Saturday, May 4, 2013

PERINGATAN!!....HARAM MENGUNDI UMNO

BN apabila hilangnya istiqomah perjuangan UMNO yang di katakan kononya mahu menegakkan agama islam dan kemajuan islam apabila UMNO bertahalluf dengan puak yg memerangi agama islam dan menghalang perbentukkan negara islam seperti FIRMAN ALLAH;

لَّا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَىٰ إِخْرَاجِكُمْ أَن تَوَلَّوْهُمْ ۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.'

Sendiri Mau Ingat Umno BN....hehehehe'

Gambar ini dikirimkan oleh seseorang., BN sedang mengagihkan sogokan kepada rakyat .

Gambar ini dikirimkan oleh seseorang.,
BN sedang mengagihkan sogokan kepada rakyat .

Bukti UMNO merasuah pengudi luar untuk menjadi Pengundi Hantu.. 
Ingatlah bahawa anda akan dipersoalkan Allah di akhirat nanti kerana bersyubahat melakukan perbuatan khianat.. Azab Allah terlalu pedih...

AIR APA AGAKNYA YG MEREKA HIDANGKAN NI YER ? TEH O TAK KAN BERBUIH KOT.. KIKIKI



MUNGKIN KAH SDG MERAIKAN RAKAN2 DARI BANGLA, NEPAL, & SEANGKATAN DGNNYA UK DTG MGUNDI ESK ?

# Pakatan hidang majlis ilmu. Umno hidang maksiat. 
MAKA Pilihlah wisely ~


#TumbangBN #
PRU 13 nnt ☒ PAS ☒ PKR ☒ DAP ☒

A Y U H R A K Y A T M A L A Y S I A !!!

ANAK MUDA BANGKIT TOLAK UMNO-BN !!!

Bujur lalu melintang patah~

Gambar Perkahwinan Jehan Miskin & Gadis Korea Julie Camelia Rhee



Jehan Miskin kini sah bergelar suami kepada gadis korea Julie Camelia Rhee sekitar jam 2.40 petang dengan dua kali lafaz. Mereka di’ijabkabulkan oleh Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Mohd Sahirman Ahmad. Berikut ialah Gambar Perkahwinan Jehan Miskin & Gadis Korea Julie Camelia Rhee…
Mas kahwin pengantin perempuan berjumlah RM12,000 & Pengantin lelaki menghantar tiga dulang hantaran berbalas tiga dulang juga daripada pihak perempuan yang antaranya komputer riba jenama Apple, set beg Braun Buffel & set mandian.
Credit to Rotikaya

Berita Panas! Petugas PAS Perak yang sedang melakukan flash mob telah diserang dan dipukul

Berita Panas! Petugas PAS Perak yang sedang melakukan flash mob telah diserang dan dipukul oleh hampir 40 orang yang memakai baju i love PM. Ada yang pecah muka dan berdarah kepala. Mereka sedang dapatkan rawatan. Pohon doa. Mereka semakin mengganas. Allah.. selamatkan lah Malaysia.

{berita susulan akan dimuat naik segera)

jangan halang bangla, india, myanmar, nepal, kemboja, sulu dll dari mengundi!

Yang Tengok Berita Semalam Tahu Benda Ini Sahih. Terang Lagi Bersuluh.

Siapa dia?

Siapa dia? Beliau ialah Mejar Zaidi Ahmad, Juruterbang dan Pegawai Pemerintah sebuah skuadron TUDM yang baru diturunkan pangkat dan diarahkan pindah dari Butterworth ke KL serta merta. 'Dosanya'nya? Membuat laporan polis mengenai dakwat kekal yang tidak kekal pada jarinya selepas mengundi baru2 ini... Berumur 45 tahun, beliau banyak menyumbang bakti kepada remaja di bawah Kelab Remaja JIM PPinang.Apakah kita bersetuju dengan tindakan ZALIM dan KEJAM ke atasnya?

"LIKE N SHARE" Tanda Sokongan Terhadap Mejar Zaidi Ahmad.

Ini Kali Lah !!

OCPD berkeras melarang Calon dan Wakil Calon untuk melihat proses pemindahan peti undi dalam lokap. apa yang hendak disembunyikan?



Kenyataan Media
4 May 2013
Hari ini semua lokap yg menempatkan peti undi awal akan di buka diatas keperluan mengeluarkan kertas-kertas undi serta dakwat kekal yang juga di tempatkan didalam lokap. Sewaktu aktiviti ini berlaku peti-peti undi awal didalam keadaan tidak selamat. Didalam keadaan UMNO dan BN merasa terdesak sekarang ini. Apa sahaja boleh berlaku. Di Kuantan arahan OCPD Kuantan bertentangan sama sekali dari arahan pengerusi SPR yang menjanjikan bahawa peti-peti undi awal boleh di jaga sepanjang waktu dari 30april 2013 pada hari mengundi awal sehingga kertas undi di kira. Akan tetapi arahan pengerusi SPR tidak di endahkan dan wakil calon di arahkan pulang oleh OCPD. Kini saya di balai polis Kuantan. Pengawai SPR sudah hadir untuk buka lokap. OCPD tidak membenarkan saya masuk. Saya pula bertegas, lokap tidak boleh di buka tanpa saya. Keselamatan peti undi awal tergugat. Tahanan boleh mati didalam lokap.Ini kan pula peti undi yang tidak boleh melawan. Saya sudah hilang kepercayaan dengan institusi Polis. Adakah UMNO @ BN akan mencuri keputusan undi awal melalui institusi polis? Kemungkinan ini tidak mustahil berlaku.

Fuziah Salleh.
Naib Presiden PKR

Pakatan sudah menang 7 negeri, sedia ke Putrajaya


Harakahdaily

KUALA TERENGGANU: Dengan tidak sampai 20 jam waktu pengundian bermula, PAS yakin Pakatan Rakyat akan berjaya mengambilalih pentadbiran negara dari Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kali ini.

(Mustafa penuh keyakinan dalam sidang medianya hari ini)

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, hanya negeri Melaka, Pahang dan Johor sahaja masih lagi bersama BN sedangkan semua negeri lain boleh dikira sudah jatuh ke tangan Pakatan.

"Semalam saya umumkan kita dapat 117 kerusi Parlimen dari 222 yang ada. Petang nanti saya akan dapat angka baru yang boleh jadi meningkat lagi kerana trendnya Pakatan sedang meningkat," kata Mustafa dalam sidang medianya hari ini.

Baca lagi di: http://bit.ly/167ei6W

PAS kesal tindakan ke atas Major Zaidi


Mohd Sabri Said
04 Mei 2013

PULAU PINANG: PAS Negeri Pulau Pinang kesal dengan apa yang menimpa Major Zaidi Ahmad, Pegawai Pemerintah No 12 Skuadron Pengkalan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM), Butterworth dan berharap keluarganya bersabar.


(Major Zaidi, isteri serta rakannya yang membuat laporan polis selepas mendapati dakwat kekal tidak kekal)

Major Zaidi diarahkan berpindah serta merta ke Kuala Lumpur kerana selepas membuat laporan polis kerana dakwat yang dicalit di jari telunjuk tangan kirinya luntur bila di basuh dengan air sabun.

Baca lagi di: http://bit.ly/17CYruL
 

UMNO samseng

[ADMIN] Mereka hanya sekadar angkat sepanduk untuk para pemandu kereta bunyikan hon jika sokong pakatan rakyat . Namun mereka dipukul hingga berdarah sebegini. Mengapakah petugas2 yang memakai baju i love PM itu sanggup melakukan perkara sekejam ini... pohon doa teman2... kita sayang Malaysia...

SUMBER : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151344591341008&set=a.346841511007.161225.342823946007&type=1&permPage=1

Berani kerana benar...

Rosidi Hussain
mejar zaidi .. kawanku yg lebih berani drpd ku .. mencipta sejarah yg tersendiri .. aku kawannya .. isteriku berkawan dgn isterinya .. anaknya dan anakku adalah pelajar terbaik pmr dgn 9A tahun lalu .. berkata benar walaupun pahit di hadapan pemerintah zalim ..

Amaran Anwar jangan tipu rakyat








Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim ketika ditemui pada satu wawancara eksklusif di pejabatnya. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR


SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan sementara pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa rakyat tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk penipuan sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) esok.

"Kami akan berhati-hati dalam semua aktiviti yang mencurigakan. Kami akan memastikan rakyat Malaysia akan menentukan nasib negara kita dan insya-ALLAH, kita akan berjaya," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Anwar mendakwa Pakatan Rakyat (PR) telah mencatatkan sejarah tersendiri apabila siri ceramah dan kempen pilihan raya di seluruh negara mendapat sambutan luar biasa apabila jumlah yang hadir semakin bertambah.

"Kita telah melihat beratus-ratus ribu rakyat Malaysia daripada semua kaum datang ke ceramah kita.

"Sambutan di kubu kuat Umno-Barisan Nasional seperti di Johor, Sabah dan Sarawak semakin bertambah besar," katanya.

Beliau yang bertanding mempertahankan kerusi Permatang Puah berkata, sebaik sahaja PR membentuk Kerajaan Persekutuan dan memasuki Putrajaya, mereka akan melaksana dan menunaikan manifesto yang ditawarkan kepada rakyat kali ini,
“Fokus pelan hala tuju ini mesti prorakyat dan terdiri daripada beberapa langkah yang akan mempunyai kesan serta-merta, dan manfaat jangka panjang.

“Ini adalah pembaharuan yang BN tidak berani untuk laksanakan, tetapi PR mempunyai keberanian untuk berbuat demikian iaitu pembaharuan yang akan membawa kembali kebangkitan, kemerdekaan dan demokrasi yang tulen kepada Malaysia,” ulasnya.

Anwar mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak berasa gusar jika berlaku peralihan kuasa di peringkat pusat nanti selepas PR memperolehi dua pertiga untuk membentuk kerajaan.

Sebaliknya beliau memberi jaminan peralihan itu bukan sahaja mencatatkan sejarah di negara ini, bahkan ia akan dilakukan dengan aman mengikut perundangan dan sistem demokrasi yang sebenar.

Berikut 3 janji 30 hari, 10 tindakan 100 hari Pakatan Rakyat dikeluarkan hari ini oleh kenyataan Anwar:

6 Mei - Cuti awam bagi memudahkan rakyat pulang dari kampung selepas mengundi.
30 hari pertama: Meringankan beban, mensejahterakan rakyat
1.  7 Mei - menurunkan harga minyak serta-merta
2.  Membatalkan semua pinjaman hutang PTPTN
3.  Pemulaan penghapusan tol lebuhraya secara berperingkat

100 hari pertama: Menjana Ekonomi Negara yang Memenfaatkan Rakyat

1. Menubuhkan Majlis Daya Saing Negara dengan mandat untuk menyediakan pelan induk untuk menghasilkan sejuta pekerjaan dalam bidang-bidang tambah nilai tinggi.
2. Menilai semua kontrak penswastaan yang merugikan rakyat menurut lunas undang-undang
3. Melancarkan inisiatif sektor perkhidmatan awam menuju kelas dunia serta menjadikannya bercirikan tatakelola baik, berkebajikan, berpendidikan tinggi dan mesra keluarga
4. Memberi peruntukan yang sepatutnya bagi Perbadanan Perumahan Negara mencapai sasaran pembinaan rumah seperti yang telah dijanjikan.
5. Membebaskan media dari campurtangan politik
6. Menjadikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) badan yang lebih bebas dan bukan di bawah Jabatan Perdana Menteri
7. Menetapkan sasaran mengurangkan kadar kemiskinan yang merentasti semua kaum
8. Melancarkan Agenda Merakyatkan Parlimen – memulakan gerak kerja pindaan atau penghapusan semua undang-undang 'anti-rakyat':
                                                                      - Akta Percetakan dan Penerbitan 1984
                                                                      - Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
                                                                      - Memulangkan royalti hasil petroliam dan hidrokarbon 20 peratus kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan
9.  Memulakan penyelesaian permasalahan tanah adat Orang Asal di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
10. Menyelesaikan isu kewarganegaraan, terutamanya rakyat keturunan India dan pribumi Sabah dan Sarawak, dan permulaan proses pembersihan senarai kad pengenalan seluruh negara



Untuk memudahkan siasatan hantaq pi jauh-jauh....akai ada ka?



Isu dakwat kekal: ATM nafi pegawai TUDM ditukar serta-merta



4 Mei 2013




Zulkifeli Mohd Zin
Zulkifeli Mohd Zin - Foto ehsan Berita Kini


PASIR MAS - Panglima Angkatan Tentera (ATM) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menafikan dakwaan bahawa seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), ditukarkan serta-merta ekoran membuat laporan polis mengenai isu dakwat kekal yang tidak kekal.

Beliau berkata pegawai terbabit hanya ditempatkan sementara di Markas TUDM di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, bagi membolehkan lembaga penyiasatan menjalankan siasatan dengan lancar.

Katanya penempatan sementara itu berkuat kuasa Isnin ini, dan pegawai terbabit akan berkhidmat seperti biasa.

"Pihak pengurusan TUDM telah mengarahkan satu lembaga penyiasatan ditubuhkan.

Bagi membolehkan lembaga penyiasatan menjalankan tugas dengan mantap, beliau (pegawai itu) ditumpangkan ke markas tentera udara untuk sementara waktu sehinggalah siasatan ini selesai.

"Bukan beliau ditukarkan dari pasukan sekarang ke Kuala Lumpur. Tidak. Dia ditempatkan sementara. Ini bersifat sementara untuk memudahkan siasatan," katanya ketika ditemui selepas majlis perjumpaan dan ramah mesra veteran ATM Parlimen Pasir Mas di Kolej Vokasional Pasir Mas di sini hari ini.

Zulkifeli berkata siasatan itu mungkin mengambil masa sebulan, dan ia dilakukan secara berperingkat-peringkat sebelum rumusan dibuat.

"Kita menubuhkan lembaga penyiasatan itu untuk menentukan punca rasa  tidak puas hati beliau, dan mengapa beliau membuat laporan polis supaya kita boleh mengenal pasti sebab sebenar dan kita dapat mengatasi punca itu.

"Tumpang bersifat sementara bagi membolehkan sesuatu yang dilaksanakan selesai dan bila selesai beliau akan kembali ke jawatan asal," katanya.

Harakahdaily pada 1 Mei lepas melaporkan seorang pegawai TUDM berpangkat mejar yang berpangkalan di Butterworth, membuat laporan polis setelah dakwat yang dicalit pada jari telunjuk tangan kirinya semasa pengundian awal pada 30 April lepas, didapati luntur apabila dibasuh dengan sabun dan pencuci tangan.

Sementara itu, Zulkifeli berkata ATM memperketat dan mempergiat kawalan di sempadan sebagai langkah mencegah anasir tertentu memasuki negara dan mengancam keselamatan, khususnya menjelang pilihan raya umum ke-13 esok.

Katanya ini dilakukan kerana ATM bimbang wujudnya ancaman bukan tradisional seperti keganasan, penyeludupan dadah dan senjata, pengeboman, dan pemerdagangan manusia.

"Mungkin tidak terjadi, tetapi tidak ada hal untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga dan memperketat keselamatan negara," katanya.

Turut hadir Panglima 8 Briged Infantri Brig Jen Datuk Mohamad Zaki Hamzah, Asisten Ketua Staf Perisikan Tentera Darat Datuk Khir Mohd Noor, Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Kelantan Datuk Muhammad Abdul Ghani dan Timbalan Pengerusi Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) Datuk Rohisha Yahaya.

Pada majlis itu, seramai 31 pesara tentera menerima pingat Jasa Malaysia manakala 26 orang menerima sumbangan SVTB1M. - Bernama



tak kenal halal atau haram



Iklan berbayar 2 juta..

Assalam king, ni aku send ko pic aku da edit nak letop isu calon dr UMNO/BN puteri untuk parlimen P134 Masjid Tanah. Minta tolong uploadkan dalam FB jika tidak keberatan. Coverage fren ko lebih meluas. sekian king.

Nah.. ni kemungkinan topup undi untuk Muhiyidin...

BN for Bangla Nation

Bangla masuk stadium....




Sesiapa yang dekat stadium tertutup Gong Badak Terengganu,sila terjah dan siasat apa benda yang sedang berlaku...

Sekian laporan dari team r n r crew

Bangla sesat kat KL

Hari ni hingga hari mengundi...

King Jason
Hari ni hingga hari mengundi...

Hari mengundi sila focus Subang Airport.. sebab ada 2 buah jumbo akan ulang alik bawak penumpang nin stop sampai tutup masa mengundi..

Nak aku bagi detail ka?

Masing2 buat la report polis...

Salam bro. Mmg betul bro td pg sy nmpk dgn mata kepala sendiri 4buah bas 2 tingkat Dyana stand by kat airport MAS KK.. Sial punya Penyangak bangsa aka BN.. ini kalilah!!!

Ni dia gambar2 bas2 dari KK pagi tadi yang baru jer puak2 hantu tu sampai...
 

Jahat tapi bodoh itulah UMNO....macam lembu

King Jason
Kempen Turunkan bendera PKR oleh BN di P.176 Kimanis .Sabah

Orang umno yang jahat cuba langar aktivis R .. sebarkan..

King Jason
Orang umno yang jahat cuba langar aktivis R .. sebarkan..

Tonton video tu kat sini : http://kingofgoblok.blogspot.com/2013/05/video-naib-presiden-r-cuba-dilangar.html

Tak segan silu mereka menunjukkan BUKTI mereka TURUNKAN bendera PKR...

King Jason
Tak segan silu mereka menunjukkan BUKTI mereka TURUNKAN bendera PKR...

Sebarkan...

Kasi warm up...

Kasi warm up...

3/5/2013

2200: sebiji bas meluncur laju ke Parking Bas bawah

2215: WA berbangsa Bangla & Nepal, menaiki bas trsebut no plat AEP 8198

2230: 8 anggota ekori bas 3 biji kereta, 2 motisikal

2300: Bas memasuki tol nilai menghala ke selatan

0030: Bas exit tol Tangkak menghala ke Muar.
Bas menuju ke kilang Vitally Marketing Sdn Bhd
Bas turut masuk sama k dlm kilang dan tak keluar

* - sampai d muar kami handover pd pemuda johor
- d bawah d letakkan gambar kilang
- TERBARU: dr maklumat pekerja kilang WA trsebut d beri IC & wang RM 3K

Ditukar kerana lapor polis dakwat tidak kekal!



Panas ! Mejar Zaidi mengesahkan ia telah diberi arahan pertukaran dari Markas Udara Butterworth ke Bahagian Research di Markas TUDM KL, dikehendaki melaporkan diri pada hari Isnin 6/5/13.

Polis masih lagi menjaga bangla2

 Wan Mansor Wan Salleh
Polis masih lagi menjaga bangla2 haramjadah seramai lebih kurang 90-120 orang (2bas) didalam sekolah teknik klang...

RAKYAT PULA MASIH MENUNGGU BANGLA2 UTK ............

Mustafa Ali sedia lafaz sumpah laknat - video seks






MARANG - Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali berkata beliau bersedia melafazkan sumpah laknat berhubung video seks yang dikaitkan dengannya, jika isu itu menjejaskan parti itu.

Mustafa berkata beliau meminta pandangan dua pemimpin tertinggi Pas iaitu Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, katanya mereka memaklumkan bahawa beliau tidak perlu berbuat demikian.

"Jadi, sebab itu, walaupun macam-macam surat khabar sebut, saya tak kisah, tak gugur pun bulu roma saya, apa yang disebut surat khabar dan blog, saya masih boleh melaksanakan (tugas) dan tak jejas apa-apa.

"Ini adalah pandangan yang diberikan oleh autoriti dalam Pas, tak ada pandangan yang lebih tinggi selain Mursyidul Am dan Presiden yang mengatakan demikian," katanya dalam satu ucapan di Rusila malam tadi.

Dalam ucapan itu, Mustafa turut menafikan beliau adalah individu dalam video seks berkenaan.

"Saya tetap dengan pendirian saya, penyebaran video itu adalah kerja Umno, saya ada bukti tetapi tidak boleh kemukakannya sekarang, kita akan bertemu di mahkamah," katanya. - Bernama

Paksa makan satu seksaan



Badan hak asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan tindakan memaksa tahanan di penjara tentera Amerika Syarikat (AS) di Teluk Guantanamo, Cuba makan sebagai ‘penyeksaan.’

Kenyataan itu dikeluarkan ketika jumlah tahanan yang dipaksa makan meningkat kepada 23 orang.


“Ia dianggap sebagai penyeksaan atau layanan tidak berperikemanusiaan. Dalam kes di Guantanamo, ia perbuatan yang amat menyakitkan, maka ia dilarang oleh undang-undang antarabangsa,” kata jurucakap Pesuruhjaya Tinggi PBB mengenai Hak Asasi (UNHCHR), Rupert Coville, semalam.


Coville berkata, keputusan UNHCHR mengambil pendirian itu berdasarkan standard etika Persatuan Perubatan Dunia (WMA), sebuah kumpulan antarabangsa yang mengawasi etika penjagaan kesihatan.


Persatuan itu meminda standard penjagaan kesihatannya pada 1991 yang menyifatkan pemberian makanan secara paksa sebagai bentuk ‘layanan tidak berperikemanusiaan’ dan ‘tidak boleh diterima dari segi etika.’ “Malah jika ia bertujuan untuk kebaikan, memberi makanan dengan mengancam, memaksa atau menggunakan tindakan fizikal adalah satu bentuk layanan tidak berperikemanusiaan,” menurut dokumen WMA.


“Ia juga sama dengan memaksa beberapa tahanan makan dalam usaha memaksa mereka menghentikan mogok lapar.” Coville berkata demikian selepas dua lagi tahanan Guantanamo menyertai 21 rakan mereka melancarkan mogok lapar yang sudahpun diberi makan secara paksa oleh tentera Amerika Syarikat menggunakan tiub menerusi hidung.

Tindakan itu disifatkan oleh tahanan terbabit sebagai amat menyakitkan dan menjatuhkan maruah mereka.


Mereka yang enggan makan diikat pada kerusi sementara pegawai memasukkan secara paksa tiub menerusi hidung mangsa untuk memasukkan zat cecair ke dalam perut mereka.

Kapal selam canggih kedua Singapura mula operasi



Singapura: Sebuah lagi kapal selam paling canggih republik ini diisytiharkan siap untuk pertempuran kelmarin.

Ia sekali gus mengukuhkan lagi kekuatan tentera laut republik berkenaan dalam peperangan di bawah permukaan air.


RSS Swordsman ditauliahkan selepas dua tahun menjalani ujian dan latihan tembakan torpedo di Sweden dan di perairan lebih panas dan kakis di sini.


Kapal berkuasa diesel-elektrik sepanjang 60.5 meter itu adalah kapal selam kedua kelas Archer yang akan menyertai Skuadron 171 Tentera Laut Republik Singapura selepas RSS Archer diisytiharkan beroperasi pada 2011.


Skuadron kapal selam itu juga mempunyai empat kapal selam kelas Challenger.


Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam yang hadir pada majlis pentauliahan di Pangkalan Tentera Laut Changi berkata, upacara itu menandakan berakhirnya usaha tentera laut republik berkenaan untuk menggantikan sebahagian kapal selam kelas Challenger yang dibina pada 1960-an.

Menurutnya, kapal selam baru itu akan mengukuhkan keupayaan tentera laut Singapura mempertahankan laluan maritim Singapura .


“Daripada 80 peratus perdagangan dunia hari ini yang dilakukan menerusi jalan laut, lebih separuh daripadanya belayar menerusi Asia Tenggara.

“Tetapi industri perkapalan global kini berdepan dengan ancaman lanun dan keganasan maritim,” kata Tharman yang juga Menteri Kewangan.


Menurutnya, pertelingkahan merebut wilayah perairan juga berpotensi untuk menggugat kestabilan rantau ini, sekali gus mengancam kapal perdagangan.


“Untuk menangani ancaman seumpama itu dengan penuh yakin, Singapura membina pasukan pertahanan yang kuat menerusi pelaburan berterusan dan membenarkan pembelian senjata seperti kapal selam,” katanya.

Sembilan polis maut di utara Iraq



04/05/2013 12:57am

MOSUL, Iraq - Sembilan anggota polis dan empat lelaki bersenjata maut dalam satu pertempuran yang berlaku semalam, manakala sekurang-kurangnya enam maut dalam satu letupan bom kereta berdekatan masjid puak Syiah, kata beberapa pegawai.
Bedilan mortar di kawasan pertempuran turut menyebabkan tujuh anggota polis cedera, kata polis dan doktor.
Di bandar Rashidiyah, utara Baghdad, sebuah bom kereta meletup berhampiran masjid Al-Ghufran, membunuh sekurang-kurang lima orang dan mencederakan 30 yang lain.
Sebutir bom yang meletup di tepi jalan turut membunuh kapten polis di Baiji. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0504&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_04.htm#ixzz2SHSkBMHQ 
Hakcipta terpelihara 

Dua suspek rancang bom Kedutaan Myanmar ditangkap



PASUKAN polis antirusuhan sedang berkawal di hadapan pejabat Kedutaan Myanmar berikutan protes yang diadakan di sana semalam.- AP


JAKARTA - Pasukan elit antipengganas Indonesia berjaya merampas lima butir bom buatan sendiri dan menahan dua orang suspek militan yang didakwa merancang untuk menyerang Kedutaan Myanmar di sini, kata polis semalam.
Serangan itu dirancang sebagai bantahan kepada layanan buruk pemerintah Myanmar ke atas masyarakat Islam di negara berkenaan.
Jurucakap Polis Indonesia, BrigedierJeneral Boy Rafli Amar berkata, dua lelaki itu ditangkap di tengah-tengah bandar Jakarta ketika sedang menunggang sebuah motosikal pada tengah malam kelmarin.
Katanya lagi, kedua-dua mereka ditangkap selepas pihak polis menerima maklumat mengenai kedudukan sebenar suspek. Beberapa butir bom dan kabel ditemui di dalam sebuah beg galas yang dibawa mereka.
Hasil soal siasat yang dilakukan ke atas suspek membawa polis ke sebuah rumah sewa yang menjadi lokasi penemuan sejumlah bahan letupan lain.
Seorang wanita dan bayi turut ditahan oleh pihak polis di rumah sewa berkenaan.
Amar berkata, suspek lelaki itu, Ahmad Taufik, 22, dan Sefa Riano, 29, merupakan ahli kumpulan pengganas yang terlibat dalam beberapa serangan baru-baru ini ke atas anggota polis Indonesia.
"Berdasarkan bukti-bukti yang dirampas, mereka mempunyai kaitan dengan aktiviti keganasan. Kami masih menjalankan siasatan dan mengesan beberapa orang ahli kumpulan terbabit," kata Amar. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0504&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2SHQAXJbc 
Hakcipta terpelihara