Friday, January 16, 2015

3 Kembar Hafidz Qur'an:

Bersama 3 Kembar Hafidz Qur'an: Hanan, Manan dan Ihsan.
Subhanallah sungguh beruntung sebgai orang Tuanya yang melahirkan mereka ber3 rasa lelah dan cape ketika mengandung mereka telah terbayar dengan dijadikannay ke 3 anak ini Hafidz Qur'an yang mereka adalah keluarga Allah dan kelak akan memakaikan mahkota dan jubah di Surganya Allah untuk Orang Tuanya.

"Sesungguhnya Allah mempunyai keluarga di antara manusia, para sahabat bertanya, "Siapakah mereka ya Rasulullah?" Rasul menjawab, "Para ahli Al Qur’an. Merekalah keluarga Allah dan pilihan-pilihan-Nya." (HR. Ahmad)

Sudahkah kita dapat membalas kebaikan jasa orangtua kita yang melahirkan dan merawat kita hingga besar? Bahkan ketika kita sedang sakit terbujur lemah, mereka sungguh sabar menunggu kita membuka mata dan dapat ceria kembali. Dalam artikel ini, akan disampaikan, bahwa ada beberapa kado terindah yang dapat kita berikan kepada orangtua kita dengan menjadi Penghafal Al-Qur`an.

Orang yang paling beruntung ketika ada seorang anak yang menghafal Al-Qur’an adalah orangtuanya. Sungguh baginda Nabi Muhammad SAW bersabda :

“Akan datang Al-Qur`an pada Hari Kiamat seperti seorang lelaki yang pucat-pasi, dia berkata kepada teman (penghafal)nya, “Apakah kamu mengenalku? Saya adalah penjaga malammu, pendahaga siangmu. Dan sesungguhnya setiap pedagang itu di belakang dagangannya, sedang hari ini saya di belakang setiap pedagang.” Maka diberilah dia kerajaan di kanannya. Keabadian di kirinya, dan diletakan di atas kepalanya mahkota keagungan, serta diberilah kedua orangtuanya busana yang tidak sebanding dengan dunia dan seisinya. Lalu keduanya berkata. “Wahai Tuhan, dari mana ini?”, maka dikatakan, “Itu disebabkan kalian mengajarkan Al-Qur`an kepada anak kalian. “Dan dikatakan pada Hari Kiamat kepada teman (penghafal) Al-Qur`an, “Bacalah! Dan naiklah ke beberapa tingkatan! Serta tartilah! Sebagaimana engkau membaca tartil di dunia, sesungguhnya tempatmu di sisi akhir ayat yang bersamamu.”

Subhanallah. Sungguh Maha Besar Allah! Alangkah mulianya jika kita bisa menjadi Ahli Qur’an. Kita bisa memberikan kemuliaan yang tak terduga bagi kedua orangtua kita disaat mereka tidak menyangkanya.

Mereka bertiga siap berbagi Motivasi ditempat anda, mari bumikan Al Qur'an menuju Semangat Indonesia Menghafal. Bagi yang mau undang silahkan hubungi Hp/Wa: 081219295295 atau via inbox.

Lelaki ini jadi perempuan setelah 59 tahun


 16 Januari 2015
 Pria Ini Jadi Perempuan Setelah 59 Tahun
Pria Ini Jadi Perempuan Setelah 59 Tahun
Steph Holmes . (Foto:

LANCASHIRE - Steph Holmes mengaku terperangkap dalam tubuh lelaki. Setelah 59 tahun, dia akhirnya tukar kelamin menjadi perempuan.

Sejak usia tiga tahun Holmes merasa sudah ada yang berbeda dengan dirinya. Dia lebih menyukai warna pink dibanding biru, lebih menyukai boneka dibanding kereta mainan , serta lebih memilih gaun cantik dibanding pakaian anak laki-laki. Bahkan, Holmes sangat senang ketika sang ibu, Lilian, memberikannya sepatu tumit  tinggi sebagai hadiah Natal.

"Aku bahkan tidak memintanya, tapi dia mengenalku dengan baik. Ini mungkin tampak aneh. Pada ketika itu aku seorang anak laki-laki berusia tiga tahun, tapi aku selalu sedikit berbeda," ujar Holmes, seperti dilansir Mirror, Jumaat (16/1/2015).
Dukungan sang ibu juga ditunjukkan dengan membiarkannya memilih pakaian yang disukainya ketika berbelanja. Perempuan 62 tahun ini bercerita, sang ayah akan menutup mata ketika Holmes menari dengan pakaian barunya.

"Di sekolah rendah saya harus memakai seragam anak laki-laki. Tetapi setelah di rumah, aku akan berubah menjadi seseorang yang cantik," imbuhnya.
Keanehan ini terus dirasakan Holmes hingga masa remaja. Dia pun berusaha menghalau perasaan tersebut dengan menjadi tentera di usia 18 tahun. Namun, hal tersebut tidak berhasil dan Holmes keluar dari ketenteraan dua bulan kemudian.

Di usia 21 tahun, Holmes berpacaran dengan seorang perempuan. Dia sering menggunakan pakaian si  kekasih secara diam-diam. Hubungan mereka berakhir ketika perempuan itu tahu kebiasaan Holmes tersebut.
Pada usia 40 tahun, Holmes berkahwin Namun, beberapa tahun kemudian dia menyedari statusnya sebagai seorang transeksual.

"Aku memutuskan untuk memberi tahu isteriku tentang mimpiku menjadi seorang perempuan. Namun, dia menentangku. Aku harus membuat pilihan yang paling sukar dalam hidupku, isteriku atau impianku," tutur Holmes.

Tetapi, Holmes tahu dia tidak boleh terus-menerus membohongi dirinya. Pada Mac 2010, Holmes pun mengunjungi doktor untuk memulai transisi sebagai perempuan. Dua tahun kemudian, dia bertemu dan menjalin hubungan serius dengan seorang perempuan. Bahkan, mereka merancang berkahwin.

Akhirnya, lelaki yang berasal dari Darwen, Lancashire, England ini, melakukan pembedahan tukar kelamin pada April 2014. Dia pun merayakan Natal pertama sebagai perempuan.
"Ini adalah momen yang paling saya tunggu selama bertahun-bertahun. Aku punya pasangan yang indah, sekarang aku merasa sempurna. Aku berharap ibu boleh melihatku," kata Holmes.

Mantan guru TI tersebut kini secara terang-terangan hidup sebagai perempuan tulen. Dia juga membuat kelompok yang dinamai Chrysalis Transeksual Support Group untuk mendukung perempuan-perempuan transgender di sana.
sumber: Okezone.com

Gadis Itali si penebar roti canai


Gadis Itali si penebar roti canai
KHABARNYA ada sebuah gerai menjual roti canai di Kedah sudah popular kerana penebar roti canainya adalah seorang gadis Itali.

Gadis cantik tersebut bernama Chantal Viola dan berasal dari Rome. Chantal merupakan seorang pelajar yang sedang mengikuti program pertukaran pelajar ke Malaysia.

Apa yang menariknya, Chantal memilih untuk memakai tudung ketika membantu jirannya berniaga di gerai tersebut.

Di mana lokasi gerai ini, kami pun tak tahu.

Apa yang pasti, foto-foto Chantal sudah viral di laman sosial dan ramai yang tak sabar menikmati roti canai dari air tangan gadis Itali yang sedang mendalami Bahasa Melayu ini.

Terserah Jakim untuk berdebat dengan Eric


Ahmad Shabery Cheek
Ahmad Shabery Cheek
JAKARTA - INDONESIA. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, terserah kepada Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) untuk menganjurkan debat dengan peguam Eric Paulsen yang mendakwa jabatan itu  mempromosikan faham ekstremis di Malaysia baru-baru ini.

Beliau berkata, Pengarah Eksekutif, Lawyers For Liberty itu dikatakan bersetuju untuk berdebat mengenai dakwaannya dan Jakim seharus mengambil pendekatan meyakinkan pihak lain (soft-power) untuk memberi penjelasan kepada Eric mengenai salah fahamnya itu.

Beliau berkata, pihaknya cuma bersedia menyediakan platform iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM) bagi penganjuran debat itu.

"Dialog dan perbahasan yang sihat perlu digalakkan untuk membetulkan mana-mana pihak yang membuat provokasi dan Jakim boleh menerangkannya secara diplomatik.

"Kita mempunyai platform untuk membantu Jakim menjelaskan kerja-kerja mengenai hal ehwal Islam yang dilakukannya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan mengenai kerjasama dengan pengurusan MetroTV di sini, hari ini. 

Beliau berkata, cadangannya untuk Jakim menganjurkan debat itu adalah ekoran terdapat desakan agar Eric dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia kerana menggunakan laman sosial Twitternya untuk membuat provokasi.

Shabery berkata, sebenarnya tidak semua perkara perlu dikenakan tindakan undang-undang malah ada perkara yang lebih baik diberi penjelasan supaya masyarakat lebih jelas dan dapat membuat penilaian.

Eric dalam kenyataan medianya hari ini dipetik sebagai berkata beliau menyambut baik cadangan Shabery itu.

Jumaat lepas, Eric mengeluarkan kenyataan tersebut menerusi Twitternya dengan berkata: "Jakim sedang menggalakkan ekstremisme pada setiap Jumaat dan kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu membanteras ekstremisme di Malaysia".

Berikutan itu, Eric ditahan reman oleh polis Isnin lepas sebelum dibebaskan dua hari kemudian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, kertas siasatan berhubung kes itu akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara tidak lama lagi. - Bernama

Dr Mahathir masih tidak puas hati dengan penjelasan 1MDB

Dr Mahathir masih tidak puas hati dengan penjelasan 1MDB

Dr Mahathir masih tidak puas hati dengan penjelasan 1MDB
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed masih tidak berpuashati dengan penjelasan yang dibuat oleh firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkaitan pelaburan sebanyak RM8.3 bilion yang dilaburkan di Kepulauan Cayman, lapor Sarawak Report.



Dr Mahathir berkata penjelasan yang diberikan oleh 1MDB bahawa pelaburan tersebut telah diperolehi semula tidak memberi apa-apa pencerahan.



"Penjelasan itu tidak mencerahkan apa-apa kepada kita. Saya hendak tahu bank mana yang menyimpan wang itu. Satu bilion dolar; anda mesti simpannya di mana-mana.



"Saya tidak tahu di mana wang itu berada – ia adalah sebahagian daripada ketelusan," katanya seperti dilapor Sarawak Report.



Sebelum ini, 1MDB membuat pengumuman mengenai pemerolehan semula dana tersebut selepas firma tersebut dilaporkan terlepas membuat bayaran balik pinjaman berjumlah RM2 bilion (AS$563 juta) yang berakhir pada hujung Disember lalu.



Kontroversi mengenai 1MDB tercetus penghujung tahun lepas telah menyebabkan firma tersebut distruktur semula dengan pelantikan seorang ahli perbankan di Abu Dhabi, Arul Kanda sebagai presiden.



1MDB merupakan firma pelaburan yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan telah dikritik hebat kerana pelaburan RM8.3 bilion di luar negara.



Dr Mahathir juga dipetik sebagai berkata beliau mempersoalkan penjelasan yang dibuat oleh 1MDB dan menganggap ia sebagai satu yang cetek.



"Saya mempersoalkan penjelasan itu, ia bukan sesuatu yang saya boleh terima. Ia adalah sangat cetek .



"Saya mempersoalkan penubuhan 1MDB dan bagaimana ia diuruskan. Mereka (pengurus) datang berjumpa dengan saya, tetapi mereka tidak dapat menerangkan bagaimana wang itu dikumpulkan dan mengapa loji kuasa telah dibeli pada harga yang tinggi dan komisen yang telah dibayar kepada Goldman Sachs.



"Saya tidak fikir bahawa ia berfungsi untuk apa-apa maksud. Itulah perbezaan saya dengan kerajaan. Saya tidak berpendapat bahawa adalah perlu bagi kita untuk mempunyai dana seperti ini.



"Kita telah melakukan cukup baik tanpa suatu kumpulan wang ... mereka mendapat wang untuk memberi pinjaman kepada Arab Saudi dan mereka mereka memasukkannya ke dalam dana lindung nilai.



"Kerajaan tidak perlu berjudi wang dalam dana lindung nilai," jelas Dr Mahathir.

Peluk ahli sukan tak sama dengan peluk artis K-Pop, kata pemimpin UMNO

Peluk ahli sukan tak sama dengan peluk artis K-Pop, kata pemimpin UMNO
SYED ALI: Jangan samakan dakapan Rosmah dengan artis K-Pop - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyelar gesaan bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin agar Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertindak dan menyiasat isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor yang memeluk pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Syed Ali yang mempertahankan tindakan Rosmah menegaskan apa yang dilakukan oleh isteri Najib itu tidak sama dengan apa yang dilakukan tiga gadis bertudung yang berpeluk dan bercium dengan artis K-Pop berkenaan.

"Saya sifatkan tindakan Rosmah yang memeluk pemain badminton nombor satu negara itu sebagai satu penghargaan seorang ibu kepada anaknya kerana berjaya meraih kemenangan dalam sukan.

"Ianya sama sekali tidak boleh disamakan dengan tindakan tiga gadis bertudung yang berpelukan dengan artis K-Pop.

"Bagi sesiapa yang pernah mengikuti program Rosmah termasuk program yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Cheras pasti sering mendengar ucapan yang sering dilafazkan olehnya yang merupakan ‘ibu’ kepada 28 juta rakyat Malaysia.

"Rosmah juga selalu menyebut , sebagai isteri Perdana Menteri, dia akan sentiasa mengambil berat kebajikan rakyat pelbagai kaum di negara ini," katanya dalam catatan terbaharu di blog http://umnobahagiancheras.blogspot.com.

Syed Ali turut melahirkan rasa kesal dengan tindakan bekas Naib Ketua Pemuda Wangsa Maju yang juga penulis blog http://shahbudindotcom.blogspot.com yang mendakwa JAWI gagal bertindak ke atas Rosmah yang memeluk pemain badminton negara itu.

"Bagi saya tidak salah bagi isteri Perdana Menteri yang menganggap dirinya seorang ibu memeluk Lee Chong Wei kerana mengiktiraf dan amat menghargai kejayaan yang dicapai oleh pemain badminton yang mengharumkan nama negara," katanya.

Dalam pada itu tegas Syed Ali, apa yang dilakukan Rosmah terhadap Chong Wei atas kapasitinya sebagai isteri pemimpin nombor satu negara.

"Ianya tidak lebih seperti kasih sayang yang dinampakkan oleh seorang ibu kepada anaknya," ujarnya.

Shahbudin dalam tulisannya, turut mencabar JAWI memanggil dan mengeluarkan waran tangkap kepada isteri Rosmah.

Shahbudin turut mengecam JAWI yang disifatkannya ingin 'tumpang semangkuk' dalam isu K-Pop kerana mahu menunjuk-nunjuk kuasa dan keprihatinan mereka terhadap perbuatan maksiat.

Kata Syed Ali, tiada pihak harus mempersoalkan kewibawaan JAWI sendiri dalam usaha membanteras maksiat dan sebagainya.

"Dalam apa jua tindakan sekalipun JAWI mempunyai prosedur dalam mengatur tindakan. Apa yang dilakukan oleh JAWI dalam membanteras kejadian maksiat yang nyata dan terang-terangan sudah tentu mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada.

"Tak perlulah mana-mana pihak mempersoalkan tanggungjawab JAWI dalam menangani isu K-Pop, pastimya mereka akan melakukannya dengan bijak dan penuh berhemah," katanya.

Pada masa sama, Syed Ali turut membidas tindakan sesetengah pihak yang terus mempolitikkan dan mengaibkan Rosmah dengan penyiaran gambar berpelukan bersama artis lelaki Bollywood.

"Ia tindakan tidak bertanggungjawab dan menghina institusi Perdana Menteri.

"Ia dilihat helah untuk menutup isu pokok yang sedang dibangkitkan sekarang ini iaitu isu berpelukan dengan artis K-Pop," jelasnya.

Sementara itu, dalam tajuk catatan terbaharu Shahbudin, Syed Ali dilemparkan pertanyaan penulis blog itu yang bertanya;

"Kalau Rosmah Boleh Dakap Chong Wei, Apakah Najib Juga Boleh Peluk Nicol David?"

Sabtu lepas, video perjumpaan bersama peminat B1A4 yang berdurasi tiga minit 21 saat itu menunjukkan aksi beberapa gadis Melayu berpelukan dengan anggota kumpulan berkenaan viral di media sosial.

Ada aksi gadis ini berpelukan malahan ada aksi mencium dahi yang turut dipaparkan di dalam video berkenaan.

Dakwaan miliki bank di Tanzania, Daim sedia kerjasama dengan SPRM


Dakwaan miliki bank di Tanzania, Daim sedia kerjasama dengan SPRM
Dakwaan miliki bank di Tanzania, Daim sedia kerjasama dengan SPRM
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berkata beliau sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan terhadap perniagaan perbankannya di luar negara.

"Saya bersedia untuk menyokong dan bekerjasama dengan SPRM dalam penyiasatan mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Daim juga berkata beliau mempunyai keyakinan terhadap kemampuan SPRM untuk menjalankan siasatan tersebut.

Sebelum ini terdapat laporan mengatakan Daim mengesahkan memiliki sebuah bank di Tanzania, namun menafikan terlibat dalam penyalahgunaan kuasa.

Daim dipetik oleh laporan berita sebagai berkata beliau disiasat dua kali sejak 1999 berhubung perkara itu, dan tiada apa yang tidak kena dalam siasatan itu.

Selain itu, Daim juga terkejut dengan perhatian luar biasa media arus perdana terhadap dakwaan pembangkang berkaitan tuduhan yang dilemparkan padanya.

“Walaupun saya faham motif ahli politik PKR ini kerana mereka tidak tahu perkara lain selain politik dan membuat dakwaan tidak berasas, saya agak terkejut dengan perhatian yang diberikan kepada mereka oleh media mesra kerajaan.

“TV3 tidak akan memberi walaupun sedikit masa siaran pada Pakatan, tetapi mengudarakan sidang media PKR tidak kurang daripada tiga kali. NST dan Utusan juga menyiarkan laporan itu," katanya lagi

Mohd Saiful Pohon Pinda Tuntutan Saman Terhadap Anwar

Diterbitkan: Jumaat, 16 Januari 2015 3:00 PM

KUALA LUMPUR: Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Jumaat memfailkan permohonan untuk meminda pernyataan tuntutan dalam saman RM50 jutanya terhadap ketua pembangkang itu.

Peguam Zamri Idrus yang mewakili Mohd Saiful memberitahu pemberita beliau memfailkan permohonan pindaan itu bagi memasukkan butiran terperinci berhubung dakwaan fitnah oleh Anwar mengenai laporan polis yang dibuat oleh Mohd Saiful mengenai kejadian liwat, enam tahun lepas.

"Saman ini bukan sahaja mengenai dakwaan meliwat tetapi juga berkaitan dakwaan fitnah," katanya selepas kedua-dua pihak bertemu Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan di dalam kamarnya di sini Jumaat.

Zamri berkata mahkamah menetapkan 23 Januari ini untuk pengurusan kes.

Sementara itu, peguam Shahid Adli Kamarudin yang mewakili Anwar memaklumkan beliau perlu mendapatkan arahan lanjut daripada anak guamnya sama ada akan membuat bantahan terhadap permohonan tersebut.

Pada 23 Jun tahun lepas, Mohd Saiful, 30, memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM50 juta selepas mendakwa beliau mengalami kesakitan fizikal dan menanggung penderitaan sejak 2008 sehingga kini akibat diliwat oleh Anwar.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Saiful mendakwa Anwar menuduh laporan polis yang dibuat pada 28 Jun 2008 mengenai kejadian liwat itu sebagai satu fitnah dan konspirasi terhadap Anwar.

Mohd Saiful juga mendakwa beliau tidak pernah berbohong dengan kandungan laporan polis itu yang menyatakan Anwar telah meliwatnya dan kali terakhir kejadian itu berlaku pada 26 Jun 2008, di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, di sini.

Mohd Saiful mendakwa beliau telah dipandang rendah oleh masyarakat yang mempercayai tuduhan Anwar terhadapnya, dicemuh di laman-laman sosial dan telah mengalami tekanan teruk akibat daripada fitnah dan kejadian liwat itu.

Sehubungan itu, Mohd Saiful memohon ganti rugi RM50 juta, ganti rugi am, khas, teruk, faedah, kos dan lain-lain relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Anwar dalam pernyataan pembelaan yang difailkan 8 Okt tahun lepas menafikan beliau meliwat Mohd Saiful dan berkata dakwaan liwat itu adalah tidak benar kerana menurutnya kejadian itu tidak pernah berlaku.

Ketua Pembangkang: Azmin Bidas BN Selangor

Diterbitkan: Jumaat, 16 Januari 2015 1:16 PM
Shamsudin Lias melambaikan tangan selepas menyerahkan kereta serta surat penolakan tawaran Pengerusi PAC dan pemulangan semula kereta kerajaan negeri Selangor pada Setiausaha Bahagian Dewan Elya Marini Darmin (kanan) di hadapan DUN Selangor di Shah Alam, Disember lalu.

SHAH ALAM: Kekosongan jawatan ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang berkemungkinan tidak diisi Barisan Nasional (BN) memberi ruang untuk kepimpinan negeri itu membidas parti politik berkenaan.
Mohamed Azmin Ali menyifatkan tindakan BN negeri itu enggan menamakan mana-mana wakil rakyatnya untuk jawatan berkenaan sebagai menafikan hak dan tanggungjawab untuk membangunkan Selangor.
Malah, kata Menteri Besar Selangor itu, tindakan tersebut turut membuktikan kegagalan BN untuk bersama-sama membangunkan prinsip demokrasi kerana kerajaan negeri itu mengiktiraf peranan pembangkang.
"Mengapa mereka ambil sikap untuk menidakkan hak mereka bersama-sama dalam membangunkan Selangor? Itu terpulang kepada mereka," katanya.
Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan bekas Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd Shamsuddin Lias menerusi mStar Online yang membayangkan BN dan Umno tidak berminat untuk mengisi kedudukan tersebut selepas jawatan tersebut dikosongkan bulan lalu.
Menurut Azmin, BN Selangor seharusnya mengetepikan soal kepartian dan melantik mana-mana wakil rakyatnya untuk mengisi jawatan tersebut demi kepentingan rakyat.
"Mereka pun memainkan peranan dalam DUN kerana ini untuk kepentingan rakyat bukan parti," katanya.
Shamsuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Burong melepaskan jawatan ketua pembangkang berkuatkuasa serta merta pada 8 Disember lalu.
Ini berikutan keengganannya menerima pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) Selangor sebagaimana menurut peraturan tetap DUN Selangor yang baharu dipinda.
Mengulas lanjut mengenai isu itu, Shamsuddin bagaimanapun berkata, keputusan mengenai kekosongan jawatan masih belum dimuktamadkan.
Sehingga kini Umno Selangor masih belum mengadakan perbincangan khusus berhubung perkara itu.
Persidangan DUN Selangor bagi penggal 2015 dijangka bermula pada awal Mac ini.

Papagomo Diperintah Bayar Ganti Rugi Kepada Peguam



Diterbitkan: Khamis, 15 Januari 2015 7:33 PM


Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) diperintah bayar ganti rugi atas dakwaan menerbitkan artikel berbaur fitnah.
  (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini, Khamis memerintahkan seorang blogger membayar ganti rugi kepada seorang peguam bersabit dengan penyiaran artikel-artikel yang berbaur fitnah.

Panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim mendapati bahawa ketiga-tiga artikel yang dimuatkan dalam laman web www.papagomo.blogspot.com merupakan fitnah terhadap Datuk Sukri Mohamed.

Mahkamah membenarkan rayuan Sukri untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris, 31.

Hakim Abdul Aziz, yang mempengerusikan panel itu memerintahkan kes dikembalikan ke Mahkamah Tinggi di Kota Baharu di Kelantan untuk taksiran ganti rugi.

Dalam keputusannya, Hakim Abdul Aziz berkata Mahkamah Tinggi gagal mempertimbangkan keterangan saksi-saksi yang mengenal pasti Wan Muhammad Azri sebagai blogger papagomo.

Beliau berkata Mahkamah Tinggi hanya mempertimbangkan seorang saksi daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang memberi keterangan pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi bahawa SKMM tidak mempunyai apa-apa maklumat mengenai pemilik papagomo.blogspot.com blog.

Hakim Abdul Aziz berkata mahkamah (Mahkamah Rayuan) mendapati bahawa keterangan tiga orang saksi sudah cukup untuk mengenal pasti Wan Muhammad Azri sebagai blogger papagomo.

Beliau juga memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar kos RM20,000 kepada Sukri bagi prosiding mahkamah di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Sukri, 51, yang juga anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan dan bekas anggota Majlis Perajaan Negeri Kelantan menyaman Wan Muhammad Azri kerana menerbitkan ketiga-tiga artikel dalam laman web papagomo.blogsport.com pada 2011 yang didakwa memfitnahnya.

Wan Muhammad Azri, dalam pernyataan bela diri yang dipinda, menafikan yang dia adalah blogger papagomo dan pemilik blog itu. Dia juga mendakwa bahawa penerbitan artikel itu bersifat mempertahankan justifikasi, ulasan yang adil dan berupa perlindungan bersyarat.

Sukri diwakili oleh peguam Hisham Fauzi sementara Wan Muhammad Azri mewakili dirinya sendiri.

AS mansuhkan larangan perjalanan, niaga dengan Cuba



GAMBAR fail yang dirakam pada tahun 2013, pelancong Amerika Syarikat memandu sebuah kereta klasik Amerika di Havana, Cuba. Kerajaan Amerika Syarikat memansuhkan sekatan perjalanan dan perniagaan ke atas Cuba bermula hari ini. - Foto AP
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) hari ini memansuhkan sekatan perjalanan dan perniagaan ke atas Cuba, sekali gus menandakan hubungan semakin baik kedua-dua negara sejak era Perang Dingin lalu.
Bagaimanapun sekatan membabitkan pelancongan masih ditegah, namun beberapa kategori perjalanan membabitkan rakyat Amerika ke Cuba dibenarkan antaranya membabitkan wartawan, ahli akademik, artis dan atlet dengan syarat yang semakin longgar.
Pengembara Amerika ke Cuba kini boleh menggunakan kad kredit dan debit AS di Cuba serta dibenar membawa pulang nilai barangan sehingga AS$400 termasuk minuman keras dan cigar Cuba bernilai sehingga AS$100.
Rakyat Cuba yang tinggal di Amerika pula akan dibenar menghantar wang ke negara mereka walaupun sekatan perdagangan Amerika masih lagi berkuat kuasa.
"Pengumuman hari ini adalah satu lagi langkah baharu untuk menggantikan dasar yang sudah lapuk dan tidak boleh lagi dilaksanakan dan dalam asas untuk membantu kebebasan politik dan ekonomi rakyat Cuba," kata Setiausaha Perbendaharaan AS, Jacob Lew.
Langkah pemansuhan itu turut membabitkan perkhidmatan telekomunikasi dengan Cuba dan kebenaran untuk mengeksport perisian komunikasi dan perkhidmatan berkaitan.
"Perubahan ini membolehkan rakyat Amerika menghulurkan lebih banyak sumber kepada populasi Cuba untuk lebih kukuh dalam menghadapi dunia ekonomi dan membantu kepada peningkatan hubungan dua hala rakyat," kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Josh Earnest.
Pada 17 Disember lalu, Presiden Barack Obama dan Presiden Cuba, Raul Castro mengumumkan perjanjian bersejarah membuka kembali hubungan kedua-dua negara yang tegang sejak lebih 50 tahun. - AFP