Monday, September 24, 2012

Curang



WARGA Israel yang ditangkap kerana mempunyai kaitan dengan sindiket penjualan organ manusia secara haram melibatkan penduduk miskin di Kosovo dan Azerbaijan baru-baru ini.
PEMERGIAN Tee Hui Yee, gadis yang boleh kita umpamakan mendapat semangat setelah ‘mati hidup semula’ pada Selasa lepas, sedikit sebanyak menyentap hati kebanyakan kita.
Beliau yang baru mencecah usia 19 tahun mencatat sejarah apabila kisahnya yang menjalani pembedahan pemindahan jantung menarik perhatian ramai selepas mendapat liputan terawal dalam akhbar Utusan Malaysia.
Khalayak berkongsi kesulitan yang dihadapinya terpaksa bergantung hidup dengan jantung mekanikal selama setahun berikutan ketiadaan penderma. Ramai juga merasai ketabahannya menunggu insan mulia yang sanggup menderma jantung kepadanya.
Cukup mendukacitakan apabila mendiang meninggal dunia pada hari sama beliau sepatutnya memulakan tugas murni sebagai guru tadika di kampung halamannya di Batu Pahat, Johor.
Menikmati hidup sejak mendapat jantung baru, Hui Yee juga dikatakan merancang untuk berumah tangga dalam tempoh dua tahun lagi dengan kekasihnya Lau Shie Chiek.
Tragis
Mungkin bagi kebanyakan kita, riwayat hidup yang dilalui oleh mendiang ini hanyalah kisah biasa manusia yang tiada nilai istimewa.
Pemergian beliau ini turut menamatkan kisah tragisnya yang begitu berusaha dan pada satu ketika hampir berputus asa untuk mencari penderma jantung.
Namun apakan daya hayatnya berakhir sebelum sempat mengecap alam kerjaya dan rumah tangga. Jantung yang diperoleh daripada mendiang Chin Yoong Kiong yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya hanya mampu bertahan hampir lima tahun.
Walaupun Hui Yee telah tiada namun kisahnya akan terus dikenang sebagai pembuka mata kepada peri pentingnya pendermaan organ di negara ini.
Pembedahan pemindahan jantung maraton melibatkan Hui Yee akan tetap dilihat sebagai satu kejayaan dalam sejarah perubatan negara.
Begitu juga dengan kejayaan transplan jantung Muhammad Fikri Nor Azmi, lebih empat tahun lalu yang turut mengukir senyuman di wajah ahli keluarga serta rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan kesihatannya.
Yang pasti dua peristiwa ini telah menjadi titik tolak kesedaran rakyat Malaysia tentang pendermaan organ. Sayangnya momentum itu tidak dikekalkan kerana setakat ini jumlah mereka yang bersedia untuk menderma organ masih di takuk lama.
Hakikat ini bersandarkan statistik sehingga 30 September 2011, jumlah penderma organ dan tisu kadaverik hanya 342 orang. Manakala jumlah rakyat Malaysia yang telah berikrar untuk menderma organ selepas kematian ialah 181,534 orang mewakili hanya 0.63% daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia.
Sedangkan jumlah pesakit yang sedang menunggu untuk mendapatkan organ di Malaysia adalah seramai 14,037 orang.
Organ halal
Pemindahan organ adalah suatu pembedahan bagi menggantikan organ yang bermasalah atau berpenyakit dengan organ baru. Organ yang digunakan untuk pemindahan ini datang daripada dua sumber. Pertama, daripada penderma organ yang masih hidup dan kedua, daripada penderma yang sudah meninggal dunia.
Pendermaan organ bukan sahaja dapat menyelamatkan nyawa malah mempertingkatkan kualiti hidup penerima organ.
Penilaian
Di negara ini, Kementerian Kesihatan hanya membenarkan pendermaan organ semasa hidup kepada ahli keluarga terdekat yang mempunyai pertalian darah. Anda juga boleh menderma kepada suami atau isteri yang sah.
Sekiranya anda mahu menderma organ kepada seseorang yang tidak mempunyai pertalian darah atau ahli keluarga yang jauh (ahli keluarga darjah ketiga ke atas), anda perlu menjalani penilaian oleh satu jawatankuasa bebas yang dilantik oleh pihak kementerian.
Di Malaysia, kanak-kanak dan orang kurang upaya mental tidak dibenarkan menderma organ semasa mereka masih hidup.
Banduan juga tidak dibenarkan menderma organ kecuali di dalam keadaan tertentu melibatkan nyawa ahli keluarga terdekat.
Malaysia mempunyai undang-undang yang ketat dalam isu ini kerana jual beli organ adalah dilarang.
Ini bersesuaian dengan pandangan bahawa pengorbanan seseorang yang telah menderma organ adalah tidak ternilai harganya.
Oleh itu Kementerian Kesihatan tidak akan membuat sebarang pembayaran sekiranya seseorang pesakit telah menderma organ.
Pesakit yang menerima organ juga tidak dibenarkan membuat sebarang bayaran kepada penderma. Selain itu, pemberian hadiah atau insentif yang tidak berbentuk kewangan adalah dilarang termasuk pemberian rumah, kereta, tanah dan lain-lain.
Sehingga kini risiko yang diterima oleh para penderma organ yang masih hidup adalah kecil. Kebanyakan mereka pulih sepenuhnya dan boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa beberapa minggu selepas pembedahan dijalankan.
Dalam konteks ini pendermaan organ tidak akan mengubah gaya hidup anda. Pendermaan organ juga dilihat tidak akan mengubah jangka hayat seseorang.
Organ haram
Namun satu isu menarik yang dilihat mampu menjadi barah yang sukar dikawal adalah kewujudan aktiviti penjualan organ dalaman manusia secara haram.
Sindiket ini bukan sahaja sanggup menjual organ, malah lebih menggerunkan apabila bertindak membunuh untuk mendapatkan organ yang sihat untuk dijual di pasaran gelap pada harga yang tinggi.
Terdapat juga orang perseorangan yang bersetuju untuk menjual organ tubuhnya kepada pihak tertentu untuk mendapatkan habuan lumayan.
Malah agak mengarut apabila terdapat manusia yang sanggup menjual organ pentingnya untuk mendapatkan sesuatu yang langsung tidak berbaloi.
Itulah yang berlaku di China baru-baru ini apabila pihak berkuasa Chenzhou, tengah China mendakwa lima orang kerana terbabit dalam perniagaan organ secara haram.
Mengarut tapi benar! Mereka ditangkap selepas menjalankan pembedahan ke atas seorang remaja yang menjual salah satu ginjalnya hanya untuk membeli telefon pintar iPhone dan komputer tablet iPad.
Remaja terbabit ialah seorang pelajar sekolah tinggi berusia 17 tahun yang hanya dikenali sebagai Wang.
Kelima-lima tertuduh terdiri daripada seorang doktor bedah, seorang kontraktor hospital dan beberapa broker mencari penderma organ.
Salah seorang tertuduh dikatakan menerima bayaran 220,000 yuan (RM107,310) untuk pembedahan mengeluarkan ginjal tersebut dan hanya menyerahkan 22,000 yuan (RM10,731) kepada pelajar berkenaan.
Hakikatnya sindiket penjualan organ manusia memiliki jaringan peringkat antarabangsa yang teratur dan didalangi kumpulan jenayah terancang. Ini berikutan permintaan untuk organ dalaman manusia ini begitu tinggi berikutan kekurangan yang begitu ketara.
Tidak menghairankan apabila kumpulan ini bergerak dalam senyap dengan menumpukan kepada golongan sasaran rakyat miskin, mereka yang kesempitan hidup dan wang ringgit.
Tampil
Antara negara yang didakwa terlibat secara besar-besaran dalam sindiket ini adalah China, India, Mozambique, Pakistan dan Moldova.
Di Malaysia dan kebanyakan negara lain, pemerdagangan organ manusia adalah diharamkan, selaras dengan prinsip panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai pemindahan organ.
Maka jalan penyelesaian terbaik sudah tentu mengharapkan lebih ramai yang tampil menderma organ untuk membantu mereka yang memerlukan.
Bagi umat Islam pula, mereka tidak perlu was-was kerana Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1970 telah memutuskan bahawa pendermaan organ si mati kepada orang lain atau menerima organ orang bukan Islam dibenarkan, selagi tiada unsur jual beli kerana organ adalah kurniaan Allah SWT yang tiada nilai gantinya.
Selain itu, ramai ulama bersetuju dengan keharusan menderma organ kerana ia memenuhi salah satu maqasid syariat Islam, iaitu memelihara nyawa. Ini mengingatkan kita kepada peristiwa di mana mata pejuang Islam Qadatal bin Nukman telah terkeluar dalam satu peperangan lalu dipindahkan semula oleh Rasulullah SAW.
Oleh itu adalah lebih baik pendermaan organ ini dilakukan secara lebih menyeluruh daripada hati yang ikhlas untuk menyelamatkan insan lain yang lebih memerlukan seperti yang berlaku terhadap Hui Yee.
Walaupun tidak hidup lama, namun sekurang-kurangnya Hui Yee sempat berkongsi anugerah kehidupan lebih lama sedikit berbanding ribuan lain yang masih belum tentu masa depan mereka kerana masih mengharap penderma. untuk meneruskan kehidupan.

Derma, jual dan culik



WARGA Israel yang ditangkap kerana mempunyai kaitan dengan sindiket penjualan organ manusia secara haram melibatkan penduduk miskin di Kosovo dan Azerbaijan baru-baru ini.
PEMERGIAN Tee Hui Yee, gadis yang boleh kita umpamakan mendapat semangat setelah ‘mati hidup semula’ pada Selasa lepas, sedikit sebanyak menyentap hati kebanyakan kita.
Beliau yang baru mencecah usia 19 tahun mencatat sejarah apabila kisahnya yang menjalani pembedahan pemindahan jantung menarik perhatian ramai selepas mendapat liputan terawal dalam akhbar Utusan Malaysia.
Khalayak berkongsi kesulitan yang dihadapinya terpaksa bergantung hidup dengan jantung mekanikal selama setahun berikutan ketiadaan penderma. Ramai juga merasai ketabahannya menunggu insan mulia yang sanggup menderma jantung kepadanya.
Cukup mendukacitakan apabila mendiang meninggal dunia pada hari sama beliau sepatutnya memulakan tugas murni sebagai guru tadika di kampung halamannya di Batu Pahat, Johor.
Menikmati hidup sejak mendapat jantung baru, Hui Yee juga dikatakan merancang untuk berumah tangga dalam tempoh dua tahun lagi dengan kekasihnya Lau Shie Chiek.
Tragis
Mungkin bagi kebanyakan kita, riwayat hidup yang dilalui oleh mendiang ini hanyalah kisah biasa manusia yang tiada nilai istimewa.
Pemergian beliau ini turut menamatkan kisah tragisnya yang begitu berusaha dan pada satu ketika hampir berputus asa untuk mencari penderma jantung.
Namun apakan daya hayatnya berakhir sebelum sempat mengecap alam kerjaya dan rumah tangga. Jantung yang diperoleh daripada mendiang Chin Yoong Kiong yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya hanya mampu bertahan hampir lima tahun.
Walaupun Hui Yee telah tiada namun kisahnya akan terus dikenang sebagai pembuka mata kepada peri pentingnya pendermaan organ di negara ini.
Pembedahan pemindahan jantung maraton melibatkan Hui Yee akan tetap dilihat sebagai satu kejayaan dalam sejarah perubatan negara.
Begitu juga dengan kejayaan transplan jantung Muhammad Fikri Nor Azmi, lebih empat tahun lalu yang turut mengukir senyuman di wajah ahli keluarga serta rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan kesihatannya.
Yang pasti dua peristiwa ini telah menjadi titik tolak kesedaran rakyat Malaysia tentang pendermaan organ. Sayangnya momentum itu tidak dikekalkan kerana setakat ini jumlah mereka yang bersedia untuk menderma organ masih di takuk lama.
Hakikat ini bersandarkan statistik sehingga 30 September 2011, jumlah penderma organ dan tisu kadaverik hanya 342 orang. Manakala jumlah rakyat Malaysia yang telah berikrar untuk menderma organ selepas kematian ialah 181,534 orang mewakili hanya 0.63% daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia.
Sedangkan jumlah pesakit yang sedang menunggu untuk mendapatkan organ di Malaysia adalah seramai 14,037 orang.
Organ halal
Pemindahan organ adalah suatu pembedahan bagi menggantikan organ yang bermasalah atau berpenyakit dengan organ baru. Organ yang digunakan untuk pemindahan ini datang daripada dua sumber. Pertama, daripada penderma organ yang masih hidup dan kedua, daripada penderma yang sudah meninggal dunia.
Pendermaan organ bukan sahaja dapat menyelamatkan nyawa malah mempertingkatkan kualiti hidup penerima organ.
Penilaian
Di negara ini, Kementerian Kesihatan hanya membenarkan pendermaan organ semasa hidup kepada ahli keluarga terdekat yang mempunyai pertalian darah. Anda juga boleh menderma kepada suami atau isteri yang sah.
Sekiranya anda mahu menderma organ kepada seseorang yang tidak mempunyai pertalian darah atau ahli keluarga yang jauh (ahli keluarga darjah ketiga ke atas), anda perlu menjalani penilaian oleh satu jawatankuasa bebas yang dilantik oleh pihak kementerian.
Di Malaysia, kanak-kanak dan orang kurang upaya mental tidak dibenarkan menderma organ semasa mereka masih hidup.
Banduan juga tidak dibenarkan menderma organ kecuali di dalam keadaan tertentu melibatkan nyawa ahli keluarga terdekat.
Malaysia mempunyai undang-undang yang ketat dalam isu ini kerana jual beli organ adalah dilarang.
Ini bersesuaian dengan pandangan bahawa pengorbanan seseorang yang telah menderma organ adalah tidak ternilai harganya.
Oleh itu Kementerian Kesihatan tidak akan membuat sebarang pembayaran sekiranya seseorang pesakit telah menderma organ.
Pesakit yang menerima organ juga tidak dibenarkan membuat sebarang bayaran kepada penderma. Selain itu, pemberian hadiah atau insentif yang tidak berbentuk kewangan adalah dilarang termasuk pemberian rumah, kereta, tanah dan lain-lain.
Sehingga kini risiko yang diterima oleh para penderma organ yang masih hidup adalah kecil. Kebanyakan mereka pulih sepenuhnya dan boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa beberapa minggu selepas pembedahan dijalankan.
Dalam konteks ini pendermaan organ tidak akan mengubah gaya hidup anda. Pendermaan organ juga dilihat tidak akan mengubah jangka hayat seseorang.
Organ haram
Namun satu isu menarik yang dilihat mampu menjadi barah yang sukar dikawal adalah kewujudan aktiviti penjualan organ dalaman manusia secara haram.
Sindiket ini bukan sahaja sanggup menjual organ, malah lebih menggerunkan apabila bertindak membunuh untuk mendapatkan organ yang sihat untuk dijual di pasaran gelap pada harga yang tinggi.
Terdapat juga orang perseorangan yang bersetuju untuk menjual organ tubuhnya kepada pihak tertentu untuk mendapatkan habuan lumayan.
Malah agak mengarut apabila terdapat manusia yang sanggup menjual organ pentingnya untuk mendapatkan sesuatu yang langsung tidak berbaloi.
Itulah yang berlaku di China baru-baru ini apabila pihak berkuasa Chenzhou, tengah China mendakwa lima orang kerana terbabit dalam perniagaan organ secara haram.
Mengarut tapi benar! Mereka ditangkap selepas menjalankan pembedahan ke atas seorang remaja yang menjual salah satu ginjalnya hanya untuk membeli telefon pintar iPhone dan komputer tablet iPad.
Remaja terbabit ialah seorang pelajar sekolah tinggi berusia 17 tahun yang hanya dikenali sebagai Wang.
Kelima-lima tertuduh terdiri daripada seorang doktor bedah, seorang kontraktor hospital dan beberapa broker mencari penderma organ.
Salah seorang tertuduh dikatakan menerima bayaran 220,000 yuan (RM107,310) untuk pembedahan mengeluarkan ginjal tersebut dan hanya menyerahkan 22,000 yuan (RM10,731) kepada pelajar berkenaan.
Hakikatnya sindiket penjualan organ manusia memiliki jaringan peringkat antarabangsa yang teratur dan didalangi kumpulan jenayah terancang. Ini berikutan permintaan untuk organ dalaman manusia ini begitu tinggi berikutan kekurangan yang begitu ketara.
Tidak menghairankan apabila kumpulan ini bergerak dalam senyap dengan menumpukan kepada golongan sasaran rakyat miskin, mereka yang kesempitan hidup dan wang ringgit.
Tampil
Antara negara yang didakwa terlibat secara besar-besaran dalam sindiket ini adalah China, India, Mozambique, Pakistan dan Moldova.
Di Malaysia dan kebanyakan negara lain, pemerdagangan organ manusia adalah diharamkan, selaras dengan prinsip panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai pemindahan organ.
Maka jalan penyelesaian terbaik sudah tentu mengharapkan lebih ramai yang tampil menderma organ untuk membantu mereka yang memerlukan.
Bagi umat Islam pula, mereka tidak perlu was-was kerana Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1970 telah memutuskan bahawa pendermaan organ si mati kepada orang lain atau menerima organ orang bukan Islam dibenarkan, selagi tiada unsur jual beli kerana organ adalah kurniaan Allah SWT yang tiada nilai gantinya.
Selain itu, ramai ulama bersetuju dengan keharusan menderma organ kerana ia memenuhi salah satu maqasid syariat Islam, iaitu memelihara nyawa. Ini mengingatkan kita kepada peristiwa di mana mata pejuang Islam Qadatal bin Nukman telah terkeluar dalam satu peperangan lalu dipindahkan semula oleh Rasulullah SAW.
Oleh itu adalah lebih baik pendermaan organ ini dilakukan secara lebih menyeluruh daripada hati yang ikhlas untuk menyelamatkan insan lain yang lebih memerlukan seperti yang berlaku terhadap Hui Yee.
Walaupun tidak hidup lama, namun sekurang-kurangnya Hui Yee sempat berkongsi anugerah kehidupan lebih lama sedikit berbanding ribuan lain yang masih belum tentu masa depan mereka kerana masih mengharap penderma. untuk meneruskan kehidupan.

Iran tuduh IAEA dedah maklumat nuklear kepada Israel



DUBAI 24 Sept. - Seorang ahli Parlimen Iran semalam, menuduh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) membocorkan maklumat mengenai program nuklear negara ini kepada Israel.
Javad Jahangirzad berkata, Ketua IAEA, Yukiya Amano sering berulang-alik ke Tel Aviv dan meminta pandangan pegawai negara itu mengenai program nuklear Iran.
"Tindakan itu secara tidak langsung mendedahkan maklumat nuklear negara ini kepada rejim Zionis dan pihak musuh yang lain," katanya. - REUTERS

Sengaja bangkit isu



Nakoula Basseley Nakoula (kiri) dan Anna Gurji.
LOS ANGELES 22 Sept. - Pendedahan para pelakon filem menghina Nabi Muhammad SAW, Innocence of Muslims yang mengakui ditipu penerbit Nakoula Basseley Nakoula, memperlihatkan agenda anti-Islam yang sengaja direkanya.
Menurut pelakon wanita filem itu Cindy Lee Garcia, Anna Gurji dan perunding skripnya, Steve Klein, semua mereka hanya diberitahu bahawa filem tersebut sebenarnya bertajuk Desert Warriors yang mengisahkan tentang kehidupan zaman Mesir purba.
Sepanjang berlakon dalam filem bajet rendah itu, semua pelakon juga langsung tidak menyebut nama Nabi Muhammad, sebaliknya filem itu menceritakan tentang watak utamanya, George, yang kemudian diubah kepada karakter Nabi Muhammad.
Sesiapa yang pernah menonton filem itu juga jelas boleh melihat ia telah dialih suara dengan semua nama watak dan skripnya telah diubah. Nakoula juga telah menyunting filem itu sendiri.
Tindakan lelaki itu yang menggunakan nama samaran Sam Bacile sebagai penerbit filem Innocence of Muslims, turut membangkitkan persoalan.
Nakoula, 55, yang tinggal di Los Angeles dan beragama Kristian Qibti, pernah dikenakan hukuman penjara 21 bulan pada 2010 kerana terlibat dalam jenayah penipuan kredit bank.
Dia juga pernah melakukan beberapa jenayah lain dan mengikut rekod mahkamah, lelaki itu turut dikenali dengan beberapa nama samaran lain antaranya Nicola Bacily, Erwin Salameh, Amal Nada, Daniel K. Caresman dan P.J Tobacco.
Beberapa hari selepas bantahan dunia tercetus berikutan penyiaran sedutan filem anti-Islam berkenaan, Nakoula pada mulanya enggan mengakui menerbitkannya, namun kemudian mendedahkan ia diterbitkan bersama anak lelakinya, Abanob Basseley, 21.
Bagaimanapun, dia tidak pernah menyatakan kesal dengan tindakan itu, sekali gus memarakkan lagi kemarahan masyarakat Islam.
Tujuan Nakoula menerbitkan filem anti-Islam itu juga sebenarnya dilihat sengaja untuk mencetuskan huru-hara dan bukannya mengenai kebebasan bersuara. - Agensi

Suspek kes ragut ditahan sebelum menaiki pesawat



Jalaluddin Abdul Rahman (kiri) menyerahkan 1Malaysia Privilege Card kepada Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman di Kota Bharu, Kelantan, semalam.
KOTA BHARU 23 Sept. - Polis menahan seorang remaja lelaki yang dipercayai terlibat dalam dua kes ragut melibatkan seorang guru dan doktor kelmarin, semasa suspek cuba melarikan diri dengan menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini pagi ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya percaya suspek berusia 19 tahun itu terlibat dalam kedua-dua kes ragut tersebut dengan kedua-dua mangsa mengalami kecederaan, berdasarkan modus operandinya.
"Kita telah menahan remaja yang berusia 19 tahun pukul 11.30 pagi ini ketika dia cuba melarikan diri dengan pesawat ke satu destinasi selepas mendapat maklumat hasil daripada siasatan yang kita jalankan.
"Pihak polis percaya remaja terbabit merupakan suspek utama ke atas dua kes ragut iaitu di Pasir Tumboh dan Kubang Kerian kelmarin," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.
Sebelum sidang akhbar tersebut, beliau turut menyampaikan hadiah kecemerlangan kepada 152 anak pegawai serta anggota polis dan kad diskaun1Malaysia Privilege Card.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian seorang guru diragut dan dilanggar sebelum digilis di perut oleh suspek ketika keluar dari sebuah bank di Pasir Tumboh pukul 8 pagi kelmarin. Sebelum itu, seorang doktor turut diragut di Kubang Kerian.
Pada 30 Ogos lalu, seorang wanita cedera parah di tangan kiri akibat ditetak ketika cuba mempertahankan beg tangannya daripada diragut dalam kejadian di Jalan Sultanah Zainab di sini.
Sementara itu, Jalaluddin berkata, berdasarkan statistik, kes ragut di negeri tersebut tidak membimbangkan tetapi menyifatkannya sebagai 'menyakitkan hati'.
"Dalam bulan ini hanya ada lima kes ragut di seluruh Kelantan tetapi tiga daripadanya amat 'menyakitkan hati' kerana penjenayah bukan sahaja meragut tetapi turut mencederakan mangsa tanpa belas kasihan.
"Daripada kes tersebut satu daripadanya akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat dan untuk dua kes lagi kita telah menahan suspeknya hari ini," katanya.
Beliau yang tidak menolak kemungkinan kes itu berpunca pengaruh dadah berkata, pihaknya telah merancang strategi khusus untuk menangani masalah tersebut.
"Hari ini saya telah mengadakan mesyuarat bersama dengan semua ketua jabatan dan ketua polis daerah bagi merancang strategi khusus untuk membanteras jenayah berprofil tinggi seperti kes ragut dan samun di negeri ini,'' katanya.
"Salah satu daripadanya kita akan meneruskan Ops Sayang dengan menempatkan lebih 100 anggota polis wanita di seluruh bandar ini bagi memberikan kesedaran mengenai kes-kes ragut dan samun," katanya.

Pasar malam tutup 20 minit, hormati waktu Maghrib



JANATUL FIRDAUS YAACOB
24 September 2012
Barangan jualan ditinggalkan ketika peniaga ke masjid.
Barangan jualan ditinggalkan ketika peniaga ke masjid.
Pasar Malam Padang Jawa
7.21 malam: Kemeriahan urusan jual beli Pasar Malam Padang Jawa diteruskan seperti biasa.
BERMULA jam enam petang, kebanyakan penjaja dan pelanggan mula memenuhi kiri kanan jalan Pasar Malam Padang Jawa.

Suasana hingar bingar kemeriahan urus niaga tidak jauh beza dengan pasar-pasar malam di lokasi lain.

Namun uniknya di sini, tiupan wisel sejurus azan Maghrib, lampu gerai dan urusan jual beli dihentikan serta merta.

Tiada urus niaga dibenarkan selama 20 minit!  Dalam tempoh itu, peniaga dan pengunjung Islam, ramai-ramai menunaikan solat Maghrib di masjid sementara bagi bukan Islam mengikuti arahan penuh hormat dan bertanggungjawab.  

Pengalaman ini bukan baru, malah inisiatif Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Padang Jawa itu dipraktikkan sejak 1 Januari 2010 lalu.

Tinjauan Sinar Harian Jumaat lalu mendapati, peniaga dan pengunjung menyambut baik praktis ini menyokong penuh tindakan tersebut sebagai satu langkah pembaharuan bagi  menghormati waktu solat dan menghormati Islam.

Peniaga perlu tidak bimbang tentang barangan jualan mereka yang ditinggalkan kerana kawasan perniagaan dikawal oleh petugas sukarela terdiri daripada JKKK, Rela dan ahli beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Malah, tinjauan yang dibuat terhadap peniaga bukan Islam, juga amat menggalakkan di mana mereka juga bersetuju dan  menyokong sepenuhnya peraturan ini, bahkan mereka juga gembira apabila perniagaannya bertambah laris selepas perniagaan dibuka semula.

Suasana yang  meriah dan terang benderang tiba-tiba bertukar suram apabila lampu dimatikan dan kelihatan petugas sukarela berlegar di sekitar tapak perniagaan bagi memastikan setiap peniaga mematuhi arahan.

Kelihatan peniaga dan pengunjung bergegas menuju ke masjid manakala bukan Islam mereka memilih untuk berehat di gerai masin-masing dalam keadaan bergelap.


Cetusan idea JKKK

Pengerusi JKKK Kampung Padang Jawa, Saian Asmawi, 61, berkata, idea ini timbul selepas Kerajaan Negeri mengambil alih daripada pentadbiran sebelumnya.
“Ini adalah pembaharuan.  Pasar malam ini telah wujud sejak tahun 1970-an lagi namun, tiada pendekatan yang dilakukan sebelum ini," katanya.

Bercerita mengenai cara pelaksanaannya, Saian berkata, peniaga perlu menutup lampu di ruang niaga, menghalang pelanggan daripada datang membeli barang jualan.

“Maknanya, kalau semua orang pergi sembahyang tidak ada masalah kerana kami ada pengawal, Rela, JKKK untuk menjaga barangan jualan mereka.

“Jadi, kalau ditinggalkan tiada sebarang masalah. Setakat ini, tidak pernah berlaku kecurian kerana kita kawal tempat tersebut.

Walau bagaimanapun, Saian mengakui, pada peringkat awal arahan diperkenalkan, timbul beberapa rungutan daripada peniaga mendakwa kerugian kesan daripada penutupan tersebut.

Katanya, ada juga peniaga bukan Islam yang menjalankan perniagaan di pasar malam ini meluahkan rasa tidak puas hati dan mempersoalkan kewajaran mereka yang tidak bersolat juga terpaksa menutup perniagaan dalam tempoh tersebut.

Katanya, operasi pasar malam adalah di bawah seliaan JKKK dan sekiranya arahan yang dikeluarkan sukar dipatuhi, peniaga terbabit dicadangkan agar berpindah niaga ke lokasi lain.

"Peringkat awal pelaksanaan, bagi ingkar kali pertama kita bagi amaran pertama, amaran kedua sedikit keras manakala untuk amaran ketiga kita terpaksa keluarkan dia dengan menamatkan lesen.

“Kita hanya letakkan papan tanda notis, lampu dimatikan, sejurus azan saja tutup, kita tiup wisel, penjaga dia akan tutup kiri kanan jalan dan mana- mana gerai tidak tutup kita beri amaran. Niat utama kita ialah menghormati waktu Maghrib yang pendek, sebelum ini waktu
Maghrib kelihatan orang ramai riuh dan berpelesiran dan tidak menghormati waktu solat,” katanya.

Berdasarkan rekod, terdapat 200 tapak gerai jualan dengan keluasan 500 meter di kiri kanan jalan dengan bayaran RM3 untuk satu tapak.


Peniaga sambut baik

Bagi seorang peniaga ubatan herba, Kiran Amir, 58, berkata, praktis ini sangat bagus dalam usaha mentarbiahkan umat Islam dan mencadangkan agar semua pasar malam di Malaysia mengamalkan pendekatan sama.

Mufti Besar Mesir: 'Innocense of Muslims satu serangan ke atas manusia'



WARTAWAN SINAR HARIAN
23 September 2012
 Ali Gomaa
Ali Gomaa
KAHERAH - Mufti Besar Mesir, Ali Gomaa menyeru umat Islam supaya respons ke atas filemInnocense of Muslims, yang mencetuskan kemarahan ramai dan meragut hampir 60 nyawa setakat ini, menerusi pendekatan “kesabaran dan kebijaksanaan” sama seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Bercakap kepada CNN, beliau berkata, turut mempersoalkan sama ada di Amerika Syarikat (AS), penyiaran filem tersebut tidak menyalahi undang-undang.

Beliau turut mencabar jika ada undang-undang yang melindungi kebebasan bersuara seumpama itu.

"Ini bukan kebebasan bersuara, sebaliknya satu serangan ke atas umat manusia, agama dan hak asasi manusia," katanya.

Protes ke atas filem itu bermula 11 September lalu.

Pada masa yang sama, beliau menyifatkan konflik ini wajar diberi perhatian dalam dunia Islam kerana berpendapat konflik menekan bukanlah jawapannya.

Katanya, “Kami hidup bersama dan mesti menghormati jiran kita."

"Karikatur telah menyemarakkan lagi api kebencian sedangkan kita cintakan keamanan," katanya sambil mendakwa terdapat beberapa pemimpin Islam ‘takut terhadap penyebaran kebencian’ ini terhadap agama mereka dan menentang tindakan ‘menyindir’ mana-mana agama.

Paderi Gereja Koptik turut mengutuk penerbitan filem anti-Islam yang akhirnya mencetuskan protes besar-besaran di seluruh negara.

Ali yang turut aktif dalam Yayasan Coexist berkata, toleransi agama perlu digalakkan.

Beliau menggesasemua kumpulan yang sering menyerang antara satu sama lain agar menghentikan perbuatan mereka.

Di Mesir katanya, umat Islam danKristianakan mengekalkan keamanan walaupun berlaku kegawatan baru-baru ini.

"Mesej saya kepada orang-orang yang mahu (persengketaan) antara orang Islam dan Kristian di Mesir, saya memberitahu mereka, "Anda tidak akan berjaya, kerana kami telah hidup bersama lebih daripada 1,400 tahun," katanya.

PKFZ: Dr Ling cuba mengelak jawab soalan



WARTAWAN SINAR HARIAN
24 September 2012
ling liong sik
$entry.content.caption.value
KUALA LUMPUR - Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah, yang mengetuai pendakwaan dalam perbicaraan kes Tun Dr Ling Liong Sik, hari ini mendakwa bekas Menteri Pengangkutan itu cuba mengelak daripada menjawab soalan.

Terdahulu, beliau menggesa Dr Ling, yang diperintah membela diri berhubung dakwaan menipu kerajaan Malaysia melibatkan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), supaya menjawab soalan dan bukannya memberi penjelasan berhubung perkara yang tidak berkaitan dengan kes itu.

Pada awalnya, Tun Abdul Majid menyoal balas tertuduh sama ada dia mengetahui atau tidak kadar faedah yang dilampirkan bersama surat bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) OC Phang.

Bagaimanapun, Dr Ling tidak menjawab soalan itu sebaliknya cuba membaca kembali kandungan surat tersebut dan menghuraikannya sehingga Tun Abdul Majid berkata "jangan cuba mengelak."

Dr Ling kemudian menyoal siapa yang Tun Abdul Majid maksudkan 'cuba mengelak' dan keadaan mula menjadi tegang dengan pelbagai pertikaian tercetus antara mereka sehingga Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmadi Asnawi terpaksa meminta peguam Wong Kian Kheong menasihati anak guammya. 

Prosiding dihentikan kira-kira 15 minit untuk membolehkan Wong berbuat demikian namun ketegangan antara tertuduh dan Tun Abdul Majid masih berlaku pada sesi selepas itu apabila Dr Ling  mempersoalkan cara pendakwaan menyoalnya.

"Adalah menjadi tugas saya untuk menyoal kamu sebagai tertuduh, dan kamu boleh memberi penjelasan lanjut ketika pemeriksaan semula," kata Tun Abdul Majid.

Dr Ling, 68, didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 sekaki persegi (skp) iaitu RM1,088,456,000 sedangkan dia tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.

Dia juga didakwa atas dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.

Dr Ling didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 25 September dan 6 November 2002.

Sementara itu, ketika pemeriksaan balas, Dr Ling berkata dia beranggapan kadar faedah 7.5 peratus adalah mengikut kelulusan JPPH dan ia disediakan anggota jawatankuasa kementeriannya.

Tertuduh berkata dia tidak tahu lampiran yang dihantar kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung penilaian tanah adalah tidak mengikut persetujuan JPPH.

Dr Ling juga berkata dia tidak ingat isi kandungan beberapa dokumen berkaitan pengambilan tanah di Pulau Indah dan surat berhubung projek PKFZ yang ditandatanganinya. Perbicaraan disambung esok. - Bernama

Isu 'tweet' Ngeh: Polis terima 237 laporan



ROSDALILAH ZAHARI
24 September 2012
IPOH - Polis akan merujuk kepada Ketua Unit Pendakwaan berhubung kes kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dalam laman Twitternya pada 17 September lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, setakat ini polis menerima 237 laporan mengenai kenyataan itu di seluruh negara.

Menurutnya, setakat ini pihaknya masih belum membuat keputusan sama ada untuk membuka kertas siasatan ataupun tidak.

"Kami akan lihat dari sudut tertentu terlebih dahulu sama ada kes ini perlu disiasat memandangkan masih ada lagi pihak yang membuat laporan polis berhubung perkara itu," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Shukri berkata, pihaknya akan menyerahkan keputusan kepada Ketua Unit Pendakwaan untuk tindakan selanjutnya.

Pada 17 September lalu, Koo Ham dalam laman Twitter didakwa mengeluarkan kenyataan provokasi sebagai reaksi kepada hasrat Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk bergabung dengan Pemuda Pas mengadakan protes terhadap filem Innocence of Muslims.

Nasib baik saya tak jadi potong!



AIDA AZURA AZEMI
FOTO: MUHAMMAD ZULFADHLI AHMAD ZAKI

24 September 2012
Ismail Jantan yang mesra digelar Kak Is.
Ismail Jantan yang mesra digelar Kak Is.
Panggillah mak nyah, pondan, lembut atau apa-apa pun, golongan ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Paling ketara bijak mengatur bicara dan menghiburkan sesiapa sahaja yang berinteraksi dengan mereka.

Begitu juga Ismail Jantan yang mesra digelar Kak Is. Kemesraan diberikan membuat penulis rasa begitu selesa sepanjang pertemuan malam itu. Meskipun baru kali pertama bertemu, Kak Is tidak lokek bercerita apa sahaja dan teruja menunjukkan koleksi gambar lama yang penuh nilai sentimental buatnya.

Menyelusur kembali detik masa, anak kelahiran 1971 ini memulakan bicara dengan memetik kenangan zaman kecil. Segala-galanya bermula apabila dipakaikan pakaian kakak walaupun lahir sebagai lelaki. Sehinggakan ketika naik darjah satu, Kak Is meminta uniform murid perempuan untuk dipakai.

Dek kelembutannya yang ketara, ejekan Mail Pondan menjadi santapan harian. Dia lebih selesa berkawan dengan perempuan berbanding lelaki yang dirasakannya kasar dan tidak sensitif perasaan orang lain.


Mahu jadi Rozlina

Apa juga tanggapan orang lain, itu tidak jadi kudis buat Kak Is. Apatah lagi keluarganya tidak endah dengan kelainan ditunjukkan asal tidak keterlaluan. Bergaya dengan mengenakan pakaian uniseks, Kak Is mula bekerja sebagai budak pejabat pada usia belasan tahun.

“Masa itu tak ramai golongan macam saya. Sungguh pun begitu, ada hospital kerajaan boleh melakukan pembedahan jantina.

“Ketika usia 17 tahun, saya buat keputusan sendiri tanpa diketahui keluarga. Diam-diam saya daftar untuk ‘potong’ bahagian bawah agar dapat jadi macam wanita sejati kononnya,” kata Kak Is.

Sebelum menjalani pembedahan tersebut, Kak Is perlu mengambil pil hormon setiap hari. Kemudian setiap bulan, dia dikehendaki berjumpa doktor untuk memeriksa tahap hormon dan kesihatan keseluruhan.

Kesan daripada pengambilan pil berkenaan, fizikal Kak Is semakin menyerupai kaum hawa sebenar. Di sebalik ejekan daripada masyarakat, lebih banyak lagi pujian mengembangkan hati diterima.

Malah di tempat kerja, Kak Is sangat popular dan mempunyai ramai peminat. Popularitinya meruah sampaikan kutipan dana dilakukan bagi membantu menjayakan hasrat menjalani pembedahan menukar jantina.

Setelah setahun melalui rutin menelan pil yang cuma akan hilang pahitnya di lidah selepas dua jam, tiba saat dinanti-nantikan Kak Is. Dia dimasukkan ke wad perempuan sebelum menanti masa menjalani pembedahan.

“Masa di wad itu tak ada sesiapa pun yang perasan saya sebenarnya lelaki. Perasaan takut dan berdebar ada.

"Tapi saya nekad sebab fikir ini saja caranya untuk jadi macam perempuan betul. Nama pun sudah disediakan. Saya dah berangan akan tukar nama kepada Rozlina,” imbau Kak Is.


Kerja halal

Pendirian itu bagaimanapun  goyah selepas Kak Is melawat seorang kawan yang terlebih dahulu menjalani pembedahan itu di hospital sama.

Seksa! Itu istilah paling tepat apabila melihat keadaannya yang sentiasa berkerut kesakitan.

“Aku menyesal. Baik kau jangan bedah. Nak kencing setitik pun sakitnya Tuhan saja yang tau,” rintih kawannya itu.

Plop! Sekelip mata angan-angan menjadi Rozlina berkecai. Apa tergambar di fikiran Kak Is hanyalah kerut seksa pada wajah kawannya yang asyik meracau sakit. Tanpa berfikir panjang dia angkat kaki meninggalkan katil hospital.

“Tapi ada baiknya saya tak jadi bedah. Semua yang buat menyesal tak sudah! Itu belum masuk kesan sampingan lain.

“Ramai jadi ‘tingtong’ atau tak berapa betul lepas bedah. Mungkin sebab ada saraf tertentu terpotong sekali atau disebabkan emosi terganggu kerana bayangan dosa, tak pastilah pula,” ujar Kak Is.

Tambahnya, ada juga yang mengalami tekanan perasaan berat sampaikan bermimpi setiap malam ‘anu’ yang dipotong datang mencari minta ditanam dengan sempurna. Pendek kata, kebanyakan terlibat pasti sedikit sebanyak merasakan penyesalan.
“Tapi kebanyakan pondan baru sekarang bukan nak dengar nasihat orang lama. Ada tu baru umur 15, 16 sudah pandai ke Thailand untuk ‘potong’ sebab tak boleh lakukannya di sini.

“Kalau setakat ambil pil, esok lusa kalau nak bertaubat dan tinggalkan pil tu, bahagian yang membesar akan kecut semula.

"Paling ralat sudahlah dapat dosa sebab bedah tang situ, buat pula kerja tak elok menjual diri,” selarnya.

Tingkatkan kemahiran

Bagi Kak Is, golongan lembut yang menjual dirilah punca mak nyah lain mendapat pandangan jijik masyarakat. Sedangkan di luar sana, ramai lagi yang menyandang jawatan hebat dan berjaya dalam karier.

“Kak Is selalu nasihatkan mereka, kalau tak ada pelajaran tinggi pun buatlah kerja halal. Jual minyak wangi di pasar raya pun tak apa daripada mengharap duit makan daripada sumber haram.

"Percayalah, hidup tak ke mana sudahnya nanti,” ujar Kak Is yang bersyukur kerana pernah mengambil kursus solekan dan dandanan ketika berusia awal 20-an.

Menggunakan kelulusan berkenaan, Kak Is membuka perniagaan andaman malah pernah bergelar jurusolek terkenal satu ketika dulu. Antara artis yang sering mendapat khidmatnya ialah model dan pelakon, Nasha Aziz.

“Waktu muda ramailah yang nak kat kita. Tapi tanpa kerja tetap atau kemahiran untuk meraih pendapatan, lama kelamaan pasti tersungkur.

"Masa tu menyesal pun dah tak guna,” tutur Kak Is yang kini menjalankan perniagaan di rumahnya yang terletak di Subang Jaya, Selangor.

Jimat sumber air



Jimat sumber air
Gabungan mesin basuh dengan pancuran hujan.
LONDON - Sistem ini mungkin dicipta selepas Britain mengeluarkan amaran ancaman kemarau iaitu semua rakyat disarankan menjimatkan penggunaan sumber air, kumpulan pereka daripada sebuah universiti tempatan mengetengahkan satu ciptaan uniknya dengan menggabungkan mesin basuh dengan pancuran mandi.

Alat yang dinamakan sebagai Washit itu berfungsi sebagai mesin rendaman pakaian kemudian pengguna boleh membersihkan diri mereka dengan pancuran hujan semasa pakaian mereka dikeringkan.

Ia mungkin agak kotor kerana pengguna menggunakan air rendaman pakaian untuk mandi, tetapi kaedah ini hanyalah pada kitar bilasan pertama yang bertindak sebagai air pembersih peringkat pertama. - The Mail

Monica Lewinsky terbit memoir bernilai RM36 juta



Monica Lewinsky
Monica Lewinsky
NEW YORK - Monica Lewinsky yang pernah menggegarkan Amerika Syarikat (AS) ekoran hubungan dengan bekas Presiden Bill Clinton,  mahu menerbitkan memoir yang dijangka ‘memberi nafas baru’ ke atas skandalmereka.

Bekas pelatih White House itu turut dikatakan bakal menulis buku yang dianggarkan bernilai AS$12 juta (RM36.5 juta) yang menceritakan kisah benar mengenai skandal yang tercetus pada 1998 itu hampir meranapkan karier Clinton di akhir-akhir mandat sebagai presiden.

Lewinsky, yang akan genap 40 tahun tahun depan, sebelum ini pernah bekerjasama dengan penulis British, Andrew Morton menerbitkan sebuah buku biografi berjudul ‘Monica’s Story’ yang diterbitkan pada 1999.

Laporan media The Telegraph sebelum ini menyebut kandungan dalam buku yang bakal diterbitkan itu akan memuatkan semua cerita sensasi mengenai Clinton dan surat cinta Lewinsky kepada bekas presiden itu.

Sementara itu, khabar angin mengenai penerbitan buku itu mulai tersebar sejak minggu lalu tetapi wakil  Lewinsky enggan memberikan sebarang komen mengenai kesahihan berita itu.

Pada 2005, Lewinsky berpindah ke London dan memperolehi Masternya dari London School of Economics.

Selepas Clinton menerbitkan buku autobiografinya sendirinya yang berjudul ‘My Life’ pada 2004, Lewinsky menyifatkan tindakan Clinton sebagai tidak jujur serta menipu dalam menceritakan mengenai hubungan intim mereka sebelum ini.
“Dia boleh menjelaskan perkara sebenar mengenai hubungan kami tetapi dia tidak berbuat demikian.

“Saya bukan berharap dia menceritakan kesemua perkara mengenai hubungan kami tetapi jika dia menceritakan mengenainya secara jujur dan tidak menipu, sudah tentu saya tidak kisah dengan penerbitan buku terbabit.

“Saya tidak dapat menerima kenyataan yang dia telah mencemarkan imej dan karakter saya di mata umum,” katanya.

RM300,000 untuk bunuh penerbit filem hina Islam


       
PESHAWAR: Seorang menteri Pakistan semalam menawarkan hadiah RM300,000 kepada mereka yang membunuh penerbit filem Innocence of Muslims.

“Saya mengumumkan hari ini, orang yang bertanggungjawab membunuh mereka yang menghina Nabi Muhammad (SAW) akan diberikan hadiah AS$100,000 (RM300,000).


“Saya mempelawa saudara kita dalam Taliban dan al-Qaeda menyertai tugas suci ini,” kata Menteri Kereta Api, Ghulam Ahmad Bilour pada sidang akhbar.

Jurucakap Perdana Menteri Pakistan berkata, kerajaan negara itu tidak mempunyai hubungan dengan tawaran berkenaan.


Mereka yang terbabit dalam filem itu berkata, ia diterbitkan oleh pelampau Kristian di California, Nakoula Basseley Nakoula, 55.


Nakoula tidak pulang ke rumah sejak meninggalkannya secara sukarela untuk disoalsiasat oleh pihak berkuasa. Keluarganya dilapor bersembunyi. - AFP

Cinta punca ramai gadis lari ruma

Foto
Suriani Abdul Wahab, 21, memeluk ibunya, Siti Zaleko Wahab, sebaik tiba dari Lombok, di LCCT Mei lalu.
Foto
Gambar fail, Salsabila Yunan mendakap bapanya Yunan Mat Ayat 78, setiba dari Lombok, di LCCT Sepang, pada 2010.

Kuala Lumpur: Lari mengikut kekasih dikenal pasti salah satu faktor utama remaja, termasuk gadis sunti yang masih bersekolah rendah lari dari rumah.

Jerat cinta Mengikut statistik polis bagi tempoh 2010 hingga Jun lalu, bahana cinta itu adalah punca kedua tertinggi mereka yang berumur 17 tahun ke bawah lari dari rumah dengan kebanyakan daripada mereka Melayu.
Daripada 1,309 kes lari mengikut kekasih sepanjang tempoh itu, 97.6 peratus atau 1,278 membabitkan gadis berusia sembilan hingga 17 tahun, berbanding 31 lelaki.

Sebahagian besar adalah remaja berumur 13 hingga 17 tahun, kecuali 14 kes yang semuanya membabitkan gadis sunti berusia sembilan hingga 12 tahun.

Gejala itu makin membimbangkan kerana 549 kes direkodkan tahun lalu berbanding 493 kes pada 2010. Setakat Jun tahun ini pula polis sudah menerima 267 laporan.

Bagaimanapun, berdasarkan laporan yang diterima oleh polis, punca utama remaja lari dari rumah ialah terpengaruh dengan kawan.
Sebanyak 74 peratus daripada kes terpengaruh dengan kawan membabitkan perempuan atau 1,061 daripada keseluruhan 1,436 kes.

Dua lagi faktor utama ialah mencari kebebasan di luar rumah dan berselisih faham dengan keluarga, di samping punca lain seperti hilang minat belajar, mencari pekerjaan, kurang mendapat perhatian keluarga dan penagihan dadah.

Selain itu, kegagalan dalam peperiksaan turut menjadi alasan lapan remaja perempuan lari dari rumah pada 2010 dan 2011, namun tiada kes dilaporkan setakat Jun lalu.

Lebih mengejutkan, kanak-kanak berumur lapan tahun ke bawah turut mencatat kes lari dari rumah kerana berselisih faham dengan keluarga yang membabitkan dua perempuan pada 2010 dan dua lelaki pada 2011. Selain itu, masing-masing seorang perempuan dan lelaki berbuat demikian setakat Jun tahun ini.

Turut menjadi punca remaja lelaki dan perempuan lari dari rumah ialah mencari kebebasan di luar rumah.

Indonesia tahan 10 lagi militan

Anggota keselamatan memastikan keadaan   selamat selepas melakukan serbuan dan menahan militan.  Remaja (gambar kecil) melihat ke luar dari sebuah lubang selepas polis mematikan bom buatan sendiri suspek pengganas di Solo, Jawa Tengah.
Anggota keselamatan memastikan keadaan selamat selepas melakukan serbuan dan menahan militan. Remaja (gambar kecil) melihat ke luar dari sebuah lubang selepas polis mematikan bom buatan sendiri suspek pengganas di Solo, Jawa Tengah.

Jakarta: Satu skuad elit anti pengganas Indonesia menahan 10 militan dan merampas sedozen butir bom buatan sendiri daripada sebuah kumpulan disyaki merancang serangan bunuh diri terhadap pasukan keselamatan dan kerajaan.

Dua suspek ditahan pada Sabtu lalu di bandar Solo, Jawa Tengah selepas pihak berkuasa menerima maklumat mengenai mereka dari militan lain dalam kumpulan sama yang menyerah diri baru-baru ini, kata jurucakap polis kebangsaan, Brigadier Jeneral Boy Rafli Amar.
Rekrut ahli

Suspek terbabit disiasat dan mereka membantu polis dalam penangkapan enam lagi anggota kumpulan beberapa jam selepas itu di bandar yang sama. Suspek ke-9 ditahan lewat Sabtu di Kalimantan Barat manakala suspek ke-10, Joko Parkit, ditahan semalam.

Amar berkata, dua ditahan itu dikenali Badri Hartono dan Rudi Kurnia Putra, kedua-dua berusia 45 tahun dan bekerja merekrut pemuda serta mengajar sekurang-kurangnya seorang ahli kumpulan itu bagaimana untuk membuat bom.

“Mereka adalah tokoh utama kumpulan itu yang merancang beberapa serangan. Mereka merekrut, mengundang golongan muda untuk dilatih dengan gaya tentera di kem jihad dan membeli bahan membuat bom,” kata Amar.

Rancang bom
Katanya, kumpulan itu merancang mengebom bangunan Parlimen, menembak polis dan menyerang skuad anti keganasan.

Polis merampas 12 butir bom buatan sendiri, tiga raifal, empat bilah pedang dan beberapa buku jihad dari rumah tiga suspek, kata Amar.

Lima butir bom sudah selamat dimatikan lewat kelmarin di tempat kejadian di Solo, bandar asal guru agama terkenal yang kini dipenjara, Abu Bakar Bashir.

Polis masih menyiasat kemungkinan kaitan kumpulan tanpa nama itu dengan rangkaian pengganas lain, kata Amar. Pihak berkuasa percaya ia sudah berpecah tetapi mereka masih lagi terus mencari anggota lain.

Suspek ditahan

Sejak Mac lalu, lebih 30 suspek militan ditahan dan tujuh lain dibunuh dalam satu siri serbuan di Indonesia. Semua merancang melakukan serangan dalam negara dan ada di antara mereka yang berusia antara 18 hingga 20 menghadiri kem latihan gaya tentera di Poso, Pulau Sulawesi.

Ahli kumpulan lain, disyaki pembuat bom, Mohammad Toriq menyerah diri dua minggu lalu di ibu kota Jakarta, sambil membawa sepucuk senjata api dan peluru, dan memakai tali pinggang bunuh diri yang tidak mengandungi sebarang bahan letupan.

Militan kedua, Yusuf Rizaldi, menyerah diri kepada polis di Sumatera Utara tiga hari selepas itu. Mereka memberi kerjasama dengan memberi maklumat mengenai ahli lain kumpulan itu yang membawa serbuan pada Sabtu lalu, kata Amar.

Polis memberitahu, Toriq didakwa merancang sebahagian daripada serangan menembak polis dan mengebom bangunan Parlimen untuk jihad bagi mewujudkan undang-undang Syariah.

Dia melarikan diri sejak polis menyerbu rumahnya di Jakarta awal bulan ini berikutan jiran melaporkan melihat asap dari rumah berkenaan. - AP

Anak perempuan Rafsanjani dipenjara


Faezeh dikatakan turut berucap dalam perhimpunan menyokong calon yang kalah, Mirhossein Mousavi, meskipun ia diharamkan.
Faezeh dikatakan turut berucap dalam perhimpunan
menyokong calon yang kalah, Mirhossein Mousavi, meskipun ia diharamkan.

Tehran: Anak perempuan bekas pemimpin Iran, Akhbar Hashemi Rafsanjani, ditahan dan dipenjarakan semalam sebagai memulakan pelaksanaan hukuman enam bulan atas kesalahan melakukan propaganda terhadap kerajaan, lapor media yang memetik kenyataan pendakwa raya.

Faezeh Hashemi ditahan petang kelmarin bagi menjalani hukuman itu, lapor agensi berita IRNA.

“Faezeh dihantar ke penjara Evin di Tehran,” kata agensi berita FARS.
Faezeh adalah antara salah seorang yang ditangkap mengambil bahagian dalam bantahan yang tercetus selepas Mahmoud Ahmadinejad diberi mandat memerintah penggal kedua menerusi pilihan raya 2009, kata sumber.

Pembangkang menuduh berlaku penipuan dalam undian pilihan raya berkenaan.
Faezeh ketika itu turut berucap dalam perhimpunan menyokong calon yang kalah, Mirhossein Mousavi, meskipun ia diharamkan.

Lakukan propaganda
Sekalipun pihak berkuasa kemudian membebaskannya, mereka juga membicarakan beliau atas tuduhan melakukan propaganda antikerajaan.

Faezeh didapati bersalah tetapi hukuman tidak dilaksanakan sehinggalah semalam.
Beliau dibicarakan selepas diwawancara sebuah laman web pembangkang dan mengkritik pencabulan hak asasi manusia dan dasar ekonomi Iran.

Bapanya, Rafsanjani, 78, adalah seorang ulama berpengaruh yang berkhidmat sebagai pemimpin pada 1989 hingga 1997.

Beliau juga dilihat sebagai seorang yang berpendirian sederhana di kalangan ramai pemimpin konservatif dalam pemerintahan negara.

Jadi sasaran

Selain itu, seorang anak lelaki Rafsanjani, Mehdi turut menjadi sasaran pihak berkuasa perundangan Iran.

Beliau meninggalkan Iran lebih daripada tiga tahun lalu dan tinggal di London untuk meneruskan pelajaran.

Mehdi dijangka pulang ke tanah air semalam selepas menamatkan pelajarannya.
Pegawai sudah menyarankan supaya Mehdi ditahan sebaik tiba atas tuduhan turut menghasut kekacauan selepas pengundian 2009.

Sumber bebas memberitahu, Mehdi berada di Dubai dan dalam perjalanan pulang. - Agensi

RM330,000 ganjaran bunuh Nakoula

PELAJAR Kashmiri di Srinagar, India membuat bantahan ke filem kontroversi, Innocence of Muslims, kelmarin.PELAJAR Kashmiri di Srinagar, India membuat bantahan ke filem kontroversi, Innocence of Muslims, kelmarin. Kerajaan Pakistan tak sokong tawaran menteri

Islamabad: Seorang menteri Pakistan secara peribadi meletakkan ganjaran AS$100,000 (RM330,000) kepada sesiapa yang membunuh pembuat filem anti-Islam yang mencetuskan gelombang kemarahan dan keganasan Muslim di seluruh dunia.

Menteri Kereta Api, Ghulam Ahmed Bilour juga menggesa militan Taliban dan al-Qaeda membantu untuk mencapai matlamat berkenaan.

Gesa Taliban, al-Qaeda

Bilour bercakap kepada pemberita di bandar raya barat laut Peshawar, sehari selepas tunjuk perasaan ganas seluruh negara menentang filem Innocence of Muslims yang menyebabkan 21 orang maut dan lebih 200 cedera.

“Saya umumkan hari ini bahawa saya akan beri hadiah AS$100,000 kepada sesiapa yang membunuh penghina nabi suci,” kata Bilour sambil menggesa pihak lain turut menghadiahkan wang tunai dan emas kepada orang berkenaan.

“Saya umumkan jika kerajaan serah orang berkenaan kepada saya, saya akan tamatkan riwayatnya dengan tangan sendiri dan kemudian mereka boleh gantung saya.”

Bantahan terhadap filem bajet rendah itu yang mempersenda Islam meletus di seluruh dunia Islam menyebabkan lebih 50 orang terbunuh sejak demonstrasi pertama pada 11 September.
Penerbitan majalah satira Perancis ‘Charlie Hebdo’, memburukkan lagi keadaan minggu ini dengan menyiarkan kartun menghina Nabi Muhammad.

Penerbit filem terbabit, Nakoula Basseley Nakoula, dilaporkan dari Los Angeles berusia 55 tahun dan sudah menghilangkan diri bersama keluarganya selepas disoall siasat polis.

Media Amerika melaporkan, Nakoula menulis dan mengeluarkan filem terbabit menggunakan nama Sam Bacile. Beribu-ribu aktivis Islam di Pakistan mengadakan tunjuk perasaan semula pada Sabtu tetapi tiada laporan berulangnya keganasan seperti hari sebelumnya.

Lebih 5,000 penunjuk perasaan termasuk beratus-ratus wanita berarak ke parlimen di Islamabad melaungkan ‘Kami sayangkan Nabi’ dan ‘Hukum mereka yang menghina Nabi.’

Di Lahore, kira-kira 1,500 aktivis Jamaat-ud-Dawa dan Sunnah berhimpun di hadapan konsulat Amerika Syarikat di Lahore, melaungkan ‘Amerika layak menerima satu penawar – jihad, jihad.’ - AFP

Filipina rugi koleksi Imelda rosak

Gambar fail Imelda menunjukkan sebahagian koleksi kasut miliknya.Gambar fail Imelda menunjukkan sebahagian koleksi kasut miliknya. Manila: Banyak kasut milik bekas Wanita Pertama Filipina, Imelda Marcos, rosak disebabkan serangan anai-anai, kesan cuaca dan tidak dijaga sejak koleksi itu dan barangan peribadi lain ditinggalkan selepas beliau dan suami diktatornya lari dan tinggal dalam buangan di Amerika Syarikat berikutan kebangkitan popular pada 1986.

Disimpan tanpa perlindungan
Beratus-ratus helai pakaian bekas Presiden Ferdinand Marcos, termasuk baju jarang tradisional ‘Barong’ untuk acara rasmi tempatan yang dipakai beliau ketika memerintah dua dekad juga mula rosak selepas disimpan bertahun-tahun tanpa sebarang perlindungan di istana presiden dan kemudian ditempatkan di Muzium Kebangsaan Manila, kata pegawai semalam.

Pasangan itu meninggalkan Filipina ketika kemuncak kebangkitan ‘kuasa rakyat’ disokong tentera yang menjadi contoh bagi negara lain di seluruh dunia untuk menolak pemerintahan kuku besi. Marcos mati ketika dalam buangan di Hawaii pada 19892989, Imelda serta anak-anaknya pulang ke tanah air beberapa tahun selepas itu.

Ketika lari, mereka meninggalkan banyak barangan peribadi dan pakaian di istana termasuk sekurang-kurangnya 1,220 pasang kasut milik Imelda.

Serangan anai-anai, kulat

Lebih 150 kotak pakaian, aksesori pakaian dan kasut pasangan Marcos dipindahkan ke Muzium Kebangsaan untuk simpanan kira-kira dua tahun lalu selepas anai-anai, keadaan cuaca dan kesan kulat merosakkan pakaian di istana tepi sungai itu.
Di muzium, keadaan menjadi lebih teruk apabila barangan yang tersimpan dalam kotak dibiarkan di dewan muzium berkunci yang tidak mempunyai kemudahan perlindungan daripada kesan kerosakan dan diburukkan lagi selepas siling bocor kerana hujan ribut bulan lalu, kata pegawai muzium.

Kakitangan muzium yang tidak mengetahui kotak terbabit ada barangan berharga milik pasangan Marcos hanya membuka dewan di tingkat empat bangunan itu selepas menyedari air masuk menerusi pintu. Mereka terkejut melihat kasut dan gaun milik Imelda apabila membuka kebanyakan kotak yang sudah basah.

Semua kotak itu kemudian dialihkan ke bilik mengering manakala yang lain dibawa ke makmal muzium dengan sepasukan kecil ahli kurator cuba menilai kerosakan., satu jumlah yang akan mengambil masa berbulan membabitkan sejumlah besar pakaian.

Ada sebahagian barangan yang rosak akibat dimakan anai-anai serta berkulat tidak boleh dibaiki lagi, kata pegawai kurator muzium, Orlandi Abinion yang mengetuai usaha berkenaan.

“Kami melakukan usaha pemulihan untuk menyelamatkannya. Serangan anai-anai dan kulat sejak beberapa tahun diburukkan lagi dengan ribut bulan lalu. Ini malang sekali kerana Imelda mungkin memakai pakaian ini dalam beberapa acara rasmi besar dan mempunyai tempat yang penting dalam sejarah negara,” katanya. - AP

Minuman berkarbonat punca gemuk

GAMBAR fail menunjukkan minuman berkarbonat yang boleh didapati di pasaran.


WASHINGTON - Tiga kajian terbaharu yang disiarkan di Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu mengesahkan terdapat kaitan antara minuman manis berkarbonat dan air buah-buahan yang mengandungi kandungan gula tinggi dengan penularan kegemukan atau obesiti dalam kalangan penduduk AS.
Menurut penulis satu kajian yang disiarkan jurnal New England Journal of Medicine di online, pengambilan minuman tersebut meningkat lebih dua kali ganda sejak tahun 1970-an.
Kajian itu menyatakan pada tempoh masa yang sama, kadar obesiti dalam kalangan penduduk dewasa AS meningkat 30 peratus.
Berdasarkan kajian pertama, minuman bergula didapati menjejaskan gen yang mengatur berat dan meningkatkan kecenderungan untuk berat badan seseorang bertambah.
Para penyelidik menggunakan 32 variasi gen yang diketahui akan memberi kesan terhadap berat badan bagi mewujudkan profil peserta yang menyertai kajian berkenaan.
Tabiat pemakanan para peserta itu juga dikenal pasti oleh penyelidik selain pengambilan minuman bergula dan amalan senaman.
Dua lagi kajian menunjukkan kumpulan kanak-kanak dan remaja yang diberikan minuman tanpa kalori seperti air mineral atau minuman tanpa banyak kandungan gula yang mengandungi gula tiruan didapati mengalami pertambahan berat badan yang sedikit.

Puteri Sultan Brunei bersanding

SULTAN Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha mengapit 
pasangan pengantin diraja, Muhammad Ruzaini dan Puteri Hafizah Sururul Bolkiah 
bersama ahli keluarga diraja yang lain di Bandar Seri Begawan semalam.
BANDAR SERI BEGAWAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri Majlis Santapan Diraja di Istana Nurul Iman di sini malam tadi.
Majlis itu diadakan sempena perkahwinan Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, anakanda kelima Sultan Brunei Darussalam dengan Pengiran Muhammad Ruzaini.
Istiadat bermula sebaik keberangkatan masuk pengantin diraja ke Dewan Bankuet Diraja pada kira-kira 8.30 malam.
Pasangan mempelai itu diiringi Sultan Hassanal Bolkiah dan Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Saleha serta tetamu kenamaan lain termasuk Najib dan Rosmah.
Turut hadir ke istiadat berkenaan ialah Putera Faisal Saud dari Arab Saudi; Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra; Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dan Menteri Pertahanan Singapura, Dr. Ng Eng Hen.