Sunday, April 28, 2013

Allahyarham Shaharuddin naik gred Jusa A



DENGKIL: Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim yang mati ditembak Jumaat lepas, dinaikkan gred daripada Jusa B kepada Jusa A.


Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa menziarahi keluarga Allahyarham di Dengkil hari ini.


Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah serta calon Parlimen Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor.
Najib berkata, dengan kenaikan gred tersebut, bererti faedah gratuiti dan pencen tahunan yang akan diterima balu Allahyarham juga bertambah.
"Dalam menjalankan tugas demi kepentingan negara maka kerajaan mengambil keputusan menaikkan gred Allahyarham daripada Jusa B kepada Jusa A.

"Ia sebagai pengiktirafan kerajaan untuk pengorbanan mutlak dilakukan Allahyarham sebagai seorang pegawai tinggi kerajaan yang gigih serta berdedikasi dalam menjalankan tugas demi negara," katanya yang turut menyampaikan sumbangan kepada balu Allahyarham.

Dengan keputusan itu, beliau berharap sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa sedih dan beban keluarga.

Allahyarham Shaharuddin, 58, mati ditembak dua lelaki bermotosikal ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, Jumaat lepas.

Pada masa sama, Najib berharap semua petugas Kastam akan lebih berhati-hati dalam menjalankan tugas.

Katanya mungkin ada beberapa kaedah boleh digunakan untuk mengelak menjadi sasaran mereka yang berniat jahat.

"Saya juga sudah minta pihak polis lakukan siasatan rapi dan segera serta mahu kes itu dapat diselesaikan agar mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan," katanya.

Taliban umum ‘serangan musim bunga’ bermula



Kabul: Kumpulan Taliban di Afghanistan semalam mengumumkan bermulanya ‘serangan musim bunga’ tahunan terhadap kerajaan disokong Amerika Syarikat, sambil berikrar melancarkan beberapa siri serangan di seluruh negara ketika tentera asing berundur.

Kumpulan itu berkata, pelbagai serangan pengeboman berani mati, ‘serangan dalaman’ oleh tentera Afghanistan dan ‘taktik tentera khas’ akan menyasarkan pangkalan udara antarabangsa dan bangunan diplomatik untuk mencetuskan korban maksimum.


Mereka memberi amaran kepada rakyat tempatan yang bekerja untuk Presiden Hamid Karzai agar menjauhkan diri daripada kerajaan bagi mengelak ditangkap dalam keganasan dijanjikan dan menggesa golongan muda agar tidak menyertai polis atau tentera. ‘Musim perang’ tahun ini dilihat genting kepada masa depan Afghanistan berikutan pasukan keselamatannya yang sering dikritik memerangi pemberontak yang sudah menentang kerajaan kabul sejak 2001. Operasi gempur Nato di Afghanistan dijangka berakhir tahun depan dan komander tentera bersekutu mengatakan tentera tempatan dan polis sudah melakukan cukup kemajuan untuk memberikan khidmat keselamatan dan menyingkirkan Taliban. - AFP

Dendam Kerisek belum padam



Bangkok: Tentera, polis dan orang awam di Pattani meningkatkan langkah keselamatan menjelang ulang tahun kesembilan insiden keganasan di Masjid Kerisek hari ini.

Antara langkah tambahan yang diambil sejak malam kelmarin termasuk mewujudkan lebih banyak pusat pemeriksaan dan meningkatkan pemeriksaan di kawasan yang menjadi tempat persembunyian pejuang pemisah.


Pasukan keselamatan turut mengambil langkah berjaga-jaga selepas anggota gabungan agensi kerajaan membunuh tiga suspek pemisah dalam satu pertempuran di Yala semalam.

Laporan risikan mengatakan empat kenderaan dua kereta dan dua trak pikap yang dipenuhi muatan bom akan dibawa ke Pattani untuk melakukan serangan bagi menandakan ulang tahun kesembilan insiden itu yang berlaku pada 28 April 2004.


Kejadian yang berlaku ketika pemerintahan Thaksin Shinawatra itu menyaksikan 32 pejuang pemisah berlindung di masjid berkenaan yang terletak di lebuh raya Pattani-Narathiwat di daerah Muang. Selepas berdepan kebuntuan selama tujuh jam, tentera Thailand bertindak menyerang dan membunuh semua 42 orang, termasuk orang awam, yang berada dalam masjid itu. Tindakan itu dikritik hebat pelbagai pihak kerana kerajaan menggunakan paksaan bagi menyelesaikan ketegangan berkenaan.


Sementara itu, dalam kejadian berasingan semalam seorang renjer maut akibat ditembak dan dua lagi cedera dalam serangan terbaru di Pattani.

Dalam kejadian pertama kira-kira jam 8.05 pagi itu, Muhammai Saifu Abdultolep cedera parah ditembak oleh dua lelaki bermotosikal di sebuah kampung di daerah Sai Buri ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Muhammai maut ketika menerima rawatan di Hospital Sai Buri.


Dalam insiden pada jam 9.30 pagi pula, sebutir bom meletup ketika sekumpulan renjer sedang membuat rondaan secara berjalan kaki di Kampung Moo 3 di Paseyawo. Selepas insiden itu tercetus pertempuran antara pejuang pemisah dan tentera. Dua renjer, Thirasak Sudari, 25, dan Sithichai Thammachart, 22, mengalami kecederaan sebelum dikejarkan ke hospital. - Bangkok Post

Iraq makin bergolak

28 April 2013
BAGHDAD - Iraq merayu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya campur tangan menyelesaikan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing.

Dipetik AP, duta Iraq ke PBB, Martin Kobler berkata, seramai 200 penduduk maut dalam keganasan sejak empat hari lalu dengan serangan terbaru menyasarkan beberapa masjid.

“Saya menyeru kepada pemimpin dunia untuk menyelesaikan konflik ini dengan segera,” katanya.

Kenyataan itu disuarakan selepas Perdana Menteri, Nuri al-Maliki memberi amaran akan mengisytiharkan ‘perang mazhab’ sekiranya pertempuran terus berlaku.

Kelmarin, tiga masjid puak Sunni di Baghdad dibom menyebabkan empat maut dan mencederakan 50 yang lain manakala di daerah Syiah, sebutir bom dipasang pada basikal menyebabkan lima maut dan 21 cedera.

Kawalan di selatan Thai ditingkat



PATTANI 28 April - Pihak berkuasa mempergiatkan kawalan keselamatan di selatan negara ini menjelang ulang tahun kesembilan tragedi pembunuhan beramai-ramai di masjid Krue Se di wilayah ini, hari ini.
Pegawai keselamatan juga bimbang kemungkinan serangan balas selepas tiga orang suspek pemberontak dibunuh oleh pihak berkuasa pada Jumaat lalu.
Pengawasan keselamatan telah dipertingkatkan di wilayah ini mulai malam Jumaat lalu dengan menjangkakan serangan akan dilakukan oleh kumpulan pemberontak sebagai memperingati ulang tahun pembunuhan beramai-ramai Krue Se.
Gabungan pasukan keselamatan iaitu askar, polis dan pegawai pentadbiran tempatan serta sukarelawan telah mengadakan sekatan di jalan raya dan memantau kawasan berisiko tinggi di seluruh wilayah ini.
Satu sumber berkata, pihak keselamatan menerima maklumat risikan terdapat serangan yang dirancang membabitkan serangan ke atas dua buah pikap dan dua buah kereta yang sarat dengan bom di wilayah ini.
Terdapat juga kebimbangan berlakunya serangan balas selepas tiga pemberontak terbunuh dalam satu serbuan di tempat persembunyian mereka di hutan Bannang Sata di daerah Yala pada Jumaat lalu.
Tiga lelaki yang maut itu dikenal pasti sebagai Boonya Daleng, Budimun Mayi dan Abdul Tolae Saha.
Ketua Polis Wilayah Yala, Jeneral Peera Boonliang berkata, Boonya dipercayai salah seorang daripada 50 anggota militan bersenjata yang menyerang sebuah pangkalan tentera laut di daerah Narathiwat pada 13 Februari lalu.
Katanya, Budimun pula sedang dicari kerana didakwa membunuh penduduk kampung pada satu majlis keagamaan di daerah Bannang Sata Yala, manakala Abdul Tolae pula berdepan tuduhan membunuh dua anggota tentera di daerah yang sama. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130429/lu_09/Kawalan-di-selatan-Thai-ditingkat#ixzz2RrfXa7qe
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Husam jawab Hisham: Tak perlu serang saya, tangkap penjenayah


JAMILAH HAMZAH
28 April 2013
Husam Musa
Datuk Husam Musa
PUTRAJAYA - Datuk Husam Musa menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein  menghentikan 'serangan' yang tidak berasas terhadapnya berhubung isu kematian Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim kelmarin.

Sebaliknya Naib Presiden Pas itu mendesak kerajaan supaya memberi fokus untuk menangkap segera penjenayah yang masih bebas sebelum hari pengundian 5 Mei.

"Itu bukan isunya. Isunya adalah sudah tiga hari jenayah ini berlaku, kita tak dapat tangkap penjenayah terbabit juga.

"Jadi saya cadangkan kepada beliau fokus kepada penjenayah tersebut, jangan jadikan ini satu isu, nanti penjenayah itu pula bergelak ketawa," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Mini Karnival Kanak-kanak, di sini, hari ini.

Semalam,  Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno membidas Husam kerana mendakwa pembunuhan Shaharuddin adalah disebabkan kerajaan korup.

Hishammuddin berkata, kenyataan calon Pas bagi kawasan Parlimen Putrajaya itu adalah biadap dan sama seperti kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua berhubung kejadian pencerobohan Lahad Datu bulan lalu.

Tian Chua sedang berhadapan dengan kes mahkamah.

Hishammuddin berkata, Husam patut berhati-hati kerana kata-katanya boleh menyinggung perasaan penjawat awam di seluruh negara.

"Beliau tidak bertanggungjawab kerana mengaitkan kematian pegawai kastam tersebut dengan rasuah," katanya.

Mengulas lanjut, Husam yang juga calon kerusi Parlimen Putrajaya mendakwa Hishammuddin cuba menyembunyikan masalah keselamatan dengan membangkitkan isu tersebut.

"Datuk Hishammuddin cuba nak sembunyikan hal ehwal keselamatan, kawalan keselamatan negara dengan membuat serangan terhadap saya tidak fasal-fasal," katanya lagi.

Presiden MCA serang keIslaman Pak Lah



Harakahdaily,27 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Barangkali inilah hasilnya apabila berkawan dengan Umno terlalu lama. Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang sudah kehabisan isu mengambil Tun Abdullah Badawi sebagai sasarannya untuk dihina sebelum digunakan untuk menghentam Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Chua pernah dipaksa meletak jawatan sebagai Menteri Kesihatan di bawah pentadbiran Pak Lah ekoran skandal seksnya.

Setelah Pusat Kajian Pilihan Raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL) melaporkan Anwar kini di depan popularitinya berbanding pemangku Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Chua menyerang dengan mempersendakan pendidikan Pak Lah.

Beliau berkata Pak Lah berkelulusan agama dan oleh itu, tidak mahir dalam ekonomi.

"Apabila Pak Lah memimpin negara, setiap hari beliau akan bercakap mengenai Islam Hadhari, tetapi tidak pernah tentang ekonomi,” kata Chua.

Islam Hadhari adalah slogan Pak Lah ketika menjadi perdana menteri sebelum ditukarkan kepada 1Malaysia di bawah Najib setelah beliau diasak bersara oleh pergolakan dalaman Umno.

Chua berkata Anwar juga berlatarbelakangkan Islam seperti Pak Lah, Chua, yang sebelum ini dikritik kerana menghina Islam di depan awam, berkata cara Najib adalah berlainan.

"Pak Lah adalah sama seperti Anwar (atas), mereka tidak tahu tentang ekonomi, mereka hanya bercakap mengenai doa," kata Chua yang dipetik Malaysiakini.

Pada tahun 2008, semasa mengumumkan perletakan semua jawatan daripada parti dan kerajaan hanya beberap minggu sebelum pilihanraya umum ke 12 yang menyaksikan MCA tewas hampir di semua kerusi, Chua ketika itu menyatakan bahawa perletakan jawatan beliau adalah di dalam konteks Islam Hadhari.

“Saya bimbang sekiranya saya terus memegang jawatan di dalam kerajaan mahupun parti, ia akan menjadi beban kepada kerajaan dan juga parti, terutamanya dalam konteks Islam Hadhari dan politik sihat yang dicanang presiden parti saya (Datuk Seri Ong Ka Ting),” kata Chua, yang merupakan naib presiden MCA ketika itu.

Dalam kajian UMCEDEL terhadap 1,407 responden pengundi berdaftar yang dibuat pusat kajian itu, 43 peratus pengundi memilih Anwar sebagai Perdana Menteri berbanding 39 peratus untuk Najib.

Kajian ini telah dibuat selepas parliamen dibubarkan (3 April) hingga hari penamaan calon 20 April.

Presiden MCA serang keIslaman Pak Lah



ARTIKEL TERHANGAT @hdaily09 27.4.13:
#1: Presiden MCA serang keIslaman Pak Lah http://bit.ly/ZBymLF

Putrajaya

Mustapha Kamal Bersama 100 Yang Lain Isytihar Masuk PAS.



Di Putrajaya Malam Tadi, Pelakon., Mustapha Kamal Bersama 100 Yang Lain Isytihar Masuk PAS... Borang Keahlian Diserah Kepada Dato Husam Musa... Ini Kali Lah!!!

Calon kita di Parlimen Lipis - Ustaz Mahyuddin Ghazali



Untuk Update Terkini mengenai PRU 13 di Pahang sila Like page ini:

https://www.facebook.com/paspahang
https://www.facebook.com/tvmakmur?fref=ts

Calon kita di Parlimen Jerantut - Dr Hamzah Jaafar





Untuk Update Terkini mengenai PRU 13 di Pahang sila Like page ini:

https://www.facebook.com/paspahang
https://www.facebook.com/tvmakmur?fref=ts

Calon kita di Parlimen Maran - Ustaz Mujiburrahman Ishak



Untuk Update Terkini mengenai PRU 13 di Pahang sila Like page ini:

https://www.facebook.com/paspahang
https://www.facebook.com/tvmakmur?fref=ts
 

Calon kita di Parlimen Kuala Krau - Ustaz Shahril Azman.



Sila ikuti beliau di 
https://www.facebook.com/shahrilazman.alhafiz?fref=ts

Untuk Update Terkini mengenai PRU 13 di Pahang sila Like page ini:

https://www.facebook.com/paspahang
https://www.facebook.com/tvmakmur?fref=ts

Calon kita di Parlimen Rompin - Ustazah Nuridah Salleh.



Untuk Update Terkini mengenai PRU 13 di Pahang sila Like page ini:

https://www.facebook.com/paspahang
https://www.facebook.com/tvmakmur?fref=ts

Calon kita di Parlimen Temerloh - Ustaz Nasruddin Hassan.


Sila ikuti kempen beliau di:
https://www.facebook.com/p088temerloh

Untuk Update Terkini mengenai PRU 13 di Pahang sila Like page ini:

https://www.facebook.com/paspahang
https://www.facebook.com/tvmakmur?fref=ts

Siapa Anda Pilih kali ini?



Rakyat Pahang.

Siapa Anda Pilih kali ini?

7 hari sahaja lagi. Sebar dan kongsi. Jadilah agen perubahan untuk INI KALI-LAH.

UMNO dan lucah tak dapat dipisahkan

IRONI Umno!

Umno nafi edar video lucah, saman Harakahdaily

Harakahdaily,
15 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Umno hari ini menghantar surat tuntutan melalui peguamnya mendakwa Harakahdaily membuat fitnah kepadanya ekoran penyebaran video lucah.

Surat yang dikeluarkan oleh firma guaman Hafarizan Wan & Aisha Mubarak itu (gambar kiri) mendakwa Harakahdailly memfitnah Umno apabila menyiarkan berita bertajuk 'Mustafa ceramah di Dungun, dakwa Umno terlibat'.

Menurut surat peguam yang ditujukan kepada Ketua Pengarang Harakahdaily itu, Umno mendakwa berita itu mempunyai kata-kata fitnah ke atas Umno iaitu anak guam syarikat guaman ini.

"Artikel yang bertajuk 'Mustafa ceramah di Dungun, dakwa Umno terlibat' yang dilaporkan, diterbitkan dan/atau dibenarkan penerbitannya oleh pihak tuan yang jelas mempunyai kata-kata fitnah ke atas anakguam kami bertarikh 13 April 2013 adalah seperti berikut:-

"Dungun: Ketika blogger Umno menyebarkan berita kononnya Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali meletakkan jawatan, beliau memberikan ceramah di markas PAS Kampung Molek dekat sini malam tadi.

"Dalam ceramah itu, beliau mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup memlemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air.

"Bagi Mustafa, Umno bertanggungjawab terhadap fitnah yang dibuat ke atasnya melalui media.

"Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah...saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno," katanya sebagaimana dilaporkan Bernama.

Menurut surat yang ditandatangani peguam Umno, Datuk Hafarizan Harun itu, kenyataan di atas bermaksud:-

1) Anak guam kami merancang video lucah tersebut

2) Anak guam kami kononnya dengan sengaja mahu membuat video berkaitan dengan video lucah dan lain-lain tafsiran lagi.

Sehubungan itu, peguam Umno itu berkata, anak guamnya iaitu Umno menuntut lima perkara untuk dilakukan Harakahdaily.

1) Berhenti membuat fitnah berkenaan

2) Mohon maaf

3) Menarik balik

4) Aku janji untuk tidak menyiarnya lagi

5) membayar ganti rugi kerana kerosakan reputasi.

Surat itu juga mengugut, jika tidak berbuat perkara di atas, satu perintah injunksi akan dipohon untuk menghalang penyebaran dakwaan itu.

Sehingga kini tidak diketahui adakah Bernama juga menerima surat yang sama kerana sumber berita Harakahdaily yang dipertikaikan itu dipetik dari Bernama.
Semalam Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menafikan penglibatan Umno dengan video lucah itu yang kini memakan Umno itu.

Pelbagai kumpulan NGO dan personaliti membuat kenyataan bantahan terhadap budaya politik kotor menggunakan video lucah untuk membunuh lawan masing-masing.

Blog-blog Umno yang menyiarkan video ini tidak selari dalam menjelaskan siapakah yang menyebarkan video ini.

Sesetengah blogger mengaitkannya dengan PKR kononnya kerana marahkan dengan Datuk Mustafa Ali dalam isu kerusi manakala satu kumpulan lagi pula menyatakan ia kerja kumpulan kerajaan perpaduan atau Anwarinas dan parasit dalam PAS yang kononnya tidak senang dengan Mustafa.

Yang pasti semua laman yang menyiarkan video ini adalah laman pro Umno.
 

Sambutan Ceramah Bersama Dato Husam Musa di Putrajaya 27.4.13

Kuliyah Maghrib di Surau Saujana Impian Kajang, Selangor 28.4.13

ALLAHUAKBAR!!!


Kerugian Amerika di Afghanistan bila kelengkapan peperangan tentera mereka dimusnahkan oleh serangan Mujahideen. Berita yang tidak akan baca dari Media Barat dan Amerika

Subhanallah...solat Jenazah seorang Ulama Bangladesh.

Kasih Suami Merelakan Isterinya Pergi.

Kasih Suami Merelakan Isterinya Pergi.. ~ KISAH ABIL & ALLAYARHAMAH ISTERI, GEE...

"Pergilah Gee. Pergilah! Walau selepas ini abang tidak lagi dapat mendengar suara rengekmu, tidak lagi dapat menyapu air matamu, namun abang reda.

"Pergilah! Abang yakin, di sana DIA menyediakan tempat lebih baik untukmu. Di sana, akan hilang segala sakit menyerang. Akan lenyap segala derita yang sayang tanggung selama ini."

Dalam kesayuan, Abil Fikri Ahmad, 44, masih murah dengan senyuman. Namun, tangis di hatinya, hanya dia saja yang tahu.

Pemergian isteri tercinta, Fauziah Muhamad, 39, kira-kira jam 9.50 pagi semalam, pasti menjerut tangkai hatinya.

Fauziah atau lebih mesra dipanggil Gee, menderita penyakit saraf sejak hampir dua tahun lalu. Bermula dengan serangan lelah, Gee kemudian menderita lumpuh.

"Gee tidak menunjukkan sebarang perubahan. Cuma sejak kebelakangan ini, keadaannya tenang berbanding biasa. Tidur malamnya sangat lena.

"Malam tadi pun (kelmarin), saya meneman Gee hingga jam 2 pagi. Seperti biasa, saya duduk di sisinya. Melihat matanya, bibirnya segenap wajahnya. Saya tidak pernah rasa puas merenung Gee. Dan selepas ini, tidak lagi wajah itu untuk saya tatap..."

Suara Abil seolah tersekat. Dadanya sebak.

“Pagi tadi (semalam) selepas solat Subuh, saya curi masa untuk tidur sebelum bangun semula bagi dia minum susu. Ketika sedang bancuh susu di tepi katil, Gee tiba-tiba menarik nafas dengan kuat. Dua kali...

"Dia pergi dengan tenang. Wajahnya juga sangat tenang dan bersih. Gee memang isteri yang baik," nada suara Abil semakin hiba. Memanglah berat mata kita melihat kesedihan ditanggung Abil. Namun, berat lagi hatinya menanggung kesedihan atas
kehilangan isteri tercinta.

"ALLAH pinjamkan Gee kepada saya hanya sementara ketika dia sihat dan sakit. Sekarang ALLAH ambil dia kembali. Walau sekasih mana pun saya pada Gee, ALLAH lebih menyayangi dia. Saya reda!"

Menurut Abil, sejak hujung Januari lalu kesihatan isterinya tidak lagi menentu. Berat badannya semakin menyusut. Mulutnya pula tidak lagi dapat ditutup.

Malah katanya, arwah tidak lagi menunjukkan sebarang tindak balas ketika diusik berbanding biasa.

"Saya melihat perubahannya. Semakin hari semakin lemah.

“Sebelum ini jika saya usik tapak kaki Gee, dia akan bertindak balas. Tapi sejak akhir-akhir ini tiada lagi.

“Dia pun tidak lagi marah-marah atau merengek. Apa yang saya nampak keadaannya sangat tenang dan dia akan buka mata setiap kali saya berada di dalam bilik,” katanya.

Selain itu katanya, sebelum ini, menerusi laman blognya, dia juga turut meminta rakan-rakan dan pembaca agar sama-sama mendoakan keadaan kesihatan isterinya yang semakin tidak menentu.

Namun ajal dan maut di tangan TUHAN. Isteri tersayang yang dijaga penuh perhatian akhirnya pergi buat selama-lamanya.

“Ketika dia sihat saya pernah tanya adakah dia berpuas hati saya menjadi suaminya dan dia cakap dia bersyukur.

“Tapi sekarang saya hanya dapat tanya diri sendiri, adakah saya telah menjaga isteri saya dengan baik ketika dia sakit dan menjalankan tanggungjawab dan ujian daripada ALLAH ini dengan sempurna,” katanya.

Ketika ditanya tentang perancangannya selepas ini, kata Abil, dia tiada perancangan khusus namun berhasrat menjadi pakar motivasi bagi berkongsi pengalaman tentang alam rumah tangga.

Sementara itu, rumah Abil tidak putus-putus dikunjungi orang ramai termasuk Raja Datin Seri Salbiah Nujumuddin dan pemimpin setempat.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Jamek Rasah dan selamat dikebumikan di Makam Haji Said, Sikamat kira-kira jam 4 petang.

Abil mendirikan rumah tangga dengan Fauziah pada 13 Mac 2009, namun selepas dua tahun merasai nikmat alam rumah tangga, isterinya mendapat serangan asma pada 22 Jun 2011 dan sejak itu dia disahkan lumpuh selain saraf otaknya tidak lagi
berfungsi.

Abil yang bekerja sebagai perunding kewangan kemudian mengambil keputusan berhenti kerja kerana nekad mahu menjaga isterinya sepenuh masa sebaik mungkin.

Penderitaan dan ketabahan Abil menjaga isterinya mendapat perhatian umum yang bersimpati selain kagum dengan sikapnya.

"Moga di sana nanti Gee lebih damai. Moga di sana nanti Gee lebih bahagia. Moga di sana ALLAH menempatkannya bersama para syuhada. Dan moga ALLAH mempertemukan Gee dan Abil di syurga abadi."

Sumber : Sinarharian
 

POHON NABI


Yang dimaksud dengan Pohon Nabi adalah Pohon yang pernah menanungi Nabi Muhammad Saw. dari terik matahari. Pohon Nabi ini sudah berumur ribuan tahun, namun anehnya Pohon Nabi ini masih hidup dan berbuah.

Pohon Nabi ini sekali lagi menjadi bukti kenabian Nabi Muhammad Saw. Dan sepertinya Pohon Nabi ini sengaja dibiarkan hidup oleh Allah Swt. agar menjadi pengingat, kenangan dan bukti sejarah masa lalu. Pohon ini adalah pohon yang penuh keberkahan, pohon ajaib, pohon keramat dan pohon yang aneh.

Dulu ketika Rasulullah Saw. melakukan perjalanan menuju Syam bersama Maisarah (pembantu Sayyidatuna Khadijah Ra.) untuk berdagang, Rasulullah Saw. pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana. Pada saat Rasulullah Saw. berteduh di bawahnya, dahan dan ranting-ranting pohon ini bergerak menaungi beliau Saw. dari panasnya terik matahari.

Seorang rahib (pendeta) yang melihat kejadian ini, lantas mendatangi Maisarah dan menunjukkan kepadanya pohon tempat berteduh Rasulullah Saw. itu seraya berkata: “Hanya seorang Nabi saja yang berteduh di bawah pohon itu.”

Lihatlah sampai hari ini pohon tersebut tetap subur walaupun berada di tengah-tengah padang pasir yang kering kerontang serta tiada tumbuhan yang hidup sepertinya. Allah Swt. menghidupkannya dengan kehendakNya.

Tahukah Anda Keburukan Kacang Soya? [MESTI BACA]



Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dan lain-lain. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya:

•Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

•Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.

•Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development.

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia iaitu komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (komponen sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapun, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka. Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal. Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh! banyak tu…

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.
 

Keutamaan Mati Syahid


Allah memberikan kepada orang yang mati syahid dengan 7 keutamaan, yaitu:

1. Bau darahnya seperti aroma misk

“Demi dzat yang jiwaku ditanganNya! Tidaklah seseorang dilukai di jalan Allah-dan Allah lebih tahu siapa yang dilukai di jalanNya-melainkan dia akan datang pada hari kiamat : berwarna merah darah sedangkan baunya bau misk” (HR. Ahmad dan Muslim)

Dr. Abdullah Azzam menyampaikan, “Subhanallah! Sungguh kita telah menyaksikan hal ini pada kebanyakan orang yang mati syahid. Bau darahnya seperti aroma misk (minyak kasturi). Dan sungguh disakuku ada sepucuk surat-diatasnya ada tetesan darah Abdul wahid(Asy Syahid, insya Allah)- dan telah tinggal selama 2 bulan, sedangkan baunya wangi seperti misk.”

2. Tetesan darahnya merupakan salahsatu tetesan yang paling dicintai Allah.

“Tidak ada sesuatu yang dicintai Allah dari pada dua macam tetesan atau dua macam bekas : tetesan air mata karena takut kepada Allah dan tetesan darah yang tertumpah dijalan Allah; dan adapun bekas itu adalah bekas (berjihad) dijalan Allah dan bekas penunaian kewajiban dari kewajiban-kewajiban Allah” (HR. At Tirmidzi – hadits hasan)

3. Ingin dikembalikan lagi kedunia (untuk syahid lagi)

4. Ditempatkan disurga firdaus yang tertinggi

5. Arwah Syuhada ditempatkan ditembolok burung hijau

6. Orang yang mati syahid itu hidup

7. Syahid itu tidak merasakan sakitnya pembunuhan

“Orang yang mati syahid itu tidak merasakan (kesakitan) pembunuhan kecuali sebagaiman seorang diantara kalian merasakan (sakitnya) cubitan.” (HR. Ahmad, At Tirmidzi, An Nasa’i – hadits hasan)

dan diriwayat yang shahih :

“Orang yang mati syahid itu tidak mendapatkan sentuhan pembunuhan kecuali sebagaimana salah seorang diantara kalian mendapatkan cubitan yang dirasakannya.”

Dr. Abdullah Azzam menceritakan, ” Kami melihat hal ini pada saudara kami, Khalid al-kurdie dari madinah al Munawwaroh ketika ranjau meledak mengenainya, sehingga terbang kakinya, terbelah perutnya, keluar ususnya dan terkena luka ringan pada tangan luarnya. Datanglah Dr. Shalih al-Laibie mengumpulkan ususnya dan mengembalikan kedalam perutnya seraya menangislah Dr. Shalih. Maka bertanyalah Khalid al-Kurdie kepadanya : “Mengapa engkau menangis, dokter? Ini adalah luka ringan pada tanganku.” dan tinggalah dia berbincang-bincang dengan meraka selama 2 jam hingga akhirnya ia menjumpai Allah. Dia tidak merasakan bahwasanya kakinya telah terpotong dan perutnya terbuka.”

Foto: Senyuman para syuhada' di bumi Jihad Syam
 

Ahmad Ibnu Taimiyah (1263 – 1328)

Ahmad Ibnu Taimiyah (1263 – 1328) dilahirkan di Harran Turki. Beliau bermazhab Hanbali dan merupakan seorang ilmuan bidang Feqh,Hadith,Ilmu Usul serta Ilmu Nahwu. Beliau terkenal dengan pendiriannya yang tetap berpijak pada hukum Allah, mengikuti segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya.

Akibat pencerobohan tentera Monggol, Ibnu Taimiyah dan keluarganya telah berpindah ke Damsyik, Syria ketika berumur 7 tahun. Sejak kecil beliau dibesarkan di kalangan para ulama dan menginfakkan seluruh waktunya untuk belajar serta menggali ilmu terutama Kitabullah dan Sunnah Rasul. Beliau telah terlibat dalam perang antara Monggol-Syria dan beroleh kemenangan.

Ibnu Taimiyah telah dipenjarakan sebanyak 4kali. Setelah dibebaskan daripada tahanan yang pertama, Ibnu Taimiyah berpindah ke Cairo namun dipenjarakan oleh Sultan Baibar Al-Jaishankir dan diasingkan di Alexendria kerana mengkritik pandangan ulama’ konservatif. Ibnu Taimiyah sering mengeluarkan fatwa yang bercanggah dengan pandangan ulama’ konservatif dan pemerintah kerana beliau sangat berpegang teguh pada Quran dan Sunnah. Ibnu Taimiyah mengatakan :

“TIADA KETAATAN MUTLAK MELAINKAN PADA ALLAH DAN RASUL”. Pemimpin wajib ditegur atau dihukum jika terbukti mereka bersalah. Ibnu Taimiyah wafat ketika dalam tahanan penjara pada tahun 1328 di Damsyik. Di dalam penjara, banyak penghuninya yang menjadi murid beliau. Mereka dididik dengan ketaatan mutlak pada syari`at Allah, solat tahajud, beristighfar, tasbih, berdoa dan melakukan amalan-amalan shahih.

Begitu juga yang berlaku di Malaysia hari ini. Pemimpin kerajaan dan sultan sering menggunakan penjara sebagai hukuman terhadap penentang mereka. Jika ada rakyat yang suarakan kebenaran menentang polisi mereka,maka digunakan segala akta untuk menyekat kebebasan rakyat. Ramai yang menjadi mangsa kezaliman pemerintah dan sultan hanya kerana menegakkan kebenaran dan memperjuangkan hak rakyat.
 

AKU TAK PERNAH TAKUT! ALLAH ADA!

KAZEMI DIPUKUL KERANA INGIN MEMELIHARA AURAT!!!!

Muslim United Foundation Center(MUFC)

KAZEMI DIPUKUL KERANA INGIN MEMELIHARA AURAT!!!!
KITA DI MALAYSIA?? KENA PUKUL SEBAB SIBUK BERKHALWAT..

Muslim Inggris iaitu Kazemi, yang merupakan Muslimah yang tinggal di London. Ketika hamba Allah ini dalam perjalan pulang ke rumahnya, Kazemi telah diserang oleh beberapa warga setempat.(sumber2 menyatakan beliau diserang oleh 4orang perempuan)
Penyerang tersebut cuba untuk buang jilbab Kazemi dengan menarik2 jilbab, namun perkara itu tidak dibiarkan, Kazemi cuba untuk melawan, kerna respon yang ditonjolkan kazemi keempat2 penyerang mula bengang dan terus menjatuhkan Kazemi lalu memukul dibahagian muka.
Akibatnya, Kazemi mengalami luka yang cukup serius di sekitar wajahnya. Disebabkan kerjadian itu, Himpunan Mahasiswa Muslim di London mengutuk tindakan tersebut.
Mereka menuduh pemerintah Inggris mempromosikan dan mendukung kelompok anti-Islam. Selain itu, mereka juga meminta pihak atasan mengambil tindakan atas kerjadian yang menimpa Kazemi.

Kerjadian ini bertarikh 11 April 2011 iaitu pada 6 bulan yang lepas. Sengaja timur bangkitkan berita ini, kerna kebanyakkan rakyat di Malaysia terlalu jahil bab aurat! Walaupun menyambung pelajaran hingga keluar negara, khatam Al-Quran berkali2, hebat bab agama tapi yang mengamalkannya hanya berapa %?
Lihat diluar sana, ramai yang mengenakan tudung tapi berseluar dan baju yang ketat! hingga lelaki yang tidak kuat imannya mejadi gairah lalu berlakulah perkara2 yang tidak diingini seperti rogol, buang anak dll... Bila terkena pandai pula mengutuk lelaki gatal, xde iman, gila sex tapi siapa yang minta kamu berbogel dihadapan mereka yang gilakan sex???

Bagaimana hendak kurangkan kerjadian ini terus berlaku?
Berbaliklah pada Al-Quran dan Sunnah...

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

(Surah Al-Ahzab:59)

SEBARKAN JIKA KAMU RASA PUNYA TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG ISLAM YANG HARUS MENEGUR SAUDARA/RI YANG MASIH LALAI, JIKA KAMU RASA PERBUATAN TIMUR NI SALAH, ABAIKAN!


Muslim United Foundation Center(MUFC)
 

Habib Umar bin Hafidz berdakwah



Suatu waktu Habib Umar bin Hafidz berdakwah di luar negara. Baru saja beliau tiba di negara tersebut, beliau disambut dengan begitu meriah. Majlis ilmu pun telah dipersiapkan lengkap dengan makanan-makanan yang enak dan lazat.

Usai majlis, Habib Umar bin Hafidz menangis. Ketika ditanya kenapa beliau menangis? Maka Habib Umar bin Hafidz hanya menjawab:

“Kita berdakwah disambut dengan makanan dan majlis-majlis. (Sedangkan) Rasulullah Saw. berdakwah disambut dengan batu.”

Tertembak di bahagian tekak, Dzhokhar Tsarnayev terancam tak boleh bercakap



BOSTON - Dzhokhar Tsarnayev masih berada dalam keadaan kritikal, seperti disahkan oleh pihak Beth Israel Deaconess Medical Center, rumah sakit di mana ia dirawat, pada Ahad (21/4/2013), lansir HuffPost.

Pemuda Muslim berusia 19 tahun itu dibawa ke rumah sakit di wilayah Boston setelah ia menderita beberapa luka dalam penangkapannya pada Jumat (19/4) malam.


Gabenor Massachusetts, Deval Patrick, berkata bahawa Dzhokhar berada dalam "keadaan kritikal tetapi stabil" pada Sabtu (20/4) sore. Patrick menambah bahawa Dzhokhar belum mampu berkomunikasi.

Namun, seorang pegawai mengatakan kepada CNN bahawa Dzhokhar mengalami kecederaan tekak dan kemungkinan akan tidak dapat berbicara sama sekali.

Dan Coats, anggota Parti Republik dari jawatankuasa perisikan Senat, mengatakan kepada ABC: "Maklumat yang kami miliki adalah ada tembakan ke tenggorokannya. Ini tidak bermakna bahawa dia tidak boleh berkomunikasi, tapi saya rasa sekarang ini dia berada dalam keadaan di mana kita tidak boleh mendapatkan apa-apa maklumat darinya, "lansir The Guardian.

Dalam wawancara di Fenway Park pada hari Sabtu (20/4), Patrick juga menambah bahawa Dzhokhar akan memerlukan masa untuk pulih sebelum ia boleh disoal siasat.

"Saya, dan semua penguatkuasa undang-undang profesional berharap (untuk beberapa alasan) bahawa 'suspek' dapat bertahan, kerana kami mempunyai sejuta soalan, soalan-soalan yang perlu dijawab," kata Patrick kepada wartawan.

Aparat "penguatkuasaan undang-undang" AS belum membuktikan penglibatan Dzhokhar Tsarnayev dalam Bom Boston, akan tetapi mereka sudah mendakwa bahawa Dzhokhar berpotensi menghadapi beberapa tuduhan, baik di peringkat persekutuan mahupun negara.
 

Tak ada keadilan untuk Dzhokhar


BOSTON - Dzhokhar Tsarnayev (19), pemuda Muslim yang dituduh AS sebagai suspek Bom Boston kini terbaring di rumah sakit dalam keadaan kritikal dan di bawah penjagaan ketat FBI, seperti dilansir HuffPost pada Ahad (21/4/2013).

Dzhokhar ditangkap dengan luka-luka di tubuhnya pada Jumat (19/4), saat ia berlindung di sebuah perahu yang tertutup terpal di halaman belakang rumah seorang warga Watertown.


Pemilik rumah di Watertown itu menghubungi polis AS setelah melihat darah berhampiran kapalnya dan melihat Dzhokhar Tsarnayev yang berdarah bersembunyi di dalam kapal itu.


Penangkapan itu mengakhiri pengejaran polis AS terhadap dia dan kakaknya, Tamerlan Tsarnayev (26), yang telah meninggal ditembak polis pada Jumaat paginya. Polis mendakwa telah terjadi tembak-menembak sebelum akhirnya Dzhokhar ditangkap dan dibawa ke rumah sakit dengan ambulans.


Sementara itu, seakan sudah membuktikan bahawa Tsarnayev bersaudara benar-benar pelaku Bom Boston, Obama meminta masyarakat AS untuk tidak terburu-buru menilai motif mereka dalam melakukan pengeboman.

Sedangkan The American Civil Liberties Union menyatakan keprihatinan mereka tentang kemungkinan Dzhokhar akan kehilangan hak membela dirinya dan hak untuk didampingi peguam dalam proses undang-undang. Pengarah Eksekutif Anthony Romero menjelaskan bahawa pencabutan hak "suspek" hanya berlaku jika ada ancaman berterusan Dzhokhar terhadap keselamatan awam.

Tanpa landasan yang jelas, penyiasat bahkan menggambarkan Tamerlan Tsarnayev sebagai seorang Muslim "garis keras" yang mempengaruhi Dzhokhar, adiknya.

Tamerlan Tsarnayev merupakan mahasiswa perakaunan sambilan di Bunker Hill Community College di Boston selama tiga semester pada tahun 2006-2008. Ia telah berkahwin dan mempunyai seorang putri.

Sedangkan adikya, Dzhokhar Tsarnayev adalah seorang pelajar perubatan di University of Massachusetts Dartmouth.

Pada Sabtu (20/4), dua sumber petugas "penguatkuasaan undang-undang" menyatakan bahawa pada tahun 2011, perisikan kerajaan asing mendakwa kepada FBI bahawa Tamerlan Tsarnayev adalah pengikut Islam "radikal".

FBI tidak menyebutkan nama kerajaan asing yang dimaksudkan, tetapi dua pegawai yang tidak mau disebut namanya itu mengatakan bahawa kerajaan asing itu adalah Rusia.

Namun FBI pernah menyatakan bahawa dalam hasil wawancara terhadap Tamerlan Tsarnayev dan kerabatnya, tidak dijumpai aktiviti "terorisme" baik domestik maupun asing. FBI mengatakan telah menyelidikinya melalui beberapa perkara seperti telefon, aktiviti dalam talian, perjalanan dan hubungannya dengan orang lain.

Dzhokhar Tsarnayev sedarkan diri


BOSTON - Dzhokhar Tsarnayev, pemuda Muslim berusia 19 tahun yang dituduh sebagai pelaku Bom Boston kini tengah terluka parah dan tidak boleh bercakap selepas ditembak dan ditangkap polis AS di wilayah Watertown.

Ia dilaporkan baru sedarkan diri dan diharuskan menjawab soalan dari pihak berkuasa dengan cara menuliskannya, menurut rangkaian berita ABC dan NBC, lansir HuffTown pada Senin (22/4/2013).

Pete Williams dari NCB juga melaporkan bahawa Dzhokhar harus menulis jawaban atas pertanyaan-pertanyaan dari "penguatkuasaan undang-undang".

Dzhokhar, yang berada di unit rawatan intensif Beth Israel Deaconess Medical Center, baru boleh meresponnya sesekali.

Dzhokhar Tsarnayev tidak boleh bercakap dan harus dirawat kerana tembakan di mulut yang tembus dari belakang lehernya, menurut Pesuruhjaya Polis Boston, Ed Davis.

"Dia juga menderita luka tembak di kaki," tambah Davis.

Al-Qaeda melaksanakan hukuman mati perwira perisikan Perancis


Azawad - Mujahidin Al-Qaeda Negeri Maghrib Islam (AQIM) melaporkan kepada pejabat berita nasional Mauritania, ANI, bahawa pihaknya telah melaksanakan hukuman mati perwira perisikan Perancis, Philippe Verdun, pada Rabu (10/4/2013). Hukuman mati itu sebagai balasan atas pencerobohan tentera penjajah salibis Perancis ke Mali Utara.

Mujahidin Al-Qaeda Negeri Maghrib Islam (AQIM) menegaskan bahawa nasib para warga Perancis yang masih dalam tebusan mujahidin AQIM akan ditentukan oleh sikap Presiden Perancis, Francois Hollande. AQIM menyatakan pintu masih terbuka untuk membicarakan penyelesaian yang adil bagi nasib para tebusan tersebut, laporan agensi berita Daawah al-Haq.

AQIM menegaskan bahawa sudah sangat jelas bahawa Perancis memilih untuk membunuh para warganya yang disandera mujahidin AQIM dan berlepas diri dari file masalah mereka. Hal itu seperti dasar yang telah diambil oleh Francois Hollande di Somalia, dan kini sedang dilakukan di Mali.

Dalam jawapan atas beberapa pertanyaan wartawan yang diajukan kepada mujahidin AQIM via twitter pada Sabtu (20/4/2013), mujahidin AQIM menegaskan bahawa rakyat Perancis bertanggung jawab sepenuhnya atas dasar para pemimpin negara itu terhadap persoalan-persoalan kaum muslimin secara umum dan persoalan pencerobohan tentera di Mali Utara secara khusus.

Lebih jauh AQIM mengakui telah melaksanakan mati perwira perisikan Perancis, Philippe Verdun, yang berada dalam tebusan mujahidin AQIM. Pelaksanaan tersebut sebagai pembalasan atas kebiadaban pencerobohan tentera penjajah salibis Perancis ke Mali Utara.

Sejak Januari 2013 Perancis telah mengerahkan 6000 pasukannya untuk menyerang mujahidin Ansar ad-Dien yang menerapkan syariat Islam di dua pertiga wilayah Mali. Sampai saat ini pasukan Perancis masih menghadapi perlawanan sengit dari mujahidin Ansar ad-Dien, Al-Qaeda Negeri Maghrib Islam (AQIM) dan mujahidin Jama'ah Tauhid wal Jihad di Mali Utara.