Monday, May 14, 2012

Betapa jahatnya 'bapa' lembu Shahrizat ni .

MIMPI SENJA: Betapa jahatnya 'bapa' lembu Shahrizat ni .... hampa tengok la ...!!!:

Saya kesal dengan tindakan NFC dan Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail yang terus menerus memburu rakyat yang tidak bersalah untuk dikenakan hukuman berat kerana disyaki membantu pendedahan segala penyelewengan yang berlaku di NFC.
Terbaru, beliau secara bertubi-tubi membuat aduan dan memberi tekanan kepada Public Bank dan Bank Negara Malaysia untuk mengambil tindakan terhadap Encik Johari Mohamad yang dituduhnya membocorkan maklumat pembelian harta mewah di KL Eco City kepada saya.
Akibat tekanan ini, tindakan telah diambil oleh Public Bank dan Bank Negara Malaysia terhadap Encik Johari Mohamad. Beliau yang sudah tidak tahan dengan tekanan dan tindakan selama sebulan akhirnya membuat keputusan meletakkan jawatan dari Public Bank setelah berkhidmat berbelas tahun.

Tidak cukup dengan merosakkan periuk nasi rakyat yang tidak berdosa, Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail dan NFC terus memburu dengan mengenakan tekanan kepada Bank Negara pula. Hari ini, Encik Johari Mohamad akan disiasat dibawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) yang boleh dikenakan hukuman penjara 5 tahun.
Tindakan yang bersifat dendam kesumat ini sudah tentu dibincangkan dan mendapat restu Dato’ Seri Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno. Sebelum ini, apabila ditanya apa tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang mendedahkan penyelewengan NFC, Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail sendiri mengatakan bahawa beliau akan berbincang dengan keluarga.
Tindakan dendam kesumat ini juga bertentangan dengan kenyataan Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail bahawa beliau tidak berdendam dengan sesiapa kecuali saya dan beliau tidak akan mengambil tindakan terhadap sesiapa pun kecuali saya.
Jelasnya, beliau sedang berusaha untuk mengenakan tindakan terhadap semua yang beliau syaki membantu mendedahkan penyelewengan dan kekayaan peribadi keluarga beliau.
Beliau tidak sedar bahawa tindakan dendam kesumat itu memberi imej yang buruk terhadap Umno. Ahli Umno sendiri menolak penyelewengan yang dilakukan oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil, maka sudah tentu mereka pun muak dengan sikap penting diri keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil yang akan terus mengheret Umno ke dalam skandal NFC yang tiada penghujungnya.
KEADILAN akan membantu sepenuhnya Encik Johari dari aspek bantuan guaman dan berusaha mendapatkan kerja baru supaya beliau tidak terus dimangsakan oleh dendam kesumat keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil.
Saya mendesak Bank Negara Malaysia supaya tidak tunduk kepada tekanan Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya. Sungguh malang apabila semua institusi negara – dari PDRM, SPRM dan kini BNM – diheret oleh beliau semata-mata untuk menutup penyelewengan yang telah berlaku.
MOHD RAFIZI RAMLI, PENGARAH STRATEGI KEADILAN
KENYATAAN ENCIK JOHARI MOHAMAD
Saya, Johari Mohamad, adalah seorang kakitangan Public Bank yang bertugas di cawangan Jinjang.
Pada 24 April 2012, saya menerima sepucuk surat dari majikan saya menyatakan saya didakwa melanggar tatacara dan disiplin tempat kerja berikutan satu aduan yang dibuat oleh Dato’ Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.
Aduan itu juga menuduh saya melanggar peruntukan Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 yang boleh disabitkan hukuman berat.
Saya telah melalui proses perbicaraan disiplin (domestic inquiry) di Public Bank. Akibat tekanan di tempat kerja dan pelbagai tindakan yang diambil terhadap saya, saya telah membuat keputusan untuk berhenti kerja. Saya telah pun menyerahkan surat perletakan jawatan ekoran aduan yang dibuat oleh Dato’ Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.
Hari ini pula, saya telah diarahkan untuk melaporkan diri bagi tujuan siasatan di bawah Akta BAFIA di Bank Negara jam 2 petang nanti. Saya kini disiasat pula oleh Bank Negara Malaysia di bawah BAFIA yang boleh membawa hukuman berat.
JOHARI MOHAMAD, PUBLIC BANK, CAWANGAN JINJANG


Malaysia Chronicle

'via Blog this'

Maksiat Sebelum TERHEMPAS



JAKARTA - Buat maksiat sebelum mati. Mungkin itulah perkataan yang sesuai kepada sebahagian penumpang pesawat Sukhoi Superjet 100 yang sedang melakukan joy flight (ujian penerbangan) dan akhirnya terhepas di kawasan Cidahu, Gunung Salak, Sukabumi, Jawa Barat, Rabu lalu (9/5/2012). Pesawat yang dibawa oleh juruterbang Alexander Yablontsev dan pembantu juruterbang Alexander Kochetkov membawa sekitar 50 orang penumpang.

Seperti dipetik dari laman web www.phylopop.com, dari sekian banyak gambar yang tersebar, sekurang-kurangnya ada 3foto yang menunjukkankan aktiviti pramugari yang menjamu arak kepada para penumpang. Minuman haram itu diberikan ketika pesawat buatan Rusia itu di udara. Semua jenis bir itu mengandung alkohol yang tinggi (sampai 15%) yang boleh mempengaruhi kesedaran seseorang. Apakah juruterbang dan pembantu juruterbang turut diberi minuman bir ini atau tidak?. Wallahu a'lam, belum dapat dipastikan. Jika itu terjadi, ia boleh menjadi punca kelalaian manusia (human error)yang menyebabkan kecelakaan pesawat Sukhoi Superjet 100.

Ulasan terhadap tersebarnya gambar-gambar ini, Ketua Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia Bekasi, Ustaz Bernard Abdul Jabbar, mengaku sangat mengecewakan. Ustaz Bernard mengingatkan bahawa segala musibah biasanya memang selalu didahului oleh kemaksiatan. "Ini peringatan dari Allah Swt. Mereka bermaksiat sebelum take off. Melalui peristiwa ini Allah Swt mengingatkan kita semua untuk menjauhkan diri dari maksiat. Itu pelajarannya," katanya. Inilah gambar-gambar lain dalam pesawat yang menunjukkan adanya petsa menjamu hidangan arak di dalam pesawat Sukhoi SJ-100








http://pulakdah.blogspot.com

DS Nizar Hadir Ceramah UMNO Malam Tadi


Gambar: Nizar (duduk, dua dari kanan) hadir pada ceramah 'Nizar Pembohong Bersiri' anjuran Umno di Tualang Sekah, Kampar malam tadi.] Foto dari web Tranungkite.
 
KL, 14 Mei 12: "Apa salahnya saya duduk dan dengar untuk tahu apa pembohongan yang mungkin saya sudah lupa," kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Nizar berkata demikian apabila ditanya faktor yang mendorong beliau hadir ke ceramah anjuran Umno Kampar bertajuk 'Nizar Pembohong Bersiri' di Tualang Sekah, malam tadi.

"Bila saya dapat tahu ceramah itu memang untuk dedahkan pembohongan saya, eloklah saya pergi dengar sendiri supaya mereka berterus terang.

"Kebetulan giliran saya berceramah tidak jauh dari situ jam 11 malam. Jadi saya minta kawan hantarkan dengan motor ke ceramah mereka," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Cerita Nizar, ketika beliau sampai dan duduk di meja utama, bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Nasional Hanafiah Man sedang 'mengumpat' beliau. Namun apabila menyedari kehadiran Nizar, Hanafiah terdiam seketika dan terus menukar topik.

"Saya pun tak tahu kenapa mereka terkejut dan tak teruskan ucapan, tak tahu mereka rasa bersalah atau apa," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Tambah Nizar lagi, kebanyakan orang luar yang hadir ke ceramah itu sebaliknya orang kampung tersebut hadir ke ceramah PAS yang hanya kira-kira 150 meter dari tapak ceramah Umno itu.

"Orang kampung situ memang kenal saya dan keluarga saya mungkin sebab itu mereka lebih berminat untuk hadir ke ceramah PAS," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Katanya juga, kehadirannya menyebabkan matlamat Umno untuk memfitnahnya gagal dan menimbulkan rasa tidak senang penganjur.

"Saya duduk sebelah (Ketua Umno Bahagian Kampar ) Datuk Radzi (Manan). Beliau bisik kepada saya suruh beredar untuk mengelakkan pergaduhan.

"Katanya kalau orang Umno hadir ceramah saya, mesti saya pun tak suka. Saya kata, saya lagi suka kalau orang Umno hadir ceramah saya. Senang saya nak sampaikan maklumat," katanya lagi.

Ekoran tindakan beraninya itu, ramai pengikutnya di blog mikro Twitter memuji dan mengucapkan tahniah kepadanya.

(Hrkh)

Polis tahan 21 peserta demonstrasi, 120 diminta serah diri sehingga esok

Berita Harian Online | Polis tahan 21 peserta demonstrasi, 120 diminta serah diri sehingga esok:
KUALA LUMPUR: Polis masih menunggu 120 peserta, perhimpunan yang bertukar ganas di ibu negara pada 28 April lalu, yang disiarkan wajah mereka dalam media, untuk menyerah diri sehingga esok. 

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, berkata sehingga semalam, 21 peserta terbabit ditahan dengan sebahagiannya menyerah diri kepada polis dan ada yang ditahan di rumah mereka.
Beliau berkata, secara keseluruhan polis sudah menyiarkan 141 gambar wajah demonstran yang dipercayai terbabit dalam rusuhan di Dataran Merdeka itu.
"Kita akan mengesan dan menangkap mereka yang belum menyerah diri. Kita tidak perlukan waran tangkap kerana ia kesalahan lazim ditangkap dan merusuh merupakan kesalahan lazim," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen derma darah peringkat polis kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini. 

Pada 28 April lalu, segelintir daripada peserta perhimpunan itu bertindak merempuh penghadang untuk memasuki Dataran Merdeka sekali gus melanggar perintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang melarang kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei. 

Berikutan itu, polis menyiarkan gambar peserta berkenaan melalui media dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin, berkata polis akan membuat tangkapan dari rumah ke rumah terhadap peserta perhimpunan, yang enggan menyerah diri, mulai Rabu ini selepas tempoh seminggu diberikan untuk mereka. 

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak membenarkan perhimpunan itu dijalankan di Dataran Merdeka dan memberikan tempat lain sebagai pilihan kerana dataran hanya sesuai untuk acara rasmi peringkat nasional. - BERNAMA
'via Blog this'

Nama Noramfaizul diabadi di Memorial Wartawan AS

Nama Noramfaizul diabadi di Memorial Wartawan AS - Nasional - Sinar Harian:

Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor
Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor
KUALA LUMPUR- Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera televisyen Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) yang terbunuh semasa bertugas di Somalia tahun lepas menjadi wartawan Malaysia pertama diberi penghormatan oleh sebuah muzium khusus untuk  wartawan di Amerika Syarikat.

Nama Noramfaizul diukir pada arca kaca di memorial itu di dalam bangunan Newseum iaitu muzium yang dikhususkan untuk wartawan dan berita, terletak di Pennsylvania Avenue berhampiran bangunan Kongres Amerika Syarikat di Capitol Hill.

Nama Allahyarham juga boleh diakses di laman web muzium itu http://www.newseum.org .

Nama Noramfaizul diabadikan sebaris dengan 69 lagi petugas media dari seluruh dunia yang terkorban atau terbunuh semasa sedang berkhidmat atau menjalankan tugas liputan berita sepanjang tahun 2011.
Allahyarham Noramfaizul,39, terbunuh kerana terkena peluru sesat, semasa membuat liputan misi bantuan kemanusiaan anjuran Kelab Putra 1Malaysia bersama-sama sekumpulan wartawan Malaysia di Mogadishu pada 2 Sept tahun lepas.

Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong berkata, “Kami berasa sungguh terharu atas dedikasi yang diberikan kepada Noramfaizul di Memorial Wartawan di Newseum ini. Pemergian beliau adalah amat mendukacitakan kerana ia berlaku semasa beliau sedang bertugas.

“Tetapi kami berasa bangga yang usaha beliau merakamkan peristiwa berlaku di Somalia tidaklah sia-sia kerana ini menunjukkan keamanan masih rapuh di sana,” kata Yong.
Menurutnya, sebagai wartawan mereka akan cuba sedaya upaya menjadi pencatat sejarah dan dalam tugas sedemikian ia mungkin dipenuhi bahaya atau risiko.

“Kami amat sukacita kerana Noramfaizul dilihat oleh pihak Memorial Wartawan layak diberi penghargaan atas usaha beraninya itu, dan saya amat berterima kasih kepada mereka yang terlibat dalam memberi penghormatan ini kepada beliau,” tambah Yong.

Memorial Wartawan ini setiap tahun akan memberi penghormatan kepada petugas-petugas media seperti wartawan, jurufoto, jurukamera televisyen, editor, hos berita radio atau televisyen dari seluruh dunia yang terkorban kerana melaksanakan tugas mereka pada tahun sebelumnya.

Sehingga ini, iaitu sejak memorial itu diwujudkan pada tahun 1837, sejumlah 2,084 nama wartawan, jurufoto, penyiar dan pegawai kanan berita yang telah terkorban atau terbunuh dicatatkan di memorial berkenaan.

Untuk tahun ini, nama Allahyarham Noramfaizul diabadikan sebaris dengan nama-nama petugas berita dari organisasi media besar seperti Al-Jazeera, BBC, Geo TV (Pakistan), Perbadanan Penyiaran Australia, European Pressphoto Agency, Getty Images, The London Post, La Prensa, Radio Free Europe dan Asia Times Online.

Dalam senarai tahun lepas, wartawan yang paling muda terbunuh ialah Luis Emanuel Ruiz Carrilo dari La Prensa, berusia 21 tahun, yang diculik dan dibunuh dipercayai oleh anggota kartel dadah di Mexico.

Wartawan paling tua terkorban ialah Paul Lockyer dari Australia, Rafik Tagi dari Azerbaijan dan Phamon Phonphanit dari Thailand, kesemuanya berusia 61 tahun.
Lockyer terkorban apabila helikopter yang naikinya terhempas, Rafik mati ditikam manakala Phamon terbunuh akibat terbakar ekoran serangan bom oleh puak pemisah Selatan Thailand di Sungei Golok.

Negara yang merekodkan paling ramai wartawan terbunuh ialah Iraq iaitu tujuh orang yang kebanyakannya mati akibat terkena serangan puak yang bertelingkah serta tujuh wartawan terkorban di Pakistan akibat pembunuhan dan letupan bom di tempat awam.

Semasa membuat pengumuman mengenai acara ini minggu lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Newseum James C Duff berkata: “Mereka yang berani dari kalangan lelaki dan wanita yang nama mereka diabadikan di Memorial Wartawan ini mengingatkan kita bahawa hanya sedikit mengenai kebebasan akhbar yang sebenarnya bebas.”

“Setiap hari, wartawan di seluruh dunia berkejar untuk menjadi saksi, kadang kala hingga membahayakan diri, bagi mencatat draf sejarah yang pertama. Newseum begitu bangga memberi penghormatan kepada wartawan-wartawan ini yang telah berkorban nyawa demi mencari kebenaran,” katanya.

Senarai petugas media yang terkorban setiap tahun ini dikumpul oleh staf Newseum daripada maklumat yang diperoleh dari pelbagai pihak seperti Jawatankuasa Melindung Wartawan, Institut Akhbar Antarabangsa, Wartawan Tanpa Sempadan, Persekutuan Wartawan Antarabangsa dan dari laporan-laporan berita dan sumber-sumber lain. - Bernama

'via Blog this'

Pengerusi SPR letak jawatan atau Bersih 4.0

Pengerusi SPR letak jawatan atau Bersih 4.0:
PUTRAJAYA, 30 April:PAS mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletak jawatan segera jika tidak berdepan Bersih 4.0.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sewaktu pada penyerahan memorandum kepada SPR petang tadi menyatakan tempoh diberikan selam tiga puluh hari untuk mereka meletakkan jawatan.

"Kita mendesak agar kedua-dua mereka meletak jawatan segera, tempoh tiga puluh hari diberikan kepada mereka jika tidak kemungkinan Bersih 4.0 akan diadakan," jelasnya di lobi Pejabat SPR, petang tadi.

Tambahnya, segala keputusan akan dilakukan oleh pihak Jawatankuasa Pemandu Bersih dan setiap apa yang diputuskan, PAS akan menyokong sepenuhnya.

Menurutnya lagi, sistem pilihan raya adalah mekanisme yang utama untuk merealisasikan demokrasi di negara kita, ia merupakan asas kepada pemilihan dan penubuhan kerajaan.

"SPR perlu menjalankan tugas dan memantau pilihan rara secara tidak berpihak dan neutral, adalah amat penting bagi SPR menjadi bebas dan tidak berpihak supaya SPR dapat memenangi keyakinan orang awam terhadap peranan dan fungsinya.

"Malangnya walaupun selepas lebih lima dekad negara kita merdeka, perjalanan dan sistem pilihan raya di negara kita terus berjalan dengan tempang, tidak telus dan penuh keyakinan," katanya.

Malah lebih parah lagi, katanya kedua-duanya yang berada dalam SPR dilihat telah memihak dan menjadi alat serta 'kuda tunggangan' Umno-Barisan Nasional.

"SPR juga dilihat terus gagal menasihati kerajaan Umno-Barisan Nasional bagi mengemukakan penambahan kerusi Parlimen di negeri-negeri majoriti Melayu seperti di Terengganu, Kelantan dan Kedah.

"Begitu juga dengan persoalan akses media yang bebas dan adil, apabila melihat saban hari media milik kerajaan seperti RTM dan Bernama tidak langsung memberi liputan positif dan ruang kepada pemimpin pembangkang di negara ini," sambung beliau lagi.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi (PAS) menegaskan bahawa berpegang kepada prinsip kepercayaan awam adalah syarat tonggak dalam kriteria perlantikan anggota SPR supaya bebas dan tidak memihak kepada sesiapa.

"Badan Pengerak Mobilisasi Demokrasi dengan ini menuntut dan mendesak kedua-dua mereka segera meletakkan jawatan secara bermaruah agar kita dapat mengembalikan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap kewibawaan peranan dan fungsi intitusi SPR itu sendiri.

"Langkah ini adalah jalan terbaik untuk mereka menyelamatkan demokrasi di negara kita lebih-lebih lagi pada ketika Malaysia akan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang," tambah beliau lagi.

Sementara itu, memorandum yang diserahkan beliau diterima oleh Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said.

Turut hadir waktu penyerahan memorandum tersebut adalah Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Muhd Yusoff, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dan Mohd Sany Hamzan dari Dewan Pemuda PAS Malaysia.
'via Blog this'