Protes merebak ke London
Rakyat Mesir yang berada di Britain mengadakan protes secara aman di luar Kedutaan Mesir di London.
LONDON - Lebih 100 penyokong Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Mursi berhimpun di luar bangunan kedutaan di London, Britain, membantah tindakan pasukan keselamatan di Kaherah, semalam.

"Mereka melaungkan slogan pro-Mursi sambil membawa poster bertulis 'Kebebasan, Keadilan, Demokrasi- Kami Sayang Mesir', sewaktu berhimpun di pekarangan Kedutaan Mesir dekat sini," kata jurucakap pegawai dipetik PressTV.

Kumpulan penunjuk perasaan turut menyatakan kemarahan terhadap campur tangan ketenteraan di dalam politik negara menerusi sepanduk mengutuk tindakan Ketua Angkatan Tentera Mesir, Abdel Fattah al-Sisi.

Abdel Fateh didakwa, cuba mempertahankan bahawa tindakannya bukanlah satu rampasan kuasa dengan memberi alasan ia adalah bagi merealisasikan hasrat rakyat.