Sunday, January 18, 2015

Rosmah lawat mangsa banjir di Gua Musang

AHAD, 18 JANUARI 2015 @ 2:57 PM

 
GUA MUSANG: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini meluangkan masa melawat mangsa banjir yang masih ditempatkan di dua pusat penempatan sementara di sini.

Beliau tiba kira-kira 12 tengah hari di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Taman Etnobotani di sini yang menempatkan 35 keluarga.

Selepas meluangkan masa kira-kira 30 minit, Rosmah seterusnya melawat kem sementara di Bandar Utama yang menempatkan 97 keluarga yang terletak kira-kira10 kilometer dari kem sebelum itu.

Seramai 608 mangsa banjir masih ditempatkan di dua pusat penempatan sementara itu.


Rosmah yang juga Yang Dipertua Badan Amal Dan Kebajikan Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) turut menyerahkan sumbangan sebanyak 1,500 bungkusan bantuan berupa barangan keperluan harian dan makanan.

Rosmah serta rombongannya seterusnya bertolak ke Kuala Krai dan dijangka menamatkan lawatannya ke Kelantan di Tanah Merah petang ini. Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Galas, Abd Aziz Yusoff dalam ucapannya di kem PLKN menganggap banjir di Kelantan, terutama di Gua Musang adalah luar biasa.

- BERNAMA

'Suamiku curang berpuluh kali'

Foto ilustrasi
LEMAH lesu di perbaringan, saya memandang kosong ke dinding wad. Telefon bimbit kejap di tangan. Saya masih berkira-kira sama ada hendak menelefon suami atau tidak. Sudah beberapa jam saya dimasukkan ke wad bersalin ini, bayi ketiga hasil perkahwinan 10 tahun lalu, belum diazankan.


ALLAHUAKBAR... kuatkan semangatku. Janganlah KAU izinkan suami ke mari bersama perempuan itu. Rintih saya sebelum menggagahkan diri mencari kekuatan untuk mendail nombor suami. Hanya mendail dengan jari, tetapi kekuatan yang diperlukan ibarat segunung bongkah batu. Demi cinta dan demi anak ini, saya hubungi juga si pemilik hati.
“Assalamualaikum abang. Tia dah bersalin. Wad bersalin tingkat 3. Datang sendiri ya.”
“Ok kejap lagi abang sampai.” 
Satu jam, dua jam, tiga jam, siang membawa ke malam. Suami ditunggu tak kunjung tiba. Entah ke sekian kalinya, saya tenggelam dalam lamunan air mata. YA ALLAH, berat sungguh ujian ini. 
Di saat saya berjuang antara hidup dan mati, suamilah orang yang paling saya tunggu-tunggu untuk memegang tangan ini, mengucup dahi ini dan memberikan seluruh kata semangat buat saya meneruskan perjuangan. Nyawa yang saya perjuangkan adalah nyawa bayinya, zuriatnya, benihnya!
Tapi kenapa... kenapa setelah saya melalui tempoh getir itu seorang diri pun, suami masih belum menjejakkan kaki melihat saya? 
Siapakah saya padanya? Astaghfirullah... saya beristighfar. Sudah jam 3 pagi. Bayi saya menangis minta disusukan. Saya mengangkat tubuh si kecil dan membawa bibirnya menyentuh dada yang tidak berair. Sudah berkali-kali mencuba, dada saya membengkak tetapi susu tidak mahu keluar. Doktor kata, saya perlu memujuk emosi. 
Bagaimana doktor? Sudah tiga hari saya di hospital sejak mengalami contraction. Namun sehingga hari ini, suami tidak datang menjenguk. Saya buntu, lemah, kalah. Saya tak mampu harungi semua ini lagi.
Suami datang menjenguk
Pagi itu, ada sesuatu yang hangat menyentuh tangan saya. Dek kerana banyak menangis, mata ini terasa berat untuk dibuka. Saya usaha perlahan-lahan. Pandangan yang berbalam-balam tidak menghalang untuk saya mengenal siapa di hadapan mata. Saya peluk dan saya cium cinta hati saya itu. Sepuluh tahun berumah tangga, masakan saya mampu membenci dia meski pun selalu melukakan?
Suami menguraikan pelukan. Saya senyum dengan air mata yang masih bersisa. Terlalu banyak yang ingin saya perkata. Banyak juga yang ingin saya tanya. Tidak tahu bagaimana hendak bermula, yang pasti momen itu seakan tidak mahu saya akhiri. Saya terharu. Saya peluk dan cium lagi wajah suami. Dia menyimpul senyum, menggenggam erat jemari saya sambil menggendong bayi kami.
“Abang dah azankan Adam. Doktor kata tunggu sehari lagi baru Tia boleh keluar wad. Jaga diri baik-baik ya.” 
Adam? Nama yang cantik untuk bayi bertuah saya... Suami yang pilih. Saya akur segalanya...
“Abang pergi mana? Tia memandu ke hospital sendiri. Telefon abang tak dapat-dapat. Kan abang janji nak teman Tia bersalin? Dua anak kita abang tunggu, kenapa kali ini tak?” Terhambur juga persoalan yang membelenggu. Saya cuba menahan emosi. Saya tidak mahu kelihatan lemah sehingga boleh dipersendakan sewenang-wenangnya.
Suami hanya menunduk. Tiada jawapan untuk segala persoalan saya. 
“Mas! Jangan lama. Udah telat.” Seseorang menjengah di daun pintu. Saya terkesima. 
“Kenapa abang bawa dia ke sini? Kan Tia dah pesan supaya abang putus dengan dia? Abang nak Tia dan anak-anak atau nak dia? Jawab Tia abang!” Saya tak dapat mengawal marah. Sumpah dada saya ngilu bagai disiat-siat. Saya tarik baju suami. Marah saya sampai ke puncak. Saat itu saya rasa mahu berdiri dan menumbuk wajah Ratna tapi bilamana kaki bergerak, jahitan bersalin terasa koyak. Saya menjerit memegang ari-ari.
Suami kaget. Dia meletakkan Adam sebelum membantu saya membetulkan duduk. Akhirnya saya terpaksa menangis. Tiada sebarang kekuatan untuk saya waktu itu. Hanya air mata menghamburkan luluh hati. 
“Abang minta maaf. Abang ingkar janji. Abang tak putus dengan Ratna, sebaliknya abang ke Medan, berkahwin dengan Ratna...”
Ya ALLAH... saya sembamkan muka ke dada suami. Akhirnya saya sedar, saya semakin tewas... 
Dua minggu saya melalui tempoh berpantang tanpa suami di sisi. Dia di rumah bini barunya dan saya ditemani adik-beradik dan ibu yang tidak habis-habis mendesak untuk memohon penceraian. Merekalah yang menjaga saya berpantang.
Memang, sudah tiba masanya saya bertindak. Ini bukan kali kedua suami mengkhianati rumah tangga kami malah berpuluh-puluh kali dan ibu adalah orang yang paling lelah mendengar cerita yang saya pendam selama sepuluh tahun ini.
Melalui tempoh yang panjang sebagai seorang balu untuk membesarkan lima anak, ibu langsung tidak bersetuju cadangan adik-beradik agar saya bercerai, namun demi saat itu dia telah merelakan. Saya? Belum ada keputusan. Dalam hati selalu berdoa suami saya dikembalikan. Jika benar ini penganiayaan, saya mahu suami saya dikembalikan... dikembalikan...

Mahkamah Benar Wan Ji Rujuk Isu Perlembagaan Ke Mahkamah Tinggi


Diterbitkan: Jumaat, 16 Januari 2015 7:36 PM
Penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin, 32, (dua, kanan) bersama peguam N. Surendran (kanan), Latheefa Koya (kiri) dan Radzlan Jalaludin hadir di Kompleks Mahkamah Shah Alam pada Jumaat untuk keputusan merujuk isu perlembagaan ke Mahkamah Tinggi berhubung tuduhan hasutan dihadapinya, dua tahun lepas.-Foto BERNAMA.

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat membenarkan permohonan penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin untuk merujuk isu perlembagaan berhubung tuduhan mengikut Akta Hasutan 1948 yang dikenakan terhadapnya, ke Mahkamah Tinggi.

Hakim Slamat Yahya membenarkan permohonan tertuduh mengikut Seksyen 30 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Beliau berkata mahkamah itu terikat dengan keputusan mahkamah lebih tinggi berhubung kes-kes seumpamanya.


"Mahkamah ini perlu melihat sama ada isu tersebut tertakluk kepada Seksyen 30 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan dengan itu mahkamah membenarkan kes tersebut dirujuk ke Mahkamah Tinggi," katanya.

Slamat bagaimanapun menolak permohonan tertuduh untuk penangguhan prosiding kes berkenaan sehingga Mahkamah Tinggi selesai meneliti isu itu.

Ini kerana jika perbicaraan kes itu ditangguh, ia akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan, kata Slamat.

Perbicaraan kes itu ditetapkan lima hari bermula 5 Mei.
Pada 5 Januari lepas, Wan Ji, 33, mengemukakan permohonan untuk merujuk kepada mahkamah yang lebih tinggi berhubung pertuduhan dikenakan ke atasnya berdasarkan persoalan sama ada Akta Hasutan 1948 adalah konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan dan sama ada Akta itu bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan berhubung kebebasan bersuara.
Dia dituduh menerbitkan penerbitan menghasut bagi menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui laman sosial Facebook di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5 di sini pada 10 pagi, 5 November 2012.
Wan Ji didakwa mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 10 September tahun lepas. Tertuduh diwakili peguam N. Surendran, Latheefa Koya dan Radzlan Jalaludin manakala pendakwaan dikendalikan Ketua Unit Pendakwaan Selangor Mohd Azari Harun.

Kerajaan Akan Terus Rayu Tambah Kuota Jemaah Haji - Jamir Khir


Diterbitkan: Ahad, 18 Januari 2015 11:29 AM

ALOR SETAR: Kerajaan akan terus merayu kepada kerajaanArab Saudi untuk menambah kuota jemaah haji bagi rakyat negara ini sebanyak 10,000 pada tahun ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata sejak projek pembesaran Masjidil Haram dilaksanakan, kuota jemaah haji Malaysia telah dikurangkan sebanyak 20 peratus daripada kuota jemaah haji yang sebenar setiap tahun.

"Kerajaan akan terus merayu dengan kerajaan Arab Saudi untuk memberikan kuota (jemaah haji) tambahan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-31 di sini, Sabtu malam.

Kuota haji Malaysia tahun lepas ialah sebanyak 22,320 orang.

Katanya, kerajaan dan Tabung Haji (TH) mempunyai pelbagai saluran untuk menyampaikan rayuan menambah kuota haji kepada kerajaan Arab Saudi termasuk dalam mesyuarat haji yang bakal diadakan Mac depan serta menerusi pasukan TH yang berada di Makkah dan Madinah sepanjang tahun.

Beliau berkata, ketika ini terdapat 1.6 juta rakyat Malaysia yang telah mendaftar dengan TH untuk menunaikan ibadah haji dan tempoh menunggu adalah terlalu lama.

"Tempoh menunggu itu boleh mencecah 67 tahun," katanya menambah kerajaan Indonesia juga merayu kepada Arab Saudi berikutan tempoh menunggu jemaah haji negara itu juga lama.

Pada majlis sama, beliau turut melancarkan sistem Kad Tauliah Mengajar Haji bagi memastikan hanya pembimbing haji bertauliah dan diiktiraf TH serta penyampai yang berkualiti boleh memberikan ceramah haji dan umrah.

Ia akan memudahkan kawalan dan penyelarasan hukum-hakam supaya tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan Resolusi Muzakarah Haji, katanya.

Menurut beliau pemegang kad tauliah berkenaan perlu memperbaharui kad setiap tahun selepas melalui beberapa proses bagi memastikan mereka mematuhi kriteria ketat yang ditetapkan TH.

Hidup Sukar Kerana Dia Tempat Bergantung - Ibu Pemandu Bas


Diterbitkan: Sabtu, 17 Januari 2015 11:53 PM
S. Nagamah (kiri) menerima sumbangan daripada kerajaan negeri.

PARIT BUNTAR: Ibu kepada pemandu bas M. Jayagunasgaran, 40, yang maut dalam kemalangan di Tapah, Khamis lepas, membayangkan kehidupan yang sukar bakal ditempuhinya selepas hilang tempat dia bergantung hidup.

S. Nagamah, 68 berkata anak bongsu daripada tujuh beradik itu, yang tinggal bersamanya, juga amat gemar membantu anggota keluarga yang berada dalam kesusahan.

"Dia anak yang baik...memang susah saya nak percaya apa yang terjadi. Apa pun saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana menghulurkan sumbangan dan sudi berkongsi kesedihan dengan saya," katanya.

Nagamah ditemui pemberita di kediamannya di Taman Seroja selepas menerima sumbangan daripada kerajaan negeri Perak yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri Datuk Rusnah Kassim.

Jayagunasgaran yang mengalami kecederaan parah akibat patah tulang rusuknya merupakan antara lapan yang terkorban dalam insiden bas berkenaan.

Sementara itu, Rusnah yang mewakili Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah menyampaikan sumbangan dan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan terbabit.

Beliau berkata keluarga mangsa yang terkorban dalam kemalangan itu menerima sumbangan bernilai RM2,000 daripada kerajaan negeri.

"Saya sedih bila mengenangkan nasib Nagamah yang kehilangan tempat bergantung. Saya akan cuba membantunya mendapatkan lesen perniagaan untuk membuka kedai makan bersama anak perempuannya.

Sumbangan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban keluarga mangsa. Kita juga akan berikan sumbangan kepada mangsa yang mengalami kecederaan, namun akan diputuskan kemudian berapa jumlahnya," katanya.

Turut menziarahi keluarga mangsa berkenaan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baru Cina negeri Datuk Dr Mah Hang Soon.

Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila bas persiaran yang membawa 30 penumpang dari Kuala Kurau dan Parit Buntar, Perak ke Genting Highlands, cuba mengelak sebuah tayar lori di tengah jalan sebelum terbabas ke dalam parit lalu terbakar di Kilometer 326.3 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Tol Tapah pada pukul 1.15 pagi.

Dalam kejadian itu turut menyebabkan 21 penumpang lain cedera manakala dua lagi selamat daripada kecederaan.

Umno Kelantan Mahu Kerajaan Pusat Percepatkan Bina Rumah Kekal Mangsa Banjir


Diterbitkan: Ahad, 18 Januari 2015 12:15 PM
Sebahagian besar penduduk hilang tempat berteduh akibat dihanyutkan air dalam bencana paling buruk baru-baru ini.

KOTA BARU: Umno Kelantan akan meminta kerajaan pusat mempercepatkan pembinaan rumah kekal kepada mangsa yang hilang kediaman akibat banjir di negeri ini bulan lepas.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, setakat ini jumlah rumah yang musnah sepenuhnya sebanyak 2,010 buah dan angka itu dijangka bertambah kerana bancian masih dijalankan di seluruh negeri ini.
"Saya akan minta kerajaan pusat bina (rumah) secepat mungkin kerana kita dapati mangsa yang terlibat sudah dua, tiga minggu menunggu tempat kediaman kekal," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Badan  Perhubungan Umno Kelantan di sini, malam Sabtu.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis lepas menyatakan Kabinet bersetuju membina rumah kekal berharga RM48,000 setiap rumah khusus untuk mangsa yang kediaman musnah secara keseluruhannya di negeri yang dilanda banjir.
Muhyiddin dilaporkan berkata kerajaan juga bersetuju memberi bantuan atas kadar antara RM5,000 dan RM10,000 bagi setiap rumah yang mengalami kerosakan sebahagian atau tidak sepenuhnya.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata bagi mangsa yang sebelum ini mendiami kawasan setinggan, kerajaan negeri akan menyediakan kawasan baharu untuk pembinaan rumah kekal kepada mereka.
Beliau berkata, sebelum rumah kekal berkenaan siap, kerajaan pusat menyediakan penempatan sementara berbentuk khemah secara berkelompok dengan dibekalkan pelbagai kemudahan seperti dewan makan, dewan solat, bilik mandi, bekalan elektrik dan air.
Katanya, kerajaan juga menyediakan kediaman transit seperti kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan kem tentera, untuk mangsa banjir terbabit.
Dalam masa sama, Mustapa berkata kerajaan juga sedang membantu mangsa yang hilang pendapatan akibat banjir termasuk hasil pertanian musnah dan premis perniagaan ditenggelami air.

'Pulih dengan izin ALLAH SWT'


Keadaan Wan Rohana November lalu sewaktu beratnya cuma 24kg.
Keadaan Wan Rohana November lalu sewaktu beratnya cuma 24kg.
KAMPUNG DURIAN KASIM - Ibu tunggal dua anak, Wan Rohana Wan Mohamad, 34, bersyukur kerana kesihatannya kini beransur pulih berbanding sebulan lalu, malah berat badannya juga meningkat kepada hampir 30 kilogram (kg) berbanding cuma 24kg sebelum ini.

Menurut Wan Rohana, lebih menggembirakan apabila dia bukan sahaja dapat menguruskan diri sendiri, tetapi juga mampu menyediakan sarapan untuk anak-anaknya ke sekolah sebagaimana dilakukannya sebelum ini.

“Segalanya berubah setelah saya menghidap penyakit misteri hingga menyebabkan berat badan susut daripada 42kg kepada 24kg. Hampir lima bulan saya habiskan masa atas katil dengan bergantung pada ibu dan dua anak (Amirul Faizi, 11 dan Fatin Nabila, 8). Hanya ALLAH SWT tahu perasaan saya ketika itu, apatah lagi tubuh saya bagaikan tinggal tulang dan kulit sahaja.
“Bagaimanapun, saya yakin setiap penyakit pasti ada ubatnya. Saya kemudian berubat secara tradisional walaupun pihak hospital memaklumkan saya tidak ada sebarang penyakit. Syukurlah, dengan izin-Nya, penyakit saya kian pulih,” katanya, semalam.

Wan Rohana berkata, walaupun sudah dapat berjalan dan mampu melakukan kerja rumah, tetapi dia masih beringat dan cuba mengelakkan diri daripada terlalu terdedah pada cahaya matahari, tambahan pula mata kirinya turut mengalami masalah penglihatan.

Menurutnya lagi, walaupun jauh di sudut hatinya mahu mencari rezeki secepat mungkin bagi menampung kehidupan dia sekeluarga, bagaimanapun tahap kesihatannya kini belum memungkinkan semua itu menjadi kenyataan.

Sementara itu, ibunya, Siti Aminah Yaacob, 65, mengakui sering menangis apabila melihat keadaan anaknya itu, namun kata-kata semangat tidak pernah lekang di bibirnya agar Wan Rohana sentiasa kuat menempuh ujian ALLAH SWT.

Sinar Harian 13 November lalu turut menyiarkan kisah Wan Rohana yang ketika itu berubah menjadi kurus-kering gara-gara penyakit misteri dihidapinya sehingga menyebabkan berat badannya turun kepada 24kg.

GLOBAL WARMING; CARA DAJJAL UNTUK KELUAR?

ADA sebuah nubuwat yang benar-benar menggambarkan betapa dekatnya masa-masa keluarnya Dajjal dengan seluruh fenomena pemanasan global. Bencana kekeringan dan banjir yang bersamaan, gempa bumi dan tanah longsor yang terus beriringan, badai topan dan angin kencang yang memporak-porandakan bangunan, meningkatnya suhu bumi hingga titik derajat tertinggi yang menimbulkan kematian secara massal, kesemuanya adalah bagian dari akibat yang ditimbulkan oleh pemanasan global.





Rasulullah saw bersabda:



“Sesungguhnya sebelum keluarnya Dajjal adalah tempo waktu tiga tahun yang sangat sulit, dimana pada waktu itu manusia akan ditimpa oleh kelaparan yang sangat. Allah memerintahkan kepada langit pada tahun pertama darinya untuk menahan 1/3 dari hujannya dan memerintahkan kepada bumi untuk menahan 1/3 dari tanamannya. Kemudian Allah memerintahkan kepada langit pada tahun kedua darinya agar menahan 2/3 dari hujannya dan memerintahkan bumi untuk menahan 2/3 dari tanam tanamannya. Kemudian pada tahun ketiga darinya Allah memerintahkan kepada langit untuk menahan semua air hujannya, lalu ia tidak meneteskan setitik airpun dan memerintahkan bumi agar menahan seluruh tanamannya, maka setelah itu tidak tumbuh satu tanaman hijaupun dan semua binatang berkuku akan mati kecuali yang tidak dikehendaki Allah. Para sahabat bertanya, ”Dengan apa manusia akan hidup pada saat itu ?” Beliau Shallallahu alaihi wa sallam menjawab, ”Tahlil, takbir dan tahmid akan sama artinya bagi mereka dengan makanan,” (HR. Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah dan Al Hakim, shahih. Lihat Ash- Shahihah no.2457).



Nabi Isa as akan Turun untuk menyelamatkan kaum muslimin dari kegelapan total akibat asap global



Dalam sebuah riwayat disebutkan :



Dajjal mengepung penduduknya. Saat itu sebagian kaum Muslimin berlindung ke atas perbukitan dan pegunungan Syam. Kemudian Dajjal dapat mengepung mereka dengan menempati tempat asalnya. Sehingga, ketika cobaan dan kegentingan telah berlangsung lama menimpa kaum Muslimin, salah seorang di antara mereka kemudian berkata, ‘Hai sekalian kaum Muslimin! Hingga kapan kalian dalam keadaan begini, padahal musuh Allah telah menginjakkan kaki di bumi kalian? Bagi kalian hanya ada dua pilihan, Allah mematikan kalian sebagai syuhada atau memenangkan kalian!’ Kemudian mereka bersumpah setia (baiat) untuk mati-matian berjihad, yang hal itu diketahui Allah sebagai kejujuran dari diri mereka sendiri. Kemudian KEGELAPAN (zhulmah) menimpa mereka, sehingga tak seorang pun dapat melihat telapak tangannya. Kemudian Isa bin Maryam turun lalu membuka pandangan mata mereka. HR. Abdurrazzaq no. 20834



Dari hadits di atas dapat dipahami bahwa ketika kaum Muslimin sedang berperang melawan Dajjal dan pengikutnya, di mana pada saat itu kaum Mus­limin hampir mengalami kekalahan, maka tiba-tiba datanglah kegelapan (zhulmah) yang melingkupi mereka semua, sampai mereka tidak bisa melihat tangannya sendiri. Dari informasi ini dapat diduga bahwa kemungkinan zhulmah atau kegelapan itu adalah kegelapan asap/kabut ad-Dukhaan yang datang akibat meteor menghantam bumi untuk.



Global Warming, dapatkah diselamatkan?



Isac Asimov dan Frederik Pohl dalam bukunya Our Angry Earth menulis: Sebagian besar manusia sulit menyadari realitas kehancuran lingkungan hidup yang ada di sekitarnya. Ini karena penghancuran-penghancuran ling­kungan hidup itu terjadi bersamaan dengan proses-proses yang sedang mereka kerjakan sendiri, yang sering “bertujuan” untuk membangun masa depan. Padahal, yang terjadi adalah sebaliknya. Tragedi masa depan itu justru sedang berjalan di depan kita dan kita sendiri yang menjalankannya.



Apa yang ditulis Asimov-Pohl benar. Berbagai tragedi lingkungan yang kini sedang terjadi -kenaikan suhu atmosfir bumi, polusi, deforestasi, dan mewabahnya penyakit berbahaya- sebenarnya merupakan hasil dari perbuatan manusia sendiri. Tragisnya, sebagian besar manusia belum menyadari akan hal itu.



Akhir zaman yang telah dinubuwatkan; seperti skenario sebuah drama dalam panggung kehidupan



Ibarat sebuah drama, kehidupan manusia saat ini sudah memasuki babak-babak terakhir. Kerusakan yang semakin bertambah parah dan manusia yang semakin kehilangan sifat kemanusiaannya adalah salah satu bukti faktual atas pernyataan ini. Manusia jahat semakin banyak, dan orang-orang yang bijak semakin langka. Bertikai dan membunuh demi kepentingan pribadi semakin marak terjadi.



Demi melihat seluruh realitas dan fakta yang ada, menjadi sangat sulit untuk mengatakan bahwa peradaban modern ini akan mencegah pemanasan global. Teknologi secanggih apapun tidak akan mempu menghentikan emisi karbon. Hujan asam yang saat ini terus terjadi telah dinubuwatkan.



Dengan kata lain, yang paling penting adalah bagaimana mengakhiri semuanya dengan sebuah akhir yang baik, husnul khatimah. Ya, ’biarlah’ pemanasan global itu tetap berjalan, ’biarlah’ global warming itu terus menghantam, ’biarlah’ air laut itu terus naik dengan perlahan, ’biarlah’ gempa bumi dan angin topan itu menunjukkan tasbih dan tahmidnya kepada manusia, dan biarlah semua itu tetap terjadi (sebab semua itu adalah sunnatullah di alam ini), yang paling penting bagaimana agar kita selamat dari fitnah, selamat dari ujian, selamat dari semua musibah dan mati dengan khusnul khatimah. Wallahu a’lam bish shawab.

KEADAAN BUMI 3 TAHUN SEBELUM MUNCULNYA DAJJAL



 



Ketika Dajjal muncul, jumlah kaum muslimin amatlah banyak dan semakin bertambah kuat. Namun mendekati keluarnya Dajjal, kaum muslimin ditimpa bala’ yang amat berat. Hujan tidak kunjung turun. Tanaman pun tidak tumbuh. Sebagaimana disebutkan dalam hadits,



وَإِنَّ قَبْلَ خُرُوجِ الدَّجَّالِ ثَلاَثَ سَنَوَاتٍ شِدَادٍ يُصِيبُ النَّاسَ فِيهَا جُوعٌ شَدِيدٌ يَأْمُرُ اللَّهُ السَّمَاءَ فِى السَّنَةِ الأُولَى أَنْ تَحْبِسَ ثُلُثَ مَطَرِهَا وَيَأْمُرُ الأَرْضَ فَتَحْبِسُ ثُلُثَ نَبَاتِهَا ثُمَّ يَأْمُرُ السَّمَاءَ فِى السَّنَةِ الثَّانِيَةِ فَتَحْبِسُ ثُلُثَىْ مَطَرِهَا وَيَأْمُرُ الأَرْضَ فَتَحْبِسُ ثُلُثَىْ نَبَاتِهَا ثُمَّ يَأْمُرُ اللَّهُ السَّمَاءَ فِى السَّنَةِ الثَّالِثَةِ فَتَحْبِسُ مَطَرَهَا كُلَّهُ فَلاَ تَقْطُرُ قَطْرَةٌ وَيَأْمُرُ الأَرْضَ فَتَحْبِسُ نَبَاتَهَا كُلَّهُ فَلاَ تُنْبِتُ خَضْرَاءَ فَلاَ تَبْقَى ذَاتُ ظِلْفٍ إِلاَّ هَلَكَتْ إِلاَّ مَا شَاءَ اللَّهُ ». قِيلَ فَمَا يُعِيشُ النَّاسَ فِى ذَلِكَ الزَّمَانِ قَالَ «

التَّهْلِيلُ وَالتَّكْبِيرُ وَالتَّسْبِيحُ وَالتَّحْمِيدُ وَيُجْرَى ذَلِكَ عَلَيْهِمْ مَجْرَى الطَّعَامِ

“Sesungguhnya tiga tahun sebelum munculnya Dajjal, adalah waktu yang sangat sulit, di mana manusia

akan ditimpa oleh kelaparan yang sangat, Allah akan memerintahkan kepada langit pada tahun pertama untuk menahan sepertiga dari hujannya, dan memerintahkan kepada bumi untuk menahan sepertiga dari tanaman-tanamannya. Dan pada tahun kedua Allah akan memerintahkan kepada langit untuk menahan dua pertiga dari hujannya dan memerintahkan kepada bumi untuk menahan duapertiga dari tumbuh-tumbuhannya. Kemudian di tahun yang ketiga, Allah memerintahkan kepada langit untuk menahan semua air hujannya, maka ia tidak meneteskan setetes air pun dan Allah memerintahkan kepada bumi untuk menahan semua tanaman-tanamannya, maka setelah itu tidak dijumpai satu tanaman hijau yang tumbuh dan semua binatang yang berkuku akan mati, kecuali yang tidak dikehendaki oleh Allah." Kemudian para sahabat bertanya, "Dengan apakah manusia akan hidup pada saat itu?" Beliau menjawab, "Tahlil, takbir dan tahmid akan sama artinya bagi mereka dengan makanan."



Sifat-Sifat Dajjal

Beberapa sifat Dajjal disebutkan dalam beberapa hadits berikut ini.

Dari 'Abdullah bin Umar, bahwasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,



« بَيْنَا أَنَا نَائِمٌ أَطُوفُ بِالْكَعْبَةِ ، فَإِذَا رَجُلٌ آدَمُ سَبْطُ الشَّعَرِ يَنْطُفُ - أَوْ يُهَرَاقُ - رَأْسُهُ مَاءً قُلْتُ مَنْ هَذَا قَالُوا ابْنُ مَرْيَمَ . ثُمَّ ذَهَبْتُ أَلْتَفِتُ ، فَإِذَا رَجُلٌ جَسِيمٌ أَحْمَرُ جَعْدُ الرَّأْسِ أَعْوَرُ الْعَيْنِ ، كَأَنَّ عَيْنَهُ عِنَبَةٌ طَافِيَةٌ قَالُوا هَذَا الدَّجَّالُ . أَقْرَبُ النَّاسِ بِهِ شَبَهًا ابْنُ قَطَنٍ » . رَجُلٌ مِنْ خُزَاعَةَ

"Ketika aku tidur, aku bermimpi thawaf di ka'bah, tak tahunya ada seseorang yang rambutnya lurus, kepalanya meneteskan atau mengalirkan air. Maka saya bertanya, 'Siapakah ini? ' Mereka mengatakan, 'Ini Isa bin Maryam'. Kemudian aku menoleh, tak tahunya ada seseorang yang berbadan besar, warnanya kemerah-merahan, rambutnya keriting, matanya buta sebelah kanan, seolah-olah matanya anggur yang menjorok. Mereka menjelaskan, 'Sedang ini adalah Dajjal. Manusia yang paling mirip dengannya adalah Ibnu Qaththan, laki-laki dari bani Khuza'ah.'"



Dari ‘Ubadah bin Ash Shoomit, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,



إِنِّى قَدْ حَدَّثْتُكُمْ عَنِ الدَّجَّالِ حَتَّى خَشِيتُ أَنْ لاَ تَعْقِلُوا إِنَّ مَسِيحَ الدَّجَّالِ رَجُلٌ قَصِيرٌ أَفْحَجُ جَعْدٌ أَعْوَرُ مَطْمُوسُ الْعَيْنِ لَيْسَ بِنَاتِئَةٍ وَلاَ جَحْرَاءَ فَإِنْ أُلْبِسَ عَلَيْكُمْ فَاعْلَمُوا أَنَّ رَبَّكُمْ لَيْسَ بِأَعْوَرَ

“Sungguh, aku telah menceritakan perihal Dajjal kepada kalian, hingga aku kawatir kalian tidak lagi mampu memahaminya. Sesungguhnya Al Masih Dajjal adalah seorang laki-laki yang pendek, berkaki bengkok, berambut keriting, buta sebelah dan matanya tidak terlalu menonjol dan tidak pula terlalu tenggelam. Jika kalian merasa bingung, maka ketahuilah bahwa Rabb kalian tidak bermata juling.”



Dari Ibnu 'Abbas, dari Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, bahwa beliau bersabda tentang Dajjal,



أَعْوَرُ هِجَانٌ أَزْهَرُ كَأَنَّ رَأْسَهُ أَصَلَةٌ أَشْبَهُ النَّاسِ بِعَبْدِ الْعُزَّى بْنِ قَطَنٍ فَإِمَّا هَلَكَ الْهُلَّكُ فَإِنَّ رَبَّكُمْ تَعَالَى لَيْسَ بِأَعْوَرَ

"(Dajjal) buta sebelah, putih dan berkilau, seolah kepalanya adalah (kepala) ular, dan (dia) adalah orang yang paling mirip dengan Abdul 'Uzza bin Qathan. Jika dia itu celaka dan sesat, maka ketahuilah bahwa Tuhan kalian tidaklah buta sebelah."



Dalam sebuah hadits, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,



إِنِّى خَاتَمُ أَلْفِ نَبِىٍّ أَوْ أَكْثَرُ مَا بُعِثَ نَبِىٌّ يُتَّبَعُ إِلاَّ قَدْ حَذَّرَ أُمَّتَهُ الدَّجَّالَ وَإِنِّى قَدْ بُيِّنَ لِى مِنْ أَمْرِهِ مَا لَمْ يُبَيَّنْ لأَحَدٍ وَإِنَّهُ أَعْوَرُ وَإِنَّ رَبَّكُمْ لَيْسَ بِأَعْوَرَ وَعَيْنُهُ الْيُمْنَى عَوْرَاءُ جَاحِظَةٌ وَلاَ تَخْفَى كَأَنَّهَا نُخَامَةٌ فِى حَائِطٍ مُجَصَّصٍ وَعَيْنُهُ الْيُسْرَى كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّىٌّ مَعَهُ مِنْ كُلِّ لِسَانٍ وَمَعَهُ صُورَةُ الْجَنَّةِ خَضْرَاءُ يَجْرِى فِيهَا الْمَاءُ وَصُورَةُ النَّارِ سَوْدَاءُ تَدْخَنُ

"Sesungguhnya aku adalah penutup dari seribu Nabi yang telah diutus, dan tidaklah ada seorang Nabi yang diutus kecuali telah memperingatkan kepada umatnya tentang Dajjal, dan sungguh aku telah diberi penjelasan berkenaan dengannya yang tidak diberikan kepada seorang pun. Sesungguhnya ia adalah seorang yang bermata juling, sedang Rabb kalian bukanlah bermata juling. Mata kanannya melotot -tidak bisa dipungkiri- seakan-akan dahak yang menempel pada tembok yang dicat, sedang mata kirinya seperti bintang yang terang. Dan aku juga diberi penjelasan tentang semua ucapan, dan gambaran surga yang berwarna hijau yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Serta gambaran neraka yang berwarna hitam berasap.”



Di antara dua mata Dajjal tertulis KAFIR, sebagaimana disebutkan dalam hadits,



إِنَّهُ مَكْتُوبٌ بَيْنَ عَيْنَيْهِ كَافِرٌ يَقْرَؤُهُ مَنْ كَرِهَ عَمَلَهُ أَوْ يَقْرَؤُهُ كُلُّ مُؤْمِنٍ

“Di antara kedua matanya tertulis KAFIR yang bisa dibaca oleh orang yang membenci perbuatannya atau bisa dibaca oleh setiap orang mu`min.”



Dalam hadits diceritakan mengenai Dajjal bahwa ia tidak memiliki keturunan. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,



هُوَ عَقِيمٌ لاَ يُولَدُ لَهُ

“Dajjal itu mandul.”



Demikian penjelasan ringkas mengenai Dajjal dari beberapa hadits, terkhusus mengenai ciri-ciri Dajjal. Jika tidak ditemukan ciri-ciri demikian, maka tidak bisa disebut Dajjal Akbar yang akan muncul menjelang hari kiamat. Jadi tidak bisa kita katakan--misalnya--George Bush itu adalah Dajjal karena memang tidak ada ciri-ciri tersebut di atas.



Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmush sholihaat.

Oleh Muhammad Abduh Tuasikal

Kucing selamatkan bayi 3 bulan


Bayi lelaki berumur 3 bulan berkenaan ditemui di dalam sebuah kotak
Bayi lelaki berumur 3 bulan berkenaan ditemui di dalam sebuah kotak
OBNINSK - RUSIA. Suara seekor kucing yang 'nyaring' dan 'bingit' membuatkan seorang wanita menjumpai seorang bayi.

Bayi lelaki berumur 3 bulan berkenaan ditemui di dalam sebuah kotak yang ditinggalkan di atas tangga di sebuah pangsapuri di sini, hari ini.

Ketika ditemui, bayi tersebut berada dalam keadaan panas walaupun cuaca sejuk.

"Kucing tersebut menjaga bayi itu beberapa jam dan mengiau seolah-olah meminta pertolongan.

"Kucing itu telah mengekalkan kepananasan bayi itu," kata wanita itu kepada agensi Ruptly video.

Dalam pada itu, menurut wanita itu lagi beliau turut menemui satu beg makanan bayi dan lampin di samping bayi itu.

Polis kini berusaha untuk mengenal pasti bayi dan sedang mencari ibu bapanya.

Manakala kucing tersebut telah diangkat sebagai wira oleh penduduk di kawasan tersebut.

Kes muflis: Umno P Pinang masih tunggu keputusan


Zainal Abidin Osman
Zainal Abidin Osman
BUKIT MERTAJAM - Umno Pulau Pinang masih menunggu keputusan Jawatankuasa Pengurusan Umno berhubung kes muflis dan displin Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan.
 
Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, maklumat berhubung kesahihan jawatan Khairuddin berikutan beliau didakwa diisytihar muflis pada 24 Mei tahun lepas telah disampaikan kepada Ibu Pejabat Umno.
 
Beliau berkata, jawatan Khairuddin sebagai Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan kekal sehingga Jawatankuasa Pengurusan dan Ibu Pejabat Umno membuat keputusan.
 
"Umno Pulau Pinang akan akur dengan apa sahaja keputusan yang dibuat Ibu Pejabat Umno dalam kes sama ada bersangkutan dengan kes muflis atau kes displin jikalau beliau membuat perkara yang melanggar displin parti," katanya.
 
Zainal Abidin berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia 2015 peringkat negeri Pulau Pinang, di sini hari ini.

Mengenai kelulusan perancangan projek rumah mampu milik oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang dan JKP Sdn Bhd yang ditangguhkan kerajaan negeri, Zainal Abidin berharap isu itu dapat diselesaikan secepat mungkin selepas perjumpaan dengan exco Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo.
 
Menurutnya kira-kira lapan pelan perancangan telah dipinda manakala bagi pelan asal yang tidak dapat dipinda, pihaknya telah mengemukakan rayuan supaya ia dikekalkan.
 
"Ada kes tertentu melibatkan pelan asal yang telah mempunyai pembeli tetapi pelan itu tidak boleh dipinda kerana ia akan mengelirukan pembeli," jelas beliau. - Bernama

10 Kediaman Syaitan Dilubuk Hati Kita



Imam Ghazali r.a telah menggariskan kepada kita sepuluh perkara yang menyebabkan syaitan bermaharajalela di lubuk hati kita....

1. Marah dan Syahwat

2. Hasad Dengki dan Tamakkan Dunia

3. Kekenyangan Akibat Makan Terlalu Banyak

4. Terlalu Menghias Diri

5. Keinginan Mengampu

6. Harta dan Wang Ringgit

7. Lokek dan Takut Miskin

8. Terlalu Fanatik,Taasub dan Berdendam

9. Terlalu Memikirkan Tentang Zat dan Sifat Allah SWT Tanpa Ilmu Pengetahuan dan Diluar Batas Akal Fikiran Manusia

Wajah suspek jadi sasaran latihan menembak


Tallahassee: Kaedah latihan menembak Jabatan Polis Florida dipersoalkan selepas mereka didapati menggunakan imej wajah lelaki buruan - termasuk satu deretan semuanya berkulit hitam - sebagai sasaran.
Amalan itu terdedah ketika anggota Pengawal Kebangsaan Florida, Sarjan Valerie Deant dan beberapa rakannya menjalani latihan di tempat itu Disember tahun lalu.
Menurut laporan NBC Florida Selatan, Valerie dan rakannya menemui gambar dengan kesan enam lubang peluru ditinggalkan anggota Jabatan Polis Miami Beach.
Semua imej itu terdiri daripada gambar wajah suspek berkulit hitam.
Lebih memeranjatkan, Valerie mendapati satu daripada gambar itu wajah adiknya, Woody Deant, yang diambil lebih sedekad lalu.
Ketika itu Deant berusia 18 tahun.
Penemuan itu kemudian dimaklumkan kepada Deant yang sangat berang dengan tindakan jabatan polis terbabit.
“Kini mereka menggunakan saya sebagai sasaran menembak? Saya langsung tidak menjalani kehidupan seperti apa yang mereka gambarkan. Saya seorang bapa, suami dan lelaki berkerjaya,” katanya.
Ketua Polis Miami Beach Utara, J Scott Dennis berkata, walaupun mereka boleh menggunakan imej lain, namun tiada sebarang polisi jabatan dilanggar.
“Dasar ini diteruskan. Kami tetap menggunakan wajah suspek sebagai sasaran latihan menembak kerana ia penting.
“Anggota polis terbabit tidak dikenakan tindakan disiplin,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 January 2015 @ 5:05 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24482#sthash.EDbnJ5Vq.dpuf

Maggie pelakon paling kaya


Beijing: Pelakon Maggie Cheung, 50, dilaporkan meraih sekurang-kurang 20 juta yuan (RM11 juta) bagi setiap filem lakonannya, menjadikan dia aktres Hong Kong paling mahal tahun lalu.
Laman sesawang Ifeng.com melaporkan, walaupun Maggie menyepi dari industri perfileman sejak 2010, dia masih meraih pendapatan lumayan dan berada pada kedudukan selesa dalam senarai aktres paling kaya.
Maggie menukar profesion menjadi bintang rock pada tahun lalu dan langkah berkenaan dianggap bukanlah keputusan yang tepat untuknya.
Tempat kedua pula ialah Zhang Ziyi yang menerima bayaran 12 juta yuan (RM7 juta), manakala tempat ketiga ialah dikongsi bersama Zhao Wei dan Zhou Xun, dengan masing-masing mendapat antara 11 juta yuan (RM6 juta) hingga 15 juta yuan (RM9 juta) untuk satu filem. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 January 2015 @ 5:06 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24492#sthash.s4thOzYH.dpuf

Warga Kalimantan takut makan ikan


AGENSI - UJANG menunjukkan tanda bagus kepada orang ramai sebelum mengetuai kempen makan ikan di Pangkalan Pendaratan Ikan, Pelabuhan Kumai, Pangkalan Bun, Kalimantan semalam.


PANGKALAN BUN, Kalimantan – Pihak berkuasa Kotawa­ringan Barat di sini terpaksa me­nganjurkan kempen makan ikan bagi menghilangkan perasaan takut masyarakat di daerah itu ekoran tragedi pesawat QZ8510 yang terhempas di Laut Jawa.
Detik.com melaporkan bahawa penjualan ikan di Pangkalan Bun dan kawasan sekitar terjejas teruk apabila tersebar khabar angin bahawa ikan yang ditangkap oleh nelayan di situ berkemungkinan telah memakan mayat mangsa pesawat AirAsia Indonesia itu.
Semalam, Ketua Daerah Kotawaringin Barat, Ujang Iskandar mengetuai kempen tersebut yang turut dihadiri oleh 1,250 penduduk setempat.
Beberapa jenis ikan termasuk bawal, siakap dan kerapu yang dimasak dengan pelbagai jenis masakan disajikan pada majlis itu, malah pelbagai menu berasaskan ikan turut dihidangkan seperti bakso, laksa, nuget dan keropok ikan.
“Tujuan acara ini adalah bagi meyakinkan penduduk bahawa ikan-ikan yang ditangkap nelayan kita tidak ada apa yang perlu dibimbangkan,” katanya pada majlis berkenaan yang diadakan di Pangkalan Pendaratan Ikan, Pelabuhan Kumai di sini semalam.
Pada majlis itu, Ujang mendahului penduduk dengan memakan ikan yang dihidangkan.
“Saya beri jaminan bahawa tangkapan nelayan tidak ada apa-apa masalah, kalau lapar makan saja ikan itu.
“Saya berharap dengan acara ini dapat menghilangkan stigma kita, malah tragedi yang menimpa AirAsia tidak memberi kesan kepada ikan di laut,” tambah beliau.
Sejurus ketua daerah itu memakan ikan yang dihidangkan kepadanya, para hadirin kelihatan berebut menikmati hidangan ikan yang berjumlah kira-kira 500 kilogram itu.
“Ikannya sedap, kelmarin kami tidak mahu makan ikan, sekarang boleh saja,” kata seorang pengunjung, Sina, 33.
Pesawat QZ8501 yang membawa 162 penumpang dan kru terhempas ketika dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pada 28 Disember lalu dan sehingga kini operasi mencari hanya menemui 51 orang mangsa. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0118&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3P7VStfoy 
Hakcipta terpelihara 

Pelantikan anggota 
Kongres Islam cetus bantahan


WASHINGTON 17 Jan. – Parti Demokrat mempertahankan pelantikan seorang ahli Kongres beragama Islam menyertai Jawatankuasa Perisikan Dewan Amerika Syarikat (AS), selepas satu bantahan tercetus di media sosial, menyatakan langkah itu adalah berbahaya.
Andre Carson
Pemimpin Dewan Perwakilan Amerika, Nancy Pelosi melantik perwakilan dari Indiana, Andre Carson dalam panel itu yang menyelia jabatan risikan kerajaan dan aktivitinya.
Kebanyakan urusan dikendalikan panel itu adalah sulit.
Bantahan anti-Islam tercetus di laman Twitter dan beberapa media sosial antaranya menyatakan, tindakan mendedahkan rahsia penduduk Amerika kepada Andre amat berbahaya.
Bagaimanapun, Parti Demokrat menolak andaian tersebut dengan Pelosi menyifatkan Andre ialah satu-satunya ahli Kongres yang pernah berkhidmat di Pusat Perpaduan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri yang menyediakan perkongsian risikan dan latihan di semua peringkat dalam kerajaan.
Andre juga berkhidmat dalam Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata.
Seorang anggota kanan Parti Demokrat dalam panel itu, Adam Shariff menyifatkan bantahan itu sebagai ‘tidak Amerika’.
Katanya, orang Islam Amerika dalam isu-isu dasar awam adalah ‘satu elemen penting untuk mengelak jenis pengasingan yang menjadikan golongan muda Islam Eropah terdedah kepada aktiviti pelampau’. – AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pelantikan-anggota-8232-kongres-islam-cetus-bantahan-1.49004#sthash.M6AcjloO.dpuf