Saturday, December 22, 2012

Muhammad Alexander Pertz: Kisah anak kecil Amerika mengenali Islam hanya melalui buku


ALEXANDER PERTZ dilahirkan dari kedua orang tua Kristian pada tahun 1990. Sejak awal ibunya telah memutuskan untuk membiarkannya memilih agamanya jauh dari pengaruh keluarga atau masyarakat.
Apabila dia boleh membaca dan menulis, maka ibunya memberi untuknya buku-buku agama dari seluruh agama, baik agama langit atau agama bumi.
Setelah membaca buku-buku secara mendalam, Alexander memutuskan untuk menjadi seorang muslim. Padahal ia tak pernah bertemu muslim seorangpun.
Dia sangat cinta dengan agama ini sampai pada tahap dia mempelajari solat, dan mengerti banyak hukum-hukum syar’i, membaca sejarah Islam, mempelajari banyak kalimat bahasa Arab, menghafal sebahagian surah dan belajar azan.
Semua itu tanpa bertemu dengan seorang muslim pun. Berdasarkan bacaan-bacaan tersebut dia memutuskan untuk mengganti namanya menjadi Muhammad Abdullah, dengan tujuan agar mendapatkan keberkahan Rasulullah SAW yang dia cintai sejak masih kecil.
Salah seorang wartawan muslim menemuinya dan bertanya pada anak tersebut. Namun, sebelum wartawan tersebut bertanya kepadanya, anak tersebut balik bertanya kepada wartawan itu, ”Apakah engkau seorang yang hafal Al Quran?”
Wartawan itu berkata: ”Tidak.” Namun wartawan tersebut dapat merasakan kekecewaan anak itu atas jawapannya.
….Setelah membaca buku-buku secara mendalam, Alexander memutuskan untuk menjadi seorang muslim. Padahal ia tak pernah bertemu muslim seorangpun….
Anak itu kembali berkata, ”Akan tetapi engkau adalah seorang muslim, dan mengerti bahasa Arab, bukankah demikian?” dia menghujani wartawan itu dengan banyak pertanyaan.
”Apakah engkau telah menunaikan ibadah haji? Apakah engkau telah menunaikan ’umrah? Bagaimana engkau boleh mendapatkan pakaian ihram? Apakah pakaian ihram tersebut mahal? Apakah mungkin aku membelinya di sini, ataukah mereka hanya menjualnya di Arab Saudi saja? Kesulitan apa yang engkau alami tinggal sebagai seorang muslim di komuniti yang bukan Islami?”
Setelah wartawan itu menjawab berdasarkan pengetahuannya, anak itu kembali berbicara dan menceritakan tentang beberapa hal berkenaan dengan kawan-kawannya, atau gurunya, sesuatu yang berkenaan dengan makan atau minumnya, peci putih yang dikenakannya, ghutrah (serban) yang dia lingkarkan di kepalanya dengan model Yaman, atau berdirinya di taman umum untuk mengumandangkan azan sebelum dia shalat.
Kemudian ia berkata dengan penuh penyesalan, ”Terkadang aku kehilangan sebahagian solat kerana tidak tahu tentang waktu-waktu solat.”
Kemudian wartawan itu bertanya pada beliau ”Apa yang membuatmu tertarik pada Islam? Mengapa engkau memilih Islam, tidak yang lain sahaja?” dia diam sesaat kemudian menjawab.
”Aku tidak tahu, segala yang aku ketahui adalah dari yang aku baca tentang Islam, dan setiap kali aku menambah bacaanku, maka semakin banyak kecintaanku pada Islam.”
….Segala yang aku ketahui adalah dari yang aku baca tentang Islam, dan setiap kali aku menambah bacaanku, maka semakin banyak kecintaanku pada Islam….
Wartawan bertanya kembali, ”Apakah engkau telah puasa Ramadhan?”
Muhammad tersenyum sambil menjawab, ”Ya, aku telah puasa Ramadhan yang lalu secara sempurna. Alhamdulillah, dan itu adalah pertama kalinya aku berpuasa di dalamnya. Dulunya sukar, terutama pada hari-hari pertama”.
Kemudian dia meneruskan : ”Ayahku telah menakutkan aku bahawa aku tidak akan mampu berpuasa, akan tetapi aku berpuasa dan tidak mempercayai hal tersebut”.
”Apa cita-citamu?” tanya wartawan
Dengan cepat Muhammad menjawab, ”Aku memiliki banyak cita-cita. Aku ingin menunaikan haji ke Mekah dan mencium Hajar Aswad”.
”Sungguh aku perhatikan bahawa keinginanmu untuk menunaikan ibadah haji adalah sangat besar. Adakah penyebab hal tersebut?” tanya wartawan lagi.
Ibu Muhammad untuk pertama kalinya turut menyampuk dia berkata: ”Sesungguhnya gambar Ka’bah telah memenuhi biliknya, sebahagian manusia menyangka bahawa apa yang dia lewati pada masa sekarang hanyalah semacam khayalan, semacam angan-angan yang akan berhenti pada suatu hari. Akan tetapi mereka tidak mengetahui bahwa dia tidak hanya sekadar serius, melainkan mengimaninya dengan sangat dalam sampai pada tahap yang tidak boleh dirasakan oleh orang lain”.
Kelihatan senyuman di wajah Muhammad ’Abdullah, dia melihat ibunya yang membelanya. Kemudian dia memberikan keterangan kepada ibunya tentang tawaf di sekitar Ka’bah, dan bagaimanakah haji sebagai sebuah lambang persamaan antara sesama manusia sebagaimana Tuhan telah menciptakan mereka tanpa memandang perbezaan warna kulit, bangsa, kaya, atau miskin.
Kemudian Muhammad meneruskan, ”Aku sudah menabung dengan mengumpulkan baki wang sakuku agar aku boleh pergi ke Mekah Al-Mukarramah. Aku mendengar bahawa perjalanan ke sana memerlukan perbelanjaan 4 ribu dollar, dan sekarang aku mempunyai 300 dollar.”
….Aku sudah menabungkan baki wang sakuku agar aku boleh pergi ke Mekah Al-Mukarramah. Perjalanan ke sana memerlukan perbelanjaan 4 ribu dollar, dan sekarang aku mempunyai 300 dollar….
Ibunya menghampirinya lalu berkata untuk berusaha menghilangkan kesan kebimbangannya, ”Aku sama sekali tidak keberatan dan menghalanginya pergi ke Mekah, akan tetapi kami tidak memiliki cukup wang untuk menghantarnya dalam waktu terdekat ini.”
”Apakah cita-citamu yang lain?” tanya wartawan kepada anak ini.
“Aku bercita-cita agar Palestin kembali ke tangan kaum muslimin. Ini adalah bumi mereka yang dicuri oleh orang-orang Israel (Yahudi) dari mereka,” jawab Muhammad.
Ibunya melihat kepadanya dengan penuh kehairanan. Maka dia pun memberikan isyarat bahawa sebelumnya telah terjadi perdebatan antara dia dengan ibunya kerana isu ini.
Muhammad berkata, ”Ibu, engkau belum membaca sejarah, bacalah sejarah, sungguh benar-benar telah terjadi perampasan terhadap Palestin.”
….Cita-citaku adalah aku ingin belajar bahasa Arab, menghafal Al-Quran, dan belajar di negeri Islam….
”Apakah engkau mempunyai cita-cita lain?” tanya wartawan lagi.
Muhammad menjawab, “Cita-citaku adalah aku ingin belajar bahasa Arab, dan menghafal Al-Quran.”
“Apakah engkau berkeinginan belajar di negeri Islam?” tanya wartawan
“Tentu!” tegasnya.
”Apakah engkau memiliki kesusahan dalam hal makanan? Bagaimana engkau menghindari daging babi?”
Muhammad menjawab, ”Babi adalah haiwan yang sangat kotor dan menjijikkan. Aku sangat hairan, bagaimanakah mereka memakan dagingnya. Keluargaku mengetahui bahwa aku tidak memakan daging babi, oleh kerana itu mereka tidak menghidangkannya untukku. Dan jika kami pergi ke restoran, maka aku beritahu kepada mereka bahawa aku tidak memakan daging babi.”
”Apakah engkau solat di sekolah?”
”Ya, aku telah membuat sebuah tempat rahsia di perpustakaan. Aku solat di sana setiap hari,” jawab Muhammad.
Kemudian datanglah waktu solat maghrib di tengah wawancara. Anak itu langsung berkata kepada wartawan, “Apakah engkau mengizinkanku untuk mengumandangkan azan?”
Kemudian dia berdiri dan mengumandangkan azan. Dan tanpa terasa, air mata mengalir di kedua mata wartawan ketika melihat dan mendengarkan anak itu menyuarakan azan. Subhanallah!!
# Anak ini sudah berumur 21 tahun pada hari ini.
[riafariana/voa-islam.com]sumber

Kisah Pemuda Yahudi yang Memeluk Islam




“Aku dilahirkan sebagai seorang Yahudi Rusia. Perjuanganku bermula semasa aku berumur 19 tahun. Keyakinanku terhadap tuhan kerap berbolak-balik. Cita-citaku dalam hidup ini mulanya adalah nak menjadi seorang bintang rock. Aku tinggal di US dan bekerja sebagai setiausaha….. sungguh melucukan..
Suatu malam aku berjalan ke dapur, tiba-tiba ternampak satu lembaga hitam, rupanya kawan serumahku. Aku masih ingat bertanya dia “Boleh tak aku simpan vodka ini dalam peti ais?. Lepas tu kami bersalaman dan kembali ke bilik tidur. Selepas itu, kehidupan aku berubah secara tiba-tiba.
Kawan aku ini adalah seorang muslim. Dia adalah orang Islam yang pertama aku kenali. Oleh sebab terlampau kuat semangat ingin tahu aku pun bertanya kepada dia tentang Islam… Aku Tanya dia pasal sembahyang 5 waktu, perang jihad, siapa Muhammad?

Perbualan kami turut disertai bersama dengan seorang kawan Kristian kami bernama Wade. Jadi kami pun membentuk dialog antara agama Islam, Yahudi dan Kristian. Dalam sesi tersebut kami telah menemui banyak perbezaan dan persamaan.
Tanpa kusedari minatku telah bertukar daripada seks, dadah dan berpesta kepada pencarian mendalam kepada agama. Satu pencarian yang aku perlu lengkapkan. Pencarian kepada tuhan dan pencarian bagaimana untuk mengikuti perintah tuhan.
Dalam kesungguhanku mencari kebenaran, aku bertanya kepada diriku. Ok, kita mula cara mudah, ada berapa tuhan sebenarnya? Aku yakin ada satu je.. sebab kalau banyak tuhan akan jadi lemah sebab pasti berlaku perselisihan dan pergaduhan… Satu tuhan adalah keyakinanku, dan pilihanku.
Suatu ketika dulu aku buka mindaku kepada kemungkinan wujudnya tuhan. Aku analisa pandangan orang yang percaya dan tak percaya. Yang membuatkan aku menyebelahi orang yang percaya adalah ungkapan ‘setiap rekaan mesti ada perekanya’. Dengan keyakinan sedemikian dalam diriku akhirnya aku sedar dengan yakin bahwa tuhan itu wujud. Aku masa tu masih tak dapat menjelaskannya tetapi jauh dalam lubuk hatiku aku percaya.
Ketakjuban yang baru aku jumpa ni diikuti dengan rasa tanggungjawab terhadap Penciptaku. Dunia beragama kemudian menjadi tumpuanku.
Lepas tu aku bertanya pada diriku “Mana aku akan mula?” Secara lisan ada ribuan jenis kepercayaan. Aku perlu juruskan kepada hanya beberapa kepercayaan sahaja. Macam mana aku nak selesaikan masalah ini? Mula-mula cari yang percaya pada satu tuhan sahaja. Ini aku masukkan dalam kepala otakku. Tentu sekali ini logik sebab aku hanya percaya pada satu tuhan sahaja.”
Ok, lepas tu.. “ini maknanya kita tolak agama Hindu dan Buddha sebab keduanya percaya pada banyak tuhan. Jadi tinggal 3 saja agama yang ada satu tuhan iaitu Islam, Yahudi dan Kristian…. Jadi oleh sebab aku ni Yahudi aku mula dengan Judaism (Ugama Yahudi) terdapat satu tuhan, beberapa Rasul, ’10 Commandments’, Taurat, jiwa Yahudi…apa,.. apa jiwa Yahudi?
Masa aku buat kajian perkara ini menghantui fikiranku. Ceritanya ‘Jika seseorang tu dilahirkan sebagai Yahudi dia ada jiwa Yahudi dan mereka mesti menganut Judaism (agama Yahudi)’…. tunggu jap..kalau macam tu ni dah jadi diskriminasi kan? Sedangkan agama itu patut universal (menyeluruh).
Jadi tuhan juga buat jiwa Yahudi, jiwa Kristian dan jiwa Muslim dan jiwa Hindu? Aku ingat semua manusia diciptakan sama sebagai manusia? Jadi kalau seseorang itu dilahirkan dalam sesuatu agama dengan ketentuan tuhan, maka dia mesti berada dalam agama tersebut walaupun akhirnya seseorang tu mendapati agamanya sesat?…hmmm aku tak percaya ..camtu zalim tuhan..ini mustahil.
Satu hal lagi yang peliknya dalam Judaism tak ada konsep neraka…yang ada syurga je…kalau macam tu kenapa nak buat baikkan? Kenapa hidup ni tak buat dosa je? kan elok? Kalau aku takde rasa takut dengan pembalasan atas kejahatan yang aku lakukan kenapa aku perlu berlaku baik dalam hidup?
Kita teruskan..Aku dapati Christianity (agama Kristian) ok, ada satu tuhan, seorang anak, seorang bapa dan roh suci…macam mana nak kata semua ni satu tuhan 1+1+1 =3 bukan satu? Jadi macam mana yang dikatakan percaya satu tuhan?
Penjelasan lepas penjelasan, persamaan lepas persamaan dan perbandingan lepas perbandingan, analogi lepas analogi.. aku tak dapat terima konsep ini… Ok kita tengok isu lain pula…
Jesus mati disebabkan dosa kita dan dia lakukan sedemikian sebab kita telah dipenuhi dengan ‘dosa asli’. Jadi, Jesus Christ anak tuhan perlu dikorbankan untuk menyelamatkan semua orang daripada neraka dan menyembuhkan kita daripada dosa yang diberikan kepada kita oleh Adam..
Ok, kalau begitu maknanya kamu mengatakan bahawa kita dilahirkan sebagai orang yang telah sedia berdosa? Dan untuk jadi orang yang berdosa seseorang itu perlu melakukan satu dosa baru boleh jadi begitukan? Jadi kamu beritahu aku yang bayi yang baru lahir telah melakukan kesalahan berdosa? Yang ni pelik.. takkan sebab kesalahan satu orang semua manusia kena pikul dosanya? Apakah maksud pegangan sebegini? Seksa semua orang walaupun satu orang melakukan kesalahan? Kenapa tuhan buat undang-undang macam tu? Tuhan tak zalim..mustahil… tak logik… aku tak percaya.
Jadi Jesus Christ mati kerana beliau ‘mengasihi manusia’.. Nanti dulu dalam Bible disebut Jesus berkata “Bapa, kenapa aku dibuat begini?” Bermakna Jesus tak faham kenapa dia dibunuh secara kejam.. Tetapi kamu kata dia secara sukarela dikorbankan…. Walau apapun aku tetap tak dapat terima kepercayaan begini. Ok, agama selanjutnya adalah Islam….
Islam bermaksud penyerahan diri. Kepercayaan umumnya adalah satu tuhan, solat 5 waktu sehari semalam, infaqkan 2.5% zakat tahunan kepada fakir miskin, berpuasa bulan Ramadan.. dan mengerjakan Haji sekali seumur hidup jika mampu. Ok, tak ada yang sukar untuk difahami.
Tak ada yang bercanggah dengan logik akalku. Al-Quran adalah kitab mukjizat. Banyak bukti saintifik telah diperolehi daripadanya sejak 1,400 tahun yang lalu.
Ok. Islam telah melepasi tapisan awalku tentang keagamaan.. Tetapi aku ingin bertanya beberapa soalan yang mendalam tentangnya.. Adakah Islam itu menyeluruh? Ya.. semua orang boleh faham kepercayaan yang asas ini. Tiada analogi atau persamaan yang diperlukan.. Adakah ianya selaras dengan Sains? Sudah tentu.. terdapat berdozen ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang Sains moden dan teknologi.
Semakin aku membuat kajian ke atas ratusan fakta logik yang aku baca dan buat kajian, satu perkara lagi mengetuk fikiranku…yang paling utama sekali Islam.. nama agama. Aku dapati ianya disebutkan banyak kali di dalam Al-Quran.
Walau bagaimanapun, mengingat semula kajianku yang lepas. Aku tak ingat pun melihat satu perkataan Judaism di dalam ‘Old Testament” atau Christianity di dalam ‘New Testament”. Perkara ini amat besar dan mustahak. Kenapakah kita tak jumpa nama agama masing-masing dalam kitab berkenaan? Sebab… memang tidak ada nama agama dalam kitab tersebut ..Saya pun berfikir.. Judaism datang daripada perkataan “Juda” dan “ism” sementara Christinity daripada perkataan “Christ” dan ” ianity”…
Jadi siapakah Juda ini? Dia adalah ketua kabilah Hebrew ketika tuhan menurunkan wahyu kepada manusia. Jadi agama ini dinamakan daripada nama seseorang.. Ok.. kita tengok pula siapakah Jesus Christ. Dia adalah orang yang menyampaikan risalah tuhan kepada golongan Yahudi. Jadi, kesimpulannya agama ini dinamakan dengan nama manusia.
Bercanggah dengan fakta, agama Judaism dan Christinity tidak ada disebutkan dalam kitab suci mereka.. Bagi aku ini sangat pelik.. aku tak boleh terima.
Kalaulah aku jual barang dari rumah ke rumah dan aku cakap pada tuan rumah “Tuan nak beli barangan (tiada nama)? Tentu sekali jawapan logik adalah “Apakah barangan (tiada nama) ini dipanggil?.. Pasti saya takkan dapat menjual walau satu produk pun yang tiada nama, bukan ?
Menamakan sesuatu adalah perkara asas manusia menentukan objek baik secara fizikal atau bukan fizikal. Kalau agama yang hendak dianuti dan disebar kepada manusia di atas mukabumi, tentu sekali ianya mesti ada nama.
Sudah tentu sekali nama agama adalah nama yang diberikan oleh tuhan yang maha Esa? Aku yakin macam tu… tepat sekali.. Nama Judaism dan Christianity tidak ditulis dalam kitab suci mereka, manusia yang ciptakannya bukan tuhan. Kenyataan yang tuhan menurunkan agama untuk manusia ikuti tanpa nama adalah mustahil pada pendapat aku… Tak masuk akal.
Pada hujah ini, Judaism dan Christianity dah hilang kredibiliti sebagai asli, logik dan menyeluruh sebagai sebuah agama daripada pandanganku. Islam adalah hanya satu agama yang ada nama agamanya tercatat dalam kitab suci,,,, ini sangat penting dan bermakna bagiku.
Aku kini menyedari aku wajib mengikuti Islam…….kemudian aku mengucap syahadah…aku bersyukur diketemukan dengan kebenaran. Dulu aku dalam kegelapan ..kini aku dalam cahaya kebenaran..
Allahu Akbar…….
Oleh Michael David Shapiro
Wallahualam..”sumber

Kota Palestin yang kita cintai.

Rejim telah melakukan penyembelihan beratus-ratus rakyat Palestin di mukhayyam



Gambar ini baru diambil semalam di sebatang jalan di Dimasyq. Kelihatan sebuah keluarga pelarian Palestin terpaksa tidur di tepian jalan kerana Mukhayyam Yarmouk yang menjadi kediaman mereka sebelum ini dibom dan diserang oleh rejim.

Beberapa hari sebelum ini, rejim telah melakukan penyembelihan beratus-ratus rakyat Palestin di mukhayyam tersebut. Mereka terpaksa lari dan berlindung walaupun kesejukan yang teramat sangat.

Doakan mereka.

Pertempurtan sengit antara para mujahidin dan tentera rejim/sekutunya disekitar pekan Tadhamoun

Sejak petang semalam dilaporkan telah berlaku pertempurtan sengit antara para mujahidin dan tentera rejim/sekutunya disekitar pekan Tadhamoun yang hanya bersempadan dengan Kem Yarmouk, Dimasyq.

Sementara itu Al-Balad News memetik satu berita dari agensi berita Rusia bahawa Rusia telah pun bersedia untuk memindahkan warganya yang berada di Syria selepas mujahidin berjaya menguasai kem pelarian Yarmouk di Dimasyq sejak 2 hari lepas.

Moscow juga dilaporkan telah pun menghantar kapal perangnya ke perairan Mediterranean sebagai persediaan untuk tugas-tugas pemindahan warganegaranya ekoran meningkatnya kebimbangan akan tumbangnya Basyar di Dimasyq.

Banggunan yang hancur di bom zionis laknatullah.

Israel mengintip palestin

Mungkin ramai rakyat di Malaysia belum pernah lihat, ataupun tahu mengenai belon ini lagi..
Alhamdulilah admin dah lihat sendiri belon ini..

Gambar ini adalah, Belon pengintip talian telefon Israel, dari belon inilah israel dapat melihat kawasan Gaza..

dari FB: Tengku Fariduddin

Komander Tentera Udara Zionis

Komander Tentera Udara Zionis, Emir Eshel menyebut bahawa mereka bersedia dengan sebarang kemungkinan setelah kejatuhan Basyar kelak.

Ketika ucapan di Base Tel Naval Nof, Emir menyatakan kebimbangan Zionis terhadap kejatuhan Basyar dan dibimbangi golongan Islam yang akan menguasai Syria.

Maka dengan itu, Zionis telah bersedia dengan persiapan yang secukupnya termasuk persediaan senjata canggih dan sebagainya.

Kisah Aisyah Dirogol Di Kilang Gula

KISAH BENAR DI SYRIA!

Kisah Aisyah Dirogol Di Kilang Gula : Kebinatangan Rejim Basyar Kepada Wanita Sunni Syria

Kisah ini diceritakan daripada seorang gadis Sunni bernama Aisyah di sebuah Hospital di Istanbul, Turki. Maklumat lengkap daripada salah seorang saksi hidup yang selamat.

Lokasi: Kilang Gula Jisr Al-Shughour, Syria Utara, bandar Sunni, 20km dari Turki, sempadan Syria.

Pada tarikh 14 Jun, tentera rejim Basyar mengelilingi Jisr Al-Shughour dengan bilangan 3000 tentera dan 300 kereta kebal untuk menyerbu bandar pada keesokan harinya, iaitu tarikh 15 Jun.

Berita dari bandar tersebut ketika itu adalah hampir 30 orang dibunuh dan dikuburkan di kilang gula kemudian di atasnya dilapisi simen. Hari berikutnya sehingga 28 Jun, berita mengenai peristiwa di Jisr Al-Shughour disembunyikan dari dunia.

Berita tersebut mula bocor selepas 13 hari kemudian iaitu pada 28 Jun, ketika tentera Basyar meninggalkan kota itu untuk menyerbu bandar lain.

Pada hari Jumaat tarikh 17 Jun 2011, para jeneral rejim Basyar membunuh lebih kurang 30 pemuda dan menguburkannya di kilang gula, lalu melapisinya dengan simen. Tetapi ketika malam tiba, para jeneral itu tiada tempat yang lebih baik untuk tidur kecuali di kilang gula tersebut. Sehingga mereka memutuskan untuk menggunakannya sebagai markas semasa operasi serangan ke atas Bandar tersebut.

Untuk memuaskan nafsu binatang mereka, satu idea gila terlintas di benak para jeneral tersebut. Mereka ingin beberapa wanita Sunni telanjang untuk hiburan! Mereka memerintahkan agar menangkap gadis-gadis tercantik di bandar termasuk Aisyah dan seramai lebih kurang 20 orang gadis.

“Pertama kali kami memasuki kilang, kami dibogelkan dan menjadi sasaran gangguan dan seksaan mereka. Kemudian para jeneral itu memerintahkan tenteranya untuk berhenti memukul kerana mereka ingin menikmati daging putih bersih kami,” kata Aisyah.

“Selepas beberapa hari, saya pasrah tentang pemerkosaan tersebut. Sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Tapi jika menggunakan tubuh saya untuk menyiapkan sarapan, makan tengah hari dan makan malam serta menghidangkan teh dan kopi, sekurang-kurangnya mereka memakaikan sehelai baju di tubuh saya. Saya benci menjadi budak telanjang. Saya hanya berharap mereka menutupi tubuh saya, “kata Aisyah.

“Ketika para jeneral itu kembali dari operasi, mereka memerintahkan kami berbaris dan memaksa kami menjilat kasut askar mereka sampai bersih.”

“Saya sudah tahu apa yang akan berlaku sejak diberitahu bahawa yang ditangkap adalah gadis-gadis cantik yang muda. Tapi saya tidak pernah tahu mereka memilih kami kerana nama kami sehingga keesokan harinya apabila mereka mula memanggil kami semua sebagai Aisyah (Syiah sangat membenci Saidatina Aisyah isteri nabi) dan mengganggu kami dengan pelbagai cara. Barulah kami faham apa yang mereka inginkan “kata Aisyah.

“Hari pertama dia menyuntik sejenis cecair ke kaki saya sehingga kami tidak mampu berdiri. Saya berharap dia membunuh saya saja malam itu, namun mereka tidak pernah menyuntik kami lagi selepas itu.”

“Pada hari ketiga, mereka membunuh salah seorang gadis yang melawan seorang tentera rejim. Mereka memotong putingnya kerana dia menentangnya. Lalu kami tahu dari perbincangan para tentera itu bahawa mereka memperkosanya kemudian membunuh dan menguburnya bersama ‘yang lain’ di bawah kilang. Ia adalah bertujuan untuk menakutkan para gadis lain agar tidak ada lagi yang berani menentangnya, “kata saksi terselamat.

“Kami takut dan terpaksa 'membahagiakan' mereka. Kami terpaksa memuaskan seksual mereka walaupun di hadapan orang ramai. Mereka ‘bermain’ dengan kami sepuas-puasnya, bahkan di atas meja apabila mereka sedang merancang bagaimana hendak memindahkan tank-tank mereka untuk menghancurkan bandar kami” kata Aisyah.

“Selepas hari kesepuluh, mereka beredar dan hilang begitu saja. Kami telanjang. Kami sendirian di kilang. Kami tidak berani melarikan diri. Kami tidak berani bertanya apakah kami sudah boleh berbual atau tidak. Kami benar-benar takut. Lalu beberapa lelaki dari kampung kami (FSA) datang dan menyelamatkan kami“ kata Aisyah.

“Alhamdulillah, saya telah keguguran dan dapat berjalan lebih baik sekarang. Saya masih ingat wajah-wajah mereka, nama-nama mereka dan bandar-bandar asal mereka. Saya bersumpah akan membalas dendam. Hanya abang saya yang tahu cerita keseluruhannya yang tidak mungkin saya paparkan kepada keluarga saya kerana mereka tidak akan lagi mengiktiraf saya sebagai anak mereka setelah orang Syiah memperkosa saya. Tidak ada lelaki akan berkahwin dengan saya kerana kisah tragis ini. Saya akan cuba menukar nama saya supaya tidak akan ada seorang pun mengenali saya, “kata Aisyah

Nota : Tujuan kami menyiarkan kisah benar ini adalah bertujuan untuk memberitahu dunia bahawa inilah hakikat yang sedang dialami oleh Sunni di Syria. Mereka dibunuh, diperkosa dan disembelih oleh rejim Basyar Syiah Nusairi. Laknat Allah ke atas mereka semua.

Maka, apa beza mereka dengan zionis?

Mujahidin kesekian kalinya berjaya mengambil alih post tentera rejim rejemen 34 di Houran

Meskipun syuhada' yang gugur semakin bertambah akibat rejim Basyar semakin menggila, namun di medan tempur mujahidin semakin banyak menguasai pertempuran.

Mujahidin kesekian kalinya berjaya mengambil alih post tentera rejim rejemen 34 di Houran. Manakal di Douma, mujahdin berjaya menawan post peluru berpandu rejim. 

Doakan mereka.

Bantulah saudara anda

Rehat mereka daripada medan jihad adalah rehat bersama kitab suci al-Quran, bukan rehat yang kosong.

Seorang mujahidin daripada Liwa' Habib Al-Mustafa menghabiskan masa rehatnya seketika dengan mentadabbur al-Quran.

Doakan mereka.

Rakyat Syria perlukan bantuan anda

Untuk mereka yang masih diam membisu, yang masih menganggap isu yang berlaku di Syria adalah propaganda Barat.

Inilah rutin harian doktor-doktor di Syria. Mereka terpaksa bertungkus lumus menyelamatkan nyawa-nyawa rakyat Syria dalam keadaan kelengkapan dan ubatan yang tidak mencukupi.

Semoga pagi ini menjadi permulaan kepada kemenangan untuk bumi Syam. Insya-Allah.

Di Dimasyq



Di Dimasyq, satu tamparan hebat kepada tentera rejim Basyar apabila lebih 200 askar rejim yang mengawal sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Dimasyq telah isytihar sertai mujahidin.

Manakala di sekitar bukit Qasiyyoun yang berada tidak berapa jauh dari istana Basyar, berlaku satu pertempuran sengit sejak malam tadi. Mujahidin telah berjaya menyerang pos pengawal 105 yang terdapat di situ dan pertempuran dilaporkan masih terjadi hingga saat ini.

Menurut Al-Balad News pula, kini Basyar dan pegawai-pegawai serta kaum kerabatnya yang terdekat sudah dalam persiapan terakhir untuk lari ke Lazakiya yang akan menjadi kubu terakhirnya.
 —

Bangang forever

Bersegeralah solat walau dimana anda berada

Ada 1 situasi yg ana tak pernah lihat di Malaysia semasa menyambut hari kemerdekaan..
semasa meraikan hari kemenangan hamas,bila masuk waktu zohor,majlis berhenti diteruskan dengan Azan Zohor..

sebaik sahaja rakyat Gaza dengar azan, mereka terus berdiri mengadap kiblat dan terus solat beramai2..walapun pada masa tu terlalu ramai org..mereka berkongsi air botol yg ada untuk mengambil wuduk dan solat berjemaah.. Allahuakbar

walaupun semasa hari kemenangan hamas terlalu ramai,jauh lebih ramai dari hari Merdeka di Malaysia..

Ya Allah ana tersentuh dengan rakyat Gaza yg sangat2 pentingkan solat... Alhamdulilah ana pun dapat solat sekali bersama mereka semasa hari kemenangan hamas..

*maaf la ana sedikit malu dengan sesetengah rakyat Malaysia yg menyambut hari Merdeka ,tetapi lebih ke arah maksiat dengan GF/BF..

Dari: https://www.facebook.com/mamatfanpage

Dakwaan VCD seks: Speaker Dun Perak buat laporan polis

 Datuk R. GanesanDatuk R. Ganesan
IPOH - Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, Datuk R. Ganesan hari ini membuat laporan polis berhubung sampul surat yang diterima oleh dua pemimpin DAP negeri, semalam, yang mengandungi cetakan dan VCD yang dipercayai mengandungi bahan lucah membabitkan beliau dengan seorang wanita.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pada kira-kira 10 pagi ini.
 
Menurut laporan polis itu, Ganeson mendakwa beliau dimaklumkan oleh wartawan bahawa empat anggota Dewan Undangan Negeri daripada DAP iaitu V. Sivakumar, A.N Sivasubramaniam, Datuk Ngeh Koo Ham dan Ngar Kor Ming telah mengadakan satu sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak semalam antara pukul 21.15 tengah hari dan 12.40 tengah hari.
 
Ganesan mendakwa pada sidang media itu, pihak media dimaklumkan bahawa Sivakumar dan Subramaniam  masing-masing menerima satu sampul surat mengandungi cetakan daripada laman web National Express Malaysia dan sekeping VCD dan pada kulit VCD berkenaan memaparkan gambar lucah Ganeson dan seorang wanita.
 
Dalam laporan polis itu, Ganeson mendakwa penerbitan, penerbitan semula dan penyebaran cetakan dan VCD tersebut dilakukan dengan niat jahat untuk mengaib dan memfitnahnya.
 
Beliau yang ditemui pemberita selepas membuat laporan polis itu berkata, laporan itu dibuat supaya polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap
penyebar fitnah.
 
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa  Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman turut membuat laporan polis hari ini terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Remis, Nga Kor Ming yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadapnya.
 
Dalam laporan itu, Adun Sungai Rapat itu mendakwa kira-kira pukul 3.30 petang, Khamis lepas, ketika berada di dewan makan, Dun Perak, beliau didatangi oleh pemimpin DAP itu yang berkata kepadanya "You revealed, watch out, I will go after you".
 
Hamidah mendakwa kejadian itu disaksikan oleh Adun Hulu Kinta Datuk Rusnah Kassim.
 
Beliau berkata laporan polis itu dibuat demi keselamatan diri dan keluarganya daripada kejadian yang tidak diingini.
 
Laporan itu dibuat di Balai Polis Kampung Rapat, dekat sini pada kira-kira 9.30 pagi. - Bernama

Terkejut dianggap sudah mati



Terkejut dianggap sudah mati
Yaakub menunjukkan salinan daftar pemilih milik Siti Hamimah yang dilaporkan sudah meninggal dunia.
Siti Hamimah Husin
Siti Hamimah Husin
KANGAR - Seorang wanita terkejut apabila disahkan meninggal dunia selepas penyelaras daftar pemilih cawangan memaklumkan perkara demikian kepadanya sedangkan dia masih hidup.

Mohamad Fuat Abu Bakar, 50, berkata, pihaknya bertindak menghubungi anak wanita berkenaan bagi mengetahui kesahihan sama ada ibunya sudah meninggal dunia atau pun tidak kerana beranggapan takut tersalah orang.

“Selepas mendapati nama mangsa tiada dalam senarai dan maklumat mengesahkan wanita itu sudah meninggal dunia, saya terus menghubungi anak perempuannya, Noor Ardini Abdul Rashid, 19, dan dia memaklumkan bahawa ibunya masih hidup.

“Kekeliruan ini menyebabkan kami tertanya-tanya apakah yang berlaku sehingga nama mangsa disenaraikan sebagai seorang yang sudah meninggal dunia sedang dia masih hidup,” katanya.

Menurutnya, setelah dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perlis, pegawai berkenaan memberitahu bahawa perkara itu akan disiasat bagi mengetahui punca sebenarnya.

“Pihak JPN meminta salinan kad pengenalan mangsa bagi tujuan pemprosesan untuk mengembalikan status dirinya itu sebagai individu yang masih hidup,” katanya.

Sementara itu, mangsa, Siti Hamimah Husin, 59, berkata, dia terkejut kerana tidak pernah mengetahui perkara itu sebelum ini memandangkan belum pernah membuat semakan daftar pemilih.

“Saya tidak pernah kehilangan kad pengenalan sekiranya ada individu menyalahgunakan identiti saya menyebabkan saya terkejut dan berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Pas Perlis, Yaakub Abu Seman berkata, perkara itu mungkin disebabkan JPN tersalah memasukkan data yang menyatakan bahawa penama sudah meninggal dunia.

“Kesilapan ini boleh menjejaskan kredibiliti JPN yang tidak sepatutnya berlaku.

“Sebelum ini, belum ada lagi kes sedemikian berlaku seperti ini yang melibatkan kes kematian penama dan ini merupakan antara kes yang pertama pernah kita jumpa di negeri ini,” katanya.

Temui tengkorak makhluk asing?

Temui tengkorak makhluk asing?Penemuan salah satu tengkorak.
MEXICO CITY - Sekumpulan ahli Arkeologi di Mexico, menjumpai kumpulan tengkorak manusia dipercayai milik individu yang mengalami kecacatan kranium dan kelihatan seperti
kepala makhluk asing, semalam.

Pengarah projek, Cristina Garcia Moreno berkata, tengkorak pelik itu dipercayai berusia lebih 1,000 tahun dan dijumpai berhampiran perkampungan kecil, Onavas.

"Kita percaya ini adalah penemuan pertama melibatkan tengkorak diikat kain sehingga mengubah bentuk.

"Masyarakat budaya Mesoamerika menggunakan kecacatan tengkorak bagi membezakan kumpulan sosial dan tujuan ritual," kata Cristina.

Tanah perkuburan yang menyimpan 25 individu itu dihuni 13 orang yang dipercayai mengalami kecacatan tengkorak. - MailOnline

Peristiwa Memali

Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang[1] dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara/Operasi Hapus'.
Peristiwa ini terjadi ketika Datuk Seri Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China.



Peristiwa ini dipaparkan melalui tayangan video singkat oleh RTM1.[2], [3] Video ini memaparkan segmen penduduk kampung yang bersenjata parang, lastik dan molotov cocktail (bom petrol) menyatakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap pihak polis yang mengepung penempatan tempat tinggal mereka selama beberapa bulan.
Pihak FRU pula menggunakan dua buah kereta perisai bagi memecahkan pintu papan di rumah Ibrahim Libya. Kelihatan juga seorang perempuan tua yang bagaikan histeria mahu mempertahankan Ibrahim Libya.
Walaubagaimanapun, tayangan video berkenaan dikatakan[attribution needed] telah disunting oleh pihak berkuasa untuk menampakkan kumpulan yang diserang sebagai pengganas.
Video berkenaan turut menayangkan pengakuan daripada bapa Ustaz Ibrahim Libya, Haji Mahmud Senapi, adiknya, Ismail Mahmud dan orang kanannya, Yusuf Husein. Ketiga-tiga mereka ketika itu masih berada di dalam tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Mereka membuat pengakuan salah serta mendedahkan beberapa perancangan kumpulan mereka. Mereka turut menyatakan kesal di atas penglibatan mereka di dalam kumpulan Ustaz Ibrahim Libya dan menyeru rakyat Malaysia supaya memaafkan mereka.
Bagaimanapun selepas dibebaskan, ketiga-tiga mereka telah menyampaikan ceramah ke seluruh Malaysia di atas pentas PAS, mendedahkan bahawa mereka sebenarnya telah dipaksa membuat pengakuan berkenaan.



Musa Hitam selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia menjelaskan Operasi Angkara bertujuan menangkap dan menghapuskan penjenayah. Ibrahim Libya memang dikehendaki pihak polis di bawah ISA. Ibrahim Libya dituduh mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecah-belahkan masyarakat Islam. Selain itu, dalam sidang akhbar New Straits Times bertarikh 21 November 1985 Musa Hitam turut menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Kedah yang mengatakan Ustaz Ibrahim hanyalah memberikan ceramah agama.
Ibrahim Libya juga dituduh melindungi penjenayah yang sangat dikehendaki oleh Polis iaitu Yusof Che Mit dan Ramli Che Mit. Sebelum polis menyerang, penduduk kampung yang berkumpul di rumah Ibrahim Libya diminta menyerahkan Yusuf dan Ramli, tetapi mereka berdua tidak ada di situ. Beberapa hari kemudian Ramli ditangkap, tetapi tidak pula dibicarakan di mahkamah kerana dia ditahan di bawah ISA.
Ibrahim Libya lahir dan tinggal di Kampung Memali,mukim Siong, Baling, Kedah.
Lulusan Universiti Al Azhar, Mesir. Kemudian menyambung pengajiannya di India dan Libya. Bekerja sebagai pegawai pendakwah di Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
Beliau kerap berceramah di RTM 1 Malaysia. Kemudian memulakan kelas agama dan sekolah agama di kampungnya di Kampung Memali. Beliau ingin meneruskan usaha tuan-tuan guru pada masa yang dahulu yang membuka sekolah pondok atau sekolah agama. Perjuangannya sealiran dengan PAS dan menyertai PAS kemudiannya.
Pada tahun 1978, atas tiket PAS bertanding di kawasan Bayu-Baling. Beliau memperoleh 5,081 undi berbanding 6,169 undi yang dimenangi Barisan Nasional.


Terlalu banyak ajaran sesat di Malaysia sehingga menyerang Balai Polis Batu Pahat dan serangan terhadap kuil Hindu di Kerling pada tahun 1979. Kementerian Dalam Negeri Malaysia menerusi polis dan pegawai agama di Jabatan Agama Islam tidak mahu insiden ini berpanjangan. Ajaran sesat haruslah ditumpaskan terlebih dahulu sebelum menjadi tragedi. Peristiwa Memali adalah insiden yang dituduh oleh parti pemerintah sebagai satu kaedah untuk menghapuskan ajaran sesat.
Di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3,600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Pulau Pinang), Pasukan Senoi Praaq, anggota polis beruniform, Unit Tindakan Khas (UTK Berpakaian Komando 69) dari Bukit Aman menerima taklimat dari pegawai Bukit Aman.

Malam itu Ibrahim Mahmud memberi kuliah sehingga jam 11.45 malam . Penduduk seramai 50 orang hadir. Kuliah atau ceramah biasa jarang benar sehingga 11.45 malam. Kecualilah ceramah politik, itupun ada sekatan dan larangan dan perlu permit daripada Balai Polis Daerah.
Sekatan jalan raya dan meminta Ibrahim Libya menyerah diri merupakan tindakan terbaik. Alternatif lain turut difikirkan. 10 orang polis dikatakan telah menyusup masuk ke Kampung Memali dan memberi laporan.
Jika tindakan mengepung dilakukan, mungkin memakan masa 3 bulan. Dua buah kereta perisai digunakan bagi mengelakkan kemalangan di kalangan FRU dan polis. Tambahan pula Baling merupakan kawasan berhampiran sempadan di mana komunis dipercayai masih berkubu . Komunis sentiasa mencari titik lemah anggota tentera yang meronda sempadan Malaysia-Thailand.
[sunting]Persediaan di Madrasah

Ibrahim Libya dan 39 pengikutnya yang tidur di madrasah tersebut telah dimaklumkan oleh seseorang akan bilangan polis yang ramai di Balai Polis Sungai Petani.
Pelbagai senjata ala kampung disediakan seperti kapak, pisau dan buluh runcing. Mereka yang mahir memasang molotov cocktail yang diperbuat daripada minyak tanah dan petrol.
Seluruh pengikut Ibrahim Libya menunaikan solat hajat, membaca surah Yassin dan berzikir sebagaimana pahlawan Islam dahulu.
Sepasukan polis yang terdiri daripada Pasukan Polis Hutan, Senoi Praaq, Polis Anti-Pengganas Unit Tindakan Khas (UTK berpakaian Komando 69), Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta Tugas Am bertindak melakukan serbuan di madrasah tersebut. Dalam serbuan tersebut, seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan, seorang anggota pangkat rendah dan seorang konstabel tertembak. Mengikut sumber dalaman, mereka yang terkorban terkena peluru sesat dari pasukan tersebut itu sendiri semasa serbuan dibuat.[perlu rujukan] Tiada penduduk yang pernah dibicara kerana memiliki senjata api selepas kejadian tersebut.
Dua helikopter polis digunakan bagi membawa pegawai polis yang terkorban. Mangsa yang cedera dan mati dihantar ke Hospital Sungai Petani dan Hospital Alor Star. Dianggarkan seramai 13 penduduk Memali terbunuh dalam serbuan tersebut termasuk Ibrahim Libya. Menurut sumber, beliau ditembak berpuluh kali di dadanya oleh anggota Unit Tindakan Khas (UTK), dan sempat mengucapkan kalimah syahadah dipangkuan seorang pegawai kanan polis yang memangkunya sebelum beliau meninggal dunia. Jenazah Ibrahim serta pengikutnya dikebumikan dalam kubur panjang tanpa dimandikan kerana dipercayai tergolong sebagai para syuhada. [4] Sultan Kedah sendiri turun mencemar duli untuk mengunjungi makam tersebut.
Kawasan Memali pada keseluruhan hari itu adalah mendung & gelap mengikut penduduk disitu. Tiada sebarang aktiviti harian dijalankan dan banyak kedai ditutup berikutan insiden ini.
Status mereka sebagai syahid disahkan oleh ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Guru Haji Yahya Junid dan Ustaz Azahari Abd Razak berdasarkan mereka yang mempertahankan diri dan harta mereka adalah syahid. Bagaimanapun mereka yang mengeluarkan fatwa berkenaan disingkirkan daripada menganggotai badan fatwa berkenaan. [5]

1. Ustaz Ibrahim Mahmud, Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.
2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.
3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menegah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.
4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.
5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.
7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.
8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.
9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.
10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.
14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986. [6]

Bila UMNO bergolak ketua hakim negara dipecat

Derita lembik

KASIHAN...Adli memegang  anaknya yang menghidapi masalah saraf.
KASIHAN...Adli memegang anaknya yang menghidapi masalah saraf. SEREMBAN: “Setiap kali memegang tubuhnya yang lembik disebabkan penyakit saraf saya perlu berhati-hati kerana bimbang anak berasa sakit. Apatah lagi dia belum boleh bercakap dan saya dapat merasakannya apabila dia mengalirkan air mata.”
“Memang sedih melihat anak tidak ceria seperti kanak-kanak lain, tapi saya reda dengan ketentuan Ilahi yang mengurniakan kami dengan anak yang kurang sempurna.” Begitu luahan Norliyana Abdullah, 25, mengenai anak tunggalnya, Ahmad Wafiy Adli Hisham yang menghadapi penyakit saraf sejak berusia empat bulan.

Menurutnya, anaknya itu tidak boleh duduk atau berdiri sebaliknya hanya berbaring.

“Ketika melahirkannya di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), Ahmad Wafiy berkeadaan normal, tetapi dikesan menghadapi masalah saraf ketika usianya empat bulan. Dia diberikan rawatan di hospital berkenaan termasuk dengan doktor pakar, namun sehingga kini keadaannya tidak berubah,” katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di Rumah Rakyat Panchor, dekat sini, semalam.

“Sebelum ini kami membawanya ke HTJS setiap sebulan sekali tetapi sudah hampir setahun tidak membawanya kerana masalah kenderaan dan beberapa halangan lain,” katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di Rumah Rakyat Panchor, dekat sini, semalam.

Norliyana berkata, dia menggunakan sepenuh masa menjaga Ahmad Wafiy yang memerlukan perhatian serius dari segi pemakanan dan kesihatan bagi memastikan anaknya tidak ditimpa masalah lain.


Menurutnya, anaknya mudah mendapat demam jika tidak dijaga dengan betul dan khuatir akan menjejaskan pembesarannya.

“Anak saya memerlukan makanan tambahan iaitu sejenis vitamin khusus untuk saraf seperti disyorkan doktor pakar yang boleh didapati di beberapa farmasi pada harga RM175 bagi 30 biji.

“Doktor juga menyarankan Ahmad Wafiy menggunakan alat penyokong leher dan badan iaitu sebahagian proses terapi bagi membolehkan tulangnya kembali kuat, namun kami belum dapat membelinya kerana suami, Adli Hisham Abas, 34, tidak mampu dari segi kewangan,” katanya.

Katanya, suaminya hanya bekerja sebagai pembantu kedai di Paroi dengan pendapatan RM25 sehari, justeru itu dia pasrah dan mengharapkan anaknya dapat dibantu bagi membolehkannya membesar seperti kanak-kanak normal lain.

“Ibu mana yang tidak inginkan anaknya cergas dan sihat seperti kanak-kanak lain. Semuanya ini dugaan yang terpaksa saya tempuh dan berdoa supaya Ahmad Wafiy dapat pulih seperti biasa,” katanya.

Mengapa Ariel Sharon susah mati?


11 Februari 2006 BBC menuliskan keadaan Perdana Menteri Israel ketika itu, Ariel Sharon.

Kesihatan Sharon sangat teruk. Dia menjalani pembedahan kecemasan selepas pasukan doktor bimbang nyawanya terancam. Sharon dalam keadaan koma di RS Hadassa, Jerusalem sejak 4 Januari 2006 ketika dia mengalami stroke kritikal dan menjalani beberapa siri operasi.

Pasukan doktor berkata, komplikasi pada saluran pencernaan memerlukan operasi serta merta dan mereka memasukkan infus ke perut pemimpin Israel itu.

Diberitakan bahawa doktor di Hospital Hadassa telah memasukkan Ariel Sharon ke ruang operasi khas. Dia mempunyai kesan luka teruk dan tidak sedarkan diri dalam jangka waktu yang lama. Operasi tersebut dilakukan untuk menyambung bahagian-bahagian ususnya yang telah rosak dan telah menyebar ke bahagian tubuh lain.

"Nyawa Sharon terancam," kata jurucakap hospital, Yael Bossem-Levy kepada agensi berita Associated Press ketika itu.
Selepas empat tahun kemudian, harian terkemuka Israel melaporkan keadaan terkini mantan Perdana Menteri Israel Ariel Sharon pada 23 Oktober 2009.

Akhbar terbitan Israel "Hume Israel" mengutip maklumat ini dari salah sebuah majalah elektronik harian terkemuka di Israel. Media ini melaporkan keadaan kesihatan mantan PM Israel itu yang kini masih menderita strok dan terbaring koma di hospital selama lebih dari enam tahun.
Majalah ini menuliskan bahawa keluarga Sharon masih menjenguk dan berinteraksi dengan dirinya. Ini menunjukkan bahawa Sharon masih hidup. Salah seorang dari anggota keluarganya kerap membacakan akhbar harian di sampingnya dan memberitahu perkembangan ternakan lembu yang dia miliki di daerah Selatan Israel. Disamping itu dia juga dibacakan beberapa buku dan diperdengarkan muzik-muzik klasik.

Ketika ditanya lebih lanjut sampai bila keadaan Sharon akan terus jadi seperti ini, Solomo Segev doktor senior yang merawatnya berkata, "Kalau dikaji dari usia rata-rata dalam keluarga Sharon, ibu dan neneknya mati di atas usia 90 tahun". Solomo pun kemudian menganggarkan Sharon akan tetap dengan keadaannya seperti ini sehingga usianya melepasi 90 tahun.-Detik Islam

Rang undang-undang haramkan arak di Indonesia



JAKARTA 21 Dis. - Satu rang undang-undang mencadangkan pengharaman terhadap penjualan, pengeluaran dan pengambilan minuman beralkohol di Indonesia adalah antara 70 rang undang-undang penting yang dijadual dibahaskan oleh Dewan Perwakilan Indonesia tahun depan.
Cadangan pengubalan undang-undang itu, didraf oleh parti Islam tertua di negara ini, Parti Persatuan Pembangunan (PPP) akan memperkenalkan penalti berat bagi pengambilan semua minuman beralkohol.
Mereka yang didapati minum alkohol bakal dikenakan hukuman penjara dua tahun, pengedar berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun manakala pengeluar bakal dikenakan penjara maksimum 10 tahun.
"Ini merupakan pengharaman muktamad, bukan sekadar cubaan untuk mengawal pengeluaran, pengedaran dan pengambilan alkohol," kata Arwani Thomafi, Setiausaha PPP di Dewan Perwakilan seperti dipetik oleh akhbar berbahasa Inggeris, Jakarta Globe pada Jumaat.
Arwani berkata parti memperkenalkan rang undang-undang itu untuk membawa negara “seiring dengan garis panduan agama" serta untuk menangani impak negatif pengambilan alkohol secara berlebihan terhadap kesihatan seseorang.
Beliau berkata kawasan tumpuan pelancong dan “etnik tertentu" mungkin dikecualikan daripada larangan itu, bagaimanapun beliau tidak menjelaskan secara khusus kawasan pelancongan dan kumpulan etnik yang akan dibenarkan berbuat demikian di bawah larangan itu. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121221/lu_14/Rang-undang-undang-haramkan-arak-di-Indonesia#ixzz2Fk8TtdSx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dunia belum kiamat



Beberapa orang paderi kaum Maya menabur bunga di tapak akeologi Iximche sebagai persiapan kedatangan Oxlajuj B'aktun (Kiamat) di Tecpan, Guatemala pada 20 Disember lalu. Oxlajuj B'aktun diramal berlaku pada malam kelmarin mengikut kalendar purba kaum Maya, - Agensi
MERIDA, Mexico 21 Dis. - Beribu-ribu pengamal mistik dari seluruh dunia memenuhi bandar purba puak Maya di Merida, hari ini bagi meraikan kitaran baharu kalendar Maya, sekali gus menafikan ramalan 'hari kehancuran dunia' yang diramalkan dalam kalendar purba puak itu berlaku tengah malam tadi.
Ramai yang hadir menganggap tarikh itu bukan hari penamat bagi dunia, namun adalah permulaan dunia yang baharu.
Seorang tukang ramal dari Amerika Syarikat (AS), Star Johnsen-Moser berkata, perkara penting ketika ini adalah memegang semangat positif kepada diri sendiri dan juga bumi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121222/lu_01/Dunia-belum-kiamat#ixzz2FkBbbHrM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

20 cedera: Penyokong, pembangkang Mursi bertempur



ISKANDARIAH 22 Dis. - Sekurang-kurangnya 20 orang cedera apabila kumpulan penyokong Presiden Mesir, Mohamed Mursi bertempur dengan penyokong kumpulan pembangkang di sini, semalam.
Pertempuran tersebut berlaku menjelang satu undian terakhir ahli Parlimen terhadap pembentukan Perlembagaan berlandaskan undang-undang Islam yang mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan parti pembangkang.
Pihak polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menenangkan beribu-ribu penyokong kedua-dua kumpulan yang bertempur berhampiran sebuah masjid di Iskandariah. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121222/lu_10/20-cedera-Penyokong-pembangkang-Mursi-bertempur#ixzz2Fk4205M3
© Utusan Melayu (M) Bhd 

66 peratus rakyat Israel tolak negara Palestin




         
BAITULMAQDIS: Dua pertiga rakyat Israel menolak penubuhan negara Palestin di Tebing Barat.

Hasil Kajian oleh Maagar Mohot yang disiarkan oleh akhbar Maariv menunjukkan 66 peratus rakyat Israel berkata mereka tidak menyokong penubuhan negara Palestin sementara jumlah yang menyokong hanya 11 peratus.
Hampir separuh atau 51 peratus berkata, mereka akan menyokong pembinaan penempatan baru Yahudi di kawasan sensitif di Tebing Barat yang dikenali sebagai E1, yang terletak antara Baitulmaqdis Timur dan kawasan penempatan Maaleh Adumim.

Sembilan peratus berkata, mereka menolak langkah berkenaan. Empat puluh peratus lagi tidak dapat membuat keputusan.


Tiga minggu lalu, Israel berkata ia merancang membina beribu-ribu rumah untuk penempatan baru di kawasan berkenaan.


Rancangan itu mendapat kecaman antarabangsa kerana ia akan menjejaskan penubuhan negara Palestin pada masa akan datang.

Dengan hanya lima minggu menjelang pilihan raya umum pada 22 Januari akan datang, kajian itu juga mendapati sokongan berterusan terhadap parti Likud-Beitenu pimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu yang dijangka memenangi 37 daripada 120 kerus, kurang satu daripada kajian minggu lalu.

Parti Buruh, menguasai 20 kerusi, sementara parti nasionalis yang menyokong pembinaan penempatan Yahudi, Jewish Home, meningkat dari satu kepada 12 kerusi.

Parti ultra ortodoks, Shas hilang satu kerusi daripada 12. - AFP

Penentang selar usaha damai Iran




         
BEIRUT: Kumpulan penentang Syria menolak cadangan Iran untuk mengadakan rundingan di negara itu dan menyifatkannya sebagai langkah terakhir Teheran untuk menyelamatkan rejim Presiden Basyar al-Assad.

“Sebaik saja tentera Pembebasan Syria menang satu demi satu pertempuran dan juga dalam politik, rejim dan sekutunya akan cuba melakukan usaha politik yang lemah dan sudah terlambat,” kata Pakatan Kebangsaan.
Kumpulan itu berkata, cadangan Iran adalah contoh usaha terdesak untuk selamatkan Basyar dan rejimnya.

Teheran yang menjadi sekutu paling kuat rejim itu menyenaraikan secara terperinci pelan damai enam perkara Ahad lalu, menurut laporan media Iran.


Rancangan itu tidak menyatakan kejatuhan rejim itu tetapi meminta ‘semua bentuk keganasan dihentikan serta-merta dan tindakan ketenteraan diletakkan di bawah seliaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.”


Ia turut meminta sekatan terhadap Syria dibatalkan, memulakan dialog kebangsaan, penubuhan perubahan kerajaan dan pilihan raya bebas.

Pakatan Kebangsaan Syria berkata, cadangan Iran itu kelihatan seperti mementingkan keselamatan orang ramai, perpaduan dan kemerdekaan rakyat Syria.

“Tetapi, sekiranya Iran ikhlas, ia mampu membantu rakyat Syria mencapai tuntutan dan kepentingan mereka.

“Iran boleh melakukanya dengan menghentikan sokongan terhadap rejim Basyar, baik dari segi politik, ketenteraan dan ekonomi dengan mendesak rejim itu meninggalkan negara ini secepat mungkin,” kata blok pembangkang itu. - AFP

Tentera AS kencing mayat Taliban dipenjara 30 hari, turun pangkat




         
WASHINGTON: Seorang anggota tentera Amerika Syarikat yang dibicarakan di Mahkamah Tentera kerana kencing pada mayat pejuang Taliban dijatuhkan hukuman penjara 30 hari, diturunkan pangkat dan gaji dipotong selama enam bulan.

Pasukan Marin Amerika Syarikat semalam mengumumkan, Staf Sarjan Joseph W Chamblin mengaku bersalah di hadapan hakim tentera.
Dia mengaku bersalah melakukan pencemaran, gagal menyelia anggota bawahannya dan bergambar dengan mangsa peperangan.

Perbuatan biadap Chamblin didedahkan Januari lalu menerusi video yang menunjukkan empat anggota tentera kencing pada tiga mayat anggotaTaliban.


Perbuatan itu dilakukan pada Julai 2011.


Satu siasatan jenayah dijalankan selepas itu.

Pada September 2012, Tentera mengumumkan Chamblin dan Staf Sarjan Edward W Deptola akan didakwa di Mahkamah Tentera.

Kes Deptola belum dibicarakan lagi. - AP

Tentera didapati bersalah bunuh remaja




         
BANGKOK: Mahkamah Jenayah Thai semalam memutuskan bahawa remaja lelaki berusia 14 tahun yang tidak menyokong mana-mana parti politik dibunuh oleh tentera pada 15 Mei, 2010.

Inkues itu memutuskan, Kunakorn Srisuwan ditembak mati oleh anggota tentera yang menjalankan operasi di bawah perintah Darurat.
Remaja itu ditembak di belakang dan peluru menembusi perutnya ketika tunjuk perasaan antikerajaan memuncak. - BP

Hizbullah ada 50,000 peluru berpandu



2012/12/22
PBB: Wakil Israel di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Majlis Keselamatan mengutuk Hizbullah kerana menambah senjata dalam simpanannya khususnya peluru berpandu yang boleh sampai ke negara Yahudi itu.

Malah, beliau menuduh Hizbullah mempunyai berpuluh ribu peluru berpandu.
Dalam suratnya kepada 15 anggota badan itu, duta Israel ke PBB, Ron Prosor berkata penambahan senjata itu melanggar sekatan senjata PBB.

Prosor juga memberitahu, letupan di bandar selatan Lubnan di Taif Harfa pada Isnin lalu berlaku di depoh senjata.

“Letupan itu menawarkan satu lagi peringatan kepada dunia berhubung bahaya kepada kami di Lubnan,” tulisnya.

Langgar resolusi

“Hizbullah jelas melanggar resolusi Majlis Keselamatan 1701. Ia kini membangunkan persenjataannya kepada tahap paling tinggi dengan mengumpul 50,000 peluru berpandu di Lubnan.
“Ia lebih banyak berbanding kebanyakan anggota NATO. Peluru berpandu ini boleh sampai ke seluruh Israel dan lebih jauh lagi,” katanya.

Satu sumber keselamatan Lubnan berkata, letupan Isnin lalu disebabkan sebuah roket yang dilepaskan ke dalam Lubnan ketika perang 2006 Hizbullah dengan Israel namun tidak meletup ketika impak.

Israel sekian lama mengadu bahawa sekatan senjata PBB ke atas Lubnan tidak berjaya.

“Saya menggesa Majlis Keselamatan dan semua anggota bertanggungjawab masyarakat antarabangsa untuk menghantar satu isyarat jelas bahawa penambahan pantas senjata Hizbullah tidak akan ditolak ansur - disokong dengan langkah konkrit di darat,” katanya.

“Langkah pertama ialah memastikan Hizbullah diletakkan dalam senarai pemerhati keganasan di semua sudut dunia termasuk Kesatuan Eropah,” kata Prosor.

Isnin lalu, wartawan Reuters di Lubnan berkata, anggota Hizbullah, askar Lubnan dan kira-kira 50 anggota tentera pengaman PBB (UNIFIL) berada di tapak letupan namun dihalang daripada mendekati kawasan itu. - REUTERS

SYEIKH MAHELLAWI JAWAB AMRU MUSA: "ULAMAK TIDAK KOTORI MASJID..AGAMA DAN DUNIA TIDAK BOLEH DIPISAHKAN"

SYEIKH MAHELLAWI JAWAB AMRU MUSA: "ULAMAK TIDAK KOTORI MASJID..AGAMA DAN DUNIA TIDAK BOLEH DIPISAHKAN"

Imam dan khatib Masjid Qaid Ibrahim, Syeikh Ahmed Mahellawi dalam khutbah Jumaat hari ini berkata, tidak pernah berlaku dalam sejarah sejak Napoleon atau penjajah-penjajah sebelum ini yang menceroboh masjid, sepertimana yang berlaku pada Jumaat minggu lepas.

Syeikh Mahellawi, berusia 88 tahun merupakan ulamak Al-Azhar yang disegani dan pernah dipenjarakan di zaman Anwar Sadat kerana menegur isteri Sadat, Jehan Sadat yang tidak menutup aurat.

Syeikh Mahellawi yang juga merupakan guru kepada As-Syahid Dr.Abdul Aziz Rantissi, bekas pemimpin utama HAMAS mengulas peristiwa hitam dalam sejarah umat Islam di Mesir apabila lebih 3,000 pemuda dan samseng "Barisan Penyelamat" mengepung Masjid Qaid Ibrahim Jumaat lepas dan beliau, jemaah wanita dan orang-orang tua yang berada dalam masjid terkepung lebih 14 jam sebelum campurtangan pasukan keselamatan. Selain itu, kumpulan tersebut menghalang azan Asar, Maghrib dan Isyak dilaungkan dan membakar kereta yang membawa Syeikh Mahellawi.

Menurut beliau, sesiapa yang mendakwa golongan ulamak 'mengotori masjid dengan politik' menurut beliau masjid merupakan rumah Allah untuk membincangkan semua perkara berkaitan agama dan dunia. Menurut beliau, sesiapa yang mendakwa masjid terasing dari urusan agama maka dia sebenarnya jahil berkaitan urusan agama Allah.

Beliau turut menafikan dirinya menggunakan mimbar bagi meminta rakyat menyokong perlembagaan seperti yang dilaporkan oleh media.

Beliau turut mengecam kenyataan Amru Musa yang mendakwa "golongan ulamak dan agamawan mengotori rumah Allah dengan politik."

Di akhir khutbah, mereka yang hadir melaungkan "Dengan roh dan darah menjadi tebusan buatmu wahai Islam!!".— Abdul Malik II.

ADMIN II ///

Our sisters in Syria!

 mashaAllah! Our sisters in Syria! 

may Allah protect them and our sisters everywhere, ameen!

Key Gompa india