Sunday, September 7, 2014

Keadaan pelakon Shaheizy Sam masih tidak stabil



SHAHEIZY SAM yang dirawat di Hospital Ampang Puteri, Ampang akibat diserang demam denggi dilaporkan masih tidak stabil semalam.


KUALA LUMPUR - Keadaan pelakon popular, Shaheizy Sam yang diserang demam denggi sejak Khamis lalu dilaporkan masih tidak stabil dan dia perlu menerima rawatan di hospital untuk tempoh sekurang-kurangnya seminggu lagi.
Dia kini menerima rawatan di Hospital Ampang Puteri, Ampang, Selangor.
Menurut ibunya, Khaty Fauziah, bacaan platelet Sam mencatatkan penurunan daripada bacaan normal 150 kepada 125 petang semalam.
"Keadaan sekarang masih sama dan demam masih berlarutan. Doktor sarankan dia tidak boleh keluar hospital sekurang-kurangnya seminggu lagi.
"Suhu badannya pula meningkat dan tidak menentu. Setakat malam tadi (kelmarin), suhunya naik sehingga 40 darjah Celsius malah dia juga sering mengadu sakit kepala pada sebelah malam," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0907&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3CbHUpjz3 
Hakcipta terpelihara 

Ahmad terkejut dilantik 'Mursyidul Am' Pasma

Bekas Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang
Bekas Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang
IPOH – Bekas Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang terkejut apabila nama beliau disenarai sebagai 'Mursyidul Am' Pasma. Malah menurutnya, dia memang tidak tahu mengenai pertubuhan berkenaan yang kini menjadi ‘viral’ di laman-laman sosial.

"Sebenarnya saya dijemput untuk menghadiri satu forum di Shah Alam esok (8 September) bersama ahli panel, (Datuk) Husam Musa dan Dr Mujahid (Yusof Rawa). Tetapi lokasi forum berkenaan difahamkan telah berubah ke Dewan Perhimpunan Cina di Kuala Lumpur, "katanya. Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr Hatta Ramli menafikan penglibatan beliau dalam penubuhan pasma. "Terima kasihlah lantik saya. Besar jawatan tu, timbalan presiden lagi. kalau nak letak sangat letaklah mursyidul am terus, "katanya secara berseloroh.



Ditanya adakah beliau sudah mengetahui akan penubuhan itu sebelum ini kerana namanya disebut antara orang yang membantu membentuk NGO itu, Ahli Parlimen Kuala Krai itu berkata, beliau mengetahui penubuhan Pasma melalui penyebaran sijil daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang diterima melalui aplikasi WhatApps. “Saya tiada kaitan. Isu ini tidak jejaskan saya dan saya yakin orang tidak percaya,” katanya. Ketua Pemuda Pas Kedah, Mohd Nasir Zakaria pula kesal apabila namanya dikaitkan dengan Pasma. Mohd Nasir berkata sehingga semalam, beliau tidak menerima surat tawaran menganggotai mana-mana pertubuhan seperti didakwa. “Saya juga tidak tahu siapa presiden Pasma termasuk AJK, malah saya juga tidak tahu matlamat penubuhan atau dasar perjuangannya,” katanya.

Hadi jelas mengapa tolak Azizah

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Tambah kapsyenPresiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang
SHAH ALAM - Krisis pencalonan nama Menteri Besar Selangor yang baharu tergetus apabila, Majlis Syura Ulama tidak setuju dengan calon, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atas alasan bercanggah dengan hukum Islam.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa, keengganan Pas menuruti kehendak rakan PR, PKR dan DAP mencalonkan Wan Azizah disebabkan Presiden PKR itu tidak layak memikul tugas sebagai menteri besar.

Abdul Hadi turut menegaskan penolakan Pas terhadap Wan Azizah bukan disebabkan faktor gender tetapi kredibiliti yang ada pada beliau.
 
“Hadis riwayat Bukhari ada menyatakan, ‘tidak akan berjaya satu kaum yang melantik wanita mengurus mereka.’ Hadis ini telah dibahas oleh beberapa ulama.
 
“Di dalam perbahasan itu, ada ulama yang mengatakan wanita boleh dilantik menjadi ahli majlis mesyuarat, itu tidak mengapa kerana Ummu Salamah, Saidatina Aisyah R.A dan beberapa wanita lain ada tampil memberi pandangan,” katanya ketika berucap pada majlis dialog di Rusila, Terengganu, kelmarin.
 
Jelas Abdul Hadi lagi, dalam perbahasan sama, wanita boleh dilantik menjadi menteri, iaitu yang sesuai dengan mereka, contohnya menteri pendidikan, kewangan atau apa sahaja yang berurusan di pejabat.
 
“Wanita ada kemahiran seperti menjahit, memasak, mentadbir kewangan, tetapi tugas seperti nelayan tidak sesuai dengan kejadian semula jadi mereka. Wanita ada kesabarannya.
 
“Dalam masalah kepimpinan negara, iktifak (kesepakatan) ulama mengatakan untuk menjadi Raja, Presiden atau Ketua Kerajaan tidak boleh diberikan kepada wanita,” katanya.
 
Beliau turut menyentuh fatwa ulama Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengatakan golongan wanita tidak boleh menjadi ketua, tetapi ia dibolehkan jika secara kolektif (berkumpulan).
 
“Dalam fatwa itu tidak menghalang wanita menjadi ketua kerajaan jika tidak perintah sendirian dan ada ahli mesyuarat yang mengendalikan urusan.
 
“Dr Yusuf Al-Qaradawi turut membandingkan dengan Ratu Balqis, raja kerajaan Yaman. Dalam al-Quran, Ratu Balqis ini adalah kafir. Ratu Balqis menghadap Nabi Sulaiman as dan memeluk Islam dan turun memerintah bersama-sama Nabi Sulaiman as, tetapi riwayat yang disebut ini adalah riwayat yang sangat lemah,” katanya. 
 
Jelasnya, mengapa Pas menolak calon di Selangor bukanlah atas sebab Wan Azizah seorang wanita tetapi sejak awal menyedari Wan Azizah memang tidak layak.
 
“Kita lihat beliau tidak mampu kendalikan pemerintahan negeri Selangor, ini memerlukan seorang yang kuat untuk jaga negeri Selangor. Bukan sebab dia perempuan,” katanya.
 
Beliau juga berkata, Wan Azizah belum cukup bersedia untuk memimpin kerana dilihat baru belajar mengenai dunia politik.

“Dalam hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud; ‘barang siapa yang mewakilkan urusan orang Islam, melantik seseorang memegang jawatan bukan kerana kelayakannya, tetapi kerana kecenderungannya, kerana sebab puak-puaknya, bukan kerana kebolehannya, maka Tuhan tidak menerima tebusan duit sehingga boleh diseret ke dalam api neraka.’   

“Adakah kerana ini, ahli Pas sanggup untuk masuk neraka? Kita parti Islam, tak boleh terima. Jadi kerana penolakan inilah berlakunya pergolakan sehingga ke hari ini. Pas sentiasa dan akan terus berpegang bahawa PR berpijak atas asas yang termaktub dalam Perlembagaan,” katanya lagi.

Gencatan senjata dicabuli

Rundingan bersama Poroshenko turut dihadiri wakil Republik Rakyat Donetsk, Perdana Menteri Alexander Zakharchenko (kiri). Foto: AFP
Tambah kapsyen
DONETSK - UKRAINE. Kumpulan pemisah pro-Rusia dan tentera Ukraine saling menuding jari selepas gencatan senjata dicabuli beberapa jam selepas ia dipersetujui.Pemimpin Republik Rakyat Donetsk, Vladimir Makovich mendakwa tentera kerajaan telah melancarkan peluru berpandu dan beberapa aset ketenteraan juga dilihat bergerak dari kawasan barat daya Zaporizhia.


Sementara itu, jurucakap Majlis Pertahanan dan Keselamatan Nasional, Andriy Lysenko pula menuduh kumpulan pemisah membedil lebih 20 roket selepas gencatan senjata itu dikuatkuasakan.Terdahulu, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko dan kumpulan pemisah pro-Rusia bersetuju menguatkuasakan gencatan senjata selepas kedua-dua belah pihak menandatangani perjanjian pelan damai di Minsk, Belarus.Langkah itu diambil beberapa hari selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin mencadangkan pelan damai bagi menamatkan krisis di timur Ukraine.   Dalam satu kenyataan lain, Rusia mengancam akan bertindak balas jika Kesatuan Eropah (EU) berkeras mahu mengenakan sekatan ekonomi baharu ke atas mereka.Difahamkan, amaran itu dibuat selepas EU bersetuju untuk mengenakan sekatan lebih ketat terhadap ekonomi Rusia yang didakwa bakal berkuatkuasa bermula esok dalam laporan AFP.







Bayar saman RM160 selepas 18,000 hari


Phoenix: Rasa tanggungjawab mendorong seorang lelaki membayar denda yang dikenakan atas kelalaiannya separuh abad silam.

Robert Atherton disaman pihak berkuasa kerana meninggalkan motosikal Vespa miliknya di zon larangan ketika bercuti di Itali, tetapi ia tidak disedarinya.


Namun, dia hanya menyedari kewujudan saman itu beberapa hari lalu selepas menyemak beberapa surat diterima ketika bercuti di Lerici, Liguria pada 1964.

Saman itu sepatutnya dibayar dalam tempoh 15 hari dari tarikh ia dikeluarkan.


Atherton disaman 1,000 lira (RM2) atau mengikut matawang hari ini sekurang-kurang £8 (RM42).


Atherton kemudian membayar saman itu bersama ‘bunga’ terkumpul selama 50 tahun berjumlah AS$50 (RM160) kepada pihak berkuasa di Lerici.

Dia juga mengirim sekeping nota bersama bayaran berkenaan bertulis: “Tolong maafkan kealpaan ini.”

Atherton bernasib baik kerana tidak didenda walaupun lewat 18,000 hari membayarnya.

Datuk Bandar Marci Caluri berkata dia kagum dengan kejujuran Atherton dan ia patut dicontohi. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/07

Annas gabenor buas


Sebelum dikaitkan dengan tuduhan mencabul anak wakil rakyat, Annas juga didakwa pernah melakukan pelbagai aksi melampau. 
Annas dilantik ke jawatan gabenor pada 19 Februari lalu bagi menggantikan Rusli Zainal yang kini terperuk di dalam penjara kerana terbabit dalam kes rasuah. 

Berikut adalah lapan skandal yang dikatkan dengan Annas.
Foto

• Menggoda pembantu rumah

Ketika menjadi Ketua Daerah Rokan Hilir, Annas pernah meminta amahnya mengurut badan kerana kepenatan. Amah itu yang berusia 52 tahun berkata, pada peringkat awal ia adalah proses urutan biasa namun tidak lama kemudian ia melarat kepada aksi lebih panas. 

Kata amah itu, dia pernah melayani nafsu Annas sekurang-kurangnya dua kali. 


• Memaki wartawan 

Laporan media mendakwa Annas membina empayar politik menyebabkan gabenor berusia 74 tahun berkenaan berang. 

Media turut melaporkan sejumlah anak dan saudaranya dilantik ke jawatan penting di Riau. 

Dalam lawatannya ke pejabat Komisi Pemilihan Umum Riau pada 17 April lalu, Annas ditanya mengenai isu berkenaan. 

Tanpa memberi penjelasan, gabenor ke-14 Riau itu sebaliknya mengherdik wartawan dengan kata-kata kasar dan lucah. 


• Ijazah palsu 

Selepas dituduh membina empayar politik keluarga Annas diperkatakan apabila anaknya, Erianda, yang dilantik sebagai timbalan ketua daerah Rokan Hilir memiliki ijazah palsu untuk melayakkannya menjawat tugas berkenaan. 

Erianda dilantik ke jawatan itu oleh oleh Annas 12 Julai 2014. 

Pelantikan itu dicadang oleh Parti Golkar sebagai parti yang memenangi pemilihan untuk jawatan itu. 


• Mengabaikan surat teguran menteri 

Bekas Menteri Dalam Negeri Syarwan Hamid mengirim surat teguran kepada Annas. Sebagai gabenor Syarwan tidak senang dengan kelakuan Annas yang mentadbir wilayah itu mengikut kemahuannya saja. 

Di sebalik teguran itu, Annas mengabaikan nasihat diberi dengan alasan dia sibuk bekerja. 


• Mahasiswa dan al-Quran 

Ketika Annas hendak berpidato sempena Perhimpunan Khas Ulang Tahun ke-57 Riau pada 9 Ogos lalu, tiga mahasiswa datang menyerbu untuk cuba menyerahkan al-Quran kepadanya. 

Mahasiswa terbabit berhajat mengingatkan Annas supaya banyak membaca kitab suci itu namun sempat ditahan pasukan keselamatan. 

Sebaliknya Annas berkata, mahasiswa itu perlu mengkaji al-Quran lebih rajin daripada dirinya. 

“Saya membaca al-Quran setiap Subuh sejak 1984,” katanya. 


• Memukul menantu 

Bekas menantu Annas, Ulfa Dayani, mendakwa dia pernah dipukul pada 2012 kerana mahu bertemu dua anak kandungnya. Selain sentiasa dihalang, Ulfa berkata, Annas pernah menawarkan Rp700 juta (RM188,790) supaya memutuskan hubungan dengan anaknya, namun ditolak. 


• Pengakuan bekas isteri Ketua DPRD Dumai 

Pada 25 Julai lalu, bekas isteri Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Dumai, Riau, mendakwa Annas mencabulnya ketika mereka bertemu membincangkan masalah rumah tangga. Kata wanita terbabit kejadian berlaku di rumah peribadi Annas di Pekanbaru. 


• Pengakuan anak bekas anggota Dewan Perwakilan Daerah 

Remaja dikenali sebagai WW mendakwa bertemu Annas untuk membincangkan cadangan sekolahnya dan gabenor itu menunjukkan sokongan. Kata bapa mangsa, Annas berjanji melantik WWsebagai pembantu khas gabenor. 

Selepas berbual, WW mendakwa Annas memaksanya memegang kemaluan gabenor terbabit.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/07

Jokowi henti bas layan soalan wartawan


Jakarta: Tidak seperti kebiasaan seorang pemimpin negara, Joko Widodo (Jokowi) mengetepikan protokol dengan mengarahkan bas khas dinaikinya berhenti untuk melayan soalan wartawan.

Media semalam melaporkan, Jokowi dalam perjalanan meninggalkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis di situ.


Bersama konvoi itu ialah rombongan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan naibnya, Boediono.

Ketika bas dinaiki Jokowi melepasi laluan keluar, bakal presiden ketujuh Indonesia itu ternampak deretan wartawan mencarinya untuk ditemu bual.


Apabila mendengar mereka memanggil, Jokowi mengarahkan pemandu bas itu berhenti dan mempelawa wartawan terbabit naik.


Sumber berkata, ada kira-kira 10 wartawan naik dan dipelawa duduk bersama Jokowi di dalam bas berkenaan.

Memang menjadi kebiasaan Jokowi dia tidak menaiki kenderaan rasmi presiden setiap Jumaat, sebaliknya hanya menggunakan bas khas.

Jokowi juga sempat bergurau dengan mereka sebelum menyambung perjalanan dengan kenderaan itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada: 2014/09/07

Nasib Presiden Perancis makin malang


Paris: Masalah terus datang bertimpa-timpa ke atas Presiden Perancis Francois Hollande.

Ketika negara itu terus berdepan masalah ekonomi dan kerajaan dikecam, kini tiba giliran aib peribadi Hollande dilondehkan - tidak lain oleh bekas pasangannya sendiri.

Dan jika keadaan mengizinkan, mimpi ngeri Hollande tidak berakhir di situ saja kerana pesaing politiknya, Nicolas Sarkozy mungkin membuat kemunculan semula dalam tempoh terdekat.



Populariti Hollande mencatat taraf paling rendah ketika ini dengan tiga kaji selidik menunjukkan sokongan terhadapnya adalah paling buruk berbanding mana-mana Presiden Perancis moden.

Bekas Wanita Pertama Perancis, Valerie Trierweiler menggambarkan Hollande sebagai penipu.

Dalam buku yang diterbitkan tujuh bulan selepas dia dan Hollande berpisah, Valerie mendedahkan perincian kecurangan ahli politik sosialis itu mengabaikan golongan miskin - satu daripada ‘dosa’ besar untuk fahaman berkenaan.

Kata Valerie, pernah pada satu ketika Hollande menggelar golongan miskin sebagai individu yang “rongak” kerana tidak mampu membiayai rawatan gigi.


Hollande kemudian tampil mempertanankan diri dalam sidang media khas dengan menegaskan, pembabitannya dalam politik didorong kepada keinginannya membantu golongan tertindas.


Perkembangan itu berlaku beberapa hari selepas menteri yang baru dilantik Hollande mengecam dasar ekonominya secara terbuka.

Emmanuel Macron berkata, dia mungkin menilai semula dasar kerja 35 jam seminggu yang diamalkan di Perancis - langkah yang menyebabkan kemarahan di kalangan golongan kiri negara itu.

Selepas berpisah dengan Valerie, Hollande menjalin hubungan dengan aktres, Julie Gayet.

- AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/07

RM130j tebus dosa 25 tahun


New York: Hakim mahkamah persekutuan semalam meluluskan bayaran ganti rugi bernilai AS$41 juta (RM130 juta) terhadap lima lelaki yang disabit secara salah atas jenayah yang tidak mereka lakukan.

Penyelesaian itu menamatkan tuntutan sivil ke atas kes dikenali sebagai Penjoging Central Park selama beberapa dekad.



Semua remaja lelaki kulit hitam dan Hispanik dari Harlem itu disabit tuduhan hampir membunuh pekerja bank pelaburan berusia 28 tahun, Trisha Meili pada musim panas 1989.

Datuk Bandar, Bill de Blasio menyokong keputusan penyelesaian dibuat mahkamah kerana ia membolehkan setiap seorang daripada mereka sekurang-kurang AS$1 juta (RM3 juta) bagi setiap tempoh mereka dipenjara.

“Ia adalah keadilan terhadap lima tertuduh selepas sekian lama tertangguh,” katanya.


Dengan kebenaran mahkamah semalam, kata de Blasio, kes berkenaan bolah ditutup terus dan tertuduh dapat meneruskan kehidupan biasa.

Datuk Bandar New York sebelum ini Michael Bloomberg pernah cuba mendapatkan penyelesaian bagi lima individu terbabit namun gagal.


Namun di sebalik keputusan melegakan tertuduh itu, pentadbiran New York enggan mengakui sebarang salah laku.

Peguam kanan Zachary Carter berkata, penyiasat dan pegawai pendakwa yang menyabitkan kesalahan lima individu terbabit bertindak sewajarnya dalam kes berkenaan.

Trisha berjoging di Central Park apabila dia diserang di kawasan gelap sebelum diheret ke kawasan terpencil untuk dibelasah, diserang secara seksual dan dibiarkan supaya mati.

Wanita terbabit sedar perlahan-lahan namun gagal mengingati insiden berkenaan, manakala polis dan pendakwa mendapat tekanan daripada media serta penduduk setempat supaya menangkap suspek.

Dalam tempoh beberapa jam penyiasat menangkap lima remaja dan menyoal siasat mereka untuk tempoh lama dan tanpa peguam.

Walaupun tiada padanan DNA semua lima remaja terbabit disabitkan kesalahan dan dihukum penjara antara enam dan 13 tahun sebelum seorang perogol mengaku menyerang Trisha.- AFP

Artikel ini disiarkan pada: 2014/09/07

Khatib Jumaat kritik polis isu PPS disiasat

GEORGETOWN: Polis membuka kertas siasatan terhadap seorang khatib yang didakwa mengkritik polis berhubung isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) menerusi khutbah Jumaat di Masjid Acheh Kebun Lama di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata individu berkenaan akan dipanggil dalam tempoh terdekat untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.
"Setakat ini polis terima satu laporan daripada seorang lelaki yang mengaku ahli biasa PAS petang semalam," katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.
Laporan lelaki itu yang turut menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan mendakwa khatib terbabit menyatakan sokongan terhadap PPS dan mengkritik Kerajaan Pusat dalam menangani isu pasukan itu.
Ahad lalu, polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusinya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan aktiviti selepas PPS didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.
- BERNAMA

Gencatan senjata di Ukraine bertahan


SEBUAH kereta kebal milik tentera Ukraine rentung di luar kampung Mnogopolye, dekat Donetsk kelmarin.


KIEV - Gencatan senjata di wilayah pemberontak di timur Ukraine masih utuh di sebalik beberapa pencabulan, kata ketua Pengawal Kebangsaan Ukraine semalam.
Agensi berita Interfax melaporkan, Komander Pengawal Kebangsaan, Stepan Poltorak mendakwa bahawa beberapa insiden tembakan berlaku selama 45 minit selepas gencatan senjata namun setakat pagi semalam tiada sebarang pencabulan berlaku di kedua-dua belah pihak bertelagah.
Di Donetsk yang merupakan bandar terbesar dikuasai pemberontak pro-Rusia, waktu malam semalam berlalu dengan aman selepas beberapa bulan lalu lokasi itu dibedil hampir setiap hari oleh tentera Ukraine.
Ukraine, Rusia dan puak pemisah pro-Rusia menandatangani gencatan senjata itu di ibu kota Belarus, Minsk kelmarin.
Semua pihak turut bersetuju untuk mengundurkan semua senjata berat, membebaskan semua tawanan dan membenarkan penghantaran bantuan kemanusiaan ke beberapa bandar raya yang terjejas akibat perang di timur Ukraine.
Jika gencatan senjata itu kekal, ia bakal menjadi pencapaian terbesar antara kedua-dua belah pihak.

ORANG RAMAI membeli roti di sebuah pasar di bandar pelabuhan Mariupol, timur Ukraine selepas gencatan senjata yang berkuat kuasa semalam.


Pertempuran antara kumpulan pemisah pro-Rusia dan tentera Ukraine yang berlarutan sejak lima bulan lalu itu teruk menjejaskan ekonomi negara.
Perang saudara itu turut meragut sekurang-kurangnya 2,600 nyawa orang awam dan menyebabkan ratusan ribu lagi hilang kediaman.
Dalam pada itu, para pemimpin Barat sangsi berhubung komitmen Rusia untuk mengekalkan gencatan senjata.
Satu gencatan senjata selama 10 hari pada Jun lalu gagal apabila Kiev dan puak pemisah saling menuding jari sebagai mencabul usaha damai itu.
Mengulas perkembangan positif itu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berkata, beliau berharap gencatan senjata tersebut akan dapat bertahan.
Obama bagaiamanapun tidak pasti sama ada kumpulan pemberontak pro-Rusia akan terus mematuhinya atau Rusia akan berhenti daripada terus mencabuli kedaulatan atau integriti wilayah Ukraine.
"Gencatan senjata ini belum teruji lagi," kata Obama pada majlis penutupan sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Wales kelmarin.
Pada masa yang sama, AS dan Kesatuan Eropah menyiapkan sekatan lebih ketat ke atas Rusia manakala Obama memberitahu, cara paling efektif dalam memastikan gencatan senjata itu dapat bertahan adalah dengan mengekalkan tekanan ke atas Moscow.
- AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0907&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3CZbPK5Q4 
Hakcipta terpelihara 

Korea Utara lancar ujian peluru berpandu


SEOUL 6 Sept. - Korea Utara, hari ini melancarkan tiga ujian peluru berpandu jarak sederhana di perairan pantai timur negara ini mengakibatkan tentera Korea Selatan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga menjelang cuti pesta menuai di negara itu.
Peluru berpandu yang dilancarkan dari sebuah lokasi berhampiran pelabuhan tenggara Wonsan awal pagi ini terbang sejauh 210 kilometer sebelum jatuh ke perairan di Laut Jepun.
Senjata itu dipercayai peluru berpandu taktikal baharu yang dilancarkan Pyongyang sejak beberapa minggu ini.
"Memandangkan jarak dan trajektori itu, peluru berpandu yang dilancarkan, hari ini menyamai jenis peluru berpandu yang dilancarkan pada 14 Ogos dan 1 September lalu,'' kata seorang jurucakap tentera yang dipetik agensi berita Yonhap sebagai berkata. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140907/lu_06/Korea-Utara-lancar-ujian-peluru-berpandu#ixzz3CZatbGcA
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Firma AS perkenal cincin pintar


NEW YORK 6 Sept. - Sekiranya anda menganggap dengan memakai jam tangan pintar anda merupakan individu yang paling bergaya dengan gajet terkini, anda mungkin silap.
Hal ini kerana, sebuah syarikat berpangkalan di California tampil dengan teknologi terbaharu yang mungkin menjadi trend semasa iaitu cincin pintar yang boleh bergetar dan memberitahu anda tentang panggilan telefon, pemberitahuan maklum balas pada Twitter dan Facebook anda.
Gajet keluaran syarikat Mota itu yang diberi nama `SmartRing' akan membantu pengguna untuk mengasingkan mesej daripada tempat kerja, rakan-rakan dan juga keluarga tanpa perlu menggunakan jari anda.
Apabila dihubungkan dengan sistem operasi Android atau iPhone, pengguna SmartRing boleh menerima pemberitahuan panggilan masuk, khidmat pesanan ringkas, kalendar dan juga email.
Cincin yang dijangka diperkenalkan pada pameran teknologi IFA yang berlangsung di Berlin pada minggu ini juga mampu memaparkan pemberitahuan dalam bentuk teks yang membolehkan pengguna membaca paparan tersebut.
"Pemberitahuan kemasukan panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas dan aplikasi pemberitahuan menjadi fungsi terpenting sesebuah telefon bimbit.
"Namun, ia juga menjadi penghalang utama bagi pengguna telefon, jenis-jenis dan sumber pemberitahuan yang sedang merebak dengan pantas,'' kata Pengasas Bersama Mota, Kevin Faro sebagaimana lapor Mail Online.
Buat masa ini, SmartRing hanya mempunyai akses kepada Facebook dan Twitter, dan sekiranya mendapat sokongan mencukupi, syarikat itu akan menambah aplikasi lain seperti Instagram, Uber dan LinkedIn.
SmartRing merupakan cincin kalis air dan mempunyai paparan yang boleh dilihat pada waktu siang dan boleh didapati dalam warna hitam atau putih.
Bagaimanapun, harga jam pintar itu masih belum lagi ditetapkan. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140907/lu_05/Firma-AS-perkenal-cincin-pintar#ixzz3CZaeKo00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

5 penduduk Aceh dijatuhi hukuman sebat


Seorang lelaki yang didapati bersalah berjudi disebat di perkarangan Masjid Al Falah Sigli di daerah Pidie di Aceh, kelmarin. - AGENSI
BANDA ACEH 6 Sept. - Buat pertama kali dalam tempoh lapan tahun, lima penduduk dari daerah Pidie di wilayah ini, semalam menjalani hukum rotan secara terbuka kerana kesalahan berjudi, satu perbuatan yang melanggar undang-undang Syariah yang dikuatkuasakan di Aceh.
Hukuman sebat di khalayak ramai itu dilaksanakan di perkarangan Masjid Al-Falah di Siqli dengan disaksikan kira-kira 1,000 orang selepas solat Jumaat lalu.
"Satu daripada mereka dirotan sebanyak lapan kali, manakala empat yang lain disebat sebanyak tujuh kali.'' kata Ketua Agensi Perintah Awam Aceh dan Polis Syariah, Sabaruddin Hasan kepada Jakarta Globe, semalam.
Hukuman sebat itu yang dilaksanakan di atas sebuah pentas khas di hadapan masjid itu dijalankan oleh dua pegawai bertugas yang menutup wajah mereka.
Sabaruddin berkata, rakyat Aceh tertarik untuk menyaksiksan hukuman itu.
"Sebat lagi ... padan muka anda! '' Teriak seorang penduduk yang menyaksikan hukuman itu.
Sabaruddin berkata, Polis Syariah Aceh sebenarnya berlembut dengan pesalah kerana mereka yang menerima hukuman sebanyak lapan sebatan sepatutnya dijatuhi hukaman sembilan rotan, manakala empat yang lain sepatutnya disebat sebanyak lapan kali.
Namun, kerana mereka telah menjalani hukuman penjara selama sebulan, hukuman sebat ke atas mereka dikurangkan.
Di bawah undang-undang Syariah yang dikuatkuasakan pada 2003, penduduk Aceh yang didapati bersalah berjudi boleh dijatuhi hukuman rotan sebanyak 12 kali. - AGENSI


Artikel Utusan Melayu (M) Bhd 
 

Usung Tilam Protes Serangan Seksual


Diterbitkan: Ahad, 7 September 2014 11:13 AM
Emma mengusung tilam ke mana sahaja dia pergi sebagai tanda protes akibat dirogol tahun lalu.

COLUMBIA: Seorang siswi jurusan seni visual membawa tilamnya ke mana saja di universiti tempat dia belajar sebagai protes selepas dirogol sebaik diterima belajar tahun lalu.

Emma Sulkowicz, 21, berkata, dia akan terus berbuat begitu sehingga perogolnya ditangkap dan disingkir dari universiti berkenaan.

Aksi membawa tilam itu adalah sebahagian daripada tesisnya yang berjudul 'Mattress Performance: Carry That Weight.

“Sepanjang tahun lalu masa saya diisi dengan bercerita kepada orang ramai mengenai pengalaman yang dialami di ruang paling peribadi saya,” katanya.

Emma berkata, dia diperkosa di asramanya pada malam kedua di Universiti Columbia tahun lalu.

“Sejak itu saya berasa seperti menanggung beban setiap masa akibat kejadian itu,” katanya.

Beberapa bulan selepas menjadi mangsa serangan seksual, Emma membuat aduan kepada pihak pentadbiran universiti, namun kes berkenaan ditutup kerana suspek dikatakan tidak bertanggungjawab atas kejadian berkenaan.



Namun Emma bukanlah satu-satunya mangsa serangan lelaki terbabit.

Aduan Emma adalah satu daripada tiga laporan dibuat siswa berasingan terhadap penuntut lelaki tersebut.

Walaupun Emma merayu atas keputusan universiti, ia ditolak dan suspek dibebaskan.

Sejak itu Emma membawa tilam menggunakan label sama seperti dibekalkan syarikat pembekal kepada universiti berkenaan.

Tindakannya itu mendapat sokongan profesornya, Jon Kessler, yang berkata, protes seni itu adalah signifikan dan menjadi simbol yang memberi kesan besar.

Ia juga disokong  kumpulan aktivis mahasiswa yang berasa tindakan Emma dapat meningkatkan kesedaran supaya pihak universiti lebih serius menangani isu serangan seksual di pusat pengajian berkenaan. 
mstar