Saturday, November 30, 2013
Pemuda Pas Perak: Ustaz Kazim ahli Pas
|
IPOH – Pemuda Pas Perak mengesahkan, Mohammad Kazim Elias atau dikenali Ustaz Kazim adalah ahli parti itu yang sah.
Ketuanya, Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, pendakwah itu berkenaan mendaftar sebagai ahli Pas cawangan Kampung Manjoi (Tambun) sejak Julai 1998 dengan nombor keahlian 0475276.
Bagaimanapun menurutnya, tiada sebarang jawatan parti yang dipegang sepanjang pembabitannya dalam Pas.
“Pelantikannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno sebenarnya agak mengejutkan, ia juga menimbulkan persoalan sama ada Mohd Kazim telah menyertai Umno atau tidak kerana mengikut rekod, beliau masih ahli Pas yang sah.
“Apa-apapun kita tidak berhasrat untuk memberi ‘tekanan’, tambahan pula setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan Ustaz Kazim berhubung lantikan itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Raja Ahmad berkata, Pas tidak menolak kemungkinan penerimaan jawatan itu kelak akan memberi kesan terhadap aktiviti keagamaan yang dilakukan termasuk ceramah, tazkirah dan kuliah.
Katanya, umum mengetahui, mana-mana individu yang berjawatan dalam politik, tidak dibenarkan menggunakan tempat ibadah terutama masjid sebagai pentas politik.
“Bagi Pemuda Pas, jika Ustaz Kazim telah mengesahkan menerima pelantikan jawatan itu, maka beliau sudah memikirkan implikasi kedudukannya sekarang ini sebagai pendakwah bebas,” katanya
Wartawan dibunuh Selepas Membongkar Skandal Minyak Masak kitar semula
Dicatat oleh ustazcyber di 5:40:00 PG
Beijing Li Xiang (30) seorang wartawan mati terbunuh setelah bongkar skandal pengolahan minyak masak kitar semula, ditubuhnya ditemukan lebih dari 10 tusukan pisau, kematiannya tragis. Ia dibunuh saat berjalan menuju rumahnya 19 September silam.
Empat hari sebelum ditemukan tewas bersimbah darah, ia mengungkap mengunjungi fasiliti penggolahan minyak yang dicurigai dari olahan sisa buangan.
Bagi masyarakat Cina, Li Xiang berjasa dalam upayanya memberikan pencerahan kepada masyarakat dan
memberikan kontribusi kepada lebih dari satu milion warga Cina. Ia berusaha agar masyarakat lebih memperhatikan kesehatan dan keamanan pangan. Namun penguasa bisnes minyak tak menghendaki kecurangan dan bisnes kotornya dibongkar oleh wartawan yang bekerja di Henan Luoyang Televisyen.
Di yakini minyak masak buangan diperoleh dari sampah atau limbah restoran dan sumber lainya yang di peroleh dari saluran pembuangan air baik dari toilet maupun dapur restoran yang kemudian di kitar semula dan dijual kembali ke pasar.
Para ahli dari forum Dosen Farmasi Umum mengatakan bahwa minyak goreng hasil olahan limbah sangat berbahaya karena dapat menyebabkan kanser ganas.
VOI.com
Tips membedakannya Limbah Minyak Goreng :
"Ambil minyak goreng di rumah dan masukan ke dalam kulkas selama 2 jam, jika ada busa putih, itu artinya Minyak Goreng tersebut adalah minyak goreng hasil Limbah".
Seorang Dokter Cina mengatakan, cara termudah untuk mendeteksi apakah itu adalah Minyak Goreng Limbah atau bukan :
"Waktu menumis sayur taruh sedikit bawang putih, bawang putih sangat sensitif terhadap Aflatoksin dan Karsinogenik (penyebab kanker), kalau bawang putih berubah menjadi merah itu artinya minyak yang dipakai adalah minyak limbah yang mengandung banyak zat karsinogenik (penyebab kanker). Jika minyak yang baik, bawang putih yang sudah ditumis warnanya akan putih.
Waspada, peran bunda dalam memilih makanan yang sehat dan halal karena tipu daya kapitalis dan orientalis terus merusak tubuh manusia, baik air mineral beracun, makanan dari gelatin babi, jagung beracun hingga pasta gigi berbahaya dari fluoride dan zat lainnya. [CH/ahmad/voa-islam.com]
- See more at: http://www.voa-islam.com/read/world-world/2013/11/29/27846/reporter-terbunuh-pasca-bongkar-minyak-goreng-limbah-restoran/#sthash.SXcskP4c.dpuf
Tips membedakannya Limbah Minyak Goreng :"Ambil minyak goreng di rumah dan masukan ke dalam kulkas selama 2 jam, jika ada busa putih, itu ertinya Minyak Goreng tersebut adalah minyak goreng hasil Limbah".
Seorang Doktor Cina mengatakan, cara termudah untuk mengesan apakah itu adalah Minyak Goreng Limbah atau bukan :
"Waktu menumis sayur taruh sedikit bawang putih, bawang putih sangat sensitif terhadap Aflatoksin dan Karsinogenik (penyebab kanser), kalau bawang putih berubah menjadi merah itu artinya minyak yang dipakai adalah minyak limbah yang mengandung banyak zat karsinogenik (penyebab kanser). Jika minyak yang baik, bawang putih yang sudah ditumis warnanya akan putih.
Waspada, peran bunda dalam memilih makanan yang sehat dan halal karena tipu daya kapitalis dan orientalis terus merusak tubuh manusia, baik air mineral beracun, makanan dari gelatin babi, jagung beracun hingga ubat gigi berbahaya dari fluoride dan bahan lainnya. [CH/ahmad/voa-islam.com]
SAYA menerima anugerah gelaran yang sangat mulia, iaitu Bhagwan (tuhan) daripada pengikut-pengikut saya.
SAYA menerima anugerah gelaran yang sangat mulia,
iaitu Bhagwan (tuhan) daripada pengikut-pengikut saya.
Tetapi saat itulah sebenarnya saya berada dalam kesesatan dan kegelapan dan saya tercari-cari cahaya untuk keluar daripada kegelapan itu," katanya.
Dr. Maharaj atau nama sebenarnya Achariya Mahant Dr. Shri Shakti Saroopji Maharaj Adasin Dharmachariya Odai Shakti bukan sahaja penganut Hindu sebelum memeluk Islam tetapi beliau sebenarnya tokoh Hindu terkemuka di India.
Sami atau pendeta besar yang bertahun-tahun lamanya berkhidmat di kuil-kuil besar termasuk di Kuil Ban Khand Ashram Brindaban di Mathura, Uttar Pradesh di utara India untuk menyebarkan agama Hindu. Tugasnya melatih pendeta-pendeta untuk menyebarkan agama itu.
Begitu pun tidak sahaja tugas tersebut sebagai meneruskan tradisi warisan keluarga dan keturunan (dilahirkan dalam keluarga Guru Nanak Vedi Wanash). Bahkan beliau amat berilmu kerana mempunyai pelbagai kelulusan akademik dalam pengajian agama.
Ini termasuk pemegang sarjana dalam pengajian Orientalism dari Universiti Allahabad India, sehinggalah Doctor Of Divinity dari Universiti Oxford, United Kingdom.
Beliau turut boleh bertutur dan menulis dalam 12 bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Sanskrit, Greek, Dibro, Prakirit, Pali, Gurmukhi, Marhathi, Gujrati, Urdu dan juga Bahasa Arab.
Semua itu adalah kelebihan untuk beliau menguasai pengetahuan mengenai 10 agama besar dunia yang lain terutamanya Kristian dan Islam itu sendiri.
Kehebatan itu menyebabkan banyak pihak cuba menguji beliau. Paling menarik apabila Dr. Maharaj mendapat pengiktirafan tinggi oleh pusat Gereja Roman Katholik (Vatican City) apabila beliau mendapat undangan khas Pope, Paul VI pada tahun 1981.
"Atas undangan khas itu, mereka sebenarnya cuba memberi tekanan yang cukup hebat apabila saya dikehendaki bercakap tujuh topik berbeza atas pengetahuan yang saya miliki mengenai Kristian.
"Saya berjaya membuatkan mereka berpuas hati dengan hujah-hujah sehinggakan saya dianugerahi gelaran dan penghormatan khas menjadi warga Vatican City sebagai satu usaha untuk menarik saya untuk memeluk Kristian.
"Tetapi secara peribadi saya sama sekali tidak tertarik bertukar agama malah pulang semula ke India," katanya.
Sebenarnya, beliau lebih terpengaruh dengan ajaran Islam walaupun berjaya memuaskan pihak Vatican atas pengetahuan luasnya terhadap ajaran Kristian.
Pada tahun yang sama (1981) beliau menyampaikan syarahan dalam pertemuan di Kuil Ashram Param Dham yang turut dihadiri tokoh-tokoh agama Hindu yang lain.
Ini termasuklah Dada Dharam Adhikari yang secara tiba-tiba mengajukan satu soalan kepada Dr. Maharaj.
"Swami Ji, anda telah mengenali dan mempelajari pelbagai agama yang ada di dunia ini. Pada pandangan awak sekarang, dalam banyak-banyak agama, agama manakah yang awak rasa paling baik untuk dianuti oleh seluruh manusia?"
Soalan yang tidak disangka-sangka itu dijawab pendek tetapi tegas oleh Dr. Maharaj: "Islam".
"Tetapi Islam sebuah agama yang mengongkong umatnya," tanya Dada Dharam yang lebih terkejut dengan jawapan Dr. Maharaj.
Dr. Maharaj pun menjawab: "agama yang disebut sebagai sangat mengongkong itu, agama itu jugalah memberi kebebasan kepada umatnya. Malah sebenarnya agama yang dianggap tidak mengongkong manusia itulah menyebabkan penganutnya menjadi tidak bebas,
terikat kepada pelbagai peraturan dan ajaran yang tidak masuk akal.
"Pada hakikatnya, manusia memerlukan agama yang mengongkong kehidupan supaya kehidupan mereka di dunia ini teratur dan aman dari segala macam masalah dan godaan duniawi tetapi kesudahannya menikmati kebebasan sepenuhnya untuk kehidupan di akhirat kelak.
"Bagi saya Islamlah, satu-satunya agama yang memenuhi segala kualiti sebagai agama yang paling baik".
Jawapan itu sangat mengejutkan tetapi dianggap tidak lebih daripada sebagai pengetahuan semata-mata.
Sedangkan bagi Dr. Maharaj ia tidak lebih peperangan dalam diri yang membawakan beliau akhirnya menyerahkan diri kepada Islam,
sebagai satu kemenangan besar yang mengeluarkan dirinya daripada kesesatan.
Begitulah kesannya apabila ilmu dikuasai. Walaupun pelbagai agama dikenali dan dipelajari namun ia tidak membuatkan hati Dr. Maharaj menjadi berbelah bagi. Malah yang beliau temui adalah kekuasaan Allah. Lebih-lebih lagi Allah dan kisah Nabi Muhammad ada disebutkan dalam agama-agama yang beliau kaji.
"Kecuali dalam ajaran Buddha dan Jainism,
dalam semua ajaran agama yang lain ada disebutkan mengenai nama Allah dan Mohamad atau Ahmad. Malah dalam kitab Hindu sendiri, perkataan Ala terdapat di Bab Pertama dalam Rig Veda yang menjadi permulaan kepada empat huruf nama Allah itu.
"Begitu juga persamaan 'Moha-mmad' dan 'Ah-mad' untuk Nabi Muhammad dan Ahmad dan 'Kurdha-noo' turut digunakan dalam kitab Rig Veda yang merujuk kepada kitab suci al-Quran," ujarnya.

Kazim Elias kesal cemuhan pihak tidak bertanggungjawab
2013/11/30
KUALA LUMPUR: Penceramah terkenal, Mohammad Kazim Elias kesal dengan cemuhan yang dilemparkan pihak tidak bertanggungjawab susulan pelantikan beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, semalam.
Sambil terkejut dengan pengumuman oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor itu, Kazim melahirkan kekecewaan terhadap cacian dan sindiran yang dilemparkan masyarakat seluruh negara.
“Alhamdulillah, salah ke kalau orang lain minta nasihat? Saya ini sentiasa berlapang dada, janganlah tuduh tanpa melihat secara halus. Apa yang kita sangka tentang orang lain kadang-kadang itulah dalam jiwa kita.
“Berhati-hatilah dalam berbicara. Apa tuan-tuan ingat saya kemaruk wang, kuasa pangkat? Apa salahnya doakan yang terbaik, bila tiada orang agama dikata teruk, bila orang agama dijemput pun dikata teruk, saya tak faham,” katanya dalam satu pesanan yang disiarkan menerusi laman Facebook milik beliau, Ustaz Mohd Kazim Elias.
Kazim dalam pesanan yang disiarkan itu turut menyebut bahawa beliau akan mengadakan sidang media khas kira-kira jam 9 malam di PPR Setapak, hari ini bagi memberi penjelasan mengenai pelantikan beliau sebagai ahli MT UMNO.
Sementara itu, mengulas mengenai persaraan beliau daripada menyampaikan ceramah, Kazim menegaskan bahawa beliau tidak akan berhenti menyampaikan ceramah dan berdakwah.
“Dakwah sangat luas cuma saya kata saya nak tumpu pada sekolah dan berdakwah dengan media seperti televisyen dan radio. Salah ke saya nak berdakwah di sekolah? Bacalah sampai habis apa yang saya beritahu dalam ceramah dan Facebook saya. Terlalu banyak yang jemput ceramah malah ada yang booking (tempah) bertahun, semua kena kira termasuk kesihatan saya,” katanya.
Isu hamba: Putus tunang, pilih haluan kiri
Shamsuri ketika ditemuramah media di Kampung Belai Hulu, Jelebu semalam.
JELEBU – “Bila pertama kali berita wanita Malaysia menjadi hamba di London disiarkan, saya terdetik itu mungkin Aishah,” kata Shamsuri Abd Wahab, 60, adik kepada bekas tunang Siti Aishah Abdul Wahab, 69, yang hilang selepas melanjutkan pelajaran di United Kingdom (UK) pada 1968.
Siti Aishah sebelum melanjutkan pelajaran di UK pernah bertunang dengan seorang lelaki dari daerah ini dikenali sebagai Omar Munir, 70, namun tidak berpanjangan dipercayai disebabkan wanita terbabit memilih jalan untuk terus bersama kumpulan ideologi berhaluan kiri di sana.
Menurut Shamsuri, dia hanya mengenali Aishah sebagai tunang abangnya dan kali terakhir berjumpa dengan wanita terbabit ketika mengikuti rombongan meminang ke rumah keluarganya di Kampung Gedung Lalang, Ampangan, Seremban.
“Ketika itu saya berumur 14 tahun dan saya mengenali Aishah sebagai seorang yang lemah lembut dan bersopan santun.
“Tapi selepas beberapa bulan bertunang, abang saya mendapat tajaan biasiswa Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk melanjutkan pelajaran ke London dan dia pergi dahulu disusuli Siti Aishah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Belai Hulu, Jelebu di sini, semalam.
Shamsuri berkata, selepas abangnya tamat pengajian dan pulang ke negara ini, dia memberitahu keluarga bahawa mereka sudah putus tunang.
Malah, keluarga juga difahamkan oleh Omar bahawa Aishah telah hilang dan gagal untuk dikesan.
“Kalau tahu abang dan Aishah dapat belajar di negara sama, memang keluarga mahu nikahkan mereka dari awal, tapi tidak sangka pula jodoh mereka tidak berpanjangan.
“Selepas mereka ke UK, saya tidak tahu lagi tentang abang dan Aishah kerana ketika itu saya masih bersekolah. Cuma saya ingat selepas tiga atau lima tahun abang menamatkan pengajian di sana, dia pulang memberitahu sudah putus tunang,” katanya.
Shamsuri bagaimanapun berkata, dia tidak mengetahui punca sebenar mengapa mereka putus tunang.
“Selepas tamat belajar abang saya bekerja di sebuah kolej di Kuala Lumpur dan bertemu jodoh di sana.
“Sejak itu saya pun tidak dengar lagi pasal Aishah sehinggalah laporan berita tentang wanita Malaysia menjadi hamba selama 30 tahun di London disiarkan dan mengesahkan pula dia adalah Aishah,” katanya yang memberitahu abangnya kini berada di Kuala Lumpur.
Menurutnya, walaupun Aishah bukan ahli keluarganya, namun menjadi harapannya juga untuk bertemu dengan wanita terbabit yang dikenalinya.
“Kalau boleh, saya pun mahu jumpa dengan Siti Aishah sama seperti ahli keluarganya yang lain. Lagipun dia satu kampung dengan saya dan kami saling mengenali,” katanya.

Pertemuan yang tidak dijangka
Keratan akhbar Sinar Harian, semalam.
KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pertemuan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai satu pertemuan yang tidak dijangka.
Bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata, sepanjang lebih 20 tahun beliau menerajui negeri ini, tiada pertemuan rasmi seumpama itu diaturkan.
“23 tahun baru boleh jumpa, payahnya menteri besar pembangkang nak jumpa perdana menteri, saya tidak tahu apa yang menyebabkan (perdana menteri) buka pintu.
“Insya-ALLAH, kita minta doa minta Allah buka pintu hati jangan menjadi syaitan merosakkan hati manusia, ingatkan syurga dan neraka, ingat apa yang kita buat apa sahaja akan mendapat balasan,” katanya semasa kuliah Mingguan di Dataran Ilmu semalam.
Pertemuan Ahmad berserta dua Exco Kerajaan Negeri, Datuk Hanifa Ahmad dan Datuk Dr Fadzli Hassan bersama Najib di Perdana Putra dianggap bersejarah kerana ia tidak berlaku di bawah pimpinan Nik Aziz.
Lebih menarik perhatian umum, pertemuan dua kerajaan itu diadakan sewaktu pimpinan Pas dan Umno masing-masing menyatakan kesediaan untuk mengadakan muzakarah.
Bagaimanapun, satu kenyataan dikeluarkan semalam menyebut pertemuan itu tidak membincangkan soal kerjasama politik, sebaliknya lebih memfokuskan isu infrastruktur negeri termasuk royalti minyak dan pelaksanaan hudud.
Difahamkan pertemuan itu dirancang selepas Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu, namun tidak dapat dilakukan kerana jadual Perdana Menteri yang padat.

Ibu pejabat tentera Thai diserbu
Ribuan penyokong anti kerajaan berhimpun di pekarangan ibu pejabat Tentera Diraja Thailand.
BANGKOK - THAILAND . Kira-kira 1,500 penunjuk perasaan anti-kerajaan terdiri daripada kumpulan Baju Kuning semakin garang apabila nekad berhimpun dalam pekarangan ibu pejabat Tentera Diraja Thai di sini, semalam.
Protes mendesak penggulingan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra itu dilihat terus meruncing susulan tindakan berani mereka yang tidak menghiraukan amaran pasukan keselamatan.
Media melaporkan, ribuan peserta tunjuk perasaan juga bertindak memanjat pagar utama ibu pejabat berkenaan sambil membawa bendera dan meniup wisel.
“Kami mahu tahu pendirian tentera,” jerit seorang penunjuk perasaan.
Di daerah lain, kira-kira 1,000 orang berkumpul di luar ibu pejabat parti pemerintah Yingluck, sambil menjerit “Keluar!, keluar! “.
Bagaimanapun, keadaan reda selepas mereka bersurai tiga jam kemudian.
Sementara itu, pemimpin protes mega, Suthep Thaugsuban berkata, beliau sanggup mati kerana negara.
Sebelum ini, Thaugsuban, 64, sering dilihat memakai sut dan tali leher selaku Timbalan Perdana Menteri Thailand dan Eksekutif Kanan Parti Demokrat.
Kini, beliau menjauhkan dirinya daripada parti itu untuk menjadi pejuang jalanan.
“Saya berikrar menggulingkan Yingluck dengan mengambil alih setiap kementerian kerajaannya melalui perarakan mega. Jika kami tidak berjaya, saya sanggup mati dalam medan pertempuran. Rakyat akan berhenti hanya apabila kuasa negara berada di tangan mereka. Tidak perlu berunding lagi,” katanya.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon pula meluahkan kebimbangan terhadap protes itu.
Beliau menggesa semua pihak supaya menyelesaikan krisis terbabit melalui rundingan kedua-dua belah pihak.
“Semua pihak perlu menahan diri daripada menggunakan keganasan dan menunjukkan rasa hormat sepenuhnya terhadap kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia,” katanya dipetik dari laporan Reuters.

Jepun, Korea Selatan pula bantah tindakan China
BEIJING 28 Nov. - Jepun dan Korea Selatan hari ini menegaskan, pihaknya tidak akan mengiktiraf zon pertahanan udara diumumkan China, selepas dua buah pesawat milik Amerika Syarikat (AS) kelmarin melakukan penerbangan di ruang udara tersebut.
China ketika ini berhadapan dengan banyak tekanan daripada pelbagai pihak, ekoran tindakan mereka memperkenalkan Zon Pengenalan Pertahanan Udara (ADIZ), yang diumumkan minggu lalu.
Langkah itu mencetuskan kemarahan AS dan Jepun, sekali gus menuduh tindakan tersebut merupakan satu provokasi yang mengancam keselamatan global.
Pengawal Pantai Jepun memberitahu, pihaknya telah melakukan pemantauan di zon berkenaan tanpa mematuhi peraturan Beijing dan laporan turut memberitahu bahawa Tentera Udara Jepun juga turut melakukan perkara yang sama.
"Kami tidak mengubah operasi kami dalam melakukan rondaan di kawasan yang sudah diisytihar oleh China. Kami juga tidak memberitahu mereka terlebih dahulu tentang apa yang dirancang, termasuk jadual penerbangan kami,'' kata jurucakap Pengawal Pantai Jepun, Yasutaka Nonaka kepada AFP.
Sementara itu, Tentera Korea Selatan memberitahu, tiada sebarang perkara berlaku apabila sebuah pesawat negara itu memasuki ruang udara berkenaan.
Kelmarin, dua buah pesawat pengebom AS terbang di zon tersebut sebagai memberi mesej penting dari Washington, sebelum lawatan Naib Presidennya, Joe Biden ke rantau berkenaan.
Kementerian Pertahanan China mempersoal kenyataan AS yang mengumumkan bahawa pihak tenteranya 'mengawal selia setiap tindakan' penerbangan pesawat jenis B-52 itu, tanpa berasa bersalah, marah atau kesal atas perbuatan itu.
Global Times yang mempunyai hubungan erat dengan Parti Komunis turut mengkritik China sebagai 'terlalu lambat' dalam keluarannya hari ini.
"Kita gagal memberi tindak balas yang betul dan tepat. Kerajaan harus bijak menangani serangan psikologi yang dilakukan oleh AS,'' kata Global Times. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131129/lu_10/Jepun-Korea-Selatan-pula-bantah-tindakan-China#ixzz2m6Fr9QA1
© Utusan Melayu (M) Bhd
40 maut depot senjata tentera meletup di Libya
TRIPOLI/BEGHAZI 29 Nov. - Lebih 40 orang terbunuh dalam satu letupan di depot tentera di selatan Libya di sini selepas penduduk tempatan didakwa cuba mencuri peluru di gudang tersebut semalam.
Menurut seorang pegawai keselamatan, letupan di Brak al-Chati, berhampiran bandar utama Sabha itu berlaku selepas sekumpulan 43 penduduk tempatan dan Afrika bertindak menceroboh depot tentera untuk mencuri peluru.
"Lebih daripada 40 orang terbunuh," kata Komander Pasukan Kawalan Sempadan Brak al-Chati, Khalifa Alsghair.
Bagaimanapun, kenyataan itu disanggah pihak hospital yang memaklumkan hanya menerima dua mayat dan empat mangsa yang cedera.
Sehingga kini pihak keselamatan masih lagi belum dapat mengenal pasti punca sebenar letupan berkenaan.
Sementara itu dalam perkembangan lain, tiga anggota tentera maut dalam satu pertempuran antara pasukan tentera dan kumpulan militan Ansar al-Sharia di wilayah bergolak Benghazi, timur Libya, kelmarin.
Kejadian berlaku apabila pasukan keselamatan bertindak menahan sebuah kereta dinaiki anggota kumpulan militan yang dipercayai membawa senjata, bahan letupan dan sejumlah wang.
Komander Pasukan Keselamatan Khas, Wanis Bukhmada berkata, seorang lagi anggotanya maut selepas ditembak oleh seorang lelaki tidak dikenali di kawasan berdekatan bandar Beghazi.
Pertempuran itu mula tercetus pada Isnin lalu dan mengakibatkan sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh sebelum kumpulan militan itu berundur daripada kubu utama mereka. - REUTERS
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131130/lu_10/40-maut-depot-senjata-tentera-meletup-di-Libya#ixzz2m6FFUlKF
© Utusan Melayu (M) Bhd
Demonstrasi tetap diteruskan
BANGKOK 29 Nov. - Penunjuk perasaan Thailand hari ini menyerbu masuk kawasan Ibu Pejabat Tentera Diraja Thailand dan mengepung pejabat parti pemerintah, Parti Pheu Thai, dalam usaha menggulingkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.
Kira-kira 1,200 penunjuk perasaan memecah pintu pagar ibu pejabat tentera dan cuba menyerbu ke dalam bangunan tersebut, yang terletak bersebelahan ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini.
Ketua penunjuk perasaan tersebut, Amorn Amornrattananont berkata, mereka ingin mengetahui sama ada tentera akan menyebelahi rakyat dan bukan seorang diktator yang merujuk kepada Yingluck.
Jurucakap tentera, Kolonel Sansern Kaewkamnerd berkata, penunjuk perasaan mahu menyerahkan surat kepada ketua tentera.
"Mereka kini berkumpul di pekarangan ibu pejabat tentera, namun tidak masuk ke dalam bangunan.
"Kami akan meminta mereka beredar kerana ini adalah kawasan keselamatan,'' katanya.
Penunjuk perasaan turut berkumpul di luar ibu pejabat Phue Thai di sini, menyebabkan polis antirusuhan yang mengawal bangunan tersebut berada dalam keadaan berjaga-jaga.
Tindakan provokatif terhadap simbol pentadbiran negara itu berlaku sehari selepas penunjuk perasaan memutuskan bekalan elektrik di Ibu Pejabat Polis Kebangsaan dan tidak menghiraukan rayuan Yingluck untuk berhenti mengadakan tunjuk perasaan.
Walaupun demonstrasi terbaharu itu berlangsung secara aman, pergaduhan antara penyokong kerajaan dan anggota parti pembangkang masih berlaku di Pathum Thani semalam, kata polis.
"Dua penyokong antikerajaan cedera ringan, mungkin dipukul dengan batang kayu dalam kejadian itu,'' kata Ketua Polis Wilayah, Mejar Jeneral Smithi Mukdasanit. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131130/lu_06/Demonstrasi-tetap-diteruskan#ixzz2m6CXDYfo
© Utusan Melayu (M) Bhd
NATO ‘kesal’ kematian budak
Kabul: Tentera NATO diketua Amerika Syarikat di Afghanistan semalam berjanji menyiasat dakwaan serangan udara mereka mengakibatkan kematian budak berusia dua tahun.
Kematian orang awam antara isu paling sensitif dalam campur tangan ketenteraan selama 12 tahun di negara itu.
Dakwaan kematian itu dibuat sendiri Presiden Hamid Karzai.
Hamid berkata, kejadian terbaru itu mampu menggugat perjanjian keselamatan dua hala di antara (BSA) Kabul dengan Washington.
“Presiden mengutuk serangan udara NATO yang mengakibatkan kematian seorang kanak-kanak manakala dua wanita cedera.
“Serangan ini membuktikan Amerika tidak menghiraukan nyawa rakyat Afghanistan.
“Kami tidak akan menandatangani BSA itu selagi kekejaman seperti ini dilakukan tentera Amerika terhadap rakyat kami,” katanya.
Sementara itu NATO mengesahkan kanak-kanak terbabit yang dikenali sebagai Rafiullah terbunuh dalam serangan dron.
Nato juga menyesali kematian orang awam akibat serangan udara di Helmand, Khamis lalu.
NATO berkata, serangan itu menyasarkan pemberontak menaiki motosikal, namun tidak mengesahkan sama ada dron digunakan.
Malapetaka ekstremis Islam
Beijing: Golongan Islamis di Xinjiang, China, dituduh media China cuba mengharamkan televisyen, nyanyian dan hiburan lain dan membayangkan sifat ekstremis mereka beragama.
Akhbar rasmi Xinjiang Daily memetik ketua biro pekerjaan wilayah itu Yusufujiang Maimaiti sebagai berkata, ada pihak yang cuba memaksa orang Islam tempatan menerima amalan ekstremis.
“Mereka melarang orang ramai menyanyi dan menari selain menghasut mereka membenci kerajaan, tidak menggunakan sijil perkahwinan dan kad pengenalan diri.
“Mereka juga melarang penganut Islam untuk menonton televisyen, filem serta mendengar ajaran agama pemimpin patriotik,” katanya.
Menurut Yusufujiang, kumpulan ekstremis itu turut menghasut orang ramai supaya menolak semua jenis pakaian moden serta tradisional, selain mempunyai pelbagai taktik supaya penduduk setempat mengikut cara itu.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan identiti kumpulan terbabit tetapi menegaskan mereka menyebarkan ajaran palsu dan terpesong.
Kebanyakan penganut Islam di Xinjiang memang hidup terkongkong dari segi amalan, bahasa dan budaya mereka walaupun kerajaan mendakwa memberi kebebasan penuh untuk mengamalkan agama masing-masing.
Penganut Islam di daerah itu mengamalkan agama lebih sederhana namun akhir-akhir ini lebih ramai mengikut amalan di Pakistan serta Arab Saudi.
Pertemuan selepas tiga dekad
KUALA LUMPUR - Impian keluarga Siti Aishah Abdul Wahab untuk bertemu wanita itu yang dijadikan hamba selama lebih 30 tahun di London benar-benar menjadi kenyataan apabila mereka dipertemukan di satu lokasi rahsia di negara itu kelmarin.
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Seri Zakaria Sulong berkata, pertemuan dua beradik selama setengah jam antara Kamar Mautum Abdul Wahab, 79, dengan Aishah, 69, itu diaturkan oleh pihak negara tersebut.
"Ini merupakan pertemuan pertama mereka sejak Kamar Mautum tiba di London pada Isnin lalu bagi proses pengecaman adiknya.
"Selepas lebih 30 tahun terpisah, mereka mungkin akan meluahkan perasaan rindu dan sayang. Mungkin juga ada pesanan daripada ahli keluarga (di Malaysia) kepada Aishah," katanya yang dipetik menerusiBuletin Utama TV3 malam tadi.
Menurut Zakaria, pada perjumpaan itu, Kamar Mautum turut memberikan Aishah kain batik, sejadah dan telekung selain meminta wanita itu mengutus surat sekiranya masih mengingati saudara-mara di negara ini.
Beliau memberitahu, pertemuan itu merupakan satu perkembangan baik bagi keluarga Aishah yang selama ini bertungkus-lumus mencarinya di London.
"Pihak Suruhanjaya Malaysia di sini sedia memberi bantuan kepada Aishah termasuk khidmat kaunseling selepas kesnya selesai kelak," kata beliau.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2m5IqqhpI
Hakcipta terpelihara
Ustaz Kazim jadi ahli MT UMNO
|
PUTRAJAYA – Pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias adalah antara sembilan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dilantik, demikian diumumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam.
Lapan lagi yang dilantik dalam MT ialah Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainudin; Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin dan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Turut tersenarai, Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani; bekas Naib Canselor UiTM, Prof. Tan Sri Ibrahim Abu Shah; Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim), Asyraf Wajdi Dusuki dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim.
Ketika mengumumkan pelantikan sembilan anggota MT di pejabatnya di sini, Tengku Adnan berkata, mereka melengkapkan jumlah 13 MT tambahan yang diputuskan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengikut Fasa 9.2.8. Perlembagaan UMNO.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2m5FuHMio
Hakcipta terpelihara
Ibu pejabat tentera Thai diserbu
|
BANGKOK - Ribuan para penunjuk perasaan menyerbu ibu pejabat tentera dan mengepung pejabat parti Pheu Thai pimpinan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra (gambar) di sini semalam.
Tindakan itu dilakukan bagi meningkatkan tekanan supaya Yingluck meletakkan jawatan selepas beliau dianggap menjadi boneka abangnya, Thaksin Shinawatra yang juga bekas perdana menteri Thailand.
Tunjuk perasaan itu bermula sejak Ahad lalu dengan para penunjuk perasaan berhimpun di beberapa buah bangunan kerajaan.
Thaksin disingkirkan dalam satu rampasan kuasa tentera pada tahun 2006 selepas berlakunya tunjuk perasaan yang menentang pentadbirannya yang didakwa dicemari rasuah.
Bekas perdana menteri itu juga kini hidup dalam buangan kerana beliau akan dihukum penjara dua tahun jika pulang ke tanah air ekoran kesalahan rasuah.
Para penunjuk perasaan membuka pagar di pekarangan ibu pejabat tentera Thailand.
Mereka menduduk di atas padang di dalam ibu pejabat tentera itu selama beberapa jam dengan meminta pihak tentera menyokong usaha untuk menggulingkan Yingluck.
"Kami ingin mengetahui sama ada tentera akan berdiri di belakang rakyat," kata seorang pemimpin tunjuk perasaan, Amorn Amornrattananont.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan beberapa jam kemudian, Ketua Tentera Thailand, Prayuth Chan-O-Cha mendesak para pemimpin menghormati proses demokratik di bawah undang-undang negara ini.
"Tolong jangan cuba untuk menjadikan pihak tentera berat sebelah (menyebelahi Yingluck)," katanya.
Beliau juga meminta penduduk kembali bersatu semasa sambutan keputeraan pemerintah Thailand, Bhumibol Adulyadej pada 5 Disember depan. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2m5FjFOO0
Hakcipta terpelihara
Subscribe to:
Posts (Atom)