Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Friday, September 7, 2012

Selepas bas, PKR guna treler untuk kempen



PKR melancarkan sebuah treler yang bakal digunakan untuk kempen pilihan raya umum (PRU) ke-13 dalam satu majlis yang telah dirasmikan oleh presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pagi ini di ibu pejabat PKR.
*Gambar hiasan (Concept truck)

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/selepas-bas-pkr-guna-treler-untuk-kempen/
 —

Selepas bas, PKR guna treler untuk kempen



PKR melancarkan sebuah treler yang bakal digunakan untuk kempen pilihan raya umum (PRU) ke-13 dalam satu majlis yang telah dirasmikan oleh presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pagi ini di ibu pejabat PKR.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/selepas-bas-pkr-guna-treler-untuk-kempen/

Thursday, May 19, 2011

PKR Mungkin Diharamkan?


PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilapor berhadapan dengan risiko dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Laporan TV Selangor yang memetik sumber memberitahu, parti itu difahamkan telah menerima sepucuk surat berhubung pembatalan tersebut daripada ROS awal bulan ini.
“Saya dimaklumkan ROS sudah keluarkan surat untuk membatalkan pendaftaran. Surat itu diterima baru-baru ini, saya tak pasti tarikhnya,” kata sumber itu.
Dikatakan isi kandungan surat itu menerangkan bahawa PKR dilaporkan melanggar beberapa peruntukan perlembagaan parti sejak ia ditubuhkan pada April 1999.
“Namun PKR mempunyai alasan kukuh bahawa parti itu tidak pernah melanggar sebarang peruntukan perlembagaannya,” katanya.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dijadual mengadakan sidang media mengenai isu tersebut tengah hari ini.
PKR pada awal penubuhannya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan).
Kemudiannya bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada tahun 2003 dan menukar namanya kepada PKR.
mStar

Sunday, November 21, 2010

Azmin dapat 15,417 undi, Mustaffa Kamil hanya 3,542



Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
wananwar@bharian.com.my
2010/11/21

Azmin Ali (kiri) dan Mustaffa Kamil.
Azmin Ali (kiri) dan Mustaffa Kamil.
Proses pemilihan pimpinan PKR masuk minggu keempat 

KUALA LUMPUR: Calon pilihan bagi jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali terus mendahului pesaingnya, Mustaffa Kamil Ayub pada proses pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti berkenaan yang masuk minggu keempat, semalam.
Hingga jam 10 malam tadi, Mohamed Azmin memperoleh 15,417 undi, manakala Mustaffa Kamil hanya 3,542 menerusi keputusan lapan daripada 15 cabang PKR yang mengadakan pemilihan iaitu tiga di Johor dan masing-masing enam di Selangor serta Sarawak.
Ahli Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Abd Malek Hussin, berkata beberapa cabang PKR di Sarawak mencatatkan peratusan keluar mengundi yang tinggi atau lebih lapan peratus iaitu di Santubong (11 peratus), Hulu Rajang (17 peratus), Bandar Kuching (12 peratus) dan Semberong (27 peratus). 

“Ada cabang yang mencatatkan peratusan keluar mengundi rendah seperti di Pulai (empat peratus). Mungkin kerana ada ahli yang masih bercuti sempena Aidiladha dan berada di luar kawasan mendaftar sebagai ahli menyebabkan bilangan keluar mengundi amat rendah,” katanya kepada Berita Minggu. 

Di PULAI, hanya 31 ahli PKR keluar memilih manakala di Semberong sekadar 45 ahli selain Batang Lupar (lapan), Bandar Kuching (34), Mambong (30) dan Hulu Rajang (51). 

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola pemilihan Johor, Zabidi Abas berkata, tiada kekecohan berlaku sepanjang proses pemilihan semalam di empat cabang di negeri itu. 
Hari ini, sebanyak 37 cabang lagi akan melangsungkan proses pemilihan iaitu di Sarawak (16 cabang), Johor (17), Selangor (tujuh) dan Sabah (satu) dan keputusannya akan menentukan siapa bakal menduduki kerusi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti.

Wednesday, November 10, 2010

PKR sedang bergelora, kata Pak Lah


10/11/2010 7:53pm

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang bergelora ekoran pelbagai kontroversi dalaman parti itu yang gagal ditangani oleh kepimpinannya.
Beliau berkata, krisis terbaru dalam PKR berikutan penarikan diri Datuk Zaid Ibrahim bagi jawatan Timbalan Presiden membuktikan parti itu tidak mempunyai prinsip yang kukuh dalam memperjuangkan apa yang mereka gembar-gemburkan sebagai keadilan.
"Rakyat tidak akan suka pada parti yang selalu ada krisis, bergaduh... rakyat tiada keyakinan pada parti yang dalam keadaan bergelora,” katanya kepada sidang media selepas menyempurnakan majlis penutup seminar “Kreativiti Dan Inovasi Dalam Dunia Semasa: Pendekatan Islamik” anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini hari ini. - Bernama

Monday, November 1, 2010

Azmin dahului saingan timbalan presiden PKR





2010/11/01

KUALA LUMPUR: Persaingan merebut jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti setakat semalam menyaksikan Naib Presiden Mohamed Azmin Ali mendahului dua calon lain dengan memperolehi 3,015 undi. 

Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim, pula mendapat 2,529 undi manakala Pengerusi PKR Perak yang juga Naib Presiden parti, Mustaffa Kamil Ayub mendapat 1,149 undi.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, berkata ini adalah keputusan hari ketiga pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bagi tempoh 2010-2013 yang bermula Jumaat lalu di empat cabang di Kelantan dan lima di Kedah.
Sabtu lalu, sebanyak 32 cabang iaitu di Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, Perak, Perlis dan Kedah mengadakan pemilihan manakala semalam, pemilihan dijalankan di 27 cabang di Pulau Pinang, Pahang, Perak. Negeri Sembilan dan Melaka. 

Saifuddin berkata, bagi jawatan Naib Presiden, pengarah strategi parti, Tian Chua, kini mendahului dengan 3,621 undi, diikuti Nurul Izzah Anwar dengan 3,543 undi. 

Pengarah pilihan raya pusat PKR, Fuziah Salleh memperoleh 2,895 undi dan pengerusi PKR Pulau Pinang yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mansor Othman, mendapat 2,852 undi. 

Jawatan naib presiden yang mempunyai empat kerusi, menyaksikan 17 calon bertanding termasuk Ansari Abdullah, calon PKR pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi, yang kini memperoleh 646 undi. 
Saifuddin berkata, seramai 132 calon menawarkan diri bagi mengisi 20 tempat dalam jawatankuasa MPP dengan anggota MPP Dr Badrul Amin Baharon mendahului pencabar lain dengan 3,087 undi. 

Ini diikuti ketua penerangan Wanita PKR, Elizabeth Wong Keat Ping (2,582), pengarah pemantapan politik keanggotaan PKR, Datuk Johari Abdul (2,572) dan anggota MPP Hee Loy Sian (2,174). 

Persaingan jawatan ketua Wanita PKR pula menyaksikan penyandangnya Zuraida Kamaruddin mendahului dua calon lain. Beliau mendapat 1,160 undi manakala anggota MPP Animah Ferrar memperoleh 408 undi dan timbalan pengerusi 2 PKR Perlis, Dr Suraya Sudin, memperoleh 403 undi. 

Saifuddin berkata, jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pula menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara penyandang Shamsul Iskandar Mohd Akin dan anggota MPP Badrul Hisham Shaharin. 

Badrul Hisham mendahului saingan hari ketiga dengan memperoleh 1,133 undi manakala Shamsul Iskandar memperoleh 1,029 undi. 

Mesyuarat pemilihan membabitkan 218 cabang PKR yang bermula 29 Oktober lepas dan berakhir 21 November ini, akan diikuti dengan Kongres Nasional Tahunan parti itu yang akan berlangsung selama tiga hari mulai 26 November di Stadium Melawati, Shah Alam. 

Mengenai pemilihan itu, Saifuddin berkata sebanyak 150 cabang lagi belum mengadakan mesyuarat pemilihan. - BERNAMA

Saturday, October 30, 2010

Zaid saingi Azmin



Oleh Khairul Anuar Abdul Samad dan Siti Fatimah Mohamed Anwar
krull@bharian.com.my
2010/10/30

Pemilihan PKR di Kota Bharu hadapi masalah 

ALOR SETAR: Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, menerima tamparan hebat dalam pemilihan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Cabang Pokok Sena apabila hanya menerima dua undi berbanding pencabarnya Datuk Zaid Ibrahim dengan 20 undi.
Malah, Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub hanya memperoleh satu undi saja. Hanya 23 daripada 314 pengundi Cabang Pokok Sena yang keluar bagi melakukan pengundian itu.
Bagi pemilihan Cabang Alor Setar, Zaid sekali lagi mendahului dengan 59 undi, Mohamed Azmin hanya mendapat 20 undi manakala Mustaffa Kamil (lima). 

Bagaimanapun, di Cabang Langkawi Mohamed Azmin mendahului dengan 116 undi, berbanding Zaid mendapat 74 undi dan Mustaffa Kamil memperoleh tiga undi. 

Sementara itu, di KOTA BHARU, proses pemilihan di lima daripada 14 cabang PKR negeri diadakan semalam, berhadapan masalah sehingga menyebabkan ada ahlinya meninggalkan pusat pemilihan tanpa mengundi. 

Cabang PKR Tumpat menyaksikan 200 daripada 1,600 ahli meninggalkan tempat pemilihan disebabkan kemudahan proses pengundian gagal disediakan dengan sempurna selain berhadapan kesuntukan masa untuk menghadiri majlis agama. 
Ketua Cabang PKR Tumpat, Awang Che Mat, berkata proses pemilihan yang sepatutnya bermula jam 10 pagi terpaksa ditangguh setengah jam diikuti masalah kemudahan peralatan seperti pensil tidak disediakan untuk menanda kertas undi menyebabkan ahli berasa bosan hingga ada yang meninggalkan tempat itu. 

Katanya, antara ahli mengambil keputusan pulang ialah kaum Siam kerana mereka terpaksa menghadiri majlis agama, manakala ahli beragama Islam perlu menunaikan solat Jumaat. 

“Disebabkan lewat proses untuk membuang undi selain kemudahan peralatan tidak lengkap, 200 daripada 1,600 ahli dari cabang Tumpat, meninggalkan pusat pemilihan,” katanya. 

Proses pemilihan turut menghadapi masalah apabila proses pemilihan terpaksa ditunda satu jam disebabkan pengawas pemilihan dari Kuala Lumpur lewat tiba. 

Ketua Cabang PKR Kota Bharu, Abdul Halim Harun, berkata disebabkan pengawas berkenaan berhadapan masalah penerbangan, proses pemilihan dimulakan lewat sejam iaitu jam 11 pagi berbanding masa sebenar jam 10 pagi dan dipanjangkan dari jam 4 petang ke jam 5 petang.

Thursday, October 28, 2010

PKR umum tujuh misi dalam manifesto



SANDAKAN - Parti Keadilan Rakyat (:PKR) semalam mengumumkan tujuh misi perjuangannya jika calonnya dipilih sebagai wakil rakyat kawasan Parlimen Batu Sapi dalam pilihan raya kecil di situ 4 November ini. 

Calonnya, Ansari Abdullah berkata tujuh misi berkenaan termasuk menyampaikan suara dan keluhan rakyat kawasan Batu Sapi ke Parlimen tanpa mengira agama, bangsa, kaum dan kedudukan. 

“Saya juga bertekad membela rakyat Batu Sapi daripada berterusan menjadi mangsa penindasan oleh pelbagai pihak dan pemimpin yang tidak bertanggungjawab,” katanya semalam. 

PKR juga, katanya, akan bersama rakyat berusaha dan menuntut pembangunan kawasan Batu Sapi mengikut keperluan dan kemampuan selain merancang program dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi rakyat Batu Sapi. 

Menurut Ansari, PKR juga akan memastikan pelajar-pelajar di luar bandar dapat menikmati kemudahan yang terbaik bagi meningkatkan tahap pendidikan mereka serta membantu sedaya upaya mengurangkan tahap kemiskinan dan gejala sosial. 

Sambil berjanji untuk berkhidmat dengan penuh dedikasi dan sepenuh hati, Ansari berkata beliau akan berusaha memberikan la�yanan yang terbaik untuk penduduk Batu Sapi tanpa pilih kasih. 

Ansari turut menafikan laporan media kononnya beliau diserang penyokong Barisan Nasional di kawasan Kampung Bukara ketika berkunjung ke situ malam semalam. 

Katanya, beliau sudah tiga kali ke perkampungan berkenaan untuk berkempen dan tidak pernah dikasari oleh penduduk kampung itu.

“Pagi tadi, ketika mengiringi presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melawat Pasar Tanah Merah, saya ditanya pemberita sama ada benar saya diserang malam tadi. Saya tanya dia, apakah anda ada melihat sebarang tanda yang saya telah diserang?,” katanya. - Bernama

Tuesday, October 19, 2010

PKR bertanding di Batu Sapi




2010/10/19

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan meletakkan calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi pada 4 November ini. 

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan demikian pada sidang media di Lobi Parlimen sebentar tadi.Pada masa sama, Anwar meminta Parti Maju Sabah (SAPP) yang berhasrat untuk meletakkan calon supaya memberi laluan kepada PKR untuk pertandingan satu lawan satu antara PKR dan Barisan Nasional (BN).BN akan meletakkan calon daripada Parti Bersatu Sabah (PBS). 

Saturday, October 16, 2010

Azmin, Zaid sah tanding Timbalan Presiden PKR




2010/10/16

PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali mengesahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebentar tadi.

Azmin tiba di ibu pejabat PKR, di sini untuk menghantar borang pengesahan bertanding kira-kira jam 11 pagi, diiringi rombongan penyokongnya, sementara Zaid hanya menghantar wakil calon jam 12.15 tengah hari.Seramai lapan calon layak bertanding jawatan Timbalan Presiden.Bagaimanapun, persaingan merebut jawatan nombor dua PKR itu dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Azmin, Zaid dan Ketua PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub. 

Sementara itu, laporan yang memetik sumber parti itu berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan puteri reformasi PKR yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dijangka menolak pencalonan masing-masing bagi jawatan Timbalan Presiden.

Dipercayai anak ketua umum PKR dan presiden parti itu akan bertanding merebut satu daripada empat jawatan naib presiden yang dipertandingkan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, yang juga bekas Naib Presiden PKR dilaporkan memilih untuk tidak bertanding jawatan Timbalan Presiden meskipun mendapat lima pencalonan. 
sumber

Monday, October 4, 2010

PKR lawan Perkasa habis-habisan





KUALA LUMPUR 3 Okt. - Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali hari ini berikrar melawan habis-habisan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan individu berselindung di sebalik pertubuhan itu kerana memperjuangkan perkauman sempit.
"Ikrar saya akan melawan Perkasa habis-habisan termasuk juga individu yang sedang 'tersungkur' di Australia," katanya dalam ucapan sempena Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Gombak di sini hari ini.
Azmin bagaimanapun tidak menyebut siapa yang dikatakan tersungkur di Australia itu.
Difahamkan, ia merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke Hospital Epworth, Melbourne semalam bagi menerima rawatan akibat jangkitan kuman pada saluran pernafasan.
Dalam pemilihan hari ini, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin sebulat suara dipilih sebagai calon Presiden dan Timbalan Presiden parti.
Tambah Azmin, selagi Perkasa tetap memperjuangkan kepentingan perkauman sempit, maka selama itulah mereka akan dilawan oleh PKR.
Jelasnya, beliau sebagai seorang beragama Islam dan Melayu bertanggungjawab menjaga kepentingan semua kaum di negara ini, bukan setakat Melayu sahaja.
Dalam pada itu, Azmin juga membuat serangan terbuka terhadap lawannya dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden parti yang menggunakan media UMNO, Utusan Malaysia sebagai platform mengkritik pimpinan dan dasar PKR.
Walaupun tidak menyebut nama lawannya itu, tetapi difahami beliau merujuk kepada Datuk Zaid Ibrahim.
"Pemimpin ini masih setahun jagung dalam parti yang hanya masuk setelah PKR mendapat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu, berbanding saya yang setia kepada perjuangan reformasi sehingga tertubuhnya parti ini kira-kira 12 tahun lalu.
"Tidak perlulah secara tergesa-gesa ingin membuat akujanji kesetiaan kepada Presiden parti, saya telah bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penasihat PKR) sejak 26 tahun lalu dan bekerja bersama Wan Azizah sejak 10 tahun lalu, tiada siapa boleh cabar saya," katanya.
Beliau mengakui sejak kemenangan besar itu, ramai pihak yang berminat menyertai PKR termasuk yang ingin merosakkan parti kerana tidak memahami agenda sebenar perjuangan parti ini.
"Cermin muka anda dahulu sebelum mengkritik dasar dan pimpinan parti termasuk Anwar, Wan Azizah dan bekas Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali. Siapa dan apakah kredibiliti anda berbanding semua tokoh ini?" katanya.

Sunday, October 3, 2010

Kekecohan pemilihan pengajaran untuk PKR: Khalid





2010/10/03

KUALA SELANGOR: Walaupun kecewa dengan insiden pergaduhan semasa proses pengiraan undi pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Sabak Bernam malam tadi, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menyifatkan ia sebagai pengajaran berguna dalam menguruskan pemilihan parti pada masa depan. 

Beliau berkata, ahli parti mesti matang untuk menerima keputusan pemilihan sama ada kalah atau menang dan ia ditentukan menerusi kertas undi.
"Dalam kempen juga, ia mesti dilakukan dengan tertib, tidak boleh mencerca lawan sebaliknya berbincang bagaimana calon boleh meningkatkan prestasi parti.
"Saya percaya kalau ini dilakukan sudah tentu rakyat memberi kepercayaan kepada parti untuk menerajui mana-mana negeri atau negara," katanya yang ditemui ketika meninjau proses pemilihan PKR Cabang Kuala Selangor di Stadium Tertutup, di sini hari ini. 

Setakat 12.30 tengah hari tadi proses pemilihan masih berjalan dalam keadaan aman dan lancar. 

Ditanya kekecohan terbaru pada pemilihan PKR Cabang Sabak Bernam, Abdul Khalid yang mempertahankan jawatan Ketua PKR Cabang Kuala Selangor enggan mengulas dan berkata ia adalah tanggung jawab Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) 

"JPP telah dilantik untuk membuat laporan dan mencadangkan apa-apa keputusan yang boleh diambil untuk menyelesaikan perkara ini. Ia kemudian tertakluk kepada Jawatankuasa Politik Pusat untuk pelaksanaan seterusnya," katanya. 
Mengenai pencalonan di peringkat Majlis Pimpinan PKR Pusat (MPP) Ahad depan dan diikuti kempen untuk menentukan pemilihan pemimpin tertinggi parti selepas itu, Abdul Khalid berharap pemilihan dilakukan secara tertib dan kemas sebagai contoh kepada masyarakat bahawa PKR dapat memilih pemimpin yang akan ditentukan oleh 400,000 anggota parti. 

Beliau berkata, Selangor adalah kawasan terpenting dalam pemilihan MPP kerana ia mempunyai 100,000 orang keanggotaan. 

"Ini bermakna lebih 25 peratus daripada pengundi adalah di Selangor dan sudah tentu mempunyai kuasa pemilihan yang besar berbanding 12 kawasan lain. Jadi, sudah tentu kita akan menghadapi satu kempen yang hebat di Selangor," katanya. 

Pada pemilihan PKR Cabang Kuala Selangor kali ini, Abdul Khalid dijangka ditentang dua bekas pemimpin PKR cabang iaitu bekas Ketua AMK, Mazli Saring dan bekas Ketua Wanita, Fauziah Sulaiman, selain seorang anggota biasa bekas guru, Muhammad Kamil Vaanan Abdullah. 

Seramai 6,123 ahli PKR Cabang Kuala Selangor layak mengundi pada kali ini. - BERNAMA

Tuesday, September 21, 2010

PKR yakin sistem pemilihannya bakal diikuti

Harakahdaily  

GOMBAK, 20 Sept: PKR yakin, proses pemilihan parti itu yang sedang rancak berjalan sekarang bakal menjadi ikutan pelbagai pihak selepas ini jika ia terbukti berjaya mengekang sebarang bentuk politik wang atau salah laku.

"Kami yakin, melalui pendekatan yang ada sekarang, isu politik wang atau gejala seumpamanya berjaya dikawal dengan sendirinya melalui sistem ini," kata Ketua Strategik PKR, Tian Chua ketika ditemui semalam.

Tian Chua mengulas proses pemilihan yang sedang rancak berjalan dalam PKR sekarang. Ia merupakan satu proses baru yang belum dibuat oleh mana-mana parti politik atau pertubuhan sebelum ini.

Melalui sistem ini, semua ahli berhak membuat pencalonan dan mengundi terus pemimpin yang mereka kehendaki tanpa perlu menyerahkan mandatnya kepada perwakilan yang biasanya sangat berkuasa.

"Melalui cara ini, kita berjaya membuang kuasa perwakilan dan diserahkan terus kepada ahli. Ini kerana, selama ini para perwakilan yang banyak menentu proses pemilihan dan seterusnya terdedah kepasa rasuah, politik wang atau penyalahgunaan kuasa," kata Tian Chua yang juga anggota Parlimen Batu.

"Bayangkan selama ini perwakilan dari Sabah atau Kelantan datang ke KL. Mereka perlukan penginapan dan tambang. Bagaimana kalau ada calon yang berada membiayai penginapan dan tambang mereka ke sini. ia sudah tentu terdedah kepada politik wang.

"Melalui sistem ini, ahli memilih terus pemimpin yang mereka kehendaki tanpa perlu diserahkan kepada perwakilan. Oleh kerana mereka terlalu ramai, sukar sekali rasuah atau politik wang boleh berlaku. Ini bermakna, sistem ini sendiri yang memperbetulkan kesilapan," kata beliau.

Melalui sistem yang diperkenalkan oleh PKR ini, Tian yakin, soal politik wang yang boleh menular di mana sahaja boleh dikekang.

Tian Chua juga mengaku, apa-apa kesilapan yang dibuat oleh mana-mana pemimpin PKR dalam proses pemilihan kali ini akan diperbetulkan serta merta oleh perwakilan dan orang ramai.

"Misalnya kesilapan yang dibuat oleh penyokong Azmin (Ali) dengan cara membuat dua sidang akhbar menyokong beliau dan menggunakan kemudahan parti terus mendapat kritikan secara langsung dari perwakilan.

"Proses ini berjalan secara transparen dan terbuka dan pihak yang membuat silap merasainya terus," kata Tian Chua mengaku kesilapan tindakan para penyokong Azmin itu.

Tian Chua yakin, sistem pemilihan yang diperkenalkan oleh PKR ini bakal menjadi ikutan sebagaimana beberapa cadangan yang dibuat oleh para pemimpin Pakatan sebelum ini.

"Cuba tengok isu perayaan Malaysia. Sebelum ini ketika diraikan oleh Pakatan dua tahun lalu, ia ditolak bahkan pemimpin BN menegaskan kita sudah ada hari Malaysia iaitu 31 Ogos.

"Tetapi selepas diraikan Pakatan, pada 16 September lalu, dengan diketuai PM sendiri,  Malaysia buat pertama kalinya meraikan hari Malaysia yang ke 47. Bayangkan selepas 47 tahun lahir baru ia diraikan," kata Tian Chua.

Beliau merujuk sambutan Hari Malaysia pada 16 September lalu dan pada tarikh tersebut, PM telah mengumumkan cuti umum sempena hari itu.

Friday, September 17, 2010

72 Wanita PKR cabang Ipoh Barat umum keluar parti


17/09/2010 2:18pm

IPOH 17 Sept. – Seramai 72 anggota Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Ipoh Barat hari ini mengumumkan keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan parti tersebut.
Wakil kumpulan itu, Siti Aminah Mansor berkata, cabang berkenaan kini menjadi parti perkauman kerana hanya mempunyai anggota daripada satu kaum sahaja.
"Anggota itu juga yang mengisi semua jawatan dalam cabang tersebut dan pemilihan bagi jawatan di peringkat cabang tidak diketahui semua anggota kerana tiada sebarang notis diberikan kepada kami,” katanya pada persidangan akhbar di sini.
Beliau mendakwa ada di kalangan anggota yang sanggup menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu dan fitnah terhadap anggota daripada kaum lain bagi membolehkan orang tertentu menguasai cabang berkenaan. – Bernama