Tuesday, November 23, 2010
Operasi menyelamat terlalu bahaya
GREYMOUTH - Usaha mencari dan menyelam:at 29 lelaki yang terperangkap di dalam sebuah lombong arang batu di New Zealand terpaksa ditangguhkan disebabkan isu keselamatan akibat kewujudan gas bertoksik, semalam.
Pegawai bantuan kecemasan mengumumkan keadaan masih belum selamat untuk petugas memasuki lombong runtuh itu dan enggan meletakkan sebarang jangkaan masa mengenai operasi tersebut.
Pihak berkuasa negara itu turut mengumumkan satu lubang baru perlu digerudi untuk menguji kualiti udara di dalam lombong, menyebabkan operasi mencari dan menyelamat terpaksa dihentikan sementara.
Lubang baru itu akan digerudi sehingga kedalaman 150 meter dan operasi itu dijangka mengambil masa sehingga 24 jam.
Tiada sebarang perhubungan berjaya dibuat dengan pelombong yang terperangkap sejak satu letupan berlaku di lombong itu dipercayai berpunca daripada pembentukan gas metana secara semula jadi, Jumaat lalu.
Kawasan sekitar lombong mula dipenuhi dengan kaum keluarga mangsa yang berumur antara 17 dan 62 tahun, termasuk warga Britain, Australia dan Afrika Selatan.
Tidak dapat dipastikan sama ada semua lelaki yang terperangkap di Lombong Pike River itu masih hidup.
Bajet 2011 RM8.711 bilion
KUANTAN – Kerajaan Negeri menyasarkan sebanyak RM871,117,390 untuk Bajet 2011 bagi negeri ini dengan RM600,424,140 disediakan untuk perbelanjaan pengurusan dan RM270,693,250 untuk peruntukan pembangunan.
Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob berkata, bagi peruntukan perbelanjaan pengurusan, sebanyak RM250,976,050 atau 41.8 peratus disediakan untuk emolumen, RM216,450,120 atau 36.05 peratus disediakan untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap, RM129,573,790 atau 21.58 peratus disediakan untuk perkhidmatan dan bekalan sementara selebihnya adalah untuk aset dan perbelanjaan lain.
Beliau berkata, peruntukan perbelanjaan pengurusan itu juga disediakan untuk belanja mengurus jabatan iaitu sebanyak RM462,590,890, manakala RM137,833,250 adalah untuk caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan dan bekalan air.
“Daripada jumlah peruntukan mengurus jabatan itu, sebanyak RM419,419,400 adalah untuk batas perbelanjaan, RM20,103,590 untuk dasar baru manakala RM23,067,900 adalah untuk one-off,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet Negeri Pahang Tahun 2011, sempena Persidangan Kali Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Pahang Ke-12, di Wisma Sri Pahang, di sini semalam.
Adnan berkata, jumlah peruntukan perbelanjaan pengurusan itu melebihi hasil yang dijangka dapat dikutip pada tahun depan iaitu sebanyak RM532,117,720.
“Ini menjadikan bajet negeri ini pada 2011 berada dalam keadaan defisit sebanyak RM68,246,420.
“Bagaimanapun, kedudukan defisit ini jauh lebih baik dari anggaran defisit 2010 iaitu sebanyak RM92,481,950 dan kerajaan akan meneruskan usaha mengurangkan jumlah defisit ini pada tahun-tahun akan datang bagi mendapat kedudukan kewangan yang lebih sihat,” katanya.
Beliau berkata, bagi peruntukan pembangunan, sejumlah RM270,693,250 disediakan untuk projek pembangunan iaitu RM187,933,250 adalah dari sumber dalam negeri manakala RM82,760,000 adalah dari sumber pinjaman dari Kerajaan Persekutuan bagi projek bekalan air.
Menurutnya, mulai Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), kerajaan akan melaksanakan projek dan program secara rolling plan untuk setiap dua tahun bermula 2011 hingga 2012.
Katanya, pendekatan ini membolehkan komitmen kerajaan untuk melaksanakan program dan projek berdasarkan kemampuan kewangan kerajaan dan memberi fleksibiliti kepada kerajaan untuk mengambil kira keutamaan baru sesuai dengan persekitaran ekonomi domestik dan global.
“Kesemua cadangan program dan projek yang akan dilaksanakan dalam tempoh RMK-10 akan sentiasa dikaji kewajarannya khususnya untuk menjadikan Pahang bergerak lebih pantas mengejar negeri di Pantai Barat untuk menjadi negeri maju,” katanya.
Adnan juga berkata, program dan projek yang akan dilaksanakan pada 2011 adalah projek sambungan dari Rancangan Malaysia Kesembilan dan projek baru yang dilaksanakan menggunakan pendekatan rolling plan hanya akan mula dilaksanakan mulai 2012.
“Bagaimanapun, perancangan untuk menyusun senarai keutamaan pelaksanaan projek Rancangan Malaysia Ke-10 bolehlah dimulakan sekarang sehingga 2011 dan mulai 2012 pelaksanaan program dan projek yang ditentukan keutamaan boleh bermula,” katanya.
Zaid sah bukan ahli PKR
PETALING JAYA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan notis peletakan jawatan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang diterima pada 19 November lalu, berkuat kuasa serta-merta.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, Zaid sah sebagai bukan anggota PKR walaupun memberikan notis sehingga 16 Disember 2010.
“Ini bukan kontrak pekerja. Biro Politik bersetuju dengan maksud surat itu dan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta.
“Dalam kes ini saya membantu Datuk Zaid menunaikan hasratnya untuk berundur. Lagi cepat lagi afdal. Saya secara peribadi mengucapkan selamat maju jaya,” katanya dalam sidang media Kongres Nasional PKR, di ibu pejabat parti itu, di sini, semalam,
Saifuddin berkata, Zaid boleh merayu sekiranya tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat parti itu.
Ahli PKR perlu kembali kepada Pengisytiharan Permatang Pauh: Azmin
KUALA LUMPUR - Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) di saran memperkasakan semula parti dengan menghayati dokumen penting yang dinamakan `Pengisytiharan Permatang Pauh’ dilancarkan pada 1998 yang menjadi asas perjuangan kepada PKR. Naib Presiden PKR, Azmin Ali berkata, ia juga bertujuan mengilap semula perjuangan parti dan persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 yang bakal menjelang tidak lama lagi. Menurutnya, ahli parti seharusnya balik semula kepada kandungan dokumen yang dilancarkan 12 tahun lalu, ia merangkumi asas perjuangan parti yang menjadi panduan untuk bergerak kerana dilihat ia seperti mula dilupai. “Oleh itu saya menyeru kepada semua ahli agar kembali kepada dokumen ini, hayatinya dan berpegang kepada prinsip yang berkenaan. Saya juga ingin mengajak ahli bersama pemimpin memupuk kesetiaan dalam parti. “Kita perlu ingat setiap perjuangan perlukan prinsip kesetiaan terutama perjuangan untuk rakyat, maka kita seharusnya memastikan tiada pengkhianat dalam parti yang kita perjuangan, bagaimana kita bermula dari bawah sehingga berjaya ke tahap sekarang,” katanya. Azmin berkata, sekiranya sesebuah parti itu mempunyai pemimpin yang khianat ia bukan sahaja mencemar parti, tetapi sebaliknya boleh menyebabkan ia musnah, di mana ia boleh dilihat di negeri Perak apabila kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat (PR) runtuh akibat kesetiaan. Katanya, beliau yakin ahli mahukan pemimpin yang diuji dan teruji serta setia bagi meneruskan perjuangan parti. “Satu kem latihan membabitkan pemimpin dan ahli parti akan diadakan bagi memahami prinsip kesetiaan dan idealisme parti, malah pemilihan parti diadakan bertujuan untuk memperkukuhkan PKR kerana kita perlukan organisasi yang mantap,” katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak. Sementara itu bila ditanya berhubung tindakan Datuk Zaid Ibrahim yang ingin menubuhkan parti baru beliau berkata; tindakan yang dilakukan oleh beliau (Zaid) tidak menjejaskan dan peluang untuk berjaya dengan parti baru tipis. “Saya ingin mengucapkan kepadanya `semoga berjaya’ dengan penubuhan itu, saya tidak pasti sama ada beliau boleh berjaya atau tidak. Malah beliau tiada sikap rendah diri dan semangat berpasukan dalam parti. “Walaupun kepimpinan parti memberikan beliau jawatan tertinggi sejak beliau menyertai PKR, tetapi sikapnya tetap begitu tidak berubah,” katanya. |
Parlimen bocor lagi
KUALA LUMPUR - Bangunan Parlimen yang menjadi tempat ahli parlimen bersidang semalam, bocor lagi walaupun selepas dibaik pulih beberapa kali sebelum ini.
Kebocoran berlaku selepas hujan lebat pada pukul 1 tengahari apabila air keluar dari syiling kawasan cafeteria ahli parlimen.
Ini memaksa kakitangan Parlimen segera menutup kawasan terbabit manakala kerja-kerja pembersihan segera dilakukan sambil petugas media sibuk mengambil gambar kejadian itu.
Ini merupakan kejadian keempat sejak kali terakhir belau pada Mac 2008, di bahagian bumbung Dewan Persidangan Dewan Rakyat manakala kejadian kedua di kawasan Bilik Media.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, kebocoran kali ini merupakan sesuatu yang tidak disangka memandangkan tiada kebocoran berlaku walaupun berlaku hujan lebat sebelum ini.
"Kita tidak boleh halang, kalau ada saluran yang tidak baik, air pastinya akan mencari jalan untuk turun ke bawah juga," katanya ketika ditemui media, semalam.
Ketika ditanya adakah insiden ini membolehkan bangunan parlimen ditukar ke bangunan baru, Nazri berkata, pihaknya tidak bercadang untuk berbuat sedemikian.
"Kita tidak akan pindah, kita akan tetep berada disini, kita perlu mendapat pandangan pihak yang berkaitan, namun perkara ini belum lagi," katanya.
Kahwin demi wang
Oleh Rahmat Othman
2010/11/22
SEBAHAGIAN wanita pekerja seks di pekan Danok memeluk Islam dan berkahwin dengan lelaki Malaysia untuk mencari kesenangan.
DANOK, THAILAND: Segelintir lelaki Malaysia yang kemaruk beristeri lebih, dikesan menjadikan pekerja seks dan tukang urut Thailand sebagai sasaran untuk dijadikan isteri mereka sejak dua tahun lalu.
Difahamkan, kebanyakan lelaki terbabit berkunjung ke sini untuk berfoya-foya di pusat hiburan yang banyak di sini dan berlagak sebagai orang kaya sebelum mengajak pekerja tempat berkenaan berkahwin.
Imam Masjid Fathuislami yang juga Jurunikah Bertauliah selatan Thailand, di sini, Sufian Ismail, berkata kebanyakan wanita terbabit berkahwin semata-mata kerana mahukan kemewahan dan tidak pernah memeluk Islam sepenuh hati.Bagaimanapun, katanya, apabila menyedari suami mereka itu bukanlah orang kaya dan tidak mampu menampung kos sara hidup mereka, ramai dikalangan wanita terbabit kembali kepada pekerjaan dan agama asal selepas bercerai.
Apabila bercerai, wanita itu kembali kepada agama asal mereka atau murtad serta bekerja semula sebagai pekerja seks. Bekas suami itu juga hanya membiarkan bekas isteri mereka itu murtad, katanya ketika ditemui, di sini.
Beliau berkata, sepanjang dua tahun lalu 10 wanita Thailand bercerai dan kembali agama asal mereka selepas kecewa dengan perkahwinan mereka membabitkan lelaki Malaysia.
Sufian berkata, lebih menyedihkan apabila hasil daripada perkahwinan jangka pendek itu ada yang mempunyai anak dan anak itu juga mengikut agama ibu mereka.
Mereka mengumpan dengan kemewahan yang ditunjukkan dan ia berjaya memikat wanita berkenaan. Selepas perkenalan singkat mereka berkahwin dan wanita itu memeluk Islam, katanya.
Beliau berkata, pasangan itu akan menyewa rumah di sini dan si suami hanya akan datang menemui isterinya pada hujung minggu atau masa tertentu.
Tidak lama selepas itu wanita berkenaan menyedari suaminya bukanlah orang kaya seperti yang disangkakan, malah tidak dapat menampung kos sara hidupnya yang sebelum itu mewah, menyebabkan mereka sering bergaduh dan berakhir dengan perceraian, katanya.
Sufian berkata, dia berasa amat sedih kerana dalam keadaan ini agama Islam dipermainkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Kita juga bimbang kerana anak yang dilahirkan oleh pasangan itu mengikut agama ibunya, sedangkan bapanya Islam, katanya.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Mohd Suhaimi Salleh, ketika dihubungi, berkata beliau kesal kerana ada pihak yang mensia-siakan saudara baru menyebabkannya kembali ke agama asal.
Perbuatan menceraikan isteri saudara baru menjejaskan imej Islam dan ini jelas menunjukkan mereka berkahwin untuk suka-suka saja, katanya.
92 peratus tak tahu tragedi 9/11
2010/11/22
KABUL: Tidak sampai seorang daripada 10 penduduk Afghanistan tahu mengenai serangan 9/11 di Amerika Syarikat dan tindakan terburu-buru negara itu melancarkan perang terhadap mereka. Laporan Majlis Antarabangsa mengenai Keselamatan dan Pembangunan (ICOS) menunjukkan 92 peratus daripada warga Afghanistan yang terbabit dalam kajian itu tidak pernah dengar mengenai serangan di World Trade Center itu pada 11 September 2010.
Ia juga menunjukkan, empat dalam 10 penduduk Afghanistan percaya bahawa askar Amerika datang ke negara mereka adalah untuk memusnahkan Islam atau menduduki Afghanistan.Pada masa sama, kajian itu tidak dapat dianggap sesuatu yang muktamad kerana ia hanya meliputi maklum balas penduduk Helmand dan Kandahar, dua wilayah perang di negara itu.
Tetapi, keputusan itu juga menunjukkan bahawa tentera Barat yang menentang pemisah di Afghanistan gagal untuk mendekati penduduk tempatan. Agensi
Penjaga kubur Arab Saudi sukar dapat jodoh
2010/11/22
JEDDAH: Abu Wisam sudah berusia 49 tahun tetapi masih bujang. Beliau melamar ramai wanita untuk dijadikan isteri, malangnya semua lamaran itu ditolak. Penolakan lamaran bukan kerana Abu Wisam tidak cukup sifat atau kurang tampan, sebaliknya berpunca daripada kerjaya beliau. Abu Wasim bekerja sebagai penjaga tanah perkuburan.
Tiada ibu bapa wanita yang dilamar Abu Wisam berasa selesa apabila mengetahui anak mereka bakal bersuamikan seorang lelaki yang bekerja menjaga kubur.Keadaan ini menyebabkan Abu Wisam yang menjaga sebuah kawasan perkuburan di tengah Jeddah, terpaksa menimbang kemungkinan mencari kerja lain.
Masalah yang dialami Abu Wisam bukan isu terpencil. Ramai lelaki yang melakukan kerja buruh menghadapi situasi sama.
Akhbar harian Al-Watan melaporkan ramai lelaki terpaksa membujang, berikutan pandangan negatif masyarakat terhadap kerja yang mereka lakukan.
Saya mewarisi kerja ini daripada bapa saya. Tugas utama saya ialah mengawal kawasan perkuburan dan mengawasi pelawat, katanya sambil duduk di kerusi berhampiran pagar di kawasan perkuburan itu.
Beliau berkata, beberapa keluarga yang ditemui menolak pinangannya hanya kerana kerja dilakukan.
Anak perempuan mereka takut dengan lelaki yang menjaga kubur. Bagaimanapun saya berazam untuk meneruskan kerja ini. Saya tidak kisah apa akibatnya. Saya mungkin tidak menemui wanita muda yang bersedia menjadi pasangan hidup saya, katanya. Agensi
Waspada pegawai kebajikan
Oleh Shaarani Ismail
2010/11/22
Individu minta wang dakwa mahu bantu program e-KasihKUALA LUMPUR: Orang ramai diingatkan supaya berwaspada dengan individu yang menyamar Pegawai Kebajikan Masyarakat dan mendakwa mahu membantu mendapatkan wang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi program e-Kasih.
Ketua Pengarah JKM, Datuk Meme Zainal Rashid, sehubungan itu, menasihatkan orang ramai yang dikunjungi individu yang mendakwa sebagai Pegawai Kebajikan Masyarakat supaya memeriksa kesahihan kad pengenalan diri individu terbabit sebelum berurusan dengan mereka.
Katanya, pegawai JKM memang ada melakukan siasatan ke rumah membabitkan urusan kebanyakan kes kebajikan, namun mereka akan memakai kad pengenalan diri jabatan sebagai tanda bukti.Justeru, saya mengingatkan orang ramai khususnya warga emas supaya tidak sewenang-wenangnya membenarkan orang tidak dikenali memasuki rumah hanya dengan mengatakan yang mereka adalah pegawai JKM yang ingin membantu mendapatkan bantuan.
Warga emas terutama yang tinggal berseorangan tidak sepatutnya mempercayai atau terpedaya dengan janji pihak tidak bertanggungjawab untuk mengelak mereka ditipu, malah bagi memastikan keselamatan mereka terjamin, katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Beliau mengulas laporan akhbar semalam mengenai insiden membabitkan seorang wanita warga emas berusia 60 tahun di Betong, Sarawak yang kehilangan semua barangan kemas bernilai kira-kira RM20,000 selepas diperdaya pasangan yang mendakwa pegawai JKM yang melakukan proses pendaftaran program e-Kasih.
Lebih malang, warga emas yang berasal dari sebuah rumah panjang berdekatan, hanya menyedari dia ditipu beberapa hari lalu, selepas mendapati wang yang sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun bank tidak dilakukan JKM, sebelum laporan mengenainya dibuat.
AS tetap periksa tubuh penumpang
2010/11/22
SEORANG lelaki diperiksa di sebuah lapangan terbang di Seattle.
WASHINGTON: Pihak berkuasa keselamatan dalam negeri Amerika Syarikat tidak bercadang menarik balik pemeriksaan seluruh badan penumpang pesawat walaupun ada pihak menyifatkannya melanggar hak perlembagaan menyebabkan anggota Kongres turut bimbang.
Ketua Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA), John Pistole, mengakui semalam bahawa pemeriksaan seluruh badan atau langkah keselamatan tambahan kepada imbasan, boleh disifatkan sebagai keterlaluan.
Ia keterlaluan dan menyebabkan orang itu tidak selesa, katanya dalam program State of the Union di stesen televisyen Cable News Networks (CNN). TSA menganggarkan kurang dua peratus daripada dua juta penumpang diimbas setiap hari atau kira-kira 40,000 melalui pemeriksaan seluruh badan baru itu.Tetapi, Pistole juga menekankan, keselamatan ketat termasuk penggunaan meluas imbasan seluruh badan di lapangan terbang akhir tahun ini adalah perlu untuk menghalang risiko pengganas.
Saya mahu menunjukkan kami juga sensitif kepada kehendak rakyat. Saya peka kepada semua kebimbangan yang dibangkitkan. Tetapi, kami tidak akan mengubahnya, kata Pistole.
Dengan semua juruterbang dibenarkan membawa senjata api dan kekebalan kokpit terhadap ancaman tebusan berikutan serangan 2001 terhadap New York dan Washington, imbasan sejak beberapa tahun lalu memfokuskan kepada kemungkinan rancangan pengeboman menggunakan bahan letupan yang sukar untuk dikesan. Reuters
Gagal sekolah kerana sijil lahir
BALING - Berikutan sijil kelahirannya tercatat dia bukan warga negara Malaysia, Siti Robiah Muhamad Jamri, 8, tidak diterima memasuki Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Dalam Wang di sini pada awal persekolahan 2010 lalu.
Masalah itu menyebabkan pihak sekolah berkenaan enggan menerima kemasukannya walaupun bapanya, Muhamad Jamri Husin, 34, seorang warga negara Malaysia.
Ibunya, Aishah Wadot, 29, dilahirkan di Betong, selatan Thailand tetapi dibesarkan dan menetap di Kampung Dalam Wang sejak berusia tiga tahun hingga kini manakala adik perempuannya yang berusia lima tahun memiliki MyKid dan seorang lagi adik perempuannya berusia dua tahun mempunyai masalah sama seperti Siti Robiah.
PM terima gaji RM22,826.65 mulai 2004: Nazri
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan)(Pindaan) 2005, mulai 1 Jan 2004.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Timbalan Perdana Menteri pula dibayar RM18,168.15 sementara jemaah menteri menerima RM14,907.20.
"Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Jan 2004," katanya.
Beliau berkata, demikian dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan N.Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) mengenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang dinikmati anggota kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen serta elaun kepada anggota kabinet dari 2005 hingga 2009 di persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Mohamed Nazri berkata, jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota kabinet bagi tahun lepas ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008.
Katanya, sejumlah RM5,858,529.60 dibayar pada 2007 manakala RM5,858,529.60 pada 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Timbalan Perdana Menteri pula dibayar RM18,168.15 sementara jemaah menteri menerima RM14,907.20.
"Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Jan 2004," katanya.
Beliau berkata, demikian dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan N.Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) mengenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang dinikmati anggota kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen serta elaun kepada anggota kabinet dari 2005 hingga 2009 di persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Mohamed Nazri berkata, jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota kabinet bagi tahun lepas ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008.
Katanya, sejumlah RM5,858,529.60 dibayar pada 2007 manakala RM5,858,529.60 pada 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005
Zaid sah bukan ahli PKR
PETALING JAYA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan notis peletakan jawatan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang diterima pada 19 November lalu, berkuat kuasa serta-merta. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, Zaid sah sebagai bukan anggota PKR walaupun memberikan notis sehingga 16 Disember 2010. “Ini bukan kontrak pekerja. Biro Politik bersetuju dengan maksud surat itu dan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta. “Dalam kes ini saya membantu Datuk Zaid menunaikan hasratnya untuk berundur. Lagi cepat lagi afdal. Saya secara peribadi mengucapkan selamat maju jaya,” katanya dalam sidang media Kongres Nasional PKR, di ibu pejabat parti itu, di sini, semalam, Saifuddin berkata, Zaid boleh merayu sekiranya tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat parti itu |
Tuduhan direka-reka
BANDUNG 22 Nov. – Peguam bela kepada vokalis Peterpan, Nazriel Ilham atau lebih dikenali sebagai Ariel, Afrian Bondjol menyifatkan dakwaan pendakwa raya dalam perbicaraan anak guamnya di Mahkamah Negeri Bandung hari ini sebagai tuduhan yang direka-reka.
Menurutnya, pendakwa raya tidak sepatutnya menuduh Ariel turut membantu dalam menyebarkan video lucah yang dilakonkannya bersama dua selebriti wanita Indonesia, Cut Tari dan Luna Maya.
“Kalau benar video itu dibuat Ariel, apakah dia mahu menyebarkan dan memalukan dirinya sendiri?,” kata Afrian ketika dihubungi selepas perbicaraan ditangguhkan hari ini.
Perbicaraan kes itu diadakan secara tertutup di Ruang Kresna, kamar utama di Mahkamah Negeri Bandung berikutan hakim berpendapat ia perlu melindungi orang awam daripada maklumat seksual yang ‘tidak sesuai’ disebarkan dalam kes ini.
Afrian berkata, tuduhan yang dinyatakan oleh pihak pendakwa raya adalah kabur.
Pasukan peguam bela mempertikaikan dakwaan pendakwa raya dengan membacakan nota pembelaan yang mempersoalkan tuduhan ke atas Ariel.
“Kami bacakan (nota) pembelaan setebal 20 muka surat,” kata ketua pasukan peguam bela, OC Kagilis sebaik perbicaraan hari ini selesai.
Ariel, 29 akan dibicarakan sekali lagi Isnin depan, yang mana pasukan peguam bela akan menilai hujah pendakwa raya terhadap nota pembelaan itu.
Perbicaraan berlangsung selama 82 minit bermula pukul 8.58 pagi (pukul 9.58 pagi waktu Malaysia) dan berakhir pada pukul 10.20 pagi (pukul 11.20 pagi waktu Malaysia) apabila ia ditangguhkan selepas pasukan peguam bela Ariel membacakan hujah pembelaan terhadap dakwaan pendakwa raya.
Sebaik selesai, Ariel terus diiringi ke kenderaan polis untuk dibawa kembali ke tahanan di Rutan Kebonwaru.
Jika didapati bersalah dia bakal berdepan hukuman penjara maksimum 12 tahun dan denda sehingga enam bilion rupiah (RM2.1 juta) kerana menyebarkan bahan lucah di Internet.
Ariel menyerah diri kepada polis pada 22 Jun lalu ketika media hangat mengaitkannya dengan video seks membabitkan dua selebriti iaitu Luna Maya, 27 dan Cut Tari, 33.
Mereka berdua bagaimanapun tidak didakwa.
Klip video yang disebarkan kepada beratus ribu pengguna Internet, mencetus persoalan tentang keadaan sosial dan tidak bermoral di Indonesia. – AGENSI
JAIS tidak benar Nizar beri ceramah agama
Pengarahnya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, sehubungan itu pihak berkenaan diminta mengubah lokasi ke tempat lain yang tidak terikat dengan syarat-syarat tauliah ditetapkan oleh jabatan berkenaan sekiranya masih mahu meneruskan program ceramah tersebut.
''Saya telah arahkan Kadi Kuala Selangor, Hashim Muhamad yang kemudiannya telah memaklumkan kepada nazir masjid di bawah pemantauan masjid tersebut, Aziz Safri tentang keputusan JAIS itu,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurutnya, JAIS memang tidak membenarkan Mohamad Nizar memberi ceramah agama di Selangor kerana dia tidak mendapat tauliah daripada jabatan itu.
''Tetapi kita tidak boleh menghalang orang luar daripada memberi ceramah politik di tempat lain seperti dewan atau sebagainya," ujarnya.
Mohammed Khusrin berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pentadbir Masjid Saujana Utama, Sungai Buloh yang menjemput Mohamad Nizar untuk memberi ceramah agama yang dikhuatiri akan bertukar menjadi ceramah politik di masjid tersebut malam esok.
Masjid tersebut yang dipercayai 'dikuasai' oleh sebuah parti pembangkang sebelum ini telah banyak kali menjemput penceramah daripada parti itu untuk menyampaikan kuliah dan ceramah agama atas nama kuliah maghrib, isyak atau subuh.
Kerajaan pantau aktiviti rakyat Malaysia di negara asing
Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay berkata, pemantauan secara menyeluruh itu bukan sahaja terhadap pemimpin pembangkang, malah melibatkan warganegara Malaysia yang melancong dan bermastautin di negara asing.
"Langkah ini adalah bagi memastikan kita dapat bertindak segera untuk menangkis dakyah pihak yang berkempen untuk memburuk-burukkan negara dan menyebarkan fitnah serta persepsi salah mengenai negara dan pemimpinnya.
"Kita tidak boleh biarkan perbuatan mereka ini yang melanggar prinsip kesetiaan kepada raja dan negara berterusan," katanya semasa menggulung perbahasan Bajet 2011 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Kohilan Pillay, usaha memberi penjelasan dan menangkis dakyah terbabit dibuat oleh kementerian itu dengan kerjasama jabatan dan agensi kerajaan lain yang mempunyai wakil mereka di kedutaan dan suruhanjaya tinggi Malaysia di negara terbabit.
"Ini termasuk wakil jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bagi menjelaskan kepada pelajar dan cerdik pandai di negara terbabit mengenai apa yang sebenarnya berlaku di Malaysia," jelasnya.
Tambah beliau, kementerian itu turut mendapatkan kerjasama wakil Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di luar negara untuk menjelas kepada bakal pelabur bahawa situasi di Malaysia tidak seteruk seperti didakwa.
"Kakitangan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (MTPB) di negara asing turut membantu kita untuk menjelaskan kepada bakal pelancong bahawa negara kita adalah aman," katanya.
Dalam perkembangan lain, Kohilan Pillay berkata, pertemuan antara Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dengan rakan sejawatnya dari Indonesia, Dr. Marty Natalegawa di Sabah pada September lalu telah mencapai kata sepakat bagi mengelak berlaku kekecohan ketika operasi rondaan maritim kedua-dua negara.
"Antaranya, anggota penguat kuasa kedua-dua negara yang ditahan akan terus dibenarkan memakai pakaian seragam dan tidak akan digari," ujarnya.
Dalam insiden 13 Ogos lalu, bahagian penguat kuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia telah menahan tujuh nelayan Malaysia kerana didakwa berada di perairan republik itu.
Selepas itu, sepasukan anggota Polis Marin Malaysia yang tiba ke tempat kejadian telah mengejar dan menahan tiga pegawai penguat kuasa kementerian Indonesia berkenaan kerana didakwa menceroboh perairan negara ini.
Ekoran kejadian itu, kumpulan yang dikenali sebagai Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) bertindak mengadakan demonstrasi dan menimbulkan provokasi dengan membaling najis manusia dan membakar Jalur Gemilang di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia pada 23 Ogos lalu kerana mendakwa anggota penguat kuasa mereka telah digari dan dibogelkan semasa dalam tahanan.
Sinar di Masjid At-Taqwa
Oleh Farabi Sheikh Said Al Jabri
utusann(@utusan.com.my
utusann(@utusan.com.my
SEREMBAN 22 Nov. - Umat Islam di negeri ini wajar bersyukur apabila terbinanya sebuah masjid moden yang mampu memuatkan 3,000 jemaah pada satu masa.
Masjid At-Taqwa, Kampung Baru Paroi dekat sini juga merupakan masjid tiga tingkat yang pertama dibina seumpama itu di negeri ini dengan ciri dalamannya mesra jemaah sekali gus berperanan besar sebagai pusat keagamaan yang sarat dengan aktiviti.
Masjid yang dibina dengan kos RM7.4 juta itu mula dibina sejak tahun 2008 dan siap sepenuhnya pada 15 Oktober lalu sebelum digunakan secara rasmi pada solat Maghrib, 15 November lalu dengan dirasmikan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Datuk Seri Mohamad Hasan.
Penggunaan dan izin mengerjakan solat termasuklah solat Jumaat di masjid berkenaan diisytiharkan oleh Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Yusuf Ahmad baru-baru ini.
Dengan ciri pembinaan yang moden serta ruang dalam lebih selesa, Masjid At-Taqwa kini menjadi satu lagi mercu tanda dan kebanggaan umat Islam di negeri ini terutama jemaah di sekitarnya serta mereka yang melalui jalan Seremban-Paroi-Kuala Pilah.
Masjid yang mempunyai keluasan tanah kira-kira 1.4 hektar dan keluasan lantai 2,890 meter persegi, menjadikan ia masjid terbesar di negeri ini.
Apa yang lebih menarik, masjid itu turut menyediakan pelbagai kemudahan moden termasuk perpustakaan, bilik komputer dan tempat mengambil wuduk bagi golongan orang kurang upaya (OKU).
Turut disediakan adalah dewan seminar yang dilengkapi peralatan elektronik moden, bilik mesyuarat, pejabat, ruang untuk aktiviti masyarakat dan kawasan letak kereta yang luas.
Mohamad yang juga Menteri Besar berkata, dengan terbinanya masjid moden itu maka peranan menyiarkan dakwah perlu lebih agresif sekali gus menjadikan Islam, agama yang dihormati semua.
''Masjid hendaklah dijadikan pusat harian masyarakat, bukan sekadar tempat bersembahyang atau melakukan ibadah lain tetapi hendaklah menjadi pusat komuniti dengan program yang dianjurkan secara berterusan.
''Ini termasuklah menarik minat golongan muda untuk datang ke masjid, melakukan aktiviti keagamaan serta kelas-kelas pengajian yang boleh dimanfaat seluruh umat Islam.
''Memang masjid ini moden, tiga tingkat dan serba baru. Walaupun di luar ia kelihatan gagah, pengisian dalamannya juga hendaklah segagah bangunan ini," katanya di sini baru-baru ini.
Mohamad juga mahu melihat peranan besar masjid, di mana ia merupakan sebuah institusi yang mempunyai pelbagai fungsi dan kegunaan.
''Pada masa ini semakin banyak masjid yang memperluaskan fungsinya sebagai tempat memberi manfaat kepada komuniti setempat, bermula dari Nazir, Imam dan ahli jawatankuasanya sehinggalah ahli jemaah masjid, semuanya memberi sumbangan kepada tahap kemakmuran dan pengimarahan masjid," ujarnya.
Justeru dalam skop lebih besar, masjid juga katanya, hendaklah menjadi pusat pendidikan yang tidak hanya tertumpu pada soal kuliah mahupun pengajaran takmir semata-mata tetapi juga menjadi tempat pendidikan prasekolah anak-anak.
''Pihak pengurusan masjid yang bagus akan sentiasa menganjurkan aktiviti ilmiah di masjid, tidak kira harian, mingguan, bulanan mahupun tahunan," katanya.
Pada masa yang sama juga, Mohamad mahu melihat masjid menjadi satu kawasan pusat ekonomi, di mana boleh diwujudkan satu koperasi masjid yang menjual produk makanan kering dan barangan runcit.
''Ini dapat meningkatkan pendapatan umat Islam serta menjana dana bagi pihak pengurusan masjid dalam menganjurkan aktiviti dari semasa ke semasa," katanya.
Dalam pada itu, orang ramai juga mahu melihat peranan masjid diperluaskan sehinggalah diadakan majlis kenduri sama ada berkaitan perkahwinan, doa selamat, tahlil dan sebagainya agar ia dapat mengeratkan hubungan sesama ummah.
Apa yang penting, golongan belia diajak bersama mengimarahkan masjid dan kanak-kanak pula disediakan ruang lebih sempurna dengan aktiviti khusus untuk mereka supaya kehadiran di masjid menjadi satu keseronokan yang kekal abadi.
Mahu pembinaan jambatan diterus
JOHOR BAHRU 22 Nov. – Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini mengulangi hasrat baginda dan seluruh rakyat Johor supaya pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor yang menghubungkan negeri itu dengan Singapura diteruskan.
Pada istiadat sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-52 hari ini, Sultan Ibrahim bertitah pembinaan jambatan berkenaan bukan sahaja memberikan keselesaan kepada rakyat Johor yang berulang-alik ke Singapura malah menjadi kemudahan untuk rakyat negara jiran itu melancong ke negara ini.
“Saya merakamkan penghargaan kepada kerajaan kerana sentiasa prihatin dan berusaha menangani masalah rakyat. Namun begitu, masih ada hasrat rakyat Johor yang masih belum dapat dipenuhi iaitu pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor,” titah baginda di Istana Besar di sini.
Baginda bertitah ketiadaan Tambak Johor akan membolehkan air di Selat Tebrau bebas mengalir sekaligus memberi kesan yang baik terhadap alam sekitar di sekelilingnya.
Berangkat ke istiadat berkenaan ialah permaisuri baginda Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar, Yang Dipertua Jumaah Diraja Johor Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad dan kerabat-kerabat di raja lain.
Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan isteri Prof Datin Jamilah Ariffin, barisan exco kerajaan negeri, anggota Dewan Undangan Negeri serta pegawai kanan kerajaan.
Sultan Ibrahim turut meminta rakyat di Johor supaya hidup secara bertolak ansur, bersederhana dan hormat-menghormati tanpa mengira kaum selaras dengan motto kerajaan Johor “Muafakat Itu Berkat” bagi mengekalkan kesejahteraan negeri.
Baginda mahu semua pemimpin masyarakat sentiasa berusaha menyatupadukan masyarakat yang dipimpin serta mengutamakan kepentingan ramai berbanding kepentingan individu mahupun politik.
“Di Johor, tidak kira apa jua kaum, Melayu, India, Cina, mereka semua adalah rakyat negeri saya. Hak dan kepentingan semua akan dijaga. Oleh itu, jangan diungkit apa yang telah berlaku supaya terhindar rasa tidak puas hati dan buruk sangka,” titah baginda.
Sultan Ibrahim turut mengingatkan seluruh rakyat Johor supaya merebut peluang daripada pembangunan pesat negeri termasuk pelbagai peluang pekerjaan yang ditawarkan di kawasan pembangunan Iskandar Malaysia.
Dalam titah berkenaan, baginda turut mengisytiharkan penubuhan Yayasan Sultan Ibrahim yang bertujuan memberikan bantuan pendidikan, kebajikan, biasiswa kepada pelajar miskin, perubatan serta bantuan kepada warga emas dan orang kurang upaya.
Menurut Sultan Ibrahim, dana untuk yayasan berkenaan disumbangkan daripada semua elaun diraja yang diterima baginda.
Sultan Ibrahim pada istiadat berkenan turut berkenan mengurniakan gelaran ‘Duli Yang Maha Mulia’ kepada Raja Zarith Sofiah dan gelaran ‘Yang Amat Mulia Enche Besar’ kepada bonda baginda, Hajah Khalsom Abdullah.
Baginda turut mengurniakan Darjah Kerabat Pangkat Pertama (DK I) yang merupakan darjah tertinggi bagi Johor kepada Hajah Khalsom dan Pangkat Pertama Datuk Seri Setia Sultan Ismail Johor (SSIJ) kepada Tunku Ismail. – BERNAMA
57,518 kes mahkamah masih tertunggak - Nazri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, ia melibatkan 14,950 kes di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen (16,134), Mahkamah Majistret (15,084), Mahkamah Rayuan (10,895) dan 455 kes di Mahkamah Persekutuan.
Justeru jelas beliau, kementerian kini mengambil sembilan langkah penting dalam usaha mencapai matlamat untuk melupuskan kes-kes tertunggak berkenaan.
Antaranya, kata beliau, mengadakan operasi pengiraan fail kes untuk mengetahui jumlah kes tertunggak di setiap mahkamah bagi mewujudkan satu perancangan yang sistematik.
"Kerajaan juga memperkenalkan sistem pengkhususan hakim-hakim yang mendengar kes secara pengkhususan bagi memberikan hasil yang lebih baik dan cepat.
"Contohnya di sesetengah tempat terdapat hakim yang mendengar kes sivil dan jenayah secara campuran dan dengan adanya pengkhususan, hakim akan dilantik untuk mendengar kes sivil atau jenayah sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan John Fernandez (DAP-Seremban) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Tujuh langkah lagi adalah:
* Pengenalan sistem trek iaitu hakim trek A mendengar kes melibatkan keterangan melalui afidavit, hakim trek B mendengar kes melibatkan keterangan lisan dan hakim trek M mendengar kes pelbagai.
* Pengurusan kes di hadapan timbalan pendaftar bagi memastikan kes-kes yang didengar para hakim hanyalah kes yang sedia untuk dibicarakan.
* Mewujudkan Mahkamah Perdagangan Baru (NCC) dan Mahkamah Sivil Baru (NCVC).
* Mewujudkan mahkamah khas seperti Mahkamah Khas Harta Intelek, Mahkamah Khas Muamalat dan Mahkamah Admiralti.
* Menetapkan kes-kes untuk mediasi iaitu alternatif penyelesaian kes tanpa melalui perbicaraan penuh di mahkamah.
* Penambahan bilangan hakim di seluruh negara bergantung kepada keperluan kes-kes tertunggak dan purata pendaftaran kes bulanan di sesuatu tempat.
* Pengwujudan sistem e-Kehakiman bagi memudahkan sistem pengurusan dan pendengaran kes di mahkamah.
"Dengan langkah sedia ada serta langkah lain yang akan diperkenalkan dari semasa ke semasa, mahkamah tidak lagi akan dibelenggu dengan isu lambakan kes pada masa akan datang," katanya.
Air mani boleh ada dalam dubur 72 jam - Dr. Mohd. Razali
Saksi pendakwa kedua, Pakar Bedah Am Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Mohd. Razali Ibrahim menjelaskan, ia kerana rupa bentuk salur dubur manusia yang tidak lurus membolehkan air mani tertinggal atau terlekat pada mana-mana bahagian dinding saluran tersebut.
Selain daripada itu, beliau turut menyatakan bukanlah sesuatu yang pelik bagi bahagian rektum kosong dan tidak mempunyai sebarang najis walaupun selepas beberapa hari.
"Kesemuanya bergantung kepada fungsi badan seseorang. Sekiranya individu terbabit berada di tempat yang selesa, dia boleh buang air besar pada bila-bila masa atau apabila mempunyai rasa untuk berbuat demikian.
"Tetapi ada juga pesakit yang datang dan memberitahu, dia tidak buang air besar beberapa hari kerana tidak mempunyai keinginan untuk berbuat demikian.
"Pada keadaan sebegini, rektum biasanya kosong kerana najis tidak tertolak ke dalam bahagian tersebut atau individu terbabit menahan dirinya daripada berbuat demikian,'' katanya.
Saksi tersebut berkata demikian ketika disoal semula oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden pada perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya.
Anwar, 63, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Bagaimanapun, ketika disoal balas oleh peguam bela Anwar, Sankara Nair, saksi tersebut memberitahu, tempoh 72 jam itu diperoleh melalui pembacaannya dan bukannya melalui pengalaman.
Saksi itu memeriksa Mohd. Saiful Bukhari pada pukul 10 malam, 28 Jun 2008, iaitu kurang daripada 72 jam selepas pemuda itu mendakwa dia diliwat.
Mohd. Razali turut bersetuju bahawa seseorang individu akan timbul keinginan untuk membuang air besar beberapa kali dalam sehari tetapi 'perasaan' tersebut boleh dikawal.
Sementara itu, ketika sesi soal balas ke atas saksi pendakwa ketiga, pakar patologi forensik, Dr. Siew Sheue Feng memberitahu, dia telah menandatangani setiap pita pelekat yang digunakan untuk memeterai bekas-bekas mengandungi sampel-sampel yang diambil daripada mangsa.
Mohd. Saiful Bukhari turut menandatangani pita pelekat tersebut.
Ketika ditanya oleh Sankara tujuan dia berbuat demikian, pakar dari Jabatan Perubatan Forensik HKL itu menjawab: "Bagi mengelakkan sampel-sampel yang diambil diganggu oleh orang lain.''
Jawapan tersebut menyebabkan isteri Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan para penyokong Anwar yang berada di galeri awam ketawa sinis.
Kehadiran tiga orang doktor pakar ketika memeriksa Mohd. Saiful Bukhari juga menjadi isu ketika sesi soal balas.
Sheue Feng yang pernah menjadikan buku-buku tulisan pakar yang dibawa khas oleh Anwar sebagai penasihat pasukan pembelaan, Dr. David Wells, sebagai rujukan ketika belajar mengenai patologi forensik dalam kes serangan seksual memberitahu, ia merupakan protokol HKL supaya tiga doktor hadir bagi memeriksa mangsa dalam kes liwat.
Protokol tersebut didakwa dibuat secara persetujuan bersama ketika mesyuarat salah satu mesyuarat HKL dan tiada sebarang makluman secara bertulis mengenai perkara itu.
Selepas diasak beberapa kali oleh Sankara, doktor tersebut memberitahu terdapat prosedur operasi standard (SOP) yang digunapakai oleh HKL mengenai perkara tersebut.
Sankara kemudian meminta saksi tersebut membawa SOP itu ke mahkamah esok.
Peguam bela itu turut menyoal mengenai gambar-gambar yang didakwa oleh Mohd. Razali ada diambil ketika pemeriksaan ke atas Mohd. Saiful Bukhari pada 28 Jun 2008.
Mengakui perkara tersebut, Sheue Feng menyatakan gambar-gambar tersebut diambil oleh jurugambar yang dibawa oleh pegawai penyiasat, Deputi Supritendan (DSP) Judy Blacious Pereira.
Turut mengakui bahawa dia pernah melihat gambar-gambar tersebut, pakar patologi itu bagaimanapun tidak dapat mengemukakan gambar-gambar tersebut kerana ia disimpan oleh pihak polis.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bersambung esok.
Tiada rombakan – PM
Perdana Menteri menyifatkan desas-desus perkara itu termasuk kemungkinan berlakunya pilihan raya umum dalam masa terdekat, sebagai khabar angin semata-mata.
“Ia merupakan khabar angin. Malaysia tidak pernah kekurangan berita-berita khabar angin dan laporan seperti ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama Forum Ketua-Ketua Perniagaan Global 2010, di sini hari ini.
Spekulasi rombakan Kabinet mula hangat apabila Perdana Menteri sewaktu menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO lalu menyatakan, akan melakukan perubahan kepimpinan parti di peringkat tertentu sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.
Pengumuman tersebut juga dikatakan bagi memenuhi hasrat perwakilan yang meminta Pengerusi Perhubungan UM NO negeri khususnya yang kini di bawah pembangkang, diterajui oleh pemimpin tempatan.
Mengukuhkan lagi spekulasi itu apabila Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu pada awal Oktober lalu mengumumkan akan melepaskan jawatannya pada Januari 2011.
Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Na sional (BN) pada Sabtu lalu, adalah yang terakhir dihadiri oleh Samy Vellu.
Subscribe to:
Posts (Atom)