Che Ahmad menunjukkan gambar Nur Azlin yang hilang dari rumah sejak 1 Jun lalu. |
ALOR SETAR - Seorang remaja perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini hilang dari rumah sejak 1 Jun lalu dipercayai mengikut teman lelakinya.
Tinggal bersama ibu dan bapa tirinya di Jalan Bunga Raya, dekat sini, Nor Azlin Azelan, 17, didapati tidak pulang ke rumah selepas keluar awal pagi.
Bapa tirinya, Che Ahmad Din, 54, berkata, Nor Azlin tidak pulang ke rumah selepas dipercayai menaiki sebuah kereta yang mengambilnya di rumah mereka kira-kira jam 3 pagi.
Menurutnya, jiran mereka nampak anaknya memanjat pagar dan menaiki sebuah kereta yang menunggu di hadapan rumah dalam keadaan tergesa-gesa.
"Dia keluar sehelai sepinggang cuma membawa kad pengenalan dan telefon bimbit. Saya cuba menghubungi telefonnya tetapi tidak dijawab. Sudah puas saya mencarinya termasuk pergi ke Kuala Lumpur namun gagal dikesan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Beliau mengesyaki remaja itu mengikut teman lelakinya yang berusia 21 tahun kerana sebelum ini pernah merancang untuk melarikan diri tetapi tidak kesampaian apabila hasratnya itu diketahui keluarga.