Sunday, June 3, 2012

Bendera Israel ngam2 atas logo UMNO

Megah tpacak di PWTC.
Bendera Israel ngam2 atas logo UMNO

SPRM mna siasat pun...

UMNO.

tolak umno..

senyum takperlu kata apa2..

Pakatan Sulit antara Kongsi Gelap dan PDRM

Pakatan Sulit antara Kongsi Gelap dan PDRM - The Kuala Lumpur Post | Independent Online News:

Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan wujud pakatan sulit di antara rangkaian kongsi gelap dan pasukanPolis Di Raja Malaysia.
Dalam temubual, Musa turut mengakui rangkaian sama wujud antara kongsi gelap dan ahli politik tanah air yang disifatkannya berada pada tahap “serius.”
Katanya, beliau mula mengambil langkah serius untuk membanteras aktiviti haram seperti judi, pelacuran dan sindiket peminjam wang ketika mula memegang jawatan Ketua Polis Johor.
Ini kerana beliau tidak percaya kepada konsep “menggunakan penjenayah untuk mengawal penjenayah lain,” seperti digambarkan dalam filem Godfather yang menceritakan hubungan kongsi gelap dan pasukan polis.
“Mereka sendiri (di Amerika Syarikat) mengambil masa bertahun-tahun untuk menghapuskan perkara ini,” katanya.
Menurutnya, rangkaian kongsi gelap yang memperolehi banyak wang melalui aktiviti haram tidak boleh dibiarkan “mengawal” ahli politik. ”Mereka ini banyak dana. Jadi apabila dana luas mereka boleh kawal orang. Kalau ahli politik terlibat, mereka boleh kawal ahli politik,” katanya.
Usaha tersebut katanya diperhebatkan lagi apabila beliau mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah.
Namun, tindakan tegasnya kurang disenangi ahli politik tertentu dan sebahagian daripada pegawai di dalam pasukan polis. ”Apabila saya ambil tindakan, orang politik datang pejabat saya tanya ‘Kenapa you ambil tindakan sebegini?’ dan mengatakan ini (mereka yang dikenakan tindakan adalah) kawan-kawan mereka.
“Jadi apabila kita hendak banteras, mereka marahlah kita sekat rezeki mereka,” katanya. Maklum kepada Pak Lah
Menurutnya, beliau sendiri pernah bertemu secara peribadi dengan ahli politik yang mempunyai hubungan dengan kongsi gelap agar mereka menghentikan hubungan itu.
“Saya dah tegur Menteri berkenaan perkara ini. Tugas saya menyampaikan sahaja. Nak berubah awak kena arahkan sayalah dan saya akan buat cara saya (untuk banteras),” katanya.
Malah, beliau mendakwa turut memanjangkan perkara itu kepada Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi. ”Perdana Menteri (Abdullah) pun saya beritahu,” katanya.
Menurut Musa, beliau tidak mahu peminjam wang tidak berlesen (Along) terus mewujudkan masalah kepada orang ramai sehingga mengakibatkan kanak-kanak takut pulang ke rumah kerana serangan Along. Menurutnya, orang ramai tidak sepatutnya menyalahkan peminjam sahaja dalam situasi ini, kerana tindakan perlu diambil terhadap sindiket itu yang mengenakan faedah melebihi 18 peratus setahun.
“Jika mereka bebas mengenakan kadar faedah melebihi 18 peratus, ini bermakna tiada penguatkuasaan,” katanya.
“Malah, siapa yang memberikan peminjam wang ini lesen? Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ada anggota polis bertugas di kementerian itu tetapi masih ada orang menjadi mangsa hari ini,” katanya.
Ketegasan beliau, menurutnya, menimbulkan “reaksi balas” dari mereka yang mempunyai hubungan dengan kongsi gelap terbabit.
Menurutnya, individu berkenaan cuba memburukkan namanya dengan menuduhnya mengatur pelantikan pegawai kanan polis dengan “restu” kumpulan kongsi gelap terbabit.
“Saya terima backlash kerana satu saya cuba banteras aktiviti haram dan kerana saya hendak bersihkan (pasukanpolis). ”Kalau saya sertai mereka (kongsi gelap) sayalah IGP terbaik,” katanya.
Dalam temubual sama, Musa turut mengiyakan bahawa rangkaian ahli politik-kongsi gelap-polis itu adalah “kuasa ketiga” yang sebelum ini didakwanya membantutkan usaha-usaha reformasi dalam pasukan polis yang cuba dibawa beliau.
“Campur tangan datang dari banyak pihak termasuk ahli politik,” katanya. -utaraonline

'via Blog this'

2 Syarikat Menikmati RM416juta dari Bisnes Saman Trafik – Wang rakyat

2 Syarikat Menikmati RM416juta dari Bisnes Saman Trafik – Wang rakyat - The Kuala Lumpur Post | Independent Online News:

Sekarang ini apabila kalangan daripada anda yang “terkena” dan “terpaksa” bayar saman trafik di atas nama membawa kenderaan melebihi had laju, terdapat 2 syarikat yang akan menikmati sebahagian daripada wang anda semua.
Semuanya projek atas nama dasar penswastaan yang bertanggungjawab untuk melakukan pengawasan lalulintas di Malaysia menerusi lambakan kamera yang akan dipasang dan ditambah daripada masa ke semasa di sepanjang jalan-jalan raya yang “menguntungkan”.
Kami rasa ramai yang sudah perasan dengan lambakan kamera di jalan raya sekarang ini dan ramai juga yang sudah menjadi “pelanggan” kepada kedua-dua syarikat ini. Sebenarnya di bawah “Sistem Penguatkuasaan Secara Automatik”, kedua-dua syarikat yang kami maksudkan di sini adalah :
  1. Beta Tegap Sdn Bhd (yang akan membuat pengawasan untuk kawasan selatan, tengah Semenanjung Malaysia)
  2. ATES Sdn Bhd (melibatkan kawasan utara, Sabah, Sarawak dan Labuan).
Model perniagaan yang akan dijalankan oleh kedua-dua syarikat ini atas nama penswastaan ini adalah seperti berikut :
Tahap 1: Jika terdapat 5,000,000 juta saman trafik berjaya mereka kutip, sebanyak RM16 daripada nilai setiap saman akan diberikan semula kepada kedua-dua syarikat ini. (Oleh itu, jikalau syarikat ini berjaya melepasi tahap satu ini mereka berpeluang untuk mengaut pendapatan sebanyak RM80,000,000 – RM80 juta untuk peringkat ini sahaja
Tahap 2: Tahap 2 pula lebih menguntungkan. Di mana, jika syarikat ini berjaya mengeluarkan 5,000,000 (5 juta saman trafik), syarikat ini bakal menerima agihan skim yang lebih menarik di mana mereka layak menerima 50% daripada jumlah nilai saman trafik yang berjaya diperolehi dan juga selepas ditolak daripada apa yang diperolehi mereka ketika dibayar selepas mereka berjaya melepasi tahap 1. Kerajaan pula seperti biasa akan mendapat lagi 50%. Maksimum yang dibenarkan bagi syarikat untuk peringkat adalah RM270 juta sebagai angka maksimum
Tahap 3 : Akhir sekali ditahap yang ketiga, selepas ditolak daripada jumlah yang terhutang di peringkat 1 dan juga peringkat 2, syarikat ini bakal menerima lagi 7.5% daripada baki tersebut dan selebihnya kerajaan yang akan memperolehinya.
Hari ini nampaknya kita akan bermain dengan kira-kira di atas keuntungan yang diperolehi oleh syarikat yang berjaya menangkap kesalahan rakyat Malaysia ketika berada di jalan raya. Contoh pengiraannya adalah seperti berikut:
  1. Andaikata terdapat 10 juta saman yang berjaya dikeluarkan dan dikumpulkan setiap tahun dan setiap satu saman trafik itu bernilai RM300, bermakna jumlah saman trafik yang berjaya dikumpulkan mereka adalah sebanyak RM15 bilion
  2. Dan daripada jumlah tersebut, syarikat itu akan menikmati pendapatan sebanyak RM80 juta (untuk Tahap 1), RM270 juta (di bawah tahap 2) dan RM66 juta (tahap 3)
  3. Bermakna jumlah keseluruhannya adalah sebanyak RM416 juta berjaya diperolehi syarikat itu atau bersamaan 28 peratus daripada nilai saman trafik yang terkumpul
Pelaburan Beta Tegap & ATES Untuk Bisnes Saman Trafik di Malaysia :
  1. Beta Tegap dan ATES dilaporkan masing-masing telah membelanjakan sekitar RM300 juta dan RM400 juta bagi melaksanakan sistem penguatkuasaan trafik secara automatik di 831 “kawasan hitam” atau “kawasan yang menguntungkan” di seluruh Malaysia
  2. Kamera dan sistem yang digunapakai sekarang ini diimport khas dari pembekal Australia ($50 juta) dan Jerman (Euro40 juta)
  3. Tempoh konsesi adalah lima tahun
  4. Sistem Kamera mereka mampu rakam kelajuan, kesalahan langgar lampu istarat, memotong laluan berkembar dan juga menggunakan laluan kecemasan
  5. Beroperasi 24 jam
  6. Rekod data kesalahan trafik akan dihantar terus ke pengkalan data JPJ untuk tindakan saman trafik serta -merta
  7. Gambar lebih jelas dan adanya sistem “kedap udara”
  8. Perancangan jangka panjang, untuk ATES sahaja mereka dalam perancangan untuk memasang lebih 3,000 kamera di Malaysia
Agak-agaknya berapa & bagaimana pantas masa yang bakal diambil oleh kedua-dua syarikat konsesi ini bagi mengaut semula pelaburan besar yang telah mereka lakukan selama ini dan mula membuat keuntungan berdasarkan jumlah saman trafik yang dikeluarkan mereka dan yang telah dibayar?
“Dengan pelaburan besar yang telah mereka laburkan ditambah skim dan ganjaran yang kerajaan tawarkan kepada mereka, adakah mereka lebih suka kelompok pengguna jalanraya yang patuh undang atau yang langgar undang-undang?” - utaraonline

'via Blog this'

MAK OII.. ROADTAX JER RM24,598.50

Prebet Adam dan adiknya mangsa kekejaman dan kezaliman Sultan Johor

Kerajaan Rakyat: Prebet Adam dan adiknya mangsa kekejaman dan kezaliman Sultan Johor:

Baiklah, untuk penulisan kali ini, saya akan mengupas tentang prebet adam. Saya pasti, ramai rakan di luar sana langsung tidak tahu menahu tentang tuan empunya nama ini. Namun, inidividu inilah yang sebenarnya mendatangkan impak yang mendalam terhadap sejarah Malaysia terutama dalam soal keselamatan dalam negeri dan imuniti raja-raja.

Anda kenal kerabat diraja Johor? Tahukah anda, sultan johor adalah satu-satunya sultan yang tidak menggunakan baju melayu sebagai baju rasmi mereka ketika memerintah sebagai agong. Mereka sememangnya lebih mencontahi barat dari segi etika dan cara pemakaian. Tidak ada salahnya, hanya ingin menerangkankan sahaja. Namun ketahuilah bahawa kerabat diraja johor adalah yang paling warak dan alim dalam kebanyakan sultan di Malaysia. Malah, sultan johor dengan mudahnya dapat mengetahui sebarang bacaan yang salah sekiranya baginda dalam majlis bacaan quran. Baik, itu semua adalah kelebihannya.


Cerita ini sememangnya diklasifikasikan ‘keselamatan negara’ memandangkan melibatkan kerabat diraja. Saya juga tidak pasti sama ada ianya benar atau tidak, namun kes amukan prebet adam ini sememangnya berlaku dan hangat dikupas oleh akhbar-akhbar tanah air pada waktu tersebut. Sekiranya pembaca ada mengetahui hal yang lebih lanjut, anda digalakkan menambah isi-isi penulisan saya.

Prebet adam merupakan seorang askar melayu pada masa tersebut. Amukan prebet adam sebenarnya berpunca daripada kematian adik kesayangannya. Adik prebet adam merupakan seorang ‘caddy’ kepada sultan johor pada ketika itu. Saya kurang pasti siapa sultan Johor pada waktu tersebut namun adik prebet adam merupakan ‘caddy’ diraja. Anda tahu apa itu ‘caddy’? Untuk pengetahuan anda ‘caddy’ adalah penolong kepada pemain golf, individu yang bertanggungjawab mengangkat segala kayu-kayu golf si pemain.


Pada suatu hari, ketika sultan Johor sedang bermain golf, adik prebet adam ini telah tertawa kecil melihat bola golf sultan Johor ini yang tidak masuk lubang pada jarak sejangkal. Terkenal dengan sifat panas baran beliau, sultan Johor ini lantas bertindak balas dengan menghayunkan kayu golfnya kepada ‘caddy’ tersebut. Ketahuilah bahawa, kayu golf tersebut amat keras dan sememangnya boleh menjadi senjata sekiranya disalah gunakan. ‘caddy’ tersebut mati ditempat kejadian.

Disebabkan pada ketika itu raja-raja melayu masih mempunyai kuasa kekebalan, maka pembesar tersebut telah terlepas begitu sahaja tanpa ada sebarang tindakanundang-undang. Setelah sampai ke pengetahuan prebet adam, maka apa lagi, mengamuklah si adam tersebut. Sekiranya ini berlaku kepada anda, apakah agaknya yang mampu anda lakukan untuk menarik perhatian semua? Anda tertindas dek undang-undang yang telah disalah guna dan yang paling malang, anda adalah mangsa penyalahgunaan undang-undang tersebut.

Pada malam 18 oktober 1987, prebet adam telah mengamuk di jalan Chow Kit dengan membawa bersama senjata M-16 nya. Prebet adam telah menembak secara melulu ke arah orang ramai kerana berang dengan kezaliman terhadapnya dan bagi menarik perhatian seluruh negara. Pada mulanya, prebet adam telah pergi menembak di sebuah stsyen minyak esso disitu yang terletak berhadapan dengan Maybank. Nasib baik tidak meletup. Kemudian dia lari pergi menembak ala-rambo membuta tuli dan telah terkena sorang cina di hadapan Hankyu dan soeorang melayu di hadapan Batu Road Supermarket. Yang peliknya, orang Malaysia sedikit pun tidak lari menyelamatkan diri mahupun meniarap ketika ditembak malah pergi mengikut mengejar prebet adam dari belakang sampai ke Kampung Baru. Jika di Amerika Syarikat, tentunya semua sudah menjerit, maklumlah, merekapenakut sebenarnya, haha~

Esoknya, sejarah tercipta apabila Chow kit sunyi dan lenggang apabila seorang pun tidak dibenarkan masuk ke Chowkit kerana keadaan tegang tersebut. Penembak tepat polis telah ditempatkan dimerata bangunan disitu bagi mengesanprebet adam namun gagal. Cerdik juga prebet adam kerana dikatakan telah menyorok disebuah reban ayam milik salah seorang penduduk Kampung Baru. Tuan punya reban ayam tersebut yang menyedari kehadiran prebet adam tersebut telah melaporkan kepada polis. Namun, setelanh dikepung polis pun, prebet adam tetap enggan menyerahkan diri.

Akhirnya, kehadiran bos prebet adam yang berpangkat kolonel atau jeneral telah berjaya memujuk prebet adam dan kemudian dia pun ditahan. Bagi mengelakkan prebet adam bersuara dan mententeramkan situasi negara pada ketika itu, prebet adam telah dicaj tidak siuman dan telah dimasukkan ke hospital bahagia di sebuah wad khas di Tanjung Rambutan. Sultan Johor tersebut pula terlepas dari hukuman setelah ayahandanya memohon maaf bagi pihak anaknya.

Selepas daripada kejadian inilah Mahathir telah melakukan rombakan pada institusi diraja dimana sultan dan raja tidak lagi kebal. Namun, ianya mengambil masa yang agak lama kerana pembatalan kuasa imuniti raja-raja hanya berlaku pada 17Mei 1994, pada krisis kedua perlembagaan.
Sumber:http://jemaribebas.blogspot.com/2009/07/prebet-adam.html 
Sekian sahaja, sebarang komen amat dialu-alukan......


'via Blog this'

DULU DAN KINI

Ada orang politik marah 'rezeki' disekat

Bekas IGP: Ada orang politik marah 'rezeki' disekat,Dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, Musa turut mengakui rangkaian sama wujud antara kongsi gelap dan ahli politik tanah air yang disifatkannya berada pada tahap "serius."
 —

Aik? benarker nih?


 —

Jangan lupa.. Klantan teraniaya

Jangan lupa.. Klantan teraniaya dan terus di aniaya oelh umno semenjak dulu lagi/ hak kelantan di nafi kan.. majoriti rakyat klantan adalah melayu.. 90% adalah melayu.. so umno sanggup mendaratkan minyak jauh ke Thailan dari pada memberi royaliti minyak kpd klantan.. 

Bayangkan kiranya royaliti minyak di bayar kpd klantan.. setel tak masalah air? setel tak masalah2 rakyat? lebuh raya percuma? dan lain2? siap sebenarnya pengkianat bangsa melayu?
 

Tamrin ni anak Tun Ghafar Baba ... kenal tak?

kesusahan rakyat

Ampun tuaku,sebelum tuanku membeli sekeping no plate yg mahal tu,lebih baik tuanku meninjau kesusahan rakyat di negeri tuanku dulu..
 

Puasa Tiba, Palestina Hadapkan Tekanan Sitematis Israel



islampos.com—PALESTINA menjelang Ramadhan. Tentara Israel itu rupanya masih ingin tetap berulah dibulan suci kali ini. Hal ini dilakukan dengan banyaknya kunjungan warga Palestina ke Masjid Al-Aqsha.

Seorang pedagang, Samir Ayasy Asal Ras Amud mengatakan, menjelang dekatnya bulan Ramadhan, tentara Israel dengan antek-anteknya mulai menggelar sejumlah operasi yang bernada provokasi.

Adapun seorng sopir Rajab Abu Hamdi mengatakan, kepolisian Israel mulai melakukan operasi di gerbang Al-Asbat sejak beberapa hari yang lalu, terutama zona milik ummat Islam, dimana para sopir biasa mangkal di sana. Tempat objek wisata para pelancong luar negeri yang mengunjungi dua gereja bersejarah, Al-Jasmaniyah dan Maryam Mujdaliyah. Kepolisian Israel berupaya menghalangi para sopor agar tak menggunakan tempat tersebut.

Selain itu, kebijakan yang biasanya diambil Zionis pada bulan Ramadhan adalah, penutupan sejumlah jalan protokol, terutama jalan menuju pagar Al-Quds, serta penutupan berulang kali mereka lakukan terhadap jalan utama menuju Wadi Halwah. Tentunya kebijakan ini sangat merugikan warga terutama anak-anak dan yang harus keliling saat mereka sekolah. [nr/islampos/pic]

sumber: http://islampos.com/puasa-tiba-palestina-hadapkan-tekanan-sitematis-israel/

TQ for supporting Kelate

kempen tuntutan royalti minyak kelantan!!

Segala kerja2 menumbangkan BN akan di sekat!!

Segala kerja2 menumbangkan BN akan di sekat!!

kerajaan akan tubuhkan akhta baru...

kempen di FB < -- tak boleh.salah
kempen di Blog < --- tak boleh,kena tangkap
kempen di tweeter <--- lagi tak boleh..depa rimas
dedahkan skandal pemimpin BN <--- tukang lapor kena tahan
lukis kartoon politik <---- tak boleh ..BN kalah
tuntut SPR adil dlm pilihanraya <--- tak boleh BN akan kalah

so semua kerja2 menerangkan kebenaran/hakikat yg benar bakal di kenakan sekatan dengan janji PENJARA .. sekian.

Skandal Perkasa? skandal pekatak? skaldal perkasam?

Berapa duit BN enjoi wang rakyat untuk hari belia? nah kaw!! 20 juta hanya untuk 5 hari..power tak?

Nah ... gua tgk hari ni posting semua lesu ker... takkan dedahkan skandal umno tu salah kot?

Dedah skandal dia orang ni supaya rakyat tahu dan menilai mana satu pemimpin yg patut pemerintah Putrajaya.. tak kan tu pon nak tangkap kot?

Aik .. apasal si Yahudi ni jumpa Najib?

aku pulak aln didik anak2 lawan UMNO

najibrazak dah tak popular

wOIIII @najibrazak dah tak popular,sebabtulah semah beli cincin 24 juta tuuu... oppppp!! tersasul plak.. sebab tulah najib takut bubar parlimen!!! hehehhee!!

Apa hak UMNO nak ugut ugut penjawab awam undi BN?

kembalikan hak rakyat

DEMO WALK 4 R

DEMO WALK 4 R DAH BUAT 26 MAY 2012,SEBAGAI WARM UP UTK DEMO LAIN YG LEBIH BESAR.AKAN DI UPDATE KELAK.SANGAT MENGHARAPKAN SOKONGAN SEMUA.
http://adukataruna.blogspot.com/2012/05/video-w4r-1.html
http://adukataruna.blogspot.com/2012/05/ulasan-dalam-penat-walk-4-r-edisi.html

Harga pingan RM300 claim sebijik RM6000 ..

Harga pingan RM300 claim sebijik RM6000 .. 1k bagi jkk.. 1k bagi adun..1k bagi crony... begitulah seterusnya.. sebab itulah badan2 spt SPRM/audit negara tak mampu pun bertindak walaupub mereka sedar dan tahu hal ni..
 — with Fauxiah Abdullah.

Mengapa kes pembunuhan sosilawati sangat lama untuk di selesaikan?

Mengapa kes pembunuhan sosilawati sangat lama untuk di selesaikan?

Rupa2nya di belakang tabir pembunuhan tersebut ada cerita menarik... tertuduh kes bunuh tu adalah adik kepada adun Kamalalannatdan adun MIC ... 

dan ramai lagi adun2 terlibat rupanya setelah di cungkil cungkil..

see more : http://kingofgoblok.blogspot.com/2012/06/adun-umno-abdul-rahman-palil-suhaimi.html

.Jom Ubah!menuju kearah Malaysia Baru..

BERITA GEMPAR !!!!!!!!



BERITA GEMPAR !!!!!!!!
ketika AA menbuat lawatan ke stadium utk memantau sampah2 sudah selesai di angkut atau tidak ..AA di di maklumkan oleh petugas E.idaman....

3-6 - 2012 - STADIUM DARUL AMAN -BERITA YG TERGEMPAR..PAGI INI SEWAKTU MAJLIS BANDARAYA DAN EE IDAMAN SEDANG BERTUGAS MENCUCI SAMPAH-SAMPAH YG ADA DI SEKITAR STADIUM DARUL AMAN ...MENJADI KELAMKELIBUT SEKETIKA, PETUGAS YG MENGUTIP SAMPAH DI DALAM STADIUM DARUL AMAN MENJUMPAI 2 BOM JANGKA YG DI LETAKAN DI PINTU MASUK STADIUM DAN DI PINGIRAN DALAM STADIUM 1 DAN BOM JANGKA MASIH AKTIF PADA PAGI INI .PASUKAN POLIS DI RAJA MALAYSIA TELAH DI MAKLUM KAN DAN SKUAD PEMUSNAH BOM TELAH MENGESAHKAN BOM JANGKA ITU MASIH EKTIF DAN BILA-BILA MASA BOM JANGKA ITU AKAN MELETUP. BERITA SELANJUTNYA POLIS DIRAJA MALAYSIA KEDAH AKAN MEMAKLUMKAN KEMUDIAN.......
ALLAH MAHA BESAR SESUNGGUHNYA KEKUASAAN ALLAH ITU MEGATASI SEGALA-GALANYA....SUBHANALLAH

hutang kerajaan persekutuan

Yang transkrip yang mempesonakan? Anwar hutang yang menurun sepanjang tempoh perkhidmatan beliau telah dipecat selepas bon kerajaan kembali pulih melonjak!

Berdasarkan carta di atas Institut reformasi politik, jumlah hutang kerajaan persekutuan pada tahun 1991 juga Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri bahawa tahun untuk 99 bilion ringgit pada tahun 1992, menurun kepada 97 bilion pada tahun 1993, merosot lagi kepada 95.9 bilion pada tahun 1994 berjumlah 91,4 bilion daripada 89,9 bilion pada tahun 1997. Pada tahun 1998, Anwar telah ditolak, jumlah hutang kerajaan persekutuan kembali kepada 103.1 bilion. Najib berkhidmat sebagai Menteri Kewangan pada tahun 2008, jumlah hutang kerajaan persekutuan sebanyak 306,4 bilion pada 2009 meningkat kepada 362,4 bilion pada 2010 kepada 407,1 bilion, manakala pada suku kedua 2011, jumlah hutang persekutuan telah mencapai 4370 juta, dijangka pada tahun 2011 akan mencapai 455,7 bilion.

Oktober 7, 2011, Najib untuk menyatukan kuasa-kuasa politik dalam UMNO - BN, dalam kes itu untuk membentangkan 2012 ucapan bajet, bangga untuk mengumumkan Malaysia pada tahun 2011 mencapai 5.0 kepada 5.5% pertumbuhan ekonomi, dan ramalan tidak realistik untuk mencapai pertumbuhan ekonomi 5.0% -6,0% pada tahun 2012. Lebih penting ialah bahawa, Najib persekutuan bajet defisit daripada 5.4 peratus pada tahun 2011 kepada 4.7 peratus pada tahun 2012. Walau bagaimanapun, ucapan Najib tidak menyebut isu apa-apa hutang. Malah, dalam ucapan Bajet 2009, Najib, yang merujuk kepada keadaan hutang telah menjadi semakin serius. Pada tahun 2009, yang hutang kerajaan persekutuan telah mencapai 1 tahap 53,3% produk yang kasar dalam negeri (KDNK), sejak itu, yang hutang kerajaan persekutuan telah kekal pada tahap 53% -54%, yang hutang 2011 kerajaan persekutuan yang dijangka ke akaun untuk 53,8 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahap.

Menurut Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Kerajaan 1983 Pengagihan Akta negeri, jumlah hutang kerajaan persekutuan tidak boleh melebihi 55% daripada keluaran dalam negara kasar. Di samping itu, hutang luar negeri yang pinjaman luar negeri pada tahun 1963 di bawah Akta adalah terhad kepada RM 35 bilion. Walau bagaimanapun, Bank Negara Malaysia, laporan nota terbaru bahawa pada 30 Jun, 2011, hutang kerajaan persekutuan sebanyak 437 bilion ringgit, hutang domestik berjumlah 421 bilion, 16 bilion bagi hutang luar negeri.

Menurut laporan Ketua Audit Negara menunjukkan bahawa hutang kerajaan persekutuan pada tahun 2010 meningkat sebanyak 12 peratus kepada 407,1 bilion ringgit berbanding 362,3 bilion pada 2009. Pinjaman meningkat sebanyak 13% (45.1 bilion) daripada 354,6 bilion pada 2009 kepada 399,7 bilion pada 2010. Bagi angka-angka hutang terkini, Ketua Pembangkang, Anwar Kongres memberi amaran bahawa akibat kegagalan pengurusan kerajaan persekutuan, tidak boleh menjadi kebangkitan ekonomi China dan Malaysia telah melanggar had hutang awam.

Menurut carta yang disediakan oleh Institut reformasi politik dalam tempoh 1991-1997 Anwar sebagai Menteri Kewangan, hutang dalam negeri kekal antara 80 bilion ringgit, yang boleh dikaitkan dengan amalan pengurusan kewangan yang kukuh. Sejak tujuh tahun lepas, hutang dalam negeri meningkat sebanyak 19.7% sahaja, sebanyak sebanyak 14.5 bilion. Walau bagaimanapun, Najib mengambil alih jawatan hanya tiga tahun, dari 2008 hingga 2011, hutang dalam negeri meningkat dengan ketara sebanyak 53.2%, sebanyak 152,3 bilion. Malah, pengurusan hutang Najib adalah lebih buruk daripada tempoh sebelumnya Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Data untuk membuktikan bahawa, berbanding dengan Najib, Anwar yang lebih ketat untuk ekonomi, lebih berwawasan dan lebih banyak pengurus yang cekap. Najib hanya akan sekali lagi dan sekali lagi atas alasan kemerosotan ekonomi global, peningkatan wang saku kerajaan ke kawasan-kawasan yang salah dan agensi-agensi kerajaan yang rasuah, yang dibebani hutang negara. China mempunyai jumlah wang awam yang hilang akibat rasuah? Berapa banyak wang rakyat digunakan untuk elaun untuk konsortium orang bukannya besar? Jumlah dana awam digunakan untuk membayar "komisen"? Dibahaskan adalah bahawa sebuah kerajaan rasuah dalam kesahihan moral, mempunyai hak untuk memaksa generasi akan datang rakyat untuk membayar hutang negara? Masalah yang lebih besar, ini adalah krisis bermula, tetapi krisis adalah juga menjadi satu titik perubahan, ia adalah masa untuk menukar Kerajaan Kerajaan untuk melaksanakan kecekapan dan keberkesanan pengurusan hutang untuk melindungi generasi masa depan kita mempunyai hari esok yang lebih baik.... (perbezaan hutang negara sewaktu DSAI menjadi TPM & Menteri Kewangan dan 3 PM & Menteri Kewangan yg lain)
 

individu yg cukup di GERUNI oleh pemimpin UMNO/BN.....

Anak Derhaka.

KESEORANGAN: Kakitangan Pusat Jagaan Nur
Ehsan menyalin baju warga emas yang ditingalkan
kini dalam keadaan uzur.

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki berusia 40-an tergamak menghantar bapa kandungnya berusia 70 tahun yang diserang angin ahmar ke Pusat Jagaan Nur Ehsan, Kempas, di sini, dan enggan mengaku beliau anak warga emas itu. 
Sebaliknya, lelaki itu mendakwa beliau hanya jiran yang prihatin terhadap nasib lelaki tua berkenaan. 

Bagaimanapun, tembelang lelaki terbabit, yang juga jurutera di sebuah syarikat swasta di bandar raya ini, terbongkar apabila pengurusan pusat jagaan berkenaan membuat semakan dengan beberapa pihak. 
Ketika mendedahkan perkara itu, Pengurus Pusat Jagaan Nur Ehsan, Cik Norijah Bidin, berkata jurutera terbabit, yang juga anak tunggal warga emas berkenaan menghubungi pihaknya dan bertanya mengenai kemudahan di pusat itu bermula bulan lalu.
"Lelaki terbabit mengaku jiran warga emas berkenaan dan dalam perbualan telefon, dia menyatakan simpati terhadap nasib lelaki tua itu.
"Lelaki itu turut mendakwa warga emas berkenaan hidup sebatang kara, justeru, dia berhasrat menghantarnya ke pusat jagaan kami.
"Pada masa sama, warga emas itu juga mengalami kesulitan bercakap selain nyanyuk dan gagal memberikan maklumat berkaitan warisnya," katanya di sini, kelmarin.
Menurut Cik Norijah, pihaknya setuju warga emas itu dihantar ke pusat jagaan itu dan menawarkan tempat perlindungan percuma berikutan lelaki tua itu tiada waris.
"Kami berbual berkaitan keadaan warga emas itu dan selepas ditinggalkan di pusat jagaan kami, keadaan kesihatannya bertambah teruk.
"Berdasarkan maklumat pada kad pengenalan warga emas itu, kami melakukan siasatan dan terkejut apabila mendapati jiran yang menghantarnya ke sini adalah anak kandungnya.
"Kami tidak sangka lelaki itu bersandiwara semata-mata mahu melepaskan tanggungjawab sebagai anak," kata Cik Norijah.
Menurut Cik Norijah, setelah dihubungi, lelaki berkenaan mengaku warga emas berkenaan bapa kandungnya dan beliau tidak sanggup memeliharanya kerana sibuk bekerja.
"Lelaki itu, yang berpendapatan tinggi juga menyatakan tidak mampu menyumbang kepada pusat jagaan kami kerana banyak hutang, selain menanggung keluarga dan empat anak yang masih bersekolah," katanya sambil menambah lelaki itu terus tidak menziarahi bapanya sehingga kini. - Harian Metro.

Tiada tindakan kepada polis yang menembak Norizan Salleh

Kerajaan Rakyat: Tiada tindakan kepada polis yang menembak Norizan Salleh:

Tiada tindakan lanjut akan diambil terhadap anggota polis yang terlibat dalam kejadian tembakan terhadap ibu tunggal, Norizan Salleh kerana kereta dinaiki mangsa enggan berhenti sewaktu dikejar polis.


Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman memberitahu, kertas siasatan sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara dan keputusan sudah dibuat.

"Norizan binti Salleh dibebaskan atas arahan timbalan pendakwa raya.

"Siasatan turut dijalankan ke atas anggota polis yang terlibat dalam kejadian ini. 

"Pihak pendakwa raya memutuskan tiada sebarang pertuduhan terhadap mereka," kata Penolong Pengarah JSJK Mohd Kamaruddin Md Din dalam surat itu.

Norizan, 32 tahun, mendakwa ditembak polis sebanyak lima kali di tangan kanan, dada dan perut pada 30 Oktober 2009 yang mengakibatkan kecederaan serius.

Norizan turut mendakwa patah tulang rusuk ditendang polis selepas merangkak keluar dari kereta.

Lanjutan itu Norizan menyerahkan memorandum protes kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 1 April 2010 selepas permintaannya menemui Hishammuddin ditolak pada 25 Februari 2010.

Sila tonton video di bawah:
BERSIH 3: Polis Sial 
BERSIH 3: Polis Haramjadah -
BERSIH 3: Polis Lahanat -
BERSIH 3: Polis Macam Anjing -
BERSIH 3: Kesian Najib -
BERSIH 3: Analisa olih Mahathir -
BERSIH 3: Polis Subersif -
BERSIH 3: Polis Bacul -
BERSIH 3: Polis saudara Iblis -
BERSIH 3: Laporan Al-Jazeera 
BERSIH 3: Persundalan Polis -
BERSIH 3: Polis Harami -

'via Blog this'

jom berkayuh....

Rumah Azmin diganggu lagi, polis masih siasat

Rumah Azmin diganggu lagi, polis masih siasat - Nasional - Sinar Harian:

Rumah Azmin diganggu lagi, polis masih siasat
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
SHAH ALAM - Polis sedang mengenal pasti individu-individu yang didakwa membuat gangguan tiga hari berturut-turut di hadapan rumah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali di Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, setakat ini kejadian itu masih dalam siasatan.

“Kita belum merekodkan keterangan Azmin dan isterinya (Shamsidar Tahrin) bagi membantu siasatan.

“Masih terlalu awal untuk mengaitkan penglibatan parti politik dalam kejadian tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Dalam kejadian itu, sekumpulan lelaki bermotosikal membuat gangguan di hadapan rumah Azmin kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Kurang daripada 20 jam, satu lagi kumpulan pemuda didakwa belia Ampang berkumpul di hadapan rumahnya.

Dua kejadian itu dipercayai berlaku kerana mereka mahu Azmin menjawab dakwaan memiliki harta yang lebih ketika menjawat jawatan penjawat awam dan penyebaran gambar aksi lucah didakwa miripnya.

Baru-baru ini, Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengarahkan siasatan terhadap Azmin yang didakwa memiliki aset dah harta melebihi pendapatan penjawat awam antara 1995 dan 1997 dijalankan semula.

Ketika itu, beliau merupakan Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, adik Azmin, Ummi Hafilda turut mendedahkan dokumen sebahagian daripada aset yang dimiliki oleh abangnya dan Shamsidar dipercayai bernilai lebih RM30 juta.

Azmin dalam mesej Twitternya hari ini berkata, keluarganya berhadapan dengan gangguan buat kali ketiga hari ini.

Beliau sekali lagi mengaitkan kumpulan yang membuat gangguan dengan Umno.

"Budaya samseng Umno diteruskan dengan gangguan lagi pagi ini di rumah saya," kata Azmin.

'via Blog this'

Mmikir la... Jange dok jadi bodo benok supo UMNO sokmo-sokmo...

Lebuhraya Rakyat: Mustapha Kamal turut menyumbang

Lebuhraya Rakyat: Mustapha Kamal turut menyumbang:

KUALA LUMPUR: Pelakon Mustapha Kamal Mohd Daud atau lebih dikenali sebagai Mustapha Kamal turut memberi sumbangan kepada pembinaan lebuhraya rakyat Kuala Krai-Kota Bharu yang sedang diusahakan kerajaan negeri.


Sumbang secara terus itu diberikan kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sewaktu program dialog anak Kelantan di perantauan anjuran urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan di sebuah hotel di ibu kota semalam.

Ketika ditanya tentang sumbangan tersebut beliau memberitahu sebagai anak jati Kelantan adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk membantu dalam usaha melancarkan pembinaan lebuhraya tersebut bagi kemudahan seluruh rakyat negara ini terutama rakyat Negeri Kelantan.

(Seorang ibu mengajar bayinya menderma untuk pembinaan lebuh raya rakyat)

Sementara itu, ketika memberi ucapan Tuan Guru Nik Aziz menjelaskan konsep yang dibawakan dalam pembinaan lebuhraya ini adalah melalui konsep menderma untuk kebaikan.

"Apa yang kita ingin lakukan adalah melalui konsep menderma dan derma ini adalah untuk kebaikan.

"Setiap apa yang kita lakukan mestilah memilih syurga dipenghujungnya, hanya orang yang tidak berakal menolak syurga dalam setiap apa yang mereka lakukan," jelasnya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa perancang Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa memberitahu, memang peringkat awal beliau ada kebimbangan berhubung soal kewangan untuk menjayakan projek lebuhraya itu.

"Pada mulanya saya ingat duit yang menjadi masalah utama tetapi apabila kita telah laksanakannya segalanya menjadi mudah dan duit bukannya masalah utama.

"Kuasa kerajaan negeri yang lebih kuat dalam pembinaan lebuhraya iaitu dalam urusan pemgambilan tanah dan sebagainya, kerajaan negeri membenarkan kita mengambil segala hasil bumi ini seperti pasir mahu pun batu bagi kegunaan pembinaan lebuhraya tersebut jadi segala urusan itu dapat kita laksanakan,' jelasnya.

Tambah beliau lagi, sumbangan derma yang diperolehi akan diumumkan jumlah kutipannya setiap hari bagi menunjukkan ketelusan kerajaan negeri dalam memastikan ia tidak menjadi isu kepada pihak lain.

"Kita akan umumkan jumlah sumbangan yang kita perolahi dan untuk makluman sumbangan ini akan digunakan untuk kerja-kerja pembinaan lebuhraya sahaja dan ia tidak termasuk untuk urusan-urusan operasi syarikat," katanya.

Menurut beliau lagi, sebuah syarikat dari Iran telah bersetuju untuk membekalkan minyak tar dengan harga yang lebih murah jika dibandingkan harga di dalam negara ini.

'via Blog this'