Abdel Fatah sokong perhimpunan
Abdel Fatah menukar haluan dan mengalu-alukan perhimpunan pada hari ini di Kaherah.
KAHERAH - MESIR . Puluhan ribu penyokong presiden yang digulingkan Mohamed Mursi, berhimpun semula selepas Ketua Tentera Mesir mengarahkan tindakan keras terhadap penentang.

Lapor media tempatan, beberapa helikopter ketenteraan berkeliaran di ruang udara Kaherah awal pagi selepas Jeneral Abdul Fatah al-Sisi mengeluarkan arahan amaran kepada pasukan keselamatan.

Ribuan penyokong Mursi memenuhi Bandar Nasr bagi menuntut penarikan semula penggulingan pemimpin mereka yang berlaku pada 3 Julai oleh kuasa tentera.

Sementara itu, sewaktu berucap di majlis konvokesyen ketenteraan, beliau menafikan tuduhan mengkhianati Mursi sebagai Presiden Mesir.

Abdel Fatah turut meminta semua penyokong Mursi untuk berhimpun pada hari ini sebagai sokongan kepada pemimpin itu.

"Saya meminta agar rakyat Mesir keluar berhimpun menyokong kerajaan," katanya dipetik dari laporan Al-Jazeera.

Penasihat media presiden sementara, Adly Mansour berkata, pihaknya menjemput rakyat Mesir berhimpun bagi melindungi kesahihan revolusi dan menyokong usaha mereka memerangi keganasan.

Bagaimanapun, wakil pembangkang parti Islam berkata, Abdel Fatah sepatutnya dihadapkan ke muka pengadilan kerana menyokong perhimpunan yang mampu mencetuskan perang saudara.