Sunday, May 11, 2014

India lancar You stop, we stop


11 Mei 2014


MUMBAI - INDIA. Pihak berkuasa India kini tidak  teraga-agak menyembur air ke arah mana-mana individu yang kencing secara terbuka di tempat awam.

Aktivis Clean Indian Media melaporkan, kenderaan menyerupai jentera bomba tertulis You Stop, We Stop itu mula beroperasi bagi membendung gejala itu.

“Lori tangki air akan mengelilingi Mumbai untuk melakukan operasi bersepadu dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan pada setiap hari,” katanya dipetik Time of India

Operasi bertujuan mendidik orang awam di bandar itu supaya menggunakan tandas awam dan tidak lagi kencing di taman atau di jalanan.

PDI-P sah menang Pemilu Parlimen

PDI-P sah menang Pemilu Parlimen
 Wakil PDI-P Jokowi bakal mengumumkan pakatan untuk bertanding dalam Pemilu Presiden pada 16 Mei ini.
11 Mei 2014 JAKARTA - INDONESIA. Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) pimpinan bekas presiden, Megawati Sukarnoputeri secara rasmi disahkan pemenang Pemilihan Umum (Pemilu) Parlimen bulan lalu.

Suruhanjaya Pemilihan Umum (KPU) mengumumkan, PDI-P meraih 18.95 peratus atau 23.68 juta atau  124.97 juta pemilih berdaftar.

Parti Golongan Karya (Golkar) pimpinan Aburizal Bakrie kekal kedua dengan 14.75 peratus atau 18.43 juta undi dan parti diterajui Prabowo Subianto iaitu Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) ketiga dengan 11.82 peratus atau 14.76 juta undian.

Parti Demokrat dipimpin Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono pula berada kedudukan keempat setelah meraih 10.19 peratus atau 12.72 juta undi.

Berdasarkan keputusan itu, tiada parti meraih undi minimum, oleh itu mereka perlu membentuk pakatan untuk Pemilu Presiden. -Bernama

Polis mohon maaf kepada penyokong anti-kerajaan


11 Mei 2014


BANGKOK - THAILAND. Penyokong anti-kerajaan menuntut maaf daripada polis kerana menggunakan gas pemedih mata dan meriam air terhadap mereka.

Langkah pantas polis itu berjaya mengelakkan konflik keganasan daripada menjadi bertambah buruk.
 
Di pinggir ibu negara, lebih 50,000 penyokong pro-kerajaan telah berkumpul dalam usaha untuk mendapatkan sokongan lebih besar berikutan penyingkiran bekas perdana menteri Yingluck Shinawatra.
 
Buddha Issara, seorang sami kanan yang juga ketua pemprotes anti-kerajaan membawa penyokongnya ke pejabat Pusat Pentadbiran bagi Keamanan dan Ketenteraman (CAPO).
 
Beliau ke balai polis itu pada sebelah pagi untuk memfail tuduhan bunuh terhadap polis kerana menggunakan gas pemedih mata dan meriam air terhadap pemprotes di hadapan pejabat CAPO kelmarin mengakibatkan enam cedera.
 
"Kami ke sini hari ini (semalam) kerana mahu kamu (polis) meminta maaf kepada kami kerana melepas gas pemedih mata.

"Jika anda datang dan minta maaf pada kami, kami akan tarik balik semua tuduhan," katanya kepada polis.
 
Akhirnya, seorang wakil polis muncul dan memohon maaf.
 
Pemprotes yang berkumpul di hadapan pejabat CAPO sejak tengah hari bersurai empat jam kemudian.
 
Semasa protes itu, kumpulan berkenaan menghalang trafik ke dan dari Lapangan Terbang Don Muang, hingga melumpuhkan lalu lintas dan menjejas orang ramai yang melakukan perjalanan. - Bernama

KANAK-KANAK HILANG:

KANAK-KANAK HILANG:
Adik Low Min You berusia 3 tahun dilaporkan hilang pada 9 Mei 2014 lebih kurang jam 6 pagi.

Beliau kali terakhir dilihat di tepi jalan berdekatan tandas stesen petrol SHELL Kampung Air, Sabah dengan memakai t-shirt berkolar bulat warna hijau tua, berseluar pendek jeans biru dan berkasut warna coklat.

Adik Min You mempunyai kesan parut di bibir.

Sesiapa yang ternampak atau menjumpai adik ini boleh menghubungi pegawai penyiasat, Insp Shree di talian 016-3572935 atau Balai Polis Karamunsing di talian 088-529270/088-529207.
Adik Low Min You berusia 3 tahun dilaporkan hilang pada 9 Mei 2014 lebih kurang jam 6 pagi.

Beliau kali terakhir dilihat di tepi jalan berdekatan tandas stesen petrol SHELL Kampung Air, Sabah dengan memakai t-shirt berkolar bulat warna hijau tua, berseluar pendek jeans biru dan berkasut warna coklat.

Adik Min You mempunyai kesan parut di bibir.

Sesiapa yang ternampak atau menjumpai adik ini boleh menghubungi pegawai penyiasat, Insp Shree di talian 016-3572935 atau Balai Polis Karamunsing di talian 088-529270/088-529207.

Subhanallah!

Namakan anak dengan nama yang baik pada maknanya, agar ia tidak malu di Padang Mahsyar nanti, kerana setiap dikalangan kita akan dipanggil berdasar dari maknanya dihari yang tiada nama, pangkat serta pengaruh di hari kiamat kelak.. manfaatkan masa sekarang untuk akan datang!!Namakan anak dengan nama yang baik pada maknanya, agar ia tidak malu di Padang Mahsyar nanti, kerana setiap dikalangan kita akan dipanggil berdasar dari maknanya dihari yang tiada nama, pangkat serta pengaruh di hari kiamat kelak.. manfaatkan masa sekarang untuk akan datang!!

Thailand semakin meruncing


Penyokong ‘Baju Merah’ prokerajaan memegang gambar Yingluck ketika mereka berhimpun di Bangkok, semalam. - AFP
BANGKOK 10 Mei - Pergerakan Baju Merah yang menyokong kerajaan hari ini mula berhimpun di barat ibu negara ini untuk mempertahankan kerajaan yang cuba digu­lingkan oleh penunjuk perasaan anti kerajaan selepas bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra di­singkir Mahkamah Perlembagaan, menimbulkan kebimbangan berlakunya pertempuran antara kedua-dua kumpulan tersebut.
Perhimpunan oleh Baju Merah itu berlaku sehari selepas penunjuk perasaan antikerajaan yang berkempen selama enam bulan untuk menggulingkan Yingluck mengadakan demonstrasi di stesen-stesen televisyen, bangunan-bangunan kerajaan dan menuntut ahli Parlimen membantu mereka melantik seorang perdana menteri sementara, Isnin ini.
Ketua kumpulan Baju Merah, Jatuporn Prompan berkata, mereka akan terus berhimpun selama mana demokrasi di negara ini tidak selamat.
Beliau pada masa sama memberi amaran sekiranya rampasan kuasa atau pelantikan seorang perdana menteri tanpa dipilih rakyat, kumpulan Baju Merah akan meningkatkan perjuangan mereka dengan segera.
Bagaimanapun, Jatuporn tidak menyatakan jenis tindakan yang akan diambil kumpulan itu namun beliau membayangkan tindakan tersebut akan diambil secara aman kerana mereka tidak mahu melihat orang ramai terbunuh atau cedera.
Dalam pada itu, pemimpin penunjuk perasaan antikerajaan, Suthep Thaugsuban memberitahu pengikutnya malam tadi bahawa Dewan Senat sepatutnya memilih seorang perdana menteri baharu dengan segera terutamanya selepas Dewan Rendah telah dibubarkan, Disember lalu.
“Perkara ini mesti berakhir sebelum Isnin. Kami sudah bersedia untuk merampas pejabat perdana menteri. Sekiranya ia tidak selesai maka kami akan bertindak sendiri," kata Suthep.
Dalam perkembangan berasingan, Ketua Tentera Thailand, Jeneral Prayuth Chan-ocha berkata, pihaknya tidak akan campur tangan dalam konflik politik negara ini kerana tindakan seperti rampasan kuasa oleh tentera tidak akan menamatkan konflik tersebut.
Katanya dalam wawancara radio hari ini, orang ramai perlu memahami tugas tentera dan tidak terpengaruh dengan desakan daripada mana-mana pihak.
“Kedua-dua parti terlibat dalam konflik tersebut perlu menyelesaikan konflik itu menerusi saluran perundangan," lapor laman web akhbar Bangkok Post. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140511/lu_01/Thailand-semakin-meruncing#ixzz31Lz3rKRl
© Utusan Melayu (M) Bhd