Friday, March 21, 2014

Pelakon lucah terseksa


Durham: Seorang siswi Universiti Duke memang menjangkakan orang ramai akan membencinya sebagai pelakon filem lucah, tetapi dia tidak pernah bersedia menghadapi kebencian sehingga ada yang sanggup mengancam nyawanya.

Malah, kata Belle Knox, 19, sesetengah pihak juga memuat naik butiran keluarganya di Internet dan mengugut untuk merogol atau membunuhnya. “Ia sangat dahsyat. “Keselamatan saya sekeluarga benar-benar terancam,” katanya.


Sejak dua bulan lalu, kerjaya Knox dalam bidang pornografi menggemparkan sekolahnya di Durham, North Carolina hingga satu tahap dia tidak boleh menghadiri majlis terbuka.

Kata Belle, keadaannya sangat memalukannya.


Kadang-kadang, katanya, ada lelaki mabuk akan menjerit kepadanya: “Kau bintang porno!” manakala golongan wanita pula memandangnya dengan sinis. Walaupun tidak pernah mendedahkan nama sebenarnya, Belle berkata, provasinya seakan diceroboh apabila ada orang memuat naik identiti lengkapnya di Internet. “Ia sangat teruk dan menakutkan betapa taksubnya mereka. “Mereka memandang saya seolah-olah saya sangat jijik,” katanya ketika ditemui media. Kesulitan hidup Belle bermula di sebuah parti apabila seorang lelaki yang pernah melihat aksinya dalam filem lucah mendedahkan rahsianya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/21

MH370: Seorang Rakyat M'sia Baru Pulang Umrah Dakwa Nampak Bangkai Pesawat Atas Laut Andaman

MELAKA: Seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan Umrah di tanah suci Mekah mendakwa yang dia telah melihat bangkai sebuah pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.


Wanita berkenaan Raja Dalelah Raja Latife, 53, berkata ketika dia menyaksikan objek besar yang sebahagian daripada badan yang didakwa sebagai pesawat itu tenggelam dan sebahagian lagi timbul, dia telah memaklumkan kepada ramai pihak di dalam penerbangan berkenaan tetapi telah dipandang ringan.


Dalelah berkata dia menaiki pesawat Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) dan ketika pesawat itu melintasi bandar Chennai di India dan memasuki ruang udara Laut Andaman, dia melihat menerusi tingkap pesawatnya satu objek besar menyerupai pesawat terdampar di atas laut.


“Saya nampak macam kapalterbang.Sepanjang perjalanan pulang saya sentiasa melihat ke luar kerana saya tidak dapat tidur langsung dan ketika lawatan saya ke Beijing dua tahun lalu juga dia tidak dapat tidur di dalam pesawat dan sentiasa berjaga," kata ibu kepada 10 orang anak ini.

Raja Dalelah, yang berasal dari Kota Tinggi, Johor menambah, sewaktu dia terlihat objek besar berwarna perak yang seakan-akan sebuah pesawat di atas lautan itu, skrin tv di hadapannya menunjukkan yang mereka sedang melintasi Laut Andaman.

“Sebelum itu saya nampak beberapa buah kapal dan kemudian pulau-pulau kecil dan selepas itulah saya ternampak objek berwarna perak di atas air. Saya mengejutkan rakan saya di sebelah untuk melihat apa yang saya saksikan tetapi malangnya mereka mentertawakan saya," ujarnya lagi.
Raja Dalelah, bagaimanapun yakin apa yang disaksikannya itu adalah bangkai sebuah pesawat yang besar.


"Buat apa saya nak bercakap bohong saya baru sahaja balik dari umrah," katanya lagi.
Salinan laporan polis yang dibuat oleh Raja Dalelah sebaik sahaja tiba di Malaysia dari umrah.
   
Hanya pada 14 Mac lalu dia telah membuat laporan polis akan apa yang didakwa telah disaksikannya itu dengan harapan akan ada pihak yang mengambil apa yang dikatakannya itu secara serius.
Malah Raja Dalelah masih boleh menjelaskan apa yang disaksikannya itu secara terperinci.


Katanya, pesawat yang dilihatnya itu separuh terapung dan sebahagian besar lagi badan pesawat itu berada di dalam air dengan keadaannya yang senget sebelah.

“Saya melihat jam pada waktu itu menunjukkan pukul 9.30 pagi (2.30 petang waktu Malaysia),” kata beliau.

Raja Dalelah berkata, bila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 4 petang dia telah menceritakan apa yang disaksikannya itu kepada anaknya.

“Pada waktu itulah mereka memberitahu saya yang pesawat MAS MH370 hilang dan sedang dicari.Menantu saya seorang pegawai polis yakin yang saya telah menyaksikan sebuah pesawat yang terhempas dan meminta saya supaya membuat laporan polis," katanya sambil menambah "anak-anak saya yang lain khuatir yang saya mungkin akan ditahan kerana membuat laporan palsu kerana pada awalnya semua orang berkata yang pesawat itu kali terakhir dilihat di Laut China Selatan."

Tetapi katanya, sekarang sesiapa yang mendengar ceritanya sudah mula percaya selepas pesawat itu disahkan telah berpatah balik dan hilang di sebelah barat dan bukannya Laut China Selatan.

Bagaimanapun seorang juruterbang berkata, dalam penerbangan jarak jauh seperti dari Jeddah dan Kuala Lumpur, paras ketinggian sesebuah pesawat adalah pada 35,000 kaki.

"Ini bermakna kedudukan pesawat dari permukaan bumi adalah pada jarak lebih kurang tujuh batu. Pada jarak sejauh ini tidak ada siapa pun dapat melihat dengan jelas apa-apa objek di permukaan bumi atau pun di atas air," kata juruterbang itu yang enggan namanya disiarkan.sumber:www.mstar.com.my

Suami Sari Yanti fail nusyuz bantah tindakan isteri fail tuntutan cerai



MOHD. EDY


PETALING JAYA - Suami kepada pelakon Sari Yanti memfailkan permohonan nusyuz di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bistari di sini bagi membantah tindakan isterinya memfailkan tuntutan cerai bulan lalu.
Mohd. Edy Casmadi Che Hussain, 34, seorang ahli perniagaan memfailkan permohonan nusyuz pada 7 Mac lalu mengikut Seksyen 60(2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Nusyuz bermaksud isteri enggan mentaati perintah atau permintaan suami yang sah di sisi syarak.
Plaintif berbuat demikian sebagai tanda tidak bersetuju dengan Sari Yanti atau nama sebenar Sari Yanti Mohamad Nazari, 30, yang memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan pada 25 Februari lalu.
Sari Yanti selaku defendan bagaimanapun tidak hadir semalam walaupun menurut peguam syarie Munirah A. Bakar yang mewakili plaintif, defendan telah mengetahui lebih awal tentang sebutan kes itu semalam.
SARI YANTI


Terdahulu, menurut Munirah, pihaknya telah menyerahkan saman kepada pelakon itu di rumahnya di Petaling Jaya namun defendan tiada di situ.
"Kami kemudian menyerahkan saman di kediaman keluarga di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan ia diterima kakak defendan berikutan dia turut tiada di rumah," kata beliau yang memaklumkan pihaknya memfailkan afidavit penyampaian kelmarin.
Justeru plaintif memohon untuk menyampaikan saman gantian secara tampalan di rumah keluarga defendan dan memohon untuk menukar alamat penyampaian di Kuala Pilah.
Hakim Syarie Abd. Halim Abu Samah kemudian membenarkan permohonan plaintif namun mengarahkan mereka membuat permohonan bertulis dan menetapkan 30 April depan untuk sebutan kes.
Pasangan yang bernikah pada 16 Januari 2009 itu dikurniakan dua anak lelaki, Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0321&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2wZYWgAk5 
Hakcipta terpelihara 

Ukraine undur tentera di Crimea


Tentera Rusia dan Ukraine mengadakan rundingan di pintu pagar unit ketenteraan Ukraine di Perevalnoye, pinggir Simferopol, semalam. - AFP
SEVASTOPOL, Crimea 20 Mac - Ukraine semalam mengumumkan rancangan mengundurkan tenteranya dari Crimea selepas pasukan bersenjata pro-Rusia merampas kawalan ke atas ibu pejabat tentera laut Ukraine di sini dan menahan komandernya.
Beberapa jam selepas pasukan bersenjata bertopeng dan berkomunikasi dalam bahasa Rusia menyerbu pangkalan tentera laut Ukraine di sini, askar-askar dilihat membawa pakaian dan barangan milik mereka keluar dari kompleks tersebut.
Sekumpulan orang dipercayai anggota kumpulan militia tempatan dan Cossack serta pegawai dari Armada Laut Hitam Rusia dipercayai menyaksikan tindakan askar Ukraine tersebut.
Jumlah askar Ukraine yang berundur dan menyerah diri kepada Crimea masih belum jelas kerana kebanyakan mereka telah berpaling tadah kepada Rusia.
Bagaimanapun, pihak berkuasa Crimea berkata, mereka melakukan persediaan untuk memindahkan kira-kira 25,000 askar dan keluarga mereka ke Ukraine.
Komander tentera laut Ukraine, Laksamana Serhiy Haiduk dan beberapa tebusan lain ditahan oleh pihak berkuasa Crimea telah dibebaskan, kata laman web Pejabat Presiden Ukraine, hari ini.
Ukraine mengisytiharkan keluar daripada Komanwel Negara-negara Bebas yang didominasi Moscow.
Negara terakhir yang keluar daripada perikatan itu adalah Georgia selepas berperang dengan Rusia pada 2008 dan kehilangan dua wilayahnya. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140321/lu_01/Ukraine-undur-tentera-di-Crimea#ixzz2wZIn3vYd
© Utusan Melayu (M) Bhd