Tuesday, March 6, 2012

Biar Pas Pusat urus Kedah, kata Nik Aziz

Biar Pas Pusat urus Kedah, kata Nik Aziz - Politik - Sinar Harian:
Nik Aziz Nik Mat

KOTA BHARU- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz NikMat menegaskan adalah tidak wajar untuk beliau campur tangan soal pentadbirankerajaan Kedah yang dilaporkan bergolak.

"Urusan Kedah untuk orang Kedah. Saya tidak mahu komen," katanya.

Meskipun didesak pemberita mengenai kemelut pentadbiran Kedah, Nik Aziztetap dengan pendirian untuk tidak akan campur tangan sebaliknya menyerahkankepada Pas Pusat untuk menangani soal tersebut.

Isu dalaman kerajaan Kedah memaksa PAS Pusat menubuhkan sebuah jawatankuasapemandu yang akan bertanggungjawab memantau Menteri Besar Datuk Seri AzizanAbdul Razak mentadbir negeri itu.

Ditanya mengenai kenyataan Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku RazaleighHamzah yang tetap mahu bertanding di Parlimen itu walaupun bukan sebagai calonBarisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, Nik Aziz berkata tidakwajar untuk beliau menyentuh perkara itu.

"Saya tak boleh ganggu dia (Tengku Razaleigh). Pas juga tidak akan ganggu dia. Tunggulah pada hari penamaan calon nanti," katanya.

Dua hari lepas Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musangdilaporkan berkata beliau akan tetap bertanding di Parlimen Gua Musang sebagaicalon bebas jika BN tidak lagi mencalonkannya.

Tengku Razaleigh yang lebih mesra dengan panggilan "Ku Li", merupakan tokohyang dihormati dan beliau merupakan Anggota Parlimen paling lama berkhidmatiaitu selama 43 tahun mulai 1969. – Bernama


'via Blog this'

Bantulah saya selamatkan Suhaila...

Bantulah saya selamatkan Suhaila... - Semasa - Sinar Harian:
Suhaila

SUHAILA sebelum ini merahsiakan apa yang dihadapinya. Bila sakit menyerang, dia lebih suka berkurung dalam bilik.

Apabila kerap bersembunyi berjam-jam, kami semua mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena. Dan saya pula pada awalnya hanya menganggap Suhaila hanya seng­gugut setiap kali datang bulan.
Tetapi apabila mendapati setiap bulan Suhaila menanggung sakit sampai menangis, saya bawa dia jumpa doktor.
Pada awal pemeriksaan, doktor mengesahkannya sebagai kencing kotor. Tetapi, kesakitan yang ditanggung Suhaila membuatkan saya nekad mendapatkan khidmat pakar.
Kata pakar, anak saya perlu dibedah segera kerana ada ketumbuhan. Tetapi apabila pembedahan dilakukan, doktor terperanjat apabila mendapati Suhaila mempunyai dua rahim dan satu buah pinggang.
Doktor menasihatkan saya membawa Suhaila ke hospital kerajaan supaya kes ini dapat dirujuk di sana.
Bagi mengurangkan rasa sakit, Suhaila diberikan ubat tahan sakit. Setiap hari pula, Suhaila perlu diberikan ubat perancang kehamilan, bagi mengelakkannya datang haid.
Mendapat maklumat daripada seorang teman tentang pakar perubatan di Hospital Universiti Sharjah, Dubai berjaya melakukan pembedahan kepada seorang kanak-kanak perempuan 13 tahun, yang mempunyai kes sama seperti Suhaila, hati ibu ini berbunga riang.
Sebagai ibu saya sentiasa berfikiran positif. Walaupun tahu ada risikonya, tetapi saya yakin dengan kuasa ALLAH. Segalanya akan berjalan lancar, dan anak saya akan sembuh seperti sedia kala.
Lebih baik saya mencuba daripada tidak melakukan apa-apa untuk Suhaila.

Setelah menjalani dua pembedahan, rahim Suhaila kini semakin membesar. Jadi, pembedahan segera perlu dilakukan. Namun dana untuk membiayai pembedahan Suhaila yang dijadual 22 Mac ini belum mencukupi.
Saya masih buntu memikirkan kaedah bagi mendapatkannya sebelum berlepas ke Dubai 19 Mac ini.
Pembedahan segera perlu dibuat bagi menyelamatkan nyawa anak saya.
Hasil sumbangan orang ramai, tiket kapal terbang untuk kami berdua sudah dibeli. Ada pelbagai pihak yang akan mempertimbangkan sumba­ngan bagi meringankan beban tanggungan kos pembedahan itu, namun jumlahnya masih tidak cukup.
Pastinya ada yang berta­nya mengapa perlunya pembedahan di luar negara. Kes Suhaila masih baru dalam sejarah perubatan negara. Jadi di sini belum ada kepakaran.
Pihak hospital memak­lumkan, kajian terhadap penyakit ini memakan masa sebelum pembedahan membuang rahim yang gagal berfungsi itu boleh dilakukan. Kelewatan membuat pembedahan hanya akan mendedah­kan Suhaila kepada risiko.
Bagaimanapun, saya kini berdepan dengan masalah mendapatkan surat sokongan daripada hospital bagi mengesahkan penyakit yang dihadapi Suhaila. Ketiadaan surat itu menyebabkan bantuan dana membiayai kos perubatannya terbantut.
Sebelum ini, Lembaga Zakat Selangor akan mempertimbangkan dana RM35,000 bagi membiayai pembedahan Suhaila, namun masih belum diputuskan kerana ketiadaan surat sokongan daripada hospital kerajaan.
Saya sangat berharap kekangan mendapatkan surat sokongan daripada hospital dapat disegerakan bagi menye­lamatkan nyawa Suhaila.
Tolonglah! Permu­dah­­­kan­­­l­­ah usah saya ini. Bantulah saya selamatkan nyawa Suhaila!


Bagi yang ingin membantu sumbangan boleh berbuat demikian menerusi AKAUN MAYBANK MILIK HANITA: 112101581281

'via Blog this'

PM bukan menteri kewangan jika PR menang PRU

PM bukan menteri kewangan jika PR menang PRU - Politik - Sinar Harian: PETALING JAYA – Pakatan Rakyat (PR) bertegas Perdana Menteri tidak akan me megang jawatan Menteri Kewangan pada waktu sama seperti amalan kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang, sekiranya berjaya merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ia bagi memastikan pemegang kedua-dua jawatan tersebut boleh menumpukan tugas masing-masing kerana portfolio tersebut amat berat.

Menurutnya, perkara ini menjadi kepentingan utama kerana PR mahukan dasar baru supaya ada ‘semak dan periksa’ di dalam pengurusan kewangan negara.

“Di organisasi korporat sekalipun, pengurus syarikat boleh menjadi tidak efisyen sekiranya memegang banyak jawatan lain.

”Kita sudah ada Menteri Kewangan II, kenapa terlalu banyak yang boleh menjadi ketidak tentuan. Sekiranya sesuatu berlaku siapa yang mahu dipersalahkan? Jadi PR secara muktamad tidak akan mengamalkan dasar ini lagi,” katanya di sini semalam.

Baru-baru ini, bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dalam kenyataan mencadangkan Perdana Menteri tidak seharusnya memegang jawatan Menteri Kewangan kerana Perdana Menteri mem punyai banyak tugas lain yang lebih penting.

Kata Daim lagi, dengan amalan melantik Menteri Kewangan II ia tidak membantu perkara ini kerana negara sudah berjaya mengharungi krisis ekonomi 1997-98 lalu.

Sementara itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, dakwaan mengatakan negara bankrap, sekiranya PR meneruskan cadangan gaji minimum RM1,100 dan pendapatan isi rumah RM4,000 sebagai tidak masuk akal.

Menurutnya, apa dilakukan PR adalah memperkenalkan pelan komprehensif termasuk memastikan dana kerajaan pusat dapat membantu industri kecil dan sederhana.

“Bagi pihak kami ia boleh dilakukan, contohnya jika satu keluarga ada tiga atau empat yang bekerja, dengan gaji minimum diperkenalkan maka sasaran pendapatan isi rumah RM4,000 boleh dicapai.

“Ada pihak dakwa kami menambah gaji pekerja menggunakan dana kerajaan, tidak, kami sedar tiada kerajaan di dunia termasuk kerajaan komunis melakukannya,” katanya.


'via Blog this'

MB kecewa dasar Islam diejek

MB kecewa dasar Islam diejek - Politik - Sinar Harian:
Nik Abdul Aziz Nik Mat

KOTA BHARU – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN) kerana mengejek dasar Membangun Bersama Islam yang dilaksanakan Pas di negeri ini.

Beliau berkata, perbuatan itu memalukan kerana seluruh rakyat termasuk bukan Islam melihat bagaimana orang Melayu Islam menghina agama sendiri.

“Kenapa orang Melayu Islam datang ke sini (Kelantan) nak ejek dasar Islam? Saya malu kerana orang bukan Islam melihat perkara ini,” katanya ketika menyertai sesi penggulungan perbahasan titah Sultan Kelantan di Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, dasar Membangun Bersama Islam dengan menumpukan kepada ubudiyah, masuliyah dan itqan jelas bersumberkan al- Quran.

“Kita ambil semua itu daripada al-Quran bukan daripada mana-mana ideologi di dunia yang boleh diejek sesuka hati, kalau tolak al-Quran, tak jumpa jalan.

“Kita didik rakyat supaya apa sahaja yang kita lakukan mesti dengan taqwa kepada ALLAH SWT,” katanya yang juga Adun Chempaka.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz meminta pelancong terutamanya dari luar negara agar menghormati tata susila ketika berkunjung ke negeri itu dengan tidak memakai pakaian yang menjolok mata.

”Ini tugas pihak berkuasa mengenai pelancongan agar memastikan suasana melancong di negeri ini berbeza berbanding negeri lain.

”Kalau di tempat mereka seperti di Eropah nak pakai apa pun tidak mengapa tetapi bila ke Kelantan ia sedikit berbeza dan mesti bersopan, berada di tempat awam mesti berbeza dengan di bilik air, mana bolah nak pakai pakaian sama,” katanya.


'via Blog this'

'Bimbang tabiat pelancong luar'

Berita Harian Online | 'Bimbang tabiat pelancong luar': Nik Aziz mahu pelawat berpakaian sopan sepanjang berada di Kelantan

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat melahirkan rasa bimbang terhadap tabiat pelancong Eropah yang suka memakai coli dan seluar dalam ketika berada di khalayak.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan pentadbiran kerajaan negeri terutama agensi terbabit dengan pelancongan seperti Pusat Penerangan Pelancongan negeri memberi perhatian terhadap perkara berkenaan.
“Saya mengunjungi satu negeri di utara baru-baru ini dan mendapati ada pelancong Eropah di situ hanya memakai coli dan seluar dalam.

“Saya ingin berpesan kepada kerajaan negeri supaya mengelak perkara ini dari berlaku di Kelantan dan harus menjadikan negeri ini sebagai alternatif kepada mereka yang berpakaian sopan,” katanya mengulas isu pelancongan pada sesi penggulungan ucapan perasmian Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, semalam.

Nik Aziz berkata, pihak pelancongan negeri perlu berusaha menjadikan Kelantan sebagai tarikan pelancong Eropah yang berpakaian sopan dan pada masa sama memastikan mereka mengikut peraturan berpakaian ditetapkan pihak berkuasa negeri.

“Kalau hendak telanjang, saya tidak kisah, itu mereka boleh lakukan hanya apabila berada di rumah tanpa membabitkan orang ramai.
“Apabila berada di tengah masyarakat seperti di negeri Kelantan, mereka harus berakhlak dan berpakaian sopan dengan mengikut peraturan Islam.

“Kerajaan negeri sentiasa menekankan soal akhlak dan sentiasa mengawasi keadaan pelancong yang mengunjungi negeri ini, yang mungkin bertindak mengikut perasaan mereka.

“Kalau kita di rumah ikut peraturan di rumah dan bila berada di dalam masyarakat harus mengikut peraturan kerajaan,” katanya.

'via Blog this'