Wednesday, January 21, 2015

Rafizi: Ada benda penting Najib tertinggal


Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian
Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian
PETALING JAYA - "Kalau kerajaan perlu memotong hutang ataupun perbelanjaan, perkara pertama yang perlu dibuat ialah memotong peruntukan yang diberikan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak)  iaitu peruntukan bebas PM yang tidak menyentuh kepada mana-mana projek,".

Demikian reaksi Naib Presiden PKR,  Rafizi Ramli mengenai pembentangan unjuran semasa keadaan ekonomi negara oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Putrajaya hari ini.

Namun, sebaliknya, perkara penting itu langsung tidak disentuh oleh Perdana Menteri.

"Tiada  pengumuman yang dibuat oleh PM mengenai perkara ini.

"Sepatutnya pemotongan peruntukan kepada PM menjadi perkara pertama yang perlu dilakukan oleh beliau dalam pembentangan tersebut," katanya ketika sidang medianya di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Jelas Rafizi lagi, oleh itu beliau melihat perdana menteri tiada keseriusan daripada aspek 'kehendak politik' untuk mengawal perbelanjaan kerajaan.

"Oleh itu pengumuman ini tidak menampakkan kesungguhan kerajaan untuk meneliti  perkara sebenar yang menggugat kewangan kerajaan," katanya.

Ulasnya penangguhan Program Latihan  Khidmat Negara (PLKN) yang diumumkan Perdana Menteri tidak menjawab soalan pokok kepada permasalahan kewangan negara sebaliknya penjimatan tersebut hanya 'penyelesaian  kecil' sahaja.

"Pengumuman  yang dibuat beliau hanyalah menyentuh beberapa isu kecil dan tidak menyentuh perkara-perkara pokok yang lain.

"Isu perbelanjaan negara dan kejatuhan matawang RM tidak disentuh, namun beliau sentuh  mengenai PLKN, yang dilihat terlalu 'kecil' isunya," katanya.

Pagi tadi, Najib membentangkan unjuran kewangan semasa ekonomi negara.

EU, negara Arab lancar projek antikeganasan

Mogherini (kanan) dan ketua Liga Arab, Nabil al-Arabi berjabat tangan selepas menandatangani memorandum persefahaman di Belgium. - Foto AFP
Mogherini (kanan) dan ketua Liga Arab, Nabil al-Arabi berjabat tangan selepas menandatangani memorandum persefahaman di Belgium. - Foto AFP
BRUSSELS - KESATUAN EROPAH. Kesatuan Eropah (EU) akan melancarkan projek antikeganasan dengan negara Islam dan meningkatkan perkongsian perisikan berikutan serangan di Paris, yang mencetuskan protes besar-besaran.

Dalam mesyuarat antara Menteri Luar Eropah dan ketua Liga Arab, mereka bersetuju tentang keperluan bekerjasama dengan negara Arab serta Turki khususnya dalam menangani ancaman yang semakin meningkat laor AFP.

"Kami sedang mempertimbangkan beberapa projek bersama negara tertentu bagi meningkatkan tahap kerjasama membanteras keganasan, antaranya Turki, Mesir, Yaman, Algeria dan negara Teluk," kata Ketua dasar luar EU, Federica Mogherini.

Ia termasuk memperbaiki penguasaan bahasa Arab untuk menentang propaganda Islam.

Katanya lagi, terdapat keperluan untuk berkongsi maklumat risikan bukan sahaja dengan EU tetapi juga dengan negara lain. 

Harta pembantu juruterbang MH17 ke akaun amanah


TAPAH -  Mahkamah Tinggi Syariah Tapah, semalam memerintahkan semua harta pusaka pembantu juruterbang MH17, Allahyarham Muhamad Firdaus Abdul Rahim ditahan dan dipelihara dalam akaun amanah di Amanah Raya Berhad dengan pemantauan bersama, sehingga penyelesaian muktamad harta berkenaan disempurnakan mengikut hukum syarak.

Hakim Abd Rahman Tobroni dalam kamarnya memerintahkan, semua pusaka milik  Allahyarham  yang diperoleh pemohon iaitu Fatimah Ibrahim yang juga ibu kepada Muhamad Firdaus dan responden pertama iaitu balunya, Norzarith Zaaba, serta responden kedua sehingga kelima yang juga adik-beradiknya dimasukkan ke dalam akaun amanah harta pusaka serta-merta.

Perintah sama turut dikeluarkan terhadap semua hutang-piutang dan tanggungan Allahyarham agar diselesaikan dengan segera melalui pembiayaan daripada harta pusaka tersebut.

“Mahkamah memerintahkan semua waris kadim Allahyarham menahan, menjaga dan tidak mengalihkan harta pusaka milik Allahyarham termasuk barang peribadi serta harta pusaka Allahyarham kekal ‘status quo’, kecuali penyelesaian hutang piutang dan tanggungan  Allahyarham mengikut peruntukan Seksyen 199 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Perak) 2004 sehingga harta disempurnakan melalui hukum syarak,” katanya.

Pemohon dan responden turut diperintahkan untuk harta pusaka Allahyarham dalam milikan  atau kuasa responden untuk diperiksa pemohon mengikut Seksyen 85 dan Seskyen 86 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Perak) 2004.

“Mahkamah memerintahkan mana-mana institusi termasuk perbankan menzahirkan semua harta Allahyarham," katanya.

Bina rumah 75 hari

Oleh Siti A'isyah Sukaimi

sitiaisyah@hmetro.com.my

Putrajaya: Kerajaan mengemukakan dua model binaan rumah bagi pembinaan semula kediaman penduduk yang rosak sepenuhnya akibat banjir di negeri yang terjejas bencana berkenaan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dua model binaan itu membabitkan rumah atas tanah dan rumah atas tiang setinggi lapan kaki dengan keluasan 660 kaki persegi.
"Rumah ini dilengkapi dengan tiga bilik tidur, ruang makan, ruang tamu, dapur, tandas dan bilik mandi serta membabitkan kos bagi satu unit rumah RM48,000 tapi itu tidak termasuk infrastruktur tambahan.
"Tempoh pembinaan rumah untuk penduduk diharap dapat disiapkan dalam tempoh maksimum 75 hari," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Pelan Tindakan Pasca Banjir 2015 di sini, hari ini.
Muhyiddin berkata, sehingga hari ini, sebanyak 2,606 unit rumah mangsa banjir rosak sepenuhnya di negeri terjejas banjir dengan 2,374 unit rumah di Kelantan.
Katanya, jumlah rumah separa rosak direkodkan sebanyak 6,275 unit tetapi tidak termasuk di Kelantan.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 January 2015 @ 7:01 PM


SATU daripada rumah yang bakal didirikan buat mangsa banjir.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25074#sthash.etreYDm3.dpuf

Nik Aziz masuk ICU

Kuala Lumpur: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian selepas dimasukkan ke hospital itu malam tadi.
Keadaan terkini bekas Menteri Besar Kelantan itu dimaklumkan oleh anaknya, Nik Mohamad Abduh menerusi laman Facebooknya petang ini.
Katanya, beliau akan memaklumkan perkembangan ayahnya dari semasa ke semasa.
“Saya kini dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang. Doakan semoga ayahanda kembali sihat,” katanya.
Nik Mohamad Abduh semalam memaklumkan ayahnya itu dalam keadaan uzur biasa.
Ini berikutan foto Mursyidul Am PAS itu yang kelihatan terbaring kerana uzur tersebar meluas di laman sosial.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 January 2015 @ 6:13 PM


Nik Aziz kini dirawat di ICU HUSM.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25070#sthash.GWDNtIdA.dpuf

Sultan Kelantan melawat Nik Aziz di HUSM


SULTAN Kelantan, Sultan Muhammad V diiringi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob melawat Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dirawat di Wad 2 Delima, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, malam tadi. - Foto Zaman Huri Isa
Kota Bharu: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berangkat melawat Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang sakit di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), di sini sebentar tadi.
Baginda yang berjubah hitam ditemani Ahli Perlimen Pasir Mas, Nik Abduh yang juga anak Nik Aziz.