Showing posts with label Kaabah. Show all posts

Wednesday, November 28, 2012

Kisah Kaabah yang tidak diketahui ramai dari sudut sains

by Oxynie Minuman Antioksidan on Wednesday, November 28, 2012 at 6:50am ·
Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Like · Share

Saturday, October 27, 2012

Tanggal 9 Zulhijjah setiap tahun, kelambu Kaabah yang menyelubungi rumah Allah ini akan diganti baru.

Tanggal hari Rabu lalu, penjaga anak kunci Kaabah Syeikh Abdul Qadir As-Syaibi telah menerima kelambu kaabah (kiswa) yang baru dari Pengerusi Lembaga Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Syeikh Abdul Rahman Sudais sebagai simbolik permulaan untuk menggantikan kelambu Kaabah tersebut.

Kelambu Kaabah yang lama akan dipotong kepada bahagian-bahagian yang kecil sebelum dihadiahkan kepada tokoh-tokoh terkenal Islam.

Kiswa Kaabah ini ditenun dengan kain sutera yang halus diperbuat di kilang "Ummul Jud" yang terletak di Mekah.

Sunday, August 5, 2012

Kaabah

Kaabah adalah satu pusat tenaga positif yang paling besar di bumi. Tenaga apa? 
Ada 3 tenaga yang saling berkaitan antara satu sama lain.
1. Minda/Akal
2. Tubuh/Jasmani.
3. Roh/Batin.

Jika anda kurang faham tentang potensi diri, anda tidak akan faham betapa pentingnya sistem penguasaan itu. Jika dikaji tubuh anda sehingga atom terkecil apa anda akan temui? Atom, elektron, proton. Apa makna semua ni? Ini bermakna diri anda pada asasnya adalah tenaga. Begitu juga bumi dan seluruh alam semesta. Ini bermakna Allah jadikan kita sebagai pemancar tenaga. Dimana kita boleh dipengaruhi oleh tenaga disekeliling dan yang paling penting kita boleh mempengaruhi tenaga disekeliling kita.

Kita boleh keluarkan tenaga positif, mahupun negatif. Kita juga boleh dipengaruhi tenaga positif dan negatif. Bagaimana ini berlaku?

Jika kita hasilkan tenaga positif berfrekuensi tinggi, tenaga tu akan bergabung dengan tenaga luaran positif. Jadi kita akan dikelilingi oleh kuasa positif dan begitulah sebaliknya. 

Sebab itulah kita akan berasa sungguh selesa jika dikelilingi tenaga positif alam semulajadi.
Sebaliknya kita akan berasa tidak senang dengan tenaga negatif dan kaku sebuah bandar.

Contohnya, kita akan berasa selesa, tenang jiwa bila kita masuk ke dalam masjid. Ini adalah disebabkan tenaga positif yang dihasilkan. Saya pasti, sesiapa yang pernah menjejakkan kaki di tanah suci Mekah pasti dapat merasai ketenangan yang amat sangat. Kerana kuasa positif yang begitu banyak. 

Subhanallah. 
Segalanya adalah dengan kekuasaan Allah s.w.t jua.