Showing posts with label culik. Show all posts
Showing posts with label culik. Show all posts

Sunday, January 27, 2013

Mangsa culik di Algeria: Seorang lagi disah terbunuh

Rumah Ping Wee di Taman Bukit Samudera, Port Dickson, lengang selepas berita kematiannya dimaklumkan Wisma Putra.Rumah Ping Wee di Taman Bukit Samudera, Port Dickson, lengang selepas berita kematiannya dimaklumkan Wisma Putra. Kuala Lumpur: Seorang lagi rakyat Malaysia yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam serangan kumpulan pemberontak Mali, Batallion of Blood, di Kompleks Pengeluaran Gas dan Minyak (OGPC) Amenas, Algeria, 16 Januari lalu, disahkan terkorban.

Kedutaan Besar Malaysia di Algiers, semalam mengesahkan mayat Tan Ping Wee, dikenal pasti melalui hasil pemeriksaan forensik berdasarkan rekod pergigian serta pengesahan ‘tatu’ pada tubuh badannya oleh keluarga mendiang.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata Wisma Putra sudah memaklumkan ahli keluarga Ping Wee dan usaha membawa pulang jenazah sedang diusahakan untuk dibawa pulang dalam masa terdekat.

“Kerajaan Malaysia mengucapkan takziah dan simpati dengan apa yang berlaku dan meminta semua pihak terutama ahli keluarga mangsa bersabar dalam menghadapi situasi menimpa mereka.

“Sehingga kini, Kementerian Luar dan majikan mangsa JGC Corporation Pte Ltd di Algiers sedang menguruskan proses membawa pulang mayatnya bersama dengan mayat Chong Chung Ngen, berasal dari Perak yang turut disahkan terbunuh,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sebelum ini, dua rakyat Malaysia yang terselamat dalam kejadian itu Lau Seek Chiang, 38, berasal dari Sarawak dan Ravi Kuppusamy, 48, berasal dari Pulau Pinang, sudah dibawa kembali ke Malaysia Rabu lalu, manakala seorang lagi rakan mereka Patrick Purait Awang, secara sukarela menawarkan diri untuk tidak kembali dan membantu pihak kedutaan mengesan Ping Wee.


Balas dendam
Dalam kejadian itu, 60 anggota pemberontak bersenjata menawan OGPC Amenas di Gurun Sahara selama empat hari bagi membalas dendam terhadap tindakan Algeria membenarkan ruang udaranya digunakan Tentera Perancis untuk menyerang pemberontak Mali.

Kumpulan itu menyerah diri Ahad minggu lalu, selepas serangan besar-besaran dilakukan oleh Tentera Algeria hingga menyebabkan sebahagian daripada pemberontak dan tebusan terbunuh.

Saturday, January 26, 2013

Tan Ping Wee mangsa tebusan hilang di Algeria sah maut

KUALA LUMPUR - Kedutaan Besar Malaysia di Algiers mengesahkan seorang lagi rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang semasa krisis tebusan di Kompleks Pengeluaran Gas dan Minyak (OGPC) In Amenas, timur Algeria, terbunuh.

Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata, mayat Tan Ping Wee telah dikenal pasti pasukan forensik melalui rekod pergigian serta pengesahan 'tatoo' oleh keluarga mendiang.

"Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mendiang," menurut kenyataan itu di sini.

Kenyataan itu juga menyebut Kedutaan Malaysia dan syarikat JGC Corp sedang menguruskan proses untuk membawa pulang dengan kadar segera mayat Tan bersama mayat seorang lagi rakyat Malaysia, Chong Chung Ngen yang disahkan terbunuh sebelum ini.

Sebelum ini, Wisma Putra mengesahkan tiga daripada lima rakyat Malaysia yang bekerja di kompleks itu terselamat iaitu K.Ravi, 48, Lau Seek Chiang, 38, dan Patrick Purait Awang.

Seek Chiang dan Ravi selamat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing pada 23 Januari lepas.

Dalam insiden yang berlaku minggu lepas, lima rakyat Malaysia antara 130 pekerja dari pelbagai negara di OGPC In Amenas menjadi tebusan kumpulan militan.

Insiden itu dipercayai berpunca daripada balas dendam terhadap tindakan kerajaan Algeria membenarkan tentera Perancis menggunakan ruang udaranya untuk melancarkan serangan ke atas pemberontak Islam di Mali.- Bernama

Sunday, January 20, 2013

Kedutaan bawa pulang tiga mangsa tebusan



Kuala Lumpur: Kedutaan Malaysia di Algeria sedang berusaha membawa pulang tiga rakyat kita yang diselamatkan dalam insiden tebusan di Kompleks Pengeluaran Gas dan Minyak (OGPC) Amenas.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, dalam satu kenyataan semalam, berkata pihak kedutaan berjaya menghubungi ketiga-tiga warga Malaysia yang dijadikan tebusan oleh kumpulan pemberontak Mali itu serta mengesahkan mereka selamat dan dijangka dapat dibawa pulang ke tanah air dalam tempoh terdekat.
“Kita dimaklumkan lima rakyat Malaysia bekerja di kompleks itu ketika insiden berkenaan, namun nasib dua lagi rakyat kita belum dapat disahkan. Kita memaksimumkan usaha mendapatkan status mereka dan pada masa sama, pihak kedutaan sedang menguruskan penghantaran pulang tiga yang selamat ke Kuala Lumpur,” katanya.

Wisma Putra sudah menghubungi keluarga Ravi Kuppusamy, 48, dari Pulau Pinang serta keluarga Lau Seek Chiang, 38, dan Patrict Purait Awang dari Sarawak untuk memaklumkan perkara itu. Difahamkan mereka kini di bawah perlindungan tentera Algeria dan sudah dibawa ke Algiers, namun nasib Chong Ngen Chung dan Tan Ping Wee belum diketahui.

Dalam kejadian Rabu lalu, 35 tebusan dan 15 pengganas terbunuh dalam serangan pasukan keselamatan Algeria ke atas kumpulan militan yang menawan kompleks itu awal pagi hari terbabit. Kumpulan militan didalangi Mokhtar Belmokhtar sebelum itu menawan kompleks berkenaan dan menahan 191 pekerja sebagai tebusan termasuk 41 pekerja asing.

Tindakan itu dipercayai bermotif balas dendam terhadap tindakan kerajaan Algeria membenarkan ruang udara negara berkenaan digunakan pesawat tempur Perancis untuk menyerang pemberontak di Mali.

Sementara itu di Miri, ahli keluarga Patrick, Ling Sie Kiong, berkata jurutera petroleum dari Piasau itu menghubungi isterinya kira-kira jam 10 malam kelmarin, memaklumkan dia selamat dan meminta keluarga mendoakannya selamat pulang ke tanah air.
Usaha menemubual isteri Patrick yang enggan identitinya didedahkan, gagal kerana wanita itu masih dalam keadaan terkejut dan bimbang dengan keselamatan suaminya. Reaksi sama juga diberikan isteri Seek Chiang yang ketika ditemui di Tabuan Jaya, Kuching, hanya memaklumkan dia tahu suaminya masih hidup.

Di Georgetown, isteri Ravi, Doreen anak Michael Tajie, 45, juga enggan mengulas lanjut, sekadar mengakui amat gembira sebaik mengetahui jurutera berkenaan selamat selepas menerima panggilan telefon daripada suaminya, tengah malam kelmarin.

Saturday, January 19, 2013

AS tidak akan berunding dengan 'pengganas'



WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menegaskan tidak akan berunding dengan 'pengganas' selepas kumpulan bersenjata Islam yang menjadikan tebusan pekerja di loji gas Algeria, menuntut pertukaran dengan tahanan di penjara AS.

“Amerika Syarikat tidak akan berunding dengan pengganas," kata jurucakap Jabatan Negara, Victoria Nuland.
Beliau ditanya pemberita mengenai tuntutan penculik berkenaan yang mahu menukar tebusan asing dengan tahanan di penjara AS.

Agensi berita ANI melaporkan, pemimpin jihad, Mohktar Belmokhtar mencadangkan pertukaran antara tebusan dengan tahanan di penjara Amerika Syarikat, termasuk membebaskan warga Mesir, Omar Abdul Rahman dan pakar sains Pakistan, Aafia Siddiqui.

Abdul Rahman didakwa memainkan peranan dalam serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia di New York pada 1993.

Siddiqui pula ditahan di Afghanistan atas tuduhan membunuh pegawai AS pada 2008.- AFP

100 tebuasan asing diselamatkan, 30 masih hilang



ALGIERS: Pasukan khas tentera Algeria berjaya membebaskan kira-kira 100 tebuasan warga asing dari anggota bersenjata Islam di loji gas di sempadan Libya namun 30 lagi masih dilaporkan hilang.

“Kira-kira 100 warga asing daripada 132 tebusan oleh kumpulan pengganas yang menyerang loji gas Tiguentourine sejak Rabu lalu sudah dibebaskan,: lapor agensi berita APS memetik seorang pegawai keselamatan.
Terdahulu, agensi berita Algeria melaporkan lebih separuh daripada tebusan rakyat asing sudah dibebaskan menerusi operasi menyelamat itu. - AFP

12 tebusan, 18 penculik terbunuh



ALGIERS: Dua belas tebusan dan 18 penculik dilaporkan terbunuh sejak tentera Algeria melancarkan serbuan ke atas kumpulan bersenjata Islam yang merampas kompleks gas di sempadan Libya, Rabu lalu.

“Seramai 18 pengganas turut terbunuh selain 12 rakyat Algeria dan pekerja asing," lapor agensi berita APS tanpa memberikan butiran mengenai rakyat asing terbabit.
Lewat semalam, Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius berkata, seorang rakyat negara itu terbunuh dalam serangan tentera Algeria ke atas logi berkenaan.

Penculik dilaporkan masih menahan tujuh warga asing sebagai tebusan di loji berkenaan.

Agensi berita Mauritani, ANI melaporkan tebusan yang masih tinggal termasuk tiga rakyat Belgium, masing-masing seorang warga Jepun dan Britain.

Namun, awal pagi ini, kerajaan Belgium berkata, tiada seorang pun warganya menjadi tebusan di Algeris.

Sementara itu, sumber keselamatan Algeria berkata, kira-kira 10 tebusan masih ditahan di loji gas berkenaan. - AFP

Tuesday, January 15, 2013

Cubaan menyelamat tebusan gagal

Denis Allex

Denis Allex

Mogadishu: Operasi menyelamat seorang ejen Perancis yang ditahan militan al-Shabaab sejak 2009, menemui kegagalan hujung minggu lalu.

Kumpulan militan itu juga berkata, seorang lagi komando Perancis turut maut kerana kecederaannya, askar kedua negara berkenaan yang terbunuh selepas operasi berkenaan.
Pergerakan yang dikaitkan dengan al-Qaeda itu juga masih menawan ejen itu yang kini tebusan mereka, Denis Allex meskipun Perancis percaya dia sudah mati. Militan itu memberikan tentangan sengit apabila komando Perancis masuk ke selatan Somalia dengan helikopter ketika suasana gelap Sabtu lalu untuk cuba membebaskan Allex.


Ada kekeliruan terhadap hasil misi terbabit selepas kerajaan Perancis berkata seorang daripada komandonya mati manakala yang lain hilang tetapi kemudian berkata kedua-duanya terbunuh.

Komando kedua mati

“Komando kedua mati akibat kecederaan selepas kena tembakan. Kami akan tunjuk mayat dua lelaki Perancis itu,” kata Sheikh Abdiasis Abu Musab, jurucakap operasi tentera al Shabaab kepada Reuters melalui telefon.
Nasib Allex akan ditentukan kemudian, katanya. Menteri Pertahanan, Jean-Yves Le Drian memberitahu wartawan bahawa dua komando terbabit maut ketika melakukan operasi menyelamat dan Perancis bersedia dengan kemungkinan al-Shabaab menghantar video menunjukkan dua askar berkenaan.

“Semuanya menyebabkan kami berfikir bahawa tahanan dibunuh dan tentera lain yang hilang juga sudah dibunuh,” katanya.

Satu sumber kementerian berkata, kerajaan terdahulu percaya kedua-dua komandonya terbunuh tetapi mereka tidak mempunyai mayat.

Pegawai agensi

Allex adalah seorang daripada dua pegawai agensi risikan Perancis yang diculik al-Shabaab di Mogadishu.

Rakan setugasnya, Marc Aubriere berjaya melarikan diri sebulan selepas itu tetapi Allex ditahan.

Satu video menunjukkan Allex dalam keadaan tidak bermaya merayu Hollande untuk berunding bagi membebaskannya dalam satu halaman web yang digunakan militan Islam seluruh dunia. - REUTERS

Friday, October 26, 2012

Beberapa anggota perisik Iran cuba menculik seorang Ulama Sunni

Berita dari Malaysia: Beberapa anggota perisik Iran cuba menculik seorang Ulama Sunni Dr.Abdul Hamid di University Madinah di S.alam tetapi berjaya digagalkan oleh pasukan keselamatan Malaysia.
_________________________________________________

Iran Mencoba Menculik Seorang Ulama Sunni asal Kurdish di Malaysia

Sekelompok Intelijen Iran mengitari Universitas Internasional Al-Madinah di Kuala Lumpur, Syah Alam untuk menculik Dr. Abdul Hamid.
Selesai bekerja, beliau melihat gelagat mencurigakan di pintu masuk dan elevator. Maka beliaupun menelpon Dekan Fakultas yang sedang bertugas untuk menghubungi polici. Polisi Malaysia dengan sigap mengepung gedung dan menahan orang-orang yang mencurigakan itu. Dan setelah disidik, ternyata mereka anggota Intelijen Iran yang memasuki negara secara illegal dengan misi menculik Syeikh Dr. Abdul Hamid Al-Aly.

** Biografi Syeikh Abdul Hamid **

Syeikh Abdul Hamid adalah salah seorang ulama Sunni paling terkemuka berkebangsaan Iran yang berasal dari Propinsi Kurdistan, kota Marivan.

Syeikh ditangkap 5 tahun lalu oleh rezim Syiah Safawit di Iran dan dipenjara selama 6 bulan di penjara Evin, penjara terbesar di Iran.

Syeikh Al-Aly bekerjasama dengan saluran stasiun TV Persia Sunni dan Wissal, serta saluran Persia Noor. Syeikh telah mengupas Syiah di saluran tersebut dan mempermalukan Pemerintah dan para ulama Syiah senior.

Maka Pemerintah Iranpun memutuskan untuk melenyapkan beliau, bahkan meski berada di Malaysia.

Semoga Allah melindunginya. Amin

---------------------------------------------------
http://www.meshkat.net/content/26332
---------------------------------------------------

Iranian attempt to hijack a Kurdish Sunni scholar in Malaysia:
A group of Iranian intelligence surrounded the Al-Madinah International University Malaysia Kuala Lumpur - Shah Alam to hijack Dr.Abdul Hamid
After his work finished, he noticed suspicious movements at the entrances and elevators. So he called the Dean of the collage who in turn contact the police, Malaysian police quickly locked the building and captured the suspects and after checking them proved they elements of the Iranian intelligence entered the country illegally and their mission was kidnapping Sheikh Dr. Abdul Hamid Al-Aly.

# # # # # # Biography of Sheikh Abdul Hamid Higher # # # # # #

Sheikh Abdul Hamid Al-Aly: one of the most prominent Sunni scholars Iranian nationality and is from the province of Kurdistan and the city of Marivan. Sheikh was arrested 5 years ago by the regime of Safawit Syiah in Iran and was in prison for 6 months in Evin prison notified and the largest prison in Iran.

Sheikh Al-Aly cooperate with Sunni Persian TV stations such as channel and Wissal and channel Noor-Persian. Sheikh have exposed Syah in the channels and embarrassed the government and senior Syiah Imams, so Iranian government decided to eliminate him even in Malaysia.

May Allah protect him.

__________________________________________________

محاولة إيرانية لإختطاف أحد علماء السنة الأكراد بماليزيا :
قامت مجموعة من الاستخبارات الإيرانية بمحاصرة جامعة المدينة العالمية بماليزيا كولالمبور - شاه علم لاختطاف د. عبد الحميد
و في يقضة من الشيخ لفت انتباهه حركات لعناصر مريبة تراقب مداخل
ومصاعد الجامعة مما دفعه للاتصال برئيس الجامعة الذي قام بدوره بالاتصال بالشرطة الماليزية فسرعان ما تم تأمين المبنى وألقاء القبض على المشتبه بهم وبعد التحقق منهم ثبت أنهم عناصر تابعة للاستخبارات الإيرانية دخلوا البلاد بطريقة غير شرعية وكانت مهمتهم اختطاف الشيخ الدكتور عبد الحميد العالي .

######## سيرة الشيخ عبد الحميد العالي #########

الشيخ عبدالحميد العالي : أحد أبرز علماء السنة الإيراني الجنسية و هو من محافظة كردستان و مدينة مريوان . الشيخ اعتقل قبل 5 سنوات من قبل نظام ولاية الفقية في إيران و كان في السجن مدة 6 أشهر في معتقل إيفين أخطر و أكبر معتقل في إيران.

الشيخ العالي يتعاون مع قنوات الفارسية السنية مثل قناة وصال حق التابعة لوصال العربي و قناة وصال الفارسيه و قناة نور الفارسية و قام الشيخ بفضح الروافض في القنوات و أحرج الحكومة و كبار مشايخ الرافضة و لهذا لم تري الحكومة بداً من أن تقوم بتصفيته حفظه الله .
بدأ الشيخ دراساته الدينية من بداية شبابه و انتهي منها بعد مدة وجيزة و تخرج من مدارس دينية أهلية و عمره كان 22 سنة و بعدها سافر إلي جنوب الإيران و درس هناك عدة سنوات و كان إماما و خطيبا لعدة مناطق في الجنوب .
رجع الشيخ بعد هذه المدة إلي كردستان و مدينة سنندج بالتحديد و قام بنشر العقيدة الصحيحة عقيدة السلف الصالح و أثر علي الشباب بشكل عجيب و تجول في مدن كردية و دعا إلي الله حتي اعتقلته الحكومة في طريقه من مدينة مريوان إلي سنندج و سجنته مدة 6 أشهر و لما أطلق سراحه بدأ بدعوته إلي الله لكن الحكومة تسببت له مشاكل كثيرة و كل أسبوع تدعوه لمركز الإستخبارات بمدينة سنندج و جوانرود و كرمنشاه و كل شهر تدعوه إلى طهران ، و بعدما رأى الشيخ أنه لا يمكنه الدعوة إلي الله في بلده نوى الهجرة و ذهب إلي ماليزيا لتكميل دراسته العليا هناك و التحق بجامعة المدينة العالمية و تخرج السنة الماضية من مرحلة ماجستير برتبة ممتاز .
الشيخ الدكتور عبدالحميد العالي عنده محاضرات باللغة الكردية و الفارسية و هو باحث و متخصص في قناتي وصال حق و وصال الفارسيه و قام حفظه الله ببيان حال أهل السنة في إيران عبر القنوات و دحض شبهات الرافضة و لهذا لم تصبر الحكومة الصفوية أمام الحجج التي أظهرها الله على يديه و قامت بهذا العمل الإجرامي الجبان و لكن الله كان لها بالمرصاد و جعل كيدهم في نحورهم و حفظ الله الشيخ من محاولة الإختطاف و الإغتيال و لله الحمد.

Thursday, March 22, 2012

Selangor biaya tambang mangsa culik

Exco Kerajaan Negeri yang juga Adun Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari
SHAH ALAM – Kerajaan Selangor membiayai kos penerbangan pulang mangsa culik, Nazatul Fardiana Mohd Izwan, 14, yang ditemui di Bangkok, Thailand 11 Mac lalu.

Exco Kerajaan Negeri yang juga Adun Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari berkata, ibu remaja itu, Norazura Roski, 37, menemuinya meminta bantuan untuk membawa anaknya pulang.

“Ini kerana, remaja itu perlu dibawa pulang melalui jalan udara atas sebab keselamatan. Saya difahamkan, peruntukan Kerajaan Pusat hanya untuk perjalanan darat,” kata Yaakob pada sidang media di sini, semalam.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya telah menghantar dua pegawai untuk mengiringi Norazura ke Bangkok, Jumaat lalu.

Yaakob berkata, Nazatul sepatutnya pulang pada 17 Mac namun ditangguh sehingga 19 Mac bagi membolehkan urusan dokumentasi diselesaikan.

Remaja itu yang tiba di LCCT Sepang jam 8.50 malam 19 Mac, terus dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya di Petaling Jaya, untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Difahamkan, sehingga kini dia masih ditempatkan di hospital itu dengan kawalan keselamatan yang ketat.

Remaja itu dilaporkan hilang 31 Januari lalu selepas dikatakan keluar ke rumah rakannya sehari sebelum itu.

12 Mac lalu, dia dikatakan menghubungi ibunya memberitahu berada di Thailand dan baru melepaskan diri daripada penculik.

Sehari sebelum itu, dia ditemui di stesen kereta api Hua Lampong, Bangkok bersama lima lagi remaja dari Myanmar berusia antara 15 hingga 17 tahun yang dipercayai turut menjadi mangsa culik.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, Nazatul hingga kini masih trauma dan masih dirawat di hospital.

“Dia hanya beritahu polis diculik dan dibawa dalam sebuah van putih dari Seksyen 9, Shah Alam,” katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 366 Kanun Keseksaan kerana menculik.

Pada 30 Januari, penuntut tingkatan tiga itu diturunkan ibunya di hentian bas di sini kira-kira 1 tengah hari. Esoknya, apabila dia tidak pulang ke rumah, ibunya membuat laporan polis di sini.

Saturday, September 3, 2011

Militan Taliban culik 40 kanak-kanak Pakistan



03/09/2011 2:13am

KHAR, Pakistan 3 Sept. - Kumpulan militan Taliban menculik seramai 40 kanak-kanak lelaki Pakistan yang menyeberangi sempadan tidak bertanda di barat laut negara itu berhampiran Afghanistan.
Menurut Pegawai Kanan Tempatan, Syed Nasim, kejadian itu berlaku semalam selepas kumpulan kanak-kanak lelaki yang berusia antara 12 hingga 18 tahun melawat kawasan Gharkhi di wilayah puak Bajaur bagi meraikan sambutan hari kedua Aidilfitri.
“Kanak-kanak tersebut secara tidak sengaja menyeberang sempadan ke Afghanistan ketika mereka sedang berkelah,” katanya.
Bagaimanapun, polis sempadan Afghanistan, Ketua Komander Aminullah Amarkhel menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang maklumat tentang penculikan itu. - AFP

Saturday, August 27, 2011

Mangsa culik di Jolo hidup dalam tekanan



KUALA LUMPUR 26 Ogos - Rakyat Malaysia yang kini diculik di kepulauan Jolo, Filipina, Mohd. Nazaruddin Saidin dipercayai berdepan dengan kesukaran hidup kerana dipercayai hanya menjamah nasi berlaukkan garam sebagai menu tetap setiap hari.
Sumber polis berkata, walaupun penculik meminta wang tebusan bernilai jutaan ringgit, mangsa tetap diberi tekanan lebih-lebih lagi dia terpaksa berpindah-randah bagi mengelakkan dikesan oleh pihak ketiga.
Kata sumber berkenaan, Nazaruddin terpaksa dialihkan setiap masa agar pihak ketiga itu tidak menemui kumpulan penculik seterusnya 'mengambi alih' penculikan itu.
"Sindiket penculikan di sana boleh diibarat sebagai satu industri dan kumpulan penculik begitu menjaga mangsa agar kegiatan mereka itu memperoleh hasil dengan pembayaran wang tebusan.
"Oleh itu, mereka harus berpindah-randah setiap masa dan ia tentu sekali memberi kesan kepada mangsa culik. Nazaruddin mungkin diberi makan nasi berlaukkan garam dan tidur di atas tanah sahaja," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Nazaruddin ke kepulauan terbabit awal Mei lalu untuk menambah pendapatan keluarga dengan berniaga cicak tokek. Namun, langkahnya ternyata silap apabila dia akhirnya menjadi mangsa sindiket penculikan yang dipercayai anggota Abu Sayyaf.
Bagaimanapun, kepulangan ahli perniagaan kecilan itu ternyata ditunggu-tunggu ahli keluarganya terutama enam anaknya menjelang sambutan Aidilfitri ini.
Mengulas lanjut sumber memberitahu, Nazaruddin ternyata bernasib baik kerana penculiknya beragama Islam.
"Mereka mungkin akan mengacah-acah membunuh rakyat Eropah tetapi tidak akan sesekali mengapa-apakan mangsa yang seagama dengan mereka," jelas sumber itu.
Ditanya tentang nilai wang tebusan Nazaruddin semasa pula, sumber polis itu tidak menolak, jumlahnya telah meningkat memandangkan tempoh penculikan telah berlarutan beberapa bulan.
"Selagi mereka tidak dapat wang serta berpindah-randah, kos akan meningkat kerana pengawal yang menjaga Nazaruddin juga perlu diberikan upah.
"Malah, walaupun hanya memberi makan nasi berlaukkan garam, itu juga kos yang akan dimasukkan dalam wang tebusan itu nanti," katanya.utusan

Tuesday, August 16, 2011

Bapa bintang Chelsea diculik di Nigeria


John Obi Mikel
John Obi Mikel


LONDON: Bapa kepada pemain Chelsea dari Nigeria, John Obi Mikel dilaporkan diculik dari rumahnya tetapi setakat ini belum ada wang tebusan diminta.

Wakil pemain itu semalam berkata, Michael Obi, yang menjalankan perniagaan kenderaan diculik di Jos, Nigeria, Jumaat lalu.
Mikel, 24, bermain sepenuh masa dalam saingan pembukaan musim baru ketika Chelsea menentang Stoke City yang berkesudahan 0-0, kelmarin. - AFP-bharian

Thursday, August 11, 2011

Datuk, nenek cuba larikan cucu



LUNAS - Kerana tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah, dua warga emas yang juga datuk serta nenek kepada dua murid berusia 10 dan 12 tahun bertindak nekad melarikan cucu mereka yang sedang belajar dalam kelas di sebuah Sekolah Kebangsaan Cina kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin.

Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM), Khor Eng Khim berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh orang ramai dan mengarahkan ahli PPKM sedang membuat rondaan pergi ke tempat kejadian.

Menurutnya, warga emas berkenaan datang dengan menaiki kereta Toyota Avanza sebelum memasuki kawasan sekolah.

Katanya, mereka kemudiannya terus menuju ke kelas murid berkenaan dan menarik kedua-dua beradik itu keluar dari kelas serta membawa mereka masuk ke dalam kereta.

“Ahli PPKM yang sampai di tempat kejadian menutup pagar sekolah dan menghalang kenderaan terlibat dari melarikan mangsa. Lebih 100 ahli PPKM sampai di tempat kejadian. Saya dimaklumkan ibu bapa pelajar itu sudah bercerai. Dua warga emas itu adalah waris kepada ibu mangsa. Mereka bertindak demikian bertujuan untuk melarikan mangsa. Ketika ditahan, kedua-dua mangsa masih menangis di dalam kereta dan meminta tolong.

“Saya mengarahkan ahli PPKM menutup pagar sekolah dan mengepung kawasan tempat kejadian supaya suspek tidak melarikan diri sebelum memaklumkan kejadian itu kepada polis,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, mahkamah menetapkan hak penjagaan kedua-dua pelajar itu diberi kepada bapa mereka.

“Polis datang ke tempat kejadian hanya untuk meredakan keadaan selain melaksanakan arahan mahkamah.

“Ini adalah masalah keluarga. Kita tidak boleh ingkar pada arahan yang diputuskan oleh mahkamah. Ibu bapa pelajar ini sudah bercerai dan mahkamah menetapkan hak penjagaan mereka diberikan kepada bapa. Polis tidak membuat sebarang tangkapan selain mengarahkan waris terlibat mematuhi arahan yang dikeluarkan,” katanya.-SH

Wednesday, August 10, 2011

Lelaki Myanmar mangsa culik ditemui mati

GEORGE TOWN: Lelaki Myanmar yang dilaporkan hilang dipercayai diculik sejak dua hari lalu, ditemui mati di kawasan berbukit, Bukit Tengah, Seberang Perai awal pagi tadi. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu yang ditemui dengan kesan kelar di leher kira-kira jam 3 pagi, adalah susulan penangkapan tiga suspek semalam. Mangsa yang bekerja sebagai juruteknik elektrik dilaporkan hilang selepas keluar rumah untuk urusan kerja pada Isnin selepas menerima panggilan telefon kira-kira jam 2 pagi.
"Isteri mangsa sudah membuat laporan polis apabila suaminya tidak pulang ke rumah susulan panggilan telefon daripada penculik meminta wang tebusan RM30,000 yang kemudian dikurangkan kepada RM10,000," katanya kepada pemberita, di sini. Hasil maklumat awam, polis menahan tiga suspek yang membawa kepada penemuan mayat mangsa, selain lapan lagi lelaki warga Myanmar dan rakyat tempatan di sekitar Bukit Mertajam dan George Town bagi membantu siasatan, katanya. Ayob berkata kejadian dipercayai bermotifkan dendam dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA -bharian

Sunday, August 7, 2011

Air mata berlinang dengar rintihan anak


MAZLINA  bersama Athirah mengenang nasib mereka selepas   Mohd Nazarrudin diculik sejak 8 Mei lalu oleh kumpulan penculik di Filipina.
MAZLINA bersama Athirah mengenang nasib mereka selepas Mohd Nazarrudin diculik sejak 8 Mei lalu oleh kumpulan penculik di Filipina.

Bekas isteri mangsa culik buntu fikir kebajikan keluarga

KUALA LUMPUR: Hanya linangan air mata menemani Mazlina Mohamad, 38, setiap kali anak kecilnya, Nur Athirah Mohd Nazaruddin, 4, bertanya mengapa bapanya tiada bersama untuk berbuka puasa dengan mereka, malah masih belum pulang sejak awal Mei lalu.

Bagai jatuh ditimpa tangga, bekas isteri kepada penganggur, Mohd Nazarrudin Saidin yang kini dijadikan tebusan kumpulan penculik di selatan Filipina itu sudah tidak lagi dapat menjual kuih bagi menyara enam anaknya.
“Memang ada yang bertanya mengapa saya perlu bersusah payah kerana sudah bercerai. Athirah anak saya juga. Saya terpaksa menyara mereka terutama sewaktu bekas suami tiada. Keadaan makin buruk kerana saya tidak lagi dapat menjual kuih.
“Sebelum ini saya menumpang tapak berniaga dengan keluarga bekas suami yang berniaga nasi lemak pada sebelah pagi, sekarang mereka berniaga di bazar Ramadan dan saya pula tidak sempat untuk melayan kerenah anak-anak sambil membuat kuih,” katanya kepada Berita Minggu baru-baru ini.

Mohd Nazarrudin, nekad meletak jawatan sebagai pemandu lori untuk menjadi orang tengah dalam urus niaga cicak tokek atau gecko sebelum dia ditahan kumpulan penculik di Pulau Jolo, selatan Filipina 8 Mei lalu.

Laporan awal menyatakan kumpulan penculik disyaki mempunyai kaitan dengan Abu Sayyaf serta terbabit dalam keganasan dan menculik demi mendapatkan wang, menuntut wang tebusan sebanyak RM5.6 juta.

Mazlina juga amat berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Pusat Zakat Selangor segera memproses permohonan bantuannya lebih-lebih lagi Aidilfitri semakin hampir.
“Saya mendapat surat daripada JKM menyatakan mereka bersetuju memberikan bantuan bulanan tetapi sehingga kini saya masih belum menerima pengesahan atau bantuan berkenaan. Bagi kami sekeluarga, Ramadan dan Aidilfitri sudah tiada maknanya, tiada serinya kerana pelbagai penderitaan terpaksa diharungi,” katanya.

Bapa Mohd Nazarrudin, Saidin Abdul Aziz sebelum ini menyatakan, mereka tidak berupaya menyediakan wang tebusan seperti diminta kerana hidup seumpama kais pagi makan pagi saja.

“Usahkan berjuta-juta, nak cari seratus dua sebulan pun sukar buat kami. Kami berharap kumpulan penculik di Filipina dapat menimbangkan semangat persaudaraan sesama Islam sempena kesucian Ramadan dengan membebaskan Mohd Nazarrudin tanpa syarat.

“Dia pun bukannya berduit ketika ke sana. Dia pergi kerana terpedaya dengan dakwaan pihak tertentu yang menyatakan dia boleh mendapat untung lumayan andai memiliki cicak tokek. Bila ini berlaku, dia dan kami benar-benar tersepit,” katanya.

Dua minggu lalu, kumpulan penculik itu menuntut wang tebusan segera dibayar dan mengugut mahu menyembelih Mohd Nazarrudin andai tuntutan itu tidak dipenuhi. bharian

Friday, July 15, 2011

Buku mangsa culik dapat sambutan


KULIT buku A Stolen Life
KULIT buku A Stolen Life


LOS ANGELES: Buku mengisahkan pengalaman mangsa culik yang kemudian diselamatkan, Jaycee Dugard bertajuk A Stolen Life mendapat sambutan hangat apabila 175,000 naskhah dibeli pada hari pertama dijual, kata penerbitnya, Simon & Schuster, kelmarin.
Sambutan hangat terhadap buku nukilan Dugard mengenai pengalamannya itu adalah satu rekod apabila hampir 100,000 e-buku selain ‘audio book’ atau rakaman dijual dalam tempoh sehari, kata penerbit itu lagi.
Dugard diculik ketika berusia 11 tahun oleh pesalah seks, Phillip Garrido dan dijadikan tahanan selama 18 tahun. Dalam tempoh itu, dia dirogol, diikat dan melahirkan dua anak perempuan zuriat penculiknya.

Dia akhirnya diselamatkan di utara California bersama dua anak perempuannya pada 2009 apabila kehadiran Garrido menimbulkan kecurigaan semasa berada di kampus universiti negeri itu.

Sejak itu, Dugard kembali bersama dengan keluarganya sejak terpisah pada 1991. Dia tinggal dengan ibunya dan dua anaknya.

Garrido pula dihukum penjara seumur hidup kerana didapati bersalah menculik dan melakukan pelbagai serangan seksual manakala isterinya, Nancy dikenakan hukuman penjara 36 tahun.
Keluarga Dugard menerima pampasan AS$20 juta (RM60.5 juta) menerusi tabung pampasan mangsa negeri. Buku A Stolen Life menceritakan suka duka kehidupannya merangkumi tempoh sejak penculikan itu pada 1991 hingga hari ini.

Baru-baru ini, petikan buku berkenaan disiarkan dalam majalah People diikuti dengan temuramah oleh Diane Sawyer dalam siaran Primetime ABC pada 10 Julai.

Rancangan itu ditonton hampir 15 juta penonton, menjadikannya program televisyen yang paling tinggi jumlah tontonan.

Dugard yang kini berusia 31 tahun juga memberitahu Sawyer mengenai pengalamannya melahirkan anak pertamanya pada usia 14 tahun dengan berkata: “Bersalin memang menyakitkan tetapi sekarang saya tidak lagi bersendirian.”

“Sungguh jelas yang buku itu menyentuh perasaan,” kata Timbalan Presiden Eksekutif dan Penerbit Simon & Schuster, Jonathan Karp.

“Jutaan orang yang membaca petikan dalam majalah People dan menonton temuramah Dugard itu mahu mengetahui cerita lanjut mengenai beliau dan komen yang diperoleh daripada online menunjukkan pembaca mendapat inspirasi daripada kekuatan dan ketahanan Dugard,” katanya. – Reuters Berita Harian Online | Buku mangsa culik dapat sambutan

Wednesday, May 25, 2011

MILF bantu tentera selamat mangsa culik

MANILA: Kumpulan pemisah Islam di Filipina bekerjasama dengan tentera negara itu untuk menyelamatkan seorang ahli perniagaan wanita yang ditahan sekumpulan penculik di selatan negara itu, semalam.
Dalam satu kenyataan, Ketua Perunding Kerajaan, Marvic Leonen menyifatkan kerjasama itu sebagai satu keyakinan baru dalam rundingan damai antara kerajaan dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang mempunyai 12,000 pejuang.

“Usaha menyelamat ahli perniagaan, Angelina Suken Chew adalah perkembangan positif dalam proses damai.
“Kerjasama berkenaan dijalankan sejak 10 hari lalu,” kata Leonen.

Chew diculik oleh sekumpulan lima lelaki bersenjata dari rumahnya di Maguindanao sebelum dibawa ke kawasan yang dikuasai MILF.

Sumber polis dan tentera berkata, penculik berkenaan menuntut wang tebusan berjumlah 20 juta peso (RM1.4 juta) untuk membebaskan Angelina, ahli perniagaan tempatan yang kaya. - AFP
myMetro | MILF bantu tentera selamat mangsa culik

Saturday, May 21, 2011

Abu Sayyaf tuntut wang



ZAMBOANGA , Filipina 20 Mei - Anggota militan di selatan Filipina yang menculik seorang ahli perniagaan Malaysia, Mohammad Nazaruddin Saidin, dilapor meminta wang tebusan sebanyak lapan juta peso (RM558,000), kata polis tempatan hari ini.
Ketua Polis wilayah, Felicisimo Khu berkata, kumpulan Abu Sayyaf yang menculik rakyat Malaysia itu pada 7 Mei lalu dilapor meminta wang tebusan tersebut dari seorang pegawai konsul Malaysia di negara ini.
Ahli perniagaan cicak tokek berusia 38 tahun itu sebelum ini dikenal pasti pihak berkuasa Filipina sebagai Mohammad Nasaruddin Bensaidin dan dia diculik sekumpulan 10 lelaki bersenjata berhampiran bandar Indanan di Pulau Jolo, selatan negara ini.
Khu berkata, perkara itu dimaklumkan pegawai konsul Malaysia tersebut kepada polis Indanan hari ini.
Katanya, tebusan kini ditempatkan di sebuah kampung berhampiran yang tidak dinyatakan lokasinya.
Tambah beliau, nasib rakyat Malaysia yang berasal dari Sungai Buloh, Selangor itu juga masih belum diketahui.
Jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Randolph Cabangbang sebelum ini berkata, Mohammad Nazaruddin diculik selepas berada di pulau itu selama sebulan.
Ditubuhkan pada 1990-an dengan wang pembiayaan dari jaringan al-Qaeda pimpinan Osama bin Laden, Abu Sayyaf mengaku bertanggungjawab di atas serangan-serangan keganasan Filipina termasuk pengeboman feri 2004 yang mengorbankan lebih 100 nyawa.
Kumpulan militan itu juga dipertanggungjawabkan di atas beberapa kes penculikan melibatkan rakyat asing, ahli perniagaan tempatan dan mubaligh bagi mendapatkan wang tebusan. – AFP

RM560,000 untuk bebas Nazaruddin

ZAMBOANGA (Filipina): Kumpulan militan Islam yang dipertanggungjawabkan atas serangan keganasan paling buruk di negara ini menahan seorang lelaki warga Malaysia dan menuntut wang tebusan, kata polis tempatan, semalam.
Menurut Ketua Polis, Felicisimo Khu, kumpulan Abu Sayyaf yang menahan Mohammad Nazaruddin bin Saidin menuntut bayaran tebusan daripada Pegawai Pejabat Konsulat Malaysia yang kemudian melaporkan hal itu kepada polis di selatan negara ini. Mangsa, peniaga berusia 38 tahun diculik pada 7 Mei lalu oleh kira-kira 10 lelaki bersenjata berhampiran bandar Indanan di Pulau Jolo.

Pegawai Konsulat melaporkan kepada Polis Indanan bahawa kumpulan lelaki bersenjata itu menuntut tebusan AS$186,000 (RM558,000). - AFP

Thursday, March 31, 2011

Kes penculikan pelakon Bawang Putih Bawang Merah masih disiasat


JAKARTA: Polis masih menjalankan siasatan terhadap kes penculikan pelakon sinetron Bawang Merah Bawang Putih, Afifa Syahira, kata pihak keselamatan, semalam.
Jurucakap polis Metro Jaya, Baharuddin Djafar, berkata tumpuan utama siasatan adalah motif penculikan Afifa dan bagaimana dia dilarikan.

“Kes itu masih dalam peringkat siasatan dan akan dilengkapkan tidak lama lagi,” katanya.

Afifa dilaporkan hilang sejak tiga bulan lalu tetapi ibu bapanya hanya membuat laporan pada awal bulan ini.

Kata Baharuddin, siasatan mendapati Afifa dilarikan individu yang dikenalinya.

“Pihak yang menculik Afifa adalah iparnya,” katanya.

Menurut Baharuddin, ketika ini Afifa dikembalikan kepada keluarganya dan polis mempunyai seorang suspek - dikenali sebagai WW. - ID