individu melarikan mangsa adalah suspek sama terbabit dalam kejadian melarikan beberapa kanak-kanak perempuan di sekitar ibu negara sebelum ini.
“Ibu bapa dan penjaga perlu mengutamakan keselamatan anak dan kejadian ini perlu menjadi iktibar supaya penjenayah tidak berpeluang melakukan kes cabul, penculikan dan bunuh,” katanya.
Lelaki, wanita Singapura mahu lebih kerap berasmara
Kajian Seks Ideal Asia menunjukkan lelaki secara purata ingin berasmara 3.5 kali dalam tempoh sebulan manakala wanita 1.8 kali hubungan sedemikian dalam tempoh yang sama.Rata-rata, lelaki yang ditinjau berkata kekerapan hubungan seks yang sesuai adalah 8.7 kali sebulan.
Bagi kaum wanita pula, kekerapan yang ideal adalah 7.3 kali sebulan. Perangkaan itu lebih tinggi daripada purata 5.2 dan 5.5 kali yang dilakukan oleh pasangan di sini setiap bulan.
Pakar Urologi Kanan di Gleneagles Hospital, Profesor Peter Lim, berkata topik berkaitan hubungan seks bukan lagi sesuatu yang ‘pantang’ diperkatakan.
“Ia topik yang mempunyai kesan ke atas kesihatan keseluruhan bagi lelaki dan wanita,” kata Prof Lim.
Selain keinginan seks yang meningkat, kajian dijalankan Pfizer itu mendapati penduduk Singapura meletakkan kepentingan yang tinggi dalam usaha meningkatkan tahap kepuasan seksual.
Firma Pfizer menghasilkan antara lain ubat Viagra yang berupaya mengatasi masalah mati pucuk. – Agensi
Buku mangsa culik dapat sambutan
KULIT buku A Stolen Life |
LOS ANGELES: Buku mengisahkan pengalaman mangsa culik yang kemudian diselamatkan, Jaycee Dugard bertajuk A Stolen Life mendapat sambutan hangat apabila 175,000 naskhah dibeli pada hari pertama dijual, kata penerbitnya, Simon & Schuster, kelmarin.
Dugard diculik ketika berusia 11 tahun oleh pesalah seks, Phillip Garrido dan dijadikan tahanan selama 18 tahun. Dalam tempoh itu, dia dirogol, diikat dan melahirkan dua anak perempuan zuriat penculiknya.
Dia akhirnya diselamatkan di utara California bersama dua anak perempuannya pada 2009 apabila kehadiran Garrido menimbulkan kecurigaan semasa berada di kampus universiti negeri itu.
Sejak itu, Dugard kembali bersama dengan keluarganya sejak terpisah pada 1991. Dia tinggal dengan ibunya dan dua anaknya.
Garrido pula dihukum penjara seumur hidup kerana didapati bersalah menculik dan melakukan pelbagai serangan seksual manakala isterinya, Nancy dikenakan hukuman penjara 36 tahun.
Keluarga Dugard menerima pampasan AS$20 juta (RM60.5 juta) menerusi tabung pampasan mangsa negeri. Buku A Stolen Life menceritakan suka duka kehidupannya merangkumi tempoh sejak penculikan itu pada 1991 hingga hari ini.
Baru-baru ini, petikan buku berkenaan disiarkan dalam majalah People diikuti dengan temuramah oleh Diane Sawyer dalam siaran Primetime ABC pada 10 Julai.
Rancangan itu ditonton hampir 15 juta penonton, menjadikannya program televisyen yang paling tinggi jumlah tontonan.
Dugard yang kini berusia 31 tahun juga memberitahu Sawyer mengenai pengalamannya melahirkan anak pertamanya pada usia 14 tahun dengan berkata: “Bersalin memang menyakitkan tetapi sekarang saya tidak lagi bersendirian.”
“Sungguh jelas yang buku itu menyentuh perasaan,” kata Timbalan Presiden Eksekutif dan Penerbit Simon & Schuster, Jonathan Karp.
“Jutaan orang yang membaca petikan dalam majalah People dan menonton temuramah Dugard itu mahu mengetahui cerita lanjut mengenai beliau dan komen yang diperoleh daripada online menunjukkan pembaca mendapat inspirasi daripada kekuatan dan ketahanan Dugard,” katanya. – Reuters Berita Harian Online | Buku mangsa culik dapat sambutan
Jemaah umrah kian ramai di Tanah Suci
RIYADH: Semakin ramai jemaah umrah berada di bandar suci Makkah dan Madinah menjelang bulan Ramadan bulan depan.Musim tahunan umrah mencapai kemuncak Ramadan tahun ini ketika ramai umat Islam amat berminat mendapat ganjaran ketika bulan suci itu.
Selain itu, sejumlah besar penduduk di negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan negara Arab lebih suka menghabiskan sebahagian cuti musim panas mereka dekat tempat suci umat Islam.
Semua faktor itu menyumbang kepada peningkatan besar bilangan jemaah musim ini, menurut sumber syarikat perkhidmatan umrah.
Bilangan jemaah umrah mencapai 621,000 pada Jun (Rejab) berbanding 571,602 bulan sebelumnya iaitu peningkatan sembilan peratus.
Jumlah jemaah menggunakan khidmat udara meningkat 68 peratus membabitkan 2,145,737 ketika tahun terkini berbanding tempoh sama tahun lalu di mana ada peningkatan 17 peratus dan satu peratus dalam jumlah jemaah yang menggunakan jalan raya (531,198) dan jalan laut (28,860).
Warga Iran mengungguli senarai jemaah umrah yang sampai ke bandar suci ini pada musim umrah terkini yang bermula 19 Januari lalu (15 Safar). Sekurang-kurangnya 663,558 warga Iran menjalani ibadat umrah tahun ini menjadikan 21.17 peratus daripada jumlah jemaah umrah yang datang ke negara ini.
Rakyat Mesir ramai 374,480 jemaah berada di tempat kedua sementara Turki (342,375) dan Pakistan (331,662) menuruti di belakang. Ia diikuti jemaah Indonesia 229,110, Jordan (197,057), Iraq (198,975), India (168,013), Syria (142,828) dan Malaysia (101,362).
Tambahan 384,837 jemaah lain mewakili pelbagai warga negara juga sampai ke sini ketika musim umrah.
Dijangka hampir 30 peratus jumlah jemaah umrah pada musim ini tiba dalam tempoh sebulan bermula pertengahan Syaaban (16 Julai) sehingga separuh Ramadan, menurut sumber di sektor perkhidmatan umrah.
Kementerian Haji Arab Saudi mendedahkan tiga minggu lalu bahawa ada peningkatan 34 peratus dalam jumlah jemaah umrah tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu. Ia berkata misi Arab Saudi di luar negara melaporkan mengeluarkan 3.6 juta visa umrah ketika tempoh berkenaan.
Pihak berkuasa syarikat perkhidmatan umrah ragu-ragu dengan kejayaan musim terkini kerana gusar bakal jemaah tidak berupaya membuat kunjungan akibat pergolakan politik di beberapa negara Arab. – Agensi
Pasangan dibicara kes ular belit budak
ORLANDO: Seorang ibu dan teman lelakinya berdepan dengan hukuman penjara 35 tahun kerana pembunuhan tahap ketiga selepas anak perempuannya yang berusia dua tahun menemui ajal kerana dibelit ular sawa peliharaannya yang terlepas dari kurungan.Jaren Hare, 21, dan teman lelakinya Charles Darnell, 34, didakwa atas tuduhan membunuh dan mendera kanak-kanak berikutan kematian Shaianna Hare pada 2009.
Tragedi itu berlaku pada 1 Julai 2009 di kediaman pasangan itu di Oxford, barat laut Orlando. Dokumen mendedahkan, pasangan itu tidak memberi makan ular sawa Burma berukuran 2.6 meter selama sebulan sebelum kejadian dan ular itu berulang kali keluar dari kediaman.
Darnell memberitahu penyiasat yang ular itu berada dalam tangki sebelum dia masuk tidur. Sejam kemudian beliau menjumpai ular itu di lorong rumahnya, dan kemudian memasukkan haiwan itu dalam beg.
Darnell memberitahu penyiasat bahawa dia menemui ular itu membelit kepala Shaianna dan taringnya tertusuk di dahi mangsa pada keesokan harinya.
Ular itu dibawa ke pusat hidupan liar sejak kejadian dan gambarnya dirakam sebagai bahan bukti mahkamah.
Sementara itu, seorang pakar perubatan ketika memberi keterangan di mahkamah memberitahu bahawa ular itu cuba memakan Shaianna.
Peguam bela Jaren dan kekasihnya, Darnell berhujah bahawa kematian anak mereka adalah satu tragedi dan dianggap satu perkara yang tidak disangka-sangka.
Pendakwa meminta hakim menghukum pasangan itu kerana gagal meletakkan ular itu dalam kurungan.
Hare mahupun Darnell tidak memberi keterangan atau menggunakan bantuan saksi.
Mereka juga tidak menghiraukan soalan yang diajukan oleh wartawan ketika keluar dari bilik mahkamah menggunakan jalan belakang serta diiringi pegawai kanan polis.
Jika didapati bersalah atas tuduhah bunuh dan cuai terhadap kanak-kanak, pasangan itu boleh dihukum penjara 35 tahun.
“Saya rasa sungguh sedih. Saya menyintainya,” katanya.
Peguam kerajaan negeri, Pete Magrino merumuskan pendakwaan dengan merujuk kepada belitan ular di muka mangsa.
Beliau juga membincangkan pandangan Ketua Pemeriksa Perubatan, Wendy Lavezzi, yang memutuskan ular itu membelit leher Shaianna hingga mangsa tidak dapat bernafas. – Agensi
Mayat pembunuh digantung
PEMBUNUH Ahmed Wali Karzai digantung pada sebuah bangunan di dataran awam di bandar Kandahar, semalam. |
Taliban dakwa bertanggungjawab hantar orang bunuh adik Karzai
KANDAHAR: Lelaki yang menembak mati adik tiri Presiden Hamid Karzai, Ahmed Wali Karzai digantung di dataran awam di bandar Kandahar, di sini semalam.
Ahmed dibunuh Selasa lalu oleh lelaki yang dikatakan daripada puak dan kampungnya, yang dikenali beliau selain mengembara dan bekerja bersama selama tujuh tahun. Karzai adalah antara beribu-ribu penduduk menghadiri pengebumian adik tirinya.
Presiden, ketua puak, pegawai kerajaan dan orang ramai yang menyertai solat jenazah di ibu negeri wilayah Kandahar sebelum bergerak ke kampung asal di Karz untuk pengebumian.
Pergerakan Taliban mendakwa bertanggungjawab terhadap pembunuhan Ahmed tetapi pegawai rasmi Afghan pula menafikannya dengan berkata, tidak jelas sama ada pembunuh berkenaan adalah anggota militan.
Jurucakap Taliban, Zabiullah Mujahid berkata, dalam satu kenyataan bahawa anggotanya membunuh Ahmed kerana beliau bekerjasama dengan tentera Britain, Amerika Syarikat dan Kanada di selatan. Sejurus selepas pengebumian adiknya itu, Karzai mengadakan sidang akhbar di Kandahar dan memberi mesej kepada pergerakan militan itu.
“Mesej saya kepada mereka (Taliban) ialah berhenti membunuh warga senegara dan saudara seagama. Mudah untuk membunuh tetapi lelaki sejati ialah seseorang yang menyelamatkan nyawa orang lain,” katanya.
Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan, bilangan orang awam yang maut dalam enam bulan tahun ini meningkat 15 peratus berbanding tahun lalu.
Peningkatan kematian itu berlaku selepas Amerika menghantar beribu-ribu askar tambahan ke Afghanistan. Badan dunia itu menyatakan, tahap keganasan tahun ini menjadi petanda kesan kehadiran lebih ramai askar asing.
Laporan pertengahan tahun itu menyatakan, militan meliputi 80 peratus kematian dan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menjadi punca 14 peratus pembunuhan manakala separuh daripada korban disebabkan serangan bom. – Agensi Berita Harian Online | Mayat pembunuh digantung
Mujahidin India disyaki dalang
MANGSA letupan bom bergelimpangan berlumuran darah di luar Opera House, Mumbai.
MUMBAI: Agensi perisikan India tidak menerima sebarang amaran sebelum letupan tiga bom yang menyebabkan 18 orang terbunuh di Mumbai, serangan terbesar sejak militan berpangkalan di Pakistan menyebabkan huru hara di pusat kewangan itu pada 2008.Prasangka awal tertumpu kepada kumpulan Mujahidin India yang terkenal dengan kempen pengeboman bandar ke bandar menggunakan bahan letupan yang diletak dalam restoran, perhentian bas dan jalan yang sibuk.
“Tiada maklumat perisikan diterima berkaitan dengan serangan militan di Mumbai. Ini bukan kegagalan agensi perisikan,” kata Menteri Dalam Negeri, Palaniappan Chidambaram.
“Kami tahu mengenai serangan sebelum ini dan mereka melakukannya dengan bergerak secara rahsia. Mungkin ia membabitkan kumpulan kecil, mungkin mereka tidak berkomunikasi antara satu sama lain,” katanya.
Pada masa sama, beliau menekankan masih terlalu awal untuk menuduh kumpulan tertentu tetapi turut mengatakan bahawa serangan terancang itu mungkin tindak balas daripada kejayaan polis menyekat beberapa komplot sebelum ini termasuk penahanan anggota Mujahidin India.
Kumpulan itu dituduh ada hubungan dengan militan yang berpangkalan di Pakistan dan menentang pemerintahan India di Kashmir.
Beberapa kumpulan pakar forensik juga dibawa dari beberapa negeri lain ke Mumbai untuk mencari bukti di tempat kejadian, kata ketua pasukan antipengganas Maharashtra, Rakesh Maria.
Maria yang enggan menuding jari kepada mana-mana pihak bertanggungjawab atas serangan kali ini berkata, penyiasat berharap gambar CCTV yang diambil dari tiga lokasi kejadian dapat membantu siasatan.
Pengeboman terbaru adalah serangan militan terbesar di Mumbai sejak keganasan 2008 yang membunuh 166 orang sekali gus meningkatkan tekanan terhadap jiran dan musuh nuklear Pakistan selain menyebabkan penduduk ibu kota kewangan India itu terus tertekan.
Letupan itu terjadi ketika India dan Pakistan memohon untuk memulihkan hubungan. Pemimpin Pakistan pantas mengutuk serangan itu seperti juga Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.
Ia berlaku menjelang kunjungan Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton ke India minggu depan untuk mengadakan rundingan. – Reuters
Korea Utara serah mayat warga Korea Selatan
Korea Utara menemui mayat iaitu seorang lelaki berusia 43 tahun berasal dari Seoul di atas permukaan laut di barat daya wilayah Hwanghae.Jurucakap kerajaan, Lee Jong-Joo berkata, mayat itu diserahkan perkampungan Panmunjom berdekatan sempadan. - AFP
Dua pegawai tentera zaman diktator dipenjara seumur hidup
Bekas Jeneral Hector Gamen, 84, dan Kolonel Hugo Pascarelli, 81, dijatuhkan hukuman atas beberapa salahguna kuasa termasuk penculikan, penyeksaan dan rogol di kem tahanan El Vesubio (Vesuvius).Komander kem El Vesubio, Kolonel Pedro Duran Saenz, meninggal dunia pada Jun ketika perbicaraan kes masih berjalan.
Kira-kira 2,500 tahanan ditempatkan di kem itu antara 1976 dan 1978 yang terletak di barat daya Buenos Aires diserbu pasukan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Benua Amerika. - AFP
Gunung berapi di Indonesia meletup
Letupan pertama gunung itu berlaku pada jam 10.46 malam waktu tempatan.Pegawai Agensi Pengurusan Bencana Alam, Brian Rulrone berkata, letupan kedua yang lebih kuat berlaku selepas tengah malam dan kali ketiga pada jam 1.10 pagi.
Seorang lagi pegawai berkata, stesen radio El Shinta yang berada di tempat kejadian melaporkan askar dan polis membantu pasukan penyelamat untuk memindahkan kira-kira 500 penduduk yang menetap di sepanjang lereng gunung berkenaan.
Mereka menyertai 2,000 orang yang berpindah selepas diberi amaran supaya menjauhkan diri daripada gunung berapi setinggi 1,750 meter bekenaan yang diletakkan sebagai kecemasan terpenting dengan letupan kecil setiap hari.
Gunung Lokon terletak di wilayah utara Sulawesi ialah satu daripada 129 gunung berapi yangh masih aktif di negara berkenaan.
Letupan besar pada 1991 menyebabkan seorang pendaki warga Switzerland maut dan memaksa ribuan penduduk meninggalkan rumah mereka. - AP Berita Harian Online | Gunung berapi di Indonesia meletup
2,697 pasangan gay dan lesbian "berkahwin" di Argentina
Persekutuan lesbian, gay dan biseksual berkata, 60 peratus daripada perkahwinan itu membabitkan lelaki dengan lelaki dan wilayah yang paling diminati bagi melangsungkan majlis berkenaan ialah di Buenos Aires.Bagaimanapun, golongan gay berkata, keadaan tidak semanya indah sejak kongres Argentina meluluskan undang-undang itu kerana mreka berdepan masalah untuk memujuk pihak berkuasa awam untuk mendaftar anak mereka menggunakan kedua-dua nama. - APBerita Harian Online | 2,697 pasangan gay dan lesbian "berkahwin" di Argentina
Tolak nasihat minum air 8 gelas
Pakar kesihatan menyatakan tindakan tersebut akan membantu dalam membuang toksin dalam badan, selain ia baik untuk kesihatan dan memastikan kulit sihat.
Seorang doktor di Glasgow, Margaret McCartney pula berkata, tiada bukti kukuh menunjukkan dengan minum sebanyak lapan gelas air sehari dapat menyokong dakwaan tersebut.
‘‘Dakwaan minum air dalam jumlah itu tidak masuk akal.
‘‘Tiada bukti menyokong bahawa minum lapan gelas air sehari dapat membantu mencegah dehidrasi,’’ katanya dalam artikel pendapat dalam Jurnal Perubatan Britain.
Beliau berkata, beberapa penyelidikan menunjukkan tiada faedah jelas minum air dalam jumlah berkenaan.
‘‘Tindakan minum air ketika tidak dahaga boleh mengganggu daya penumpuan berbanding meningkatkan daya itu.
‘‘Tambahan lagi, bukti mencadangkan bahan kimia digunakan untuk menyahjangkitan kuman dalam air yang dibotolkan tidak baik untuk kesihatan,’’ ujarnya.
Nasihat minum air sebanyak 1.2 liter sehari turut diberikan oleh doktor-doktor terkemuka, pakar pemakanan dan pihak-pihak berkepentingan termasuk syarikat air seperti Evian, Volvic dan Buxton.
Namun, terdapat juga kebaikan dengan minum lapas gelas air sehari iaitu mencegah sakit kepala akibat dehidrasi, melembapkan kulit, membantu kesihatan kuku dan mengurangkan nafsu makan. – Agensi
Utusan Malaysia Online - Luar NegaraRatu Elizabeth II pun pakai kuning tanda sokongan pada Bersih 2.0
Najib Tun Razak dan isteri, Rosmah Mansor sempat meluangkan masa menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham, London, semalam. – AFP |
Kenya bakar lima tan gading gajah
Menurut seorang pegawai, 4,967 tan metrik gading gajah itu dirampas di Singapura pada 2002 dan sejak itu, ia disimpan di pusat latihan renjer hidupan liar di timur Kenya.
Pengarah Pasukan Petugas Perjanjian Lusaka, Bonaventure Ebayi berkata, gading-gading tersebut berasal dari tiga negara iaitu Malawi, Tanzania dan Zambia.
Tambahnya, pembakaran gading itu dilakukan berikutan satu perjanjian yang dicapai oleh ketiga-tiga negara pada bulan Mei di Nairobi.
Pasukan petugas dikenakan bayaran melalui perlaksanaa Perjanjian Lusaka 1992 yang direka untuk membantu agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang Afrika bagi menangani penyeludupan hidupan liar. - AFP
Utusan Malaysia Online - TerkiniRaja Azmi ditangkap lagi
SHAH ALAM 14 Julai – ‘‘Awak tidak datang ke mahkamah sebanyak tiga kali. Ini menunjukkan awak tidak hormat mahkamah. Maaf sahaja tidak cukup. Saya terpaksa menangguhkan perbicaraan banyak kali.’’
Walaupun bercakap dengan nada lembut, sesiapa yang mendengar kata-kata Hakim Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC), Hakim Datuk Lim Yee Lan itu turut dapat merasakan ketegasan dan kekecewaan beliau terhadap penerbit kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman.
Penerbit filem ‘... Dalam Botol’ itu dibawa ke mahkamah di sini hari ini kira-kira pukul 2.30 petang ini oleh pihak polis selepas waran tangkap yang dikeluarkan baru-baru ini disempurnakan kira-kira pukul 9.45 pagi di kediamannya di Ukay Perdana, Hulu Kelang dekat sini.
Waran tangkap tersebut merupakan kali kedua dikeluarkan oleh hakim tersebut bagi kes saman sivil berhubung penjualan sebidang tanah seluas 14.2 hektar dengan harga RM5.9 juta.
Pada 19 Ogos tahun lalu, Raja Azmi yang merupakan defendan kedua dalam kes saman itu ditahan di Balai Polis Pandan Indah, Ampang Jaya selepas dia membuat laporan polis terhadap isteri Roslin, Nurhayati Othman, 40, yang didakwa mengugutnya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS)
Dia ditahan selepas tidak hadir beberapa kali ke perbicaraan membabitkan dirinya, suaminya, Jalani Sidek dan syarikat mereka, Equal Alliance Sdn. Bhd. yang dinamakan sebagai defendan.
Mereka disaman oleh ahli perniagaan, Hamzah Abdul Majid atas dakwaan bersubahat dengan LBS Bina Holdings Sdn. Bhd. dan pengarahnya, Joey Lim Hock Guan apabila menjual tanah itu kepada syarikat pembinaan tersebut.
Sedangkan, pihak defendan didakwa telah berjanji untuk menjual hartanah tersebut kepada Hamzah sebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian bertarikh 21 Februari 1996 dengan harga RM4.9 juta.
Menjawab pertanyaan Hakim Yee Lan mengenai kegagalannya hadir ke mahkamah, Raja Azmi, 52, menyatakan ia bukanlah satu perkara yang disengajakan kerana dia telah dimasukkan ke hospital.
‘‘Pada pagi itu, lepas bangun saya pengsan. Kemudian saya ke hospital dan doktor menyatakan terdapat satu tulang di leher yang tidak berada di tempat yang sepatutnya telah menekan saraf menyebabkan bekalan oksigen ke otak tersekat,’’ jelasnya.
Di hospital itu juga, seorang lagi doktor yang telah memeriksa matanya menyarankan dia membuat pembedahan untuk membuang ketumbuhan (cyst) kecil yang terdapat pada organ penglihatannya itu.
‘‘Saya berada di hospital selama empat hari,’’ katanya tanpa menyatakan nama hospital yang merawatnya dan turut berjanji akan menyerahkan sijil cuti sakit (MC) kepada mahkamah selepas ‘seseorang’ membawa sijil itu dari rumah,’’ ujarnya.
Hakim Yee Lan kemudian menyatakan, disebabkan dia hadir ke mahkamah atas waran tangkap, dia sepatutnya dimasukkan ke penjara sehingga tarikh perbicaraan akan datang iaitu pada 22 Julai ini.
Bagaimanapun, hakim itu sanggup ‘berlembut’ dengan menyatakan akan membebaskannya jika isteri kepada bekas pemain badminton negara itu boleh mengemukakan jaminan sebanyak RM50,000 dengan dua penjamin.
Peguam yang mewakili plaintif juga menyatakan jumlah ikat jamin tersebut sesuai kerana walaupun Raja Azmi seorang yang muflis, dia tinggal di sebuah rumah berkembar dan pada kali terakhir sapina diserahkan kepadanya, penerbit itu sedang memandu sebuah kereta Mercedes Benz.
‘‘Tetapi saya tidak punya apa-apa kecuali kata-kata. Itu bukan kereta saya, itu kereta syarikat dan ia bukannya di bawah nama saya. Saya tidak ada apa-apa,’’ bidasnya.
Hakim Yee Lan sebelum menangguhkan prosiding itu mengurangkan jumlah jaminan kepada RM30,000 dengan dua penjamin.
Raja Azmi membayar jaminan tersebut kira-kira pukul 4.30 petang.
Keluarga rayu bantuan sedia wang rundingan
Menurut ibu ahli perniagaan itu, Siti Hamdah Ahmad (gambar), 60, keluarganya tidak berkemampuan membayar wang 'rundingan' secepat mungkin yang mencecah ribuan ringgit apatah lagi nilai RM5.6 juta yang dituntut bagi membebaskan Nazaruddin.
Katanya, dia sekeluarga telah berusaha dengan pelbagai pihak bagi membantu membebaskan anak sulungnya itu, namun usaha mereka menemui jalan buntu.
"Kami kini buntu dan terdesak untuk mendapatkan wang membebaskan Nazaruddin, lebih-lebih lagi mereka sudah memberikan kata dua agar memberikan wang 'rundingan' dulu selewat-lewatnya awal minggu depan.
"Kami tidak mempunyai harta dan apa yang kami harapkan kini adalah bantuan daripada rakyat Malaysia," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Merbah Sempak dekat sini hari ini.
Menurut suami Siti Hamdah, Saidin Aziz, 64, keluarganya itu sekadar berniaga kuih-muih secara kecil-kecilan berhampiran jalan menuju Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, sahaja.
Mana-mana pihak yang sudi membantu, boleh menghulurkan bantuan di akaun bank CIMB milik Siti Hamdah bernombor 12290081969529.
"Bekas isteri Nazaruddin juga menumpang mencari rezeki dengan menghantar kuih-muih ke gerai ini. Oleh saya amat berharap orang luar memahami keadaan kami sekeluarga," jelasnya
Utusan Malaysia Online - JenayahPenculik tetap tuntut RM5.6 juta, tiada diskaun
KUALA LUMPUR 14 Julai - Kumpulan penculik dipercayai rangkaian Abu Sayyaf di selatan Filipina tetap menuntut wang tebusan RM5.6 juta bagi pembebasan Mohd. Nazaruddin Saidin, rakyat Malaysia yang diculik di Pulau Jolo, awal Mei lalu.
Menurut sumber, dakwaan bahawa pihak berkenaan memberi diskaun RM60,000 untuk pembebasan mangsa adalah tidak benar.
Sebaliknya, katanya, ia hanya kos rundingan yang diperlukan bagi perbelanjaan makan, minum dan pengangkutan untuk membawa Mohd. Nazaruddin dari satu lokasi ke lokasi lain sejak tiga bulan dalam tawanan.
"Hakikatnya, setakat ini tidak ada pihak mahu menaja wang sebanyak itu (RM5.6 juta).
"Tidak ada isu pintu rundingan ditutup, pihak kumpulan penculik tersebut tidak mempunyai sebarang masalah untuk menunggu seberapa lama sekalipun.
"Lagi lama tunggu untuk membayar tuntutan mereka, nilai tebusan semakin tinggi dan yang paling utama pihak penculik mahu keuntungan daripada hasil 'tangkapan' mereka," kata sumber itu.
Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini turut mengesahkan jumlah tuntutan tebusan sebanyak RM5.6 juta masih kekal dan pihak penculik tidak pernah memberi diskaun sehingga RM60,000.
"Jika tuntutan tidak dipenuhi kemungkinan kos itu akan meningkat," katanya.
Beliau dimaklumkan orang tengah pihak penculik berkenaan bahawa mereka tidak mahu berunding dengan pihak biro itu sebaliknya, mahu berurusan terus dengan keluarga.
"Bagaimanapun, kami sanggup menawarkan diri lagi untuk memberi bantuan dan akan ke Filipina dalam waktu terdekat," katanya.
Dalam laporan Utusan Malaysia pada 14 Mei lalu, isteri Mohd. Nazarudin, Mazlina Mohamad, 38, mendedahkan kumpulan penculik berkenaan menuntut wang tebusan sebanyak 80 juta Peso (RM5.6 juta) sebagai syarat pembebasan suaminya.
Katanya, jumlah wang tebusan itu dimaklumkan kumpulan penculik kepada orang tengah yang juga salah seorang ejen broker cicak tokek di Malaysia.
Katanya lagi, kumpulan itu turut memberi syarat agar dia membayar sejumlah 5 juta Peso (RM348,317) sebagai pendahuluan wang tebusan terbabit dalam tempoh yang diberi.
Diculik 3 jam
Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 tengah hari itu, mangsa, Dania Syazwana Azahar Ahmad, turut cedera di siku dan kaki selepas terjatuh dari dukungan seorang penculik ketika dia dilarikan ke tempat persembunyian.
Bagaimanapun, dia dapat diselamatkan selepas seorang lelaki warga emas yang kebetulan melihat sekumpulan lelaki sedang mengurung seorang kanak-kanak di belakang sebuah kedai kira-kira satu kilometer dari rumah kanak-kanak itu sebelum bertindak berani memukul kumpulan lelaki terbabit dengan kayu.
Tindakan itu, menyebabkan semua lelaki terbabit yang terkejut cuba melawan, tetapi gagal sebelum mereka bertindak melarikan diri. Menceritakan kejadian itu, Dania berkata, sebaik mahu menutup pintu rumahnya di tingkat enam Flat Sentul Murni, di sini, selepas pulang dari sekolah, seorang lelaki tidak dikenali tiba-tiba menariknya dari arah belakang dan menutup mulutnya hingga dia tidak boleh menjerit meminta tolong sebelum mengheretnya turun ke tingkat bawah.
“Sebaik tiba di tingkat bawah, lelaki terbabit mendukung dan membawa saya ke taman permainan berdekatan sebelum memberi isyarat kepada rakan lain.
“Malangnya ketika itu, saya terjatuh dari dukungan lelaki berkenaan menyebabkan kecederaan di kaki kanan dan siku kiri saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
Menurutnya, lelaki itu mendukungnya semula dan meneruskan perjalanan ke belakang deretan sebuah kedai di Kampung Pauh Seberang kira-kira satu kilometer dari rumahnya.
“Di belakang kedai itu, mereka mengikat saya di satu kerusi sebelum menutup mulut saya dengan pita pelekat menyebabkan tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya berdoa supaya selamat.
“Mereka juga meminta wang, namun saya hanya mampu menggelengkan kepala kerana tidak mempunyai wang langsung menyebabkan mereka naik berang,” katanya.
Dania berkata, beberapa jam kemudian, seorang lelaki berusia 50-an yang menunggang motosikal kebetulan melihat kejadian itu terus menghampiri mereka dengan sebatang kayu.
“Saya lihat pak cik itu terus memukul penculik dan rakannya dengan sebatang kayu. Mereka cuba melawan tetapi tidak berjaya dan terus melarikan diri,” katanya yang masih trauma dengan kejadian berkenaan.
Menurutnya, selepas membuka ikatan di tangan dan pita pelekat di mulut, lelaki itu menghantarnya pulang ke rumah sebelum menceritakan kejadian itu kepada ibunya, Masni Abu Bakar, 30-an.
Selepas ayahnya pulang, mereka terus membuat laporan di Balai Polis Jinjang sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan. dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal suspek.
Setakat ini, tidak diketahui motif kumpulan lelaki terbabit kerana mereka langsung tidak menghubungi ibu bapa Dania bagi meminta wang tebusan sebaik menculik kanak-kanak itu.